Rahsia Air Hujan Yang Ramai Tak Tahu
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Auzubillahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Was solat wassalam mualaf asrafil ambiya wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajma’in. Subhanakallahumma la ilmalana illama allamtana, innaka antal alim al-hakim. Qala rabbishrahli sadri wa yassirli amri, wahlul uqdatam millisani yafqahu qawli. Allahumma yassir wa la tu’assir, Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wasallim. Wala haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Amma ba’du.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnia rahmat kasih sayang dan inayah daripada Allah, alhamdulillah malam ini sekali lagi kita sama-sama dapat dipertemukan oleh Allah. Mudah-mudahan pertemuan ini senantiasa beroleh rahmat dan barakah dari-Nya, insyaAllah. Tuan-tuan, puan-puan, hadirin, hadirat, muslimin, muslimat yang dirahmati sekalian.

Berbekalkan masa yang ada, marilah sama-sama kita membaca, menghayati, merenung, dan mentadabbur sepotong ayat yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Ar-Ra’d, surah yang ke-13 dalam al-Quran, merujuk ayat yang ke-17. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ba’da uzubillahimina syaitanirrajim. Anzala minas sama’i ma’an fa-salat awdiyahum biqadariha fa’htamala sailu zabadan rabiyan wa mimma yuwqiduna alaihi finnar ibtighaa’a hilyatin aw mataa’in zabadun mithluhu. Kazalika yadribu Allahul haqq wal batil. Fa’amma zabad fayadhhabu jufaa’ wa amma ma yanfa’unnaasa fayamkuthu fil ardi. Kazalika yadribu Allahul amthal.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 17)

Allah berfirman: “Dialah Allah yang telah menurunkan air, yakni hujan, daripada langit. Maka air hujan yang turun menimpa bumi mengalir lalu menuju ke lembah-lembah mengikut qadarnya, yakni sukatan dan ukurannya yang telah ditentukan oleh Allah. Maka arus air ataupun aliran air telah membawa buih-buih naik ke atasnya.”

Baik, saya baca separuh daripada ayat ini. Kalau kita ada kelebihan masa, kita akan sambung. Ini adalah merupakan sebuah ayat di antara ayat-ayat al-Quran yang dikenali sebagai “ayat misal”. Apa dia “ayat misal”? Ayat yang berbentuk perumpamaan, percontohan, perbandingan, atau kiasan. Ayat-ayat seumpama ini sememangnya banyak boleh kita dapati di dalam ayat-ayat al-Quran.

Sebagai contoh, ada di antara ayat-ayat misal ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala buat perbandingan atau percontohan mengenai manusia dan kemanusiaannya. Sebagai contoh, Allah berbicara mengenai perbandingan di antara yang hidup dan yang mati. Allah berbicara mengenai manusia yang beriman berbanding dengan manusia yang kufur kepada Allah. Allah berbicara mengenai manusia yang berakal dengan yang tidak berakal. Allah berbicara mengenai perbandingan di antara mereka yang berzikir dengan mereka yang tidak berzikir. Allah buat perbandingan dan percontohan manusia yang alim berilmu dengan manusia yang jahil tidak berilmu. Bahkan Allah buat perbandingan sejauh ada yang melihat dan ada yang buta matanya.

Ini adalah contoh perbandingan berkaitan dan nisbah dengan manusia dan kemanusiaan. Di antara contoh perbandingan yang lain, Allah datangkan berupa jenis-jenis haiwan. Dalam al-Quran, Allah sebutkan 21 jenis haiwan secara jelas. Nama-nama haiwan tersebut ada 21 jenis yang disebutkan oleh Allah secara jelas. Sebahagian daripada haiwan-haiwan tersebut dibuat contoh dan perbandingan, dikaitkan dengan sifat dan tabiatnya untuk manusia mengambil iktibar dan pelajaran.

Allah memberikan perbandingan seperti babi, kaldai, himar, kera, dan binatang-binatang yang lain. Ini untuk melemahkan manusia agar mereka tidak sombong, tidak takabbur dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka ada, tidak sombong dan takabbur dengan sains dan teknologi yang mereka miliki. Manusia boleh cipta macam-macam. Jadi, Allah tunjukkan hanya seekor nyamuk. Walaupun nyamuk tu kecil, tapi takde seorang pun yang hebat, cekap boleh buat seekor nyamuk sama seperti yang diciptakan oleh Allah. Walaupun mereka berkumpul segala cerdik pandai, segala orang yang hebat, hanya untuk buat seekor nyamuk sekalipun, pasti tidak akan mampu dibuat oleh mereka.

Ini nak memberikan contoh pada manusia, jangan kita sombong dan takabbur dengan ilmu dan teknologi yang kita punyai. Kadangkala Allah menyindir dan membidas golongan yang dianggap sebagai penyembah berhala. Walaupun Allah mendatangkan percontohan cuma seekor lalat, Allah gambarkan di dalam ayat al-Quran: Kalaulah lalat yang seekor tu hinggap atas muka berhala yang menjadi sembahan mereka, berhala yang mereka idolakan, berhala yang mereka puja, berhala yang mereka minta tolong, berhala yang menjadi tempat mereka berhajat, tak akan mampu pun nak halau lalat tu daripada hinggap di muka dia. Berhala tu tak mampu nak maki, tak mampu nak marah, tak mampu nak kata apa kepada lalat yang hinggap atas muka dia. Apatah lagi nak angkat tangan dan kaki dia, senjata yang dia punyai, pedang ke apa ke, nak halau lalat tu. Nak bagitahu lemahnya patung-patung idola dan berhala yang dianggap power oleh manusia, tetapi lemah. Allah sindir walaupun cuma dengan menggunakan seekor lalat.

Tetapi malam ini, Allah telah memberikan satu lagi contoh misal. Contoh perbandingan salah satu makhluk-Nya yang bernama air hujan. Jadi, apa yang Allah nak misalkan? Apa yang Allah nak perumpamakan kepada kita melalui makhluk-Nya yang bernama air hujan? Dalam ayat ini, Allah menyebut: “Anzala minas sama’i ma’an”. Dialah Allah yang telah menurunkan air, yakni hujan, daripada langit.

Walaupun digunakan kalimah “ma’an”, dalam bahasa Arab bermaksud air. Ada berapa kali Allah sebut penggunaan kalimah dan perkataan “ma’an” dalam Quran? Ada 62 kali pada 62 tempat. Dan dibahagikan oleh ulama menjadi dua bahagian: Ada perkataan “ma’an” yang disebut ini adalah makrifah, ada perkataan “ma’an” yang disebutkan ini dalam bentuk nakirah. Walaupun sama-sama menggunakan kalimah “ma’an”, tapi ada makrifahnya dan ada tentang nakirahnya. Makrifahnya sebanyak 21 kali, dan penyebutan nakirahnya sebanyak 41 kali. 21 + 41 jadi 62, yang saya sebut depan tadi. Penggunaan kalimah ini 62 kali pada 62 tempat.

Baik, bila berbicara mengenai air, perasan atau tidak, Allah banyak menggunakan perkataan-perkataan dan kalimah berkaitan makhluk yang Dia jadikan, tetapi masih ada lagi ciri-ciri dan sifat air pada dia. Contoh, dalam al-Quran kita selalu menemui kalimah “bahron”. Apa dia “bahron”? Laut. Laut ada tak sifat dan ciri air? Ada. Dalam Quran, kita bertemu kalimah “nahrun”. Al anhar jamaknya apa dia? Sungai. Sungai ada tak sifat dan ciri air pada sungai? Ada. Dan Allah bercerita mengenai kisah awal Nabi Musa apabila ibu Nabi Musa telah meletakkan Nabi Musa dalam keadaan bayi dalam sebuah kotak. Lalu kotak tersebut dihanyutkan. Di mana? Dalam ayat al-Quran Allah tak sebut kalimah “bahar” di laut, Allah tak sebut kalimah “nahr” di sungai, tetapi “fil yami”.

Apa makna “Yami”? “Yami” hari ini boleh kita umpamakan seperti terusan, seperti kanal. Itu “Yam”. Kemudian, dalam al-Quran, Allah berbicara mengenai “al-uyun” yang bermaksud sumber mata air, ada ciri dan sifat air. Allah berbicara mengenai “Wadi”. Dalam ayat yang kita baca tadi, ada kalimah jamaknya “audiatun”. “Wadi-wadi”, apa dia “Wadi” ni? Oasislah, dalam bahasa moden. Oasis ini banyak terdapat di padang pasir, seperti di Gurun Sahara. Ia juga ada ciri dan sifat air. Bahkan disebutkan dengan kalimah “tawran ma'”, air yang melimpah yang merujuk kepada banjir besar ketika peristiwa zaman Nabi Allah Nuh Alaihissalam.

Dalam al-Quran juga menyebutkan kalimah hujan selain daripada diturunkan air dari langit, digunakan kalimah seperti “al-wais” (hujan) dan “almator” (hujan). Baik, bila kita sebut kalimah “ma'” yang kita selalu terjemah dan maknakan dengan air, ada sisi makrifah dan ada sisi nakirah. Secara biasa, ia adalah air. Tetapi bila kita lihat kepada konteks ayat, ada sebahagian dan beberapa ayat walaupun digunakan kalimah air, tetapi ia tidak merujuk kepada air sebagaimana yang biasa kita fahami.

Sebagai contoh, air ni adalah air yang selalu kita sebut dan kita faham. Bila sebut air, minda dan otak kita akan tangkap, ini air. Air ni lah yang selalu kita faham. Sebagai contoh, air ni dalam bahasa saintifiknya apa? H2O. Sebab apa? Sebab ia ada 2 ikatan hidrogen dan 1 oksigen, H2O. Banyak ayat-ayat bila berbicara mengenai kalimah “ma'” seperti ayat ini dan pada ayat lain, memang merujuk kepada air ini. Contoh air hujan, air laut, air sungai, air ini lah. Tetapi ada beberapa tempat ia tidaklah merujuk kepada air yang kita faham.

Contoh, dalam al-Quran, bila Allah berbicara mengenai kedudukan Arasy, ia di mana? Arasy Allah dalam al-Quran, Allah menyebut “wakana ‘arshuhu ‘ala al-ma'”. Dan adalah Arasy Allah itu berada di atas air. Dia guna kalimah “al-ma'” juga. Tetapi adakah air yang menanggung dan menampung Arasy Allah itu pada pandangan anda sama tak dengan air yang kita faham biasa ini? Walaupun kalimah itu sama, “al-ma'” tetapi ia mempunyai nilai dan posisi yang berbeza.

Yang kedua, dalam al-Quran, Allah gambarkan berlakunya perhubungan di antara pasangan lelaki dan wanita yang dinamakan suami dan isteri. Hasil daripada perhubungan ini, maka terpancarlah, terbitlah dari sisi keduanya apa yang disebut sebagai mani. Kadang-kadang ditaksiskan khusus disebut “min maniyin”, “min nutfah” (mani). Tapi kadang-kadang di depan tu diletakkan kalimah “ma'”, “mim ma’in dafiq”, “yahruju min bayni sulbi wat-tara’ib”. “Ma’in dafiq”, air yang terpancar. Bila sebut air yang terpancar, kita gambar air ni ke? Bukan, air ni dalam kepala kita. Hak terpancar tu merujuk air mani. Adakah mani manusia sama dengan jenis air ni? Walaupun dua-duanya berbentuk air cecair, pasti berbeza.

Contoh lagi dalam al-Quran, bila disebutkan kalimah “nahrun” (sungai), “anhar” (sungai-sungai). Ada gambarannya sungai di dunia dan ada gambarannya sungai di syurga. Kan banyak kita bertemu ayat “jannatin tajri min tahtiha al-anhar”. Allah akan berikan syurga kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan di bawah syurga itu mengalirnya sungai-sungai. Jadi, walaupun di dunia kita sebut sungai, akhirat pun sebut sungai, tetapi adakah sungai tu sama ke berbeza? Pastinya berbeza kerana dua alam yang tak sama, dua alam yang tak serupa.

Kaitkan dengan hadis Rasulullah, antara gambaran sungai di syurga ada sungai daripada susu, ada sungai daripada arak, ada sungai daripada madu. Ada tak di atas dunia begini? Tidak ada. Walaupun penyebutan kalimah tu sama, tetapi hakikatnya berbeza. Baik, dalam al-Quran juga Allah berbicara mengenai satu kalimah yang unik, “zam an-numaa”. Rujuk surah An-Nur. Apa dia “zam an-numaa”? Ini adalah gambaran yang Allah berikan kepada amalan-amalan kebaikan dan kebajikan yang orang kafir buat waktu mereka hidup atas dunia. Bila amalan mereka dihadapkan di hadapan Allah di akhirat kelak, amalan-amalan mereka ini Allah sifatkan seperti “zam an-numaa”. Apa dia? Ada perkataan “ma'”, air.

Istilah moden hari ni, “zam an-numaa” tu adalah fatamorgana. Fatamorgana ni apa? Kita biasa berkendaraan naik motor, naik kereta pada waktu cuaca panas yang terik. Biasanya di hujung jalan tu kita nampak apa? Kita nampak macam air, ada air atas jalan tu. Itu fatamorgana. Ada air tu, tapi bila pi dekat, ada air sungguh ke? Tidak ada. Ia hanya penampakan pada mata kita akibat simbahan atau biasan cahaya tu kita nampak macam ada, tapi bila pi dekat, Allah ampunkan, tak ada air. Dan itulah perumpamaan yang Allah berikan kepada amalan orang-orang kafir di akhirat esok. Waktu hidup atas dunia mereka rasa buat amal macam-macam, buat baik macam-macam, buat tu, buat ni, macam-macam. Di hadapan Allah, “zam an-numaa”, oh ingat buat macam-macam, banyaklah yang dapat, banyaklah yang boleh. Alhasilnya, sirna, kosong seperti fatamorgana tadi.

Baik, itu adalah penggunaan kalimah yang tidak sebagaimana air. Yang ini yang kita faham. Tu maksud saya, walaupun ada ayat lain memang merujuk jenis air ini. Baik, kembali kepada point kita. Bila disebutkan air hujan yang turun daripada langit, apakah pemaknaan air hujan di sisi kita? Di sisi manusia, air hujan dianggap sebagai sumber yang paling penting. Ia dianggap sebagai sumber rezeki, ia dianggap sebagai nikmat terbesar, ia dianggap sebagai rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan. Memang sumber air adalah satu sumber yang paling penting. Bahkan secara jujur kalau ditanyakan pada kita, antara tak dak elektrik dengan tak dak air, baik tak dak yang mana? Kalau diberi pilihan nak tak dak elektrik ke nak tak dak air, kita nak yang mana? Tak dak elektrik biasa, jangan tak dak air. Sebab tak dak air ni payah nak makan, minum, mandi, basuh, cuci tu, cuci ni, payah nak sucikan diri, nak bersih najis tu, nak bersih ni. Payah.

Kami di Pulau Pinang beberapa bulan lepas dah hadap benda ni. Waktu piping bermasalah, bocor sini bocor sana, dekat seminggu dua minggu. Bayangkan yang duduk pula tingkat 13 paling atas. Turun kita ni pi kedai, air mineral habis. Tanya sini, air mineral habis. Kena beli pula tong, ada yang kecil, ada yang besar. Kena pi ke mana? Pi lah cari surau, cari masjid, yang ada kolam. Hak ada kolam tu pun berebut panjang. Seksa, tak kena gaya. Jadi macam saya, pindah negeri terus, hijrah. Pasal apa? Dah Pinang tak dak air, pi cari Kedah, air terjun kan? Dekat hulu legong kah, Baling kah. Dah tak dak air. Tapi kalau tak dak elektrik, ha sekadar kita duduk dalam gelap je lah. Tapi tak sesengsara, tak sesedih kita ni tak dak air. Jadi air ni cukup penting. Bila dikatakan cukup penting bagi fizikal manusia, inilah yang Allah nak umpamakan dan kiasan.

Apakah maksud di sebalik air hujan? Benda yang sama yang diturunkan oleh Allah daripada langit, iaitu wahyu yang namanya al-Quran. Allah nak umpamakan dalam ayat ini, air hujan yang turun itu diumpamakan seperti wahyu, kalam Allah, firman Allah yang mulia dan suci, melalui perantaraan malaikat yang mulia dan suci, Jibril Alaihissalam, kepada nabi dan rasul terakhir yang mulia dan suci, junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Air yang turun daripada hujan adalah nikmat fizikal bagi manusia. Wahyu al-Quran yang turun pada Nabi Muhammad lalu didakwah dan disebarkan adalah nikmat kerohanian, nikmat dalaman, dan nikmat kebatinan bagi seseorang hamba Allah. Jadi, bila demikian, apa yang berlaku?

Baik, ayat seterusnya menyebut, “fasa lat audiatun bin qadariha.” Maka air hujan yang turun menimpa langit tadi lalu mengalir. Di sini, kita jumpa kalimah “solat.” Solat ni kata dasar dia ialah “sayalah,” Sin Ya Lam. Apa makna “sayalah”? Mengalir. Apa makna “sayalah”? Hujan lebat. Apa makna “sayalah”? Sungai. Apa makna “sayalah”? Banjir. Apa makna “sayalah”? Aliran air.

Jadi, bila air hujan ini turun menimpa bumi, maka dia mengalir. Bila dia mengalir, dia akan menempati apa? “Audiatun,” jamak kepada Wadi. Apa dia Wadi? Lembah. Lembah air ini akan mengalir masuk ke lembah-lembah, “bi qadariha,” dengan kadar dia, yakni sukatan dan ukuran kuantiti tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bila air ini mengalir nak masuk dalam lembah, nak masuk dalam Wadi-wadi, bila berbicara mengenai lembah, pastinya kita berbicara mengenai lokasi. Dan lokasi itu ada ruang.

Dalam perbahasan saintifik, bila kita sebut tentang ruang, tak kurang tak lebih kita akan berbicara tiga benda: pertama ialah luas besar dia atau kecil dia, yang kedua ialah panjang lebar dia, dan yang ketiga dalam tohor, tohor tahu, ceteklah. Okey, bila kita sembang bab ruang, mesti ada besar kecil dia, ada panjang lebar dia, ada dalam cetek atau tohor dia. Begitulah bila berbicara mengenai lembah-lembah tadi, pastinya ada lembah yang kapasiti, saiz besar, lebar, panjang, dan dalam. Pi jumpa pula yang sederhana, panjang sederhana, lebar sederhana, luar sederhana, dalam. Pi pula ada mungkin yang kecil je, dia pun cetek, dia pun tohor.

Baik, itulah sifat-sifat Wadi. Begitu jugalah tentang karakter air yang akan masuk dalam Wadi tu nanti. Kalau Wadi tu dalam, Wadi tu besar dan luas, Wadi tu panjang dan lebar, air yang masuk dalam dia bagaimana? Banyaklah. Kalau dia jenis sifat sederhana, cara air masuk pun sederhana. Kalau dia tu kecil dan tohor, cetek, cara masuk pun kecil, tohor dan cetek. Dia bergantung kepada ruang kapasiti yang mampu ditanggung oleh Wadi tadi.

Dan apa makna Wadi yang sebenar? Makna Wadi yang sebenar menurut kiasan ni ialah hati manusia. Sebab tu Wadi bila dikaitkan dengan hati, kita sebut sebagai wadah. Pernah dengar perkataan wadah? Hati ini adalah wadah yang berada dalam tubuh manusia. Apa dia wadah? Tempat penerimaan. Apa dia wadah? Tempat menyerap. Apa dia wadah? Tempat menakung. Apa dia wadah? Tempat menyimpan. Dalam hati manusia seumpama air hujan yang mengalir masuk ke lembah-lembah itu, samalah seperti wahyu Allah yang diturunkan daripada langit lalu memenuhi hati manusia.

Tetapi sifat dia tak sama. Jenis hati yang besar, panjang lebar, dalam, maka banyaklah akan dipenuhi dengan wahyu Allah, hidayah dan ilmu. Jenis sederhana, dia akan isi cara sederhana. Jenis hati keras, sempit, tak berapa luas, banyak tak nak masuk, tak berapa banyaklah dengan gaya tak berapa luas dia, dengan gaya sempit dia. Jadi, gambaran pada ayat ni ialah air hujan itu adalah merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Ta’ala yang turun daripada langit kepada penduduk di Mekah. Lembah-lembah itu adalah hati dan dada manusia yang akan menerima keadaan wahyu tersebut.

Bagi lembah besar, hati yang besar, mereka ialah golongan sahabat nabi, golongan yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, golongan yang senang menerima kebenaran yang disampaikan dan didakwahkan kepada mereka. Ini ciri-ciri manusia yang mempunyai hati yang besar, hati yang dalam, hati yang panjang dan lebar. Mereka akan mudah bertoleransi, mudah menerima bentuk-bentuk kebenaran yang datang pada mereka. Tetapi kalau jenis hati seperti Abu Sufian, Abu Jahal, Abu Lahab, yang kecil, cetek, sempit, mereka akan mudah menolak setiap kebenaran yang datang kepada mereka.

Apa yang menyebabkan dada dan hati mereka sempit? Kerana penerimaan turas yang mereka terima ialah daripada fahaman nenek moyang. Bila mereka menganggap apa yang mereka terima sebelum itu itulah yang paling benar di sisi mereka, itulah yang paling betul di sisi mereka. Walaupun tidak ada kekuatan hujah dan dalil untuk mereka mengatakan demikian, tetapi hanya kerana penerimaan daripada nenek moyang yang mengatakan, contoh, penyembahan berhala ini dah dilakukan oleh manusia sebelum kita. Moyang kita dah sembah berhala, tok kita sembah berhala, bapa kita sembah berhala, kita pun sembah berhala jugalah. Tapi kekuatan hujah dan dalil kenapa kita kena sembah berhala amat amat rapuh dan tipis. Bila datang kebenaran daripada hujah al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, runtuh habis segala hujah dan argumen mereka. Tapi disebabkan punya nilai hati yang sempit tadi, mereka sanggup menolak kebenaran yang datang daripada Rasulullah dan terus berpegang dengan apa yang menjadi kefahaman sedia ada bagi mereka.

Berbantahan dengan yang ini, hak lain salah. Menyelisihi yang ini, hak lain salah. Tak serupa dengan ni, hak lain salah. Inilah orang punya hati yang sempit dan kecil, lalu mereka sanggup menolak kebenaran. Nak habaq kecil sungguh, sempit sungguh. Bayang lagu ni lah tuan-tuan, kalau hari ni saya duk ceramah, malam ni saya cerita macam-macam, saya hurai macam-macam, saya syarah macam-macam. Tiba-tiba ada orang komen, ada orang kritik, ada orang tak suka, ada orang maki, ada orang apa, tak kisah wahai. Sebab saya tak ada siapa-siapa pun. Saya ni tak ada siapa-siapa. Tapi cuba bayangkan betapa nilai kecilnya dan sempitnya hati mereka yang mereka tolak itu adalah kalam Allah, firman Allah. Pastinya mulia, paling tinggi, paling benar, paling hak, paling suci. Penyampainya pula adalah siapa? Makhluk Allah, malaikat Jibril, paling benar, paling suci, paling mulia. Turun pula pada nabi yang paling benar, paling suci, paling mulia. Tiga lapis dah paling benar, paling hak, paling suci, paling mulia. Sampaikan juga, oi, boleh tolak. Kalau setakat saya, nak tolak pun tak ada masalah, siapalah saya. Jadi boleh bayang tak bagaimana kecil dan sempitnya hati yang digambarkan sanggup menolak kebenaran yang hak yang datang pada mereka.

Baik, bila sebut tentang hati, ayat ini juga berbicara mengenai apa? Mengenai hati dan jenis-jenisnya. Nak habaq jenis hati ni banyak jenis. Tapi point dia ialah nak hati yang jernih, hati yang putih, hati yang bersih. Hati yang jernih, putih dan bersih tu lah senang ayat-ayat Allah nak masuk yang mengandungi ilmu-ilmu dan hidayah daripadanya.

Baik, untuk fahamkan ayat ini dengan lebih jelas, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda. Hadis ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat besar nabi, Abu Musa al-Ash’ari radhiallahu Ta’ala anhu. Dia bukan sahabat Mekah, dia bukan sahabat Madinah, dia berasal daripada Yaman. Dan ni ini adalah moyang kepada pendiri dan pengasas mazhab Asya’irah. Kita duk belajar Asya’irah. Asya’irah tu Imam Abu Hasan al-Ash’ari. Ni mu nenek moyang dia, sahabat besar nabi, Abu Musa al-Ash’ari.

Dia mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda. Saya sebut hadis ini secara pemaknaan sebab hadis ini panjang. Apa yang Rasulullah sebut perumpamaan dengan apa yang aku diutuskan dengannya, yakni dengan wahyu Allah, al-Quran, dari ilmu dan hidayah adalah sama seperti air hujan yang turun daripada langit lalu jatuh menimpa bumi.

Rasulullah sebut, perumpamaan dengan apa yang aku diutuskan oleh Allah dengan al-Quran itu sama seperti air hujan yang turun dan jatuh menimpa bumi. Bila air hujan turun menimpa bumi, Rasulullah menyebutkan pengkelasan tentang sifat-sifat bumi yang menerima air hujan yang turun dengan tiga jenis.

Pertama ialah bumi yang bersifat subur. Bila terima air hujan, bumi yang subur ini akan mudah menyerap air masuk ke dalam bumi. Air itu mari lalu, dia serap masuk dalam tanah. Hasil bumi itu menyerap air tersebut, apakah hasilnya? Maka tumbuhlah rumput-rumput, pokok-pokok, pohon-pohon, dan sayur-sayur yang boleh memberi manfaat kepada yang lain. Kalau dia jenis buah, manfaat buah dia. Kalau dia jenis sayur, manfaat sayur dia. Kalau dia jenis herba, manfaat herba dia. Pi lah apa pun, itu jenis yang pertama.

Jenis tanah yang kedua, sifatnya gersang. Gersang ni macam mana? Kering, keras. Bila air itu lalu, dia tak boleh serap sebab sifatnya gersang. Dia tak serap masuk, tapi dia boleh menakung air. Air mari, dia duk takung air, duk tampung air itu. Dia nak serap masuk tak boleh. Jadi, hasil daripada takungan dan tampungan air itu, kurang-kurangnya tiga boleh digunakan untuk diri manusia. Air bertakung, dia boleh ambil mandi ke, berus gigi ke, bersuci ke, masak ke, ikut dia. Yang kedua, dia boleh beri minuman kepada binatang gembalaan dan ternakan dia. Yang ketiga, dia boleh juga ambil air bertakung itu pi siram sayur-sayur dan tumbuhan. Ada lagilah gunanya walaupun tak boleh serap tapi boleh takung.

Tanah jenis yang ketiga, bukan setakat gersang, tetapi tandus. Kering sungguh. Bila air lalu, sekadar basah tanah. Dia serap tak boleh, takung pun tak boleh. Macam yang nombor satu boleh serap, dia serap pun tak boleh. Macam yang nombor dua boleh takung, keras-keras pun takung pun tak boleh. Air lalu sekadar membasahi tanah, tapi tak boleh takung, tak boleh serap.

Jadi, step yang terakhir, Rasulullah sebut perumpamaan bagi orang-orang yang memahami agama Allah. Tanah pertama dan kedua, bila dia faham agama Allah, lalu dia mengambil manfaat dan kepentingan dengan apa yang aku diutuskan dengannya, dia ambil kepentingan dan manfaat al-Quran, lalu dia belajar dan dia mengajarkan pada orang lain. Perumpamaan tanah yang ketiga ialah seseorang yang tidak mahu mengangkat kepalanya, tunduk, nak habaq situ, sombongnya dia, tunduk tak mahu dongak kepala dan tidak mahu menerima ilmu dan hidayah dengan apa yang aku diutuskan Allah dengannya.

Baik, menerusi hadis ini, hadis ini riwayat Bukhari, hadis bernombor 4232. Bila kita tengok, nombor satu, kita kena klarifikasi, kena klasifikasikan dulu tiga jenis tanah. Nombor satu, subur, boleh serap. Yang kedua, walaupun gersang kering tapi boleh takung. Yang ketiga, serap tak boleh, takung tak boleh, kering plus tandus.

Apakah gambaran bagi sifat tanah yang pertama? Gambaran bagi sifat tanah yang pertama ialah golongan-golongan ulama, golongan-golongan fuqaha, iaitu orang-orang yang alim dan orang-orang yang fakir dalam agama dan syariat. Sebab sifat orang yang alim dan fakir ini, bila wahyu turun kepada mereka, apa sifat tanah tadi? Dia serap air itu. Maksudnya mereka belajar sungguh, mereka hadam sungguh, mereka faham sungguh, mereka dobik sungguh, mereka hafal sungguh, dan mereka amal sungguh-sungguh. Serap sungguh masuk dalam dia. Bila serap, tumbuh apa tadi? Tumbuh pohon-pohon yang boleh dinikmati orang lain. Dengan dia belajar ilmu, ilmu itu ada guna dan manfaat untuk diri dia dan beri guna dan manfaat untuk orang lain dengan ilmu itu.

Ilmu orang alim dan orang fakir ini kurang-kurangnya kita boleh ambil contoh tiga. Pertama, Allah lebihkan dia pada lisan, lidah dia. Dengan lidah, Allah bagi ilmu dia yang banyak dalam ni. Dengan lidah, dia ceramah, mengajak, bertalaki, buka kitab itu, buka kitab ini, pi khutbah sana, khutbah sini, melalui lidah. Ada ulama yang Allah lebihkan pada tangan mereka. Maksud tangan ini, dengan kolam dan panel mereka, Allah lebihkan mereka menulis kitab. Ilmu yang ada, mereka tulis buku itu, tulis kitab ini, tulis makalah itu, tulis jurnal ini, tulis akademik itu, tulis akademik ini. Penghasilan melalui penulisan karya. Ada ulama ini, dia bercakap pun jarang kita dengar. Dia menulis pun tak dak kitab. Tapi kita boleh ambil contoh daripada akhlak dan keperibadian dia. Nak dengar dia mengajar, tak keluar sebutir habuk. Nak kata ada kitab, tak dak satu pun. Tapi yang kita boleh contoh, oh dia jaga solat, bercakap dengan orang lemah lembut, orang boleh ambil contoh daripada keperibadian itu. Eh bagus ya akhlak hang. Hang belajar mana dulu? Aku tak belajar mana. Aku duk tengok tuan guru itu. Ah aku duk tiru dia, aku duk tiru ini. Hang duk berjaga malam solat malam, ha aku duk tiru dia. Kadang-kadang orang boleh tiru keperibadian. Kalau satu itu, Allah bagi tiga-tiga, macam ulama-ulama mazhab kita, ulama salaf. Siang mereka mengajar melalui lidah, malam mereka sebahagiannya duk tulis kitab, malam lagi beribadat kepada Allah, tak berhenti. Itu lah yang nombor satu tu.

Manakala yang nombor dua, siapa? Orang macam kita ini lah, orang-orang awam yang jenis keras, keras. Tak masuk ke dalam. Belajar dah tak masuk, belajar dah tak masuk. Tapi kurang-kurangnya boleh tampunglah air sikit. Masuk, tampung ayat sikit. Bukan kata tak dak langsung. Sekurang-kurangnya untuk diri, anak, ahli keluarga. Tak lah sampai boleh mengajar orang lain. Tapi kalau kata, ah, lagu ni cara sembahyang ni. Dengan ilmu ada, tak sah ni. Kita boleh kenal hat ni, ni batal. Kalau buat lagu ni, ni kalau bulan puasa, kalau buat lagu ni batal puasa. Ini tak batal puasa. Kalau zakat pula, ha ni boleh dah nak bayar zakat ni cukup. How cukup ni esok? Sekadar ada ilmu tentang urusan ibadat dan keduniaan kita. Bukan kata tak dak langsung. Tapi kalau nak suruh duk depan, oh tak berani lagi, tak dak mana, setakat boleh takung je. Saya ni bukan jenis serak. Ah, kurang-kurang ada manfaat.

Dan ada juga yang jenis orang ini, dia memang tak dak itu. Tapi ada ulama yang menafsirkan dia punya sokongan, dia punya support itu. Contohnya orang kaya, dia jahil, dia tak belajar mana. Tapi bila tengok orang mengaji, bila tengok budak belajar, dia rasa seronok dan dia bagi support. Maksudnya manfaat dia datang kau tu. Aku ni dulu malas belajar sebab tu tak reti-reti ni. Tapi kalau aku tengok budak belajar, budak nak mengaji, budak nak sambung belajar, memang aku support. Siapa nak pi belajar, ambil 1,000. Siapa nak pi belajar, ambil 2,000. Maksudnya dia suka majlis ilmu. Masjid kita nak buat tak apa, ambil duit aku. Sheikh nak mari, ambil duit. Tuan guru nak mari, ambil duit. Dia suka support. Itu manfaat dia walaupun dia tak dak apa.

Tapi yang paling sedih dan sadis, waliya zubillah, kita tak minta jadi macam ini. Siapa-siapa pun saudara kita. Yang nombor tiga, serap pun tak. Apa dia? Simpan pun tak, takung pun tak. Gambaran dia, Rasulullah kata, tak mahu dongak kepala pun. Sombongnya dia.

Tapi air lalu di atas dia, sekadar basah saja, bekas air lalu. Begitulah kehidupan manusia ini. Kadang-kadang Allah dah lalukan benda-benda itu tapi kita abaikan. Kita tak ambil port, kita tak ambil cakna.

Contoh mudah, kadang-kadang kita balik kerja atau datang dari mana-mana, lalu taman, tiba-tiba nampak poster besar tentang ceramah tuan guru sekian-sekian malam lusa, ilmu tajuk sekian-sekian. Allah dah tunjuk, Allah dah lalukan pun untuk kita dapatkan ilmu. Jumpa pula belah ni mengaji Quran, jumpa pula belah tu poster, iklan-iklan ke arah kita nak tambah ilmu agama. Tapi kita pergi ke tak? Dak lah, setakat baca iklan saja. Nak habaqnya, Allah dah lalukan petunjuk tu, lalu saja, basah saja lalu tu tapi dia tak serap.

Kadang-kadang duk kat rumah santai-santai sambil tengok TV, oh kebetulan Allah lalukan forum Perdana Ehwal Islam, tiga orang panel hat hebat-hebat duk syarah ilmu tu, duk syarah ilmu ni. Ah, WWE lah syok sikit tengok Randy Orton lawan Brock Lesnar, hantu libas hantu smackdown. Kita sikit nak pi kerja, bawa kereta, Allah lalukan lagi, part tekan radio Mutiara FM, Kedah FM, mufti duk bercakap, mufti bagi fatwa, ulama ni, ulama tu. Ah, apa kelas? Search Wing, kumpulan Mei kurang kurang. Ha, kita tukar channel.

Adakalanya Allah datangkan dalam hidup kita, Allah nak ubah, nak tegur. Ada sahabat tertentu dia datang khusus untuk tegur kita, nasihat kita hak tak kena. Tapi kita buat tak layan. Ah, jawapan kita jawapan budak zaman modenlah. Bila orang tegur, bila orang nasihat, “Hang siapa nak nasihat aku?” Padahal Allah datangkan orang tu tu nak tegur dah hak kita salah, hak kita tersilap. Tapi kita buat lagu tu, benda tu lalu dak lalu, basah sajalah. Ha, jadi minta jauh hat nombor tiga ni, beringat kita ni.

Yang terakhir, sebab tu lah ada kata-kata Imam al-Ghazali. Imam Ghazali dia sebut satu benda yang indah. Terakhir eh, jika di suatu masa kamu mendapati hati kamu, jiwa kamu, perasaan kamu rasa kosong, mungkin Allah uji kita dengan sesuatu. Kita rasa macam dunia ini tak dak apa, kosong, tak dak fungsi, hidup kita tak dak fungsi, jiwa kita tak dak fungsi. Maka waktu itu, nombor satu, kata Imam Ghazali, carilah kembali dan temuilah kembali hati kamu ketika kamu membaca kalam Allah, al-Quran. Mudah-mudahan kamu temui kembali hati dan jiwa kamu pada waktu itu. Dah kita rasa kosong tu, ha ambillah Quran, buka, bacalah ayat Quran yang bermanfaat, yang berpahala, yang mustajab. Mudah-mudahan hati kita terisi kembali.

Tapi kalau baca Quran pun ustaz tak mari juga, maka buatlah hat nombor dua. Carilah hati kamu dan temuilah kembali hati kamu ketika kamu rukuk dan sujud di dalam solat, dalam ibadah kamu. Ha, cari balik hati kamu ketika kamu beribadah, terutama solat. Duk rukuk tu, minta balik hati. Tiba-tiba hat nombor dua tak mari juga, rasa kosong juga. Maka carilah dan temuilah hati kamu ketika kamu bersendirian dan waktu itu kamu bertafakur dan berzikir, mengingati Allah, berwirid mengingati Allah.

Tapi tak mari juga, kalau tiga-tiga keadaan ni tak mari, sembahyang pun tak mari, baca Quran pun tak mari, zikir wirid pun tak mari, maka angkatlah kedua tangan dan berdoalah kepada Allah supaya Allah menggantikan hati yang baru. Pasal apa nak minta ganti hati baru? Kerana hati hang duk ada tu mati dah, mati dah. Sebab apa? Mati berhadapan dengan Quran yang mulia pun dia tak mari, sedang buat ibadat solat pun dia tak mari, zikir wirid pun tak mari, kosong juga. Maksudnya rosak teruk sangatlah tu. Kena alkohol dah, tukar enjin baru ke lagu mana? Hati tu hati tu juga. Maksudnya tukar hati baru, boleh faham.

Jadi sebab tu lah tanah yang kering, tanah yang gersang, tanah yang kita anggap mati, bila turun saja hujan pada dia, apa jadi pada tanah tu? Hidup balik, mudah saja bagi Allah. Tanah yang kering, gersang dan kita anggap mati, turun hujan, satu-satu keluar, mudah saja melalui akal kita nak suruh beriman dan percaya. Amat mudah sekiranya kita semua hamba dia mati, untuk Allah hidup balik esok senang je. Nak tarik kita supaya beriman dengan hari kiamat dah kamu boleh tengok dah dengan mata kepala kamu. Tanah ni kamu anggap gersang dah, tanah ni kamu anggap mati dah, tiba-tiba turun hujan tu, eh tumbuh lagi pucuk, naik lagi sayur, naik lagi pokok. Kamu rasa hebat. Begitulah Allah nak tarik kita. Kalau kita semua ni dimatikan sekalipun, amat senang dan mudah Allah nak hidup dan bangkitkan kita kembali. Tak pelik pun ni serius bagi orang yang tak beriman dengan hari kebangkitan hari akhirat.

Ah, 8:56, boleh berhentilah insyaAllah. Memohon-mohon ada manfaat bersama, terutama untuk diri saya yang bercakap, diri saya yang berbicara, dan juga ada manfaat bersama untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada malam ini. Akhir kalam, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. A’uzubillahi minash shaitanir rajim. Bismillahirrahmanirrahim.

Anna hazihil kuluba khodis tamat ala mahab batik waltaqad ala ta Atiq watawa hadat ala dakwati wa ta’an hadat ala nuzroti syariatik fawashikillah humara bita Taha wa Adi muddaha wahdiha subulaha wamla Habi nuriqal lazila yahbu washrah sudu roha bin faidil imanibik wajami litawakuli Ali waah yiha bin ma’rifatik wa amitha alias syahadatifi sabilib in naqani amal mahula Wan nikmat Nasir assalamualaikum ala sayyidina Muhammad wa ala alihi waswah bihhi was Salim. Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun. Wassalamun ala al-mursalin. Alhamdulillahi rabbil alamin. Allahuakbar.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak