Wahabi, Sejarah Yang Terseleweng
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’udzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina. Man yahdihillahu fala mudhillalah, wa man yudhlil fala hadiyalah. Asyhadu an la ilaha illallah wahdahu la syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluhu.

Muhammad, baik. Terima kasih kepada semua yang masih sudi mendengar penyampaian ataupun perkongsian saya yang masih bersama-sama untuk bersiaran pada hari ini dengan tajuk yang lain pula. Tajuk yang lebih panas daripada minggu-minggu lepas. Baik, mana okey. Jadi hari ini saya memilih tajuk Wahabi. Wahabi merupakan satu tajuk yang sangat kontroversi, yang menjadi polemik dan juga subjek yang sangat hangat dalam konteks sosial, politik, dan juga perbincangan agama di negara kita.

Baik, katanya banyak cam mana? Baik, hari ini saya tak pakai telefon, pakai live kalikas dari kamera oleh Pro Media Tajwid. Saya tak tahulah okeylah kot. Baik, ini adalah subjek yang menjadi pilihan saya pada hari ini iaitu Wahabi. Wahabizm, sejarah yang terseleweng. Hari ini kita nak bincang sama ada dari sudut sejarah, bagaimanakah perbincangan berkenaan isu ini dilakukan oleh para sarjana dan juga catatan-catatan yang ada. Perkataan isu ini sangat-sangat panaslah. Kira-kira lebih kurang 100-150 tahun sudah perkara ini menjadi politik dalam negara kita yang menjadi sebab tuduh-menuduh, label-melabel dan juga perpecahan umat Islam dalam negara kita.

Oleh itu, saya terpanggil untuk membicarakan hal ini, membicarakan subjek ini daripada sudut sejarah. Saya tidak akan membicarakannya daripada sudut memetik dalil-dalil agama atau mentarjihkan apa-apa dalil, tapi saya hanya melihat daripada konteks sejarah. Bagaimana peranan contohnya peranan penjajah British dalam membentuk ataupun menempa sejarah umat Islam dalam negara-negara yang dijajahnya. Tidak akan ada perbincangan dalil-dalil kerana saya bukannya pakar dalam bidang itu. Saya hanyalah seorang yang terlatih dalam bidang sejarah. Saya hanya melihat dokumen-dokumen sejarah, tulisan-tulisan jurnal, dan juga dokumen rasmi contohnya foreign office files dari kolonial office yang menyebut tentang Wahabi.

Baik, kita masuk tentang subjek Wahabi itu sendiri. Bila sebut Wahabi, Wahabi ni bila sebut saja dia seolah-olah satu derogatori term, satu istilah yang mencela orang. Kan, dia biasanya digunakan untuk melabel orang, untuk mendakwa orang, untuk menjatuhkan maruah orang menggunakan label Wahabi ini. Apakah sebenarnya Wahabi? Apakah sebenarnya Wahabi?

Ramai orang yang suka mengatakan apabila berbalah pendapat, bercanggah pendapat, bertentangan pendapat maka kita akan melabel “Okey kau Wahabi, orang tu Wahabi, jangan dengar cakap dia.” Bila kita tanya balik pada dia, “Apa Wahabi? Boleh terangkan tak apa Wahabi tu?” Dia akan kata “Wahabi tu Wahabi lah.” Apa Wahabi?

Saya pernah juga berbincang ataupun berbahas dalam WhatsApp bila orang tu kata ini Wahabi, geng ni Wahabi, pandangan ini Wahabi. Saya akan tanya kat dia, saya kata “Boleh terangkan tak Wahabi? Kalau Wahabi tu sesat, saya pun nak belajar juga supaya saya boleh menjauhkan diri daripada puak ni, dari pandangan-pandangan sebegini.” Tapi kawan tu bagi tahu, dia kata “Cari sendirilah.” Dia kata, saya kata “Ringkaskan apa itu Wahabi.” Dia kata “Panjang ceritanya.” Saya kata “Ringkaskan supaya saya boleh belajar dan kawan-kawan lain boleh belajar.” Akhirnya senyap begitu. Dia marah pada saya kan.

Jadi dari segi istilahnya, Wahabi ini dinisbahkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari Hijaz, dari semenanjung tanah Arab, jazirah Arab, dari semenanjung tanah Arab itu pada abad ke-18 iaitu 1700 ke atas. Beliau lahir pada 1703 Masihi, hari ini 2020 Masihi. Beliau lahir 1703 dan dikatakan wafat pada 1792 Masihi. Iaitu dalam abad ke-18. Sekarang abad ke-21, lebih kurang 300 tahun dah cerita ni. Kelahiran dan kematian Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

Siapa beliau? Beliau adalah seorang reformis agama pada zamannya. Apabila kita melihat atau menilai sejarah, kita perlu faham konteks zaman itu. Bila kita menilai, membaca sejarah kita kena faham apa yang berlaku pada waktu itu yang memungkinkan berlakunya peristiwa kebangkitan seorang ilmuwan, seorang sarjana, seorang ulama untuk menentang amalan-amalan yang ada pada waktu itu.

Pada zamannya, pada abad ke-18 itu, beliau berhadapan dengan keadaan kesesatan umat Islam di Hijaz itu. Kalau kita kata sekarang ni Arab Saudi lah, tapi secara spesifiknya beliau dari daerah Najd, iaitu di kawasan tengah, di kawasan tengah Arab Saudi pada hari ini yang lebih kurang kawasan Riyadh. Beliau daripada sana, berasal dari sana dan memulakan gerakan apabila dia tengok banyak masalah-masalah kebincangan dari segi akidah umat Islam pada waktu itu. Mereka kembali mengamalkan perkara-perkara syirik.

Ini dokumen, bukan saya cakap, bukan suatu tulisan yang diolah sendiri, bukan. Semuanya dijumpai ataupun ditelaah daripada tulisan para sarjana, ya sarjana British dan kebanyakan sarjana British lah yang menulis tentang ini. Iaitu para diplomat, para pegawai kolonial office dan juga sejarawan yang mengkaji tentang doktrin Wahabi ini. Doktrin Wahabi ni mereka merasakan bahawa mereka mengatakan bahawa gerakan ini yang diketuai oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab ialah gerakan puritan. Puritan ini bermaksud gerakan orang yang ingin kembali kepada nilai asal sesuatu agama.

Nilai asal suatu agama walaupun kita kata reform, reform memperbaharui agama, memperbaharui agama itu bukan bermaksud sesuatu yang baru, mengadakan sesuatu yang baru. Tetapi sebenarnya reformation of religion bermaksud kembali kepada fundamental agama. Jadi mereka ini reformis yang kembali kepada fundamental agama. Iaitu menyeru untuk kembali kepada sumber yang paling autentik dalam urusan agama ini iaitu Al-Quran dan hadis.

Ketika itu banyak perkara-perkara contohnya mereka meminta pertolongan kepada kubur-kubur wali, keramat, kemudian adalah kembali mengamalkan merenung nasib. Ini yang disebutkan dalam dokumen-dokumen. Jadi Syeikh Muhammad Abdul Wahab terpanggil untuk mengubah nasib, bukan mengubah nasib, mengubah amalan agama orang Arab di sana pada waktu itu. Beliau pun menggerakkan usaha dan memang pada zamannya beliau agak keras untuk menentang amalan-amalan agama ini kerana beliau menerima tentangan yang keras juga. Jadi tentangan yang beliau terima keras dan beliau juga harus perlu mengubah masyarakat itu dengan kekerasan. Maksudnya kalau ada makam-makam ke atau keramat ke, apa, dia kena pi runtuh, tak boleh dibiarkan sebab itu menjadi tumpuan seolah-olah jadi tempat sembahan orang Islam di sana. Itu yang berlaku.

Tetapi kemudiannya yang menjadi masalah hingga timbul sepanjang 1703-1792, sepanjang abad ke-18 tidak berlakunya perang besar-besaran yang digerakkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Hanya tentangan yang lebih keras. Berlakunya perang tapi kita perlu melihat bahawa adanya peranan British. Setelah British campur tangan, kehadiran British penyebab. Ini yang kita nak tengok bagaimana kehadiran British kemudian mengubah cara penentangan masyarakat di negara yang dijajah, contohnya di Arab Saudi, di India yang kita akan lihat kemudian, dan di tanah Melayu.

British mempunyai peranan mengubah cara penentangan kerana sekarang ini yang dilabel sebagai puak Wahabi ini perlu menentang kuasa yang dilabel pada masa itu sebagai kuasa kufar. Kuasa kufar dah datang, jadi mereka bukan sahaja menentang orang Islam yang melakukan kerja-kerja khurafat, bidaah, syirik, tetapi sekarang berhadapan pula dengan kuasa baru iaitu kuasa kufar pada itu, British.

Sejarah kita di tanah Melayu, di India dan di Arab Saudi mempunyai persamaan kerana semuanya dijajah oleh British. Dasar-dasar yang dilaksanakan, undang-undang yang dilaksanakan di tanah Melayu misalnya mempunyai pengaruh dari India sendiri kerana antara 1820-1867 lebih kurang 40 tahun itu, pejabat tanah jajahan berada di Bengal.

Sebelum kita pergi ke India, kita habiskan dulu cerita di Arab Saudi. Di Najd berkembangnya pengaruh itu tapi Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak pernah menamakan gerakan beliau itu gerakan Wahabi. Tidak pernah menisbahkan. Tidak ada mana-mana catatan pun yang mengatakan ini adalah gerakan Wahabi, ditubuhkan pertubuhan Wahabi ataupun persatuan Wahabi atau parti politik Wahabi. Tak ada. Yang kemudiannya disambung oleh pengikut-pengikutnya dan dinisbahkan oleh para pengkaji.

Kemudiannya, mengatakan bahawa mereka ini adalah Wahabi iaitu pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Itu yang berlaku di sana. Kemudian kita beralih kepada India.

Wahabi, bagaimana ia berkembang? Dikatakan berkembang disebabkan gerakan ini berpusat di Center for Muslim Center of Islam iaitu Kaabah, Mekah dan Madinah. Maka, kunjungan para hujat, para jemaah haji menyebabkan kebarangkalian pengaruh ini tersebar keluar. Tetapi sebenarnya itu tidak boleh dikatakan satu faktor yang muktamad sebab ada perkembangan yang berlaku di India misalnya bukan disebabkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab.

Apabila gerakan itu dilabelkan sebagai Wahabi di sana, sebenarnya bukan ada pengaruh Muhammad Abdul Wahab. Contohnya Syeikh Wali Allah yang hidup lebih kurang pada zaman yang sama dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Syeikh Wali Allah di India bermazhab berbeza dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Syeikh Muhammad Abdul Wahab bermazhab Hambali dan menolak Sufi. Sedangkan di India, Syeikh Wali Allah ini bermazhab Hanafi dan beliau adalah pengikut tarikat serta pengamal Sufi.

Tetapi, apabila ajaran beliau kembali ke India, beliau memerlukan gerakan untuk menentang British. Kemudian beliau juga dilabelkan sebagai Wahabi, khususnya apabila anak beliau, Syeikh Abdul Aziz, juga dilabel sebagai Wahabi. Sedangkan tidak ada langsung pengaruh Syeikh Muhammad Abdul Wahab terhadap gerakan mereka. Hanya kerana Syeikh Wali Allah dan anaknya pernah berkunjung ke Mekah untuk menunaikan haji dan tinggal di sana untuk belajar ilmu, kemudiannya kembali ke India dan dilabelkan sebagai Wahabi.

Baik, kita kena tengok kenapa British ini melabelkan Wahabi dan menggunakan perkataan Wahabi ini. Perkataan Wahabi ini disebar luaskan untuk apa sebenarnya? British mempunyai satu masalah, satu dendam terhadap puak yang menentang mereka bermula di Arab Saudi. Ya, memanglah orang boleh kata ada faktor politik iaitu Syeikh Muhammad Abdul Wahab bergabung dengan pemerintah yang hari ini menguasai Arab Saudi. Haramain, dua Kota suci bagi umat Islam Mekah dan Madinah, keluarga Ibnu Saud memang pada asalnya di Najad. Syeikh Muhammad Abdul Wahab bekerjasama dengan Ibnu Saud ataupun datuk kepada Ibnu Saud pada abad ke-18.

Tetapi, kerjasama itu bukanlah kerjasama di atas kebatilan. Kerjasama itu adalah ‘win-win situation’, iaitu Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengatakan bahawa dengan kuasa politik engkau boleh menggerakkan, boleh membuat peraturan untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat, bidaah, syirik ini. Pada masa yang sama, dengan menggunakan pengaruh yang aku ada, kami memberikan sokongan kepada engkau dan mempertahankan. Itulah sebenarnya kerjasamanya.

Setelah lebih kurang 150-200 tahun kemudian, iaitu menjelang 1920-an, apabila kerajaan Arab Saudi ditubuhkan secara rasmi di wilayah itu di Jazirah Arab, ia adalah cerita yang berbeza. Bukan lagi berpegang dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Hatta pada waktu itu, 100 tahun kemudian, Wahabi zam itu sendiri menjadi satu musuh bagi kerajaan Arab Saudi. Gerakan yang dinamakan sebagai Wahabi dari Najad itu.

Foreign Office Fail ini adalah dokumen rasmi surat menyurat atau diplomatik kabel antara negara Arab Saudi pada waktu itu dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan. Foreign Office Fail ini sendiri mengatakan bahawa Wahabizm ini satu gerakan yang bahaya. Kerajaan Arab Saudi atau masa itu Ibnu Saud, sebelum dilantik menjadi raja Arab Saudi pada 1921-1922, perlu memberikan jaminan bahawa Wahabi yang datang dari Najad untuk menunaikan haji di Mekah tidak melakukan apa-apa kerosakan, tidak melakukan apa-apa gerakan propaganda untuk mempengaruhi umat Islam.

Pada masa itu, British sudah berbaik dengan Ibnu Saud. Jadi, kita tengok kenapa British, apa kepentingannya Arab Saudi ini kepada British? Sebab Arab Saudi waktu itu belum ada minyak, bukanlah industri minyak waktu itu, industri petroleum. Tetapi ada tiga sebab utama.

Pertama, Arab Saudi adalah laluan ke India. Terletak di antara Eropah atau Britain dengan India. Jadi, bila nak pergi ke India, India adalah pusat tanah jajahan yang paling penting bagi British lebih kurang 300 tahun antara 1700 hingga India merdeka pada 1947. India menjadi pusat pemerahan, pusat pemerasan kekayaan bagi British. Di situlah kata ‘jewel of the crown’, harta karun bagi British. Arab Saudi terletak di tengah-tengah itu, khususnya selepas dibina Terusan Suez pada 1869. Terusan Suez yang terletak di Mesir itu kemudian masuk melalui Arab Saudi. Jadi, kalau mereka tidak memiliki Arab Saudi, tidak menguasai Arab Saudi, maksudnya mereka tidak selamat. Laluan mereka untuk berlayar daripada Britain, daripada London, UK, England berlayar ke India akan diganggu oleh lanun-lanun di Selat Eden. Laluan itu sangat penting.

Pada waktu itu, India itu sendiri adalah pusat pentadbiran, pusat tanah jajahan. Presidensi Bengkel pada 1830-1867, presidensi of Bengkel.

Yang kedua ialah pembukaan Terusan Suez menyebabkan British tidak lagi perlu melalui Afrika Selatan, tetapi terus melalui wilayah Arab Saudi atau Jazirah Arab untuk ke India.

Yang ketiga, pusat spiritual Islam di Mekah dan Jazirah Arab adalah pusat spiritual Islam. Bermaksud, semua umat Islam dari seluruh dunia akan mengunjungi tanah haram dan ia akan menyebabkan sebarang perubahan reformasi dalam pemikiran umat Islam boleh disebarkan daripada Mekah dan Madinah ke seluruh dunia. Kebanyakan bumi umat Islam hari itu pada waktu itu dikuasai oleh British. Malaya oleh British, India oleh British, kawasan wilayah Afrika oleh British. Maka ini adalah satu ancaman bagi British. Nak tak nak, mereka harus menguasai pusat untuk Muslim itu.

Tambahan pula pada waktu itu dilaporkan oleh dokumen yang ditulis oleh Dr. Digi Hogat. Dr. Digi Hogat adalah seorang pegawai perisikan. Dokumen ini dibacakan pada Januari 27, 1925, dan mendapat respon daripada Secretary of Colonies Office. Untuk lebih ada sumbernya, kita mementingkan sumber, tak nak cakap kosong. Jadi ini under secretary of state photographerness, the honorable W. Holmesbor, High Commissioner of Iraq, kemudian oleh Sir Anwar Wilson, seorang ahli parlimen di British Parliament, dan Dr. Hogat sendiri. Jadi ini disampaikan kepada mereka.

Dapatan oleh Dr. Hogat yang tinggal di Jazirah Arab, tinggal dan menghantar laporan, beliau mengatakan bahawa pentingnya British untuk mengawal pusat umat Islam, pusat agama umat Islam itu, iaitu Mekah dan Madinah supaya propaganda anti-British, anti-kolonial British tidak disebarkan daripada sana. Disebut di sini itulah kepentingannya. Beliau mengatakan, ini penting, dia kata selagi mana Muslim berpegang kepada Quran dan hadis, mereka akan terus menentang kita. Dokumen ini mengatakan itu maksud yang nak disampaikan iaitu kita perlu menghancurkan kekuatan mereka untuk menyebabkan atau membolehkan mereka keluar daripada ketulenan agama. Kalau nak musnahkan atau nak pecahkan kekuatan umat Islam, kita mesti mengeluarkan mereka atau memisahkan mereka daripada merujuk pada sumber Quran dan hadis. Ini yang ditulis oleh Dr. Digi Hogat.

Baik, itulah sebabnya kenapa British perlu mengawal Saudi dan kemudiannya memburukkan Wahabizm.

Walaupun saya kata walaupun apa yang tersebar kemudiannya bukan Wahabizam, contoh macam saya kata tadi, Syeikh Wali Allah Hadiah Lawi bila pergi ke India bukan menyebarkan Wahabizam tetapi satu bentuk fundamentalis Islam. Islam yang sebenar-benarnya berpegang kepada asas agama iaitu Quran dan Hadis yang sebenar.

Baik, apa yang berlaku di India pada abad ke-19, maksudnya 1800-1899, memberi kesan kepada perkembangan di Malaya, di Tanah Melayu. Contohnya, pada 1850, kita biasa dengar British sering mengelak untuk memberikan pendidikan yang sama rata antara orang British ataupun natif British dengan orang Melayu di Tanah Melayu. Mengapa? Sebab British sudah belajar daripada apa yang berlaku di India sebelum itu. Apabila mereka memberikan kebebasan kepada orang India akses kepada pendidikan, walaupun masih lagi bawah secara perbandingan nisbahnya, tetapi mereka tidak menghalang apa-apa sehinggakan ramai yang dihantar ke London, ke England untuk belajar high education.

Namun, kemudiannya British merasakan bahawa itu satu kesilapan. Itulah yang kemudiannya diimplement di Tanah Melayu. Mereka mengurangkan peluang pembelajaran kepada anak-anak Melayu dan anak-anak Melayu hanya diberikan peluang pendidikan untuk menjadi nelayan yang lebih baik daripada mak bapa mereka, tukang yang lebih baik daripada mak bapa mereka, dan petani yang lebih baik daripada mak bapa mereka. Ini yang disebut dalam dokumen British, “kita bukan nak jadikan mereka seorang intelek ke, nak jadikan apa, tak menjadikan buruh yang lebih baik daripada mak bapa dia orang, itu je.”

Itulah asas penubuhan Hitc Sultan Idris Training Kolej iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini pada tahun 1922. Itu puncanya. Tetapi daripada situ ada jugalah yang keluar kerana mereka mendapat akses kepada sumber-sumber nasionalisme, gerakan nasionalisme, dan juga kebangkitan Islam yang dibawa kemudiannya oleh pembaharu-pembaharu ini. Reformis-reformis, revivalis. Mungkin saya kata dalam konteks kita, kita boleh sebut revivalist itu lebih sesuai daripada reform. Reform ini memperbaharui, revival ini dia menyegarkan semula. Benda tu dah ada, Quran dah ada, hadis dah sahih dah ada, cuma dia revive, dia menyegarkan semula.

Okey, itu yang berlaku. Saya dari India, kembali ke India tadi. Di India, Shah Wali Allah tadi dan anaknya kemudiannya menggerakkan gerakan penentangan terhadap British.

Okey, British mula masuk ke India sejak satu perang di sana, perang Plassey namanya, 1757. Masuk ke sana, tetapi belum menguasai India secara rasmi sehinggalah 100 tahun kemudian. Tapi India dah wujud. Macam mana dia wujud di Malaysia contohnya, di Tanah Melayu ada negara-negara Melayu. British dah mula masuk sejak 1786 di Penang, di Pulau Pinang, tetapi tidaklah dia menguasai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri Melayu, Tanah Melayu itu, sehinggalah polisi rasmi kemudiannya dibuat melalui perjanjian Pangkor 1874.

Lebih kurang 90 tahun juga dia ambil masa untuk memahami psiki orang Melayu, memahami sejarah, budaya, politik orang Melayu, sistem politik orang Melayu. Kemudian barulah menandatangani perjanjian Pangkor 1874 untuk menguasai sedikit demi sedikit keseluruhan Tanah Melayu sampai 1957. Jadi mengambil masa, begitulah yang berlaku di India.

Kenapa saya sebut di India? India ini kemudiannya akan menjadi model kepada apa yang nak berlaku di Malaya. Jadi pada tahun 1803, buat kali pertama berlakunya penentangan digerakkan oleh anak Syeikh Wali Allah, Syeikh Abdul Aziz tadi itu, 1803. Sebab apa? Sebab British menjatuhkan pemerintahan Mughal di sana dan kerajaan Mughal hanyalah menjadi penerima pencen semata-mata, tidak ada lagi kuasa. Kerajaan Mughal yang berkuasa di India lebih kurang 600-700 tahun kemudian dijatuhkan, turun pangkat hanya sebagai penerima pencen semata-mata.

Menyebabkan Shah Wali Allah dan anak Aisyah Abdul Aziz tadi itu menggerakkan gerakan penentangan British. Dalam kelompok Islam yang bangkit untuk menentang kuasa kufar inilah golongannya yang dilabel Wahabi tadi. Sebenarnya mereka bukan Wahabi. Contohnya, anak kepada Syeikh Waliullah tadi itu yang dilabel sebagai bapa Wahabi di India, bukanlah bapa Wahabi. Bapa Wahabi di sana ialah Syeikh Syed Ahmad Raibarilli.

Okey, itu yang mula-mula menggerakkan yang dikatakan Wahabi itu. Tetapi yang menyebabkan British anti kepada mereka sebabkan mereka ini kembali kepada satu gerakan kuarantin Islam yang mengatakan bahawa kita ni kena bebaskan diri daripada penjajahan kuasa kufar. Para ulama tradisional waktu itu, ulama konservatif tidak mencampuri maksudnya tidak campur politik. Ini politiklah ni, hal negara ialah hal politik. Jadi British mahukan kelompok ulama, kelompok Islamis yang tidak campur tangan dengan urusan politik dan mereka hanya duduk diam-diam mengaji menyampaikan agama Islam tetapi tidak mencampuri apa-apa urusan politik.

Jadi bila berlakunya peristiwa ini, take over of Delhi tadi pada 1803, bermulalah gerakan penentangan besar-besaran. Maka Wahabizam, Wahabizam satu benda yang sudah dikatakan macam mana kita nak kata, gelaran itu seolah-olah satu gelaran yang lucah, dilucahkanlah. Dah dilucahkan di Arab Saudi, dia bawa ke India dan dikatakan, “okey, Wahabi ini dia memecah belahkan masyarakat, maka kita orang Islam kena menolak fahaman Wahabi ini.”

Baik, saya nak tanya, untuk menyebarkan satu idea, satu perempuan ganda, dia perlukan medium kan? Di mana-mana zaman setiap masa, maklumat ini perlu disampaikan melalui medium. Contohnya, pada hari ini kita menggunakan medium Facebook yang kita sedang berhadapan sekarang ni, kita sedang live. Medium ini menjadi satu medium yang paling utama untuk menyampaikan maklumat. Mungkin 15-20 tahun dulu Facebook tak ada, untuk menyampaikan maklumat kita gunakan TV kan? Kita gunakan TV untuk menyampaikan maklumat. Beberapa puluh tahun sebelum itu, TV pun tak ada, kita hanya audio visual. Sekarang ini interaktif, dulu audio visual, sebelum itu audio sahaja, radio. Pada zaman Perang Dunia Kedua, kita hanya gunakan audio sebagai medium untuk menyampaikan maklumat.

Bagaimana sebelum radio? Surat khabar menjadi medium menyebarkan maklumat. Bagaimana sebelum surat khabar? Word of mouth ataupun helaian-helaian ataupun ceramah-ceramah, ucapan-ucapan pemimpin disebarkan. Baik, inilah yang kita kena faham bahawa ketika British menguasai negara ini, iaitu menguasai wilayah Arab, wilayah jazirah tadi itu, jazirah Arab, kemudian India, kemudian Tanah Melayu, siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan secara cepat dan pantas maklumat berkaitan dengan buruknya Wahabizam ini? Kerja British. Kerja British melalui apa? Melalui penubuhan contohnya institusi Islam. Apa itu institusi Islam? Iaitu Islam yang diinspirasikan, yang kemudiannya diberi elaun kepada orang yang duduk dalam majlis agama. Contohnya, majlis agama Islam yang pertama ialah Kelantan.

Tapi walau bagaimanapun, saya bukan nak katakan salah bukan, tetapi ini adalah strategi British menguasai majlis-majlis agama, menguasai pertubuhan-pertubuhan agama, menguasai media, sehinggakan pada tahun 1905 atau 1904, dibuat satu undang-undang enakmen Islam, perkara 9B mengatakan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan mengenai agama dan politik Islam tanpa kebenaran sultan terlebih dahulu boleh dikenakan hukuman penjara ataupun denda. Tetapi sebenarnya mereka hanya menggunakan nama sultan di situ, mereka hanya manipulasi saja. Ini British bijak. Kalau tidak, British tak menguasai dari timur ke barat dunia dan menjadi satu kuasa yang paling besar pernah kuasa penjajah yang paling besar pernah wujud dalam muka bumi ini. Situ kerja British.

Baik, jadi tadi mana? India. Okey, di India tadi berlakunya kebangkitan sehinggalah satu kebangkitan yang paling besar pada tahun 1857. Tahun 1857 berlaku dahaga, ini satu pemberontakan iaitu askar-askar sipai ataupun sepoi, askar-askar pejalan kaki ini bangun memberontak, menentang East India Company (EIC). EIC ini yang berkuasa waktu itu. Belum lagi British menguasai India secara rasmi di bawah Queen atau King, belum lagi, cuma masa ni diwakilkan kepada EIC. Jadi, pada tahun 1857 berlakunya satu gerakan besar-besaran menentang EIC. Akhirnya, EIC diharamkan tahun berikutnya. Bermula pemerintahan British Raj, British Raj bermaksud British Raja, ini bermaksud kepimpinan ataupun kerajaan British di bawah Queen, ya, di bawah Queen Victoria secara rasminya.

Akhirnya, daripada company EIC tadi berpindah kepada kerajaan di bawah Queen. British tengok apa yang berlaku ini sebenarnya banyak digerakkan sentimen Muslim menent

ang British ini digerakkan oleh golongan yang dilabel sebagai Wahabi. Sebenarnya, saya nak tekan kat sini, sebenarnya mereka bukan Wahabi. Sebab saya nak kata tadi, kalau mereka ini Wahabi, Syeikh Muhammad Abdul Wahab itu menentang Sufism, menentang tarekat. Tetapi sedangkan yang digerakkan di India ni oleh Shah Wali Allah itu beliau bermazhab Hanafi, beliau adalah ahli Sufi, beliau aktif dalam Sufi dan menyertai tarekat Naqshbandi. Tetapi pada masa yang sama beliau juga aktif untuk menggerakkan gerakan penentangan terhadap kolonial.

Apa yang berlaku ini rasa saya rasa macam tak kena lah pelabelan dan tuduhan itu sedangkan beliau waktu hidup sezaman dengan hidup sezaman dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan beliau bukan Wahabi, hanya dilabelkan Wahabi oleh British yang dibantu oleh British kemudian disebarkan melalui medium dia. Okey, melalui cetakan-cetakan bahawa golongan ini Wahabi yang menguasai dan memberontak dan mengacau umat Islam di Mekah. Sebab macam saya kata tadi tu, di Mekah tadi ditakuti konon-kononnya Wahabi dari Najd itu akan menyerang center of Muslim tadi tu, menyerang Kaabah, ditimbulkan ketakutan seolah-olah jahatnya puak ini oleh British. Walaupun mereka memang ada memberontak tetapi itu satu, kita kena selami pula apa yang berlaku pada waktu itu, berlakunya penyelewengan dan juga penentangan dan serangan terhadap mereka menyebabkan mereka bertindak balas terhadap kesesatan dan kerosakan-kerosakan yang berlaku. Ini satu cerita.

Okey, kembali tadi ke India, kemudian pada 1857 British Raj bermula, 1858 British Raj bermula. Baik, pada masa yang sama pada waktu ini di Tanah Melayu belum lagi ada sebarang gerakan ataupun tuduhan-tuduhan berkaitan dengan Wahabi, belum ada lagi ni.

Tetapi di Sumatera yang bersebelahan dengan Tanah Melayu, Sumatera ketika itu sudah ada gerakan-gerakan penentangan terhadap penjajah. Jadi, idea ini travel dari Arab Saudi ke India, ke Sumatera, baru dia masuk ke Tanah Melayu. Ya, Tanah Melayu ini last sekali. Travelling of Wahabizam tadi itu deregoritory term tadi itu. Di sana, berlakunya satu perang yang kalau biasa dengar pernah dengar, Perang Paderi namanya. Perang Paderi yang digerakkan oleh Imam Bonjol. Imam Bonjol seorang ulama di sana yang menentang apa sebenarnya. Menentang ini antara golongan adat dengan golongan revivalist Islam ini.

Revivalist Islam ini mengatakan bahawa golongan adat tadi banyak buat benda-benda yang syirik. Mereka biasa berlaga ayam, smoking candu, candu menjadi satu benda yang biasa dalam masyarakat Islam di Sumatera itu. Kemudian, minum tuak. Jadi, gerakan ini, Gerakan Paderi tadi oleh Imam Bonjol melihat perkara ini perlu ditentang. Tidak ada kena mengena langsung Imam Bonjol ini dengan gerakan Wahabiza, gerakan Wahabizim tak ada kena mengena langsung. Tetapi mereka ini dilabel sebagai golongan yang pemecah belah umat Islam.

Kemudian daripada penghujungnya lebih kurang 1847, dia bermula lebih kurang antara hujung abad ke-18 hinggalah pertengahan abad ke-19. Hanya kemudiannya, Belanda waktu tu di sana ialah Belanda, Belanda campur tangan untuk membantu golongan yang diperangi oleh Imam Bonjol tadi. Tetapi yang bagusnya, akhirnya golongan adat tadi bergabung dengan Imam Bonjol, golongan Paderi ini untuk menentang semula Belanda, untuk menentang semula Belanda. Sebab akhirnya Imam Bonjol berjaya memujuk dan memberikan keyakinan kepada golongan adat tadi bahawa musuh kita sebenarnya bukan kita sesama umat Islam, tetapi golongan penjajah ini.

Golongan penjajah, maka berlakulah satu gerakan yang baharu untuk menentang Belanda pula. Belanda. Walaupun Imam Bonjol pernah menulis kemudiannya bahawa beliau, pada hujung-hujung hayatnya menulis satu dokumen mengatakan bahawa penyesalan beliau terhadap perbuatan menyerang umat Islam dan menyebabkan kematian. Tetapi, Imam Bonjol tidak pernah menyatakan bahawa penyesalan itu kerana menegakkan agama, ataupun melawan amalan-amalan yang khurafat, amalan-amalan yang salah tadi, bukan. Tetapi kerana berlakunya pembunuhan dan kematian umat Islam disebabkan kemarahan akhirnya menyebabkan umat Islam bertempur sesama sendiri. Sedangkan, musuh utama bukannya umat Islam tetapi adalah Belanda.

Baik. Ini ada seorang sarjana yang menulis berkaitan dengan ini. Saya kata bahawa peranan sarjana-sarjana luar, khususnya yang kita sebut sebagai orientalis. Orientalis ialah golongan sarjana bijak pandai luar yang mengkaji tentang keadaan Muslim ataupun orang timur sini hidup. Itulah orientalis. Ini ada seorang tulis Christine Dobbin namanya. Dialah yang kata akhirnya merekalah, golongan penjajah inilah kemudiannya mula untuk mengajar tok Wahabi ini. Mengajar Kristian Dobbin ditulis dia kata yang mengembangkan mengatakan doktor Wahabi ini dibawa oleh golongan ini. Ini kerja-kerja golongan kolonial sebab mereka mempunyai media, bukannya dibawa oleh golongan ulama. Tapi golongan ulama sudah mengenali, golongan ulama, golongan umat Islam pada waktu itu perlahan-lahan sudah mengenali Wahabi dan biasa dengar perkataan itu sebab mereka pernah pergi ke Mekah, dan pulang dan pernah dengar.

Kalau pergi ke Mekah kita kena berjaga-jaga dengan puak Wahabi dari Najd akan menyerang bila-bila masa. Akan menyerang apa? Kaabah, menyerang Madinah, menyerang makam Nabi. Menyerang makam Nabi, jadi ketakutan itu sudah perlahan-lahan ditanamkan di Arab Saudi dan dibawa balik kemudiannya di Sumatera contohnya kan tentang Wahabi. Akhirnya, bila Imam Bonjol memulakan gerakan untuk menentang amalan-amalan ini, nah sekali lagi diberikan label pada puak ini pula Wahabi. Yang di Arab Saudi tadi sekarang ini sudah berjangkit di Sumatera itu menyebabkan orang Islam bangkit kemudian menentang pula puak ini yang dilabel sebagai Wahabi. Sedangkan mereka ini tidak ada kena mengena langsung dengan Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahab ataupun pernah membaca kitab utama.

Kitab utama Syeikh Muhammad Abd al-Wahab, Kitab Tauhid yang Kitab Tauhid ini adalah kitab utama Syeikh Muhammad Abd al-Wahab. Saya pernah jumpa dan selak-selaklah kitab ini waktu saya di Sydney dulu. Cuma saya rasa macam satu kekesalan sebab saya tak beli buku itu. Saya jumpa di satu kedai buku Kitab Tauhid dan saya selak-selak, saya baca secara sepintas lalu. Cuma satu penyesalan yang sampai hari ini saya rasa macam kenapalah aku tak beli kitab hari itu. Mustahil tak besar manalah.

Baik, so itu yang berlaku diri ini di Sumatera. Akhirnya barulah kita sampai ke Tanah Melayu. Apa yang berlaku di Arab Saudi kemudian term itu Wahabi itu berkembang ke India, kemudian ke Sumatera dan akhirnya sampai ke Tanah Melayu. Sampai ke Tanah Melayu agak lambat. Sampai ke Tanah Melayu agak lambat. Yang menariknya, di Tanah Melayu gelaran Wahabi ini diberikan kepada mereka yang balik daripada bukan daripada Arab Saudi tetapi balik dari Mesir. Di Mesir, ha ini yang saya rasa macam kita kena betulkan semula pemahaman kita dan salah tangkapan kita. Sedangkan mereka ini yang digelar sebagai kaum muda waktu itu. Kaum muda pada penghujung abad ke-19 di 1809, 1890 ke atas sehinggalah 1920an, lebih kurang 30-40 tahun ini.

Golongan ini digelar sebagai kaum muda khususnya selepas tertubuhnya ataupun terbitnya satu majalah yang sangat penting dalam menggerakkan reform, menggerakkan perubahan umat Islam iaitu majalah Al-Imam. Majalah Al-Imam di Singapura yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi. Syed Syeikh al-Hadi ini menubuhkan di sana. Kenapa tubuh di Pulau Pinang tak tubuh di negeri-negeri Melayu? Sebab di negeri-negeri Melayu tadi, seperti saya katakan kita ada undang-undang yang nama Islam 1904 seksyen 9B yang mengatakan bahawa semua terbitan mesti mendapat kelulusan dulu, kalau tidak boleh dipenjara atau didenda. Tetapi terma ini tidak terpakai di Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Oleh itu, Syed Syeikh al-Hadi menerbitkan majalah Al-Imam di sana 1906 yang meniru majalah Al-Manar di Mesir. Di Mesir menarik untuk dilihat di sini betapa masyarakat ini termakan dengan propaganda yang disebarkan waktu itu. Golongan ini adalah golongan Wahabi, golongan ini golongan yang memecahbelahkan masyarakat, golongan Wahabi. Sebab apa? Sebenarnya mereka tidak ada, kalau bahasa kita, takde point dah untuk menyalahkan golongan ini yang menyeru kepada politikal Islam, change, perubahan dan politikal Islam.

Dalam majalah Al-Imam ini, Syed Syeikh al-Hadi menterjemahkan majalah Al-Manar tadi banyak terjemahan-terjemahan dari Al-Manar hari itu diterjemah dalam bahasa Melayu tulisan Jawi di sini. Kandungannya ialah tentang politikal Islam dari mana? Dari Mesir. Mesir yang ketika itu sudah mekar gerakan-gerakan nasionalisme untuk menentang British. Di Mesir pun British juga. Jadi, dia tersebar di dalam Al-Manar. Bila ditanya kepada pelajar-pelajar pada waktu itu, bila ditanya kepada pelajar-pelajar waktu itu apa bezanya antara belajar di Arab Saudi ataupun belajar di jazirah Arab ini dengan belajar di Mesir, mereka mengatakan bahawa di Mekah anda hanya boleh belajar agama tetapi di Mesir anda belajar agama berserta politik.

Nampak tak? So, di Mekah tidak ada unsur politik. Pelajar-pelajar yang pergi ke Mekah dia tidak belajar tentang politik tetapi dia belajar tentang ketulenan agama, tentang sumber-sumber hadis. Di sana mereka bukan disogokkan dengan pemikiran-pemikiran agama ini yang disebutkan tetapi mereka belajar tentang political Islam itu kebanyakannya dibawa balik dari Mesir melalui antaranya ialah Al-Manar tadi. Kemudiannya digerakkan pula satu lagi majalah yang penting, majalah yang penting iaitu Majalah Seruan Azhar yang ditubuhkan atau diterbitkan oleh sekumpulan pelajar Tanah Melayu, pelajar Malaya dan pelajar Indonesia. Seruan Azhar yang mengumpulkan tulisan-tulisan berkaitan dengan kebebasan umat Islam, keperluan umat Islam untuk mendapatkan pendidikan. Tidak ada lagi dikotomi antara pendidikan ini pendidikan agama, pendidikan secular, semua pendidikan adalah ilmu yang perlu umat Islam kuasai.

Tidak ada dikotomi begitu. Kemudian, wanita perlu diberikan peluang yang sama rata dengan lelaki untuk keluar ke muka masyarakat untuk membantu masyarakat menggerakkan perubahan.

Mereka perlu diberikan hak yang sama rata: hak mengundi yang sama, hak pendidikan yang sama, boleh mengajar, dan boleh menjadi guru. Ini yang dipropagandakan oleh majalah Al-Manaf. Contohnya, saya boleh cadangkan satu bacaan yang saya kira bagus juga dalam membicarakan tentang pengaruh Mesir dalam menggerakkan perubahan kaum muda yang ditulis oleh Muhammad Ridzwan Osman dan Abu Hanifah Aris dari Universiti Malaya. Muhammad Ridzwan Osman dan Abu Hanifah Aris menulis “The Role of Egyptian Influencers on the Religious Dynamics and the Idea of Progress of Malaya’s Kaum Muda Before the Second World War”. Dalam jurnal British Journal of Middle Eastern Studies, anda boleh cuba dapatkan artikel tersebut untuk memahami lebih lanjut.

Mereka ini, kaum muda, dilabel dengan gelaran-gelaran yang sangat menyakitkan semata-mata kerana mereka bertentangan dengan golongan establish. Golongan establish ini siapa? Golongan establish ialah golongan ahli agama atau golongan ulama konservatif yang sudah mempunyai kedudukan dalam kerajaan pada waktu itu, kerajaan British. Mereka ini selesa dengan status quo dan tidak perlu berusaha untuk menggerakkan perubahan.

Hatta, mereka ini menggunakan gelaran self-aggrandizing, iaitu membesar-besarkan diri sendiri. Kita boleh baca dalam tulisan-tulisan Buya Hamka contohnya, yang berkaitan dengan keadaan pemimpin agama di Tanah Melayu dan Sumatera, yang ditulis dalam “Ayahku”. Buku ini mengisahkan tentang ayah kepada Hamka, Haji Abdul Karim Abdullah. Haji Abdul Karim Abdullah menceritakan tentang bagaimana golongan agama yang establish yang bekerja atau rapat dengan kerajaan British ini lebih senang dengan status quo mereka. Tetapi yang menggerakkan perubahan perlahan-lahan anti-British ini ialah golongan muda, kaum muda yang pulang dari Mesir, bukan dari Arab Saudi, dan mereka ini bukan wahabi.

Gelaran wahabi ini dari mana? Okey, kemudian berlakulah perkembangan-perkembangan di sana dan akhirnya satu perkembangan yang sangat penting berlaku pada tahun 1937. Terdapat satu debat besar-besaran mengenai boleh atau tidak memelihara anjing di rumah, lebih tepat lagi di istana Kelantan. Pada tahun 1935 atau 1937, berlaku peristiwa ini, iaitu waktu itu Sultan Kelantan, Sultan Ibrahim, memelihara seekor anjing dalam mansion. Anjing itu tidak dipersetujui atau ditentang oleh adindanya sendiri, Tengku Maharani, yang menolak bahawa umat Islam tidak boleh memelihara anjing.

Akhirnya, berlakulah pertikaian yang menyebabkan Sultan Ibrahim mengambil keputusan untuk mengadakan dialog atau diskusi untuk menyimpulkan sama ada dari segi hukumnya boleh atau tidak memelihara anjing. Dipanggil dua kumpulan: satu yang menyokong Tengku Ibrahim yang mengatakan boleh memelihara anjing, dan satu lagi yang menyokong Tengku Maharani yang mengatakan haram memelihara anjing.

Menariknya, latar belakang pendidikan kedua-dua kumpulan ini hampir sama. Mereka ini terdiri daripada haji Nik Abdullah bin haji Wan Musa, syeikh Abbas Taha, doktor Burhanuddin Helmi, dan lain-lain yang semuanya berpendidikan dari Mekah. Di pihak yang menentang pula, terdapat haji Ibrahim Yusuf, haji Ahmad Mahir, haji Ahmad Abdul Manan, dan haji Abdullah Tahir yang juga berpendidikan dari Mekah. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kaitan langsung antara tempat belajar di Mekah atau Arab Saudi dengan fahaman wahabi.

Pada tahun 1937, debat berlangsung sehari suntuk di perkarangan Istana Cemerlang di Kelantan. Akhirnya, setelah berbalas-balas hujah, tidak ada keputusan yang diambil kerana masing-masing mempunyai hujah dan dalil masing-masing. Sultan Kelantan kemudian menghantar watiqah ke Universiti Al-Azhar untuk meminta pandangan terakhir. Surat itu dibalas dan menyatakan bahawa boleh memelihara anjing dengan syarat tertentu. Ini menunjukkan bahawa keputusan tersebut bukan dari wahabi tetapi dari Universiti Al-Azhar, kiblat ilmu bagi umat Islam.

Maka berkembanglah ajaran dari Al-Azhar dan majalah Al-Imam yang kemudiannya ditutup pada tahun 1908. Majalah Al-Imam disambung oleh majalah lain, seperti Al-Munir di Sumatera. Perkembangan di Sumatera dan Tanah Melayu saling berkait kerana mereka hanya dipisahkan oleh Selat Melaka, yang menjadi medium pengangkutan utama.

Ya, penghubung utama antara wilayah, contohnya di Pagar Ruyong, Aceh, dan lain-lain untuk travel ke Tanah Melayu pada waktu itu. Dari sana, ditubuhkan majalah Neraca oleh Syeikh Abbas Taha, iaitu dari Singapura. Kemudian akhirnya Al-Ikhwan pada tahun 1926. Ini antara lebih kurang 30 tahun dalam tempoh reformasi moden. Modernisasi Islam, iaitu pemodenan, mempunyai isi kandungan yang menyarankan kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan meninggalkan amalan-amalan seperti mengagung-agungkan personaliti. Jangan agungkan para ustaz berlebih-lebihan. Para ustaz dan ulama harus dihormati dan wajib dihormati, tetapi bukan dengan mengagung-agungkan mereka.

Contohnya, Hamka menulis dalam bukunya, “Air basuhan tangannya diminum.” Air basuhan tangannya diminum untuk apa? Sedangkan tidak pernah dilakukan sebelum itu. Nabi pun tidak mencontohkan perkara itu. Tidak pernah Nabi berkata, “Kau minumlah air tangan aku,” ataupun para sahabat buat begitu. Jadi, apakah mereka itu lebih mulia? Ini yang ditentang oleh golongan pembaharu atau golongan modenis yang bukan wahabi. Tetapi, mereka ini semua berkiblatkan Al-Azhar, Mekah, dan tidak ada kaitan langsung dengan Saudi.

Kemudian, berlaku satu perkembangan penting yang perlu saya tonjolkan di sini. British mengenangkan pentingnya Jazirah Arab dalam politik atau perkembangan umat Islam di Tanah Melayu. Mereka menubuhkan “Political Intelligence”. Mereka mempunyai intelijen politik dan menubuhkan “Bulletin of Political Intelligence” dengan menghantar para spy, ahli intelijen, untuk duduk di Mekah. Mereka duduk di Mekah untuk mengetahui cara pemikiran masyarakat Islam dan perkembangan yang berlaku di sana supaya tidak tersebar idea-idea pembaharuan ini. Idea-idea pembaharuan boleh tersebar di Mekah kerana semua umat Islam dari Mesir, Indonesia, dan Tanah Melayu pergi ke Mekah. Mekah menjadi melting pot, pusat pertemuan umat Islam.

Mereka menghantar seorang pegawai yang mewakili Tanah Melayu, Abdul Majid Zainuddin. Abdul Majid Zainuddin menceritakan bahawa bila sampai di sana, orang-orang Islam Melayu kemudiannya pulang dengan perasaan menyampah dengan Arab Saudi. Sebab apa? Satu, propaganda wahabizam di sana yang menakut-nakutkan bahawa kita perlu jaga diri sendiri kerana ancaman golongan wahabi dari Najd. Kedua, ada peraturan tidak boleh merokok di Mekah, khususnya di kawasan Kaabah dan Masjidil Haram. Ini menyebabkan orang Melayu rasa pelik, kerana mereka sudah biasa merokok.

Di sana, imam-imamnya wahabi. Abdul Majid Zainuddin mengatakan bahawa yang dilabel sebagai wahabi ini sebenarnya mengamalkan ajaran Islam yang tulen. Mereka mahu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, memetik Quran dan hadis, dan melawan semua ajaran atau amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ajaran-ajaran ini dipraktikkan juga oleh kaum muda di Malaya. Namun, kaum muda di Malaya itu sebenarnya adalah satu gelaran yang diberikan oleh kelompok ulama tradisional di Tanah Melayu. Gelaran kaum muda ini agak menyakitkan hati kerana mereka memetik perkembangan yang berlaku di Turki. Di bawah Kamal Ataturk, Turki Muda menyeru untuk keluar dari kongkongan agama, sehingga diterjemahkan Quran dan azan ke dalam bahasa Turki.

Ulama tradisional menamakan mereka kaum muda supaya masyarakat Islam ragu-ragu dan takut untuk menerima mereka. Namun, kaum muda bijak menggunakan media, seperti akhbar dan majalah, untuk menyebarkan idea-idea pemodenan. Contohnya, majalah Al-Imam dalam tempoh dua tahun mencapai edaran 5,000 naskah, diedarkan dari Singapura ke Tanah Melayu untuk menyebarkan idea-idea pemodenan dan emansipasi wanita.

Walaupun dikekang, idea ini perlahan-lahan tersebar kerana ia membawa kita kembali kepada ketulenan agama dan pada masa yang sama menentang British. Buat kali pertama, idea anti-penjajahan dilaksanakan melalui penubuhan madrasah sebagai alternatif kepada pondok tradisional.

Madrasah yang ditubuhkan termasuk Madrasah Al-Iqbal, Madrasah Ihya Syarif, Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang, dan Madrasah An-Nashiriyah di Gunung Semanggol. Ini mencetuskan kebangkitan nasionalisme Melayu yang merupakan hasil dari kelompok kaum muda yang dituduh sebagai wahabi, sedangkan mereka bukan wahabi. Mereka adalah anak zaman yang bangkit untuk menentang penjajahan British secara sistematik.

Madrasah ini mengajar mata pelajaran agama serta mata pelajaran sekular seperti sejarah, geografi, matematik, dan perancangan bandar. Ini bertujuan untuk memberikan kefahaman bahawa ilmu Allah luas, bukan semata-mata ilmu agama, tetapi juga ilmu lain untuk bersaing dengan Britain. British pernah berkata bahawa orang Melayu tidak boleh buat jarum pun dan hanya layak kekal sebagai petani, nelayan, dan tukang.

Inilah yang menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahar Jalaluddin, dan Abbas Taha menggerakkan perubahan ini melalui pendidikan. Namun, mereka konsisten dilabel sebagai wahabi kerana menentang status quo golongan ulama tradisional yang ada pada waktu itu dan juga British.

British pada waktu itu merasakan bahawa mereka terancam dengan kebangkitan golongan kaum muda. Oleh itu, berlakunya perkembangan wahabizam yang pernah didengar oleh umat Islam apabila mereka pergi ke Mekah dan membawa balik cerita bahawa kita perlu berhati-hati dengan wahabi. Propaganda British menyatakan bahawa kelompok wahabi dan majalah-majalah wahabi perlu diwaspadai.

Pada tahun 1920-an, istilah tersebut agak tenang. Namun, sepanjang sejarah, ramai orang besar seperti Dr. Burhanuddin Helmi, yang menjadi Yang Dipertua PAS, dituduh sebagai golongan wahabi. Zainal Abidin Ahmad juga dituduh sebagai wahabi. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz pernah digelar sebagai wahabi kerana membawa idea-idea baharu yang bertentangan dengan idea-idea yang sudah established.

Saya tidak ingin menyentuh tentang amalan-amalan masyarakat kerana itu bukan bidang saya. Saya hanya menceritakan dari sudut sejarah tentang pertentangan ini. Sehingga hari ini, gelaran wahabi masih menjadi mainan mulut, walaupun banyak orang tidak tahu apa itu wahabi atau siapa itu Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Ramai yang tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab di Arab Saudi dan bagaimana gelaran wahabi itu berkembang ke India, Sumatera, dan Tanah Melayu.

Kita perlu memahami konteks sejarah sebelum mengatakan wahabi, wahabi, wahabi. Syeikh Muhammad Abdul Wahab pun tidak pernah menubuhkan gerakan wahabizam. Jika ada perbalahan atau percanggahan pendapat, seeloknya kita terbuka untuk berdiskusi mencari titik pertemuan dan penyatuan sesama umat Islam, bukan menuduh orang sebagai wahabi atau memberikan gelaran yang tidak baik.

Saya sendiri pernah menghadapi cercaan di Facebook hanya kerana perbezaan pendapat dalam beberapa isu. Saya berharap agar sumbangan dan penyampaian saya berkaitan dengan isu wahabi dari Arab Saudi ke India, Sumatera, dan Tanah Melayu yang dipengaruhi oleh British kolonialisme dapat difahami. British mempunyai pengaruh di banyak tempat dan mereka menggunakan medium penyebaran yang dikuasai untuk mempropagandakan semua ini.

Kajian saya adalah kajian awal tentang propaganda wahabizam oleh British. Saya ingin melanjutkan kajian ini, tetapi banyak bahan terletak di Arkib Negara Singapura, memerlukan usaha yang lebih. Jika ada yang menonton live ini yang ingin menaja kajian ini supaya dapat dilanjutkan dan menghasilkan kajian yang lebih ilmiah dalam bentuk buku atau jurnal, sudilah menaja kajian ini. Propaganda wahabizam dari Arab Saudi ke Tanah Melayu memerlukan kajian lebih mendalam.

Saya juga mencadangkan beberapa buku untuk dibaca, seperti “Study of Islam and Society in South-East Asia” dan “Nationalism in Southeast Asia” oleh William Roff. Buku-buku ini ditulis oleh ahli sejarah yang objektif dan tidak berpihak, memberikan asas tuduhan-tuduhan wahabizam dan perkembangan kaum muda dan kaum tua.

Saya ucapkan terima kasih kepada yang menonton selama lebih kurang sejam ini. InsyaAllah minggu depan kita akan berbincang tentang tajuk “Dunia Tanpa Islam” dengan merujuk kepada buku “A World Without Islam” oleh Graham Fuller. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak