Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, ya Rabbil alamin. As-solat wassalamu ala asyrafil ambiya’i wa mursalin, wa ala alihi was habihi ajma’in. Wal halula wala kuwata illa billah. Ali Nazim, Allah mala sahla illa ma ja’alta hu sahla, wa anta taj’alul hazana idha shi’ta sahla.
Rabbi shrahli sadri, wa yassir li amri, wahlul ‘uqdatam min lisani, yafqahu qawli.
Amar Bahar pada yang terhormat, Tuan Nazir Surah Ar-Rahman, seksyen 8, yang saya kasihi, kepada segenap para aimah, para alim ulama, para masyayikh di surau yang mulia ini, apabila khususnya kepada segenap hadirin walhadirat, Hafizah Abdullah, dan tidak dilupakan kepada adik-adik mahasiswa tahfiz yang dikasihi, semuanya, alhamdulillah kita bersyukur pada Allah Subhanahuwata’ala pada malam yang mulia ini dapat bersama-sama untuk melaksanakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Dengan harapan ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahuwata’ala, selawat dan salam dicurahkan kepada junjungan besar, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana dengan syafa’at Uzma baginda, kita semua berharap di akhirat kelak.
Hadirin wal hadirat, Hafizah qumullah, judul yang diberikan kepada saya pada malam hari ini adalah berkaitan tentang tasawuf. Kepentingan tasawuf bagi kehidupan seorang Muslim. Di tasawuf, apabila disebut tentang tasawuf hari ini, bukan seperti dulu. Hari ini, ia menjadi suatu topik yang boleh jadi kontroversial.
Padahal, tasawuf adalah salah satu cabang dari Islam yang sudah dibahas oleh ulama sejak zaman baginda Sallallahu Alaihi Wasallam lagi. Para sahabat yang mengambil ilmu, yang mengambil wahyu, mengambil agama dari baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sudah bertahalluk dengan tasawuf.
Hadirin walhadirat, Hafizah Abdullah, jadi ini bahayanya, permainan persepsi media cyber. Wallah, hari ini, kalau dulu, zaman Daulah Uthmaniyah, kita tahu Daulah Uthmaniyah, atau dalam bahasa Inggeris, Ottoman Empire, atau dalam bahasa Melayu, Khilafah Utsmaniyah, bisa runtuh akibat dari tidak menguasai media di Turki pada waktu itu, dan juga di negeri-negeri Islam lainnya.
Walamlah, nak cakap apa, tapi kenyataannya, ada yang tidak menerima fakta ini. Salah seorang penulis, seorang profesor doktor dari Saudi Arabia, ada menulis kitab, dalam itu dia kritik Daulah Utsmaniyah. Bagi dia, Daulah Utsmaniyah wajib diperangi kerana membawa ajaran tasawuf.
Hadirin mulhatirah Abdul Rahman, sekarang kita ketuk dada kita. Baliklah, tepuk dada, tanya selera kita ini, nak anggap Daulah Utsmaniyah yang beratus tahun hidup dengan tasawuf dengan jayanya sebagai sesat, atau kita refleks balik memahami makna sebenar tasawuf untuk kita bertahalluk dengan tasawuf dan kembalikan zaman kegemilangan umat Islam seperti dahulu yang jelas kuat dalam bertasbih.
Ini dia, hadirin mual hadirat, Hafizah Abdullah, cuba kita lihat tasawuf, apakah makna tasawuf. Of course, perkataan tasawuf macam-macam dia orang nak mengata. Ada yang kata Sufi datang dari ‘Su’, itu maksudnya apa, maksudnya pakaian yang kasar. Jadi dia nak bagi kadang-kadang gambaran orang Sufi ni, ha, tu lah, orang boleh pakai pakaian sedap-sedap macam ni dia tak nak dia nak buang, nak pakai yang yang tak selesa, yang panas, menghina diri sendiri dalam keadaan membuat diri sendiri rasa gatal dan lain-lain. Ha, inilah golongan Sufi. Ha, dia nak bagi contoh dia, macam ada yang sampai nak samakan dengan golongan Kristian yang ekstrem yang pukul badan dia tu, yang dia ambil sangat macam tu kerana nak merasakan kesakitan seperti Nabi Isa Alaihissalam, atau mereka Jesus Christ disalib. Ha, contoh dia.
Hei, bukan macam tu.
Itu bukan tasawuf yang benar. Makna tasawuf itu adalah dari sofa, sofa itu jernih dan bersih. Jadi tasawuf berusaha untuk membersihkan jiwa, bersih seperti sofa. Sufi adalah orang yang berjiwa bersih. Macam-macam makna dia, banyak makna dia. Ada yang kata dari suf, macam mana ustaz? Bolehlah, tapi jangan dimaknakan dengan makna yang negatif. Tadi buat seolah-olah main frame macam negatif. Tidak, tapi memang dulu ada di kalangan orang Sufi yang memakai sof, iaitu kain atau pakaian yang terbuat daripada bulu binatang. Sof, apa masalahnya? Orang dulu sejuk, pakailah macam tu. Jadi jangan tengok oh, tak, buruk-burukkan hanya sengaja pakai pakaian yang tak sedap. Tak betul, tapi pakai memang itu pakaian mereka.
Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada golongan Sufi, tapi tidak menggunakan nama Sufi, tapi dipanggil dengan ahli sufah. Maksud dia apa? Dia adalah beberapa orang yang memang daif, mungkin minal fuqara, orang-orang yang fakir. Mereka duduk di satu bahagian, kalau kita pergi ke masjid Nabawi, ada bahagian dia, ahli sufah tersebut. Mereka banyak duduk di situ, berzikir, saling menasihati, tazkirah. Jadi itu adalah minat tasawuf, cuma ketika zaman baginda, tasawuf tidak berupa nama lagi.
Di zaman baginda Sallallahu Alaihi Wasallam tidak ada tasawuf. Tidak ada. Begitu juga Fiqah. Fiqah, ada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kata al ilmu an Kazama, ialah salah satu aksa amin ilmu terbahagi kepada tiga bahagian. Al awwalu al akidah, tu yang pertama akidah. Al fiqu, yang kedua Fiqah. Afdal itu atas saufu, yang ketiga tasawuf. Ada tak? Tak ada lah, tuan-tuan. Bahkan akidah tidak guna kalimat akidah, Fiqah tak guna kalimat Fiqah, tasawuf tak guna kalimat tasawuf. “My yuridi lahubihi khairun yufakihufidin,” maksud dia apa? Faham. Allah menjadikan ia orang yang faham dalam hal agama. Bererti luas, akidah, Fiqah, tasawuf masuk dalam ayat tersebut. Cuma tasawuf itu sudah wujud tanpa nama.
Ini yang berulang kali saya cerita. Saya di UIA fakulti ikon, saya di RT apa rkud, tapi ada ceramah di econs. Econs ni fakulti ekonomi. Di situ ada seorang Indian master official student angkat tangan, “Doktor Wan, tok Az equation, marhaban you bin Talking bak tasawuf, Q gift me one hadis deprofer Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mention tasawuf in the hadis.” Ha, dia cakap macam tu. Saya baca, ok. Dia nak satu hadis yang baginda Sallallahualaihiwasallam sebut kalimat tasawuf. Saya jawab, “Brother, tasawuf exists in the time of Prophet without naming.” Tasawuf exists in the time of Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam but without naming. Tanpa nama, dia diamalkan. Bukti dia apa? Selain ahli sufah dalam hadis Jibril Alaihissalam bertemu baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ketika itu ditanya mahwal Islam, disebut rukun Islam. Mahwal iman, disebut rukun iman yang enam. Mahwal Ihsan, disebut tentang Ihsan. “Anta buddallahhaqa an naqatar Rafa, in lam taqun tarahufa in nahuya Rab.” “Anta buddallahhaqa an Naqatarah,” engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat Allah. Kalau engkau tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah memang melihat engkau. Itu tasawuf.
Al Ihsan, al Ihsan ke tasawuf? Ada hari ni kata, “Oh, kita tolak tasawuf ni yang geng tarikat, tarikat aa itu kita tolak, tu khurafat.” Itu yang kita terima kalau yang dikatakan tazkiatun nafsi, pembersihan jiwa, kita terima. Berakhlak dengan akhlak yang baik, kita terima. Aa itu. Jadi akhirnya apa? Kita kena tukar nama tasawuf ni, tak sesuai. Saya terkejut di UIA ada yang kata “the word of tasawuf is not relevant,” atau “bukan relevant lagi.” Dia kata ada, ada, ada pertentangan, ada perdebatan tasawuf ini tak perlu digunakan nama dia. “Tasawuf is alien,” alien ni dari luar dari Islam. Tak boleh guna. Kita guna akhlak, aa tarbiah rohiah, bolehlah. Saya jawab, “Oh my god, you know not.” Tidak tahu ke, tasawuf itu perkataan tasawuf itu dah disebut oleh ulama sejak kurun ke-3 ke-4 hijriah. Tuan-tuan dan puan-puan, Imam Ghazali tak cukup ke membahas tasawuf kurun ke-6 hijriah, tiba-tiba hari ni kita nak anggap tak ada tasawuf dalam Islam? Wahai, oh yang ada akhlak sahaja.
Hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, hadis Jibril Alaihissalam tadi, “Anta Abu dallahhaqa Ana kata roh,” engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya. Is not tazkiatunas. Dia bukan membahas tentang penyucian jiwa, dia bukan membahas tentang akhlak, dia membahas tentang apa? Musyahadah, makam tertinggi di dalam ilmu tasawuf. Musyahadah, tuan-tuan. Muhammad, kalau buka kitab tasawuf, tu awal tu adalah taubat, ikhlas, zuhud. Last-last tu ada mahabah, ada musyahadah, ada shaub. Itu dah akhir-akhir. Hadis tu dia buka akhir dulu, musyahadah dulu, “Anta Abu dallahhaqa an naqatarah,” iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat. Maksudnya apa? Hadis nabi kalau kata hadis daifku palsu, hei hati-hati. Tu hadis mutawatir menurut sebahagian ulama, hadis Jibril kot, hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini mengajarkan kita kepentingan seseorang itu mendapat mahkamah musyahadah, iaitu seolah-olah melihat Allah Subhanahuwataala. Berjalan kita tahu Allah Subhanahuwataala, kita kenal, kita ingat. Nak mudah faham, dia macam tu lah. Contoh dia, kalau orang yang musyahadah ni datang maksiat depan dia, dia terus tahu ni maksiat, dia lari dari maksiat tu. Musyahadah kan key, tu senang sangat ustaz nak gambarkan.
Paling mudah macam ni, dia bangun-bangun tidur yang dia ingat Allah Subhanahuwataala. Dia tak fikirkan wuduk, solat, wirid, berhenti sekejap duk lalai tengok TV, eh astaghfirullahalazim. Ini adalah maksiat, bukan kerana TV tu maksiat, bukan. Tapi larut benda yang sia-sia. Diisi harinya penuh dengan ibadah. Tuan-tuan tahu tak, kalau ahli tasawuf, ahli Sufi ni, dia duduk kat zawiyah 24/7. Selain waktu tidurlah. Ha, dia kena ada istighfar. Selain waktu tidurlah, dia berzikir, pegang tasbih, baca Quran, solat jemaah, solat sunat tahajud, baca dalam al khairat, baca selawat, baca qasidah burdah, baca qasidah Hamzah, semua diisi penuh. Hizib autat, hiziq apa, hiziq Bahar, hiziq beri, hiziq rotib, Hada rotim atos. Ha ni semua amalan yang banyak ada di alam Melayu. Jangan cakap tu bidaah. Yang cakap benda tu tak wujud di dalam Islam ni baru datang. Itu semua dah diamalkan oleh ulama Melayu beratus tahun.
Nak khabarkan pergi kat istana. Istana pergi dekat pusat kampung. Sekarang berapa banyak menu skrip dalam khairat ditulis di istana, dibaca di istana, dibaca di masjid, dibaca di surau, di langgar, di madrasah, di pondok. Itu yang Tasya buat. Kerana apa? Musyahadah mereka. Kalau lalai mereka rindu Allah Subhanahuwataala, berusaha mencari Allah Subhanahuwataala, takut dengan hari akhirat, takut dengan fitnah-fitnah akhir zaman, takut dengan maksiat. Dia tak peduli nak pakai tie ke tak pakai tie ke, nak pakai apa tak, ini pakaian dia macam tu. Duduklah dekat surau tu, duduklah kat zawiyah tu, berzikirlah kerjanya.
Itu tasawuf, “anta abudallahhaqa an naqatarah,” berusaha untuk mendapatkan makam khusyuk beribadah kepada Allah seolah-olah melihat Allah Subhanahuwataala. Bererti merasa manisnya ibadah. Sekarang kita tepuk dada tanya selera. Tuan-tuan rasa ke manisnya ibadah tu ke rasa okey? Saya wajib buat saya buatlah. Cuba rasa hanya saja untuk mencapai mahkamah musyahadah ini tak cukuplah kalau sekadar baca 1 juz sehari, solat jemaah, balik aa duduk kat warung kopi mengumpat. Cukup tak? Kira-kira cukup tak? Tak cukup, syeikh. Boleh ke rasa musyahadah tu? Tak rasa. Kalau tak rasa, paling tidak murokobah. Murokobah tu maksud dia apa? “Fa in lam taqun tarahufa id nahu ya Rabb.” Kalau kau tak dapat melihat merasa melihat Allah Subhanahuwataala, ketahuilah Allah memang melihat engkau. Tu nama dia murokobah.
Bererti murokobah tu kalau kita tahu Allah melihat kita, ada maksiat kita lari. Ada benda tak baik kita jauhkan. Ini bukan hanya maksiat tu tengok benda yang diharamkan buat mencuri ke apa, bukan hanya itu. Bukan hanya mencuri je, termasuk maksiat itu adalah suudzon, sangka buruk kepada orang lain. Orang yang soleh, zahir dia kita tengok dia solat 5 waktu tak pernah tinggal jemaah. Masa kita suuzan ni oh dia ni sembah dinding tu, ha boleh tak? Boleh tak macam ni? Ada orang tengah solat mentang-mentang letaklah ha ni ada bentuk kubah macam ni oh dia sembah kubah tu. Boleh tak macam tu? Kita solat bayangkan ada capal kat sini, ha ni oh geng wahabi terus kata oh ni sembah capal. Baru betul sikit tu suuzon, maksiat tu tak boleh. Itu kita ada kaedah fiqih dia, kita ada kaedah-kaedah dalam usul Fiqh. Urusan hati ni urusan hati, kita tak boleh tuduh melainkan kita korek hati tu.
Tapi ustaz kita nak satu zaraid, boleh tak? Takde masalah tapi satu zaraid ada syarat dan rukun dia, ada kaedah dia. Boleh tak nak saduzaraid sesatkan orang, nak saduzaraid kafirkan orang? Bolehlah saduzaraid ni kira macam ni, takut-takut ada yang jatuh, takut-takut ada yang sesat, takut-takut ada yang salah, takut-takut ada yang buat benda haram. Key kita larang dia buat, boleh tak kita larang dia buat? Kita selesaikan dia. Kalau nak larang tu, kita larang. Ustaz tak boleh cam ni, tak sesuai kat sini. Ha okey, betul, betul, faham kan? Sesat tu Sabri zarah bukan ustaz tak sesuai kat sini sebab ustaz kita selesaikan, boleh tak macam tu? Ada kaedah dia, syeikh.
Hadirin wal hal hadrat, Hafizah, murokobah, tilik hati itu ada penyakit hati. Murokobah, Allah dengar apa yang aku kata ni, hasad dengki. Allah dengar orang tu tak kata macam tu, dia kata dia kata lain, kita potong video, dia potong, katuk-katuk, kita tuduh dia. Ha tu ahli bidaah tu, ha tu sesat tu, tu dia kata macam tu. Eh betul ni dia kata macam ni dah, boleh tak? Boleh tak bersudah-sudah sikit orang tasawuf tak boleh macam tu. Saya memang paus Bilal disalibkan. Hadirin wal halul jadi tasawuf itu adalah fun ke-3 daripada akidah, Fiqah, tasawuf. Ada daripada hadis nabi dan bukan hanya satu hadis, banyak hadis dia. Kerana ni mukadimah, kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu hadis tu, kena buat daurah khususnya. Nama daurah dia, buka kitab pemberi pemberitahuan bahawa tasawuf termasuk syariat Islam. Saya boleh bentangkan kat sini dari kitab Arab namanya “Al-Ilm B An-Nata Saufa Min Syariatul Islam.” Pemberitahuan bahawa sesungguhnya tasawuf termasuk daripada syariat Islam, disusun oleh Muhammad bin Kabir bernama Sayyid al Hafiz Abdullah bin Muhammad bin As Siddiq al Humari al Hasani, meninggal 1993. Dia hafal menurut riwayat guru saya, dia kata dia mengaji dengan Sidik Abdullah bin Sidik Kumari. Sahih Muslim tak pegang kitab duduk macam ni dari awal sampai akhir ada kat dalam kotak ni. Sahih Muslim, sahih Muslim hafal matang dan juga sanad semuanya dia hafal.
Tergamak hari ini isu yang dibangkitkan dah dibahas oleh ulama hadis, ulama dulu dah habis bahas dah. Masih disebut-sebut, masih disesat-sesatkan, masih nak frame orang, nak katakan orang yang tidak diperkatakan. Ha sebab tu kena buka kitab dan mengaji. Jadi tasawuf ini, kenapa kita perlu pada hari ini? Betul wahabi berjaya untuk memesungkan negatif seolah-olah tasawuf ini asing daripada Islam. Sampai perbahasan keramat-keramat Sufiah nak khabarkan dalam akidah ni, bukan tasawuf, akidah Islamiah. Dalam ilmu akidah Islam bahawa karomah itu wujud. Apakah itu karomah? Perkara yang mencari-cari adat yang berlaku kepada seorang yang bukan mendakwa kenabian akan tapi dia orang yang soleh, iaitu wali Allah. Dia soleh, syariatnya dia jaga, dia memang bagus. Ketika dia solat tu, solat dia baik. Contoh dia, lalu dia mengaku nabi tak faham bang, ngaku nabi kufurlah setelah Nabi Muhammad alaihissalam lah maksud dia.
Ha lalu berlaku atas dia sebuah perkara yang mencari-cari adat. Mencari adat tu apa? Maaflah kalau wahabi memang fail lah bab hukum adat. Hukum ahli, hukum syarak ni fail. Adat contoh dia, api dibakar tak bakar ni adat. Jalan atas air adat tapi takdelah nak kata benda tu berlaku kena tergantunglah berita dia macam mana. Apa pun perkara yang mencari adat kalau berlaku kepada seorang hamba yang soleh, menjaga syariat, tidak mengaku kenabian, itu dipanggil karomah. Karomah boleh terjadi, boleh banyak terjadi, disebut dalam kitab-kitab tobaqad. Lalu hari ni kita nak apa? Kita nak kuburkan kitab tobaqad tu seolah-olah kitab tobaqad ni tak wujud. Bila baca je cerita je khurafat. Yang dikatakan salah satunya, Syekh Abdul Qodir Al-Jailani radhiallahu anhu. Jangan terkejut bila kita doa, Syafiqa Jaelani radhiallahu anhu pun ada. Hari ni kata eh, radhiallahu anhu tu untuk sahabat je, ulama tak boleh. Syekh Abu Khadijah ni bukan sahabat, tak boleh radhiallahu alaihi. Pas tu nanti dia orang keluar video doktor Aiman persahabatan Syekh Abdul Qodir Jaelani sebab, ya Allahuakbar, eh siapa kata gitu? Imam Nawawi kata doa radhiallahu anhu walaupun kepada selain sahabat itu boleh. Ha nak khabar awal-awal disclaimer, kau tak buat disclaimer, nanti habis depa guna.
Syekh Abdul Qodir Jaelani, dia ada banyak karomah yang disebut dalam kitab-kitab terbakar. Salah satunya, dia pernah waktu ibadah, datang sebuah cahaya. Cahaya tu keluar kata, “Kak Sya Abdul Khadijah, ya Abdul Qadir an naram bukum, aku ni Tuhan kau, kau dah capai derajat kewalian tertinggi maka aku halalkan yang haram bagimu.” Apa jawab Syekh Abdul Qodir Jaelani? Ishak ialah, “Berambuslah wahai iblis yang terlaknat,” kerana apa? Kerana Allah Subhanahuwataala tidak akan menarik beban taklifi, beban syarak kepada mana-mana hamba-Nya, sampailah ia meninggal dunia ataupun kiamat dah kan. Ha dah ke, apa maksud dia? Dah apa, matahari timbul daripada barat, taubat budak orang tu dah tak diterima. Ha dia tengok
lah hadirat Hafizah. Jadi kalau kita melihat perkara ini, karomah ni mungkin terjadi, bukan tidak mustahil terjadi. Saidina Umar bin Khattab radhiallahu anhu, dia ada satu karomah.
**Karomah** dia disebut dalam Sahih Bukhari, dan kita kena kabulkan perkara itu betul-betul terjadi. Ia berlaku ketika Saidina Umar bin Khattab ada di Madinah. Syariah yang ada di Parsi, bala tentera dia sedang berperang melawan Parsi, musuh dilihat akan naik di atas gunung. Saidina Umar yang ada di Madinah dibukakan kasyaf melihat apa yang terjadi di Parsi. Zaman itu tiada Google, tiada WhatsApp, tiada Skype, tiada Zoom, tiada TV. TV pun tiada, tuan-tuan. Lihat, nampak perkara tersebut. Maka Saidina Umar pun menyeru kepada Syariah, “Al-Jabal, al-Jabal! Ya syariah, al-Jabal!” Jabal itu gunung. Gunung itu gunung. Syariah gunung takde telefon, lagi syariah dengar. Orang kat Parsi ini dengar, “Jabal, Jabal,” ni serius suara saya. Duk rumah ni terus naik atas Jabal, menang peperangan tersebut.
Kira-kira tak boleh cerita cerita benda macam ni. “Khurafat!” tutup Zul nak buang mana buku tersebut? Kitab-kitab tersebut bukan sikit. **Hill Yatul Aulia** al Asfahan ni nak buang mana? Mufti wahabi mungkin dari kitab tu untuk bahas tentang adalah sahabat yang cakap oh kena tutup ustaz. Ya kan parut karomah ni tak boleh cerita. Ceritakan wali yang sebenar tu kalau ada karomah, dia simpan, dia sorok. Ya, kalau wali itu, dia soroklah. Wali tu seorang wali ada karomah, dia tak tunjuklah. Tapi kalau terjadi karomah kepada dia, ulama sebut seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani disebut dalam banyak kitab mengkisahkan karomah beliau.
Bukan kita nak karomah tu, bukan kita tasawuf nak boleh macam tu, bukan. Sebab itu ulama tasawuf disebut dalam kitab tasawuf. Al-Imam Ibnu Zakri dia kata, “Inshabatadli nafsil istiqamah, fathilkalil abbihial karomah.” Kalaulah sabit bagi seorang hamba itu istiqamah, maka itulah karomah bagi hamba tersebut. Bererti nak mengajarkan kepada kita kemuliaan para aulia aulianya untuk kita mencontohi para aulianya, mengambil sifat istiqamah mereka. Kerana mereka tak mungkin jadi wali melainkan dengan istiqamah tadi. Atau Allah Subhanahuwataala pilihlah tempat lainlah istiqamah. Jadi kalau kita tengok ada roger, ada seorang lelaki yang soleh, istiqamah jemaah tak pernah tinggal, solat sunat tak pernah tinggal, solat fardu tak yah cakap dah jemaah tadi dah buat dah. Eh puasa hatinya lembut istiqamah, mesti baris saf pertama, mendapat takbir pertama imam selamanya. Bukan selamanya maksudnya sejak tu sampai dia meninggal tuan tuan sampai dia uzur penyesalan dia. Itu nama dia istiqamah. Inilah nama dia istiqamah.
So adik-adik kena macam ibarat dia ngaji. Ha kalau nak khabar nak cepat hafal Quran, oh nak cepat hafal Quran. Ustaz khabar senang, istiqamah insyaAllah. Istiqamah macam mana? Ha 8.00 sampai 10.00 saya hafal Quran. Ha 8.00 sampai 10 memang fokus hafal, hafal. Malam 3.00 pagi bangun, 4.00 pagi bangun rojaah 30 minit. Istiqamah buat tiap hari, balik rumah cuti pun buat istiqamah insyaAllah. Khas ni betul saya cakap. Sebab dulu kalau nak menghafal, kalau istiqamah hafal, kalau tak istiqamah tak hafal. Eh betul ke tidak? Simple dia macam ni lah, aa kali dorok. Ha doroklah paling mudah aa atau formula formula matematik, istiqamahlah terus buat calculation tersebut, buat terus lekatkan. Begitu juga dengan tasawuf. Kalau ibadah, ibadah, ibadah, istiqamah pak cik pak cik haji haji uncle uncle. Aa nak tahu tasawuf sebenar tu solat tahajud jangan tinggal, istiqamah cuba tak pernah tinggal bangun mesti 4.00 tahajud istiqamah akan rasa ajaib dalam diri sendiri, hati rasa sedap, luas.
Ini yang dipanggil dengan tajali. Dajal disebut oleh ulama tahlil Anwar razail, membersihkan jiwa dari segala penyakit jiwa. Razail ni benda benda yang buruk. Tahlil bin Fadhil hias diri dengan perkara perkara Fadillah. Maka tajali dapat petunjuk petunjuk seperti apa tajali tu? Wahyu turun ha ni mengaku nabi bukan aduh susah kita nak kabur. Bukan wahyu tapi kita ada kenal namanya ilham. Pernah tak dapat ilham? Saya nak tulis buku macam mana ah bunyi perbahasan ni. Allah kita doa pada Allah, ya Allah bagi aku petunjuk, bagi aku ilham. Ha tiba tiba esok eh dapat idea tulis. Ilham tak hari tu ilham datang daripada Allah. Mestilah daripada Allah, mana ada benda terjadi selain daripada Allah Subhanahuwataala yang jadikan kan. Kita belajar dalam akidah, ada tauhid bin Affan, takdir Uti mai Aisyah. Allah Subhanahuwataala memberikan pada mana mana hamba yang dia kenal. Ya Allah tu mai Aisyah, dia ambil dari mana mana hamba yang dia kehendaki. Cuma kita haraplah kita diberikan hidayah, doa kepada Allah, istiqamah sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahuwataala dan diberikan istiqamah hadirin Wal hadirat hafizulkumullah.
Jadi kita kena faham makna tasawuf. Jangan korak apa pula yang ustaz sebut tadi thoriqah, tarikan. Ada pula hari ni dia kata kami terima tasawuf tapi kami tolak tarikan. Kita boleh bertasauf tanpa perlu tarekat. Tarekat ni tarekat ni bidaah. Pelik tak perlu kemunduran umat, kemajuan umat tidak dengan bertoriqoh. Nak khabarkan kat tuan tuan dan puan puan sultan sultan khalifah khalifah Ottoman Empire tu bertarikat. Ada tarekat nak syabandi, ada tarekat syawili, ada tarekat kordiri. Nak syabandiyah kordiri yah macam macam. Ni betul jangan cakap dekat Ottoman Empire, tanah Melayu ni ada yang sampai tarekat. Ni tak perlu kemunduran oi kemunduran syeikh. Lalu kerajaan pasai dulu tak bertarikat ke? Kerajaan pasai, kerajaan daulah atau kesultanan Aceh mereka bertoriakah? Siapa dia Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu misalan dia zaman dulu tokku palohnya, tokku melakanya, itu semua tarikhqah. Ada yang nak Syaaban tu, ada yang macam macam, ada yang Syafie. Kalau nak tahu di Semenanjung Malaysia Negeri Sembilan tak payah jauh jauh mufti mufti dulu sampai sekarang tarikat Syekh tarikat Ahmadiyah Ahmad bin Idris. Tarikat Ahmad bin Idris ni dah keluar fatwa bukan fatwa keputusan muzakara mki 2016 bahawa tarekat Ahmad bin Idris adalah tarekat muktabarah yang sesuai ahli sunnah tiwal jemaah.
Kenapa kena keluar keputusan tu? Tak ada fatwa sesatkan pun. Kenapa nak kena keluar keputusan tu? Sebab nak kabulkan sesat ke tak tarikat ni. Jangan main defend. Okey kita tidak aa tidak menganjurkan mana mana tidak mempromosikan mana mana tarekat. Ha cuma yang sesat je sesat, yang tak sesat tak sesat. So kita nak tahu jap jap jap tarikat ni sesat ke tak sesat? Oh kalau takde keputusan bolehlah tu kot tak berani. So nak kabur kan tarekat Ahmadiyah 2016 difaktor dimaaf diwartakan atau dikeputusankan oleh muzaqarah keputusan muzaqarah mki adalah tarikat yang muktabarah. Tarekat yang sesuai ahli sunat berjemaah. Beberapa tomahan yang ditomahkan dalam tarekat ini diselesaikan dalam keputusan tersebut.
Boleh baca apa isu dia? Wahdatul wujud, Nur Muhammad, robitoh, tawasul, isti rosak, ha itu diselesaikan kat situ. Dia sebut, baca Nas 2016, cetak buku tu dah cetak. Minta kat JAKIM, kalau tak nak bagi, minta saya. Sebagai rakyat, berhak untuk mengetahui keputusan tersebut. Tak payah nak sorok-sorok, bagi je terus keputusan Nusantara MKI. Sorok-sorok mana boleh? Ni contoh dia. Saya baca di Malaysia, tarekat ini juga berpegang kepada mazhab Syafie dari sudut Fiqah, mazhab Asyariah dari sudut akidah, dan mazhab Junediah al-Ghazaliyah serta Syabiliyah dari sudut tasawuf.
Tarekat Ahmadiyah terdapat beberapa perkara dalam tarakat Ahmadiah Idrisiah yang memerlukan penelitian dan penjelasan melalui metodologi ilmu tasawuf. Antaranya, baiah dan talkin lafaz-lafaz zikir, yaqadhah, Nur Muhammad, dan wahdatul wujud yang mungkin menimbulkan salah faham. Sehubungan dengan itu, muzakarah memutuskan bahawa kandungan zikir, selawat, dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan tarekat Ahmadiah Idrisiah tidak bertentangan dengan unsur-unsur akidah ahli sunnah berjemaah. Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam tarekat Ahmadiyah Idrisia yang diamalkan oleh semua cabang-cabang tarekat Ahmadiyah Idrisia di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip akidah dan syariat Islam dalam kerangka ahli sunnah berjemaah.
Ini keputusan muzakarah MKI 2016. Saya tak balik lagi. Jangan kata kita duk ubah-ubah hukum ke apa. Bukan. Ini saya belum balik. Muzakarah MKI yang memutuskan dalam erti tuan-tuan. Tuduhan yang dilemparkan kepada tarekat-tarekat ini adalah tuduhan yang kadang-kadang dibuat oleh golongan-golongan Wahabi untuk memburuk-burukkan mereka. Kalau tidak memahaminya dengan metodologi yang benar, maka salah faham akan timbul. Fitnah akan timbul. Belum lagi tuduh-menuduh, eksklusi, aa ini lebih bahaya. Tak tahu isi hati cakap orang tak payah tahu orang tarik tuan-tuan dan puan-puan.
Cuba pergi kubur mak bapak ke, angkat tangan doa, orang ambil snap gambar. Tak, tak, tak. Dia menyembah kubur? Meminta-minta kepada pemilik kubur? Macam mana? Ha, macam mana nak biarkan? Oh, 1 zaraik tak boleh langsung. Pagar kubu, kita nak ziarah mak bapak pun bidaah jadi dia. Padahal Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda, “Itu kuntunahai tu Quran ziarah kubur di ala fazuruha.” Ala fazuruha tu ha, sekarang kau ziarah. Dia ziarah kubur. Imam Ghazali sebut dalam kitab Ishak aliuddin, faedah ziarah kubur salah satu dia tabarruk, lebih-lebih lagi kubur para wali. Hmm hari ni terus alergi, pergi kubur je dituduh sembah kubur.
Nak khabarkan dia, nak khabarkan dia, nak bagi tahu ni. Ha, ha, ha. Nak habaq ni. Ha ha, terserahlah bahasa mana. Hadirin wal hadirat, Hafizahullah. Ulama dulu takde masalah orang pergi ziarah kubur berdoa, bertawasul, beristighfar di kubur. Tak ada masalah. Orang yang pergi kubur, pergi bertawasul tu, dia tak ingat pun sahih kubur tu Tuhan. Justeru, orang yang tak pernah nak pergi kubur ni yang duk fikir psikola ni kadang-kadang dia Tuhan pun tak percaya. Makan ubat dia kata ubat ni yang sembuhkan. Pergi kubur buat apa? Tak manfaat pun bagi dia. Ha sebab bagi dia, apa yang manfaat tu apa? Makan ubat tu betul-betul. Aa, apa kekayaan ni apa ni sebenar zahir ni yang betul. Kadang diorang tak percaya Tuhan pun. Golongan netizen dan lain-lain. Tapi orang-orang yang soleh kita ni yang hati lembut, ingat mak bapa. Ya, ingin menghadiahkan Fatihah kepada mereka, nak baca Yasin, mereka dah tinggalkan kita. Biarlah hubungan kita yang hidup dengan mati tu ada ikatan rohani, mengingati mereka dengan membaca ayat Quran, ihdak kepada mereka, bertawasul dengan para aulianya, dengan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ulama tak larang, ulama tak larang bahkan dianjurkan. Mubah, JAIS jawas. Siapa yang bolehkan ustaz saya belajar kat sekolah? Syirik? Mungkin ada sekolah kat sini kata syirik. Ha itu jaga-jaga sekolah.
Khutbah Jumaat kat Selangor ni, tawasul je yang ke-2. Imam Nawawi Rahimahullah, kalau Imam Nawawi itu sesat, saya tak tahu nak korbankan lah. Imam Nawawi ni, dia sebut dalam kitab majmuk, Imam Nawawi syarah muhazak. Kau pergi Madinah kan? Pergi Madinah, pergi ke makam, pergi ke Raudhah, solat 2 rakaat, pergi depan, pandang kiri, lurus jalan sampai ke makam Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Kau pandang wajah baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, membelakangi kiblat. Maksud dia Kaabah kat belakanglah kita, kita pandang wajah baginda Sallallahu Alaihi Wasallam al-Waqiah Syarif. Lalu kau beristighfar dengan dia, tawasul dengan dia. Ini Imam Nawawi. Pastu dia bagi hujah dia. Apa? Kisah para sahabat dan lain-lain tentang kisah al-Uthri al-A’rabi dan tak ingatlah detail dia. Bagaimana mereka bertawasul kepada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tiba-tiba datang hari ini, kelompok yang menjatuhkan Daulah Afman, kelompok yang business basically is true view yes bro. Ada ISIS, ada Dais. Dia orang ni runtuhkan kubur-kubur wali tu. Dia runtuhkan di bom ni, dia jatuhkan. Dia bahkan seorang perpustakawan di perpustakaan atau di Jamik, tumbaktor Jamik, kader tumbaktor. Tumbaktor ni dekat Mali. Dia datang, muruku cerita kat kami dekat satu majlis kat Darul Hadis Hasaniah. Dia cerita geng salafi Wahabi yang ekstrem datang pergi ke masjid tumbuk tu nak cari manuskrip nak bakar. Nasib baik bila dah dengar dia orang dah nak jajah tumbuk tu, pemilik pusaka itu masukkan manuskrip dalam tong-tong besi, naikkan atas keldai banyak tu berderet jalan dekat padang pasir cerita dia. Dia tinggalkan sikit je mushaf-mushaf yang baru yang aa yang takde, biar ada untuk dibakar. Qadar nanti dia pergi cari kang. Ha ya, seolah-olah tu lah manuskrip dia. Terpaksa tinggalkan sikit yang lain dia bawa lagi. Sekarang tersimpan di perpustakaan di ibu kota Mali. Dia cerita memang ada dibakarkannya. Betul je manuskrip dibakar. Dia kata apa? Kitab syirik? Ihya’ Ulumuddin tu dikata khurafat? Tak payah Ihya’ Ulumuddin. Syekh Abdul Somad Qalim Bani dia karang kitab nama dia Siyarus Salikin, Hidayatus Salikin. Diharamkan syekh, dikatakan sesat kitab tu. Tu kitab ulama Melayu dulu, dibaca di istana-istana, dibaca di masjid-masjid, dibaca di zawiyah-zawiyah, di surau-surau. Tiba-tiba keluar keputusan, ha sesat cam mana? Ha boleh kalau nak tahu masalah kita ni. Ha ini kita khabarkan.
Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan, hadirin wal hadirat Hafizahullah. Tasawuf ini penting, tak boleh hilang. Tiga ilmu yang wajib ada dalam setiap umat Islam, akidah, Fiqah, dan tasawuf. Kalau ada orang mengaku Sufi tapi tak nak solat, kita tolak dia, ketuk dia. Kalau dia tengah mabuk, kita sedarkan dia. Mabuk kepayang misalkan dia, kita sedarkan dia. Kalau dah mabuk sentiasa, takleh nak buat apalah, macam orang gilalah, macam ni orang gila kan. Gila kepayang misalkan tu lainlah Zul tu bab lain. Tapi kalau ada yang pegang tasawuf.
Eh, sorry, pegang fitnah tolak tasawuf ini juga susah. Macam mana dengan jiwanya? Hari ini, di Malaysia, berapa banyak orang kena depression, anxiety, sakit jiwa. Saya ada mahasiswi, mahasiswi perempuan. Masuk dia, first thing dia datang, doktor. “You might need to be able to see me every week. What if to go to H KL?” Why psikiatrik treatment? Oh my god, saya terkejut. Muda, umur 18, 19, 20 kot, dah kena pergi psikiatri, treatment depression, anxiety, sakit macam tu.
Dia pergi ke psikiatri bukan nak kata kita tolak psikiatri. Tak nak khabar dengan dia. Ulama dulu pun tahu penyakit jiwa ini ada pada setiap insan. Penyakit jiwa ni ada pada setiap insan, cuma zaman dulu, mereka takde psikiatri. Mereka sakit jiwa, mereka pergi jumpa guru mursyid, menadah dengan guru mursyid, tanya syeikh, “Anak lu musykilah, mahwal musykil saya.” Geram betullah ni. Duit saya hilang, saya kena rompak, saya kena curi. Ada kisah seorang syeikh, nama dia Siti Abdul Qodir. Fa Siti hari ni tak kaya, miskin, baru habis belajar, nak balik kampung for good. Jadi alim dah, alim syeikh.
Naik kedai, kuda, tak tahu jalan. Jalan, kena rompak, habis semua kena rompak. Patah balik ke face jumpa mursyid dia, syeikh. “Hilang hadis. Saya nak balik balik, susah tak leh buat macam mana.” Syeikh dia cakap kat dia, “Hei Abdul Qodir, ada tanda isyarat. Isyarat dia entah, kena duduk dekat face ni, tak payah keluar, duduk je kat face ni.” Kurang ajar dekat face ni, ah jadi syeikh kat karawin. Mesti karawin, akhirnya dia pun submit penawar, ataplah dengan syeikh dia. Kita hari ini, syeikh dia kata tak yah baliklah, duduk sini dah, tolong teruskan madrasah ni. Tak boleh ni, tok guru ni suruh aku tak nak kahwin, dah tak nak apa ha macam tu pula nanti.
Yang lebih teruk ni, nak bagi tahu. Intan ada madrasah, belajar dengan tok guru tu 6 tahun, dah jadi alim. Tok guru tu minta tolong, “Boleh tak tolong mengajar kat pondok ni?” Boleh. “Tuan guru nak bayar saya berapa?” Astaghfirullahalazim. Berakhlak pelajar Malaysia, pelajar pondok Malaysia macam ni. Tok guru nak bayar saya, bukan apa. Lebih teruk lagi, ada belajar keluar pondok, hari ni duk kata ulama Melayu ni dah batiniah, dah sesat. Dah cuba sedar sendiri. Ilmu tu dapat dari mana? Silsilah ilmu tu ke mana? Tak berkat, cakap macam tu.
Hadirin wal hadirat, habitatul Siti Abdul Qodir Fazli Fikri. Tinggal defen, menjadi ulama besar, defen sampai hari ini. Kitab dia dibaca, berkat dia taat tok guru. Kalau dia balik, belum tentu dia jadi orang inilah. Bila orang sakit jiwa pergi kepada guru mursyid, guru mursyid menolong, menyucikan jiwa, mengajar dia berzikir. Nak cuci jiwa ni bukan senang-senang. Ada penyakit hasad dengki. Ulama dulu ajar, “Ha, kau zikir la ilaha illallah banyak-banyak. Biar hilang hasad dengki tu. Rasa hasad dengki, la ilaha illallah, la ilaha illallah.” Sikat dia ha, maksud sikat dia tu berus dia ha, berus dialah bagi bersihkan itu. Guna dia zikirkan. Kalau kita zikir lepas solat sahaja, cukup tak? Bukan nak kata tak payahlah zikir lepas tu. Bukan sebab tak cukuplah. Kita kena perbanyak zikir.
Boleh tak ustaz saya nak buat zikir sendiri? Ah, janganlah. Tu lah gula guna jumpa guru mursyid, dia ajar kita zikir, kita ikut zikir tu. Nama dia talkin zikir. Cam yang saya baca tadi, menintalkin zikir. Berapa ribu, berapa ratus ha. Kot kemampuan tu. Room syeikh tanya, “Kau mampu berapa banyak ni?” Okey ni, banyak ni okey. So, dipantau, dilihat. Nah, macam sakit tri, sakit jiwa lagi okey. Aku dah minum ubat ni, tak cukup ubat tu, kau tambah ubat ni. Soalan dia ha. Beza dia ubat guru mursyid.
Fikir olehnya kita bersama dengan guru mursyid. Ini nama dia sahbah syuhbah. Ini nama dia syuhbah, berkawan dengan dia untuk tahu penyucian jiwa tersebut. Kalaulah akidah ada mazhab Asyariah, Maturidia, Muqtazilah, Jabariah, Wahabi, dan lain-lain. Kalaulah Fiqah ada mazhab Syafie, Hambali, Maliki, Hanafi, maka tasawuf pun ada mazhab dia. Kita panggil tarikhqoh. Dia tak sebut mazhab kerana mazhab itu Fiqah. Maksud dia secara adat ulama bila Fiqah mazhab, bila akidah kita ikut kita sebut dengan akidah Asyariah, akidah Maturidia. Tapi bila tasawuf, dia sebut tarikhqoh, jalan siapa. Kau nak bersih jiwa, jalan siapa. Nak dapat musyahadah, jalan siapa.
Jalan Syeikh Abdul Qodir Jaelani, Khodiriah. Jalan Syeikh Baharuddin, anak Syabandi. Nak Syabandiyah. Jalan Abdul Hassan As-Syadili, Syadiliyah. Ha ni jalan Ahmad bin Idris al-Fazi, Ahmadiyah. Bukan hulam Izra Ahmad. Itu dah bukan lagi sesat, boleh jatuh kufur sebab dia mengaku nabi, jelas ditolak. Ini Ahmad bin Idris al-Fasik. Tarekat Ahmadiyah kat Negeri Sembilan tu, tarekat Ahmadiyah tu besar. Eh, yang baca doa Merdeka, siapa? Mufti Negeri Sembilan yang pertama nama dia Syeikh Ahmad bin Said al-Tinggi. Cik Ahmad ni, Cik Ahmad ini tarekat Ahmadiyah. Boleh faham tuan-tuan?
Jadi, jangan bila dengar tarekat ke apa, tarekat ni sesat. Weh, nak sesatkan tarekat kita sesatkan banyak ulama dulu yang bertariqah. Tak tahu ke al-Imam Syekhul Islam Zakaria al-Ansori bertoriqah? Thoriqah dia tarqab Syahrini. Dia ada anak murid nama dia Sunan Bonang. Sunan Bonang ni wali Songo. Ha, wali Songo je. Tapi kalau adik-adik ni, janganlah tak rekod dulu, jangan hafal Quran dulu. Ngaji dulu, dah alim tu, baru Fiqah, tu bagi peadih dulu. Fathu Korek kena khatam, Fatum Mu in khatam fatwa Wahab. Khatam barulah. Kalau yang dah tua-tua kena kalaulah tidak bertoriqah, tidak menaikkan ibadah. Tuan-tuan, kalau dengan ikut tarikhqoh, semakin istiqamah berzikirnya, solat 5 waktunya, dari tak pandai baca Quran belajar baca Quran dengan betul melalui tarikhqoh.
Boleh jadi wajib ni kena faham. Sebab itu kita ada banyak pondok-pondok di Malaysia. Ada pondok tarikhqoh depan tu, duduk kat situ kan, siang pagi malam duduklah kat situ sampai dijemput oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harapan dia mati husnul khotimah. Itu harapan. Sekarang tiba-tiba datang, oh tarekat semua susah. Eh, tak boleh. Sebab itu kita ada panel pakat tasawuf kat JAKIM, menilai mengikut metodologi tasawuf. Tasawuf ilmunya, tasawuf itu mazhabnya. Nampak tu, nampak kan. Ha ha ha. Sebab itu di Negeri Sembilan, dia ada enekment tarekat tasawuf. Dilahirkanlah chilsah turut Sufiah. Orang-orang tarekat yang hebat-hebat, yang tahu metodologi tarifah tasawuf, menilai seseorang ni layak ke tak layak. Tak layak ditolak. Itu yang terjadi baru ni. Tapi dia belum keluarkan hukum, orang netizen dah melompat-lompat, dah sofa-sofa. Eh, dah dulu, dia masih dikaji. Walaupun of course kita tahu ada unsur-unsur itu ha, dan ditolak. Tapi parameter dia macam mana? Mereka jelas parameter dia ha, tunggu mesyuarat jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan menilai kembali. Tapi kalau nak ikut parameter Wahabi, susahlah. Syeikh zikir, Allah, Allah, Allah bidaah. Zikir Allah, Allah, Allah tu bidaah. Tuan-tuan, takdemakna. Allah, dia kata takde makna. Ya, tuan-tuan.
Allah, tertinggal kunci, dah bidaah. Syeikh, Rasul tak pernah sebut macam tu ha. Said itu yang paling simple. Belum lagi nak masuk perbahasan yang lebih sulit, kita huraikan 1/1 mengikut terminologi yang betul, terminologi tasawuf yang betul, diterangkan kepada mereka tak faham. Faham eh? InsyaAllah, hadirin wal hadirat, takde yang kata orang tak ikut tarekat ibadah tak diterima. Tak betul, tak kata macam tu. Tak betul.
Cuma kalau akhlak, penyucian jiwa, dan perkara fardu ain lain yang tidak terlaksana melainkan ikut tarikhqoh, maka bagi Fulan tersebut, jadi wajiblah. Boleh faham? Saya bagi contoh. Di Indonesia, ada masyarakat dipanggil abangan. Abangan ni macam orang Islam, IC Islam, tapi tak solat. Ada di kalangan mereka yang dah tua baru sedar tentang ibadah, baru nak belajar baca Quran, baru nak belajar solat.
So, kalau dia pergi masuk madrasah, susahlah kan. Nak masuk madrasah tahfiz kot. Oh, mak cik dah tua, tak boleh ha ha. Ini saudara dia. So, 1/1 je cara. Kadang-kadang, kalau nak dengar, tak ustaz. Kita majlis taklim kat masjid je cukup ke? Majlis taklim kat masjid kadang ceramah. Macam saya, ceramah. Saya tak kata cara solat takbiratul ihram, “Ain nawaitu,” tak sebut. Oh, kem ibadah, nak belajar fardu ain.
Fafa tu tak sekolah, orang tua nak belajar kat mana? Nak pergi, pergi malu tu dengan orang baru masuk Islam. Maka, mereka di Indonesia masuk di pondok tarikhqoh, pondok tua-tua, masuklah tarekat, baiadlah. Dalam baiad tu, dikatakan janji setia. Allah, Tuhan kita, Nabi Muhammad, nabi kita, Kaabah, kiblat kita, guru ini, guru kita. Tapi apa guru ni akan mengajarkan syariat. Ya, dia ajar cara solat, macam mana kita buat kelas fardu ain.
Fafa cara solat, pagi 8.00 sampai 9.00. Dah tahu solat, baca Al-Quran dari tak reti baca sampai baca. Dah tua, umur 70, 80, meninggal banyak ha. Dah selain dari itu, susah nak jemaah. Ni berat ustaz, malas rasa. Duduk rumah ni best, tengok Netflix, bestnya tengok Astro. Betul, pencen je, beli Astro kan, tukar HBO 1, 2, 3. Tukar banyak-banyak. Lara tutup semua tu, pergi pondok, azan, jemaah.
Kalau dia eh, mana pak cik tu, tak jemaah, tanya. Pak cik, tak jemaah ke? Tengah main handphone. Ha ha ha. Malu eh, malu. So, dia pun jemaahlah, jemaah, jemaah, solat. Melatih solat dan of course, bukan hanya itu. Zikir, zikir dia bagi. Apa dia zikir? Latih lidah itu, “Lailahaillallah, lailahaillallah.” Berzikir, ini yang kita nak.
Kalau dekat Malaysia, tuan haji nak khabarkan kat Malaysia, berapa banyak orang dekat daerah-daerah elit, kek Damansara, jangan cakap Bukit Damansara, bangsa taman Tun, harta emas banyak di kalangan mereka. Maaflah, nak kata. Dia sebut terus kat saya dulu. Yalah, zaman kita ni British. British trade, betul. British talk, event to the British school.
So, dia orang nak belajar agama pun tak nak, belajar bahasa Melayu betul. Masuk tarikhqoh cara, bila masuk tarikhqoh, tu berubah dari tak pernah solat, solat dulu, tak pernah tutup aurat, tutup aurat. Kalau dulu solat, tak pernah solat 5 waktu. Jaga tahajud, tak pernah tahu seumur hidup. Alhamdulillah, setiap malam tahajud baguslah. Berzikir penting nak naikkan semangat dia, rohani dia, nak rasa manisnya ilmu, manisnya ibadah.
Berzikir, ha itu tujuan dia, bukan main-main. Tiba-tiba datang orang, tak betul ha, ni bidaah ni sesat. Pergi, tak tahu, tak selidik, tak apa. Tak tanya, tak tabayun pun. Tabayun pun tak. Cuba kalau tadah yun, share apa maksud ni. Boleh ke macam ni? Share tanyalah dulu. Ha, tu dia boleh faham kan? Hei, insyaAllah, dah 09.08. Aa, lebih 8 minit langgar, langgar lampu, 8 minit. InsyaAllah, dia ada soalan, boleh.
Okey, keperluan syarikat apa, keperluannya? Apakah suatu keperluan seperti yang saya sebut? Jika ia, bagaimana nak memulakan? Maaf eh, saya ulang balik soalan. Apa keperluan bersedekah dan jika ia, di mana nak mulakan? Ha, kita bukan nak kata semua orang kena jadi ahli tarikhqoh. Kita tak kata macam tu. Kita nak kata bahawa tarikhqoh bahagian dari Islam. Itu yang pertama. Dan dia bukan sesat, dia bukan bidaah dengan syarat-syarat kita.
Yang ke-2, keperluan atau tidak. Sekiranya tuan dalam ibadah tidak merasa manisnya ibadah di dalam seharian, penyakit hati tu masih banyak, istiqamah tu tak dapat lagi. Malas lagi, subuh pun kadang tertinggal. Kadang-kadang tahajud takde pemangkin untuk beribadah, bertahajud. Dah pencen ustaz, saya pergi masjid je lah. Okey, alhamdulillah. Tapi belum sampai adat level untuk menambahkan. Kira-kira perlu tak untuk kita naikkan darjat kita? Perlu kan?
So, kalau merasa perlu, maka keperluan tersebut salah satu daripadanya adalah dengan berorita. Kalau tuan rasa saya dah cukup, dah khusyuk dalam ibadah saya, saya ada zikir, saya lepas solat. Contoh dia bagi, saya sudah cukup. Selain itu, saya cukup dengan baca Quran setiap hari. Saya baca 10 juz ustaz, pagi sampai malam 10 juz contoh dia. Dan saya rasa hati saya dah cukup, penyakit hati tu tak muncul, malas tu tak muncul. Lara tu tak muncul. Maka dalam hal ini takde masalah kerana itu bahagian daripada tarikhqoh.
Maksud dia tarikhqoh yang bukan pangkat. Tasawuf dipanggil dengan tarikhqatul qira atil qurani wal ibadati wal muasabati dan lain-lain. Seperti halnya orang yang hafal Quran, dia mungkin tak tahu benda lain, dia tak ikut tarikh kata saf, tarikh ke apa. Tapi dia jaga hafazan dia, dia ajar murid hafazan dia, dia betulkan kiraan 7. Maksud dia, dia adakan ayat 7, betulkan murid dia cara membaca, kiraan sabaah itu tarikhqoh bagi dia menuju Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ni boleh faham seumpama ia bagaimana untuk memulakannya. Jadi, sebab itu kita ada orang oh mutabarah yang berdaftar. Didaftarkan bila dah berdaftar, kita tahu dia tu betul. Bila betul, kita ambil pergi jumpa guru tersebut, ambil baiad dan ikut zikir yang diadakan, pengajian yang diadakan, jemaah yang diadakan. Istiqamah, jangan pula kata bila dah ikut ni, oh saya tak nak sembahyang kat masjid tu sebab masjid tu tidak betah dekat I. Tu tak betul orang, tak kata macam tu. Maksud dia, kita boleh tetap jemaah di mana-mana masjid sekalipun. Tapi kita ada bekalan ijazah zikir, amalkan itu.
Tuan-tuan, amalkan zikir tersebut. Apa zikir, berapa kali, berapa ratus? 176 kali, la ilaha illallah. Setelah solat, maka zikirlah la ilaha illallah setelah solat, ikut prosedur tersebut. Dan ini diamalkan dari ulama dulu sampai hari ini. Dia faham tuan-tuan? Itu yang dimaksud dengan Arafah. Tapi kalau ustaz saya memilih untuk tidak, takde masalah, no problem. So, semua orang tepuk dada, tanya selera, tahu iman masing-masing. Ha, itu maksud dia. Tapi mulut kena jaga. Jangan tak bertarikhqoh, duk kutuk tarekat. Ha ha.
Saya tutup dengan majlis ini sebuah hadis baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Man adali walian, fakhwat azan tu lagu ilham fakhwat azan cukupil haram. Maksud dia, barang siapa yang memusuhi waliku, maka aku izinkan dia untuk diperangi. Jadi, hati-hati. Jangan sampai kita mengata orang. Kalau kita tak tahu, kita tutup mulut. Kita husnuzan, sangka baik. Siapa tahu itu antara dia dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Biarlah ia dibersihkan dia dengan Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Tawakal, jangan sampai kita kafirkan dia. Baik, boleh jelas kan? InsyaAllah. Ana aktafi bin hazal qadar. Kalau ada salah silap daripada saya, saya mohon maaf sebesar-besarnya. Aku lukali haza. Astaghfirullahalazim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Siapa cakap kalau di sebalik musibah tu, maka dia membuka pintu syaitan nak menggoreng lagi dalam jiwa kita? Aa, tu lah. Boleh cakap lama. Engkau, aku tak dengar. Engkau nak sembahyang lagi? Kau sembahyang, tak sembahyang, sama ngan mama lagi. Dah, itu nabi ajar kita. Jangan duk berkalau. Kalau jadi, jadilah. Apa nak buat?
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak