Perjalanan Dr. Maza Yang Digelar Wahabi
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Bila saya kena tangkap, alhamdulillah, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib, bela saya secara terbuka. Tok Guru Nik Aziz juga, dan pemimpin-pemimpin parti politik hampir kesemuanya bela. Apabila saya pergi ke mahkamah, begitu ramai yang menyokong, dan saya dijemput ke negeri Kelantan. Tok Guru Nik Aziz panggil saya jumpa dengan dia di bilik pejabatnya. Antara kata-katanya yang saya ingat, dia kata, “Wahabi ni adalah bintang saya masa muda-muda.”

Tadi saya dengar beberapa orang pembicara cakap banyak sangat perkataan wahabi hari ini. Seingat saya, tauhid rububiah, uluhiah, asma dan sifat lama lah masa saya di sekolah lagi ada dah. Buku Presiden PAS sekarang, yang berhormat Tan Sri Ustaz Abdul Hadi Awang, memang itu tauhid yang dia bahas dulu lagi berapa puluh tahun. Kemudian dimasukkan ke sekolah-sekolah. Tiba-tiba apabila timbul gerakan puak-puak ni, dia kata punca tauhid ini lah kerana menyatakan Allah itu yang pertama, yang menciptakan segala-galanya. Tuhan melintas segala-galanya. Kedua, Allah hanya Tuhan yang berhak disembah. Ketiga, asma dan sifat-Nya. Ini punca menjadi pengganas, kot mana kita pun tak faham. Berapa puluh tahun belajar, ambil SPM, kalau tidak dah ganas habislah negara ni. Tiba-tiba bila mari pertelingkahan ini, tiba-tiba ini jadi tauhid wahabi. Ertinya berapa puluh lama Malaysia wahabi?

Daripada mula dengan gerakan Islam ataupun parti-parti yang dikaitkan dengan Islam dan kemudian kepada pendidikan dan negara. Masa saya sekolah rendah, menengah, sekali-sekala dengar perkataan wahabi ni. Saya pergi ke pondok selepas SPM. Mungkin sebahagian orang pondok dengar dia, “Ai, dia tu apa ni, dia pi pondok.” Ah sebab SPM tak lama, tapi dalam SPM masa tu saya dengar perkataan wahabi. Di antara yang saya dengar masa tu, siapa yang mengaji akademik hitam hatinya. Yang tu satu. Kami mari lepas SPM tentu dah hitam masa tu lah. Kemudian kami kayuh basikal rumah sewa jalan kot pondok, depa kata macam perangai wahabi pakai seluar. Tapi masa tu kita tak tahu, internet pun tak ada nak tengok betul ke wahabi pakai seluar yang tak wahabi pakai kain pelikat. Masa tu barangkali semua benda. Sebelum saya pergi ke Jordan, saya ni satu benda, saya tak seronok cerita ni, saya banyak saya malas. Tapi cerita pi kat tuan-tuan, saya malas naik sosial hidup ni dengan diri individu.

Sebelum saya pergi ke Jordan, saya duduk di Kelantan di Nilam Puri. Di situ, saya tahu kelebihan dan kehebatan orang Kelantan. Saya tengok tiap-tiap petang ada lawan bola sepak bertumbuk. Ha ha, tu dia! Ada kampung beruk, betul ke? Jadi, kalau naik teksi tu, macam-macam lah beruk, beruk, beruk. Kalau tuan-tuan naik, beruk naik gitu.

Saya duduk di Nilam Puri masa tu. Saya ikuti kuliah pengajian Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Zulkifli. Masa itu, saya dengar banyak perkataan wahabi. Mereka kata Ustaz Nik Aziz wahabi. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu sifat 20 dan isu makan tupai. Orang Kelantan mungkin tahulah isu tu. Tok Guru Nik Aziz sudah mengkritik tentang pengajian sifat 20 dan menyebut boleh makan tupai. Jadi, terkejutlah geng-geng yang tak mahu makan.

Saya hadir kuliah masa itu, tafsir surah Yusuf. Saya lihat fitrah dia di dalam memudahkan dan memang ada bunyi kuat. Masa tu dia belum menjadi Menteri Besar, mengkritik aliran-aliran lama. Saya dengar juga siapa baca kitab Firdaus sunnah wahabi, Tok Guru Nik Aziz dia baca.

Bila saya pergi ke Jordan, saya dapat peluang ke Saudi tapi saya pergi ke Jordan dulu. Kemudian peperangan Teluk, Saddam Hussein masuk ke Kuwait. Kami disuruh balik takut dunia Arab berperang. Ini perang Teluk yang pertama, Gulf War yang pertama. Masa tu, arqam pun ada sana, meramalkan bahawasanya dunia Arab akan menjadi padang jarak padang tekukur melalui Imam Mahdi. Ia tak jadi dan itu yang berlaku kebelakangan ni. Ramalan-ramalan macam-macam, tapi anak murid ikut juga.

Di sana, saya bukan belajar di Saudi, kita belajar di universiti di Jordan. Ikhwan non Muslimin lebih kuat. Sheikh Hamam Said, saya duduk di Suwaileh sampai belajar Jordan. Dia kata ketika tu, Sheikh Hamam Said, hadis Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dah meninggal Rahimahullah. Ini dalam fikrasi mereka, sembahyang raya tengah padang, start khutbah lepas semua sebut start, memang Ismail ya Tuhan hukum ah, dengarlah wahai kerajaan. Start macam tu dah sakan.

Tapi di Suwaileh juga ada tokoh yang ramai. Mungkin dalam kuliah ni sebut, mungkin Dr. Azrul suka sebut Sheikh Salah Abdul Fattah al Khalidi. Dr. Salah Abdul Fattah Khalidi, kami hadiri kuliah dia di Masjid Abdul Rahman bin Auf seperti mana sheikh-sheikh yang lain. Sheikh Salah mufassir, banyak tulis kitab tafsir tapi fokus dia banyak mempertikaikan riwayat Israiliyat.

Apabila saya balik ke Malaysia, saya balik dengan semangat mempertikaikan riwayat Israiliyat. Cerita-cerita yang kartun yang dikaitkan dengan tafsir. Masa tu, balik umur 25, muda lagi. Segaklah sikit pada anak, segak lagi. Saya mempelajari beberapa pengajaran. Apabila saya mula bercakap tentang Israiliyat dan bahaya Israiliyat, jika diterima semuanya tanpa penelitian, ia akan mengaburkan fahaman kita tentang al-Quran.

Yang pertama, saya dengar ada ustaz kampung saya kata dia tu balik dari Arab anti hadis. Kemudian saya baca kitab “Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam Syafi’i” (Fiqah Manhaji di atas Mazhab Imam Syafi’i). Di dalam tu ada bab kenduri arwah, kata tak boleh kenduri arwah. Kita juga ada kitab jawi yang kata tak boleh kenduri arwah. Ketika itu, saya dengar dia kata Ustaz Asri wahabi. Oh, mula saya berkenalan dengan gelaran kewahabian ini.

Kemudian, bercakap tentang macam mana bila orang mati upah orang untuk sembahyang, nak bayar balik hat di mana dia tak sembahyang, tak ada dalam agama, demikian kata mereka wahabi. Sedangkan saya belum lagi membaca buku Muhammad bin Abdul Wahab. Saya pernah mendengar nama Muhammad bin Abdul Wahab melalui ceramah presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang, dalam kitab Abu Tauhid dia sebut. Saya mendengar nama Nasruluddin Al-Albani masa saya sekolah menengah melalui presiden PAS juga. Dia kata As-Syirna Surudin Al-Albani ulama hadis yang paling unggul di kurun ini, menyebabkan saya pergi baca buku Silsilah Da’ifah dalam bahasa Melayu dulu masa saya tingkatan tua. Saya rasa kalau tak habis pun, hampir habis lah. Saya lebih kurang tuan-tuan juga, rajin juga membaca masa tu.

Apabila saya balik, saya cakap hal-hal ni tak boleh. Orang mati sembahyang jenazah kena upah baru pi sembahyang, wahabi oi, banyak benar wahabi ni. Ini belum baca buku wahabi lagi dan bercakap tentang Fiqh Taysir, mudahkan Fiqah, kenapa nak dipayahkan, kata depa wahabi. Maka lama-lama perkataan wahabi ni saya dengar, sedangkan saya belum baca pun Fiqh Hambali, tidak pun membaca mana-mana kitab Muhammad bin Abdul Wahab. Boleh tanya orang IQ yang belajar di IQ, tak dibaca buku Muhammad bin Abdul Wahab.

Maka hantu wahabi ni sentiasa muncul. Apa itu wahabi? Wahabi ya, saya kadangkala orang suruh jadi imam di kampung dalam duk wahabi tu, kadangkala saya qunut. Cumanya di IQ tu memanglah tak qunut, itu tempat kita. Tapi kalau saya jadi imam di luar, saya qunut. Di masjid penghulu, saya pernah jadi imam pagi-pagi saya sembahyang subuh. Dia kalau orang tolak saya qunut, tapi bila depa tengok tempat kita ada tak qunut, depa kata puak tu kata qunut sesat, tuan-tuan.

Apabila kita mula bagitahu dalam mazhab lain ada pandangan begini sikit, depa kata ustaz tu kata Imam Syafie bodoh. Dan inilah yang dibuat sehingga hari ini oleh sebahagian anak-anak muda yang tak dengar kita. Dia percaya depa tu kata Imam Syafie bodoh, depa kata Imam Syafie masuk neraka. Mereka create ni cerita berapa puluh tahun dulu, tak lah puluh tahun sangat, 20 tahun lebih dulu. Tuan-tuan pernah tahu bahawasanya saya pernah debat dengan Astora Rajabat ketika tu. Astora punya gelombang menulis di dalam Utusan. Alhamdulillah, selepas debat tu Astora hilang, tapi orang kata yang mengalahkan Astora pun wahabi lebih dahsyat lagi. Mereka kata dia pi kata Imam Syafie itu, dia tak panggil Al-Imam Syafie, dia panggil budak Syafie.

Saya duk hairan kot mana, masa bila aku panggil Imam Syafie budak Syafie? Rupanya saya pernah cerita semasa Imam Syafie masih budak lagi, dia berjumpa dengan Imam Malik. Mereka dapat modal hat tu, tuan-tuan. Saya melalui tempoh yang lama, masa tu belum ada lagi ni ramai-ramai ustaz. Kalau buat perkampungan sunnah, tinggal saya seorang dengan berapa ustaz lagi. Tak dak lah, bukan pengurus sunnah pun. Siang hari, saya nak cerita sikit, tuan-tuan. Saya mari sebelum saya ada PhD.

Saya datang ke Perlis dan mengajar di Masjid Kuala Perlis Rahman. Saya suka mengajar di masjid ini kerana ramai yang hadir dan mereka tidak menggelar saya wahabi kerana mereka orang Perlis. Mungkin mereka pernah mendengar kuliah saya. Saya sembahyang di Masjid Rahmaniah.

Masa muda dulu, saya seronok kerana saya tahu banyak tempat yang saya pergi, orang mengiktiraf saya. Bukanlah penting sangat orang mengiktiraf atau tidak, tetapi ia adalah pertarungan perasaan dan tuduhan. Dalam perjuangan ini, kesakitan bukan semestinya datang daripada orang yang memukul kita. Sebab itu, Al-Quran berkata, “qad na’lamu innahu layahzunuka alladzi yaqulun” yang bermaksud, “Kami tahu sesungguhnya mendukacitakan engkau apa yang mereka kata”. Saya berdoa di Masjid Rahmaniah, “Seperti mana teguhnya tiang ini, ya Allah, teguhkanlah aku di negeri ini.”

Saya orang Pulau Pinang, pertama kali datang ke Perlis. Saya dijemput berceramah di Perlis, tetapi tiba-tiba saya kena banned di Perlis. Mereka kata saya pembangkang, tak boleh masuk Perlis. Baru saja saya berdoa, tetapi Allah tidak mensia-siakan doa itu. Selepas itu, saya pergi buat PhD dan habis kembali sebagai doktor. Saya pergi ke banyak tempat.

Selepas PhD, saya berdebat dengan Astora dua kali. Satu kali di Mengkuang, satu kali di Dewan Bahasa. Baru-baru ini, saya ke Kelantan. Orang Kelantan ramai. Maaf, orang Kelantan, tapi saya nak cerita tuan-tuan, semasa saya belum lagi dapat PhD, belum lagi dapat master, saya pernah berceramah forum dengan Dr. Ismail Lutfi. Ketika itu, dia masih muda, dan dia adalah bintang wahabi.

Semasa ceramah itu, saya melancarkan buku saya. Saya muda masa tu, berani juga. Buku pertama saya “Hukum Kenduri Arwah”, memang cari pasal. Saya kumpulkan semua dalam mazhab Syafi’i tetap wahabi walaupun dalam mazhab Syafi’i memang sebut tak boleh. Saya masih ingat masa forum itu, seorang lelaki datang ke depan, pakai serban, dan dia mengamuk. Dia buka baju, tunjuk kat Dr. Ismail Lutfi dan saya.

Dr. Ismail Lutfi bangun dan pergi ke belakang untuk solat. Saya terus bercakap. Orang muda ketika itu memang berani. Apabila saya dapat PhD, saya pergi ke Kelantan untuk forum. Saya masih ingat, saya tulis tentang peristiwa itu dalam artikel “Mimpi di Kota Bharu”. Semasa saya sedang membentang, kumpulan daripada pondok masuk di belakang dan buat demonstrasi. Yang berlaku baru-baru ini lebih dekat dengan saya.

Ustaz Kadir ada tanya, dia takut kerusi terbang kena atas kepala. Seorang lelaki bangun dan berkata, dia sebagai tuan guru dari pondok sekian-sekian, tidak mahu sebut namanya. Dia kata, ketika ibunya mengandung, dia bermimpi sebutir bintang jatuh ke perutnya dan melahirkan dia. Jadi, saya tak boleh lawan dia, sebab dia wali. Dia hentam saya, tapi saya alhamdulillah tidak risau. Saya cuba memahami tentang hal ini.

Kemudian, saya datang ke Perlis. Allah takdirkan, mungkin doa saya masa muda dulu mustajab. Saya dijemput menjadi mufti Perlis pada 2006, dua tahun saya menjadi mufti. Kali pertama banyak akhbar membuat liputan yang pelbagai. Saya memperkatakan tentang fiqh taysir, memudahkan fiqah sesuai dengan semangat Perlis.

Perlis tidak qunut, bukan kata siapa qunut masuk neraka. Di Masjidil Haram pun tak qunut, kerana itu salah satu mazhab dalam mazhab ahli sunnah. Bukan sejak saya datang, tetapi sejak tahun 40-an lagi, kaum pembaharuan melakukan hal ini.

Sebab itu Hamka sebut Perlis dan pembaharuan dalam pemikiran. Saya datang jadi mufti selama 2 tahun, dan tuan-tuan tahu masa itu media banyak sokong saya. Selepas 2 tahun, saya tamat tugas dan kembali. Tuan-tuan tahu ada peristiwa, bukan saya nak cerita pasal diri saya, tetapi nak kaitkan dengan cerita wahabi ini. Saya ditahan di Taman Seri Ukay pada tahun 2009 kerana ceramah tanpa tauliah. Saya ingat lebih daripada seminggu tiap-tiap hari muka saya keluar di surat khabar.

Masa itu dekat-dekat nak jadi Perdana Menteri, ada jawatan yang nak dilantik pada saya. Maka ada gerakan oleh kumpulan agama tentang bahaya bekas mufti Perlis. Saya nak cerita kepada anak muda bahawa hidup ini tidak perlu takut sangat. Saya lalui banyak perkara, dan tiada lagi doktor atau kawan-kawan lain. Saya menjadi sasaran dalam semua benda. Mereka buat road show dengan gambar saya yang naik.

Tetapi keadaan berjalan seadanya. Bila saya kena tangkap, alhamdulillah, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib, membela saya secara terbuka. Tok Guru Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin parti politik hampir semuanya membela saya. Apabila saya pergi ke mahkamah, begitu ramai yang menyokong. Saya dijemput ke negeri Kelantan, dan Tok Guru Nik Aziz panggil saya jumpa dengan dia di pejabatnya. Antara kata-kata dia yang saya ingat ialah, “Wahabi ini adalah bintang saya masa muda-muda dulu.” Dia juga kata dia pernah pergi ke Perlis, rumah Abu Bakar Asyari, yang dulu imam Masjid Alwi dan dianggap tokoh pembaharuan yang membawa pemikiran keluasan bermazhab. Dia kata kita kena sabar.

Tok Guru Nik Aziz juga berkata, “Ana ni sebab pegang kerajaan, dia jadi susah sikit, kena sabar.” Sepanjang beliau ada, banyaklah program-program di Kelantan yang saya isi. Sehinggalah saya jadi pensyarah balik, saya dijemput sebagai Felo ke hospital. Kemudian saya patah balik mengajar di UKM. Saya pergi ke SOAS di London. Kemudian Tuanku Raja Perlis minta saya balik untuk menjadi mufti kali kedua.

Bukan nak cerita pasal saya, tapi nak cerita perjalanan ini. Saya fikir, kalaulah Allah tak kesian, gelombang ketika itu jauh lebih besar untuk saya hadapi. Bukan kerana saya ada kelebihan apa, tapi Allah selamatkan sahaja hamba yang penuh dosa ini sehingga saya boleh duduk pada jawatan ini dan meneruskan agenda yang saya rasa patut buat.

Tuan-tuan sekalian, bila berlaku krisis, saya nak ingatkan anak-anak muda yang tak dengar kita, dengarlah elok-elok. Apa yang dituduh, golongan yang nak sunnah ini maki mazhab, maki Imam Syafie, kata orang yang baca Yasin masuk neraka. Tuan-tuan hanya boleh dengar daripada mulut ustaz-ustaz yang menuduh itu. Mustahil untuk saudara mendengar daripada kami kerana kami tidak pernah mengucapkannya. Kami hanya bagi tahu dalam sunnah, Nabi baca surah Kahfi. Itu sahaja. Kami bagi tahu, tiada riwayat yang sahih Nabi baca Yasin malam Jumaat.

Dia kata, “Depa kata siapa baca Yasin masuk neraka.” Dia kata, “Arab kata dara bani wabaka syaitan mani washtaka,” dia maki aku, dia menangis. Dia maki aku, dia mengadu. Dia pukul aku, dia menangis. Orang kata, mazhab ada banyak. Imam Syafie, dengarlah ceramah kita semua. Imam Syafie, imam rahimahullah, imam yang agung, nasirul sunnah. Tapi ada kaul kita pilih mazhab yang lain. Imam juga, Imam Malik, imam yang besar. Kami tak pernah kata dia bodoh. Depa kata Imam Syafie bodoh. Depa lagi pandai daripada Imam Syafie.

Dan ini masuk dalam fikiran sebahagian, sedangkan mereka sendiri kadang-kadang tidak bermazhab Syafie. Geng yang tengok bola, mana mazhab Syafie nampak? Pelihara orang, mana boleh.

Untuk nak mudahkan, saya nak kata, saya nak bagi tahu bahawa hal yang seperti ini, ungkapan yang seperti ini, tidak memajukan umat. Apa yang kita seru ialah untuk melihat teks al-Quran dan sunnah. Sama-sama kita pelajari. Kalau kita kata orang awam tak boleh faham, mungkin mereka tak boleh faham detail. Tapi takkan tuan-tuan handphone daripada tak pandai, pak cik tu dah pandai. Dulu tengok komputer pun takut meletup.

Sekarang, handphone maksudnya manusia kalau diajar berulang-ulang ia faham. Dia kata, “Kita siapa untuk katakan kau ni tak, engkau ni lebih pilih, kau ni lebih pada kau ni?” Mereka yang ikut ustaz mereka pun ikut ustaz, bukan ikut Imam Syafi’i. Sebab itu ada imam mazhab kata lain, ustaz kata lain, maka ikut ustaz.

Saya sebut, saya selalu buat contoh. Tuan-tuan nak pergi beli kereta. “Kereta ni bagus, bang,” dia kata. “Hang engineer ke nak tanya bagus tak bagus?” Orang jual, beli saja dah lah. “Saya nak pakai lah, dia minyak bagus, enjin dia bagus.” Kalau bagi tahu bagus pun hang bukan faham enjin. Jadi, kami jual kereta, hang beli saja. Untuk kereta, kita tanya untuk amalan kita. Bukan kita perlekehkan yang lain, kita lihat kaum-kaum yang ada sekadar boleh kita faham. Semua gaul harta yang difatwakan di negeri Perlis ini tidak keluar pun daripada imam-imam yang empat. Tuan-tuan sembahyang qunut, tak qunut, tak keluar. Mari negeri Perlis, bismillah perlahan, tak keluar. Majoriti ulama pun bismillah perlahan. Cuma ia memberi exercise untuk kita tanya pasal perlahan lalu kita baca. “Oh, hadis Anas macam ni, hadis salah,” untuk kita tahu. “Hadis tak boleh tahu, hangpa orang awam habis tu tak payah buat kuliah mengaji.” Ya, khabar sudah. Kami kena buat apa?

Ini adalah hal yang kita ajak. Tadi siapa nama, Ustaz Shah Budin? Apa, memandaikan umat supaya kita bagi tahu ini agama hazadin qayyim. Supaya agama ini tuan-tuan hargai, hebatnya nabi hargai. Supaya tuan-tuan apabila kita solat, terbayang pada wajah, pada ingatan kita, pada perasaan kita solat nabi. Walaupun memang kita mendengar cara kupasannya daripada imam-imam mazhab, tapi asas yang mereka sebut semuanya hadis nabi. Bukan “Allahuakbar, bayangkan wajah gurumu.” Alhamdulillah, alhamdulillah. Saya berharap, saya tahu pasal ramai orang muda tuan-tuan tegur kita, kita tak maki orang. Kerana kita tidak berjuang untuk maki. Tuan-tuan tengok yang mencarut maki dan tuan-tuan tengok ulasan yang maki.

Saya harap orang yang nak kepada sunnah nabi tak buat hal itu. Kita tak maki, kita tak angkat jari tengah dalam masjid. Kita tak kata siapa raya hari Isnin jadi sekian rayalah. Kita takkan buat begitu. Ajaran Abu Hassan Asyari, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah. Abdullah bin Mas’ud dia sebut, “Kaifah bikum izala basatkum fitnah yarbu fihasarir wayah rumufi hal Kabir wayat tahri dusun nathan Awa yuta qada sunnah faedah rirat yauman gila Hada Mungkar?” Apa akan jadi pada kamu nanti apabila kamu telah diseliputi oleh fitnah yang kecil membesar di dalam yang fitnah yang besar, tua di dalam fitnah, dan dijadikan yang salah itu sunah? Bila kita nak ubah yang salah tu kilat haza Mungkar? Hangpa buat Mungkar, hangpa ni Mungkar. Orang tua-tua duk buat lama-lama. Mari-mari tengok kita sembahyang tarawih, tak sebut khalifah nombor satu, nombor dua, kita tak sebut. Tak apalah kita tak sebut. Dia marah, dia kata, “Hangpa ni tak hormat khilaf.” Kalau kita tak sebut masjid yang dia sebut tu, kita nak kata, “Woi, jangan sebut.” Tak apalah juga, tak dak siapa kata apa kat masjid dia.

Harta kenduri arwah yang dilarang belum pernah dengar lagi orang sunnah ni pi ambil nasi kenduri arwah tu tuang atas kepala tekong tahlil tu. Kita bagi tahu sunnahnya, nabi tak benarkan. Kuna Naura alistimah Aida ahlil main wasana atau ta’am dengan niaha. Kami melihat berhimpun di rumah si mati buat makanan termasuk dalam meratapi kematian. Hat tu yang kita habaq. Dia marah pasal kita habaq. “Tu nak kuliah boleh tapi jangan habaq habis. Kami nak habaq apa? Habaq hak kami mahu, ha susahlah macam tu.” Dijadikan sunnah tidak ditanya. Abdullah bin Mas’ud mata Zali kaya abang Abdul Rahman bila hal seperti itu berlaku. Wahai abang Abdul Rahman kata dia, “Iza qalat amanah hukum apabila sedikit orang-orang yang amanah di kalangan kamu, wakaf surat umara hukum, dan ramai pemimpin-pemimpin orang yang nak kepada kuasa, ramai wakalat fuqahar hukum, kurangnya fuqaha orang yang faham agama, wakaf surat qura hukum, ramai orang yang membaca boleh baca tapi tak faham, waktu fuqiha liriridin, kemudian orang belajar agama belajar bukan kerana agama, walltumi dunia beramalil akhirat, dan dicari dunia dengan amalan akhirat.”

Kalau tuan-tuan nak kaya jadi ustaz, modal air liur saja tuan-tuan boleh dapat 102 RMratus satu malam. Jual air laici tepi jalan belum tentu RM50 dapat.Bukan saya kata salah. Maksudnya, apabila semua orang rasa ini tempat bukan salah ambil sampul tu, kita pun bagi. Tapi, orang rasa ini tempat buat duit maka orang mencari dunia dengan amalan akhirat. Bapa meninggal, kami saya ada buat 1,000-3,000 lailahaillallah supaya boleh sedekah kalau mahu. Amalan-amalan yang macam-macam, kesemuanya di sebalik amalan itu ialah bayaran.

Dan tuan-tuan tengok, dia muncul apa yang kita tanam itulah yang muncul. Dia kata, takkan golongan agama buat. Ya, Quran kata, “Fawailun lazinah yaktubu nalkita babi aidihim Sumayyah kuluna haza min Allah liaz tarubihi thaman alkalil.” Celaka orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka kemudian menyatakan ini daripada Allah untuk dia membelinya dengan harga yang murah.

Ini projek yang lama-lama kita memang sayang pada orang agama. Tapi, kita juga kena berhati-hati di dalam setiap fatwa agama yang dikeluarkan. Kerana jika dibenarkan semua orang mengeluarkan, tuan-tuan kalau nak selamat, tuan-tuan beli air saya ni, insyaAllah bubuh di kubur sekian-sekian. Jadi, kalau kita benarkan berbagai produk keluar atas nama agama yang tidak ada asalnya, ia akan membahayakan.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak