Beza Aqidah ASWAJA dan Wahabi
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Alhamdulillah syukur pada Allah Subhanahuwataala, sekali lagi dapat berada di dalam rumah Allah dan hanya sanya mereka yang dipilih oleh Allah akan sentiasa diundang berulang-ulang kali untuk mai dan duduk dalam rumah Allah Subhanahuwataala sebagai tetamu Allah Subhanahuwataala.

Malam ni, insyaAllah, kita akan melihat satu perbahasan dengan izin dan taufik daripada Allah tentang beberapa ertiqad yang dipegang oleh wahabiyah ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka dengan salafiyah ataupun dengan nama yang terbaru kumpulan sunnah. Perbahasan dia terlalu luas dan terlalu banyak. Perbahasan dia, saya ambil satu tajuk sahaja pada malam ni, satu tajuk sahaja yang mempunyai perbezaan yang besar di antara ertiqad wahabiyah dan juga ertiqad ahli sunnah Wal Jamaah.

As syairrah dan mahathuridiah, bila saya sebut ahli sunnah Wal Jamaah, merujuk kepada asyiyirah dan mathuridiah seperti mana yang telah pun disepakati oleh para ulama sejak 1,000 tahun yang lalu. Ahli sunnah Wal jemaah dianggotai majoriti oleh asyhairah dan maturidiah.

Jadi, tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, antara sudut dan juga ertiqad yang mempunyai perbezaan yang besar antara kita dan juga ertiqad wahabi ialah tentang tauhid 3. Tauhid 3 serangkai yang telah pun dibawa masuk ke dalam buku siliverse sekolah menengah sejak daripada 1996, dah terbawa masuk ke dalam tu. Tauhid 3 ni disebut dengan nama tauhid uluhiyah, rububiah, dan asma wasifat. Jadi tauhid 3 yang saya nak bentang malam ni ialah tauhid bagi aliran wahabi. Yang tu kena jelaslah, bukan tauhid yang pegangan kita ni dan bukan yang dipegang oleh para ulama kita.

Pembahagian tauhid kepada 3 jenis ini adalah satu pembahagian yang muncul pada zaman Imam paling awal sekali, Imam Ibnu Taymiah. Kita dah cerita sikit pada bulan lepas yang wafat pada 728. Dialah ulama Islam pertama yang membahagikan tauhid kepada 3: uluhiyah, rububiah, asma wasifat. Pembahagian tu, dialah orang yang pertama sekali dan dia menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan uluhiah, rububiah, dan juga Asmak wasifat ni.

Imam Ibnu Tayimiah, tahun wafat 728 hijrah, beliaulah ulama pertama yang membuat pembahagian ini. Kemudian, pembahagian ini ditolak oleh majoriti ulama Islam sejak daripada pembahagian tauhid ini diperkenalkan. Itu dulu kita nak intro macam tu dulu. Kenapa majoriti ulama tolak? Ulama kurun ke-8 tolak, ulama kurun ke-9 tolak, ulama kurun ke-10 tolak, majoriti majoriti tolak pembahagian ni, sampailah dia dihidupkan kembali dengan besar-besaran pada tahun lebih kurang 1206 iaitu tahun kewafatan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Kita sebut pada bulan lepas, beliaulah Syeikh Muhammad Abdul Wahab ni yang pi gali balik dalam buku-buku Imam Ibnu Taymiah, kemudian dia perkenalkan balik pendekatan tauhid ni. Akhirnya, tauhid ni dikembangkan oleh ulama-ulama wahabiyah sampai ke seluruh dunia Islam dan masuk ke dalam Malaysia.

Kalau bulan lepas kita sebut bahawa wahabi di Malaysia juga menyesatkan akidah asyairah dan maturidiah. Di Malaysia pun sama, secara video bertulis ataupun bertulis mereka menyesatkan akidah asyairah dan maturidiah. Mungkin kita tertanya-tanya kalau macam tu, akidah mana yang mereka ambil yang dijadikan sebagai pegangan mereka?

Malam ini kita akan tengok sudut pandang akidah ini daripada kaca mata ulama ahli sunnah Wal Jamaah. Setelah melihat isi kandungan akidah ni dalam kitab mereka, ulama kita pun bagi respon dan yang ni lah kita nak bincangkan. Kenapa pembahagian ini ditolak oleh hampir kesemua ulama kita sepanjang beratus tahun ni? Malam ni kita akan tengok secara ringkas isi kandungan dia dengan izin dan taufik daripada Allah, insyaAllah Subhanahuwataala.

Jadi, tuan-tuan sekalian, Imam Ibnu Taymiah dia bahagi tauhid kepada uluhiyah ataupun ilahiyah ataupun tauhid ibadah. Kemudian, yang ke-2 rububiah dan yang ke-3 asma wasifat. Saya mula dengan tauhid rububiah dulu. Tauhid rububiah ialah ertiqad bahawasanya Allah Subhanahuwataala yang menciptakan, menyembuhkan, mematikan, menghidupkan. Itu yang terkandung dalam ertiqad ataupun tauhid rububiah.

Kalau kita tengok isi kandungan tauhid rububiah, untuk lapis yang pertama bila saya sebut tauhid rububiah, kalau kita tanya orang wahabi sekalipun, depa akan sebut tauhid rububiah ni iktiqad bahawasanya Allahlah yang mentadbir, yang menyembuhkan penyakit, yang menghidupkan, yang mematikan, yang menurunkan hujan. Maka, kita tengok macam tak ada masalah dan sememangnya pada lapis yang pertama ni memang tak ada masalah. Adakah ulama kita, ulama asyairah dan mathuridiah setuju dengan isi kandungan awal tauhid rububiah? Jawapannya ya, setuju, tak ada masalah.

Kemudian, tengok tauhid uluhiah pula. Tauhid uluhiah, kalau kita tanya dan buka kitab mereka apa yang dimaksudkan dengan tauhid uluhiah, maka kitab-kitab akidah mereka akan sebut tauhid uluhiah ni ialah iktiqad bahawasanya yang berhak disembah hanyalah Allah Subhanahuwataala, yang berhak disembah hanyalah Allah, yang berhak untuk kita mohon pertolongan hanyalah Allah Subhanahuwataala. Itu tauhid uluhiah untuk lapis yang pertama. Tauhid uluhiah juga tak ada masalah. Ulama kita sebut kami pun setuju dan kami juga mengatakan begitu dan begitu jugalah akidah kita bahawasanya hanya Allah sahaja yang berhak untuk kita sembah. Sembah selain Allah maka hukum dia syirik. Walaupun kita menyembah rasul dengan ertiqad ketuhanan, menyembah orang soleh dengan ertiqad ketuhanan, maka menyembah itu membawa kepada syirik dan kufur. Yang tu tak ada masalah juga.

Begitu pula, kita tengok ke tauhid yang ke-3, tauhid yang ke-3 di sisi aliran wahabiyah. Depa sebut tauhid asma wasifat. Asma maksud dia nama-nama Allah, mengenal nama-nama Allah tak ada masalah. Sifat, mengenal sifat-sifat Allah juga tak ada perbahasan. Itu isi kandungan di peringkat awal ni, di lapis yang pertama juga tidak ada masalah. Jadi dipersetujui oleh para ulama kita.

Ia menjadi masalah apabila kita mendalami lagi. Kita tengok definisi dia, definisi tauhid uluhiyah, rububbiyah, definisi asma sifat. Definisi awal tak ada masalah. Kemudian kita terus kepada step yang seterusnya, tengok dalam lagi apa yang dibahas dalam rububiah. Dalam tauhid rububiah, apa lagi yang dibahaskan? Maka ulama kita tengok lagi kitab yang menerangkan tentang rububiah, ulama kita, ulama asyairah dan material tengok dalam tauhid rububiah untuk lapis yang ke-2. Dia jadi masalah sebab Imam Ibnu Taimiyah, Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan ulama-ulama wahabi luar dan dalam Malaysia mengatakan bahawa dalam tauhid rububiah ini ada satu perkara iaitu tauhid rububiah diperolehi, dipunyai, dimiliki oleh orang Islam dan orang bukan Islam.

Tang ni masalah. Tang ni bila masuk dalam sikit, semua ulama kita tolak hampir kesemuanya. Hampir kesemuanya menolak masuk lapis ke-2. Nah, nampak? Nah, bila masuk lapis ke-2, depa sebut tauhid rububiah. Ini juga dimiliki oleh orang bukan Islam, disebut oleh Syeikh Ibnu Taymiah dan juga Syeikh Abdul Wahab dan ulama-ulama mereka.

Macam mana maksudnya? Maksudnya macam ni, maksudnya orang bukan Islam juga ada tauhid rububiah. Ai, macam mana ni? Orang Islam memang ada tauhid rububiah, orang bukan Islam juga ada iktiqad tauhid rububiah. Awal-awal lagi akal kita sebut macam mana iman dengan tauhid, iman dan kekufuran duk satu tempat apabila dia sebut bukan Islam pun ada tauhid rububiah.

Iaitu orang bukan Islam juga beriktikad bahawasanya Allah-lah yang menurunkan hujan, yang memberikan rezeki, yang menggerakkan sekian, yang menyembuhkan, yang mematikan. Maka kata mazhab-mazhab aliran wahabi ni, akidah tauhid rububiah depa kata di dalam rububiah orang bukan Islam pun ada tauhid rububiah. Tetapi tauhid rububiah sahaja tidak dapat menyelamatkan mereka.

Maksudnya dia ni, tuan-tuan pi kat ustaz wahabi mana-mana yang tuan-tuan tahu dah kan? Baru ni pun keluar pula senarai pula lagi, Selangor bawa keluar pula, tuan-tuan. Kalau tuan-tuan duk tanya kan siapa ustaz, siapa ustaz? Tengok laman web Selangor, 17 orang pula yang dikeluarkan. Tanya siapa akan sebut akidah kami salaf. Kalau kita tanya mazhab, akidah apa? Akidah salaf, tuan-tuan. Nah, ha, akidah Ibnu Taimiyah-lah tu.

Akidah di bila dia sebut akidah salah tu, akidah Ibnu Taimiyah tuan-tuan. Jadi, em bila tanya tauhid rububiah ini, adakah orang bukan Islam juga ada tauhid rububiah? Depa akan jawab ya, bukan Islam juga ada tauhid rububiah. Apa dalil? Ada beberapa ayat Quran yang digunakan oleh mazhab wahabiyah untuk kata orang bukan Islam ada tauhid rububiah. Yang paling popular ialah ayat al-Quran surah Luqman ayat 25. Allah sebut: walain soal tahun Man khalakus samawati Wal arba layakulun Allah. Wahai Muhammad, kalau kamu tanya orang kafir Mekah siapakah yang ciptakan semua langit dan bumi, ha tengok. Eh tengok, orang kafir akan jawab apa? Layakulun Allah, depa akan jawab Allah kan?

Tauhid maksudnya mereka percaya yang menciptakan langit Allah. Orang bukan Islam termasuk pada zaman Rasulullah, musyrikin Mekah pada zaman nabi, orang-orang musyrikin pada zaman nabi, orang-orang musyrikin sebelum zaman nabi, orang-orang musyrikin selepas zaman nabi. Mereka ni pun kalau tanya siapa yang buat bumi? Allah. Siapa turun hujan? Allah. Siapa bagi rezeki? Allah. Itulah tauhid rububiah. Ha, tu macam mana tu nak jawab tu kan?

Aa itu antara dalil yang digunakan oleh mereka, iaitu orang kafir musyrikin Mekah zaman nabi pun kalau tanya siapa yang menciptakan seluruh lapis langit dan bumi mereka akan jawab Allah. Maka kata ulama kita, ha ni jawapan dia. Ulama kita jawab yang dijawab oleh orang musyrikin itu, yang mereka katakan itu bukan di atas dasar keyakinan, akan tetapi itu hanyalah yang disebutkan dengan mulut saja.

Di mulut saja nah, kalaulah apa yang mereka sebut itu adalah dasar keyakinan di hati dan di mulut, nescaya Islamlah mereka, masuk syurgalah mereka. Tetapi malangnya musyrikin Mekah kesemuanya adalah ahli-ahli neraka. Jadi yang depa sebut tadi ni hanyalah dengan mulut sahaja, tidak diyakini dengan hati. Bukti lagi, bukti lagi bahawasanya mereka sebut tu dengan mulut sahaja, tidak didatangkan dengan dasar keyakinan di dalam hati yang lebih utama. Keyakinan di dalam hati yang paling utama nombor satu, nah.

Kata para ulama kita lagi, hujah yang ke-2 ialah orang munafik tuan-tuan zaman nabi. Munafik masuk syurga ke masuk neraka? Munafik hai sengat pula dah. Munafik zaman nabi kah, munafik mana yang ada sifat munafik zaman nabi tu? Masuk syurga ke neraka? Neraka. Orang munafik pi sembahyang tak zaman nabi dengan Rasulullah dalam masjid? Sembahyang bawa keluar zakat dengan nabi, sebahagian perang dia pi. Akan tetapi mereka adalah ahli neraka, ha. Mereka adalah ahli neraka, bahkan lebih bawah daripada musyrikin pada zaman nabi Islam. Kerana apa? Kerana hati mereka tidak beriman.

Luar saja nampak tuan-tuan, luar saja. Anggota luar saja, mulut saja. Tetapi mereka tidak meyakini, tidak beriman sepenuhnya dengan Allah dengan hati, dan tidak beriman pun dengan nabi Sallallahualaihiwasallam dengan hati. Nampak nak faham tak hujah ni? Nah. Jadi, em kita nak jawab balik kepada orang yang er, mereka yang menjadikan hujah bahawa musyrikin pada zaman nabi dan bukan zaman Rasulullah ada tauhid rububiah sebab mereka sebut bahawasanya alam ini ditadbir oleh Allah.

Maka ertiqad itu adalah pandangan yang salah, ertiqad yang salah yang ditolak oleh majoriti ulama kita berdasarkan dalil tadi ni, tuan-tuan. Nah, jadi munafikun walaupun dia mai sembahyang, mulut dia mengucap, dia tetap ahli neraka bila cukup sifat munafik pada dia sebab hatinya tidak beriman. Nah, yang paling penting adalah hati.

Kemudian tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan tengok ketika mana satu orang Islam diancam untuk dibunuh. Diancam untuk dibunuh ancaman bunuh, diberi pilihan sama ada untuk kafir ataupun dibunuh. Satu orang Islam diancam sama ada murtad ataupun dibunuh. Maka sekiranya orang Islam tu dia buat pilihan untuk hanya sebut kafir di mulut dia saja dalam keadaan hati dia beriman kepada Allah, maka ketika dia diancam untuk dibunuh, pistol sudah diletakkan di kepalanya, tangan atau kakinya sudah diikat dan sedia untuk ditolak daripada bangunan yang tinggi.

Dia diberi pilihan murtad ataupun apa nama ni, aa apa dia satu lagi, dibunuh. Maka waktu tu dia boleh pilih untuk murtad dengan mulut dia sahaja dalam keadaan hatinya tenang dengan Islam, tuan-tuan. Nah, aa jangan Islam. Benda ni berlaku kepada seorang sahabat yang bernama Amar bin Yasir. Nah, sahabat Amar bin Yasir, ibu dan ayah dia dibunuh di hadapan dia. Ayah dia Yasir, mak dia Sumayyah. Tuan-tuan, tiga beranak kena ikat kena seksa hari-hari di Mekah. Nabi tak dak kuasa dan duit pun kalau nak bebaskan semua banyak, tak mampu nak merdekakan. Maka nabi lalu, nabi kata: “Sabron ala yasir fain nama Wahida kumul Jannah.” Sabarlah, sabron mafon mutlak mansu, bersabarlah, isbir sabron wahai keluarga Yasir, sesungguhnya bagi kalian adalah perjanjian untuk diberikan syurga.

Waktu orang kafir Quraisy tanya ayah dia, nak keluar daripada Islam ke ataupun nak dibunuh? Ayah dia pilih yang paling tinggi iaitu mati syahid. Mati syahid pun dibenarkan, lalu dibunuh. Kemudian mak dia Sumayyah, wanita pertama yang mati syahid. Nak murtad ataupun apa nama ni, mati kan? Maka dipilih oleh mak dia yang tertinggi oleh ibu dia untuk mati syahid. Sampai giliran Amar, nak murtad atau mati syahid, maka Amar memilih untuk menyebut ketika itu dengan mulutnya, ha. Dengan mulutnya kalimah kufur. Lalu para sahabat, lalu dia dibebaskan, dia dilepaskan.

Tu cam mana? Nah, jumpa nabi, bila berjumpa dengan Rasulullah, maka nabi pun bagi tahu bahawasanya apa nama ni, Amar bin Yasir masih lagi beriman kerana hatinya tetap beriman dengan Allah dan juga tetap beriman dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Selepas Saidina Amar bagi tahu, ya Rasulullah hati aku tetap beriman kepada Allah dan rasulnya. Nah, di sini ulama faham satu lagi hukum lain iaitu apabila dipaksa, diancam dengan bunuh. Nah, dengan bunuh. Kalau ancam dengan turun pangkat tak boleh tuan-tuan. Nah, ancam dengan tukar tempat kerja, aa tak keluar pada Islam pindah pi Sarawak. Oh, keluar keluar. Aa tak boleh. Dia kena ancaman nyawa. Nah, ancaman nyawa ataupun yang setaralah.

Jadi tuan-tuan, tauhid rububbiyah. Ha, jadi tauhid rububbiyah apa nama ni bagi kita ulama-ulama kita ahli sunnah berjemaah kata tauhid rububiah tak boleh berada pada orang bukan Islam. Dia hanya, hanya orang Islam saja. Bagaimana tauhid dan kemudian kesyirikan berada dalam satu, berada dalam satu tempat. Dan ada lagi lain-lain dalil yang lain yang akan kita bacakan sebentar lagi insyaAllah.

Okey, kemudian yang tu tauhid rububiah, masalah dia di situ, dia bermasalah di situ. Kemudian tauhid uluhiyah. Tauhid uluhiyah tadi kita dah terang. Tauhid uluhiyah ialah tauhid iaitu iktiqad bahawasanya yang berhak disembah hanyalah Allah, yang berhak untuk kita pohon hanyalah Allah Subhanahuwataala. Nah, dan dalam tauhid uluhiah ni menjadi masalah apabila bertawasul dengan nabi, bertawasul dengan orang soleh. Ketika itu akan dihukum syirik.

Tawasul dalam akidah wahabiyah, dalam akidah aliran wahabiyah ini bila satu orang dia bertawasul dengan orang soleh ataupun bertawasul dengan nabi, sebahagian ulama wahabiyah menghukumkan syirik. Aa dekat sini bahaya, di sini perbezaan di antara kita ahli sunnah Wal Jamaah dengan iktikad wahabi yang bahaya ni. Sebab dia melalui pembahagian tauhid ini, dia mudah untuk mengkafir dan mensyirikkan orang. Benda tawasul je, sedangkan tawasul ini diterima oleh hampir kesemua ulama kita sejak 1,200 tahun yang lalu, bukan 1,200, 1,400 tahun yang lalu apabila para sahabat sendiri bertawasul di antara satu sama lain. Sahabat tawasul di antara satu sama lain. Nah, dalam satu hadis, dalam satu hadis yang sahih, ada seorang buta.

Ni dalil, ada seorang buta. Waktu tu sahabat, ada antara sahabat yang ada waktu tu, Utsman bin Hunaif radhiallahu anhu. Saya sebut nama kat tuan-tuan siap-siap, sahabat ni dia buta. Dia mai ke Nabi, dia kata, “Ya Rasulullah, boleh tak doa kepada Allah?” Aa ni tuan-tuan boleh belajar ni yang ni, nah ni diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Ya Rasulullah, saya buta, boleh tak doakan kepada Allah untuk kembalikan pandangan mata saya?” Nabi kata, “Fattasbih, boleh tak kamu bersabar dan Allah akan berikan kepada kamu syurga?” Kemudian dia kata, “Ya Rasulullah, lain saliqat, ya Rasulullah, tak dak siapa bawa aku.”

Tuan-tuan, orang yang tak boleh tengok ni, dia nak pi kedai nak makan tengah hari, nak pi kerja, dia nak pi sembahyang Jumaat, dia nak pi kan? Saya pun ada kawan susah tuan-tuan, tiap-tiap kali nak keluar mesti kena teksi. Setiap kali ada urusan apa, tiap-tiap kali kalau sehari 2 kali keluar, 2 kali teksi. Aa nah, jadi sahabat ni dia minta ke Nabi, “Ya Rasulullah, boleh tak doa kepada aku?” Pas tu dia kata, bila Nabi minta dia bersabar, Allah akan gantikan dengan syurga, dia kata, “Ya Rasulullah, susah sebagainya.” Maka Nabi pun bagi tahu kat dia, “Pi ambil wuduk.”

Ini hadis tawasul sahih diterima pakai oleh para ulama sejak 1,400 tahun yang lalu. Pergi ambil wuduk, sembahyang 2 rakaat. Nampak tuan-tuan, kemudian berdoa, “Allahumma ini As aluka, ya Allah, aku bermohon kepada-Mu.” Pak tuan-tuan, ah nak, Nabi ajar minta siapa? Minta kat Allah perantaraan siapa? Perantaraan Rasul. “Wahai tawad jauh ilai kabin nabi, ke Nabi rahmat.” Nampak tuan-tuan, ni siapa ajar ni? Sebut ni Nabi Alaihissalam.

Di sinilah sekali lagi Imam Ibnu Taimiyah, Syeikh Abdul Wahab, Muhammad Abdul Wahab melanggar apa nama ni, sesuatu yang hampir kepada ijma’ ulama, nah hampir kepada ijma’ keharusan bertawasul ini, ha kebolehan bertawasul ni. Jadi Nabi ajar, Nabi kata berdoa, “Allahumma ini As aluka, ya Allah, aku pohon pada Kamu.” Ni minta pada Allah. “Wahai tawa jauh Ilahi kabin nabi yika Muhammad, Nabi rahmat, dan aku bertawajuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi yirrahmah, iaitulah Nabi rahmat.” Tuan-tuan, yang ni nama dia tawasul. Kesemua ulama menamakan aa sirah ini, ayat ini dengan sirah tawasul.

Kemudian apa? “Ya Muhammad.” Nabi ajar dia sebut, “Ya Muhammad.” Ha, ini yang istighfar sah ni. Istighfar sah ni yang yang yang yang akan dikafirkan oleh oleh ulama wahabi, ha kalau kita sebut istighfar sah, tambah tambah pula kalau sebut nama Nabi. Ada masih ada lagi khilaf di kalangan ulama mereka kan? Kalau sebut dengan orang soleh yang lain, aa itu memang syirik kafir, nah. Aa Nabi ajar lelaki ni sebut, “Ya Muhammad.” Bukan “Ya Allah.” “Ya Muhammad.” Ni nama dia istighfar sah ini, “atau wajah ubika Ila Rabbi.”

Aku membawa kamu kepada Tuhanku. Aku bertawajuh denganmu kepada Tuhanku fihajatilitiq Allah untuk supaya hajat aku ditunaikan, iaitulah sekian sekian sekian sebut. Nah, ambil air sembahyang, sembahyang solat sunat 2 rakaat, berdoa dengan doa yang sama tuan-tuan, berdoa dengan dengan doa yang sama, “Allahumma ini as aluka, buat tawa jauh Ilahi kabin nabi jika nabi rahmat, ya Muhammad.” Ini “atau wajah hobika Ila Rabbi fihajati lituqabah.” Kemudian sebut kita punya hajat kita. Nah, lepas sembahyang tuan-tuan yang dirahmati Allah, kata Utsman bin Hunaif, kami pun lihat selepas dia ambil wuduk, dia solat, dia berdoa, kemudian lelaki tu pun keluar seakan akan dia tidak pernah buta sebelum tu. Nampak? Nah, aa tu dengan keyakinan. Nah, nah dengan penuh keyakinan dan sebagainya.

Kemudian berlaku lagi perkara yang sama selepas kewafatan Rasulullah. Maksudnya bukan zaman Nabi hidup saja, bukan waktu Nabi hidup saja. Ha, benda ni daripada sini kesemua ulama kita faham, kesemua ulama kita, ulama ahli sunnah Wal Jamaah faham harus untuk bertawasul dengan Rasulullah ketika Nabi hidup dan selepas Nabi wafat. Kerana dalil ini Am, dalil tu Am, Nabi tak khususkan pun. Nah, kemudian selepas Nabi wafat ada 1 peristiwa. 1 orang laki-laki zaman Saidina Uthman, dia nak jumpa Saidina Uthman, Saidina Uthman sibuk, dia pi Saidina Uthman sibuk, dia pi Saidina Uthman sibuk. Akhirnya dia jumpa dengan seorang sahabat, nama Osman juga Ibin Hunif. Sahabat Osman Ibin Hunif, ha cepat masalah kita cepatkan ha sebab sat gi nak tengok slide ni pula ha tuan-tuan.

Jadi laki ni bila jumpa dengan sahabat Saidina Osman bin Hunif, laki ni kata, “Aku nak jumpa Osman tak boleh, banyak kali dah pi.” Maka Osman bin Hunif ajar dia. Dia kata, “Pi ambil air sembahyang, sembahyang 2 rakaat, berdoa Allah umat ini.” Dengan doa ni juga, diajar dia, sahabat dia juga tahu doa ni, diajar. Maka laki-laki ni, dia pi ambil wuduk, sembahyang 2 rakaat, dia pun berdoa, kemudian dia pi depan pintu Saidina Uthman, ketuk pintu. Akhirnya masuk, ditunaikan hajat dia.

Tanah zaman aa zaman Saidina Umar ni, cerita tawasul. Cerita tawasul yang diharam dan disyirikkan tuan-tuan, nah. Zaman em apa nama ni Saidina Umar berlaku kemarau yang dahsyat. Kemarau, Saidina Umar panggil semua orang Islam keluar, laki-laki, perempuan, tua, muda, kaya, miskin. Bawa keluar ngan binatang, bawa keluar ngan anak-anak apa semua. Pakai baju diterbalikkan nak sembahyang istighfar. Kemudian bila nak berdoa, Saidina Umar panggil Nabi, tak dak 1 orang sahabat yang ada hubungan darah daging dengan Nabi Islam disayangi oleh Rasulullah, dia pun sayang Nabi, rapat dengan Nabi. Nama sahabatnya Abbas bin Abdul Mutalib. Siapa dia tuan-tuan? Pak melakan ke? Sepupu pak? Boleh jawab? Boleh balik?

Abbas bin Abdul Mutalib. Saidina Umar panggil Saidina Abbas bin Abdul Mutalib, dia pegang tangan Saidina Abbas, kuat makan. Nabi ni yang ni rapat, Nabi sayang dia, dia pun sayang Nabi, Saidina Abbas. Ah, Abbas bin Abdul Mutalib. Kata Saidina Umar, “Allahumma, ya Allah, ina kuna natawa salu ilai kabin nabi Gina dulu, kami selalu bertawasul dengan Rasulullah. Tawasul berperantarakan Rasulullah, nak minta apa pun ya Allah, dengan dengan Rasulullah. Salam, bertawasul dengan Nabi.” Saidina Umar kata, “Ya Allah, dulu kami bertawasul dengan dengan Nabi-Mu, fatasqiana.” Dan hujan pun turun dengan lebatnya. “Wak Ina dan hari ini Nabi kami telah pun wafat. Natawasalul ilaika bin amin nabi Yuna. Kami bertawasul kepada-Mu ya Allah.” Nampak? Ni tawasul. “Kami bertawasul kepada-Mu ya Allah dengan bapa saudara Nabi kami, um. Ya Abbas, berdiri wahai Abbas, wuduk Allah, hailana, mohonlah kepada Allah untuk kita semua.” Saidina Abbas bin Abdul Talib pun dia pun angkat tangan, “Allahumma, inahu lamian zulbala Ila bin zam bin ya Allah. Bala takkan turun kecualilah dosa terlalu banyak. Walamyuk Syafi’i labi taubat, dan bala ini tidak akan diangkat kecualilah kesemuanya bertaubat kepada-Mu. Dan hari ni semua kami berhimpun kepada-Mu ya Allah, menyatakan dosa kami, menyatakan taubat kami kepada-Mu ya Allah, istinal Rais turunkan kepada kami hujan.”

Tengok tuan-tuan, kata para sahabat, ketika doa itu sedang dibacakan, sebelum doa itu habis, datanglah awan-awan yang membawa hujan yang banyak. Hujan-hujan yang berat memenuhi kawasan tu dan akhirnya seluruh kawasan itu di apa, di dipenuhi dengan dengan air. Waktu tu juga, entah. Nah, dan saya pun pernah, aa zaman di di Syria dulu pernah sekali, aa melihat doktor Abdul Aziz al-Khatib al-Hasani, aa depa apa nama ni berhimpun ulama orang ramai untuk istighfar. Nah, untuk istighfar dan dipimpin doa ketika itu oleh aa doktor Abdul Aziz al-Khatib al-Hasani, keturunan Nabi Alaihissalam, Alul bait. Fakir dah lah, alim Alul bait pula. Nah, alim doktor, alimlah orang alim. Dan ketika itu, waktu depa berdoa, mereka juga bertawasul. Nampak tu? Bertawasul dengan 1 ulama lain, saya tak ingat ulama yang dia bertawasul tu, dia pegang tangan ulama tu, saya tak ingat, lama dah.

Dan seingat-ingat saya tangan ulama yang dipegang itu adalah doktor Said, Almarhum doktor Said, er Ramadan al-Bukri yang yang yang yang mati syahid waktu mengajar. Macam ni dibuang ni lah zaman-zaman perang ni lah. Nah, aa ada pun doktor Abdul Aziz hat hat berdoa tu. Nah, aa dia berdoa dengan menyebut nama Allah, “Ya Rahman, ya ar-Rahim,” sampai habis 9 9 tu. Kemudian dia bertawasul dengan salah seorang syeikh yang ada yang ada di situ kan? Dan sebelum doa habis, hujan pun turun. Nah, hujan turun tapi tak lebat, dia turun rintik-rintik, turun. Turunlah, turun. Subhanallah, nah, ulama-ulama dulu bertawasul, entah. Nah, jadi itulah tawasul, ah yang yang mana dalam konsep uluhiyah, dalam konsep uluhiyah pembahagian tauhid aliran wahabiyah.

Mereka dalam ni bila depa kata hanya berhak meminta dengan Allah Subhanahuwataala, di sini ada salah faham dan salah iktiqad. Ya, itulah mereka kata tawasul juga boleh membawa kepada membawa kepada kepada syirik kan? Membawa kepada syirik. Jadi benda tu sebenarnya diajarkan oleh Allah di dalam Quran ketika mana Allah sebut dalam dalam al-Quran apa nama ni, satu ayat, “Umar romaita izrama Ita wala kinallah wala kinallahu harama. Kamu tidak melontar ketika mana kamu melontar, akan tetapi Allahlah yang melontar.” Ha macam mana ni? Siapa siapa dia yang melontar sebenarnya? Kita baling, kamu tidak melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar.

Ulama kita hurai, kamu tidak melontar secara menciptakan, secara menciptakan lontar itu ialah Allah Subhanahuwataala. Izra maita, ketika kamu melontar, yang tu secara kasban ataupun sababan. Secara ambil sebab kita yang angkat tangan, baling ambil sebab, secara sababan. Nah, siapa yang lontar? Omar yang melontar.

Kemudian ayat tu yang terakhir, “walakinallahu harama”, akan tetapi Allahlah yang melontar itu secara hakikat. Nah, secara sebab kita ambil batu baling secara hakikat, Allah Subhanahuwataala yang melontar. Allah Taala yang melontar. Nah, jadi di sini kita dapat faham konsep mengambil sebab itu.

Konsep mengambil sebab, kalaulah menisbahkan sesuatu kesembuhan kepada makhluk jadi syirik, maka Nabi yang Salam pun ajar dalam banyak hadis. Dalam banyak hadis, Nabi menisbahkan kepada makhluk kesembuhan, iaitu Nabi kata, “al habbatus sauda Syifa unlikulida ilal maut.” Nabi kata habbatus sauda penyembuh bagi semua penyakit kecuali kematian. Nabi menyandarkan kesembuhan kepada makhluk.

Berdasarkan tauhid uluhiah pembahagian tiga terat serangkai ini, tauhid uluhiah ketika menyandarkan kepada makhluk maka jadi syirik. Maka ulama kita jawab yang tu secara sebab macam baling tadilah. Sebab tu Allah sebut, “izra maita”, ketika kamu baling itu secara sebab, “walakinallahu harama”, akan tetapi secara hakikat Allah yang baling. Samalah juga secara sebabnya yang menyembuhkan itu ialah Habbatus Sauda. Secara sebab dan secara hakikat yang menyembuhkan ialah Allah Subhanahuwataala.

Maka terbatal sekali lagi iktiqad tauhid uluhiah ini. Nah, sebab itu ia ditolak oleh ulama kita. Okey, kemudian yang terakhir sekali tauhid asma sifat. Nah, tauhid asma sifat ni tadi saya sebut kepada tuan-tuan, tauhid asma sifat iaitu mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahuwataala.

Di mana masalahnya? Tak ada masalah kan? Dia jadi masalah apabila datang sifat-sifat di dalam al-Quran melalui ayat-ayat yang tidak jelas maknanya, ayat-ayat yang memiliki banyak kemungkinan. Maka ketika itu, aliran wahabiyah memilih untuk mentakwilkan ayat-ayat yang mutasyabihat dalam Quran.

Ayat-ayat mutasyabihat dalam Quran ni sebenarnya bercadang untuk tak huraikan benda ni terus masuk kepada slide sebenarnya. Sebab itu kepala otak duk pi ke slide ni. Sebab ini dia kena tajuk khas iaitu ayat Quran kesemuanya terbahagi kepada dua jenis: ayat-ayat yang jelas dari segi bahasa dan ayat-ayat Quran yang mutasyabihat.

Tak banyak mana ayat-ayat mutasyabihat ni, ayat-ayat yang tidak jelas maknanya. Contohnya bila Allah sebut, “yadullah fauqaidihim”, tangan Allah di atas tangan mereka. Ayat ni dinamakan ayat-ayat mutasyabihat.

Ulama pun fikir, macam mana nak buat dengan ayat yang macam ni? Kumpulan ulama salaf, kurun pertama, kedua, dan ketiga. Hari ni kurun ke berapa, tuan-tuan? Kurun kelima belas, seribu empat ratus tiga puluh lapan hijrah. Nabi puji umat aku yang paling baik, yang paling hebat iman, yang paling banyak barakah, tiga ratus tahun yang pertama. Mereka ni digelar sebagai salaf. Ha ni salaf original ni.

Salaf ni bila mai ayat-ayat yang mutasyabihat, yang maknanya tidak jelas, dia serahkan maknanya kepada Allah Subhanahuwataala. Salaf jawab macam tu, tuan-tuan. Nampak? Sebab bila sebut tangan Allah, bermasalah dak di situ timbul masalah dalam fikiran orang yang baca. Jadi masalah mutasyabihat, nama ayat ni dinamakan ayat mutasyabihat.

Apabila sampai kepada salaf, maka salaf pun serahkan kepada Allah. Mereka tafsir, baca, beriman dengan ayat ni, kemudian salaf kata kami tak tahu. Wallahualambimura dihi kata ulama salaf kesemuanya termasuk Imam Syafi’i, Imam Abu Hanifah dan sebagainya, kami tak tahu apa maksudnya.

Kurun selepas tu, ulama khalaf kata ayat ini perlu ditakwilkan supaya orang lebih faham. Sebab waktu tu pula nak jawab dengan tuduhan-tuduhan yang datang daripada aliran lain yang sesat. Datang daripada aliran falsafah, orang yang berhujah menggunakan hanya akal sahaja, tidak ada nas. Jadi ulama-ulama khalaf kata perkataan-perkataan ni kita kena takwil yang sesuai dengan bahasa Arab.

Al-Quran turun dengan bahasa Arab. Bila ratin Arabi Yen mobin atau bilisanin Arabi Yen mobin, al-Quran ini turun dengan bahasa Arab. Maka bahasa Arab ni mesti dapat difahami. Maka perkataan yad dalam bahasa Arab apabila sebut yadullah, yad dalam bahasa Arab juga kepada dua makna. Yang pertamanya kepermurahan dan yang keduanya kekuasaan.

Ulama khalaf selepas tu sampailah zaman kita hari ni, depa kata yadullahhi fauqaidihim bermaksud kuasa Allah di atas kuasa mereka. Jadi ditakdirkan di situ. Apa masalah wahabi? Di mana percanggahan mereka dengan kita dan salaf, tuan-tuan? Di mana percanggahan mereka dengan kita dan salaf?

Wahabi buat macam mana? Wahabi dia isbatkan lafaz dan makna sekali. Kalau kita tanya, yadullah faqaidihim, Allah ada tangan tak? Ada tangan. Ha dia akan jawab macam tu, tetapi tidaklah seperti tangan makhluk. Lapiklah Isa khamislihi syeikh, ada tangan tapi tidak seperti tangan makhluk. Ada kaki tidak seperti kaki makhluk. Ada mata tidak seperti mata makhluk. Ada wajah tidak seperti wajah makhluk. Habis tu semua orang bayang apa tuan-tuan?

Di sinilah bezanya di antara cara salaf yang original dan salaf tiruan zaman kita ni. Depa pun bila tanya salafi, tuan-tuan, itu beza dia di situ. Sebenarnya memang tadi saya fikir lama tu, memang saya tak mahu hurai tajuk ni. Dia panjang, dia perlu huraian yang panjang.

Jadi, tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, di situlah tiga masalah pada tiga pembahagian tu. Tiga masalah pada tiga pembahagian tadi yang kedua lah yang paling kritikal iaitu pada pembahagian ilahiyah tadi ni. Iktiqad bahawasanya hanya layak menyembah dengan Allah, lain daripada Allah, minta tolong dengan makhluk, tawasul dengan orang soleh dan sebagainya boleh membawa kepada syirik.

Hasil daripada kefahaman itulah membuatkan Muhammad bin Abdul Wahab, ulama-ulama wahabi luar sampailah dalam negara kita, mereka mudah untuk mengkafirkan orang lain. Saya bacakan kepada tuan-tuan satu artikel 50 muka surat. Kita buka ni, AJK masjid kita nak guna slide. Jangan, seronok ke?

Okey, tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, mana dia ni? Dia tak buka semua nak buka cam tu. Cam mana tahu tak? Sat, boleh okey. Tuan-tuan sekalian, sebelum kita tengok slide tu, saya nak tunjuk pada tuan-tuan dulu apa semangat depa pakat kali ikut. Nur dah tak tengok saya dah. Ha ha ha, amboi sakan. Sat tengok dia nak niat dia, boleh buka semua tu bagi besar. Eh, ke tak pe dah tara tu, boleh. Nah besar tu.

Tuan-tuan sekalian, ni saya nak baca kat tuan-tuan sikit je. Ha tu okey. Sat gi kita tengok tu. Sat je ni 50 muka surat, huraian tentang akidah asyhairah dan maturidiah. Ha ni dia tulis tajuk asyhairah maturidiah. Tajuk dia cermatlah kan? Kita pun tengok tak dak apa ditulis oleh sekian-sekian-sekian ijazah akidah dan dakwah universiti Islam Madinah. Oi hebat ni, nah jadi kita nak tengok dia terang apa pasal asyarah dan maturidiah dalam ni.

Hampir 50. Saya tak bacalah, nah 53. Saya dah baca kesemuanya daripada awal sampai habis yang ni. Di dalam ni sarat dengan fitnah dan kecelaruanlah. Nah, fitnah dan kecelaruan, tuan-tuan sekalian. Ni antara penulisan yang mengutuk akidah asyhairah dan maturidiah yang mengatakan akidah ini sesat, songsang, dan jauh daripada Islam.

Tuan-tuan tengok dalam 50 muka surat ni, saya nak baca beberapa ayatlah yang tuan-tuan boleh tengok. Ha, pengamal akidah tiga serangkai ni bila mereka iktiqad dengan iktiqad yang saya sebut tadi kan? Kelemahan uluhiah, rububiah dan asma sifat ni maka akan lahirlah pengamal-pengamal ertiqad yang ekstrem. Mudah mengkafir dan menyesatkan orang.

Ni saya baca kat tuan-tuan ni. Orang-orang Malaysia kita ditulis dengan bahasa Melayu dan dia salah seorang yang disekat untuk ceramah baru-baru ni lah. Ha 17 orang tu, dia ni salah seorang. Mestilah takkan saja-saja nak sekat kan? Tuan-tuan, tak dak pejabat ugama nak nak saja-saja berkeliling sebab adik-beradik dengan depa ni 17 orang tu. Tak dak kena mengena sebab nak berkeli sebab dengki depa ni masyhur lagi. Hai, tak dak kena mengena.

Bila disekat tu maksudnya kalian memecahbelahkan masyarakat bawa fitnah yang songsang, yang jauh daripada iktiqad ahli sunnah berjemaah. Saya baca sikit je, tuan-tuan. Tuan-tuan tengok, dia sebut muka surat 9. Itu dia. (Di sini tak dapat transkrip ekrana audio video hilang, sudah cari yang lain sama jugak)

Ha, yang menjadi asas kepada doktorin takfiri yang dipegang teguh oleh anggota militan Dais dan jemaah Islamiah. Ha pandangan serta fatwa, apa dia tu? Tak nampak pula dah. Ni pun pandangan serta fatwa tokoh kontroversi itu juga menjadi kiblat utama beberapa kumpulan militan yang beroperasi di beberapa negara.

Pas tu perenggan tu, ia adalah satu fakta jelas bahawa Dais sememangnya menggunakan pandangan tokoh kontroversi itu dan ia boleh dilihat dalam majalah dalam talian mereka. Kemudian, perenggan bawah tuan-tuan, ni saya baca ni supaya tuan-tuan tengok, bahawa di Malaysia ni alhamdulillah banyak pihak yang dah berbahas tentang benda ni yang sebut tentang bahaya aliran dan juga akidah tiga serangkai ni.

Belok kanan, kajian pemikiran ekstrem, institut, kalau saya salah baca tegur tuan-tuan ni kan. Nampak tak ni? Institut Kajian Strategik Islam Malaysia. Eksem Ahmad al Muhammad bin Muhammad Osman berkata fakta itu boleh ditemui dalam fatwa al-Kubra dan mustadrak. Ha sampai bawah. Menurutnya, tepi tu pendekatan keras Ibnu Taymiah dalam isytihatnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh militan Danish dalam membenarkan tindakan kezaliman mereka terhadap individu yang tidak sependapat dengan perjuangan kumpulan itu. Nampak tuan-tuan? Nah, okey. Kemudian, nabi eh tak dak apa dah.

Kat sini, dia baru tulis akidah tauhid tiga: Wahabi, Salafi, dan tauhid hakimiah serta implikasinya. Ha, tuan-tuan yang dirahmati Allah, hat ni dia punya tangga. Dia mula ngan bidaah dengan takdir, kan? Mula dah di Malaysia, bidaah bidaah bidaah beranak takdir. Kemudian takbir, takbir pun dah masuk dah, Asyhairah sesat cakap boleh berani, penulisan boleh pada berani. Seterusnya, naik tangga tu istih halal menghalalkan, halalkan darah. Habis, eh dah kafir halalkan darah. Kemudian, apa dia walak dan barak? Nah, dia taat kepada pimpin dia. Akhirnya, jihad dan isytihad. Nah, tuan-tuan. Nah, ha ni tauhid tiga serangkai cam ni: rububiyah, uluhiah, asmaul sifat. Nah, patutnya buka tang ni ni senang kan? Nah, tadi ni waktu saya duk terang pada tuan-tuan, tuan-tuan tengok tauhid rububiyah, bawah tu apa masalah dia? Menjadikan orang kafir sebagai orang bertauhid sedangkan tauhid dan syirik tidak berkumpul.

Kemudian, apa lapis ke-2? Tidak memerangi golongan musyrikin. Tengok, dia perang di mana? Dia lawan orang Islam. Lepas ni pun peringkat seterusnya, lepas kafir kafir bidaah, kafir bidaah orang Islam. Rupanya nabi sebut dalam Bukhari Muslim, nabi kata antara ciri-ciri khuwarij yang akan keluar di akhir zaman, yaktulu naahlil Islam wayar daunaahlil Ausan. Depa ni akan perang dengan orang Islam dan meninggalkan perang dengan penyembah berhala. Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, dan lain-lain.

Sebab tu tuan-tuan tengok, pengganas pengganas yang lahir daripada pemikiran ini, aliran ni, dia perang dengan siapa? Mahu orang Islam. Dia mula dengan takdir, bidaah, takbir, kafir, mesti halal perang. Entah. Nah, hat ni yang kita tak mahu. Yang ni yang sedang dikawal, yang sedang dikawal. Bukan saja-saja kita bercakap untuk untuk saja nak claim dengan orang. Tak dak masa nak bergaduh dengan orang, kan? Tapi bahaya di sini. Entah. Nah, apa dia? Okey, ni dia tunjuk pada satu kumpulan ni, dia menggunakan kitab Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Kan ISIS dalam Twitter dah? Aa, dia pun ada Twitterlah tuan-tuan. Nah, zaman hari ni kan? Aa, dia gunakan kitab Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Nah, hmm Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, dalam kitab dia, dia mengkafirkan ramai orang Islam yang lain. Ni, ni tuan-tuan boleh baca di sini. Hmm, sini, saya baca kepada tuan-tuan. Aa, di sini ada ayat yang dia mengkafirkan orang Islam.

Saya baca, Lil Imam al-Mujadid ni di buku ni karangan Syeikh Muhammad bin Abdulahab, tashfus shuibhat Lil Imam Muhammad al-Mujadit Muhammad bin Abdul Wahab Rahimah Allah. Buku ni karangan imam mujadit, depa panggil mujaditlah Muhammad bin Abdul Wahab Rahimah Allah. Wahai arisalatun sarirah al hajem, sebuah buku yang kecil tetapi besar faedahnya. Rad Dafi hasyid, huraimah Allah syeikh mengkritik beberapa subah ahli batil minal musyrikin di kalangan orang musyrik. Siapa dia musyrik? Fi masa idil umbudiahli rabbil alamin pada permasalahan permasalahan ibadah taabut kepada Allah Subhanahuwataala. Mana ada orang orang kafir beribadah kepada Allah, nah? Ha, waha satanqada yang istighfar sah, terutamanya permasalahan istighfar sah birairilah pada selain Allah. Kan? Sedangkan nabi sebut ya Muhammad, nabi ajar ya Muhammad ada kan? Jadi, aa di sini, aa di sini boleh tengok, tuan-tuan boleh tengok bagaimana dengan mudahnya Syeikh Muhammad bin Abu Wahab ni, dia mengkafirkan, nah, mengkafirkan ummah. Aa, mengkafirkan ummah, aa secara senangnya tuan-tuan, aa sebahagian dia mengkafirkan sebahagian besarlah, sebahagian besar ummah.

Okey, kemudian yang ni ditulis oleh para oleh ulama Mekah. Kami bersaksi iaitu kami ulama Mekah. Saya terjemah terus, aa yang yang menyusun aa perancangan kami dan aa dan waktam anafi hazar rahim. Aa, cop kami dalam buku ni bahawasanya maksudnya ni di dinding abang pengarang kitab ni Abdul Rosaniyah Fil adwibah an najri ya. Pengarang kitab ni, dia nak abang dia dan semua ulama ulama yang lain mengaku bahawa an nahazadin ugama yang dibawa dan dikembangkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini dan dibantu oleh imamul muslimin Saud bin Abdul Aziz iaitu untuk mentauhidkan Allah dan menafikan syirik seperti mana yang disebutkan dalam kitab ini itulah adalah kebenaran yang tidak ada lagi keraguan padanya.

Apa yang berlaku, tuan-tuan tengok merah tu, merah ni ni ni hat saya tunjuk dengan panah panah tu, waan nama waqar, dan apa yang telah pun berlaku selama ini di Mekah dan Madinah, sabiqan, selama ini di Mesir, Syam, Syria, Jordan, semua ni minal bilad ilal an, sampailah hari ni, Min Anwar syirik, kesemuanya adalah syirik. Hmm, siapa yang mai buat pembaharuan yang bawa akidah aa syeikh ni? Syeikh Muhammad Abdul Wahab, dia bergandingan dengan apa nama Saud bin Abdul Aziz. Hak duk berlaku selama di negara negara ni, di Mekah, Madinah, Mesir, Shah Alam, semua ni banyak berlaku jenis jenis syirik. Berlaku, nah, anahu al kufur al mubih lidam, kufur mengharuskan darah harta dan wajib berada kekal selama lamanya dalam neraka, syirik ah, maksudnya.

Okey tuan-tuan tengok. Okeylah saya tak mahu banyak banyak lagilah yang lain. Nah, hmm tuan-tuan, ni pun dia lagi. Yang ni, Syeikh Muhammad Abdul Wahab dia sebut di sini, orang kafir zaman nabi lebih ringan dia syirik dia daripada hak orang Islam pada zaman hari ni. Hmm, tuan-tuan ini yang yang disebutkan secara jelas, orang kafir pada zaman Rasulullah syiriknya lebih ringan daripada sebahagian orang Islam yang ada pada zaman ni. Teruk lagi syirik hak zaman hari ni ni pada orang Islam. Hmm, dia dia panggil musyrikin. Dia panggil musyrikin tuan-tuan. Nah, ayat ni, tuan-tuan, bukan saya seorang saja faham, bukan doktor ni seorang saja faham.

Seluruh umat Islam, seluruh dunia Islam, ulama ulama Islam, mereka faham ayat yang ditulis ni. Nah, aa yang ditulis yang ada buku ni. Nah, hmm pas tu habislah definisi wahabi, yang ni kitab kitab yang menolak wahabi 9 35 dah dah cukup dah ha tu. Apa nama ni habis? Apa yang perlu kita lakukan peringkat individu? Pastikan kita mempunyai fahaman agama yang berdasarkan ahli sunnah berjemaah. Akidah ahli sunnah berjemaah As syairrah. Fiqah mazhab Syafie. Tasawuf imam Ghazali. Al ghazaliah tu imam Ghazali. Ah, hat dia kata ni tak sat ni. Hat, hat muka surat tu kata tu, kan? Ha, dahsyat dah. Nah, nah lepas tu di peringkat keluarga, perhatikan perubahan sikap dan ideologi. Cepat membinaahkan, kafir sesama Muslim.

Memang ni dalam keluarga dah ada ni. Dalam keluarga, dalam keluarga, hat contoh yang saya bawa tu, nah, aa 10 orang 20 orang dia ada satu orang kan? Aa, tak mahu aa. Di Langkawi, ada satu ustaz, aa em sebut Pilah kan tersebut Pilah. Nah, tuan-tuan. Nah, nah berlaku, ahli keluarga dia pagi raya memang berlaku. Nak buat, nak pi buat benda bidaah. Siapa ni dia kata ziarah kubur kan? Dia ajar bidaah bidaah neraka, bidaah neraka haram, bidaah neraka haram. Jadi kalau dia sebut waktu dia tak dak, istilah kena ikut hak dia lain pada dia neraka. Ha, kalau dia berlapang dada macam ulama ulama lain buat, mudah kan? Berlapang dada khilaf dak? Ni dia tak khilaf bidaah haram, berdosa, kena kena iktikaf macam dia.

Tang tu ekstrem, tang tu yang ekstrem, tang tu yang ditolak oleh ulama kita, tuan-tuan. Nah, jadi hati-hati dalam keluarga. Nah, aa bermudah mudah dalam hukum. Bermudah mudah, dia semua hat dia bawa mai bermudah mudah. Boleh pegang Quran tak dak air sembahyang, haid boleh baca Quran, banyak macam macam duk mai. Yang ni permasalahan, perasaan yang berlaku, yang sampai kepada kita. Nah, yang berlaku dalam dalam kecelaruan dan keadaan tadi ni. Nah, alhamdulillah rabbil alamin.

Setakat tu dulu apa nama ni, aa ceramah pada malam ni. Ha, lama sungguh, benda benda ni tak mai dah. Bulan lepas dah cukup. Ah, ni cover kan? Aa, insyaAllah kalau ada kesempatan, aa kita akan aa sambung nanti tajuk lain pula dah. Nah, tajuk lain siri ke-3 pula, nah, insyaAllah. Yang baik daripada Allah yang maha kurang daripada di sisi di saya sendiri Abdullah qayy haddah Asyraf Abdullah al Ibrahim bin walaikum. Subhanallah bin hamdin dengan syahdu ala ala Alaihissalam bismillahirrahmanirrahim malang Saidina insan al Fatihah Rasulullah bilal lari nak amanah orang soleh 2 tawas solehah.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak