Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wanauzubillahimin syururi anfusina wan mishaiya ati amalina. Maiyahdi hilahu fala mudinlala, wan may yudlil falahadialah. Asyhadulallahilahaillallah wahdahula syarikalah, wahai syahdu Anna Muhammad dan Abdullah Rasulullah. Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Ahmad bad muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, alhamdulillah pada hari ini kita dapat berhimpun bersama-sama. Jadi, ini merupakan kuliah pertama saya dekat sini, dan masyaAllah dewan pun bagus, sound system pun bagus. Sebenarnya, tekak saya sakit, tak berapa elok, tapi bila sound system okey je, okeylah tak yah cakap kuat-kuat sangat.
Baik, jadi kuliah kita macam ni, penganjur minta supaya setiap kali kuliah saya cadangkan hadis supaya kita boleh sediakan cetakan. Jadi, kalau beli kitab nanti takut-takut ustaz sorang je bawa kitab, lepas tu ha ha, yang lain semua lupa bawa kitab. Semua geng-geng Imam Syafie je kan, kitab dah dalam kepala ha ha ha. Jadi, insyaAllah setiap kali kuliah nanti saya akan bagi cadangan. Mungkin sebahagian dah dengar hadis yang saya akan baca ini, tetapi tak mengapa sekadar untuk peringatan dan hafalan.
Okey, baik. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Zarrin Al-Rifari radhiallahu anhu, inilah alam akhir ahli nari dukulan ahli Ad. Maaf, akhir ahli jannah dukulanil jannah wa akhir ahli nari hurujah minha rajulun yukta bihhiyau malqiyamah fuyukal ia ridhu ilahihi sirara zunubihi warfakwa anhu kibaraha fatwa radwa ilahihi sirarak siraru zunubihi fuyukal amilta yauma kaza wakaza kaza wakaza wahamelta yauma kada wakada kada wakada. Faya kuluna am layasta tu’a yong kir wahhua musypikun min kibari zunubihi antua rada alai. Fuyu qalul lahhu fain nalaka makanan kuli saiyi atin hasanah. Fayaqul Rabi qadar amil tu aisyah la arwah ha ha. Huna waraitu Rasulullah, waraitu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yabhak hatta badak nawajihu Abu, kamakala Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Dia ada mathan ataupun teks yang tertinggal. Ha, ni kita panggil sakat biasalah. Dia ada kan, tapi lam terjemahan saja, insyaAllah. Baik, maksudnya daripada Abuzar Al-Rifari radhiallahu anhu. Abuzar adalah gelaran dia, kurnia dia, nama sebenar dia Junub bin Junadah. Junub ataupun Junub boleh baca dua, Junub pun boleh, Junub pun boleh, bin Junadah Al-Rifari daripada Bani Rifari. Yang mana Bani Rifari merupakan satu kabilah yang perkampungan mereka terletak di antara Mekah nak pergi, eh, maaf, di antara Mekah nak pergi ke Madinah di kawasan utara.
Maka sebab itu, ketika mana Abu Zar ni nak masuk Islam seperti mana yang dinukilkan oleh Ibnu Abbas dalam Sahih Al-Bukhari. Ibnu Abbas bercerita daripada Abuzar. Abuzar kata ketika mana dia mendengar masa tu dia kat perkampungan Rifarah, dia kata, “Aku mendengar seorang lelaki yaza’am an nahu nabi mendakwa dirinya adalah nabi iaitu Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Maka aku pun mengarahkan saudara kandungku yang bernama Unaiz untuk pergi ke Mekah dan bawa cerita tentang nabi ni, bawa cerita tentang lelaki yang mengaku diri dia nabi.”
Sebab Abu Bakar ni di zaman jahiliah sebelum dia jumpa Nabi Muhammad pun dia tak nak dah sembah berhala ni, dia tak dia tak suka. Jadi bila ada seorang lelaki mengaku diri dia nabi, dia rasa macam menarik juga ni. Dia suruh Unai pergi. Dia kata, “Kau pergi Mekah, kau pergi Mekah, kau siasat seorang lelaki ni, dia kata dia nabi.” Jadi saudara kandung dia pergi, sampai kat Mekah, lepas tu dia balik. Bila dia balik, Abu Zar tanya, “Okey, apa pandangan kau? Apa cerita yang boleh engkau bawa?” Seunas kata, “Yakmuru bin makarimil akhlak wayar hulu kaulan mahu habis syeikh.” Dia kata, “Laki ni, dia suruh orang Mekah ni buat benda-benda yang termasuk dalam kemuliaan akhlak dan dia bercakap satu cakap yang bagus tapi bukan syair.”
Sebab zaman jahiliah ni, syair ni kira pengaruh besar, kira orang yang pandai syair ni zaman dulu kira artis, dia ada pengaruh besar. Maksud zaman sekarang ni kira penyanyi, kan. Penyanyi zaman sekarang kalau macam ahli politik yang sorang-sorang kuku ceramah dia orang tak datang kena panggil penyanyi sekali tiba-tiba orang datang. Orang bukan nak dengar ahli politik tu sangat, nak dengar nak tengok penyanyinya. Ha ha.
Zaman dulu di Mekah ataupun di jazirah tulang Arab, di semenanjung Arab syair. Kita panggil syair sebenarnya syair, syair dalam bahasa Arab ada perkataan syair tapi maksud syair tu Bali biji Bali syair. Tapi mungkin kita nak panggil syair tu macam susah, eh syair sebab Ain takde dalam bahasa Melayu kecuali orang Kedah je. Ha ha ha ha, awat tak habaq. Ha ha ha, Ain tu bahasa Kedah, bahasa utara je. Kita orang-orang yang ke tengah dan selatan ni tak pakai sangat Ain ni, kan, susah sikit nak sebut. Sebab kita panggil syahid.
Dia kata wayar hulu kawalan mahu habis syair dan dia berkata dengan satu perkataan yang bukan syair. Ha, pak yah dah sampai, along salam pak yah. Jadi bila Unah cakap macam tu, Abu Zar kata, “Mashafaitan ni, khabar yang kau bawa ni aku rasa tak puas hati lagi, rasa tak cukup. Aku suruh engkau pergi, bawalah berita banyak sikit.” Tapi dia bawa cerita cerita yang umumlah kan. Jadi maksudnya kalau setakat tu aku pun tahu ataupun kalau setakat tu rasa tak cukup lagi. Ah, akhirnya dia buat keputusan untuk pergi. Dia pergi sendiri tapi dia pergi tu dia tak bagi tahu oranglah, dia pergi senyap senyap, duduk kat masjid Masjidil Haram.
Dia cari mana Nabi Muhammad masa tu, hari pertama Ali nampak dia, hari ke-2 Ali nampak dia. Ali kata, “Kat Ana rajal ghari ni orang ini bukan orang Mekah ni, kan.” Sebab zaman tu kira Mekah akan besar Madinah pun bukan besar. Jadi kalau orang luar datang duduk di masjid memang orang kenal dia bukan orang sini. Kita pun kalau kita selalu kan, kenallah jemaah masjid tiba tiba datang seorang baru memang bukan orang sini.
So akhirnya Ali tanya dia sebab Ali bawa dia balik ke rumah Ali. Tak tanya, Ali tumpangkan dia tapi bila tengok dah sampai berhari-hari pergi ke masjid macam ada urusan tapi tak bagi tahu. Ali kata, “Ada, mesti ada sebab.” Ali tanya, “Engkau nak jumpa siapa? Apa urusan kau datang ke sini?” Dia kata, “In khatam tak aleya oh biru kalau engkau sanggup untuk sembunyikan apa yang aku bagi tahu ni, aku bagi tahu tapi dengan syaratlah, keep It Secret.” Ali kata, “Al quran, okey, aku sembunyikan, no problem. Aku rahsiakan, kita berdua je kan, ini kita, Pakatan kitalah, Pakatan Nasional ha ha.”
So dia pun bagi tahu, “Ah, aku nak jumpa lelaki yang dakwa diri dia Muhammad.” Ali kata, “Kalau macam tu engkau telah membuat keputusan yang bijak jadi aku boleh bawa tapi dengan satu syarat. Engkau ikut aku kat belakang, mana aku pergi kau ikut tapi kalau aku rasa line tak clear, aku akan cari, aku akan ke tepi ke dinding dan aku buat buat betulkan selipar aku. Kau jalan terus, kau jangan tunggu aku supaya orang tak syok, orang tak sangsi.”
Sampai dekat Nabi sallallahu alaihi wasallam, Nabi pun cerita tentang Islam. Dia pun bagi tahu, dia kata dia nak tahu tentang Islam. Nabi bentangkan pada dia tentang Islam dan akhirnya dia masuk Islam. Akhirnya, dia masuk.
Bila dia masuk Islam, tuan-tuan dan puan-puan, semangat dia nak bawa dan nak menyebarkan Islam tu tinggi. Dia pergi ke Mekah, dia pergi ke Masjidil Haram, dia bagi tahu dia kata, “Aku dah masuk Islam.” Bila dia bagi tahu dia masuk Islam, orang pukul dia. Orang Mekah pukul dia sebab masa tu orang Mekah memang tak suka dekat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. So, orang pukul dia, pukul-pukul untuk bunuh dia. Akhirnya, Al-Abbas, bapa saudara nabi, jerit mengingatkan kepada Quraisy, “Hal taktuluna rajulan bin Bani Rif’ar? Kamu nak bunuh seorang daripada kabilah Rif’ar? Kamu tak tahu ke kabilah Rif’ar ni kampung dia berdekatan kawasan di mana kamu nak pergi berniaga dekat Syam?”
Sebab orang Quraisy dia pergi berniaga kat Syam, dekat mesra sempadan di antara Syria dan Jordan hari ini. Di sana ada pasar, di situlah orang Arab berniaga. Orang Arab daripada Mekah ni berniaga kat situlah berniaga barang-barang. Dia kata, “Kamu nak bunuh ke sebab Bani Rif’ar ni kabilah ni terkenal sebagai kutu tarif, sebagai perompak jalanan. Jadi kalau kamu bunuh seorang puak daripada Bani Rif’ar ni bahaya untuk kamu sebab kamu nak pergi ke bersyam kamu kena lalu kawasan tu.” Macam orang nak pergi ke Kedah kena lalu Perak dulu kan, kena lalulah tanya Malim, patut jangan buat pasal orang tanya Malim. Ha ha ha, macam tu lah.
Tapi nasib baiklah orang tanya Malim tu baik-baik belaka kan. Orang buat apa kat dia pun dia tak lawan. Ha ha, orang dah bagi kuliah pun dia dengar. Ha ha, sebab dia bukan perompak jalanan. Ha ha. Baik, hari ke-2 pun dia buat benda yang sama. Dia pun kena pukul juga. Dia dah kena pukul hari pertama, hari ke-2 dia buat juga. Tapi nabi pesan kat dia, Al-Abbas juga yang halang dan dia tak mati. Tapi nabi kata, “Pergilah balik ke kampung kau, beritahu mereka tentang Islam, moga apa ni mereka masuk Islam dengan kau mengambil manfaat daripada engkau.”
Dia pun balik. Dia dakwah, separuh daripada Bani Rif’ar masuk Islam. Tapi nabi pesan kat dia, nabi kata, “Kalau kamu dengar cerita nanti kami menang, kami kuat, datang.” So sebab tu Abu Zar ni lepas nabi pindah ke Madinah, dia hijrah daripada kampung dia pergi ke Madinah. Dan daripada situlah Abu Zar ni dikatakan melazimi sofa kerana dia datang daripada perkampungan Bani Rif’ar. Dia bukan orang Madinah, dia muhajirinlah. Dia orang yang berhijrah meninggalkan kampung dia semata-mata kerana agama dan dia duduk di sofa.
Sofa ni siapa yang dengar kuliah saya ramai yang tahu. Sofa, oh ahli sofa ni, oh ahli sofa ni seorang yang buang dunia semata-mata kerana nak ilmu untuk disampaikan pada kita. Miskin, ada ahli syurga yang bajunya sehelai je, itu pun cukup-cukup je tutup kawasan aurat. Nak sujud terpaksa pegang hujung kain takut terbuka. Sampai Datuk anafiah tu, mana Datuk anafiah ha? Oh Datuk anafiah gi kampung dia.
Sampai Datuk hanafiah, macam dia pelik, dia lepas kuliah masa dekat Setapak, dia mari kat saya. Saya cerita dalam kuliah tu kan, macam hadis tergantung. Solihin, dia lepas kuliah dia kata, “Ustaz, saya pelik ustaz, kalau sehelai je macam mana nak basuh, lepas kalau dia basuh, basah baju tu nak pakai baju apa?” Ha ha ha, PTD macam tu ha ha ha. Orang bertakbir kan, dia pinjamlah baju orang lain tapi nak kata baju dia cuma ada satu je.
Tapi nama-nama mereka ni walaupun di zaman nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mereka ini miskin tetapi mereka ini menjadi tokoh setelah daripada kewafatan nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Kerana mereka inilah di antara manusia yang banyak tahu tentang hadis. Di mana nabi pergi mereka akan ikut dan mereka tak kerja semata-mata kerana nak mendengar hadis. Kerana mereka takut kalau lagi kerja banyak, hadis-hadis mereka akan terlepas. Seperti mana kata Barak bin Haziq dalam hadis dalam sebuah kata-kata yang diukirkan oleh Al-Imamul Bukhari. Kata Barak, seorang sahabat nabi Ansar, dia kata, “Laisa kul Luna yasmanul Hadi Intan bin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wa in namakan at Lana dai Abdul Wal ashal walaqin nanas lam yakunu yaksibu Nia Umai izin fayuhad disu syahid al ghaib.” Apa ni maksud dia?
Barack kata, “Bukanlah semua di kalangan kami ni mendengar hadis secara langsung daripada nabi, tak semua, tak semua di kalangan kami ni dengar hadis langsung daripada nabi walaupun kami sahabat. Wa in namakan atlana baiatu Asyraf, kerana kami ni sebahagian daripada kami ni ada kebun yang perlu diurus dan ada kerja yang perlu dibuat. Walakin dan naslam Yakub, yaakobun ya umat izin tetapi manusia tidak menipu di zaman kami maka orang-orang yang mendengar, orang-orang yang menyaksikan hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan menyampaikan kepada mereka yang tidak dengar.”
Dan mungkin juga orang sumpah ni bila dia dengar hadis nabi Isa Alaihissalam tentang janji nabi Allah akan memberikan keceriaan wajah kepada orang yang mendengar hadis, memahaminya dan menyampaikannya. Seperti mana dalam sebuah hadis nabi mengatakan, “Nurdarullahumraan sami’amakalati Wawa aha wa hafizaha wa Adha kamarsamia farubba Muballighin Awa amin sama’at.” Nabi menyebut auka maqal, nabi kata, “Moga Allah menceriakan wajah orang-orang yang mendengar kalamku, memahaminya, menghafalnya dan menyampaikannya kepada orang lain. Kerana mungkin orang yang disampaikan kepadanya hadis itu lebih memahami daripada orang yang mendengar.”
Sebab itu Sufian Saudi kata, “Aku melihat kepada orang-orang yang belajar hadis dan membawa hadis nadaratul wajah, keserian wajah.” Dan cuba tengok orang belajar hadis, muka dia seri je, walaupun tak handsome kan, kan muka dia nampak tenang je kan, janji nabi kan. Jadi tak payah lagi Mekah 18 kali tu nak dapatkan aura tu, kan, tak payahlah. Baik, bukanlah tak payah maksudnya, bukanlah semestinya pergi Mekah dapat seri muka. Belajar hadis kalau kita takde duit kan, belajar hadis ataupun dengar kuliah hadis.
Abuzar ni dia riwayat daripada nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dia kata, nabi kata, “Inilah alam akhirat ahli jannah duhulanil jannah.” Nabi kata, “Aku mengetahui tentang seseorang daripada kalangan umat yang paling akhir keluar daripada neraka dan masuk syurga.” Dia paling last. So, nabi cerita dalam hadis ni tentang seorang manusia yang ada iman dalam jiwa dia. Dia ni masuk neraka dan dialah orang yang paling last keluar daripada neraka dan paling akhir masuk ke dalam syurga. Sebab nabi kata, “Inilah alammu akhirat ahli jannah duhulanil jannah, orang yang paling akhir keluar daripada neraka dan masuk syurga yang paling akhir.”
Nabi cerita tentang hari kiamat, tuan-tuan dan puan-puan. Hari kiamat ni rukun iman. Kena percaya adanya syurga, kena percaya adanya neraka. Dalam dunia ni ada benda Allah bagi tahu kat kita dah, ada benda Allah tak bagi tahu dan banyak benda Allah tak bagi tahu, kan. Banyak benda Allah tak bagi tahu, kita pun.
Orang tanya kat saya, “Ustaz, dekat planet lain ada manusia lain? Ada tak Quran macam kita? Ada tak nabi lain?” Saya kata, “Mana saya tahu kan? Kita pun setakat dunia je lah kita duduk. Planet lain tak pernah pergi pun. Manusia jauh paling jauh dia pergi pun bulan je, itu pun ada yang Tan Sri yang betul ke depa sampai bulan kan? Allah tak bagi tahu. Mungkin ada, mungkin dia ada, Allah Taala tak bagi tahu. So kita tak yah lah ambil tahu, kan? Kita buat kerja kita je.”
Tapi dalam banyak-banyak benda yang Allah Taala tahu ni, terlalu banyak benda yang Allah Taala tahu ni, sebahagian benda dia bagi tahu kita. Antaranya kewujudan syurga dan neraka, dan kewujudan hari akhirat yang dipanggil sebagai hari pembalasan. Untuk apa dia bagi tahu kita? Supaya kita ni dalam dunia ada arah tuju dan ada panduan, supaya hidup kita ni ada arah tuju.
Mana-mana manusia yang bagus, yang baik pentadbir, nak jadi pentadbir yang baik dia mesti tahu ke mana arah tujunya. Sehinggakan pemimpin negara pun dia kena bagi tahu dalam 5 tahun ni ke mana pun kita nak bawa negara ni, dia mesti ada arah tuju. Jadi Allah Azzawajal menjadikan manusia yang bernama Muslim, yang beriman kepada syariat Islam, ni mesti ada arah tuju.
Yang pertama, supaya kita behave lah, supaya kita jadi orang baik. Dan yang keduanya, supaya kita tidak putus harap apabila Allah memberikan kita ujian. Kata orang beriman negara orang Islam peratusan bunuh diri tak banyak, berbeza dengan negara yang tak percaya Tuhan. Peratusan bunuh diri tu tinggi. Kenapa tinggi? Kerana mereka tak tahu ada dunia lain. Jadi bila dunia hilang, bila dunia mereka hancur, mereka tidak mengharapkan apa-apa lagi kerana mereka tak percaya pada akhirat.
Kita orang Islam disuruh percaya. Orang kata kat kita macam-macam, orang fitnah kita macam-macam, orang zalimi kita, orang tak bayar hutang kita kan. Kita tak apa kerana ada satu hari di mana Allah Taala akan adili semua benda ni di satu mahkamah yang tak ada seorang pun dizalimi. Sebab itu dalam hadis yang lain nabi pernah menyebutkan hadis mitakah. Siapa pernah dengar saya rasa ada sebahagian pernah dengar yang dipanggil sebagai hadis mitakah, hadis kad. Yang mana Allah Taala sebut pada satu orang nabi kata, “Allah Taala kata dalam hadis tu seperti mana yang diceritakan oleh nabi, Allah Taala kata hazur waznaq bawa engkau punya timbangan amal bawa nak timbang faina kala tuzlam kerana pada hari ni engkau sekali-kali tidak dizalimi. Fain nahula Zul ma’alaikal yaum pada hari di mana manusia dibangkitkan di padang mahsyar nanti la Zul tidak ada satu pun kezaliman.”
Dalam dunia ni ada keadilan tetapi tidak mutlak. Ada manusia yang dapat, ada manusia yang tak dapat. Ada manusia tak dapat keadilan. Jadi orang yang tak dapat keadilan dunia, kalau dia beriman kepada hari akhirat, dia takde lah rasa kecewa sangat. Dia tahulah tak apalah dunia je pun, aku nak hidup berapa lama sangat. Padang mahsyar nanti Allah Taala akan adili semuanya kan. Sebab kadang-kadang kita rasa kecewa lah juga kan. Kita nak menyampaikan ilmu tak boleh, kita nak menyampaikan ilmu disekat, kecewa lah juga tapi tak apa kerana dunia ni sementara kan. Orang tak bagi kuliah, kita buat buku.
Tapi manusia tuan-tuan dan puan-puan, saya baru dengar cerita ni bulan lepas. Ada seorang sahabat saya, sama-sama belajar di Jordan. Saya buat PhD, dia buat degree. Dia pun dah habis, dia kebetulan nak buat master dengan saya. Tiba-tiba dia diam je kan. Saya pun mesej dia, saya kata, “Apa cerita? Dah buat proposal belum?” Dia kata, “Belum sempat, ustaz. Saya dalam proses nak pindah.” “Pindah mana?” “Pindah Perlis.” Oh, sebab dia bukan orang Perlis, dia orang negeri entah berandalah. Ha ha ha ha.
Hmm, saya kata, “Pasal apa?” Dia kata, “Saya tak boleh dah kuliah kat sini.” Oh, saya terkejut, “Kenapa? Bukan dulu nampak ada baju kuliah?” Dia kata, “Saya ni ambil buku ustaz, buku baru saya tu 40 amalan mudah. Tuan-tuan ada beli? Takpe, tak beli pun takpe. Ha ha. Saya tak ambil untung sangat lah buku tu, sebab buku tu sebenarnya ada orang sponsor dia punya kos penerbitan dia tu. Saya takde masalah, ada orang sponsor, dia bagi saya sedikit dana. Dia kata ustaz buat buku yang orang awam boleh pakai. Saya nak pahala, saya takde masalah kan. So saya buat buku, saya pakat dengan ustaz Mustafa, dengan ustaz Usai, kita buat buku. Saya syarahkan hadis-hadis terpilih, buku amalan mudah ni maksudnya memang untuk orang awam. Berdasarkan kepada hadis sahih, semua hadis dalam tu adalah ulama kata sahih. Kalau orang tak setuju sahih pun ada ulama kata sahih. Bagi siapa yang dah baca dia tahulah kan. Dia ajar buku tu, dia buat buku tu, buat kuliah supaya nak ajak orang awam ni dekat dengan hadis, dekat dengan amalan sunah yang mudah. Bila orang buat kebaikan, cakap jezakal lahir tu sunah kan. Bila makan baca bismillah, lepas makan baca doa yang sahih.”
“Memang lah orang Melayu ada lah baca doa lepas makan tu kan, tapi yang tu ada khilaf sikit. Ada yang kata daif kerana ada seorang perawi dalam sanad dia tu yang dikatakan majoriti tidak dikenali. Tapi yang confirm sahih dalam sahih Bukhari, saya bawa. Aa yang ni sampai dulu ya Faizal, baca doa nabi baca. Alah apa, alhamdulillah Hilal di kafan awak arwah naurairah maqfiyin walhal makruh lepas makan kita baca doa tu. Bukan panjang sangat pun alhamdulillahi laziqa fana segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kita wak arwana dan menghilangkan dahaga kita rairah maqfi dalam keadaan kita rasa tidak cukup dengan nikmat Tuhan walau makfu dan kita kita tak tak nak kufur dengan nikmat Tuhan. So yang ni sahih. So amal yang sahih dulu, lepas tu kau nak baca yang daif-daif tu buat lah, tapi yang sahih ni buat dulu kerana yang ini confirm pada nabi punya. Dia ajar dalam kuliah tiba-tiba tauliah mengajar dia ditarik dan dia dihalang daripada mengajar.”
Itu berita dia pada sayalah dan akhirnya dia pindah ke balai. Saya rasa kalau tak suka dengan saya sekalipun, takkan tak suka dengan hadis sekali. Tak suka dengan saya tak apa kerana memang saya dah biasa tersakiti. Syeikh ini semua tengok Joker punya masalah ni. Ha ha ha ha, tak apa no problem. Tapi takkan tak suka kat hadis. Hadis adalah hadis. Kita tak suka dengan dia tak apa, tapi hadis yang dia bawa kalau sahih terima. Bukankah Ali bin al Mahdi ni sebut dalam satu nukilan ni, dia kata apa? “Kalau ditolak hadis-hadis daripada pasrah disebabkan oleh kerana qadaria, dan kalaulah ditolak hadis-hadis orang Kufah disebabkan oleh kerana tasyayub, lahari matil kutu akan binasalah kitab-kitab hadis.” Maksudnya, ulama hadis dalam bab menerima riwayat sangat adil. Walaupun orang tu terkesan dengan pemikiran qadaria, tapi bila dia bawa hadis yang sahih dan dia orang yang tidak bohong, kita terima kerana masalah akidah dia masalah yang berbeza daripada riwayat.
Tak suka kat saya tak apa, tapi jangan tak suka kat hadis. Cerita masalah tapi tak apa lah kita rasa tak apa akhirat ada kan, jadi kita rela duduk. Tak apa akhirat ada, akhirat ada.
Jadi, nabi cerita tentang akhirat ni sebagai terapi kepada umat Islam yang tidak mendapat keadilan di dalam dunia ni. Kita nak amal sunah, tak nak amal bidaah. Tak jadi ahli sunah nak jadi ahli sunah. Dekat Malaysia ni, sebahagiannya kena amal bidaah baru boleh jadi ahli sunah betul. Dia bukan ahli sunah ni pasal apa? Sebab dia tak terima bidaah hasanah. Sejak bila bidaah hasanah menjadi kriteria nak jadi ahli sunah kan? Bidaah hasanah ni, kalau betul-betul dia bidaah hasanah pun, bukan wajib buat. Mana ada wajib kan? Tak wajib buat kan? Itu bukan kriteria nak jadi ahli sunah.
Seorang yang amal semua sunah tiba-tiba satu bidaah hasanah dia tak buat, terkeluar daripada ahli sunah? Tak. Sahabat nabi tak sambut maulid pun ahli sunah. Sahabat nabi lain macam lagi. Ha ha. Bukan selalu dapat mikrofon dekat Kuala Lumpur ni kan. Okey, nabi cerita tentang benda ni. Cuma hadis ni ada macam persamaan sikit dengan hadis yang satu lagi sebab nabi cerita ada seorang lelaki dalam hadis Abu Hurairah. Nabi kata dia orang akhir juga keluar daripada neraka dan akhir juga masuk syurga. Itu seorang lelaki yang mukanya dihadapkan ke neraka. Nabi sebut dalam hadis tu, masa dia keluar daripada neraka tu wajah dia tu mukhbilun Alan nar, wajah dia tu dah keluar dah, tapi wajah dia masih pandang neraka lagi. Maksudnya, mungkin azab dia tak habis lagi sebab melihat azab tu sebahagian daripada azab juga. Maksud dekat-dekat nak habislah tu.
Tadi, dia doa pada Tuhan dia, dia kata, “Rabbi isteri fuadhi yakni Nar. Wahai Tuhan, palingkanlah muka aku daripada neraka ni. Faid nahuqadar kashabaniri huha awak harapkan ni zakat uhar, kerana bau neraka ni menyakitkan aku dan bahang neraka ni membakar wajah aku.” Dia doa, doa, doa. Tuhan tanya kat dia, “Pahala sayyita in ukhti tazaliqa antaz alanirahirah, ada tak kemungkinan kalau aku bagi engkau benda yang kau minta ni, iaitu bila paling kan kau nak minta benda lain lagi?” Dia jawab, “Wahai zatiqa yarablah, tidak wahai Tuhan. Demi keagunganmu, aku tak minta benda lain lagi.” Dia bukan sekadar kata tidak je, dia siap sumpah lagi sebab masa tu dia dalam keadaan memang tak larat lah tengok neraka ni. Sebab tengok azab ni ada sebahagian daripada azab juga.
Lepas tu, dia pun buat perjanjian dengan Tuhan. Tuhan pun nak palingkan. Bila dipalingkan, dia tengok syurga kat hujung. Dia kata, “MasyaAllah wahai,” dia diam sekejap selagi mana Allah Taala izinkan dia diam. Lepas tu dia kata, “Rabbi khadin ni Ila babil Jannah, wahai Tuhan bagi aku dekat-dekat pintu syurga boleh tak?” Mungkin lah dia nak minta masuk, tapi dia rasa macam kalau minta masuk ni nampak gelojoh sangat pula kan. Jadi, minta yang minimum lah. Dia kata, “Wahai Tuhan letakkanlah aku kat pintu syurga.” Dia nak tengok syurga dekat daripada jauh tu nampak, tapi nak pergi dekat teringin nak pergi dekat tu. Tuhan kata kat dia, “Ya wahai anak Adam, malang kamu wahai anak Adam. Alangkah mungkirnya kamu pada janji. Bukankah sudah berjanji tak nak minta benda lain lagi?”
Tuhan tanya, dia pun doa, doa, doa. Tuhan tanya, “Hal As Saidah il ukhti tazali ke atas Alyani rairah?” Soalan yang sama Tuhan tanya, “Kalau aku bagi ni kau minta benda lain lagi tak?” Dia jawab, “Lawa Izzati kaya Rab.” Dia kata, “Tak demi keagunganmu, aku tak minta benda lain lagi dah.” Dia punya confident tu kan over confident tak minta nak duduk depan pintu je. Dia pun buat perjanjian dengan Tuhan dia. Tuhan letak dia depan pintu. Bila depan pintu syurga tuan-tuan, infakhah infakhat lahul Jannah farahah fiha minal habarahti wasulur. Dia dapat tengok depan pintu syurga, uish, dia kata hebat syurga ni nampak kegembiraan, nampak nikmat yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Nak minta masuk, teringat perjanjian aku baru je buat kontrak tadi. Diam kejap lah, tapi tak tahan juga. Syurga kan, siapa boleh tahan? Jadi bila tu dia minta kat Tuhan dia masuk syurga. Tuhan cakap, “Alangkah malang kaum Muhammad Adam, alangkah mungkirnya kamu pada janji.”
Dia minta, minta, minta. Akhirnya dia masuk. Bila dia masuk, dia tengok nikmat yang banyak. Dia pasang cita-cita minta kat Tuhan, tapi Tuhan bagi tahu kat dia ni. Tuhan ingatkan dia, “Ini tak nak minta yang ni, tak nak minta.” Akhirnya khatam khattabbil Amani sehingga semua cita-cita yang dia nak dalam syurga ni terlaksana. Hebatlah kan semua benda yang dia minta dapat. Itu seorang. Yang ni seorang. Jadi para ulama berbeza pendapat, siapa adakah orang yang sama? Sebahagian kata orang yang sama. Cuma yang tu perawi sahabat cerita, sebahagian yang ni sebahagian. Orang yang sama. Ada yang kata tak, ni orang lain. Kalau orang lain, siapa yang balik akhir? Mereka ni lah golongan yang terakhir. Kerana Arab dia macam tu lah. Bahasa dia orang yang paling akhir maksudnya orang yang akhir-akhir lah keluar sekali. Tak semestinya seorang, boleh jadi dua orang, boleh jadi tiga orang.
Okey, baik. Nabi kata yang paling akhir ni akan masuk ke dalam syurga dan paling akhir ahli neraka yang keluar daripada neraka. Seorang lelaki yang didatangkan dengannya pada hari kiamat. Fuyukal, dan dikatakan pada lelaki tu, “Ia ridhu Alaihi sirara zulubin, bentangkan ke atasnya dosa-dosa kecilnya. Warfak Wan hu kibar raha dan angkat seketika dosa-dosa besarnya.” Tuhan kata kat dia ke, Tuhan kata kat malaikat, “Okey, bentangkan kita di akhirat. Akhirat ni dia ada proses. Ada waktu di mahsyar kita tunggu, ada waktu diberikan kitab, ada waktu dibentangkan amalan, ada waktu ditimbang kan.” Aa, so ini proses yang kita kena tahu. Jadi dibentangkan amal zahir kat sini. Macam bentang ni lepas dia keluarlah nampak saya daripada maksudnya lepas dia keluar tu Tuhan nak ingatkan semula lah barangkali tentang dosa yang dia buat. Sebab dia ni ahli neraka ni. Dia dah masuk neraka dan paling last keluar, paling akhir keluar. Tuhan kata kat malaikat, “Aa bentangkan kat dia dosa kecil dia.” Maksudnya dosa ni ada dua lah. Satu dosa kecil, satu dosa besar.
Dosa besar ni dosa yang disebut secara spesifik dalam dalil dan disebut balasannya, sama ada balasan dunia ataupun balasan akhirat. Dosa kecil ni disebut umum saya dan dosa kecil ni tuan-tuan dan puan-puan akan terhapus dengan ibadat yang kita buat. Dan dosa kecil ni akan terhapus dengan istighfar dan juga musibah selagi mana seseorang itu sabar. Tapi kalau dosa besar mesti hilang dengan taubat. Dihilangkan dengan taubat, tak boleh dosa besar ni dihilangkan dengan semata-mata ibadat. Hanya beberapa saja ibadat yang boleh macam haji kerana ada dalil yang khusus bagi tahu. Ha, sebenarnya macam haji. Nabi sebut kan, “Man Hajar walam aa yarfas walam yafsuk aa raja akar yaumin walatathu umur.” Sebab itu adalah khas, siapa yang buat haji dan dia tak berkata benda kotor, tak melakukan dosa, dia balik dalam keadaan seperti mana dia baru dilahirkan oleh ibu dia. Key, yang tu adalah yang khusus. Tapi secara umumnya yang lain dosa besar mesti dihilangkan hanya dengan taubat. Tanpa taubat tak boleh hilang.
Tapi dosa kecil akan hilang dengan ibadat. Contoh macam hadis yang nabi sebut dalam sebuah hadis, nabi kata apabila salah seorang daripada kamu keluar daripada rumah dia, kan, dia keluar daripada rumah dia lamb ukri Johor ilal masjid Ila salah. Dia keluar pada dia nak pergi masjid. Tujuan dia memang nak gi masjid tapi dia fassal dalam wuduk dan dia memperelokkan wuduknya. Kemudian dia keluar ke masjid dengan tujuan nak gi masjid, lambyah tu khutbah Ila rufiat bin hidar raja wahai huta anhu sayyiyah. Maka dia pergi ke masjid setiap langkah tu akan mengangkat darjat dia dan setiap langkah tu akan menggugurkan dosa dia. Dosa apa? Dosa kecil.
Okey, jadi laki ni Allah Taala perintahkan bentangkan dulu dosa kecil dia, angkat dulu dosa besar dia. Fatwa Abdullah alaihishi Khairul zulnobi, maka dibentangkanlah dosa kecil dia. Bila dibentangkan, fuck you call amilta yauma kaza wakaza kaza wakaza. Pada hari sekian-sekian engkau telah melakukan sekian-sekian. Wak Amil tayyau makaza wakaza kaza wakaza, dan engkau telah melakukan pada hari sekian-sekian sekian-sekian. Maksudnya, Allah bagi tahu kat dia secara detail pada hari sekian-sekian kau buat benda ni, pada hari sekian-sekian kau buat benda tu. Faya kulunaam, dia kata ya. Layan statik anyon care, dan dia tak mampu untuk bantah. Kenapa tak mampu untuk bantah? Sebab benda tu memang dia buat.
Dalam hadis bittaqah, nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bercerita tentang seorang lelaki juga. Yang tu di padang mahsyar belum lagi masuk neraka. Di padang mahsyar Allah Taala tanya kat dia fayan suruh Ali hithis Atan Wati Saidina sijila. 99 jenis buku, kul lucijilin mislo maddil besar. 1 kitab amal tu sejauh mata memandang dia punya besar. Ada 99 buah, semua tu dosa dia. Dia buat dosa. Dosa dia kalau nak dihimpunkan, 99 buah buku yang satu buku sejauh mata memandang dia punya besar. Ha, bayangkan berdosa tak berdosa orang ni. Berdosa orang berdosa.
Lepas Tuhan bagi kat dia, Tuhan tanya, “Atun kiru bin Khattab syariah assalamualaikum kata batil hafizul.” Ada nak bantah apa-apa? Tak ada. “Penulis amalan daripada kalangan malaikat yang menulis amalan kau ni ada buat zalim pada engkau tak?” Tuhan tanya. Tapi sebenarnya Tuhan tanya bukan Tuhan nak tahu. Tuhan tahu, tapi sekadar nak bagi tahu kat dia keadilan Tuhan itu bukan hanya adil pada ilmu Allah tetapi adil juga pada pandangan manusia. Pada ilmu Allah, Allah tu memanglah adil. Tapi pada pandangan manusia kadang-kadang tak dirasai kalau tak diberi peluang. Mungkin kalau Tuhan tak tanya kat dia, dia kata bagilah aku ruang untuk bantah mungkin. Padahal tu tak balik pun tapi dia nak hak tu kan.
Jadi, Tuhan bagi ruang supaya keadilan Tuhan itu bukan hanya pada ilmu Tuhan tetapi dirasakan juga oleh makhluk. Orang bersalah ni, 99 buah buku ni. Tuhan tanya kat dia, “Kau nak bantah apa-apa tak?” Dia kata nak. Nak bantah apa? Semua detail. Di hari akhirat nanti, ni pembentangan ni sangat-sangat detail. Semua benda akan direkodkan. Sebab tu saya pun bila fikir hadis-hadis macam ni lagi rasa takut juga. Kat dunia ni orang duk panggil kita ustaz ni, pakai kopiah putih ni, hari akhirat nanti akan dibentangkan amal dan sebahagian riwayat menunjukkan pembentangan amal itu berlaku di depan manusia lain.
Nabi sebut dalam hadis, nabi kata, “Inallahhasayu khalisyurajulan bin ummati alaruu silhala ikyyahumal kiamat fayyan showroom Ali hithis atanwati Saidina si gila.” Yang 99 tadi, nabi kata Allah Taala akan pilih seorang lelaki ala rushil Khalif dan Tuhan letak dia di depan semua makhluk yang ada di padang mahsyar tu. Tuhan mintakan amalan dia. Saya ingat kalau dalam dunia ni kita buat satu benda yang mengaibkan, 2 minit pun kalau diletak dalam Facebook semua orang tengok, kita malu. Apatah lagi kalau 99 buah. Sebab itu dia menginsafkan dan kita kena banyak doa supaya Allah Taala menutup aib kita. Sebab itu nabi kata, “Man satara muslimah satara wallahu yaumal kiamat.” Siapa tutup aib peribadi orang Islam, Allah Taala akan tutup aib di hari kiamat.
Moga-moga pembentangan amal itu Allah Taala akan jadikan tak dilihat oleh manusia lain. Kadang-kadang kita buat bukan benda dosa pun. Benda tak dosa tapi kita buat satu benda tiba-tiba terakam pula dan disebarkan. Contohlah saya bagi. Kan kita dalam kereta ni takde buat apa. Kan sambil dengar radio, dia kata lagu ni baguslah. Kan teringat. Ha, teringat pula zaman muda-muda tu. Kita pun hat beringin kopiah atas kepala kan sampai terjatuh-jatuh kopiah tu. Kan orang rakam bukan dosa kita buat kat orang pun ni. Kita buat sendiri-sendiri je ni dalam kereta. Orang rakam Nora hack Bangi kan letak kat Facebook. Kan ataupun dengar lagu, “Eh lagu ni sedaplah sangat sesuai untuk korek hidung waktu ni.” Dia pun korek hidung. Bagus yang korek. Bagusnya dalam kereta masa tengah apa, lampu isyarat merah ni. Bagus yang korek. Tengok orang sebelah tengok dia pun tengah pegang handphone peace, letak kat Facebook. Aura membijai ha ha. Benda tak berdosa tapi kita malu. Tak malu? Bayang kalau amalan kita dibentangkan dan ia adalah dosa. Saya takut dan kita semua kena ada rasa takut.
Jadi, Tuhan kata bentangkan dulu dosa kecil dia dan bagi tahu. Bagi tahu, dia kata aku tak mampu nak bantah. Aku tak mampu nak bantah. Nak bantah apa? Semua benda detail dan mungkin sebahagiannya dia tak berapa nak ingat. Bila dia tengok, “Nabi, oh dah betullah betul aku buat.” Ingat dia memang dia ingat. Orang tukang tulis kan. Wah wah musfiqon Min kibari zunobihi antum reda Ali. Dia pun takutlah dosa-dosa besar dia akan dibentangkan pada dia. Sebab dosa kecil pun begitu detail, dosa besar dia takut kan. Bila dosa besar dia takut, Tuhan kata kat dia, “Fuyokal in nalaka makanu kulu kuli sayyidina hasanah.” Bagi engkau setiap kejahatan yang kau buat itu ada kebaikan. Maksudnya dosa besar tak dibentang tapi Tuhan bagi tahu ganti. Maksudnya setiap dosa yang dia buat tu gantian pahala.
Jadi, macam mana berlaku macam tu? Ulama ada dua pendapat masa mensyarahkan hadis ni. Pendapat yang pertama, mereka mengatakan orang ni dia bertaubat. Maksudnya, sebelum dia mati dia sempat taubat. Tapi problem lah juga kalau dia taubat macam mana masuk neraka kan? Orang tua masuk neraka. Ha, mungkin dia ni dosa dia ada banyak dan dia bertaubat daripada separuh dosa dia, dia tak taubat semua. Kerana di sisi ahli sunnah, bertaubat pada sebahagian dosa dikira sah. Maksudnya, kalau dia katalah dia ni minum arak pun dia berzina pun, dia nak uzubillah kan? Apa lagi, judi pun ya. Lepas tu dia kata, “Saya ni ustaz, saya nak taubat dengan dua dululah. Yang minum arak ni saya nak minum lagi.” Dan dia taubat sungguh. Boleh, kalau dia betul-betul nak bertaubat daripada dua dosa ni, boleh. Walaupun ada satu benda yang dia buat dosa tu dia tak boleh tinggal lagi. Boleh sah. Jadi, dia masuk neraka ni mungkin kerana sebahagian dosa dia.
Mungkin juga bukan kerana taubat, tapi kerana memang Allah nak ampunkan dia. Sebab tu di sisi ahli sunnah kan? Masa nabi Sallallahu Alaihi Wasallam buat perjanjian, sorry, buat perjanjian dengan sahabat dia. Hadis Ubadah bin Salmi, dalam 1000 hari yang nabi minta supaya sahabat ni jangan syirik, jangan mencuri, bayi Yahudi. Alah alah tu syirikul binlahhi syariah. Walah Tan sriku, walah taznu, walah taktulu aula dakum, walah taktu bibuh tanin taftaruna hu baina Aidi Kong wa Aru julikum. Wala tasawufi makruf, paman Wafa mingkum fajuru hualallah. Waman asbabah mimsham mizalikha syariah, faruqib Afiq dunia, fahwa kafaratulah. Waman asbabah menzaliqas syeikh affasahtarahullah, fahwa ilallah inshaa al khabaruwa, inshaa Alfa anhu. Hadis Bukhari.
Umar bin Somad kata, satu hari nabi ni cakap waktu dia dikelilingi oleh beberapa orang sahabat dia. Nabi kata, “Berjanjilah dengan aku. Jangan melakukan syirik pada Allah. Jangan mencuri, jangan berzina, jangan bunuh anak, jangan fitnah orang, jangan ingkari perkara-perkara yang makruf. Jangan bantah kalau benda tu baik.” Lepas tu nabi kata, “Siapa yang melaksanakan perjanjian ini, maka pahalanya di sisi Allah. Siapa yang langgar salah satu daripadanya, maka dia dikenakan hukuman dunia. Katalah dia mencuri, kena hukum dunia ataupun dia berzina, kena hukum dunia.” Faham wakaf? Allah Taala cuci dosa dia dengan benda tu, dengan hukuman tu. Tapi siapa yang buat Allah Taala tutup aib dia sampai takde orang pun tahu, fahwail Allah. Urusannya kembali kepada Allah. Jika Allah mahu, Allah Taala boleh azab dia dan jika Allah mahu, Allah Taala boleh ampunkan dia, boleh maafkan dia.
Jadi sebab itu ahli sunnah ni, kita akidah kita mana-mana orang yang berdosa kita panggil ashabul khabarir, orang-orang yang melakukan dosa. Kalau dia mati, kita tak boleh kata confirm dia ni ahli neraka ni, tak boleh. Selagi mana tak ada dalil yang menamakan dia dengan khusus, kita tak boleh kata dan kita kena kata dia urusannya kembali kepada Allah. Tapi kita jangan salah faham. Kadang-kadang orang ni dia salah faham akidah ahli sunnah tidak memutuskan seseorang itu ahli syurga atau ahli neraka tanpa dalil yang khusus. Kalau dalil sebut nama dia secara spesifik dalam hadis dia ni dalam neraka, kita kena bagi tahu dia dalam neraka. Tapi kalau nama dia takde disebut secara spesifik, macam orang zaman ni lah mana ada nama dia sebut. Kan? So, yang tu kita takleh kata dia ahli neraka secara spesifik, tak boleh. Kita kena kata kembali urusannya kepada Allah. Jika Allah mahu, Allah Taala boleh azab, jika Allah Taala mahu, Allah Taala boleh ampunkan. Tapi bukan bermakna kita tak boleh menghukum salah perbuatan dia yang confirm salah. Boleh faham? Kita kena beza dua benda. Satu, yang tak boleh putuskan dia ahli syurga atau ahli neraka tanpa dalil yang spesifik. Tu satu, tu tak boleh. Tapi benda salah dia buat, boleh kata salah.
Tak boleh salah? Boleh kata salah. Yang kau buat ni salah ni. Kita dah terbalik sekarang ni. Bukan terbalik lah, kita burung pukul mata. Satu orang pergi umrah pakai baju perempuan, salah tak salah? Kena bagi tahu salah. Kena bagi tahu salah sebab apa? Salah sebab nabi bagi tahu salah. Nabi melaknat golongan-golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan golongan perempuan yang menyerupai lelaki. Salah kena bagi tahu. “Hang buat ni salah. Hang laki ke perempuan? Dengar suara pun tahu laki. Yang maha suci Allah semua benda boleh tukar jadi perempuan, suara tak boleh. Setakat ni suara masih tak boleh sembunyi. Walaupun dia kata tulen bang, ha ha. Tapi aku tahu jauh di sudut hatimu, engkau lelaki kan?” Kita tahu dia lelaki, suara memang tak boleh nak sembunyi. Cuma mungkin ada sebahagian dia pandai, dia soroklah. Tapi nak katanya kebanyakannya suara tak boleh disembunyi. Benda salah, salah kena bagi tahu ni salah.
Tapi ada orang dia kata tak boleh, siapa kita nak menghukum. Kita manusia, kita bukan Tuhan. Dak, kita bukan nak hukum dia keputusan dia ahli syurga ahli neraka. Kita nak bagi tahu benda yang kau buat ni salah. Dan bukan kita nak jadi Tuhan. Tuhan bagi tahu benda ni salah, nabi bagi tahu benda ni salah. Jadi, kita dah jadi salah faham sekarang ni. Dah jadi dah, dah jadi macam satu orang tak boleh kata orang lain salah walaupun benda tu clear salah. Satu orang curi duit kita lepas tu kita tangkap dia. “Pasal apa kau curi duit aku?” Salah. “Benda ni jangan jadi Tuhan. Siapalah kita nak kata benda ni salah. Kau curi duit aku salahlah mangkuk Ahmad.” Benda yang confirm salah dengan Nas kena bagi tahu salahlah. Orang rasuah itu salah, orang salah guna kuasa itu salah, orang mencuri salah, orang pakai baju perempuan kalau dia laki pun salah. Tapi dia dari neraka ke belum tahu. Ha, tu kena hati-hati.
Dia ada tiny line, maksudnya ada garis halus yang kadang-kadang orang terlepas pandang. Benda salah kena bagi tahu salah, tapi dia ahli neraka ahli syurga itu bukan urusan saya kerana syurga dan neraka bukan saya punya. Dan saya pun tak tahu pengakhiran hidup saya bagaimana. Cuma nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengarahkan kita untuk buat kerja Amar makruh dan nabi Mungkar. Nampak benda Mungkar kena cegah, nabi yang suruh. Bukan untuk jadi Tuhan, bukan untuk buat kerja Tuhan tetapi untuk membersihkan environment negara Islam. Sebab tu nabi tak suka orang buat dosa. Nabi tak suka dosa, nabi tak suka. Tapi nabi lagi bertambah benci orang yang buat dosa dan berbangga dengan dosanya dan menzahirkan, tambah menceritakan dosanya kepada orang lain dalam keadaan berbangga-bangga yang dipanggil al mujaharah bilzunuk wawil maasi. Orang yang menzahirkan maksiat dia ataupun orang yang menceritakan maksiat dia dalam keadaan berbangga ni bahaya. Kita kena bantah benda ni, bukan kata di Mekah saja, di sini pun kena bantah.
Saya tak tahu, seolah-olah macam ada kecenderungan, tendensi untuk kata kita kena terima benda ni. Sebab tu kadang-kadang dalam filem pun ada watak lembut, dalam lawak pun ada watak pondan. Kita kena bantah. Golongan ni menjadi-jadi. Pas tu ada juga yang kata tak tahu, saya pun tak tahu mana logikanya. Dia kata kalau betul benda tu salah dah mesti kena panah kilat. Tak kena panah kilat pun. Mekah mana ada hujan nak kilat-kilat. Satu yang keduanya, Abu Jahal duk Mekah pun tak kena panah kilat. Jangan baca mastika banyak sangat. Baca Mustika banyak sangat memanglah. Orang buat syirik kat Mekah tu pun tak kena lagi. Tak kena tunggulah kan. Allah Taala katalah, “Atas saban allahhara filan amal yang amal zalimun.” Kamu jangan sangka Allah Taala ini leka dan lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim. So, hati-hatilah.
Kadang-kadang, saya pun tengok je. Pas tu bin Hajar kata, bahaya bagi orang yang buat dosa. Bahaya bagi orang yang buat dosa lepas tu dia rasa tak apa. “Aku selamatnya, insyaAllah tak masuk neraka nya.” Bahaya itu, wujud rasa diri itu selamat dan rasa diri itu hebat. Bahaya.
Tanda yang baik bila kita buat ibadat adalah kita takut ia tidak diterima. Itu tanda bagus. Kita doa supaya ia diterima. Sangat menyedihkan, biasanya orang pergi Mekah untuk menyucikan dosa tetapi ada manusia pergi ke Mekah mengekalkan dosa dan siap bertanya lagi siapa yang mahu mempertikaikan dia. Itu masalah besar.
Ini bukanlah sekadar nasihat umum sebab ramai juga orang tanya dekat page saya. Esok saya respondlah. Kita bukan nak hukum orang, kita nak bagi tahu benda tu salah. Urusan kau di akhirat, Allah Taala akan putuskan. Urusan saya pun sama, Allah Taala akan putuskan. Jadi bila kita tegur satu benda yang salah, bukan makna kita baik, bukan makna kita ni confirm ahli syurga. Tak. Tapi nak jadi ahli syurga kena membantah benda yang mungkar. Jadi saya usaha, kita kena usaha diri kita untuk membantah benda yang mungkar. Tak boleh dibiarkan. Tak boleh dibiarkan.
Fayapul, maka dia pun berkata: “Rabbi keadaan amil tu Aisyah la ara ha ha Huna. Wahai Tuhanku, aku telah melakukan perkara-perkara yang aku tidak melihat di sini.” Masa setelah dibentangkan amalan dia, dosa-dosa dia, dia kata kat Tuhan dia: “Wahai Tuhan, ada benda aku buat kat sini aku tak nampak. Tak nampak pun ditulis.” Sama ada Allah ampunkan ataupun dengan taubatlah. Maka Abuzar kata: “Al qadra itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baik hatta padat nawa jizu.” Aku melihat nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketawa sehingga nampak geraham dia. Maksud nabi ketawa tu dengan buka mulutlah. Saya tak nampak geraham maksud ketawa tu ketawa betullah bukan hanya sekadar senyum.
Hadis ni ada berapa faedah. Yang pertama, ahli sunnah percaya bahawasanya orang yang melakukan dosa ini tidak kafir selagi mana dosa itu tidak mengkafirkan dia. Kalau dia pergi sujud dekat berhala tu, kafirlah. Tapi kalau sekadar dosa besar, dia tak kafir lagi. Berbeza dengan khuwarij yang mengatakan siapa buat dosa besar jadi kafir. So, ni dalil kita yang mengatakan ahli sunnah kata orang yang buat dosa besar tak kafir sebab dia boleh masuk syurga. Orang kafir takleh masuk syurga walaupun dia masuk neraka dulu.
Yang keduanya, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, taubat menghilangkan dosa. Bahkan bukan hanya taubat menghilangkan dosa, taubat juga menggantikan dosa yang kita buat menjadi pahala. Dalam ayat Quran surah Furqan, Allah Taala kata: “Ilaman taba wah amanah wah Aminah amalan solehah faula Ika yubandilullah husaiyi atihim hasanat,” kecuali mereka yang bertaubat, beriman, dan beramal soleh. Mereka itulah manusia yang Allah Taala gantikan dengan pahala dosa mereka, tu diganti dengan pahala.
Cuma mufasirin, golongan tafsir ulama-ulama tafsir, sebahagiannya cuba untuk mentakwil ayat Quran ni. Dia kata: “Macam mana dosa ganti pahala ni? Ya, dosa kita satu bakul tu terus convert jadi pahala?” Ada yang kata: “Tak kot. Macam mana dosa tu boleh tukar jadi pahala? Kalau dipadam, saya takpe.” Maksud ada satu kantung dosa dengan taubat dia jadi hilang. Ha, tu bolehlah kita terima. Tapi satu kantung tu daripada dosa jadi pahala, boleh terima. Ha, yang macam pelik sikit. Dia kata sebenarnya bukan ganti dosa kepada pahala, ganti amal. Maksudnya sebelum ni amalan dia amalan dosa. Sebelum ni amalan dia dosa, lepas taubat Tuhan ganti amalan dia. Amalan dosa tu Allah Taala gantikan dengan pahala. Maka sebab itu mereka kata di antara tanda taubat nasuha, sebelum taubat dengan selepas taubat ada perubahan. Jadi kalau sebelum taubat dia banyak buat dosa, lepas taubat dia banyak buat ketaatan, then itu tanda taubat tu diterima.
Ada yang kata gitu. Ada yang kata: “Tak, memang dosa tu akan tukar jadi pahala tapi dengan syaratlah dia menyesali dosa-dosa tu. Setiap kali dia teringat dia pernah buat dosa tu, dia akan menangis, menangis, menangis. Penyesalan dan tangisan terhadap dosa membuahkan pahala.” Tapi sebahagian ulama mengatakan tak betul dengan taubat nasuha terus tukar jadi pahala kerana Allah ni wakil Allahu ghafura Rahimah. Allah Taala maha pengampun bukan saja pengampun, Allah Taala maha pemberi rahmat. Allah Taala maha pemberi rahmat diampunkan orang yang bertaubat oleh kerana rahmat Allah. Engkau sanggup bertaubat dan tinggalkan dosa, engkau aku tukar ni jadi pahala.
Jadi nampak macam hadis tu macam tu lah. Hadis ni menyokonglah tafsiran yang ke-3 ni sebab Allah Taala kata apa? “Bagi engkau setiap dosa jadi satu pahala. Setiap satu dosa jadi satu pahala.” Cuma timbul satu persoalan. Kalau dosa tukar jadi pahala dengan taubat, orang yang buat pahala ni akan rasa: “Saya buat dosalah ustaz kalau macam tu, pas tu taubat, sama juga. Betul tak? Ada tak rasa macam tu ustaz? Ustaz janganlah tengok mak cik-mak cik. Dia kata: “Kami tahu ni. Yang muda-muda ni kan? Yang muda-muda ni ada tak rasa macam tu?” Mesti ada rasa kan? Kan? Ha, yang pakai songkok pun mengangguk. Ha ha. Sebab dia macam tak puas hatilah sikit. Kan? Saya ni banyak buat pahala ni, tiba-tiba orang buat dosa dengan taubat terus tukar jadi pahala. Dia tak sama sebenarnya. Mana sama? Sebab apa tak sama?
Ha, ni nak bagi tahu ni. Orang buat dosa, satu dosa dia buat Tuhan tulis berapa? Satu. Orang buat pahala, satu pahala dia buat Tuhan bagi berapa? Paling kurang 10. Al hasanah tu bin Aisyah riyam zaliha Ila sabrimi atidi alfin Ila abang Afin kasirah. 10, mungkin 700, mungkin lebih lagi. Jadi kalau dia buat pahala, pahala berganda. Kalau dia buat dosa, dosa berganda tak? Tak berganda. Dengan taubat, dosa yang tak berganda tu ditukar jadi pahala. Maksudnya pahala yang ada tu betul-betul seperti mana dosa, sudi takde gandaan. Orang yang buat pahala daripada awal, dia tak buat dosa, pahalanya berganda-ganda. Sama tak? Tak sama. Allah Taala tu maha adil. Dalam neraka pun tak sama. Azab dalam neraka, orang jahat-jahat belaka tu pun tak sama. Ada orang paling bawah sekali munafik, ada orang azab dia ada paling ringan. Seperti mana kata nabi Alaihissalam, Abu Talib azab antara yang paling ringan. Kenapa paling ringan? Kerana adilnya Allah. Walaupun di tempat azab, Allah Taala tetap memberi azab tak sama.
Takkanlah sama orang taubat yang buat dosa sebelum ni dengan orang yang memang struggle nak buat ibadat. Tak sama. Jadi faham kenapa Allah Taala tukarkan jadi pahala? Untuk tarik orang-orang yang buat dosa ni supaya kembali pada Tuhan. Bahkan para ulama meluaskan lagi. Dia kata bukan hanya sekadar orang bertaubat, bahkan orang yang bukan Islam pun kalau dia masuk Islam, Allah Taala akan gantikan dengan pahala supaya dia ada rasa lah. Tertarik. Nak bayar saman bagilah diskaun. Kan ada kempen bayar saman 50 persen diskaun, baru orang bayar. Tak bayar juga kan? Tak bayar. Sebab apa? Sebab dia tak kat. Dia hanya kata repeat kena bayar juga. Tapi kalau katalah mari bayar saman semua saman tu akan ditukar menjadi voucher, okey, berebutlah pak haji. Pak haji pun cari balik saman masih naik ke motor kapcai tu. “Mana saman saya?” Sebab tukar jadi voucher. Saman RM50 tukar jadi voucher dapat RM50 cash. Nah, orang tak nak bayar saman sebab kena bayar juga walaupun diskaun. Tapi sebab itu kerajaan manusia.
Kerajaan Allah tidak seperti itu. Kerajaan Allah adalah pemberi rahmat. Allah tukarkan dosa menjadi pahala supaya orang nak kembali. Tak ada dia rasa macam, “kalau aku taubat pun setakat padam je lah, delete aje, tak bertambah pun amalanku.” Esoknya, Dia bagi gantian supaya orang kembali kepada agama. Nak memberikan ruang, nak memberikan harapan, dan inilah sepatutnya yang kita lakukan: memberikan harapan kepada manusia untuk kembali kepada agama Allah Azzawajal.
Jadi, kalau orang datang jumpa kita dan dia bagi tahu tentang dosa-dosanya, janganlah pula kita kata kat dia, “Pak cik, insyaAllah ada tempat kat neraka tu.” Jangan. Berikan harapan kat dia. Bagi tahu Allah Taala maha pengampun supaya dia kembali. Bagi tahu kat dia, “Kalau pak cik taubat sekarang, pak cik, dosa tu semua tukar jadi pahala.” Dan dia pun terkejut, “Betul ke ustaz?” Betul. Tapi dengan syarat, mesti nasuhalah. Tumbuh ilallahi taubatan nasuha, taubat yang bersih. Allah Taala akan tukar jadi pahala.
Jadi, dia pun semangat. Kalau setakat delete saja, dia kata, “Saya delete je, ustaz. Pahala saya tak banyak pun sebelum ni.” So, dia akan rasa kuranglah tarikan untuk bertaubat.
Lepas tu, Abuzar melihat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihat keadaan lelaki ni. Abuzar kata, “Aku melihat Nabi ketawa sehingga nampak gigi geraham.” Membuktikan dalam agama ni bolehlah ketawa sebab Nabi ketawa dan ketawa Nabi tu nampak geraham. Boleh ketawalah. Takdelah orang belajar hadis dengan aura-aura semua jadi serius je. Balik semua muka ketat, kunci pipi. Belajar apa tadi, bang? “Adalah belajar hadis sikit kan?” Ha ha. Lepas tu, isteri dia buat lawak, dia pun tak gelak. Isteri tengok, “Oh, bad mood laki aku ni, tak gelak pun.” Lepas sejam baru gelak. Bini terkejut, “Gelak apa bang?” “Saya tak tahan dah ni sejam dah saya tahan saya gelak juga.”
Kerana manusia yang normal tu ada waktu dia perlu ketawa, ada waktu dia senyum, ada waktu dia kecewa, ada waktu dia marah. Semua tu di bawah kawalan Islam yang letakkan adab. Boleh ketawa tapi jangan banyak sangat kerana kasratul tahap. Yumi aa faid nabahak ia pun mahu kasratul tahap hati-hati kamu jangan banyak ketawa. Faid nabahak Yumi tulkulu kerana banyak ketawa boleh mematikan jiwa. Sikit-sikit okeylah eh, sikit-sikit okey.
Baik. Allah Subhanahuwataala alam ubi Sarawak. Cukuplah tu. 11 setengah. Ha, ada soalan tadi. Ustaz kata orang yang melakukan dosa besar tidak menjadikan kafir. Tapi, oh ada, saya pernah dengarlah ustaz. Okey, dengar soalan. Aa, saya sebut tadi dosa besar tidak menjadikan seseorang pelakunya menjadi kafir. Tapi kalau solat macam mana? Ada ustaz kata jadi kafir. Key, saya kata begini. Saya sebut tadi, kena perhati betul-betul. Saya kata dosa besar secara umumnya tidak menjadikan seseorang kafir kecuali sebahagian saja. Seperti mana sujud di depan berhala yang ada dalil spesifik dan kita kata kafir. Itu kena faham dulu.
Key, contohnya macam dia mencela agama, mencela Tuhan, mencela nabi, tu kafir. Sepakat kafir. Ada sebahagian dosa yang ulama khilaf, kafir ke tak, mengkafirkan ataupun tidak, seperti solat. Solat ni yang ulama khilaf ni sebab ada hadis yang mengatakan orang yang tinggal solat dengan sengaja ni kafir. Antarakah solat dan muta’am medan faqad kafar, sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka telah kafir. Ada lagi riwayat-riwayat yang lain menyebutkan kafir. Oleh kerana tu ulama berbeza pendapat. Sebahagian ulama, bahkan ramai juga di kalangan ulama-ulama salaf seperti Ayub As Sakti Yani dan seumpamanya, mereka mengatakan siapa yang tinggal solat orang kafir. Kenapa kafir? Kerana ada hadis kata kafir, bukan kerana dia dosa besar semata-mata kerana ada hadis bagi tahu dia kafir.
Cuma, ulama yang kata kafir ni mereka berbeza pendapat. Yang kata kafir ni tinggal berapa solat baru jadi kafir? Ada yang kata tinggal lebih pada tiga, tiga dan ke atas. Ada yang kata aa tinggal terus tapi tinggal satu tak jadi kafir lagi. Ada yang kata tinggal satu pun kafir kerana Nabi kata siapa tinggal solat umum. Tetapi, yang mazhab Ahmad Hambali sebahagiannya menerima yang ni, dia kata kafir. Majoriti ulama daripada tiga mazhab Maliki, Syafi’i dan juga apa ni, Hanafi, mereka pecahkan kepada dua isu tinggal solat ni. Mereka pecah dua.
Yang pertama, orang yang tinggal solat disebabkan ingkari kefarduan solat. So, kalau orang tu ingkar, bukan hanya solat je lah, termasuklah semua. Termasuklah contohnya macam zina. Zina sepakat haram, tiba-tiba satu orang dia kata, “Mana zina haram? Zina ni sunat muakad.” Kafir. Kafir. Walaupun dia tak zina, tapi dia hukum. Ni buat satu hal, percaya dia hukum pun satu hal. Maksudnya percaya kefarduan solat tu satu hal, solat tu satu hal. Hambali, dia tak sebahagian ulama Hambali, dia tak bezakan benda tu. Tapi majoriti ulama dia bezakan. Dia kata sesiapa yang mengingkari kefarduan solat, maksud dia tarakah solat juhudan, dia tinggal solat sebab dia mengingkari. Dia kata, “Bagi saya solat lima waktu ni tak wajib, tak fardu pun. Bagi saya dia hanya sunnah, sunat muakal.” Dia kafir. Dia kafir. Tapi kalau dia tinggal solat tu takar surau, dia tinggal tu kerana dia malas. Dia tahu, “Saya tahu wajib tapi saya malaslah. Saya rasa belum sampai seru lagi ni.” Baru je kan.
Jadi, yang ni dia tak kafir. Dan mereka mentakwilkan hadis yang kata kafir tu. Maksudnya majoriti ulama dia takwilkan hadis tu. Hadis yang Nabi kata siapa tinggal solat dengan sengaja kafir tu mereka takwilkan. Takwil ni maksudnya mereka faham dengan cara yang setidak seperti mana zahirnya. Kenapa mereka takwilkan? Kerana ada sebab nanti dia akan hurai sebabnya. Cuma mereka takwil ke apa? Mereka kata siapa yang tinggal solat dengan sengaja maka kafir. Maksudnya bukan kafir keluar daripada agama tapi telah melakukan perbuatan orang kafir kerana orang kafir yang tak solat ni.
Seperti mana dalam hadis Bukhari, Nabi pernah sebut satu hadis. Nabi kata, “Sibabul Muslim fusyuk wakit taluhu kufur.” Mencela orang Muslim itu kefasikan. Celaan kepada orang Muslim itu kefasikan, berperang dengan orang Muslim itu kekufuran. Tapi orang perang dengan orang Muslim yang lain tu tak kafir. Muawiyah perang dengan Ali, Ali perang dengan Muawiyah tu tak kafir. Habis tu kenapa Nabi kata kafir? Perbuatan itu perbuatan orang kafir. Maksudnya orang Islam ni tak memerangi orang Islam. Tapi Ali ngan Muawiyah ni perbuatan tu pun bukan kafir kerana mereka dua-dua menganggap mereka berada di atas kebenaran. Maksudnya Abdul bin makruh wan nahaya dan Munkar yang Nabi maksudkan berperang dengan orang mukmin ini kufur bila dia berperang tu tanpa ada alasan yang munasabah. Serangan secara zalim, orang Muslim tidak menzalimi orang Muslim yang lain.
Okey, jadi kenapa mereka takwil? Kerana di sana ada hadis yang menunjukkan ada manusia yang tidak beramal langsung dan tak sempat beramal bila bertaubat dan mati tetap diterima sebagai orang Islam. Pernah dengar hadis orang yang bunuh 99 orang tu kan? Hadis yang bunuh 99 orang tu. Dia nak taubat. Lepas tu, dia pergi jumpa dengan tukang rahim. Kan dia pergi jumpa dengan tukang ibadat. Tanya, “Boleh tak taubat dah bunuh 99 orang?” Dia kata, “Tak boleh.” Dibunuh sorang tu yang jawab tu. Oleh kerana jawapan dia tak menarik, dibunuh. Jadi hati-hati nak jawab soalan ni. Ha ha ha. Karang tak pasal-pasal kan. Cukup 100. Bila 100 tu, bila 100 tu, dia pergi tanya orang alim. Orang alim tu kata, “Boleh.” Lepas tu, dia kata, “Intalib ila ardi kazawa.” Kata hadis ni, tuan-tuan tahu, pernah baca kan? Ustaz-ustaz kita selalu baca. Dia kata, “Pergilah ke bumi sekian-sekian, faiz nabi haunasan ya abudun Allah pak abudilah Almarhum di aa.” Pergi ke tempat sekian-sekian kerana di sana ada manusia yang menyembah Allah. Pergi sembah Allah bersama mereka. Dia pun keluar. Fantarakah hatta izan al safar tarik atasul maut. Dia keluarlah dengarlah cakap tok syeikh. Bila dia keluar je sampai pertengahan jalan, dia mati.
Fakta samad fihi malaikaturrahmah wa malaikatul azab. Bergaduhlah malaikat rahmat dengan malaikat azab. Sebab apa bergaduh? Sebab confuse. Dia ni orang jahat. Malaikat azab akan bawa roh dia naik ke langit. Orang baik, malaikat rahmat yang akan bawa roh dia ni baik ke jahat. Jadi tak pe tuan-tuan. Confuse pun tak pe. Malaikat pun confuse. Confuselah sebab itu malaikat aa apa ni, azab kata aa malaikat rahmat kata, “Kami yang patut bawa roh dia sebab apa?” Inahuja faqalat semalam ikaturrahmah inahuja taiban mukhbilan wajuhu wahai Allah. Dia keluar daripada bumi dia dalam keadaan telah bertaubat dan jiwanya dan dan di wajahnya menghadap kepada Allah. Maksud dia keluar tu kerana Allah dan bertaubat dah.
Malaikat azab berkata, “Innahu lam ya’mal khayran qatt,” bermaksud dia tak pernah amal satu benda baik pun. Kalau dia solat, takkanlah tak ada satu benda baik pun? Maksudnya, dia tak pernah buat satu benda baik pun. Dia cuma ada iman saja, tapi Tuhan ampun dia ni. Ampunkan. Maka saya tengok pendapat majoriti ni kuat lagilah.
Cuma, ada dulu saya kena assalamualaikum waalaikummusalam. Bila nak buat daurah sifat solat nabi musim 2020? Aa, sebab daurah sifat solat nabi yang saya buat musim 2017 je di Penang. Di Penang tu yang jadi isu tu dua isu dalam si aa daurah tu yang saya kena teruk jugalah, iaitu isu qada solat yang ditinggalkan dengan sengaja dan isu aa aurat lelaki. Key, cuma isu soal qada solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ni kan ada khilaf. Eh, so saya tarjihkan tak wajiblah. Cuma kena taubat. Yang wajibnya taubat dan memperbanyakkan solat sunat.
Jadi saya kena kecam teruklah. Dia kata ini semua ni ni pendapat ni dipegang oleh golongan ini kerana nak suruh orang tinggal solatlah tu kan. Aa, disiplin maksudnya bila kita pilih dua bila kita bincang dua pendapat ulama, dua-dua tu pendapat ulama ahli sunnah. Ada orang pilih yang ni, ada orang pilih yang tu kerana penilaian dan analisis dia. Tak ada pun dalam jiwa dia nak menggalakkan orang tinggal solat.
Sebab tu masa saya jawab soalan tu, saya hurai benda tu. Saya kata tinggal solat dosa besar, tinggal solat dosa besar. Bila kita kata tak wajib qada solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ni, bukan kita nak suruh orang tinggal solat kat. Sebab dia orang cakap saya macam tu. Dia orang cakap saya ke arah tu. Ni orang faham macam tu. Dia kata kalau betul kita tak nak orang tinggal solat, baik ambil pendapat yang kata kafir terus tinggal solat ni kan. Ada pendapat ulama kata kafir. Kenapa kita ambil tak kafir? Ambil kafir terus, senang. Siapa tak solat, kafir. Senang kita nak kafirkan dia. Jadi orang pun takut nak tinggal solat dengan sengaja ni sebab takut jadi kafir kan.
Tapi sebenarnya tak ada isu. Dosa adalah dosa. Tapi kat apa ni khatak ke tidak, itu isu yang kedua. Itu isu yang kedua. Bukannya kita nak menghalang aa nak menggalakkan orang. Sama jugalah macam Perlis buat isu apa anak zina boleh bin dengan syarat. Syaratnya kan, ada orang kata ini menggalakkan orang nak berzina ni sebab boleh binkan ayah dia.
Saya ingat statistik zina ni makin bertambah di semua negeri, bukan di Perlis saja. Di negeri lain fatwa kata tak boleh bin, naik juga. Buktinya tengoklah apa ni statistik rasmi anak luar nikah lahir, anak tak sah taraf lahir. Membuktikan tak ada kaitan pun pandangan ni dengan galakan ataupun tutup pintu orang berzina. Kerana orang berzina pun sebelum berzina dia tak baca fatwa.
Bagaimana cara terbaik untuk membetulkan kepercayaan ibu dan ayah tentang perkara yang nabi tak buat seperti kenduri tahlil dan maulid? Nabi beli buku saya dalam masjid tak pe, boleh promo kan. Amalan mudah menurut sunah. Sebab kadang-kadang kita bagi tahu benda tu nabi tak buat, dia tak ada alternatif. Kan, ni nak buat apa ek? Nak buat apa ha? Ni ni apa ni, buku ni, amalan mudah menurut sunnah yang sahih. Punya amal yang ni dulu. Rujukan semua ada dalam tu, hadis riwayat siapa, kalau ulama tafsirkan ada semua ada. Tuan-tuan kaki kan ha, so bagi dia yang tu.
Saya ada seorang kawan dulu, masa saya baru balik daripada Jordan dulu. Dia datang rumah saya. Kami ni kawan sekolah, satu kelas. Dia datang rumah saya, dia kata aku pening kepala. Dia kata wahabi ramai sangat kat Malaysia ni. Saya baru balik daripada Jordan masa tu, baru habis degree. Saya pun diam je lah kan, saya dengar dia cakap. Teruk dia orang ni pecah belah ngan masyarakat apa semua. Saya tanya kat dia yang kita marah sangat dekat depa ni, depa tu buat apa? Yalah, depa ni maulid tak nak, zikir kuat tak nak, semua nak ikut hadis sahih je.
Saya cakap kat dia, saya kata orang nak ikut hadis sahih ni bahaya tak? Dia hidup dia, dia kata aku ni nak buat yang sahih dulu. Bahaya tak? Apa bahayanya kata saya tak nak amal hadis daif. Hadis daif ni wajib amal ke? Boleh amal. Bukan wajib, boleh amal. Itu pun dengan syarat. Dia kata saya tak mahulah amal dengan hadis daif. Saya buat yang sahih dulu. Bahaya tak? Apa bahayanya? MasyaAllah, ni ejen Yahudi ni sebab amal hadis sahih je. Baguslah Yahudi macam tu, suruh dia amal yang sahih setahunya. Yahudi ni memang tak nak yang sahih-sahih ni kan.
So, dia akhirnya dia fikir. Saya kata kalau dia nak amal yang sahih je, biarlah. Dia tak bahaya pun sebab main benda tu memang daripada nabi. Takkan nabi ajar benda bahaya? Dia kata pecahlah masyarakat kita. Tak pecah pun. Cuma dia tak amal zikir kuat-kuat. Kita amallah zikir kuat kalau kita nak amal yang kuat. Dia tak amal yang kuat, dia buatlah di amalan dia. Yang kita sakit hati dengan dia pasal apa kan? Dia solat umpamanya, tangan dia letak atas dada. Kalau dia pegang pada pendapat tu, dia kacau kita dia letak atas dada kita ke tak? Dia letak atas dada dia. Lainlah kalau dia solat letak tangan atas dada kita, dia duk belakang kita. Allahuakbar, letak tangan kita eh aku nak letak kat mana ni kan.
Jadi, isu-isu ni saya kata tak tak perlu kita pening-pening kepala. Kita nak buat amal kita, kita buat dia. Dia adalah pilihan dia. Kita pun tak ada orang paksa kita, dia pun tak ada orang nak paksa dia tu. Dia kata betul juga eh. Lama-lama dia pun jadi babi juga sebab kadang-kadang bukanlah wahabi kan. Kau kata kita eja wahabi pula. Kita bukan wahabi maksudnya di akhirnya dia pun berlapang dada juga dan akhirnya dia pun ada kesungguhan nak cari yang sahih. Sebab manusia ni kadang-kadang dia tak pernah dengar apa yang kita nak sampaikan dan apa yang kita nak promosi. Dia hanya dengar pada orang lain saja kan. Jadi tu yang kadang-kadang dia salah faham. Bila dia sebut kat kita, kita analisiskan kita cerakinkan apa kebimbangan dia tu dan kenapa dia tak leh terima tu.
Okey, adakah zikir perlu dilaksanakan pada kadar ditentukan atau dilaksanakan sebanyak mana yang boleh? Contohnya bila berzikir apabila membawa kereta, agak susah menghitung dengan tepat. Ada zikir yang disebutkan dengan bilangan yang khusus, ada zikir yang umum yang tidak disertakan bilangan yang khusus. Jadi, kalau ada bilangan yang khusus tu, bila kita buat yang khusus tu dapatlah pahala yang khusus yang disebut dalam hadis. Kalau tak buat, dapatlah pahala umum saja. So, mudah. Daripada tak berzikir, zikirlah. Contohnya berzikir yang tak ada bilangan yang khusus kan dalam hadis Jabir. Jabir kata kami ni nabi ajar berzikir bila naik tempat tinggi takbir, turun tempat rendah tasbih. Kan, betul. Iza sa’idna kabarna wa iza nazalna sabbahna. Kan, betul kan. So, yang tu memang tak ada bilangan khususlah sebab ikutlah keadaan naik turun, naik turun tu. Ha, ada yang khusus. So, yang khusus tu kita terikatlah dengan bilangan yang khusus. Kalau tak ada, kita buatlah satu zikir yang umum.
Jika kita takut Allah tidak terima amalan kita, bagaimana kita nak selarikan dengan hadis yang mengatakan aku bersama pandangan hambaku. Jika pandangan kita Allah tidak terima amalan kita, maka adakah Allah tidak terima? Okey, macam ni betul. Dalam hadis nabi sebut hadis qudsi, Allah Taala sebut, “Ana ‘inda zanni ‘abdi.” Aku di sisi bagaimana seorang hambaku menyangka aku macam mana kat dia. Betul sebab itu perasaan hauf dan raja’ perlu. Takut dengan azab Allah, takut amalan tidak diterima, perlu disekalikan dengan harapan.
So, dalam nak beriman kepada Allah ni, ada tiga sifat insan yang mesti digabungkan. Yang pertama, mahabbah (cinta pada Allah). Ini setiap masa kena ada. Yang kedua, Khalif, dan yang ketiga, Rajab (takut). Kena ada takut pada azab dan takut amalan tak diterima. Kena ada juga mengharapkan Allah Taala ampun dan mengharap Allah Taala terima.
So, ketiga-tiga ni kena digabungkan sekali. Jadi, yang saya sebut tadi, satu orang dia melebihkan darjat sampai hilang perasaan takut ni bahaya. Maksudnya, bila kita beriman, kena ada dua tu dan kita kena seimbangkan dua ni ikut keadaan. Orang tengah sakit nazak, kita kena tinggikan Rajab berbanding mahabbah. Kena tinggikan harapan supaya dia sangka baik dengan Allah berbanding takut.
Kalau dia banyak dosa, bila kita pergi, kita kata, “Taubatlah, Allah Taala akan ampunkan kamu, Allah Taala sayang kat kamu.” Walaupun dia banyak dosa, kita minta supaya dia meninggikan perasaan rajab. Jangan pergi orang sakit dan kata, “Matilah engkau, matilah, memang neraka menunggu engkau.” So, dia akan tinggikan perasaan takut dan itu membahayakan dia.
Tapi bila kita keadaan sihat, kita kena seimbangkan juga. Jangan bila kita buat dosa, kita rasa, “Tak pe lah, takkan Allah Taala nak azab.” Umpamanya, ada seorang kawan saya. Dia pernah jumpa dengan seorang liberal. Dia belajar di Indonesia. Dia jumpa dengan seorang yang solat tapi tak tutup aurat pun. Jadi bila ditanya kenapa tak tutup aurat, dia kata, “Lebih baik saya solat tak tutup aurat daripada tak solat langsung.” Tak, ha tu terlampau tinggi pula rojaknya. Betul tak, solat kena tutup aurat ni. Solat pakai seluar pendek pergi solat tak sah ni. Umpamanya, kan kalau dia pegang mazhab Syafie lah. Perempuan pun banyak solat tak tutup aurat, tudung tak pakai, penutup kepala tak pakai. Dia tanya, “Kenapa solat tak tutup aurat?” Dia kata, “Lebih baik saya solat dalam keadaan tak tutup aurat daripada tak solat langsung.” Adakah solat tidak menutup aurat itu diterima dengan alasan Allah Taala maha pengampun? Tak kena lah, rajak diletakkan di tempat yang tak kena.
Okey, so kita kena seimbangkan. Ya, Allah Taala rahim, tapi jangan lupa Allah Taala juga muntahqim. Ya, Allah Taala juga akan memberi balasan buruk kepada orang yang buat maksiat. Key, 2.6. Sekiranya seseorang meninggal dan dikuburkan di luar negara, misalnya, apakah hukum untuk anak-anak atau kaum keluarga untuk menziarah kubur kerana sukar atau jauh?
Menziarahi kubur adalah sunnah. Secara umumnya sunnah maksudnya, nabi sebut dalam sebuah hadis, nabi kata, “Kuntum nahaituqum an ziaratil kubur, ala fazuruha fa inna ha tuzakirukum bil akhirat.” Rakan-rakan, dulu aku pernah larang kamu daripada ziarah kubur, sekarang pergilah ziarah kerana dia mengingatkan kamu kepada akhirat. Okey, cuma yang menjadi isu kalau seseorang terpaksa bermusafir untuk menziarahi kubur. Kenapa yang menjadi problem yang tu? Kerana ada hadis nabi kata, “Latusad durrihal illa ila salah: 1. Masjidil haram, 2. Masjidil Aqsa, 3. Masjid Nabawi.” Jangan ada seseorang itu mengikat menyediakan kelengkapan musafirnya melainkan untuk pergi ke tiga masjid ini sahaja.
Jadi bila nabi sebut tiga tu, jangan kamu ikat kenderaan kamu untuk bermusafir melainkan nak pergi ke tiga tu. Jadi Ibn Taimiyah ni dia fatwakan musafir untuk ziarah kubur tidak disyariatkan kerana nabi kata tiga ni saja, iaitu masjid je boleh. Kubur tak termasuk kan? Dan pendapat Ibn Taimiyah ni bukan pendapat dia yang baru. Maksud sebelum dia pun ada ulama yang fatwakan begitu, sebelum dia pun ada ulama yang fatwa akan bagi. Tapi majoriti ulama tak terima pandangan dia. Majoriti ulama kata tak apa kerana ziarah kubur adalah sesuatu yang dituntut.
Cumanya saya nak bagi tahu begini, ziarah kubur ni nabi sebut dalam hadis mengingatkan kita kepada akhirat. Maka ziarah kubur siapa pun tak pe. Tak semesti ziarah kubur keluarga kita. Doa ustaz doa di mana mana pun sampai. Tapi kalau kita ada duit banyak, nak pergi ziarah kubur saudara sebab dia kata ada feel lain sikit. Ustaz sebenarnya memang betul kita pergi ziarah kubur nabi dengan ziarah kubur sahabat tak sama dengan ziarah kubur orang biasa. Bukan kerana kita percaya apa, tapi kita nak ambil semangat dia.
Contohnya, macam dekat Jordan tu ada kubur Muaz bin Jabal, ada kubur Abu Ubaidah al-Jarrah. So masa kita pergi, kita ziarah tu kita rasa macam nak ambil semangat dia kan? Bukan kerana kita nak pergi minta hajat kat dia pula. Tapi kita, dia macam ada feel lain sebab manusia kan ada jasad fizikal dan rohani. So bila kita bersama, kita tengok benda tu tak sama macam kita dengar khabar tentang dia. So bagi saya, saya nak saya pegang pendapat majoritilah, bolehlah pergi tapi takde kelebihan apa pun secara khususnya. Takde sekadar ziarah kubur biasa saja maksud saya dah ziarah kubur seperti mana yang lain.
Okey, saya tidak bersama dengan Ibn Taimiyah dalam masalah ini. Sahih ke hadis Jibril memasukkan tanah ke dalam mulut Firaun ni ada riwayat. Waktu Firaun dalam lemas tu dia nak mengucap, Jibril masukkan tanah dalam mulut dia supaya dia tak mengucap. Kenapa Allah Taala tak merahmati dia? Sebab ada hadis lain, nabi kata, “Inallaha yaqbalu taubatal abdi malam yugharghir.” Allah menerima taubat seorang hamba selagi mana nyawanya tidak sampai ke kerongkong. Firaun dah sampai ke tahap tu. Jadi bukan kalau Allah Taala betul-betul tak nak rahmat, tak nak terima taubat Firaun ni dah tentu Allah Taala tak hantar Musa pergi daripada awal. Tapi dia ni beriman setelah tamat tempoh waktu seperti mana orang yang nak bertaubat setelah terbitnya matahari daripada barat kan? Dah disebutkan dalam hadis. Jadi bila lepas tempoh limit baru nak beriman, lambatlah. Dah keluar result baru nak study betul-betul, lambatlah kan? Lambatlah dah keluar result dah, dah nampak dah.
Sebab manusia ni bila dah nazak, dia dah nampak dah tempat dia di syurga atau neraka. Masa tu baru nak beriman. Dulu kau tak nak beriman pun, kau perlekehkan Musa lagi. Adalah dia kata, “Ya Ahmad, ni bernilai binti salhal la Ali Abdullah, asbab bersamawat la Ali at-Talia Ilah Ilahi Musa.” Kan siap masa Nabi Musa berhujah dengan dia, dia kata, “Haman, pergi bina tangga ke langit, aku nak panjat nak tengok Tuhan Musa kat langit kerana aku menyangka dia menipu.” So dia troll Musa, dia menganjing Musa, dia camdek Musa. Kan Allah Taala tak terima.
Bolehkah membaca doa iftitah ketika imam sudah membaca surah Fatihah? Yang ni ulama berbeza pendapat. Sebahagian ulama menganjurkannya, dia kata kalau imam tengah baca Fatihah kita baca doa iftitah kalau kita terlambat. Hambali mengatakan tidak kerana ada riwayat menyebut, “Wa iza qara al-imam fa ansitu,” apabila imam membaca hendaklah kita diam dan mendengar. Saya cenderung ke arah tu lah, bila imam dah baca Fatihah kita dengarlah kerana imam baca untuk kita dengar.
Weh, banyak ni. Sebahagian kalau tak sempat kita jawab bulan depan eh, saya simpanlah dulu. Bagaimana cara taubat nasuha yang sebenar? Taubat ni kalau dosa dengan Tuhan ada tiga caranya. Dosa dengan Tuhan ada tiga cara: menyesal dengan dosa yang kita buat, tinggalkan dosa tu dan azam tak mahu buat lagi. Taubat kalau dosa dengan orang kena minta halal kat orang tu, kena minta maaf kat orang tu. Tapi kalau orang tu tak tahu ustaz kita kutuk dia, ha yang ni ada khilaf. Dosa kita dengan orang kita kena minta halal. Kalau kita ambil barang dia kita kena pulang. Kalau barang tu takde kena ganti. Tapi kalau dosa tu berbentuk umpatan ataupun kutukan dan orang tu tak tahu kita umpat dia nak kutuk dia, yang ni ada dua pendapat.
Pendapat yang pertama, mazhab Syafie disebut oleh Halimah Munawawi. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie, kena bagi tahu kat dia dan kena minta halal kat dia, dan kena sebutlah satu-satu. Ini kerana Imam Nawawi kata dalam mazhab Syafie, manusia ni bila diumpat, ada benda yang diumpat tu dia boleh maafkan, ada benda yang dia tak maafkan. Sebab tu kena sebut satu-satu kerana takut kalau kita tak sebut, kita tak tahu dia maafkan ke tidak. Jadi kita bagi tahulah, “minta maaf, saya dulu ada kutuk awak, antara benda yang saya kutuk adalah ni, senarai dia.”
Sebahagian ulama mazhab Syafie dan juga mazhab Hambali mengatakan, kalau orang tu tak tahu kita umpat dia dan tak tahu kita kutuk dia, tidak perlu untuk bagi tahu. Sebaliknya, kita istighfar kepada Allah untuk dia dan kita puji dia dengan pujian yang betul ada pada dia di tempat di mana kita pernah kutuk dia. Ha, siapa nak tukar mazhab sebab ni? Semua nak tukar mazhab kan? Saya ingat yang ke-2 ni agak lebih praktikal lah, tapi yang pertama lebih berhati-hati sebenarnya. Ha, jadi berhati-hati sebenarnya yang pertama tu. Kalau boleh buat, okey lah, tapi kalau kita pun percaya dengan kita bagi tahu secara umum mengeruhkan keadaan lagi, so kita istighfar lah kepada Allah untuk dia. “Ya Allah, ampunkan dia, ya Allah, rahmati dia.” Lepas tu di mana tempat kita pernah kutuk dia, kita sebutlah kebaikan dia. “Innallahasanaat yudhibna sayyi’aat,” kerana kebaikan memadamkan keburukan. Okey, boleh ha?
Samalah aa apa aa isu kita umpat ataupun kita fitnah dia. So kita kena bagi tahu balik apa yang saya bagi tahu kat dia tu. Contoh kita tulis kat Facebook kan, saya pernah fitnah dia, yakni fitnah dia adalah satu orang yang baik. Sebut kebaikan dia tapi kalau kita nak bagi tahu tak pe. Ramai juga orang datang kat saya bagi mesej dekat page, “Salam, lepas kuliah ada saya minta maaf ustaz, saya kutuk kat ustaz macam-macam, tapi saya tak nak tahu lah.” Kalau saya punya aa cara, saya tak nak tahu kerana kita boleh maafkan dia tanpa kita tahu. Sat gi dia bagi tahu sat gi dia lain kan?
Okey, apa pandangan ustaz tentang lepat? Lepat apa ni? Ubi ke pisang? Ha ni lepat apa ni? Oh, yang makrifat hakikat tu? Eh, petang ni dia pergi Tanjung Malim kan? Ada orang tag saya dekat poster dia, tapi saya dekat sini kan? Saya tidur dekat KL malam ni, esok ada urusan lagi so tak dapat nak jumpa. Baik tak boleh juga hadir. Dia macam ni tuan-tuan abang puan, bila kita nak memahami agama ni dia mesti ada disiplin. Disiplin yang paling utama, mesti faham bahasa Arab. Tak boleh mentafsirkan ayat Quran dan hadis dengan kefahaman bahasa Melayu. Contohnya, sebahagian orang dia kata, “Saya ni kalau solat pun saya lalai jadi tak yah solat lah sebab Tuhan kata celaka bagi orang yang solat iaitu orang yang lalai dalam solatnya.” Betul tak? Sedangkan bagi orang yang faham bahasa Arab, Tuhan kata apa? “Fawailu lil musalin allazina hum ‘an solatihim sahun.” Celakalah bagi orang-orang yang solat iaitu orang yang mereka ini lalai daripada solat mereka. Sebab ‘an’ tu daripada kan, ‘an’ tu daripada. Sebab tu dalam hadis ada ‘an,’ daripada, daripada, bukan “allazina hum fi solatihim sahun.” Bukan orang yang lalai dalam solat mereka itu, orang yang lalai daripada solat mereka. Sebab itu sebahagian mufasirin kata, ayat ni maksudnya apa? Dia ayat ni maksudnya orang yang melengah-lengahkan solat sehingga habis waktu tanpa ada uzur. Apa dia? Pergi lengahkan solat habis waktu lepas tu dia solat fardu, dia solat juga tapi dia telah lalai daripada solatnya. Maksud dia melengahkan sampai habis waktu dia solat lepas pada tu, lepas habis waktu.
Orang yang lalai daripada solat bukan orang yang lalai dalam solat. Tapi antara yang terpentinglah, bila kita nak berbincang, mesti faham bahasa Arab dulu. Tak boleh belajar faham ayat Quran tanpa memahami bahasa Arab kerana al-Quran itu bahasa Arab. Jadi bila Quran bahasa Arab, mesti faham bahasa Arab. Bila hadis bahasa Arab, mesti faham bahasa Arab. Samalah bila kita nak belajar apa teks Melayu and manuskrip Melayu, kena faham bahasa Melayu. Tak boleh faham manuskrip Melayu dengan kefahaman bahasa Inggeris. Tak boleh, kerana literation ataupun linguistiknya, adab-adab bahasanya berbeza kan?
Saya kerap puasa Isnin Khamis, adakah bertepatan? Ya, sunah puasa Isnin Khamis adalah sunah. Jika dilakukan pada hari lain, bagaimana? Yang ada hari khusus, hari Isnin Khamis dan juga 3 hari pertengahan bulan. Kalau tak 3 bulan, mana-mana pun. Aa, 3 bulan pula. 3 hari dalam sebulan, mana-mana pun. Lepas tu kalau nak buat pada hari-hari lain dengan alasan ia adalah aa solat aa puasa sunat, pun boleh juga. Tetapi hari yang khusus Isnin dan Khamis, hadis riwayat Muslim.
Tiada satu amalan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api neraka melainkan Allah menyelimuti kamu dengan rahmat-Nya. Bolehkah hadis ini melengkapi huraian hadis yang doktor huraikan tadi? Ya, bahkan bukan untuk lelaki ni saja, untuk semua manusia, untuk kita pun, untuk Nabi pun. Dalam hadis tu Nabi kata, “Lainyujiya amal lainyujiya ahadakum amaluhu,” tidak ada seorang pun yang amalnya boleh menyelamatkan dia daripada neraka. “Walau anta ya Rasulullah?” sahabat tanya. “Walaupun kamu ya Rasulullah?” “Walau ana,” walaupun aku. “Ila aiyata ramadhani ya Allahuminhu birahmat,” kecuali Allah telah mencucuri dan menyelimutkan aku dengan rahmat-Nya. Maksudnya apa? Hadis ni maksudnya adalah bila kita beramal, amal kita ni bukan untuk membeli syurga. Amal kita ni untuk mendapatkan rahmat di syurga kerana kalau nak compare secara adil, takkan mampu untuk capai syurga. Kenapa? Kita amal dalam dunia ni sehari 24 jam, solat 5 minit kali 5, 25 minit. Campur solat sunat setengah jam, campur ibadat lain sedekah, apa semua kita buat. Katalah paling kurang sehari sejam. Kita ada baki 23 jam. 23.00 jam kita buat apa? Kita buat kerja kita, kita cari dunia kita. Paling penting tidur 8 jam, betul tak? So tidur 8 jam, tidur lagi lama daripada ibadat dalam dunia ni. Manusia tidur lagi lama beribadat. Manusia normal macam kita ni, betul?
Ada orang solat lagi lama daripada tidur? Mana ada. Imam solat tarawih lama pun kebas lagi, belum 8 jam lagi, baru 3-4 jam kan? Okay, so 8 jam kita tidur, hanya sejam je kita buat ibadat. Lepas tu nak masuk syurga banyak mana, lama mana? Selama-lamanya. Tu yang Nabi sebut dalam hadis tu Bukhari, Nabi kata, “Mau dhiusautin filjannah khairul minaddunya wamafihah,” kawasan dalam syurga ni kalau kita lipatkan cemeti yang pukul orang tu, lipat lipat lipat, macam mana lipat lipat lipat ni, ha lipat lipat lipat, letak dalam syurga, aa kawasan tu lebih baik daripada dunia dan seisinya. Nikmat dalam syurga sebesar itu lebih baik daripada dunia dan seisinya kerana nikmatnya tidak putus. Dunia putus, tidak terhad. Syurga tidak terhad, dan dunia terhad. Dan balasan yang Allah Taala bagi dalam syurga ni tidak pernah terlintas dalam jiwa manusia. Sedangkan ibadat kita sangat terhad.
Tu satu. Yang ke-2, bukan ke pahala kita digandakan? Gandaan pahala ni rahmat ke? Sebab kita berhak dapat rahmat. Kalau Tuhan buat kira yang kira macam akauntan punya kira, susah kita. Pahala satu satulah, dosa satu. Satu orang buat dosa dengan orang buat pahala, mana lagi khusyuk? Ha ha, orang buat dosa dengan orang buat pahala, mana lagi khusyuk? Nak kata dosa khusyuk lagi tu, ustaz macam berdosa juga tu, betul tak? Kadang-kadang kita buat kita solat, kita tak khusyuk mana pun. Tapi masa kita buat dosa, kadang-kadang kita feel. Feeling kan? Kita feel betul. Tapi pahala diganda, dosa tak ganda.
Ke-2, ke-3, dosa-dosa kecil diampun dengan ibadat yang kita buat, bukankah itu rahmat? Dosa-dosa kecil terampun dengan musibah, bukankah itu rahmat? Yang ke-4, bila pergi ke negeri akhirat, timbangan amal. Bila ditimbang, bila amal kita ditimbang, katalah timbang tu berat belah baik, dia masuk ke mana? Syurga. Apa jadi pada dosa dia? Ampun betul? Kalau nak adil, bila dosa lagi ringan daripada pahala, masuklah neraka dulu sebab engkau ada dosa kan? Ha, masuk neraka dulu sampai habis dosa baru masuk syurga, itu adil. Tapi Allah Taala ampun, rahmat. Ke-2, satu orang timbang berat belah jahat, dia pergi mana? Neraka. Sampai habis dia punya dosa, dia lepas tu dia masuk syurga. Sampai bila? Selama-lamanya, dia tak keluar. Lepas dosa, lepas pahala, dia habis di dalam syurga tengah seronok-seronok. Okey, masa dah tamat. Eh, ni bukan pergi taman tema, ha ha, masa dah tamat. Masa dah tamat.
Okey, berkenaan baca surah Kahfi pada hari Jumaat, yang mana akan dipancarkan cahaya antara dua Jumaat, baca surah Kahfi ni yang disebut dalam hadis.
Seingat saya, sama ada antara dua Jumaat ataupun akan dipancarkan cahaya daripada tempat dia baca tu sampai ke Baitullah. Maksudnya, amalan dia ataupun tindakan dia sepanjang seminggu tu akan dipancari dengan hidayah Allah. Ini kerana dalam surah Kahfi tu ada cerita pasal syurga dan neraka, ada cerita pasal Zulkarnain. Jadi, tindakan dia akan dipandu, dia akan mendapat panduan. Macam mana orang solatlah yang Nabi sebut dalam hadis tu: solat tu Nur, solat tu cahaya. Orang kalau solat, macam mana dia marah pun kita nampak dia tu terpandu, dia takde maki orang suka-suka.
Okey, assalamualaikum waalaikumsalam. Apakah amalan yang mampu memadamkan murka Allah dengan cepat? Kedua, adakah sedekah dapat memadamkan dosa besar? Sedekah dapat memadam dosa kecil, dosa besar mesti dengan taubat. Okey, memadam murka Allah dengan taubatlah, ha. Memadam murka Allah dengan taubat.
Ini satu lagi: bagaimana cara untuk wanita berwuduk di tempat terlindung di tempat yang tidak terlindung agar tidak ternampak auratnya? Dalam isu ni, ada hadis riwayat Muslim Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyapu di atas himar. Nabi menyapu di atas serban dia. Maka, cuma ulama berbeza pendapat tentang hukum menyapu di atas tudung kepala ataupun penutup kepala tanpa sedikit pun disapu di atas kawasan kepala. Dalam isu ni, saya berpegang kepada mazhab Syafie dalam isu sapuan kepala iaitu sebahagian pun sudah memadai. Maksudnya kita ambil basahkan tangan dan sapu di mana-mana kawasan kepala sudah memadai, tak perlu untuk sapu keseluruhan. Sapu keseluruhan adalah sunnah, bukanlah satu kewajipan.
Jadi, kalau seorang perempuan dia berada di satu kawasan yang memang takde tempat untuk dia berwuduk secara tertutup, maka dalam isu ni dia boleh ambil pendapat sebahagian ulama yang membenarkan dia sapu di atas tudung dia. So, basuh muka macam biasa, basuh tangan macam biasa sebab basuh tangan ni boleh masukkan air di bawah kain, lengan baju. Begitu juga bila sapu tang kepala tu, boleh sapu di atas tudung dia kerana darurat. Tapi seeloknya masukkanlah tangan tu di bawah tudung tu supaya sedikit daripada rambut tu terkena air.
Okey, lepas tu tang kaki tu kalau dia memang ambil wuduk dan pakai stoking, sapu je atas stoking. Kalau dia lupa nak ambil wuduk awal-awal masa pakai stoking tu, maka dalam isu ni carilah kawasan yang terlindung sikit dan buka stoking. Suruh kawan-kawan yang ada bersama dia lindungkan dia supaya tak ternampak. Kalau tak ada juga, bolehlah bertaklik dengan mazhab Abu Yusuf yang mengatakan kaki perempuan ini bukan aurat tetapi majoriti kata aurat ni dalam keadaan darurat baru dia boleh basuh. Selesai masalah.
Okey, sebab muka memang bukan aurat kan, so kita basuh muka macam biasa, tangan masukkan di bawah baju macam biasa. Cuma tang kepala tu, sapu di atas tudung dan masukkan sedikit tangan yang dibasah tu di bawah tudung. Berdasarkan hadis Muslim. Okey, lepas tu masuk lagi. Allahu Subhanahuwataala Abdul Sarawak. Terima kasih banyak, insyaAllah kita jumpa lagi pada masa-masa yang akan datang. Lama juga jawab soalan, lebih kurang macam kuliah juga dah. Terima kasih banyak, saya minta maaf terkasar bahasa, tersilap kata. Puluh kau Leha dakwah, astaghfirullahalazim. Walaikum assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih juga kepada penganjur. Sebenarnya ada orang sponsor ni kuliah ni, aa so kita terima kasih banyak kepada dia. Moga-moga usaha ini diberkati oleh Allah Subhanahuwataala. Amin ya Allah.
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak