Rosak Negara Apabila Wahabi Ada Jawatan
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, alhamdulillah, amin. Alhamdulillah henna Ahmad dhuhu Wana Said ho Wana saufiru pada Allah Subhanahuwataala. Solat waalaikumussalam oleh Rasulullah. Qadar bisrahli sadri wahlul oksigen Tamil lisan Yaakob qayyim subhana Ta’ala almalana ilham alam tanah tindakan telah dihimul Hakim walhalula wa Ta’ala billahillallahu Alaihi Wasallam. Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh.

Aa kita menyambung em perbincangan tentang soal melafazkan niat. Kalau kitab saya dalam tulisan jawi ni muka surat 23, kalau yang tulisan Rumi tu saya kurang pasti, tuan-tuan ya. Jadi, pada kuliah yang lalu, Asyyah Abdul Qodir al-Menteri mengulas kalam Aisyahi Abu Bakar Ashari yang mengatakan bahawa melafazkan niat itu terkandung di dalamnya beberapa bilangan bidaah. Sepertinya banyak bidaahlah, aa kena ada Saleh fardul Maghribi lillahi Taala panjang tu jadi banyak bidaah kata Syeikh Abu Bakar Asyari, kata orang kaum muda lah tuan-tuan ya.

Maka telah dijawab em sebahagiannya yang telah kita baca pada minggu yang lalu. Dan kita menyambung pada hari ini untuk membincangkan perkara ini yang mana Aisyah Abdul Qodir Amandiri mengatakan akan mendatangkan satu sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. “Al-bayena syuhalal muddai bermula keterangan itu wajib ia atas yang mendakwa.” Aa jadi, kalau kamu mendakwa itu sebagai bidaah, maka kenalah datangkan dalil-dalil untuk mengatakan melafazkannya itu satu amalan yang bidaah.

Tuduhan bidaah kepada amalan melafazkan niat ini sebenarnya sejak dahulu sampai sekarang. Sekarang pun, orang-orang wahabi senada dan seirama dengan orang-orang kaum muda. Mereka juga anti dengan melafazkan niat dan menganggap melafazkannya itu sebagai amalan yang cukup dengan hati, aa tak perlu di dilafaz berlafaz ni tidak, ah kata mereka, tidak dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Cuma kita jadi janggal kerana kita diajar begitu sejak daripada kecil, diajarkan melafazkan niat. Alih-alih ada orang mengatakan melafazkannya itu tidak betul, melafazkannya itu satu yang bidaah bertentangan dengan sunnah Nabi. Maka ramailah yang berasa pelik, tapi ramai juga generasi muda yang terpengaruh, aa terutama mereka yang tidak mempunyai asas aa pengajian Fiqah sewaktu zaman remaja. Aa jadi mereka terikut.

Contohnya, mereka tidak ikut cara sembahyang orang-orang wahabi. Ramai generasi muda sekarang ni rata-rata cara gerakkan sembahyang itu rupa macam orang-orang wahabi. Dia angkat tangan, ha begitu. Tak pernah kita diajar selama ni sembahyang begitu rupanya, tuan-tuan ya. Biasa begitu saja selamba saja, tuan-tuan, takde lah beria begitu kan. Ni ramai kita tengok remaja yang pada hari ini begitu rupa sembahyang, yang generasi lama ini still maintain dengan aa pengajian yang dulu tapi yang baru-baru ni anak-anak banyak terpengaruh.

Adapun ulama kami, aa kami itu maksudnya Asyik Abdul Qodir Al Mandiri yang bermazhab dengan mazhab Imam As Syafi’i. Ada ulama dalam mazhab As Syafi’i yang berkata, mereka itu dengan sunat bertutur dengan yang diniatkan dahulu sedikit daripada takbiratul ihram. Ni ulama-ulama dalam mazhab Al Imam Syafi’i menghukumkan sunat bukan menghukumkan bidaah. Bertutur yakni melafazkan lafaz ini bahasa Arab, tuan-tuan ya. Aa bahasa Melayu menuturkan aa atau menyebut aa tapi orang Melayu lebih mudah melafazkan yakni mengeluarkan aa di dalam sebutan tu. Yang maksudkan dengan sunat bertutur dengan yang diniatkan yakni dengan apa yang diniatkan dalam hati sunat di dituturkan ataupun dilafazkan dahulu sedikit daripada takbiratul ihram. Dahulu sedikit daripada takbiratul ihram yakni sebelum takbiratul ihram Salleh fardul.

Maka telah mendatangkan mereka itu dia hanya ulama-ulama dalam mazhab Imam Syafie akan dalil dan elah. Aa elah ini sebablah aa kenapa dilakukan begitu ataupun kenapa dikatakan amalan yang seumpama itu dihukumkan dengan sunat. Apa dalilnya yang pertama, kias atas niat haji yang bertutur oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan dia. Aa kita menggunakan hukum kias tapi orang wahabi tidak mahu pakai hukum kias. Orang wahabi cukup dengan Quran dan sunnah dan tidak mahu menggunakan kias. Sedangkan rujukan al-mazhab yakni mazhab-mazhab yang pertama, Quran. Yang ke-2, sunnah. Dan yang ke-3, al ijmak. Dan yang ke-4, kias.

Jadi, rata-rata mazhab menggunakan kias. Jadi, orang wahabi tidak mahu pakai kias. Jadi, kata ulama dalam mazhab Syafi’i, dituturkan atau dilafazkan niat sebelum sembahyang itu ialah dengan kias. Kias niat haji yang mana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melafazkan niat haji dan tersebut di dalam Sahih al-Bukhari daripada Sayyidina Umar. Sayyidina Umar bin Khattab radhiallahu anhu berkata, “Aku dengar akan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada YB Akib.” YB Akib ni maksudnya dekat Mikraj. Jadi, bila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai lewat di akhir, bersabda, “Ia datang akan daku oleh yang datang,” yakni Jibril daripada Tuhanku.

Maka, berkata, “Ialah salifi hadalwadi wakil umrah tanfi hajatin.” Sepertinya, sembahyang olehmu pada ini Wadi, yakni Lembah, satu Lembah dan berkata olehmu, maksudnya Jibril, minta supaya Nabi mengucapkan, “Aku jadikan akan ibadah ini umrah yang dimaksudkan di dalam haji ini.” Niat lafaz niat haji Firaun yang dilakukan haji dan umrah serentak. Jadi, Jibril Alaihissalam mengajarkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan melafazkan niat haji itu satu. Aa, jadi lafaznya itu dihias daripada lafaz niat haji yang telah ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang mana di dinyatakan diajar oleh Jibril. Malaikat Jibril tu satu kias.

Dan yang ke-2, supaya menolong oleh lidah akan hati. Aa, hati ini nak lihat payah, tuan-tuan, eh? Tetapi kalau dia lafazkan terlebih dahulu, mudah hati tu nak ingat. Aa, bila dilafazkan, “usali fardul ghazalibi,” bila kita angkat takbir ataupun haram, aa cepat dia masuk dan kita dapat merasai perkara ini. Saya sendiri dapat merasai perkara ini bila dilafazkan niat, angkat takbir sekali. Ha, tapi kalau tidak dilafazkan niat, kadang-kadang dua kali, kadang-kadang tiga kali. Dan yang paling mudah untuk tuan-tuan dapat merasai kebenaran kalam ulama ini, cuba tuan-tuan praktik di dalam melakukan apa-apa kerja dilafazkan terlebih dahulu. InsyaAllah, ingat tuan-tuan. Contohlah tuan-tuan mahu mengunci kereta. Sekarang kunci kereta menggunakan remote. Aa, kerap kali kan kita setelah kita kuncikan kereta sampai di masjid was-was hati kita, “I sudah kunci ke belum? Sudah kunci ke belum?” Ah, dia was-was. Kadang-kadang datang dalam sembahyang, “Ai ada aku punya wallet dalam kereta tu tadi.” Berasa macam belum kunci. Tapi bila kita keluar pergi ke kereta, ternyata kereta telah dikunci, lupa kita.

Cuba tuan-tuan setiap kali kunci sebut sahaja, “Aku kunci kereta,” insyaAllah tuan-tuan akan ingat. Aa, bila sampai di musala, aa dia datang syak dalam hati, “Eh sudah kunci ke belum?” Dia akan teringat apa yang telah diucapkan. Boleh test, tuan-tuan. Boleh try dan test. Kunci rumah pun begitu juga. Kalau kita kunci dan jalan, selalu di tengah jalan kita teringat, “I sudah kunci belum?” Kadang-kadang berpatah balik, “Cam mana eh, kunci pula.” Aa, lebih-lebih yang umur dah menjelang 60-an. Aa, lebih-lebih lagi, tuan-tuan, ya. Cuba ucapkan, tak payahlah sahaja pelik sangat, tuan-tuan, ya. “Aku sudah kunci rumah,” ha cukup. Bagi dengar telinga tu, insyaAllah tuan-tuan kita pergi keluar agak jauh sikit teringat rumah. Aa, kita akan teringat apa yang kita telah lafazkan. Oleh sebab itulah ulama menyebutkan dalam kitab ini di antara aa tujuan ataupun ialah dilafazkan niat itu ialah untuk menolong hati. Lidah itu menolong bagi hati.

Aa, yang ke-3, supaya keluar ia dari khilaf. Apa khilaf ni, tuan-tuan? Yakni perbedaan pendapat namanya khilaf. Dengan kita melafazkan niat ini, kita keluar daripada khilaf. Khilaf apa? Khilaf mereka yang mewajibkan ia akan berlafaz dengan yang diniatkan pada tiap-tiap ibadah. Aa, kerana ada pendapat yang mengatakan wajib melafazkan niat. Hakikat yang mana satu benar itu hanya Allah Subhanahuwataala yang tahu. Adakah melafazkannya itu wajib atau sunat, ini khilaf. Ada yang mengatakan wajib, ada yang mengatakan sunat. Siapa yang mengetahui kebenaran hanya Allah Subhanahuwataala.

Allah yang tahu kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh orang-orang yang layak untuk berijtihad, dia berijtihad. Manis syahadah falsafah palamu Azran, “Barang siapa yang berijtihad benar ijtihadnya maka baginya dua pahala. Pamanish syahadah Fa ah falahu ajuron Wahid. Barang siapa yang berijtihad dan tersalah maka baginya satu pahala,” yakni pahala berijtihad tetapi tidak mendapat pahala benar. Jadi, para ulama yang mempunyai kemampuan untuk berijtihad, Nabi menyuruh berijtihad. Salah benar, dapat ganjaran. Jikalau orang yang tidak layak untuk berijtihad, macam orang-orang di zaman kita ini, kalau salah, berdosa sudah pasti. Tidak ada kalau salah, dapat pahala. Oh, tidak, tuan-tuan. Yang salah mendapat pahala ini adalah mereka yang tergolong dalam kalangan mustahil. Ali Imam Abu Hassan al-Asy’ari dinakkal kalamnya oleh Syeikh Abdul Qodir al-Mandiri dalam kitabnya yang berjudul Al-Mazhab.

Tiada haram bermazhab, mengatakan bahawa semua pendapat-pendapat mazhab adalah benar semua sekali. Aa, Syafi’i benar, Hanafi benar, Maliki benar, Hambali benar. Semua benar dan pendapat imam-imam yang lain benar belaka, kata Al Imam Abu Hassan al-Asyraf. Walaupun berbeza pendapat, yang satu mengatakan wajib, yang satu mengatakan sunat. Namun kata Syeikh Abdul Qadar Mandiri, pendapat jumhur ulama, majoriti ulama mengatakan sekiranya terdapat khilaf, perbedaan pendapat daripada para ulama atau para fuqahak, yang benar itu satu saja. Katalah dalam satu masalah itu ada lima pendapat, yang benar satu. Tapi kebenaran yang satu itu siapa yang tahu? Hanya Allah Subhanahuwataala. Namun mereka ini semua walaupun tersalah, mereka mendapat ganjaran pahala kerana mereka itu orang yang layak untuk berijtihad.

Bagi orang yang tak layak berijtihad, kalau engkau salah, berdosalah engkau. Aa, dan bukan sekadar engkau yang berdosa, orang-orang yang mengikut engkau semuanya engkau tanggung dosa. Aa, jadi orang yang mengeluarkan pendapat-pendapat, ai kena fikir 10 kali, tuan-tuan. Aa, kalau kamu mengeluarkan pendapat yang salah dan kamu itu bukan seorang yang fakir, seorang yang mustahil, maka engkau kena tanggunglah depan Allah Subhanahuwataala. Contohlah kamu menghalalkan sesuatu yang haram, aa tanggunglah depan Tuhan. Berapa ramai orang yang terjerumus dalam perkara itu, maka engkau akan berhadapan dengan Allah Subhanahuwataala. Jadi, tuan-tuan ya, dengan kita melafazkan niat ini, kita keluar daripada khilaf, yakni perbedaan pendapat. Katalah esok di akhirat, diadili depan Allah Subhanahuwataala, yang benar wajib melafazkan niat, sedangkan kita tidak mahu melafazkan niat, maka ertinya kita sudah jadi bersalah. Aa, kita sudah jadi bersalah.

Jadi, sebab itulah ulama kata mengelakkan diri daripada silap itu adalah lebih baik. Jadi, kalau kata di akhirat yang benar adalah sunat melafazkan niat tidak wajib, takde masalah lah kita telah melafazkan niat. Apa dia terbalik ni, kalaulah yang benar itu wajib melafazkan niat nanti, kita telah selamat kerana kita telah melafazkan niat. Sekiranya tidak wajib, tak ada masalah lah tuan-tuan. Takde masalah. Itulah ada kaedah “al huruj minal khilaf aula”, kalau tak silap saya lah, keluar daripada khilaf itu adalah lebih utama.

Macam contohlah lagi, keluar daripada khilaf dalam masalah berwuduk dalam mazhab Imam Syafi’i, basuh 2-3 helai cukup dah. Atas setengah ulama mengatakan celup batang mancis ke dalam air, di godek-godek di hujung rambut, sah. Tapi ada mazhab yang mengatakan wajib sebahagian besar daripada rambut di atas kepala. Pada mereka tidak sah kalau 2-3 helai tu, tidak sah, dia kena basuh sebahagian besar daripada kepala.

Sebab itulah dalam mazhab Syafie, disunatkan kita membasuh sebahagian besar daripada rambut yang ada di atas kepala, celup tangan dan kuatkan begini. Kalau kata di akhirat betul, er, esok yang betulnya adalah wajib membasuh sebahagian besar daripada kepala dan rambut yang ada di atas kepala, kita telah buat. Kalau kata yang betulnya basuh 2-3 helai, ada masalah lah. Ini yang dikatakan keluar daripada khilaf itu adalah menjadi keutamaan.

Jadi masalah melafazkannya ini khilaf di kalangan para ulama, sehingga ada yang mengatakan melafazkannya itu wajib. Tetapi dalam mazhab kita, yakni mazhab al Imam Syafie, melafazkannya itu sunat, tidak menjadi satu kewajipan. Kalau dibuat, dapat pahala sunat. Kalau ditinggalkan, tetap sah sembahyang, tetap sah ibadah ibadah yang lain seperti berwuduk, terus saja ambil air basuh muka tanpa melafazkan niat, sah, tapi terlepas daripada sunat.

Dan kalau yang benar pada sisi Tuhan tu wajib melafazkan niat, maka kamu sudah salah. Itu sebab kita disuruh keluar daripada khilaf. Jadi kalau kita mengerjakan sesuatu yang maksima, maka kita telah keluar daripada khilaf. Boleh faham tuan-tuan? Boleh ke faham? Boleh ya, insyaAllah.

Dan apabila mengetahui engkau akan ada dalil bagi berlafaz dengan yang diniatkan itu, nescaya mengetahui engkau akan bahawasanya tiada ada ia bidaah syariah. Jadi kalau ada dalil, ada hujah, bukanlah dia dianggap sebagai bidaah syariah. Apa bidaah syariah ni tuan-tuan? Bidaah syariah ini dengan bahasa lain bidaah dalalah, bidaah yang sesat. Jikalau ada dalil yang cukup begini, maka bukanlah sebagai bidaah yang sesat.

Tetapi orang-orang wahabi selalu claim asal bidaah, sesat. Disebut di sini, asyyah bin Khalil al Mandiri mengatakan tiada ia bidaah syariah, bukan ia bidaah syariah. Ataupun dengan kata lain, bukan dia bidaah yang dalalah, yakni dalalah yang sesat. Mana orang wahabi dan orang-orang kaum muda zaman dulu-dulu mengambil daripada hadis nabi “kullu bida’atin dalalah”, setiap yang bidaah itu sesat. Terjemahan itu pun salah sebenarnya tuan-tuan.

“Kullu bida’atin dalalah” itu dikatakan setiap yang bidaah itu adalah sesat. Terjemahan tu pun tak betul tuan-tuan, tetapi terjemahan itu telah mempengaruhi ramai masyarakat kita pada hari ini, sehingga ramai dalam masyarakat kita faham yang seumpama itu, asal benda baru bidaah, asal bidaah sesat. Ini telah menyerap dalam pemikiran masyarakat Islam, khasnya di Malaysia dan umumnya di luar negara.

Adakah benar begitu? Tak benar. “Kullu” di situ bukan dengan makna lil istiqra. Istikra itu apa maknanya? Menghabisi segala akhiratnya. Ini kalau bahasa tua lah dulu mengaji di pondok-pondok, ataupun dengan bahasa yang mudah untuk tuan-tuan faham, “kullu” di sini bukan dengan makna setiap apa juga, bukan itu maknanya. Tetapi “kullu” di sini dengan makna sebahagian, bukan makna semua.

Kerana kalau kita buka dalam kitab-kitab nahu bahasa Arab ini tuan-tuan, “kullu” itu boleh jadi macam-macam makna. Di antaranya “kullu” itu bukan makna setiap, tapi maknanya apa, dengan makna pengukuhan, penekanan, dan mengukuhkan ayat itu. Ataupun lain tauke, bukan dengan makna setiap.

Tapi orang-orang wahabi banyak mengertikan asal “kullu” maknanya setiap, itu tak betul tuan-tuan, tak betul. Sebahagian perkara-perkara yang baru adalah bidaah, dan sebahagian daripada perkara-perkara yang bidaah adalah sesat. Apa contoh? Sembahyang maghrib 3 rakaat, dia buat 4 rakaat. Itu barulah bidaah tuan-tuan, bidaah yang sesat. Apa masalah kita tambah lagi baguslah elok? Tak boleh tuan-tuan.

Hari tu ada nas, nabi sembahyang maghrib 3 rakaat, engkau tak boleh tambah. Sembahyang isyak buat 5 rakaat, tidak sah sembahyang tuan-tuan. Agak-agak ada nas yang jelas mengatakan nabi sembahyang isyak 4 rakaat, ini bukan masalah buat lebih lagi baik. No, nabi sembahyang isyak 4 rakaat. Sembahyang subuh 2 rakaat, jangan tambah 3 rakaat.

Ataupun dalam sembahyang tidak baca Fatihah, itu barulah dikatakan bidaah yang membawa kepada sesat dan batal sembahyang, kerana bacaan Fatihah itu rukun, dan nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan, “La solata liman lam yaqra’ bi Fatihah til kitab”, tidak dinamakan sembahyang kalau tidak dibaca Fatihah. Jadi kita macam mana pun kena wajib baca Fatihah.

Tapi kalau imam dah baca “Qulhu Allahu Ahad”, aku baca Fatihah pun tak habis. Disuruhnya aku rukuk juga dengan imam, itu kau kena belajarlah masalah masbuk dengan mufarakah. Hukum masbuk bagaimana? Hukum masbuk, yakni orang yang datang lewat dan tidak sempat membaca Fatihah dengan sempurna, maka wajib rukuk bersama-sama dengan imam. Kalau tidak rukuk, maka sembahyangnya rosak. Itu ada sebab.

Tapi orang-orang wahabi sekarang ini mengajar orang, kalau tok imam baca Fatihah, makmum jangan baca Fatihah. Diam sampai ke sudah katanya. Ini dia ajarnya pula dalam masyarakat kita tuan-tuan. Apa katanya lagi, bacaan Fatihah imam itu sudah cukup untuk menyempurnakan bacaan Fatihah makmum. Ini dia salah faham dalam memahami hadis.

Dalam mazhab Imam Syafi’i, hadis itu dengan maksud bagi mereka yang tidak sempat baca Fatihah dan imam telah rukuk, maka ikutlah imam rukuk dan engkau dinamakan sebagai masbuk, orang yang lewat. Tapi kalau engkau bertakbir bersama-sama dengan imam, engkau kena baca Fatihah.

Kemudian, berangan-angan, berangan-angan, 10,020 ribu, tiga puluh ribu, hanyut. Imam dah baca surah baru teringat belum baca Fatihah. Maka, wajib engkau menyempurnakan Fatihah sehingga selesai dan tidak boleh rukuk bersama-sama dengan imam. Kena selesaikan Fatihah dan cuba untuk sujud bersama-sama dengan imam pada sujud yang kedua dengan tu Madinah. Kalau dapat sujud bersama-sama dengan imam pada sujud yang kedua dengan kadar kumak ni lah yakni kadar Subhanallah, maka rakaat itu dapat bagi dapat satu rakaat. Kalau baru nak sujud imam sudah bangkit kepala, maka kau kena tambah lagi satu lagi rakaat.

Hari itu kalau kita belajar masalah masbuk dan muafiq, ada kitab khas. Dalam kitab-kitab fiqah pun ada bab membicarakan masalah masbuk dan muafiq. Menjadi suatu kemestian faham masalah ini kalau tidak nanti kita bersembahyang nampaknya macam berjemaah, rupa-rupanya takde nilai, sembahyang kita rosak, mungkin sembahyang kita tak cukup rakaat. Contoh, setengah tu datang lewat kira orang masbuk, tak sempat nak selesai baca Fatihah tapi disempat-sempatkan juga sehingga imam bangkit daripada rukuk baru nak rukuk. Rosaklah tuan-tuan sembahyangnya, tidak cukup rakaat.

Jadi, tuan-tuan bidaah syariah ini apa? Itulah dia bidaah balaklah, bidaah yang dianggap sebagai sesat kerana takrif bagi bidaah syariah ataupun definisi bidaah syariah itu malam yakum dalilun syariun alah an nahu wajibun au mustahab pun sawa pun A fu illafiah dihi Sallallahu Alaihi Wasallam amlam ufal kamafil fatawa al hadisiyah libini Hajar al haitami sahihfa ni ada. Ini ertinya barang yang tiada berdiri oleh dalil yang bangsa syarak atas bahawasanya wajib atau sunat sama ada bahawa diperbuat akan dia pada masa hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam atau tiada diperbuat akan dia, seperti berhimpun pada bulan Ramadan kerana sembahyang tarawih.

Jadi, berhimpun sembahyang tarawih ini satu benda yang bersifat bidaah tapi dilakukan oleh Sayyidina Umar bin Khattab radhiallahu anhu pada zaman beliau memerintah. Pada zaman nabi tidak ada, ada nabi buat tarawih, ada sahabat buat tarawih tapi dihimpunkan tarawih dengan satu imam tidak ada kepada zaman nabi. Hatta pada zaman sayyidina Abu Bakar juga tidak ada sembahyang tarawih secara jemaah. Nabi pun keluar daripada rumahnya mengerjakan tarawih di masjid hanya tiga malam. Malam yang keempat nabi tidak keluar.

Oleh kerana itu pada zaman sayyidina Abu Bakar Siddiq radhiallahu anhu sembahyang tarawih masing-masing ada orang masuk masjid, ada orang keluar masjid, ada orang sembahyang, ada orang rukuk masing-masing. Namun pada zaman Sayyidina Umar, Umar melihat keadaan orang bersembahyang di masjid itu tidak teratur. Maka, Sayyidina Umar memerintahkan seorang sahabat menghimpunkan orang ramai yang ada di masjid itu dengan satu imam. Naiklah jadi imam, maka sejak daripada itu tarawih dilakukan secara jemaah. Walaupun tidak berlaku pada zaman nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka tiada dikerjakan dia pada masa hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sembahyang tarawih tu ada tapi berjemaah itu tidak ada. Tapi Saidina Umar memerintahkan supaya sembahyang itu dilakukan. Kalaulah Sayyidina Umar itu memahami bahawa apa yang nabi tidak buat tidak boleh dibuat, pastinya Sayyidina Umar tidak akan memerintahkan tarawih dilakukan secara jemaah. Tapi Sayyidina Umar tidak faham begitu dan para sahabat ridwanullah alaihim ajmain umumnya tidak berfaham begitu. Tidak faham apa yang nabi tak buat tak boleh buat, tak ada yang faham begitu. Yang faham begitu wahabi zaman ini tuan-tuan, wahabi zaman ini memang begitu faham dia, asal apa yang nabi tak buat tak boleh buat.

Tapi banyak juga wahabi buat apa yang nabi tak buat. Jadi, orang wahabi ini macam cakap tak serupa fikir. Dia kata apa yang nabi tak buat tak boleh buat. Di Mekah, engkau buat tempat melontar jamrah dua tiga tingkat, mana ada zaman nabi. Tawaf dua tiga tingkat, ada zaman nabi tak ada. Masjid dihias sebegitu rupa, ada zaman nabi tak ada. Dan banyak lagi tuan-tuan, termasuklah mushaf al-Quran pada zaman nabi pun tidak ada mushaf. Tapi wahabi baca Quran pakai mushaf juga, sedangkan zaman nabi tidak ada mushaf. Mushaf itu ada pada zaman sayyidina Abu Bakar radhiallahu anhu kerana mendengar pandangan Sayyidina Umar.

Ada hadis nabi yang menyatakan apa yang ada pada Umar pasti benar. Ada satu janji daripada nabi, jadi Umar memberi pandangan kepada sayyidina Abu Bakar supaya dihimpunkan al-Quran menjadi satu mushaf. Maka Saidina Abu Bakar terima dan akhirnya berpunya besar faedah daripada himpunan mushaf itu. Kita pada hari ini, satu masjid berapa kerat yang hafal Quran? Tak ada kan. Kul wallah adalah, kul Aul Ibrahim nasihatlah kalau panjang je sikit bolehlah. Tak berapa kerat, mungkin satu kawasan ini tak tahu berapa kerat orang hafal al-Quran.

Inilah di antara faedah besar yang ditinggalkan oleh Sayyidina Abu Bakar radhiallahu anhu, terbinanya mushaf himpunan al-Quranul Karim. Dipanggilnya para penulis pada zaman sayyidina Abu Bakar, tulis balik Quran yang asalnya tercatat di tulang-tulang binatang, kulit-kulit binatang, dan sebagainya. Bidaah, tapi kalau orang wahabi mengatakan asal semua yang baru bidaah, orang wahabi tak payahlah baca Quran pakai mushaf. Orang wahabi kena semua menghafal Quran, jem engkau. Atas sekarang banyak dah di masjid-masjid, orang tok imam sembahyang pakai mushaf. Dia siap tempat parking mashaf lagi tuan-tuan, di depan. Mana ada zaman nabi, dan Quran dia buat besar-besar tuan-tuan, mana ada zaman nabi begitu rupanya.

Maka tiada dikerjakan dia pada masa hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan tiada ada ia bidaah syariah yang masuk di dalam sabda nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Qayum bin Atin balalah. Oh Qayum bin Atin balalah sekalipun ada ia daripada bidaah lorawiyah yakni bidaah pada bahasa. Jadi, seperti sembahyang tarawih secara jemaah itu walaupun tidak berlaku pada zaman nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak termasuk dalam masalah bidaah yang sesat yang masuk neraka.

Sekarang asal nabi tak buat masuk neraka semua tuan-tuan, tahlil masuk neraka, talqin masuk neraka, baca Quran tepi jenazah masuk neraka, baca Quran tepi kubur masuk neraka, baca Yasin malam Nisfu Syaaban tiga kali masuk neraka. Ain kau ingat neraka ini siapa punya, sedap mulut engkau ya, menghukum orang semua masuk neraka. Allahuakbar, Rasulullah sayang dengan umatnya tuan-tuan, bila diberitahu Jibril umatmu masih lagi di dalam api neraka, Rasulullah sudah bersenang-senang dalam syurga. Tiba-tiba diberitahu ada lagi umat engkau dalam api neraka, bergegas terus nabi ke neraka untuk menyelamatkan umatnya. Kasihnya nabi tuan-tuan terhadap umatnya, kita suka pula mengheret orang masuk neraka tuan-tuan. Semua orang nak dimasukkan neraka, lebay pun nak dimasukkan neraka, orang yang sembahyang pun nak masuk kat neraka. Ini tuan-tuan, trend kita pada hari ini begitulah rupanya.

Sekalipun ia daripada bidaah dari sudut lorawiyah yakni sudut bahasa bidaah dari sudut bahasa, yakni satu benda yang baru, apa-apa yang tidak ada pada zaman nabi disebut sebagai bidaah. Ibnu Hajar menyebut dalam kitabnya al-Fatawa al-Hadithiyah, benda-benda yang baru. Tetapi orang-orang yang tidak faham masalah ini cepat-cepat tengok Ibnu Hajar pun mengatakan bidaah. Tetapi kalau diteliti dalam teks tulisan Ibnu Hajar, bidaah yang disebutkan oleh Ibnu Hajar itu boleh jadi bidaah yang baik dan boleh jadi bidaah yang sesat, bukan terus terusan sesat.

Tidak begitu, kalau diteliti dalam penulisan Ibnu Hajar, bidaah itu bukanlah satu yang terus dipandang secara total sebagai suatu yang buruk. Kerana pada hari ini, masyarakat kita seakan-akan telah dibius oleh orang-orang wahabi, asal bidaah sesat, asal bidaah buruk. Sedangkan bidaah itu boleh jadi bidaah yang baik. Bidaah-bidaah yang baru yang dibuat oleh orang wahabi sendiri seperti membina dua tiga tingkat untuk orang melontar jamrah dan untuk orang bertawaf. Walaupun orang wahabi yang buat, kita orang-orang Islam kata bagus, bidaah yang bagus yang baik kerana mendatangkan faedah manfaat maslahaf kepada umat Islam.

Jadi bidaah itu boleh jadi bidaah lurawiyah, bidaah dari sudut bahasa maksudnya benda yang baharu. Bidaahlah iaitu mafuila ala rairi misalin, iaitu satu benda yang dibuat yang tiada contoh sebelumnya. Barang yang diperbuat akan dia atas ketiadaan contoh maksudnya takde contoh-contoh pada zaman nabi Sallallahu Alaihi Wasallam nabi tak buat. Maka dari segi bahasa dia kata itu benda bidaahlah, ini benda yang dibuat baharu tidak ada pada zaman nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ataupun tidak dilakukan oleh nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Cuba tengok perkataan Sayyidina Umar radhiallahu anhu pada sembahyang tarawih. Apa yang dikatakan mengenai tarawih secara jemaah yang telah diarahkan oleh Sayyidina Umar? Apa kata Umar? “Ya batil bin Abdul iya, sebaik-baik bidaah itu ia.” Yakni sembahyang tarawih berjemaah. Jadi, Saidina Umar mengatakan sembahyang tarawih berjemaah itu adalah satu bidaah yang baik, menunjukkan bidaah itu tidak sebagaimana yang diajarkan oleh orang-orang wahabi. Asal bidaah sesat, asal bidaah buruk, asal bidaah tak boleh pakai. Itu pandangan tak betul, tuan-tuan, yang sekarang ini telah menyerang dalam pemikiran masyarakat, terutama orang-orang generasi baru. Yang generasi tua ni, dah kematu, tak makan saman, tuan-tuan. Generasi yang baru, yang muda-muda ni, yang belajar di universiti ni, yang banyak menggunakan akal, dia terpengaruh, tuan-tuan. Asal bidaah, oh buruk, tak boleh pakai. Eh, jangan begitu. Tengok kalam Sayyidina Umar bin Al-Khattab, bidaah itu adalah perkara yang baik.

Di ketika Umar melihat para sahabat ridwanullah alaihim ajma’in bersembahyang tarawih secara jemaah, Umar berkata, “Nikmatul bidaah hadihi,” yakni ini adalah bidaah yang baik. Bidaah yang disebut oleh ulama pada hari ini sebagai bidaah yang hasanah. Orang wahabi marah sangat dengan bidaah hasanah ini, tuan-tuan. Mana ada bidaah hasanah? Mana ada nabi cakap bidaah hasanah? Yang ada, nabi kata, “Kullu bida’atin dalalah,” semua bidaah sesat. Mana datang hasanah? Itulah, engkau tengoklah kitab-kitab ulama. Engkau tu ulama bukan ulama. Jangan engkau merasa engkau tu ulama. Tengoklah kitab ulama. Bagaimana ulama menghuraikan tentang masalah-masalah dan seperti firman Allah Taala dalam al-Quranul Karim: “Qul ma kuntu bid’an minarrusul.” Rasul bersabda, “Aku tiada ada yang direka-reka, yakni yang mula-mula daripada sekalian pesuruh Allah Taala.”

Nabi Muhammad itu kesinambungan daripada nabi-nabi yang sebelumnya, bukanlah satu benda yang baharu. Jadi, syahid di sini, kalimah bidaah, yakni benda yang baharu atau direka-reka. Demikian juga perkataan ulama dengan bahawasanya bidaah itu terbahagi kepada hasanah dan sayyiah, yang baik dan yang buruk. Maka kehendak mereka itu bidaah lurawiyah jua dari sudut bahasa. Adapun bidaah syariah, bidaah dari sudut syarak, maka tiada ada yang melainkan balalah dan sayyiah, yakni bidaah yang sesat dan yang buruk. Seperti yang ada dalam Nas contohnya, sembahyang lima waktu ditambah jadi enam waktu, itu barulah dikatakan bidaah yang sayyiah atau bidaah yang sesat seperti yang pada hadis terdahulu.

Jadi, tuan-tuan puan-puan, sila hadirin hadir kasih sekalian, melafazkan niat kalau begitu. Kalau pun dikatakan bidaah, bidaah yang hasanah bukan bidaah yang sayyiah, lebih-lebih lagi ada dalil pula dikias daripada niat yang dilafazkan oleh nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada ketika mengerjakan haji yang diperintahkan oleh Jibril, “Salli fi hadhal wadi,” sembahyang kau di sini dan kemudian ucapkanlah, “labbaik hajjan.”

Jadi insyaAllah, Allah Taala, pada kuliah akan datang kita sambung masalah bismillah pada bulan hadapan, ataupun masalah bacaan bismillahirrahmanirrahim. Berkata beliau, hendaklah kita membaca dengan merendahkan suara, jangan dengan menyaringkannya kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lebih banyak membaca basmalah dengan merendahkan suaranya. Jadi, kita dalam mazhab Syafie menyaringkan bacaan basmalah dan tidak boleh meninggalkan bacaan basmalah. Kalau ditinggalkan basmalah satu huruf maka tidak sah sembahyangnya. Tapi puak-puak ini, nampaknya dia suruh perlahankan basmalah, tapi setengah puak wahabi pada hari ini langsung ditinggalkannya basmalah, tak bacalah.

Kita tengok puak wahabi sembahyang sekarang ni di Malaysia khasnya tidak ada basmalah. “Alhamdulillah, alhamdulillah, amin,” dia kata. Tu imam Mekah takde basmalah, itu wahabi tuan-tuan. Udah itu Hambali. Kalau engkau katakan Hambali, okeylah juga. Tetapi adakah mereka itu Hambali? Mereka bukan Hambali. Itu satu hal, mereka itu adalah wahabi. Banyak ustaz-ustaz kita salah faham dikatakan orang-orang yang ada di Mekah itu Hambali. Kalaulah mereka Hambali, maka mereka tidak memusuhi mazhab Syafie, tuan-tuan. Mereka tidak memusuhi mazhab-mazhab yang lain, tidak mencerca amalan-amalan mazhab, tidak menghina dengan bidaah-bidaah yang balalah, yang sesat.

Itu menunjukkan mereka mempunyai pengajaran dan pemahaman akidah yang berbeda. Kalau mereka Hambali, mereka takde masalah dengan Hanafi, Syafie, Maliki. Tidak ada masalah. Tapi sekarang bermasalah, menunjukkan mereka itu bukan Hambali. Mereka itu apa? Wahabilah, tuan-tuan. Ini dengar, orang wahabi pedih telinga dia, tuan-tuan. Tapi kena terimalah hakikat ini kan? Kerana wahabi pada hari ini nampaknya merosak di Malaysia. Ramai orang dah jadi rosak, terutama bila dia duduk dalam pemerintahan. Contoh, jadi Menteri agama memang kacau bilau dalam negara, tuan-tuan. Kacau bilau ataupun pegang jadi mufti, memang kacau bilau satu negara, tuan-tuan.

Sekarang ini kita telah merasa bahangnya, bahangnya golongan ini bila mana mereka lebih berani menunjukkan belang sehingga sanggup mengkafirkan ulama-ulama kita. Jadi, sebab itulah kita perjelaskan perkara ini, mudah-mudahan tuan-tuan yang ada di sini tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang pada hari ini nampaknya merebak dengan meluas dalam negara. Mereka mungkin kita tidak, anak-anak kita, tuan-tuan. Anak-anak kita yang belajar di universiti sama ada dalam negara ataupun di luar negara. Cuba dibelek-belek sikit, tuan-tuan.

Cuba balik, dibelek-belek anak kita tu, apa dah jadi? Dan insyaAllah, kita jumpa lagi pada kuliah akan datang. Ampun maaf, apabila Ikhwan hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Malaysia fardu haji. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Solat, assalamualaikum Sallallahu Alaihi Wasallam, Sallallahu Alaihi Wasallam, Alaihissalam. Allahuakbar, Allahuakbar. Surah Al-Fatiha, Allah, warahmatullahi wabarakatuh.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak