Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya ingin memulakan ucapan dengan bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang paling utama dalam segala urusan dan kesejahteraan. Salam sejahtera seluruhnya kepada junjungan dan kekasih kita, Nabi Muhammad Ibni Abdullah yang dipercayai dan juga kepada keluarganya serta sahabat-sahabatnya yang terhormat.
Pertama sekali, kami reda dengan ketentuan Allah sebagai Tuhan kami, kami meredai Islam sebagai agama kami, dan kami meredai Muhammad sebagai rasul kami. Kami berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari kejahatan yang Dia ciptakan. Segala puji tertuju kepada Allah. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Rizam, semoga Allah memberkati beliau, yang telah menjemput saya pada malam ini untuk menghadiri Majlis Ilmu di Taman Syurga. Kami semua hadir dengan tujuan mencari keredaan Allah. Majlis seperti ini, insya-Allah, dihadiri oleh para malaikat yang berdoa untuk kita semua. Mulai dari awal hingga akhir majlis, dan sepanjang perjalanan pulang, kami percaya setiap makhluk mendoakan bagi kebaikan mereka yang menuntut ilmu agama. Ini termasuklah makhluk-makhluk di lautan yang ikut bersama-sama mendoakan.
Kena yakin, kena yakin kita akan mendapat keberkatan itu berkat doa dan manfaat doa daripada makhluk-makhluk tersebut yang memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam sepanjang tahun 360 hari, lebih kurang, Allah mengkhususkan beberapa hari yang istimewa, seperti Hari Arafah, 10 Muharram, malam Hari Raya Aidul Adha, malam Hari Raya Aidul Fitri, dan antara malam yang Allah turunkan keberkatan dan mustajabkan doa, turunkan rahmat yang banyak dalam alam ini, adalah malam Nisfu Syaaban, iaitu esok selepas maghrib. Betul, hari ini hari Jumaat. Esok, selepas maghrib, pakat-pakatlah niat. Apa yang nak dilakukan antaranya bolehlah niat untuk bersedekah, tak boleh RM150, tak boleh RM50, 10 tak boleh, RM5 tak boleh. Waktu kamu beribadat esok, niat yang pertama: Nak dapat reda Allah. Yang kedua: Nak dapat fadilat yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Malam Syaaban adalah malam yang Salafus Soleh dulu mengkhususkan dengan memperbanyakkan ibadat dan doa. Banyakkan ibadat dan doa. Maka, bolehlah nak membaca Surah Yasin sekali, atau tiga kali. Bolehlah nak berpuasa sunat esok dan Ahad. Bolehlah bangun qiam dan macam-macam lagi. Malam ini, pakat-pakatlah niat. Berkata al-Imam Syafie, menurut pendapat beliau, ada lima malam yang mustajab doa. Al-Imam Syafie adalah ulama Salaf yang wafat pada tahun 204 Hijrah. Hari ini, malam ni, kita sudah 1445 Hijrah. Salaf ini, 100, 200, 300 tahun Hijrah itu dinamakan Salaf. Kita sudah lama dengan Salaf, sudah lebih dari 1000 tahun perbezaannya. Maksudnya, amat dekat dengan waktu kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat. Kata al-Imam Syafie, beliau mendapati ada lima malam sangat mustajab doa, antaranya malam Hari Raya Aidul Adha, malam Hari Raya Aidul Fitri, malam Pertama Rejab, malam Jumaat, dan juga malam Nisfu Syaaban. Ketika Nabi Adam diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, tajuk malam ni, Nabi Daud Alaihissalam, tuan-tuan, doalah. Saya tak batuk, kalau batuk, berhentilah.
Ketika Nabi Adam diciptakan oleh Allah, Allah menunjukkan kepada Nabi Adam kesemua zuriatnya, dari benih Nabi Adam, semua manusia pada hari ini, dari Bill Gates, ke Jokowi, ke Tun Mahathir, ke Wadi, semua daripada zuriat Nabi Adam Alaihissalam. Nanti, bila jumpa Nabi Adam, Nabi Adam akan panggil, “Ibni,” kat kita. “Ibni” itu anakku, my son. Kalau perempuan, Nabi Adam akan panggil, “Binti,” wahai anak perempuanku semua. Ketika Allah ciptakan Nabi Adam Alaihissalam, Allah tunjukkan zuriat-zuriat Nabi Adam di depan Nabi Adam, kesemuanya itu adalah mukjizat Nabi Adam Alaihissalam. Dia sudah tengok. Kemudian, Nabi Adam melihat satu roh yang sangat bercahaya. Ada satu roh yang sangat bercahaya, terang benderang rohnya. “War fi’lmara’i yazhar,” kata Rasulullah dalam hadis yang Nabi sebutkan tentang Nabi Adam. Kemudian, Nabi Adam pun tanya, “Ya Rabb, siapa ini roh? Ataupun ini siapa?” Allah jawab, “Nuka Daud, ini roh anak kamu, Daud Alaihissalam.” Kita semua anak Nabi Adam, ini roh,” kata Allah, “anak kamu, Daud Alaihissalam.” Nabi Adam tengok, roh itu sangat bersinar. Disamping ada roh yang paling bersinar, roh Rasulullah. Antara roh yang paling terang ketika itu, adalah roh Nabi Daud Alaihissalam. Sehingga Nabi Adam tanya, “Siapa itu roh, anak kamu, Daud?” Kemudian, Nabi Adam tanya, “Kam umruhu? Berapa umurnya?” Wahai Allah, Allah jawab, “Sittuna Aaman,” 60 tahun.
Kisah hadis-hadis yang saya bawa, insya-Allah, adalah hadis-hadis yang sahih atau isnadnya jayyid warijalu qat atau yang seumpamanya, insya-Allah. Nabi Adam tanya, “Umurnya berapa?” “Enam puluh,” kemudian Nabi Adam kata, “Zid fi umrihi, Wahai Allah, bolehkah tambahkan umurnya?” Allah Taala kata, “Tidak boleh, kecuali Aku ambil daripada umur kamu.” Nak tambah yang 60, Allah tetapkan awal, tidak boleh. Allah Taala kata, “Kecuali Aku ambil umur kamu.” Lalu, Nabi Adam pun minta, “Wahai Allah, berikan kepada Daud 40 tahun daripada umurnya.” “Fazadahu arbaan,” maka jadilah Nabi Daud Alaihissalam umurnya 100. Berdasarkan hadis ini, Nabi cerita kepada para sahabat, umur Nabi Daud Alaihissalam 100 tahun. Ada umat Nabi Muhammad yang umurnya sampai 100, ada 101, 108, 113, tapi jarang-jarang berlaku.
Kenapa Nabi Adam minta Allah tambahkan kepada Daud Alaihissalam? Sebab Nabi Adam melihat bahawa Nabi Daud Alaihissalam adalah orang yang penuh dengan ketaatan dan kebaikan kepada makhluk serta ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sehingga Nabi Adam, moyang kita, iaitu Nabi Adam Alaihissalam, meminta dengan Allah untuk menambah 40 tahun umurnya bagi Daud Alaihissalam. Ketika malaikat maut datang mengambil nyawa Nabi Adam, waktu itu Nabi Adam baru berumur 960. Nabi Adam kata, “Dekat malaikat maut, Allah bagi kepadaku 1000 tahun. Sebelum ini, baru 960.” Malaikat maut pun peringat, “Wahai Adam, kamu telah lupa. Dulu, kamu pernah berikan 40 tahun kamu kepada Daud Alaihissalam.” Baru dia teringat. Kemudian, dia reda untuk malaikat maut mengambil nyawanya.
Para rasul, ketika mereka mulia dengan ibadah, kesolehan, ketaatan, kedudukan mereka lebih tinggi daripada para malaikat. Ini kaedah dalam ilmu akidah. Ketika para rasul, mereka taat kepada Allah, beribadah kepada Allah, buat kebaikan, amal soleh, kedudukan mereka lebih tinggi. Maka mereka lebih mulia daripada para malaikat. Rasulullah SAW dalam hadis menyatakan yang Nabi Daud ini antara rasul yang banyak disebut oleh Allah dalam Quran, lebih kurang 16 kali. Malam ini, tuan-tuan, bolehlah check siapa yang rajin, ada masa, suka baca Quran, check dari awal. Kalau pi mana-mana, nampak ada masa kosong, check dalam Quran.
Buka Quran, tengok nama Nabi Daud Alaihissalam. Nah, berapa kali disebutkan oleh Allah? Nah, dalam Quran, seingat saya, 16 kali. Ada 16 tempat, betul, 16 tempat. Surah Baqarah, Nisa, Maidah, An’am, Isra, al-Anbiya, Saba, dan surah Sad. 16 tempat Allah sebut nama Nabi Daud Alaihissalam dalam Quran. Kalau Allah sebut satu-satu nama, sama ada nama itu sangat besar kemuliaannya di sisi Allah, atau nama itu sangat dimurkai oleh Allah. Waktu Allah sebut Muhammadur Rasulullah, waktu Allah sebut Adam, waktu Allah sebut Daud, itu nama-nama yang hebat, kedudukan mereka hebat di sisi Allah. Maka bulan Muharram sampai Zulhijjah, Allah hanya sebut satu bulan saja dalam Quran, iaitu dalam Quran, Allah hanya sebut satu nama bulan, iaitu Ramadan. Syahru Ramadan. Para ulama suruh kaji, suruh kita tengok, oh begitu. Kalau nama yang tidak elok, Allah sebut dalam Quran, bermaksud nama itu sangat dimurkai oleh Allah, seperti Firaun, seperti Tabbat yada Abi Lahab, dan sebagainya.
Berapa kali Nabi Adam disebut dalam Quran? 16. Nabi Daud minta maaf, saya kalau tersasul, betulkan ini, yang duk dekat-dekat ni jangan nganga saja. Maaf, bawah kena sayaas bagi tahu, Nabi Daud Alaihissalam disebut oleh Allah Taala berulang kali. Nabi Daud ini berketurunan nabi Yaakub Alaihissalam, yahudza IBN Yaakub IBN Ishq IBN Ibrahim. Dia atas lagi. Bukan direct terus ke nabi Yaakub tadi ni. Dia melalui banyaklah, dia melalui beberapa moyang, lalu satu moyang, satu moyang, satu moyang, sampai kepada nabi Ibrahim Alaihissalam. Waktu Allah hantar Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah, bermula dari situ, Allah turunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, berdakwah dengan Nabi Harun, berdakwah kepada Firaun, dan sebagainya. Kemudian, wafat kedua-dua nabi ini. Wafat. Allah Subhanahu wa Ta’ala hantar seorang rasul lagi, nabi yang tuan-tuan dengar kisah dia.
Dia mengiringi Nabi Musa mencari nabi Khadir Alaihissalam. Waktu pergi cari nabi Khadir, ada seorang pemuda. Pemuda itu adalah murid kanan Nabi Musa Alaihissalam, namanya Nabi Yusha IBN Nun. Nabi Yusha IBN Nun bolehlah buh nama anak Yusya. Nah, orang Kedah tak sesuai buh Yusya, dia panggil A, A, A. Orang Kedah ni, macam tu kan? Ha, dia nama nak kena tengok juga. Kalau Terengganu, Yusar akan jadi apa? Yusar, ah. Hmm, kalau Kedah, jadi Ar. Teruk sangat kan? Dia jadi P. Dia jadi nama tu dia jadi ubah tu. Teruk sikit. Yusya ni seorang nabi yang soleh selepas Nabi Musa dan Nabi Harun meninggal. Nabi Yusha IBN Nun memimpin orang Yahudi Bani Israel. Dia yang bawa Bani Israel sebagainya. Kemudian, Nabi Yusha IBN Nun meninggal dunia, orang Yahudi Bani Israel tak ada Rasul, tak ada nabi, 356 tahun lamanya, tuan-tuan. 356 tahun tu macam sekaranglah. Setahun ada 12 bulan, 365 hari. Sama lah, 365 tahun. Bani Israel tanpa nabi, tanpa rasul, tempoh yang lama.
Kemudian, baru datang Nabi Samuel atau Syamwil. Datang Nabi Syamwil diutuskan untuk membimbing Bani Israel, sebab lama sangat tak ada nabi. Waktu tak ada nabi, 356 tahun itu, mereka mulai menyembah berhala, zina banyak, judi banyak, arak banyak. Bahkan, ketika tempoh itu, sebelum itu, mereka membunuh para para nabi. Orang Israel ketika itu, sampai tahap dah bunuh, pernah bunuh beberapa Rasul. Satu-satunya bangsa yang berjaya membunuh rasul-rasul dan nabi-nabi, bukan cubaan, membunuh. Nabi Zakaria dibunuh, Nabi Yahya dibunuh, dikerat lehernya, tuan-tuan. Jangan kata nanti, bila dah jadi Wali selamatlah, boleh terbang, tidur atas pokok, nak Pi Dungun sat. Terbang, bangkit pagi esok, sampai Dungun. Oh, dia bukan bila jadi Wali terus Allah tak uji, bukan lagi hampir kamu dengan Allah lagi, Allah sayang kamu, reda kamu, bermaksud ujian kamu akan jadi lebih berat.
Cuma, dan sabar kita tinggi dengan ujian itu, itu yang Allah bagi kepada para Aulia, reda dan sabar tu tinggi, sebab itu rasul-rasul terdahulu ada yang dibunuh oleh kaumnya sendiri, digergaji tubuhnya. Dia menahan sakit ketika itu, ketika digergaji dan dibelah tubuhnya, tapi dia sabar dan dia reda dengan Allah, dalam keadaan dia adalah Rasul. Faham tuan-tuan? Jadi, Nabi Syamwel diutuskan waktu itu, dia pun datang, membimbing Bani Israel, di mana tuan-tuan? Di sebelah sana Palestina, belah Mesir, belah Syam, Syria, di sebelah sana. Bahkan, Nabi Daud Alaihissalam ni, dia dikuburkan di Palestin. Sanalah bumi yang sangat berkah. Di Palestin, Palestin dengan Syria, tu ada banyak jasad para rasul, ada berbelas-belas jasad para rasul yang hebat, yang Allah sebut. Maksudnya, rasul-rasul yang disebut dalam Quran.
Kemudian, Nabi Syamwel ni datang, bawa Bani Israel. Waktu itu, Bani Israel pun seronok, sebab ada Rasul, ada nabi. Sebab mereka mendapat satu orang nabi yang baru, dari bangsa mereka sendiri. Waktu itu, mereka sudah pun tidak ada negara, mereka sudah pun hidup berpindah-randah, dan merempat. Bani Israel ni, dari zaman tu lagi, mereka diorang kata apa, jadi bangsa yang hina. Ketika itu, maka bila datang satu orang nabi, mereka pun minta kepada Nabi Samuel ni, tolong pilih kepada kami seorang komandan, pemimpin, atau lima perang, yang nak bimbing kami, kami nak berjihad, nak berperang, kami nak lawan semula orang yang mengeluarkan kami, Amaliqah, Palestina, yang ada bangsa-bangsa yang mengeluarkan Bani Israel dulu, ni Amaliqah, dan sebagainya. Jadi, minta dekat Nabi Samuel untuk memilih kepada mereka seorang pemimpin atau komandan perang, tuan-tuan. Sebahagian kisah ini diceritakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Quran.
Maka Allah sendiri yang pilih komandan kepada mereka, tuan-tuan. Boleh tengok Surah Al-Baqarah, ayat 246. Allah Subhanahu wa Ta’ala memilih kepada mereka, Talut. Kalau tuan-tuan pernah dengar, Talut sebagai komandan mereka. Tapi ni, miskin. Nah, maka depa pun kutuk, apa dia nak jadi. Dia ni miskin. Dia pakai kancil. Macam mana nak jadi? Nak jadi kami punya pemimpin orang Bani Israel waktu tu, dia tengok kemampuan atau kekayaan dia. Kata dia, dia pun meniaga pun balik. Dia sepatutnya, dia kena meniaga. Kenderaan mewah. Nak jadi kami punya pemimpin. Orang Bani Israel waktu tu, dia kata, dia punya pemimpin itu, pemikiran kebanyakan manusia sekular lah dari dulu kan? Sedangkan Talut adalah satu orang pemimpin yang dikurniakan oleh Allah, kekuatan dan juga ilmu dia ada. Dua Allah yang pilih Talut tadi ni.
Maka, Nabi Samuel pun kata, ini adalah pilihan Allah. Kalian kena reda dengan pilihan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebab Talut ni dikurniakan kelebihan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia pandai memimpin, dan dia juga pandai selok-belok peperangan. Maka Talut ni, Raja Talut ini, atau komandan Talut ni, dia pun kumpulkan Bani Israel. Sebab Bani Israel nak berperang. Bani Israel nak berjihad fisabilillah. Mereka dah lama ditindas, mereka dah lama, kata para ulama, Bani Israel ni ditindas, dihina, menjadi bangsa yang tidak mulia, bangsa yang hina. Sebab mereka membunuh para rasul, dan mereka hidup penuh dengan maksiat. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala, apabila nak mengazab sesuatu kaum, apabila Allah nak mengenakan hukuman kepada sesuatu bangsa atau kaum, Allah mentakdirkan kepada mereka pemimpin-pemimpin yang jahat, dan bodoh. Dah jahat, bodoh pula dalam ekonomi. Maka rakyat jadi susah. Sudahlah mencuri, merompak, merasuah pun banyak.
Ni cerita dulu ni, saya sebut ni. Dan dalam masa yang sama pula, tidak pandai menguruskan ekonomi. Kata para ulama tafsir, cara Allah nak menghina sesuatu bangsa atau kaum, mengazab mereka, mengenakan hukuman kepada mereka, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengenakan kepada mereka pemimpin-pemimpin yang zalim, dan tak tahu buat kerja. Maka Bani Israel ni, lama dah, 356 tahun. Bani Israel waktu tak ada nabi tadi, tak ada Rasul. Mereka dipimpin oleh qudah, pemimpin-pemimpin yang zalim, dan tak reti. Maka orang kata apa? Sudahlah merat Bani Israel. Kemudian, pemimpin-pemimpin mereka juga adalah yang zalim, dan jahat.
Nah, sebab tu bila dapat nabi baru, Allah Taala hantar Nabi Syamuel. Kemudian mereka minta seorang komandan. Allah Taala pilih satu komandan. Harta tak ada, tetapi kuat tubuh badan, dan juga bijak, orang yang pandai selok-belok peperangan. Iaitulah Talut. Ketika itu, Talut dia kumpulkan tentera. Dapat 80,000 tentera di kalangan Bani Israel. Salah seorang tentera itu, namanya Daud Alaihissalam. Ha, ni ceritanya. Maksudnya, Nabi Daud, ketika itu, salah seorang tentera Talut. Yang umur beliau, kemungkinan belasan, 18, 19, atau awal 20-an, anak muda, tapi berani. Bila Talut ajak untuk berperang, mereka ni pun datang. Dan apabila hari nak sampai untuk bertolak ke peperangan, ramai yang mula tarik diri. Ramai yang bagi alasan. Buat dah, hari itu.
Depa semangat nak ajak satu orang pemimpin, nak kembalikan maruah mereka, nak kembalikan rumah mereka. Mintak pemimpin, tapi bila dah sampai, semua dah siap, kenderaan, semua dah siap, kelengkapan apa semua, pakat pergi, alasan lagi, alasan. Anak tak ada, orang hantar anak kecil, tiga orang. Tuan-tuan, saya tak ada siapa nak urus kedai saya, ada dua biji. Alasan, sama lah, sampai hari ini, seperti mana nanti akan datang seruan berjihad. Zaman moden ini akan sampai sikit masa lagi. Seruan berjihad, tuan-tuan, letak posisi tuan-tuan sekarang. Apa alasan yang tuan-tuan akan bagi kepada Imam Muhammad IBN Abdillah Al-Mahdi, waktu tu kalau dia ajak? Dia kata, bulan depan, kita akan lancarkan serangan ke atas negara sekian-sekian.
Kita perlukan 50,000 daripada Malaysia. Mahdi pun tunjuk dia. Tunjuk ni, ni semua boleh. Ni semua tak kiralah badan macam mana pun, kena Pi dia. Tak ada alasan kamu, Imam Mahdi tunjuk, tuan-tuan. Seperti malam ini. Apa alasan kita nak bagi bila Imam tunjuk malam ini? Tunjuk, oke, pergi semua akan pergi. Ni sekarang ni kita boleh fikir dah. Sekarang ni kita boleh fikir dah, macam mana kedai kita, anak-anak macam mana, kerja pejabat. Ustaz ada waktu pejabat nak pergi, macam mana? Seribu alasan kita akan berikan ketika itu, sama sebab tu, sebab itu, untuk menjadi tentera yang mati syahid, dia persiapan dia sekarang, kena buang dunia tu.
Supaya bila masa saja kita dipanggil, dijemput, disenaraikan nama kita. Kita bersedia pada hari itu, sama ada sebulan, setahun, atau seminggu, untuk menyertai pasukan yang disediakan oleh keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Waktu itu, tuan-tuan, 80,000 pakat buat alasan. Maka bergeraklah Talut, bawa pasukan, bawa pasukan. Semakin hari, makin kurang, makin hari, makin kurang, makin hari, makin kurang, biasalah. Lepas seminggu pergi perang, telefon ni, apa semua, lepas dua minggu pergi perang, ada masalah di kampung, sebulan pergi perang, ada masalah di tempat kerja. Patah balik, patah balik, patah balik.
Dan Allah Ta’ala uji sepanjang perjalanan itu. Tentera-tentera itu dalam perjalanan, tuan-tuan, bukan naik Velfire, nak per perang. Samalah akhir zaman nanti, pun dia tak naik kereta mewah, sebab nabi sebut, orang yang dibimbing oleh Imam Mahdi itu menunggang kuda. Nabi kata, “Aku melihat kuda-kuda itu, aku kenal muka penunggang-penunggang kuda, dan aku tahu warna kuda yang ditunggang oleh pasukan terhebat itu.” Nabi sebut, kuda. Maksudnya, jalannya sukar, panas terik, kemungkinan musafir, perjalanan yang jauh, ribuan kilometer. Kayuh basikal, 30 kilo pun rehat seminggu dah lepas. Tu bengkak habis ni, paha, lutut, longga baru 30 kilo. Baru 30 kilo, tuan-tuan. Persiapan, persiapan untuk saya yang bercakap, dan kita semua. Sebab itu, tak ramai yang akan menyertai. Bila sampai di satu sungai, Allah nak uji, Allah bawa turun arahan yang ni dicerita dalam Quran. Allah turunkan arahan, “Wahaialut bagi tahu kepada tentera, kamu sekejap lagi kamu akan seberang sungai, jangan siapa minum daripada air tu, tuan-tuan.” Tentera dah jalan, satu perjalanan yang jauh, semua letih badan dah. Kita nak jumpa air, nak air yang bersih, tuan-tuan. Bayangkan, air yang bersih, yang banyak, dalam perjalanan yang dah jauh, perjalanan dah. Katalah, 400 KM, 300 KM, hanya berbekalkan air seang, sikit. Teguk sikit, teguk sikit. Jumpa kawasan tadahan air, isi, teguk sikit, tak mandi. Dah berapa bulan, berapa minggu, sekejap lagi nak seberang sungai.
Arahan dia, Allah tidak benarkan pasukan Talut untuk minum air. Macam mana ni? Tapi nak menyeberang, maka itu antara ujian, salah satu ujian dalam pasukan yang dibawa oleh Talut tadi. Membawa Bani Israel yang ramai. Bila dah perjalanan yang dah panjang, yang mereka dah lalui, sama ada musim panas, Wallahuaklam. Ketika itu, bila sampai ke kawasan Sungai tadi, ramai yang tidak lulus dengan ujian tersebut, habis menyeberang saja sudah. Ramai yang gugur daripada pasukan tersebut. Daripada 80,000 orang, akhirnya sebelum beberapa hari pertempuran dengan pasukan yang terkuat ketika itu, iaitu pasukan Jalut, tinggal lebih kurang 300 lebih sahaja.
300, berapa, saya tak ingat, tapi 300 lebih, dari tang mana? Banyak keping daripada 80,000 lepas hujian pertama hujian ketiga. Kalau yang ini bagi alasan, yang ini bagi alasan, yang ini sakit, yang ini macam-macam, tinggallah 300 lebih. Tinggal 300 lebih, salah seorang daripada 300 lebih itu adalah Daud Alaihissalam. Ketika itu adalah Remaja, belum jadi nabi, belum jadi raja. Selepas itu, menjadi rasul, menjadi nabi, menjadi seorang Sultan. Raja waktu itu, umurnya sama ada belasan ataupun awal 20-an. Anak remaja yang masih muda, dia dalam pasukan talut, apabila tinggal 300 orang nak berdepan dengan pasukan battalion gergasi Jalut.
300 nak berdepan dengan ribu tuan-tuan. Agak-agak macam mana? 300 ni yang dalam ni dah lebih ni ini berapa ni? 500, 1000 lebih kurang, tinggal 300 lebih sahaja nak berdepan dengan puluhan ribu. Paling kurang nak berdepan dengan puluhan ribu tuan-tuan. Bayang malam ni kita, pasukan talut saya, nabi duklah pilih tulah sedap sikit. Kan di depan sana pasukan Jalut, 100,000 ni kalau mereka berdham sahaja 30 orang pergi kencing, kalau berdham saja yang sana. Depa bunyi ramai-ramai. 100 ribu perang, tuan-tuan perang, suasana perang. Sebab itu Allah rakamkan 300 yang berjaya tadi.
Allah rakamkan keadaan mereka ketika mereka. Nak berdepan lagi, berapa jam? Nak berdepan dengan pasukan gergasi Jalut tadi. Bukan orang-orang tu gergasi, pasukan besar Jalut. Mereka pun sebut, mereka kata, ‘Laqatalum kita tak mampu nak kalahkan. Apa nama ni, Bijalut, W junudi?’ Yang 300 yang paling pure sekali tadi ni, sebahagian kecil. Sebut laalum, bijal junud. Hari ini, kita mesti kalah dengan Jalut. Mesti kalah, tu sebab 300 dengan nak lawan dengan ribu tak payah. Tak payah sebut 100,000, 50,000 banyak tuan-tuan. 300 dengan 50,000 ni terlalu besar. Maka, depa pun sebut kita akan kita mesti kalah. Maka, bersuaralah orang-orang Soleh di kalangan tentera-tentera talut, di kalangan kawan-kawan Nabi Daud. Apa semua ni? Depa pun sebut, ‘Kami min fiatin qilatinabatiatan katiratan biznillah.’
Yang pasukan tadi ni, ada sebahagian kecil di kalangan orang soleh, Bani Israel. Depa kata, ‘Kita akan menang sebab berapa banyak pasukan-pasukan Islam yang kecil, bilangan mereka, apabila bertempur dan berdepan dengan musuh-musuh Allah, yang jauh lebih ramai dan besar bilangannya, tetapi mereka adalah menang. Pasukan-pasukan yang beriman ni, tetap menang.’ Orang-orang Soleh di kalangan tentera talut, mereka teringat cerita-cerita. Bagaimana pasukan tentera beriman yang bilangan mereka sedikit, tetapi selalu menang. Maka, yang tu yang kita tengok daripada sirah Nabi Muhammad sallallahuaihi wasallam. Kan di sirah, Perang Badar, Perang Uhud, perang khandak, semua peperangan itu, jumlah umat Islam sangatlah sedikit. Tetapi, ‘Kam min fiatin qalilatin galabat fiatananah.’ Boleh mengarahkan, mengalah pasukan-pasukan yang besar. Alhamdulillah, ketika itu mereka mengalahkan pasukan yang besar.
Apabila pahlawan, nombor satu, iaitu, nama dia Jalut, dia ni panglima perang yang tidak pernah kalah. Apabila mubarazah ni, satu lawan satu, dia panggil apa, one by one. Mubarazah ni zaman dulu. Bila perang, siapa yang, depa akan cabar, hantar mai di depan. Panglima yang paling kuat di kalangan pasukan musuh, kami nak hantar, panglima kami yang paling kuat belah sana, hantar panglima yang paling kuat. Berlaku dalam Perang Badar, berlaku dalam Perang Uhud, saya tak ingat. Tiga umat Islam keluar, Saidina Hamzah, Ali ibn Abi Talib, seorang lagi, sepupu Rasulullah juga. Tu, pihak musuh pun keluar, tiga orang ada. Dia panggil, mubarazah. Wak itu, waktu itu, Jalut keluar. Jalut ada panglima yang paling kuat, gagah. Dia kata, hantar yang paling kuat di kalangan Bani Israel, tak ada yang 300 lebih. Tu, keluar semua, diam, tak ada seorang yang berani keluar untuk menyahut cabaran Jalut.
Ketika itulah, Nabi Daud alaih dalam hak remaja, tadi ni. Kisah Nabi Daud, maksudnya, berani daripada kecil, bukan pakar mobile Legend tau ha, yang tu mobile Legend, yang tu buat apa, duk atas katil kaki, duk macam tu, tu popcorn 4 jam tak berhenti. Ustaz, 4 jam, ustaz ingat, apa, main, yang tu, tak ada nilai, ada nilai, apa, nilai seronok, tu tuan-tuan. Waktu itu, Nabi Daud, dia sendiri yang keluar, dia kata, ‘Aku yang mencabar kamu, Jalut.’ Kata, ‘Aku tak berminat dengan budak-budak, memang remaja.’ Dia kata, ‘Aku tak berminat dengan budak.’ Maka, kata Nabi Daud, ‘Aku berminat untuk bunuh kamu, tetapi aku berminat untuk bunuh kamu, marah.’ Jalut jadi marah, depan orang ramai. Lalu, mereka pun bertempur, mubarazah, satu lawan satu. Allah Taala cerita, Daud membunuh Jalut. Qatala Daud Jalut. Itu kisah Nabi Daud.
Allah Taala sebutkan di dalam Al-Quran kisah itu; Allah rakam kisah itu. Maka, Nabi Daud Alaihissalam, dia pun membunuh dan mengalahkan Jalut. Lepas itu, dah panglima nombor satu habis mati, yang lain jadi takut, jadi lemah. Dan akhirnya, pasukan itu, pasukan itu menang.
Selepas daripada itu, Talut pun meninggal, Nabi Samuel juga meninggal. Maka, mereka mengangkat ketika itu Nabi Daud Alaihissalam untuk menjadi raja, pemimpin nombor satu negara. Ketika itu, pemimpin nombor satu Bani Israel lantik. Ketika itu, umur 30 muda, tuan-tuan, masih lagi muda kan dia daripada umur awal 20-an. Maka dilantik menjadi raja, umur 30, awal 30-an. Kemudian, umur 40, Nabi Daud Alaihissalam dilantik oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai utusan Allah Subhanahu wa Ta’ala, Rasulullah Alaihissalatu wasalam. Jadi Rasul. Maka, dia adalah raja. Dalam masa yang sama, dia juga adalah Rasul. Maka, dia pun menjalani kehidupan dia sebagai seorang raja. Dia juga sebagai seorang Hakim yang menjalankan hukuman. Dia juga seorang peniaga.
Yang mana Rasulullah kata dia makan daripada hasil duit tangan dia. Nabi Daud Alaihissalam seorang tukang besi. Ha, dalam masa yang sama, dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala pelbagai mukjizat. Yang antara mukjizat Nabi Daud Alaihissalam adalah seorang yang kuat, diberi kekuatan oleh Allah. Kalau perang, tiap-tiap peperangan yang dipimpin oleh Nabi Daud mesti menang, sama macam Rasulullah. Nabi juga diberi kekuatan fizikal. Rasulullah kan, dalam perang khandak, ada batu besar, batu bongkah besar lebih besar ni, bongkah besar yang tidak boleh dipecahkan. Akhirnya, panggil Rasulullah, Nabi pecahkan bongkah besar itu. Bongkah batu besar.
Begitu juga Nabi Daud Alaihissalam dikurniakan oleh Allah kekuatan fizikal. Tiap-tiap kali perang, dia boleh berdepan dengan ramai tentera. Dan yang kedua, besi diberikan, apa nama, mukjizat oleh Allah, besi di tangan Nabi Daud Alaihissalam seperti tepung saja. Tuan-tuan uli tepung tu, Nabi Daud uli. Uli besi, dia tempa, Allahu akbar. Itu bukan hak, dah tu lebih pada hak, dah tu kan kita hak hijau, kan zaman hari ni, H ni, bukan hak, dah ni. Dia ambil besi, dia tempa di tangannya. Kata para ulama tafsir, seperti nana kita menguli tepung macam tu. Dia buat.
Dan Nabi Daud Alaihissalam tidak mengambil gaji daripada mana-mana tempat. Rasulullah sebut, “kan aulu Min amaliadihi.” Nabi Daud Alaihissalam seorang yang makan daripada hasil tangan, gerak kerja tangannya. Maka, bila Allah bagi kelebihan untuk dia, menempa, mengukir besi, lembutkan besi, antara kemahiran beliau adalah beliau Nabi Daud menghasilkan apa nama, ni, Duruk perisai. Nabi Daud menghasilkan perisai, dia tempa, dia tempa macam tu. Dan perisai Nabi Daud tidak berat dan tahan lasak. Lalu dijual. Perisai itu nampak, tuan-tuan. Bukan dia, dia tak ambil duit daripada sini, tak ambil upah sini, tak ambil. Dia menjual, makan daripada hasil tangannya, yang ni yang sangat disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Walaupun Nabi Daud dah jadi raja, jadi Rasul, dia masih lagi, masih lagi berniaga. Waktu sahabat mai tanya nabi untuk beribadat yang paling baik. Maka Nabi sallallahuaihi wasallam pun sebut, ibadat yang paling baik adalah ibadat Daud Alaihissalam. Kita dengar cahaya yang besar. Nabi Daud Alaihissalam, caha cahaya yang terang-benderang. Nabi kata ibadat yang terbaik adalah ibadat Daud. Antara ibadat, antara yang terbaik, iaitu puasa. Nabi Daud adalah selang sehari sepanjang hidupnya. Yang ni, kita semua bersembang sajalah, termasuk saya.
Nah, puasa Ahad, buka Isnin. Puasa Selasa, buka Rabu. Puasa macam tu Khamis, kan? Jumaat tak puasa. Kemudian, Sabtu puasa. Begitu selang sehari sehingga akhir hayatnya. Itulah puasa yang paling baik. Ada sahabat kata kat Nabi, “Ya Rasulullah, aksar minnalk aku boleh puasa lebih.” Pada tu, Nabi kata, “Tiada yang lebih baik.” Pada tu yang terbaik siapa pun di kalangan umat Nabi Muhammad. Kalau dia berasa hebat, dia nak puasa. Puasa Nabi Daud Alaihissalam itu yang terbaik. Lebih daripada itu akan membuatkan tubuh badan lemah.
Kemudian, bangun malam. Yang terbaik juga adalah bangun malam Nabi Daud Alaihissalam, iaitu Nabi Daud tidur, kemudian dia bangun, kemudian dia tidur semula, kemudian dia bangun untuk solat. Itu atur cara yang paling baik. Kita kadang-kadang untuk solat malam ni, kita buat lepas Isyak, sebab apa? Sebab tak pernah bangun pukul 5:30. Tak pernah terjaga pukul 5:30. Sebahagian buat selepas Isyak, qiam selepas Isyak boleh. Iaitu qiam dengan tasbih ataupun qiam dengan Witir tiga rakaat. Nama qiamulail. Tetap nama qiamullail walaupun tak ada tahajud. Betul, kalau tak mampu buat sebelum Subuh, sebab tak pernah jaga pun sebelum Subuh. Jaga 6:30.
Dah masuk waktu. Contohlah. Kemudian, ada di kalangan kita, dia sempat sembahyang tiap-tiap hari sebelum Subuh. Dia jaga setengah jam sebelum Subuh, masuk bilik air ada masa lebih 15 minit, dia pun solat waktu tu. Apa nama ni? Tahajud dua rakaat. Witir tiga rakaat pun bagus. Tetapi yang paling mencabar, yang paling susah adalah tidur dulu, bangun qiam sejam, dua jam kemudian tidur semula, kemudian bangun semula untuk Subuh. Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahuaihi wasallam, dan yang dilakukan oleh Nabi Daud. Rasulullah pun buat macam tu. Nabi duk pun buat macam tu. Yang tu yang paling susah, sebab kita kalau tidur dulu, bangun qiam dua jam kemudian Subuh, kita mesti 8:30 bangun, sebab tadi dah qada banyak dah tahajud dengan Witir, dia mesti macam tu. Dia jadi letih betul kalau yang tak biasa. Bangun sejam setengah dua jam kan, satu Subuh. Tengoklah, bukan bukan kebau dah Subuh, Dinosour dah jadi. Ha, 7:30 bangun, sebab yang tu yang paling susah. Maka, itulah solat terbaik yang dilakukan oleh Nabi Daud Alaihissalam sepanjang hidupnya.
Rasul ada 300 lebih yang mendapat kitab. Empat orang Nabi Musa dapat Taurat. Nabi Isa dapat Injil. Nabi Muhammad dapat Quran. Nabi Daud dapat Zabur. Maksudnya hebat. Nah, ada kelebihan nabi da ni. Dia ada kelebihan. Dia Nabi Muhammad sebut Daud Alaihissalam, kalau dia baca Zabur, burung-burung berhenti bersamanya. Bukit, buku, dan gunung, Ganang, pepohon berzikir bersamanya. Membaca Zabur, tetapi dengan bahasa yang tidak difahami oleh kita, tetapi difahami oleh Nabi Daud Alaihissalam.
Nabi Daud, anak beliau Nabi Sulaiman, faham bahasa semua makhluk, semua Jin, semua binatang. Nabi Daud Alaihissalam diberikan beberapa kefahaman. Beliau faham bahasa burung. Beliau faham apabila Bukit Bukau dan gunung Ganang berzikir bersamanya. Dua waktu Nabi Daud akan membaca dan mengulang-ulang Zabur, yang paling banyak antaranya satu waktu Dhuha, yang keduanya waktu Isyak. Ingat, tuan-tuan, ni waktu-waktu yang maksudnya ada rahsia, dia ada barakah, waktu Dhuha dan waktu Isyak.
Apabila Nabi Daud Alaihissalam ni, Rasulullah cerita, dia nak naik atas binatang tunggangannya, dia nak naik atas binatang tunggangannya sebelum pembantu Nabi Daud nak siapkan kuda. Letakkan pelana, Nabi Daud telah pun menghabiskan bacaan Zabur, tadi dah habis. Nabi Daud Alaihissalam banyak ah kelebihan yang Allah Subhanahu waala bagi kepada beliau dan anak ada dua kisah, Nabi Daud dan juga anak beliau, Nabi Sulaiman Alaihissalam.
Nabi Daud satu orang Hakim yang Allah Taala bagi ketepatan dalam menentukan hukuman, walaupun selalu tepat dalam menentukan hukuman. Tiap-tiap manusia yang ada kelebihan, ingat, Allah akan wujudkan manusia yang lain yang lebih hebat daripada kamu. Dari sudut itu, wafauq kulli ilmin alim. Waauq kulli ilmin alim. Di atas tiap-tiap orang yang berilmu, itu ada yang lebih berilmu daripadanya. Sebab itu, bila Nabi Musa disoal, “Siapakah yang paling alim pada zaman ini?” Nabi Musa kata, “Aku.” Dia tak bongkak, bukan Nabi Musa nak berlagak takabur, tapi sebab Dia Rasul pada zaman itu. Setiap Rasul adalah yang paling alim. Tapi apabila orang tanya dia, “Siapa yang paling alim?” Nabi Musa kata, “Aku.” Allah nak tegur dia. Allah Taala kata, “Wahai Musa, ada satu orang hambaku yang ilmunya melebihi kamu, Khadir Alaihissalam.”
Apabila Allah bagi kat Nabi Daud ketepatan dalam menjatuhkan hukuman, Allah Taala tunjuk juga sekali dua kali, iaitu tuan-tuan, satu hari datang dua orang, seorang tuan kambing, seorang tuan kebun anggur. Tuan kambing ni, kambing-kambing dia makan anggur-anggur di kebun tuan anggur.
Kemudian kedua-dua datang jumpa dengan Nabi Daud. Nabi Daud pun membuat keputusan. Setelah dia tanya ABC apa semua, dia pun kata kepada tuan kambing, “Kambing kamu telah masuk ke dalam tanaman pemilik anggur ini, masuk ke dalam kawasan tanah peribadi dia, dan merosakkan semua benih-benih, makanan, yang pokok-pokok kecil semua dia rosakkan. Maka kamu perlu serahkan kesemua kambing kamu kepada tuan anggur tadi, tuan ladang anggur. Yang tuan kambing pun balik dalam keadaan yang begitu sedih.”
Berjumpa dengan Nabi Sulaiman di jalan. Nabi betullah, Nabi Sulaiman, anak Nabi Daud Alaihissalam, anak. Bila berjumpa ini diceritakan dalam al-Quran, kisah ini berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman tanya, “Kenapa sedih sangat?” Sekian, sekian. Nabi Sulaiman kata, “Kalau aku, aku akan buat hukuman yang lain, kalau aku, aku akan jatuhkan keputusan lain daripada yang Ayah aku buat.”
Nabi Daud pun panggil anak dia, panggil tuan kambing. Panggil semula tuan ladang anggur tadi, “Wahai Sulaiman, apa hukuman yang kamu buat? Kalau keputusan di tangan kamu, ni ayah yang baik. Kalau kita, macam mana? Pandai-pandai aku yang Hakim kan hang? SPM tak habis lagi, lesen motor pun aku bayar macam-macam. Ayah dah, Ayah Rasul pula, sudah. Rasul Hakim pula, sudah. Panglima perang pula, Daud Alaihissalam, tapi tak para rasul, tengok Rasul ajar kita, para rasul ajar.”
“Wahai Sulaiman, apa putusan kamu?” Dia kata, “Wahai Ayah, kalau saya, kalau saya, saya akan arahkan untuk kambing ini diserahkan kepada pemilik anggur selama setahun. Pemilik ladang anggur boleh ambil dan menikmati susu daripada kambing-kambing ini. Dia boleh guna susu dari kambing-kambing ini. Dan pemilik kambing tadi, dia kena baiki balik kebun ini sehingga selesai. Baiki balik, pergi beli benih, tanam semula, tanam semula kebun ini diselesaikan, diselamatkan. Maka tuan kambing tadi akan ambil kambingnya semula, dan tuan kebun tadi akan mendapat kebunnya semula. Setahun dia tak boleh jual anggur, tetapi setahun dia boleh jual susu. Dia tak rugi, dan pemilik kambing tadi, dia tak hilang kambing-kambing dia yang 50 ekor, 60 ekor tadi, atau berapa, berapa ekor pun, lah, satu ke tiga ke. Dia pun tak hilang kambing dia. Maka keputusan itu lebih dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
Allah Taala sebut dalam Quran, “Fafahamnaha Sulaiman.” Kami memberikan faham kepada Sulaiman. “Wa kullan ataina hukman wa ilma.” Akan tetapi setiap daripada Sulaiman dan Daud, kedua-duanya kami memberikan kerajaan dan juga ilmu yang banyak. Jadi kedua-dua ada kelebihan. Kisah yang terakhir, kisah yang terakhir, disebut dalam hadis Nabi sallallahuaihi wasallam, disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Dua orang perempuan, dua bayi, dua-dua bayi sama, lebih kurang sama umur, pergi ke Padang Pasir. Depa pun tinggal bayi, buat kerja sikit. Serigala datang, ambil salah satu bayi. Satu ibu yang tua, satu lagi ibu yang muda. Apabila serigala ambil salah satu, kedua-dua ibu berebut. Kata yang ni anak aku, ibu hak tua tadi kata ni anak dia, ibu yang muda. Yang muda tu kata tak, ni anak aku. Kita mungkin pelik, kan, zaman ni, kita rasa macam boleh beza, kalau anak kan, baju takkan dua-dua kikil lala mesti. Pampers pun banyak jenis, dia ni pakai diapers, dia ni pakai pampers, pun banyak jenis. Wallahuaklam. Dua-dua berebut, kata ini anak aku. Dah tinggal satu bayi tadi, maka berjumpa dengan Nabi Daud. Nabi Daud pun tanya soalan ABC, apa siasat semua. Nabi Daud kata anak ini milik yang ibu tua tadi. Para ulama mungkin banyak kemungkinan, mungkin sebab ada persamaan rupa, mungkin sebab waktu mereka datang untuk minta penghakiman itu, bayi tu di tangan wanita tua, bayi tu dipegang oleh wanita tua.
Dia ada banyak yang membuatkan Nabi Daud buat keputusan. Bayi tu milik wanita tua tadi, maka seronoklah wanita tua tadi, menangislah. Yang wanita muda, ibu muda tadi, menangis. Jumpa Nabi Sulaiman di jalan. Nabi Sulaiman tanya, “Kenapa?” Wanita yang muda, ibu muda tadi, kata sekian, sekian, sekian. Dia kata, “Kalau aku, yang jatuhkan hukuman, aku jatuhkan hukuman berbeza.” Maka Nabi Daud pun panggil, “Wahai anak, apa hukuman yang kamu akan jatuhkan kalau kamu buat keputusan?”
Nabi Sulaiman pun kata, “Wahai Ayah, izinkan saya membelah bayi ini kepada dua bahagian untuk diberikan sama adil kepada dua-duanya. Pi ambil pisau betul, pergi ambil parang betul, dia nak bahagi anak tadi bagi dua.” Yang tua tadi tak kata apa, yang muda tadi kata jangan, tak apa. Anak tu milik perempuan tua tu. “Ambillah kat dia, tak apa. Jangan, jangan potong,” yang wanita tua tadi diam sa, dia tak kata apa-apa. Maka Nabi Sulaiman kata, “Anak ini milik yang si muda tadi, sebab yang tadi bukan ibu dia. Dia tipu, yang tua itu, dia tipu. Kan dia tahu itu bukan anak dia. Dia hanya mengaku saja, sebab budak memang boleh tahu anak siapa, kan? Walaupun kedua-duanya lelaki, kita boleh cam, dia tengok rupa tu. Kita boleh cam, kecuali dalam hospital, susah sikit waktu beranak tu, letak banyak, kan? Kalau tarik nama tu, susah kan, tengok hidung, semua penyek. Ni kan anak aku, ke hidung sama, lebih kurang ni, kalau tinggi, seorang boleh beza, kan?”
Maka Nabi Sulaiman memutuskan anak tu milik yang ibu muda tadi. Itu antara kelebihan yang Allah lebihkan kepada nabi. Nabi Sulaiman begitu, dari sudut kesolehan tetap, Nabi Daud Alaihissalam. Untuk penutup pada malam ini, Nabi Daud Alaihissalam satu orang yang sangat menjaga ahli keluarganya. Apabila Nabi Daud keluar rumah, dia akan kunci semua pintu rumah. Sepanjang hidup dia dan isterinya, tidak ada seorang pun yang pernah berada di rumah Nabi Daud. Ketika Nabi Daud tiada, orang luar takkan dibenarkan masuk. Nabi Daud dia jaga kehormatan, maruah isteri dan anak-anak dia. Satu hari, dia keluar macam biasa, dia kunci semua pintu. Tiba-tiba, ada satu orang lelaki dalam rumah. Dia di tengah-tengah rumah, dia di ruang tamu. Isteri dia pun tengok, terkejut. Dia kata, “Baik kamu keluar sekarang, sebab Daud Alaihissalam tak suka dengan orang luar yang ada dalam rumah. Daripada mana kamu masuk?” Nabi Daud pun balik, dia pun tengok lelaki tu. Bila dia nampak lelaki tu, dia kata, “Man Anta? Kamu siapa? Macam mana kamu masuk ke rumah aku yang dikunci rapat kelilingnya?” Kamu siapa? Nabi Daud tak kenal orang tu. Orang lelaki yang berdiri tadi, seorang saja. Dia pun jawab, “Ana la ahabul muluk. Aku adalah satu orang yang tidak pernah menggeruni mana-mana kerajaan.”
Aku tidak pernah gentar dengan mana-mana kerajaan di atas dunia ini, walaamtaniu minniik. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang aku di dunia ni,” laki Tu jawab. Maka Nabi Daud pun kata, “Anta wallahi malakul maut. Kamu, demi Allah, adalah malakul maut.” Dan sembang lagi, tuan-tuan tanya, “Siapa nasib baik tak bancuh air kalau duk dulu?” “To semua ada Nes Cafe kan?” Tapi boleh berlaku perbualan tu. Subhanallah, masya-allah, ni para rasul, tuan-an, para rasul hebat. Dia pun kata, “Kamu, demi Allah, adalah malakul maut. Famarhaban biamrillah. Marhaban bukan lari. Marhaban ni, Selamat datang dengan urusan Allah. Selamat datang dengan ketentuan Allah.” Masya-allah, para rasul rindu nak bertemu dengan Allah. Kita, kalau sebut mati malam ni, kalau boleh, janganlah, Ustaz kan, 3 tahun pun. Bolehlah. Kalau 3 tahun ke en ke kan? Tapi para rasul, masya-allah, no antawallah malakul maut. Marhaban biamrillah. Selamat datang dengan urusan dan takdir Allah. Dan ketika itu, rohnya di dicabut oleh malakul maut, matilah Nabi Daud Alaihissalam sebagai satu Manusia yang penuh pujian dia oleh Allah subhanah Taala dalam Quran banyak Allah Puji Nabi Daud Alaihissalam manusia yang sangat bermaruah diberikan pelbagai mukjizat oleh Allah mulut dan lisan Nabi Daud sentiasa membaca Zabur yang dikurniakan oleh Allah sehingga makhluk yang dikeliling berzikir bersama Nabi Daud Alaihissalam dengan bahasa yang tidak di difahami oleh sesiapa pun melainkan nabi nabi Daud saja yang faham mendengar burung gunung Ganang pohon Bukit Bukau berzikir bersama dengannya.
Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah tersebut untuk sama-sama kita ikut jalan yang sama yang ditunjukkan oleh para rasul. Begitu mereka mendapatkan reda Allah, begitu cara untuk mereka mendapatkan kasih sayang, kedudukan yang tinggi di sisi Allah subhanahuwataala. Semoga Allah pun sayang kita semua, ampunkan kita semua, reda dengan kita semua, berkati kita semua, himpun kita semua, insya-allah dalam syurga Firdaus boleh berjumpa dengan para rasul, boleh bersembang dengan para rasul, boleh berkawan dengan para rasul, insya-allah satu hari dalam syurga, dalam syurga Firdaus nanti, insya-allah, amin, amin, ya rabbal alamin wabarakatuh.
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak