Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Waktu Nabi Adam diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, tajuk malam ini adalah Nabi Daud Alaihissalam. Ketika Nabi Adam diciptakan oleh Allah, Allah menunjukkan kepada Nabi Adam kesemua zuriatnya. Kita semua, dari benih Nabi Adam, semua manusia pada hari ini, dari Bill Gates ke Jokowi, ke Tun Mahathir, ke Wadi, semuanya daripada zuriat Nabi Adam Alaihissalam. Bila jumpa Nabi Adam, Nabi Adam akan panggil ‘Ibni’ kepada kita. Ibni itu ‘Anakku’ (my son). Kalau perempuan, Nabi Adam akan panggil ‘binti’, wahai ‘Anak perempuanku’.
Waktu Allah menciptakan Nabi Adam Alaihissalam, Allah menunjukkan zuriat-zuriat Nabi Adam di depan Nabi Adam. Kesemuanya itu mukjizat Nabi Adam Alaihissalam. Dia telah melihat, kemudian Nabi Adam melihat satu roh yang sangat bercahaya. Ada satu roh yang sangat bercahaya, terang benderang, rohnya ‘an yazhar’ kata Rasulullah dalam Hadis yang Nabi sebutkan tentang Nabi Adam. Kemudian Nabi Adam pun bertanya kepada Allah, “Man Haza? Ini roh siapa?” Allah menjawab, “Hadabnuka Daud, ini roh anakmu, Daud Alaihissalam.” Kita semua anak Nabi Adam, ini roh, kata Allah, “Anakmu, Daud Alaihissalam.”
Nabi Adam melihat roh itu sangat bersinar. Di samping itu, ada roh yang paling bersinar, roh Rasulullah. Antara roh yang paling terang ketika itu adalah roh Nabi Daud Alaihissalam. Hingga Nabi Adam bertanya, “Siapa itu roh anakmu, Daud?” Kemudian Nabi Adam bertanya, “Umur roh ini berapa?” Wahai Allah, Allah menjawab, “Sittunaaman, 60 tahun.”
Kisah dalam hadis yang saya bawa, insya-Allah hadis yang sahih, atau isnadnya jayyid, warijaluhuqat, ataupun yang seumpama dengannya, insya-Allah. Nabi Adam bertanya, “Umur dia berapa? 60?” Kemudian Nabi Adam berkata, “Zid fi umrihi.” Wahai Allah, bolehkah tambah umurnya? Allah Taala berkata, “La, tak boleh, kecuali Aku ambil daripada umurmu.” “Nak tambah yang 60?” Allah tetapkan awal, tak boleh. Allah Taala berkata, “Kecuali ambil umurmu.” Lalu Nabi Adam pun minta, “Wahai Allah, beri kepada Daud 40 tahun daripada umurku.” “40 fazadahu Aran.” Maka jadilah Nabi Daud Alaihissalam, umurnya 100 tahun.
Berdasarkan hadis ini, Nabi cerita kepada para sahabat, umur Nabi Daud Alaihissalam 100 tahun. Ada umat Nabi Muhammad yang umurnya sampai 100, ada 101, 108, 113, ada. Tapi jarang-jarang berlaku. Mengapa Nabi Adam minta Allah tambahkan kepada Daud Alaihissalam? Sebab Nabi Adam melihat bahwa Nabi Daud Alaihissalam satu orang yang, nanti bila dia hidup, kehidupannya penuh dengan keta dan kebaikan, yang dilakukan kepada makhluk, ketaatan dan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Itu Nabi Daud Alaihissalam. Sehingga si ‘Ayah tadi’, moyanglah tadi, yaitu Nabi Adam Alaihissalam, minta dengan Allah untuk Allah berikan 40 dari umurnya bagi kepada Nabi Daud Alaihissalam.
Ketika malaikat maut mai datang ambil umur Nabi Adam, ambil nyawa Nabi Adam, waktu itu Nabi Adam baru berumur 960. Umur beliau Alaihissalam, umur 960. Nabi Adam berkata kepada malaikat maut, “Allah bagi kepada aku 1000 tahun.” Para rasul, ni malaikat maut mai, boleh hersembang lagi. Sat lagi tuan-tuan. Tengok macam mana Nabi Daud pula bersembang dengan Malakul Maut. Nabi Muhammad bersembang dengan Malakul Maut. Nabi Musa, siap ni, lagi, dia gertak lagi Malakul Maut. Subhanallah, itu rasul, tuan-tuan, bukan kita jumpa hantu pun lari, bukan Malakul Maut baru, hak toyol-toyol. Lemahnya iman kita. Baru nampak kelibat toyul demam. Para rasul dengan Malakul Maut. Maka malaikat, Nabi Adam kata, “Wahai Malakul Maut, Allah bagi kepadaku 1000 Tahun. Sekarang baru 960.” Maka malaikat maut pun peringat, “Wahai Adam, kamu telah lupa, dulu-dulu, tuan-tuan. Memang lama, 900 tahun dulu. Wahai Adam, kamu telah lupa. Dulu kamu pernah berikan 40 umur kamu kepada Daud Alaihissalam.” Baru dia teringat. Kemudian dia, “Okey, reda untuk malaikat maut mengambil nyawanya.”
Para rasul, ketika mereka mulia dengan ibadat, dengan kesolehan, dengan ketaatan, kedudukan para rasul lebih tinggi daripada para malaikat. Ini kaedah dalam ilmu akidah. Ketika para rasul mereka taat kepada Allah, mereka beribadat kepada Allah, buat kebajikan, buat amal soleh, kedudukan mereka tinggi. Maka mereka lebih mulia daripada para malaikat, Alaihimus-salatu Wassalam. Maka Nabi Daud ini, antara rasul yang sangat banyak diulang oleh Allah dalam Quran, lebih kurang 16 kali.
Malam ini, tuan-tuan boleh periksa siapa yang rajin, ada masa memang rajin suka baca Quran. Periksa dari awal. Kalau pergi mana-mana, nampak ada masa kosong, kan? Ada masa kosong, periksa dalam Quran. Buka Quran, tengok nama Nabi Daud Alaihissalam. Nah, berapa kali disebutkan oleh Allah dalam al-Quran? Seingat saya, saya takut tersilap. Nah, seingat saya, 16 kali dikisahkan. 16 tempat betul. 16 tempat, surah Baqarah, Nisa, Maidah, Surah al-Anbiya, Anamul, Saba, dan Surah Sad. 16 tempat Allah sebut nama Nabi Daud Alaihissalam dalam al-Quran. Dalam Quran ini, tuan-tuan, kalau Allah sebut satu-satu nama, sama ada nama itu sangat besar kemuliaannya, hebat di sisi Allah, atau nama itu sangat dimurkai oleh Allah.
Dua S W, Allah sebut Muhammadun Rasulullah, waktu Allah sebut Musa, waktu Allah sebut Adam, waktu Allah sebut Daud. Daud bermaksud nama-nama itu, nama-nama yang hebat, kedudukan mereka hebat di sisi Allah. Sebab itu, bulan Muharram sampai Zulhijah, Allah hanya sebut satu bulan saja, iaitu dalam Quran, Allah hanya sebut satu saja nama bulan, iaitu Ramadan. “Syahru Ramadan alladzi unzila fihil Quran,” kata para ulama. Cuba lihat bulan apa yang Allah sebut dalam Quran, dan kenapa Allah sebut bulan itu dalam Quran. Bulan yang Allah sebut dalam Quran, Ramadan, dan kenapa Allah sebut Ramadan? Kerana diturunkan pada bulan itu Quran. Allah, para ulama suruh kaji, suruh kita tengok. Oh begitu. Kalau nama yang tak elok, Allah sebut dalam Quran, bermaksud nama itu sangat dimurkai oleh Allah, seperti Firaun, seperti “tabbat Yada Abi lahabin watab,” tu nama-nama yang sangat dimurkai oleh Allah.
Berapa kali Nabi Adam disebut dalam Quran? 16. Nabi Daud, minta maaf saya kalau saya tersasul, betulkan ni yang dekat-dekat ni, jangan nganga saja, minta maaf, ah, ah, ah, kena saya asuh. Bagi tahu, Nabi Daud Alaihissalam disebut oleh Allah Taala berulang kali. Nabi Daud ni berketurunan nabi Yaakub Alaihissalam, Yahudza. IBN Yaakub, IBN Ishak, IBN Ibrahim. Dia atas lagi lah, bukan direct terus ke nabi Yaakub. Tadi ni dia melalui banyaklah, ah, dia melalui beberapa moyang, ah, lalu satu moyang, satu moyang, satu moyang, sampai kepada nabi, nabi Ibrahim Alaihissalam. Waktu Allah hantar, a, Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah. Ha, dia bermula daripada situ. Allah turunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, berdakwah dengan Nabi Harun, berdakwah kepada Firaun, dan sebagainya. Kemudian wafat kedua-dua nabi. Ini wafat, tuan-tuan. Nabi Musa dan Nabi Harun wafat. Allah Subhanahu wa Taala hantar seorang rasul lagi, nabi yang tuan-tuan dengar kisah dia, dia mengiringi Nabi Musa, mencari nabi Khadir Alaihissalam. Waktu pergi cari nabi Khadir tu, ada seorang pemuda. Pemuda itu adalah nabi murid kanan Nabi Musa Alaihissalam, namanya nabi Yusya IBN Nun. Nabi Yusya IBN Nun, boleh buh nama anak Yusya, noh, orang Kedah tak sesuai buh Yusar dia panggil, ah, orang Kedah ni. Tu kan? Ha, dia nama nak kena tengok juga, kalau Terengganu, Yusar akan jadi apa? Yusar kalau Kedah jadi, jadi teruk sangat kan? Dia jadi ‘P’.
Dia jadi nama tu di jadi ubah tu, teruk sikit. Yus ni seorang nabi yang soleh, selepas Nabi Musa dan Nabi Harun meninggal. Nabi Yusya IBN Nun memimpin orang Yahudi, Bani Israel. Dia yang bawa Bani Israel sebagainya. Kemudian Nabi Yus Nun meninggal dunia, orang Yahudi Bani Israel tak ada Rasul, tak ada nabi, 356 tahun lama tah, tuan-tuan. 356 tahun tu, macam sekarang lah, setahun ada 12 bulan, 365 hari. Samalah, 365 tahun Bani Israel tanpa nabi, tanpa rasul, tempoh yang lama. Kemudian baru datang Nabi Syamwel, Samuel, ataupun syuil, datang Nabi Samuel. Diutuskan untuk membimbing Bani Israel, sebab lama sangat tak ada nabi. Waktu tak ada nabi 356 tahun, itulah mereka mula menyembah berhala, zina banyak, judi banyak, arak banyak. Bahkan ketika tempoh itu, sebelum itu, mereka membunuh para nabi. Orang Israel ketika tu, sampai tahap dah bunuh, pernah bunuh beberapa Rasul. Ini satu-satunya bangsa yang berjaya membunuh rasul-rasul dan nabi-nabi. Bukan cubaan tah membunuh. Nabi Zakaria dibunuh. Nabi Yahya dibunuh, dikerat lehernya, tuan-tuan. Jangan kata nanti, bila dah jadi Wali selamat lah, boleh terbang tidur atas pokok, nak pergi dungun sat, terbang, bangkit pagi esok, sampai dungun. Oh, dia bukan bila jadi nak, bila jadi Wali, terus Allah tak uji. Bukan.
Lagi hampir kamu dengan Allah, lagi Allah sayang kamu, reda kamu bermaksud ujian kamu akan jadi lebih berat. Cuma reda dan sabar kita tinggi dengan ujian itu. Itu yang Allah beri kepada para Aulia. Reda dan sabar tu tinggi, sebab tu rasul-rasul terdahulu ada yang dibunuh oleh kaumnya sendiri, digergaji tubuhnya. Dia menahan sakit ketika itu, ketika digergaji dan dibelah tubuhnya, tapi dia sabar dan dia reda dengan Allah dalam keadaan dia adalah Rasul. Faham tuan-tuan? Jadi, Nabi Syamwel diutuskan waktu itu. Dia pun datang bimbing Bani Israel. Di mana tuan-tuan? Di sebelah sana Palestin, belah Mesir, belah Syam (Syria). Di sebelah sana. Bahkan Nabi Daud Alaihissalam ni, dia dikebumikan di Palestin. Sanalah bumi yang sangat di Palestin. Palestin dengan Syria tu, ada banyak jasad para rasul. Ada berbelas-belas jasad para rasul yang hebat, yang Allah sebut. Maksudnya, rasul-rasul yang disebut dalam Quran.
Kemudian, Nabi Shamwel ni datang bawa Bani Israel. Waktu itu Bani Israel pun seronok, sebab ada Rasul, ada nabi. Sebab mereka mendapat satu orang nabi yang baru daripada bangsa mereka sendiri. Waktu itu, mereka sudah pun tidak ada negara, mereka sudah pun hidup berpindah randah dan merempat. Bani Israel ni, dari zaman zaman tu lagi, mereka diorang kata apa, menjadi bangsa yang hina. Ketika itu, maka bila datang satu orang nabi, mereka pun minta kepada Nabi Samuel ni, tolong pilih kepada kami seorang komandan, pemimpin, ataupun panglima perang yang nak bimbing kami. Kami nak berjihad, nak berperang, kami nak lawan semula orang yang mengeluarkan kami, Amaliqah, Palestina, yang ada bangsa-bangsa yang mengeluarkan Bani Israel dulu ni, Amaliah, dan sebagainya. Jadi, minta dekat Nabi Samuel untuk Nabi Samuel memilih kepada mereka seorang pemimpin, ataupun komandan perang. Tuan-tuan, sebahagian kisah ini diceritakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam Quran. Maka Allah sendiri yang pilih komandan kepada mereka. Tuan-tuan, boleh tengok surah Al-Baqarah, ayat 246.
Allah Subhanahu wa Taala memilih kepada mereka. Kalau tuan-tuan pernah dengar, sebagai mereka, tapi Talut ni miskin. Nah, maka depa pun kutuk. Apa dia nak jadi? Dia ni miskin, dia pakai kancil. S macam mana nak nak jadi? Nak jadi kami punya pemimpin, orang Bani Israel waktu tu, dia tengok kemampuan, ataupun kekayaan dia. Kata dia, dia pun meniaga pun balik. Dia sepatutnya, dia kena meniaga kenderaan mewah. Nak jadi kami punya pemimpin itu, pemikiran kebanyakan manusia sekular lah dari dulu kan, sedangkan Talut adalah satu orang pemimpin yang dikurniakan oleh Allah, kekuatan dan juga ilmu dia ada dua. Allah yang pilih Talut tadi ni. Maka Nabi Syamwiil pun kata ini adalah pilihan Allah, kalian kena reda dengan pilihan Allah Subhanahu wa Taala. Sebab Talut ni dikurniakan kelebihan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Dia pandai memimpin dan dia juga pandai selok-belok dalam peperangan.
Maka Talut ni, Raja Talut ini, atau komandan Talut ni, dia pun kumpulkan Bani Israel. Sebab Bani Israel nak nak berperang. Bani Israel nak berjihad fisabilillah. Mereka dah lama di ditindas. Mereka dah lama kata para ulama, Bani Israel ni ditindas, dihina, menjadi bangsa yang tidak mulia, bangsa yang hina. Sebab mereka membunuh para rasul, dan mereka hidup penuh dengan maksiat. Maka Allah Subhanahu wa Taala, apabila nak mengazab sesuatu kaum, apabila Allah nak mengenakan hukuman kepada sesuatu bangsa, atau kaum, Allah takdirkan kepada mereka pemimpin-pemimpin yang jahat, dan bodoh. Jahat, bodoh pula dalam ekonomi. Maka rakyat jadi susah. Sudahlah mencuri, merompak, merasuah pun banyak. Ni cerita dulu. Saya ni, saya sebut ni, dan dalam masa yang sama pula, tidak pandai menguruskan ekonomi. Kata para ulama, tafsir, cara Allah nak menghina sesuatu bangsa, kaum, mengazab mereka, mengenakan hukuman kepada bangsa itu, Allah Subhanahu wa Taala, mengenakan kepada mereka pemimpin-pemimpin yang zalim, dan tak tahu buat kerja. Maka Bani Israel ni, lama dah 356 tahun. Bani Israel waktu tak ada nabi tadi, tak ada Rasul. Mereka dipimpin oleh quudah, pemimpin-pemimpin yang zalim, dan tak reti. Maka orang kata apa? Sudahlah merempat. Bani Israel, kemudian, pemimpin-pemimpin mereka juga adalah yang zalim, dan jahat.
Nah, sebab itu bila dapat nabi baru, Allah Taala hantar Nabi Samuel. Kemudian, mereka minta seorang komandan. Allah Taala pilih satu komandan. Harta tak ada, tetapi kuat tubuh badan dan juga bijak, orang yang pandai selok-belok peperangan. Itulah ketika itulah Talut. Dia kumpulkan tentera, dapat 8,000 tentera di kalangan Bani Israel. Salah seorang tentera itu, namanya Daud Alaihissalam. Ha, ni ceritanya. Maksudnya, Nabi Daud ketika itu salah seorang tentera Talut. Umurnya kemungkinan belasan, 18, 19, ataupun awal 20-an, anak muda tapi berani. Bila Talut ajak untuk berperang, mereka ni pun datang. Dan apabila hari nak sampai untuk bertolak ke peperangan, ramai yang mula tarik diri, ramai yang bagi alasan. Buat dah. Hari itu, mereka semangat nak ajak satu orang pemimpin, nak kembalikan maruah mereka, nak kembalikan rumah mereka.
Tapi bila dah sampai hari, semua dah siap. Kenderaan semua dah siap, kelengkapan apa semua. Pakat bagi alasan, bagi alasan anak tak ada, orang hantar anak kecil, tiga orang. Tuan Talut saya tak ada siapa. Nak urus kedai, saya ada dua biji. Tuan-tuan, alasan. Samalah sampai hari ini, sepertiiana nanti akan datang seruan berjihad. Ini zaman moden ini akan sampai sikit masa lagi seruan berjihad. Tuan-tuan, letak posisi tuan-tuan sekarang. Apa alasan yang tuan-tuan akan bagi kepada Imam Muhammad IBN Abdillah al-Mahdi waktu tu, kalau dia ajak? Dia kata bulan depan kita akan lancarkan serangan ke atas negara sekian sekian. Kita perlukan 50,000 dari Malaysia. M pun tunjuk, dia tunjuk semua boleh, semua tak kiralah badan macam mana pun, kena pi. Dia tak ada alasan. Kamu Imam Mahdi tunjuk, tuan-tuan. Seperti malam ni, apa alasan kita nak bagi?
Bila Imam tunjuk, malam ni tunjuk, okey, pergi semua akan pergi. Sekarang ni kita boleh fikir dah. Sekarang ni kita boleh fikir dah, oi, macam mana? Kedai kita, anak-anak macam mana, kerja pejabat, Ustaz ada waktu pejabat, nak pergi macam mana? Alasan yang kita akan berikan ketika itu, sama. Jadi, sebab itu, untuk menjadi tentera yang mati syahid, ni, dia persiapan. Dia sekarang kena buang dunia tu, sekarang. Supaya bila masa saja kita dipanggil, dijemput, disenaraikan nama kita, kita bersedia pada hari itu, sama ada bulan, atau setahun, atau seminggu, untuk menyertai pasukan yang disediakan oleh keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam waktu tu, tuan-tuan. 80,000 pakat buat alasan waktu tu. Maka bergeraklah Talut, bergerak bawa pasukan. Semakin hari makin kurang. Biasalah, lepas seminggu pergi perang, telefon ni, apa semua. Lepas dua minggu pergi perang, ada masalah di kampung. Lepas sebulan pergi perang, ada masalah di tempat kerja. Patah balik, patah balik, patah balik.
Dan Allah Taala uji sepanjang perjalanan itu. Tentera-tentera itu dalam perjalanan, tuan-tuan. Bukan naik Velffire. Nak pi perang, samalah akhir zaman nanti pun, dia tak naik kereta mewah. Nah, sebab nabi sebut peperangan yang dibimbing oleh Imam Mahdi itu menunggang kuda. Nabi kata, aku melihat kuda-kuda itu, aku kenal muka penunggang-penunggang kuda, dan aku tahu warna kuda yang ditunggang oleh pasukan terhebat itu. Nabi sebut kuda, maksudnya, jalannya sukar, panas terik, kemungkinan musibah, perjalanan yang jauh. Ribuan kilometer, kayuh basikal. 30 kilo pun rehat seminggu. Dah lepas tu, bengkak habis ni, paha, lutut, longga. Baru 30 kilo, tuan-tuan, persiapan. Persiapan untuk saya yang bercakap, dan kita semua. Sebab itu, tak ramai yang akan menyertai bila sampai di satu sungai. Allah nak uji, Allah bawa turun arahan yang cerita dalam Quran. Allah turunkan arahan, wahai Talut, bagi tahu kepada tentera kamu, sekejap lagi kamu akan seberang sungai. Jangan siapa minum daripada air tu, tuan-tuan.
Tentera dah jalan satu perjalanan yang jauh, semua letih badan dah. Kita nak jumpa air, nak air yang bersih, tuan-tuan. Bayangkan air yang bersih yang banyak, dalam perjalanan yang dah jauh, perjalanan dah, kata lah, 400 KM, 300 KM. Hanya berbekalkan air seang sikit. J teguk sikit, teguk sikit. Jumpa kawasan tadahan air, isi, terguk sikit, tak mandi. Dah berapa bulan, berapa minggu. Sekejap lagi nak seberang sungai, arahan dia. Allah tidak benarkan pasukan untuk minum air itu. Macam mana ni? Tapi nak menyeberang, maka itu antara ujian, salah satu ujian dalam pasukan yang dibawa oleh Talut tadi, membawa Bani Israel, yang ramai. Bila dah perjalanan yang dah panjang yang mereka dah lalui, sama ada musim panas. Wallahuaklam.
Ketika itu, bila sampai ke kawasan sungai tadi, ramai yang tidak lulus dengan ujian tersebut, habis menyeberang saja. Sudah ramai yang gugur daripada pasukan tersebut. Daripada 80,000 orang, akhirnya, beberapa hari sebelum pertempuran dengan pasukan yang terkuat ketika itu, iaitu pasukan Jalut, pasukan Jalut antara pasukan terkuat dunia ketika itu. Berapa hari sebelum pertempuran besar berlaku, tinggal lebih kurang 300 lebih sahaja. 300 berapa, saya tak ingat, tapi 300 lebih duk tang mana. Banyak keping daripada 80,000 lepas hujan pertama, hujan ketiga. Yang ni bagi alasan yang ni bagi alasan yang sakit, yang ni macam-macam. Tinggallah 300 lebih. Tinggal 300 lebih. Salah seorang daripada 300 lebih itu adalah Daud Alaihissalam, yang ketika itu adalah remaja. Belum jadi nabi, belum jadi raja. Nabi Daud. Selepas itu, menjadi rasul, menjadi nabi, menjadi seorang Sultan Raja. Waktu itu, umurnya sama ada belasan ataupun awal 20an, anak remaja yang masih muda. Dia dalam pasukan Talut. Apabila tinggal 300 orang nak berdepan dengan pasukan Batalion gergasi Jalut. 300 nak berdepan dengan R ribu, tuan-tuan, agak-agak macam mana? 300 ni yang dalam ni dah lebih ni, ini berapa ni, 1000 lebih kurang. Tinggal 300 lebih sahaja nak berdepan dengan puluhan ribu, paling kurang nak berdepan dengan puluhan ribu, tuan-tuan.
Tuan-tuan, bayangkan malam ini kita, pasukan Talut saya, Nabi Daud lah pilih. Tulah, sedap sikit kan di depan sana, pasukan Jalut. 100,000, 100 ribu ni, kalau mereka berdehem saja, sudah, 30 orang pergi kencing. Kalau berdehem saja, yang sana, Depa bunyi HAM, ramai-ramai. 100,000, tu, perang, tuan-tuan, perang. Suasana perang. Sebab itu Allah rakamkan 300 yang berjaya tadi. Allah rakamkan keadaan mereka ketika mereka nak berdepan lagi. Berapa jam nak berdepan dengan pasukan gergasi Jalut tadi, bukan orang-orang tu gergasi. Pasukan besar Jalut. Mereka pun sebut, mereka kata, laqalum kita tak mampu nak kalahkan. Apa nama ni, bijalut junudi yang 300 yang paling pure sekali tadi. Ini sebahagian kecil. Sebut hari, kita mesti kalah dengan Jalut. Mesti kalah tu, sebab 300 dengan nak lawan dengan R ribu, tak payah. Tak payah sebut 100 ribu, 50 ribu. 50 banyak, tuan-tuan. 300 dengan 50,000 ni terlalu besar dia punya jurang perbezaan dia. Maka Depa pun sebut, kita akan, kita mesti kalah.
Maka bersuaralah orang-orang soleh di kalangan tentera-tentera Talut, di kalangan kawan-kawan Nabi Daud, apa semua ni. Depa pun sebut, “Kam min fiatin qalilatinabat fiatan katiratan biznillah.” Yang pasukan tadi ni, ada sebahagian kecil di kalangan orang soleh Bani Israel. Depa kata, kita akan menang, sebab berapa banyak pasukan-pasukan Islam yang kecil bilangan mereka, apabila bertempur dan berdepan dengan musuh-musuh Allah yang jauh lebih ramai dan besar bilangannya. Tetapi mereka adalah menang. Pasukan-pasukan yang beriman ni tetap, tetap menang. Orang-orang soleh di kalangan tentera Talut mereka teringat cerita-cerita bagaimana pasukan tentera beriman yang bilangannya sedikit tetapi selalu menang. Maka, yang tu yang kita tengok daripada sirah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam kan, di sirah, Perang Badar, Perang Uhud, perang khandak, semua peperangan itu jumlah umat Islam sangatlah sedikit, tetapi “kamin Fitin qilatinabat fiatan katiratan biznillah,” boleh mengarahkan, mengalahkan pasukan-pasukan yang besar, dan alhamdulillah, ketika itu, mereka mengalahkan pasukan yang besar itu.
Apabila pahlawan nombor satu, iaitu nama dia Jalut, dia ni panglima perang yang tidak pernah kalah, apabila mubarazah ni, satu lawan satu, di panggil, apa, one tu, bahasa Inggeris, one by one pula ni. Mubarazah ni zaman dulu. Bila perang, siapa yang, Depa akan cabar, hantar, hantar, mai di depan. Panglima yang paling kuat di kalangan pasukan musuh. Kami nak hantar, panglima kami yang paling kuat belah sana hantar panglima yang paling kuat berlaku dalam Perang Badar, berlaku dalam Perang Badar, ke Uhud. Saya tak ingat. Tiga umat Islam keluar, Saidina Hamzah, Ali b. Seorang lagi, sepupu Rasulullah juga tu. Yang pihak musuh pun keluar, tiga orang. Dia panggil mubarazah. Waktu itu, Jalut keluar. Jalut ada, panglima yang paling kuat, gagah. Dia kata, hantar yang paling kuat di kalangan Bani Israel, tak ada yang, 300 lebih tu, keluar. Semua diam, tak ada seorang yang berani keluar untuk menyahut cabaran.
Ketika itulah, Nabi Daud Alaihissalam, remaja tadi, ni kisah Nabi Daud. Maksudnya, berani dari kecil. Bukan pakar Mobile Legend, tau? Yang tu Mobile Legend, yang tu buat apa? Duk atas katil, kaki duk macam tu, tu popcorn 4 jam tak berhenti, ustaz 4 jam Az ingat apa main, yang tu tak ada nilai. Adalah nilai seronok, tuan-tuan. Waktu itu, Nabi Daud, dia sendiri yang keluar. Dia kata, “Aku yang mencabar kamu.” Jalut kata, “Aku tak berminat dengan budak-budak.” Memang remaja. Dia kata, “Aku tak berminat dengan budak.” Maka kata Nabi Daud, “Aku berminat untuk bunuh kamu.” Tetapi, aku berminat untuk bunuh kamu marah ah. Jalut jadi, jadi marah depan orang ramai. Lalu mereka pun bertempur, mubarazah satu lawan satu.
Allah Taala cerita Daud membunuh Jalut, “faqatala daudu ja Jalut,” kan? Ha, dia sebut. Allah Taala sebutkan di dalam Al-Quran kisah itu. Allah rakam kisah itu. Maka, Nabi Daud Alaihissalam, dia pun membunuh dan mengalahkan Jalut. Ha, lepas tu, dah Panglima nombor satu habis mati. Yang lain jadi takut, jadi lemah. Dan akhirnya, pasukan itu, pasukan itu menang. Selepas daripada itu, Talut pun meninggal, nabi syamwel juga meninggal. Maka, mereka mengangkat, ketika itu, Nabi Daud Alaihissalam untuk menjadi raja, pemimpin nombor satu negara. Ketika itu, pemimpin nombor satu Bani Israel lantik. Ketika itu, umur 30, muda, tuan-tuan, masih lagi muda kan dia daripada umur awal 20-an. Maka, dilantik menjadi raja umur 30, awal 30-an.
Kemudian umur 40, Nabi Daud Alaihissalam dilantik oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai utusan Allah Subhanahu wa Ta’ala, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, jadi Rasul. Maka, dia adalah raja. Dalam masa yang sama, dia juga adalah Rasul. Maka, dia pun menjalani kehidupan dia sebagai seorang raja. Dia juga sebagai seorang hakim yang menjalankan hukuman. Dia juga seorang, apa nama ni, peniaga, yang mana Rasulullah kata, dia makan daripada hasil tangan dia. Nabi Daud Alaihissalam seorang tukang besi. Dalam masa yang sama, dia dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala pelbagai mukjizat. Yang antara mukjizat Nabi Daud Alaihissalam adalah, seorang yang kuat, diberi kekuatan oleh Allah. Kalau perang, tiap-tiap peperangan yang dipimpin oleh Nabi Daud, mesti menang, sama macam Rasulullah.
Nabi juga diberi kekuatan fizikal. Rasulullah kan, dalam Perang Khandak, ada, ada batu besar, batu bongkah besar, lebih besar, ni bongkah besar, yang tidak boleh dipecahkan. Akhirnya, Panggil Rasulullah, Nabi Muhammad, nabi pecahkan bongkah besar itu, bongkah batu besar. Begitu juga, Nabi Daud Alaihissalam, dikurniakan oleh Allah kekuatan fizikal. Tiap-tiap kali perang, dia boleh berdepan dengan ramai tentera. Dan yang kedua, besi diberikan, apa nama ni, mukjizat, oleh Allah. Besi di tangan Nabi Daud Alaihissalam seperti tepung saja, tuan-tuan. Uli tepung tu, Nabi Daud. Uli, uli besi, besi dia. Uli dia. Tempah, Allahu Akbar. Ha, itu bukan hak dah, tu lebih pada hak dah, tu kan, kita hak hijau kan? H zaman hari ni, hak ni, bukan hak dah ni. Dia ambil besi, dia tempa di tangannya, kata para ulama tafsir.
Seperti mana kita menguli tepung, macam tu. Dia buat, dan Nabi Daud Alaihissalam tidak mengambil gaji daripada mana-mana tempat. Rasulullah sebut, “Kana yaakulu min amaliadihi.” Nabi Daud Alaihissalam seorang yang makan daripada hasil tangan, gerak kerja tangannya. Maka, bila Allah bagi kelebihan untuk dia menempa, mengukir besi, melembutkan besi, antara kemahiran beliau adalah, beliau, Nabi Daud, menghasilkan, apa nama ni, perisai. Nabi Daud menghasilkan perisai. Dia tempa, dia tempa macam tu, dan perisai Nabi Daud tidak berat dan tahan lasak. Lalu dijual. Perisai itu nampak, tuan-tuan. Bukan dia, dia tak ambil duit daripada sini, tak ambil upah sini, tak ambil. Dia menjual, makan daripada hasil tangan nya, yang ni sangat disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Walaupun Nabi Daud dah jadi raja, jadi Rasul, dia masih lagi, masih lagi berniaga.
Waktu sahabat, Mai tanya Nabi untuk beribadat yang paling baik, maka nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun sebut, ibadat yang paling baik adalah ibadat Daud Alaihissalam. Kan tadi kita dengar cahaya yang besar, Nabi Daud Alaihissalam, cahara cahaya yang terang benderang. Nabi kata, ibadat yang terbaik adalah ibadat Daud. Antara ibadat antara yang terbaik, iaitu puasa. Nabi Daud adalah, selang sehari, sepanjang hidupnya. Yang ni kita semua bersembang sajalah, termasuk saya. Nah, puasa Ahad, buka Isnin, puasa Selasa, buka Rabu, puasa macam tu, Khamis kan, Jumaat tak puasa, kemudian Sabtu puasa, begitu selang sehari sehingga akhir hayatnya. Itulah puasa yang paling baik.
Ada sahabat yang berkata kepada Nabi, “Ya Rasulullah, akar minalik, aku boleh puasa lebih pada itu.” Nabi kata, “Tiada yang lebih baik pada itu, yang terbaik siapa pun di kalangan umat Nabi Muhammad, kalau dia berasa hebat, dia nak puasa. Puasa Nabi Daud Alaihissalam itu yang terbaik. Lebih daripada itu akan membuatkan tubuh badan lemah. Kemudian, bangun malam yang terbaik juga adalah bangun malam Nabi Daud Alaihissalam, iaitu Nabi Daud tidur, kemudian dia bangun, kemudian dia tidur semula, kemudian dia bangun untuk solat. Itu atur cara yang paling baik. Kita kadang-kadang untuk solat malam ni, kita buat lepas isyak sebab apa? Sebab tak pernah bangun pukul 5, tak pernah terjaga 5 setengah.
Sebahagian buat selepas isyak qiam, selepas isyak boleh, iaitu qiam dengan apa, qam dengan tasbih ataupun qiam dengan Witir tiga rakaat. Nama qiamullail. Tetap nama qiamullail walaupun tak ada tahajud. Betul kalau tak mampu buat sebelum subuh sebab tak pernah jaga pun sebelum subuh. Jaga 6:15. Dah masuk waktu. Contohlah. Kemudian, ada di kalangan kita, dia sempat sembahyang tiap-tiap hari sebelum subuh. Dia setengah jam sebelum subuh masuk bilik air, ada masa lebih 15 minit, dia pun solat waktu tu. Apa nama ni, tahajud dua rakaat. Witir tiga rakaat pun bagus, tetapi yang paling mencabar, yang paling susah, adalah tidur dulu, bangun qiam sejam. Dua jam kemudian, tidur semula, kemudian bangun semula untuk subuh. Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dan yang dilakukan oleh Nabi Daud Alaihissalam. Rasulullah pun buat macam tu, Nabi Daud pun buat macam tu.
Yang tu yang paling susah sebab kita, kalau tidur dulu, bangun qiam, dua jam kemudian subuh, kita mesti 8 setengah sebab tadi dah qada banyak dah tahajud dengan Witir dengan dia mesti macam tu. Dia jadi letih betul kalau yang tak biasa bangun sejam setengah dua jam kan. Ah, satu lagi, subuh. Tengoklah, bukan dah bukan kebau dah, subuh. Dinosaur dah jadi, lapan 7 setengah sebab yang tu yang paling susah. Maka itulah, solat terbaik yang dilakukan oleh Nabi Daud Alaihissalam sepanjang hidupnya. Rasul ada 300 lebih yang mendapat kitab. Empat orang, Nabi Musa dapat Taurat, Nabi Isa dapat Injil, Nabi Muhammad dapat Quran, Nabi Daud dapat Zabur. Maksudnya, hebat. Nah, ada kelebihan Nabi Daud ni. Dia ada kelebihan. Nabi Muhammad sebut Daud Alaihissalam.
Kalau dia baca Zabur, burung-burung berhenti bersamanya, bukit-bukau dan gunung ganang pepohon berzikir bersamanya. Membaca Zabur, tetapi dengan bahasa yang tidak difahami kita, tetapi difahami oleh Nabi Daud Alaihissalam. Nabi Daud, anak beliau, Nabi Sulaiman, faham bahasa semua makhluk, semua jin, semua binatang. Nabi Daud Alaihissalam diberikan beberapa kefahaman. Beliau faham bahasa burung, beliau faham apabila bukit-bukau dan gunung ganang bertasbih, membaca bersamanya. Dua waktu, Nabi Daud akan membaca dan mengulang-ulang Zabur. Yang paling banyak antaranya, satu waktu, dan yang kedua, waktu isya. Ingat tuan-tuan ni, waktu-waktu yang maksudnya ada rahsia, dia ada barakah. Waktu DHA dan waktu isyak. Apabila Nabi Daud Alaihissalam ni, Rasulullah cerita, dia nak naik atas binatang tunggangannya, dia nak naik atas binatang tunggangannya, sebelum pembantu Nabi Daud nak siapkan kuda, letakkan pelana.
Nabi Daud telah pun menghabiskan bacaan Zabur tadi, dah habis. Nabi Daud Alaihissalam, banyak kelebihan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi kepada beliau. Dan anak, ada dua kisah, Nabi Daud dan juga anak beliau, Nabi Sulaiman Alaihissalam. Nabi Daud, satu orang hakim yang Allah Taala bagi ketepatan dalam menentukan hukuman. Walaupun selalu tepat dalam menentukan hukuman, tiap-tiap manusia yang ada kelebihan. Ingatlah, Allah akan wujudkan manusia yang lain yang lebih hebat daripada kamu dari sudut itu. Wa fauqa kulli ilmin Alim. Wa fauqa kulli ilmin Alim, di atas tiap-tiap orang yang berilmu, itu ada yang lebih berilmu daripadanya.
Sebab itu, bila Nabi Musa disoal, “Siapakah yang paling alim pada zaman ini?” Nabi Musa kata, “Aku.” Dia tak bongkak, bukan Nabi Musa nak berlagak takabur, tapi sebab Dia Rasul pada zaman itu, setiap Rasul adalah yang paling alim. Tapi apabila orang tanya dia siapa yang paling alim, Nabi Musa kata, “Aku.” Allah nak tegur dia. Allah kata, “Wahai Musa, ada satu orang hambaku yang ilmunya melebihi kamu, Qadir Alaihissalam.”
Apabila Allah bagi kat Nabi Daud ketepatan dalam hukuman, Allah Taala tunjuk juga sekali dua kali. Satu hari datang dua orang, seorang Tuan kambing, seorang Tuan kebun anggur. Yang tuan kambing ni, kambing-kambing dia makan anggur-anggur di kebun Tuan anggur. Kemudian, dua-dua datang berjumpa dengan Nabi Daud. Nabi Daud pun buat keputusan. Setelah dia tanya a, b, c apa semua dia tanya, maka dia pun kata kepada tuan kambing, “Kambing kamu telah masuk ke dalam tanaman pemilik anggur ini, masuk ke dalam kawasan tanah peribadi dia, dan merosakkan semua benih-benih, makan yang pokok-pokok kecil semua, dia rosakkan. Maka kamu perlu serahkan kesemua kambing kamu kepada tuan anggur tadi, tuan ladang anggur yang tuan kambing ni pun balik dalam keadaan yang begitu sedih.
Berjumpa dengan Nabi Sulaiman di jalan, Nabi betul, Nabi Sulaiman anak Nabi Daud Alaihissalam. Bila berjumpa ini diceritakan dalam al-Quran, kisah ini berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman tanya, “Kenapa sedih sangat?” Nabi Sulaiman kata, “Kalau aku, aku akan buat hukuman yang lain. Kalau aku, aku akan jatuhkan keputusan lain daripada yang Ayah aku buat.” Nabi Daud pun panggil anak dia, panggil Tuan kambing, panggil semula Tuan ladang anggur tadi, “Wahai Sulaiman, apa hukuman yang kamu buat? Kalau keputusan di tangan kamu ni, ayah yang baik, kalau kita macam mana, pandai-pandai, aku yang hakim kan hang. SPM tak habis lagi, kan lesen motor pun aku bayar, macam-macam. Ayah dah Rasul, pula sudah Hakim, pula sudah panglima perang. Daud Alaihissalam, tapi tak para rasul tengok.
Rasul ajar kita. Wahai Sulaiman, apa putusan kamu?” Dia kata, “Wahai Ayah, kalau saya, saya akan arahkan untuk kambing ini diserahkan kepada pemilik anggur selama setahun. Pemilik ladang anggur boleh ambil dan menikmati susu daripada kambing-kambing ni, dia boleh guna. Dan pemilik kambing tadi, dia kena baiki balik kebun ini sehingga selesai. Baiki balik pergi, beli benih, tanam balik, sebagainya. Apabila sudah ditanam semula, dibaiki semula, kebun ini diselesaikan, diselamatkan, maka Tuan kambing tadi akan ambil kambingnya semula, dan Tuan kebun tadi akan mendapat kebunnya semula. Setahun dia tak boleh jual anggur, tetapi setahun dia boleh jual susu. Tadi dia tak rugi, dan pemilik kambing tadi, dia tak hilang kambingnya, maka keputusan itu lebih dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Taala sebut dalam Quran, “Fafahamnaha Sulaiman, kami memberikan faham kepada Sulaiman, wan hukman, wama ‘allamnaha min qabl, setiap Sulaiman dan Daud, kedua-duanya kami memberikan kerajaan dan juga ilmu yang banyak.” Jadi, dua-dua ada kelebihan.
Kisah yang terakhir, tuan, kisah yang terakhir ialah yang ni disebut dalam hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Dua orang perempuan bawa bayi, dua-dua bayi sama, lebih kurang sama umur, pergi ke Padang Pasir. Depa pun tinggal bayi buat kerja sikit. Serigala datang, ambil salah satu bayi, satu ibu yang satu ibu tadi, wanita tadi, ibu yang dewasa. Satu lagi, ibu yang muda. Apabila serigala ambil salah satu, kedua-dua ibu tadi berebut. Kata yang ni anak aku, ibu hak tua tadi kata, “Ni anak dia, ibu yang muda.” Yang muda tu kata, “Tak, ni anak aku.”
Kita mungkin pelik kan zaman ni, kita rasa macam boleh beza kalau anak kan baju, takkan dua-dua kikilalah. Mesti Pampers pun banyak jenis. Dia ni pakai ders, di ni pakai pampers. Pun banyak jenis. Jadi, wallahuakam. Dua-dua berebut, kata, “Ini anak aku.” Dah tinggal satu bayi tadi. Maka berjumpa dengan Nabi Daud, Nabi Daud pun tanya soalan a, b, c, apa siasat semua. Nabi Daud kata anak ni milik yang ibu tua. Kata para ulama, mungkin Nabi banyak kemungkinan. Mungkin sebab ada persamaan, mungkin sebab waktu mereka datang untuk minta penghakiman itu bayi tu di tangan wanita tua, bayi tu dipegang oleh wanita tua. Dia ada banyak illah yang membuatkan Nabi Daud buat keputusan. Bayi itu milik wanita tua tadi, maka seronoklah wanita tua tadi, menangislah. Yang wanita muda, ibu muda tadi menangis.
Berjumpa dengan Nabi Sulaiman di jalan, Nabi Sulaiman tanya, “Kenapa?” Wanita yang muda, ibu muda tadi kata, “Sekian sekian sekian.” Dia kata, “Kalau aku yang jatuhkan hukuman, aku jatuhkan hukuman berbeza.” Maka Nabi Daud pun panggil, “Wahai anak, apa hukuman yang kamu akan jatuhkan kalau kamu buat keputusan?” Nabi Sulaiman pun kata, “Wahai Ayah, izinkan saya membelah bayi ni kepada dua bahagian untuk diberikan sama adil kepada dua-duanya. Pi ambil pisau betul, pergi ambil parang betul. Dia nak bahagi anak tadi bagi dua, yang tua tadi tak kata apa. Yang muda tadi kata, ‘Jangan, tak apa, tak apa. Anak tu milik perempuan tua tu. Ambillah kat dia, tak apa.’ Jangan, jangan potong yang wanita tua tadi diam saja, dia tak kata apa-apa. Maka Nabi Sulaiman kata, “Anak ini milik yang si tadi, sebab yang tadi bukan ibu dia.
Dia tipu. Yang tua itu dia tipu. Kan dia tahu itu bukan anak dia. Dia hanya mengaku sajaa, sebab budak memang boleh tahu anak siapa, kan, walaupun kedua-duanya lelaki. Kita boleh cam dia, tengok rupa tu. Kita boleh cam, kecuali dalam hospital lah, susah sikit waktu beranak tu, letak banyak. Kalau tarik nama tu susah, kan, tengok hidung semua penyek. Ni anak aku ke? Hidung sama lebih kurang. Ni kalau tinggi, seorang boleh beza kan?” Maka Nabi Sulaiman memutuskan anak tu milik yang ibu muda tadi. Itu antara kelebihan yang Allah lebih kepada Nabi. Nabi Sulaiman pun begitu dari sudut kesolehan tetap. Nabi Daud Alaihissalam.
Untuk penutup pada malam ni, Nabi Daud Alaihissalam satu orang yang sangat menjaga ahli keluarganya. Apabila Nabi Daud keluar rumah, dia akan kunci semua pintu rumah sepanjang hidup dia. Isterinya tidak ada seorang pun yang pernah berada di rumah Nabi Daud ketika Nabi Daud. Tiada orang luar takkan dibenarkan masuk. Nabi duk dia jaga kehormatan maruah isteri dan anak-anak dia. Satu hari dia keluar macam biasa, dia kunci semua pintu. Tiba-tiba ada satu orang lelaki dalam rumah. Dia di tengah-tengah rumah, dia di ruang tamu. Isteri dia pun tengok, terkejut. Dia kata, “Baik kamu keluar sekarang, sebab Daud Alaihissalam tak suka dengan orang luar yang ada dalam rumah. Daripada mana kamu masuk?” Nabi Daud pun balik, dia pun tengok lelaki tu. Bila dia nampak lelaki tu, dia kata, “Man Anta, kamu siapa? Macam mana kamu masuk ke rumah aku yang dikunci rapat kelilingnya?”
Kamu siapa, Nabi duk tak kenal orang tu. Orang lelaki yang berdiri tadi, seorang saja. Dia pun jawab, “An ahulul, aku adalah satu orang yang tidak pernah menggeruni mana-mana kerajaan. Aku tidak pernah gentar dengan mana-mana kerajaan di atas dunia ini. Walamani minni, tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang aku di dunia ni.” Laki tu jawab. Maka Nabi Daud pun kata, “Anta wallahi, malakul maut. Kamu, demi Allah, adalah malakul maut.” Selamat datang dengan urusan Allah. Subhanallah, masya-allah, ni para rasul. Tuan para rasul hebat. Mak dia pun kata, “Kamu, demi Allah, adalah malakul maut. Arhaban biamrillah.” Marhaban, bukan lari. Marhaban ni, selamat datang dengan urusan Allah. Selamat datang dengan ketentuan Allah. Masya-allah, Rasul rindu nak bertemu dengan Allah.
Kita, kalau sebut mati malam ni, kalau boleh, janganlah, Ustaz kan. Tahun pun bolehlah. Kalau 3 tahun ke, kan? Tapi para rasul, masya-allah, no. Anta wallah malakul maut. Marhaban biamrillah. Selamat datang dengan urusan dan takdir Allah. Dan ketika itu, rohnya di dicabut oleh malakul maut, matilah Nabi Daud Alaihissalam sebagai satu manusia yang penuh pujian dia oleh Allah Subhanahu waataala dalam Quran. Banyak Allah puji Nabi Daud Alaihissalam, manusia yang sangat bermaruah, diberikan pelbagai mukjizat oleh Allah. Mulut dan lisan Nabi Daud sentiasa membaca Zabur yang dikurniakan oleh Allah sehingga makhluk yang dikeliling berzikir bersama Nabi Daud Alaihissalam dengan bahasa yang tidak difahami oleh sesiapa pun, melainkan Nabi Daud saja yang faham. Mendengar burung gunung Ganang, pohon Bukit Bukau berzikir bersama dengannya.
Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah tersebut untuk sama-sama kita ikut jalan yang sama yang ditunjukkan oleh para rasul. Begitu mereka mendapatkan reda Allah, begitu cara untuk mereka mendapatkan kasih sayang, kedudukan yang tinggi di sisi Allah Subhanahu waala. Semoga Allah pun sayang kita semua, ampunkan kita semua, reda dengan kita semua, berkati kita semua, himpun kita semua, insya-allah dalam syurga Firdaus. Boleh berjumpa dengan para rasul, boleh bersembang dengan para rasul, boleh berkawan dengan para rasul, insya-allah satu hari dalam syurga, dalam syurga Firdaus nanti, insya-allah. Amin, amin, ya rabbalamin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wasatu wasalam ala rasulillah waa alihi wasahbihi. Wan walah, allahummaimna ma yanfaa. Ya Allah, ajarkanlah ilmu yang bermanfaat kepada kami, wanfana bima alamtana. Ya Allah, jadikanlah ilmu-ilmu ini bermanfaat untuk kami, wazidna ilman, wa amalan, wa ikhlasan fi hayatina. Tambahkanlah kepada kami ilmu, amal ibadah, dan keikhlasan dalam kehidupan kami. Matikanlah kami semua, ya Allah, dalam keadaan husnul khatimah. Kekal kanlah iman dan Islam yang telah Kau hadiahkan kepada kami, ya Allah, sehingga akhir hayat kami. Temukanlah kami dengan Baginda Rasulillah sallallahuaihi wasallam dalam syurga Firdaus. Wassallallahu ala sayidina Muhammad waa Ali wasallam. Walhamdulillahi rabbil alamin. Assalamaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak