Gerakan Wahabi: Sejarah Dan Implikasi Ke Atas Masyarakat
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Alhamdulillah illadi arsala Rasulullah bin Huda wadinil haq liuzhirahhu aladini kuli walau karihal kafir. Ashadu an la ilaha illallah wahdahu la syarikalah, wa ashadu anna sayyidana Muhammad abduhu wa rasuluhu, Allahu Alaihi Wasallam.

Kepada habibina wa syafi’ina wan zukrina, maulana Muhammad wa’ala alihi wasahbihi wa man tabi’ahum bi ihsanin ila yaumiddin. Amma ba’d,

Saya Ayu, wahai hadirin sekalian, itaqullah! Semoga kita semua bertakwa kepada Allah. Hussein komaiyah yabitak walla fakhar fazal muttaqun. Saya muliakan barisan ahli jawatankuasa Masjid Umar Ibnu Khattab Bayang Baru kerana sudi memberikan kesempatan kepada saya pada malam ini untuk mengadakan satu sesi pendedahan berkenaan dengan satu firqah atau satu jemaah yang selama ini telah menjadi suatu perkara yang menjadi pandemik dalam masyarakat kita.

Berlaku khilaf, kekhilafan, atau perselisihan demi perselisihan yang dibawa oleh sekumpulan jemaah atau firqah yang kebanyakan umat Islam belum lagi mengenal pasti siapa mereka, apakah asal usul kewujudan mereka, permasalahan yang ditimbulkan, implikasinya atau kesannya terhadap keutuhan ummah, dan bagaimana kita sebagai Muslim menghadapi masalah ini.

Bersyukur kepada ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kepada kita taufik dan kekuatan untuk berkumpul pada malam ini. InsyaAllah, dalam waktu yang ringkas ini, saya akan cuba menerangkan kepada sekalian yang hadir pada malam ini berkenaan dengan satu firqah yang kita maksudkan tadi supaya selepas ini umat Islam akan memahami tentang keadaan atau realiti yang berlaku dalam masyarakat kita dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan umat Islam atau di kalangan umat manusia ini berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Firqah yang saya maksudkan ialah firqah Wahabi. Mereka bukan saja disebut sebagai firqah Wahabi tetapi mempunyai banyak lagi nama, termasuk kaum muda. Dahulu, di kalangan masyarakat Islam khususnya umat Islam di Malaysia yang mempelajari sejarah tanah Melayu, kita akan mendengar pertelingkahan di antara kaum muda dengan kaum tua dalam buku-buku sejarah.

Inilah maksudnya golongan Wahabi, yang juga digelar kaum muda, dan juga dikenali sebagai kaum Salafi atau puak Salafi. Mereka juga dikenali dengan Pertubuhan Muhammadiyah dan golongan Muhammadiyah, atau golongan iktibar sunnah, atau al-Islah.

Bahkan, banyak lagi wujudnya nama-nama daripada golongan ini atau kumpulan ini. Selalu kita mendengar dan sering kita mendengar berkenaan dengan Wahabi, Kaum Muda, Salafi, Muhammadiyah, Iktibar Sunnah, Al-Islah, dan sebagainya. Bahkan, boleh dikatakan hampir setiap umat Islam sentiasa mendengar ungkapan-ungkapan atau nama-nama sebegini.

Tetapi yang menjadi masalahnya, di kalangan umat Islam masih lagi belum mengetahui siapakah golongan yang dimaksudkan dengan Wahabi, Kaum Muda, Salafi, Muhammadiyah, Iktibar Sunnah, dan Al-Islah. Ini akhirnya menjadi suatu masalah dalam masyarakat kita kerana tidak mengetahui latar belakang dan permasalahannya. Akhirnya, kita menjadi ikut-ikutan, kita taklid buta dalam satu aliran yang akhirnya kita pun dihanyutkan dalam politik yang berlaku dalam masyarakat.

Akhirnya, kita lihat masyarakat Islam berpecah, bukan berpecah dalam sudut ibadat tetapi berpecah dalam berbagai-bagai aliran. Berpecah dari sudut ibadahnya, berpecah dari sudut muamalatnya, dari sudut ekonominya, berpecah dari sudut munakahatnya, kekeluargaannya, politiknya, masyarakatnya, dan sebagainya. Kita lihat perpecahan demi perpecahan yang berlaku dalam masyarakat ini yang akhirnya akan menyebabkan umat Islam itu ketinggalan dan ditindas oleh musuh Islam.

Mereka nampak, mereka lihat dengan perpecahan yang berlaku inilah peluang yang cukup baik bagi mereka untuk menyemarakkan api atau bara yang sedang ada. Akhirnya, umat Islam terus berpecah dan mereka mengambil kesempatan untuk merosakkan akidah umat Islam dan sebagainya. Maka kita lihat gejala demikian merupakan suatu perancangan daripada golongan Yahudi dan Nasara yang perlu kita sedar kembali. Walaupun wujudnya khilaf atau perselisihan pendapat di kalangan kita, tetapi tidak sepatutnya berlaku perpecahan.

Hadirin yang saya muliakan, kalau kita lihat di dalam risalah yang saya edarkan tadi, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan dalam mukadimahnya itu dengan perkataan “Badi’ as-samawati wal-ard” yang bermaksud Allah Ta’ala telah menciptakan langit dan bumi tanpa contoh yang terdahulu (Surah Al-Baqarah, ayat 117). Begitu juga dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar dan disahihkan oleh Bukhari. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan dalam sebuah hadisnya:

“Faidna asbaqal hadithi kita Abdullah wahai ral Hadi haji Muhammad bin Sallallahu Alaihi Wasallam wahai Shahrul ummuri muhadathatuha wa kulla muhdathatin bid’ah wa kulla bid’atin dalalah wa kulla dalalahin finnar.”

Yang bermaksud: “Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sejahat-jahat pekerjaan ialah rekaan yang tidak mempunyai asal pengambilannya dalam Islam. Setiap rekaan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat, dan setiap sesat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Hadis ini sahih. Kenapa diletakkan ayat tadi dan juga hadis ini sebagai mukadimah? Kerana perbincangan kita selanjutnya akan membahaskan persoalan di sekitar masalah bidaah yang digembar-gemburkan oleh golongan Wahabiyah ataupun Salafi ataupun Muhammadiyah ini. Mereka dengan mudah mengatakan sekian-sekian orang itu adalah bidaah tanpa menilai ataupun mengkaji huraian ulama-ulama muqtabar. Akhirnya, kita lihat punca daripada persoalan bidaah ini menyebabkan umat Islam berpecah, seperti mana saya sebutkan tadi, dalam berbagai-bagai aliran kehidupan umat Islam.

Maka, usaha kita pada hari ini adalah untuk berkumpul dan membincangkan tentang persoalan golongan Wahabiyah dan bagaimana kita nak menyelesaikan masalah yang telah pun berlaku di kalangan umat Islam berkaitan masalah bidaah. Kita cuba kecilkan perkara ini dan jangan diperbesarkan kerana kita mempunyai agenda yang lebih besar daripada persoalan bidaah.

Kalau kita lihat berdasarkan hadisnya, walaupun hadis itu adalah hadis yang sahih, sebenarnya yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah apabila kita lakukan sesuatu perkara yang jelas-jelas menentang al-Quran, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan juga sumber-sumber pengambilan hukum dalam Islam, barulah perkara tersebut dinamakan bidaah. Dalam Islam, bukan al-Quran dan sunnah semata-mata punca pengambilan hukum. Kita boleh buka dalam kitab usulul fiqh seperti “Al-Mu’asyar fi Usulul Fiqh Al-Islami” dan sebagainya.

Kitab ilmu usulul fiqh yang termasyhur sekali ialah “Ar-Risalah” oleh Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala. Di awal kitab “Ar-Risalah”, Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala menyebutkan sumber pengambilan hukum dalam Islam atau dalam bahasa Arabnya, “Masadir At-Tashri’ Al-Islami,” ada 12, bukan 2 sahaja:

1. Al-Quran
2. Hadis
3. Ijma’ ulama
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Maslahah Mursalah
7. Urf
8. Sadd ad-Dharai
9. Amal Ahli Madinah
10. Istishab
11. Mazhab Sahabi
12. Syariat dari umat sebelumnya yang tidak dihapuskan oleh syariat kita

Jika tidak ada dalam al-Quran dan hadis, kita boleh kaji dari sumber-sumber lain seperti ijma’ ulama atau qiyas. Yang penting, apabila diamalkan sesuatu amalan yang ada punca pengambilan hukumnya dalam Islam daripada 12 punca ini, ia tidak dinamakan bidaah. Bidaah adalah sesuatu perkara yang menentang 12 punca pengambilan hukum dalam Islam atau sumber pengambilan hukum dalam Islam. Itulah bidaah dholalah.

Tuan-tuan, jika kita lihat ulama muqtabar seperti Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala, tentu kita rasa Imam Syafi’i adalah seorang ulama yang begitu hebat. Imam Syafi’i bukan saya yang sebut, tuan-tuan boleh tengok dalam kitab “Manaqib Syafi’i” oleh Imam Baihaqi yang menulis tentang kehebatan Imam Syafi’i. Imam Baihaqi menuliskan beberapa kehebatan Imam Syafi’i yang juga tidak ketinggalan sebagai seorang ulama hadis. Dalam kitab “Tabaqat Syafi’iyah,” kita boleh lihat senarai ulama dalam mazhab Imam Syafi’i.

Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala menafsirkan hadis yang disebutkan tadi, di mana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: **”Kullu bida’atin dholalah wa kulla dholalatin finnar.”** Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala berkata: “Al-bidaah itu terbahagi kepada dua: bidaah yang terpuji dan bidaah yang tercela. Bidaah yang terpuji adalah bidaah yang sesuai dengan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, manakala bidaah yang tercela adalah bidaah yang tidak sesuai dan menentang sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Dengan ini, fahamlah kita bahawa perkara yang baru diadakan itu ada dua jenis. Yang pertama, pekerjaan keagamaan yang berlainan atau menentang al-Quran, sunnah Nabi, atau perilaku dan fatwa para sahabat atau ijma’ ulama, maka ini dinamakan bidaah dholalah.

Bila bertentangan dengan Quran, bila bertentangan dengan hadis, bila bertentangan dengan ijma, bila bertentangan dengan asar, maka itulah dinamakan bidaah dholalah. Menentang atau tidak sesuai dengan maksud dan tujuan daripada hadis dan al-Quran, maka itu dinamakan bidaah. Imam Syafi’i selanjutnya berkata, “Wama uhdi staminal Khairi layu khalifah shay’an min dari kafa’iya muahda muahda 1 norai ru Mazmum.” Maka, pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak menentang salah satu daripada yang tersebut di atas, ia adalah bidaah juga tetapi tidak dinamakan sebagai bidaah yang tercela. Iaitulah dinamakan sebagai bidaah hasanah.

Yang menjadi masalahnya dalam masyarakat kita adalah timbul perbalahan demi perbalahan di mana wujudnya golongan yang tidak menerima hakikat wujudnya khilaf dalam masyarakat. Golongan yang tidak menerima wujudnya khilaf dalam Islam pada hakikatnya, padahal jika kita lihat di zaman para sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan seterusnya zaman ulama demi ulama tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan seterusnya, berlaku khilaf demi khilaf di kalangan ulama dalam memahami nas-nas ajaran Islam. Ini menunjukkan bahawa khilaf dalam Islam memang wujud.

Khilaf bermaksud perbezaan pendapat. Ulama ni dengan sekian-sekian ayat Quran, pendapat dia begini-begini. Ulama dengan sekian-sekian ayat Quran ataupun dengan ayat yang sama ataupun dengan hadis yang sama tetapi dengan berbeza pendapat. Sebagai contoh, Imam Syafi’i menafsirkan seorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya, maka dia kena iddah dan perlu tunggu sampai tiga kali quru’. Dalam al-Quran disebut “salasata quru’.” Imam Syafi’i menafsirkan “quru’” itu dengan tiga kali haid, maknanya selepas tiga kali haid baru suci, selepas tiga kali haid baru boleh berkahwin dengan orang lain. Tetapi Imam Malik tidak sedemikian. Imam Malik mengatakan “quru’” itu dengan tiga kali suci. Ini dalam masalah menentukan seorang perempuan telah selesai iddahnya daripada suaminya.

Dalam persoalan menyapu air di kepala, Imam Syafi’i, Imam Hanafi, Imam Maliki, dan Imam Hambali semuanya berlainan pendapat. Dalam menentukan soal menyapu kepala apabila mengambil wuduk, ada yang mengatakan tiga helai rambut sekurang-kurangnya dah cukup mengikut mazhab Imam Syafi’i. Mengikut mazhab Imam Malik, kena separuh daripada kepala. Ada juga yang mengatakan satu tapak tangan dan sebagainya. Ini menunjukkan wujudnya khilaf dalam Islam, perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam menentukan sesuatu hukum.

Maka itu dinamakan khilaf. Perbezaan dalam menentukan maksud ayat al-Quran tidak dinamakan bidaah, bahkan mencantikkan lagi makna kepada Quran dan hadis. Huraian kepada Quran dan hadis itu bukan bidaah. Tetapi apabila menentang al-Quran, contohnya Allah Taala suruh sapu kepala, dia kata jangan sapu kepala, itu baru dinamakan bidaah. Allah Taala suruh tunggu iddah tiga kali suci, dia kata tak payah tunggu, nikah terus selepas suami mati, itu baru dinamakan bidaah dholalah.

Selagi mana mempunyai sumber pengambilan hukum dalam Islam untuk menafsirkan sekian-sekian dengan makna sekian-sekian, maka itu tidak dinamakan sebagai bidaah. Jika dikatakan bidaah, ia adalah bidaah hasanah, bukan bidaah dholalah. Sebab itulah, tuan-tuan, saya sebutkan di sini, kalau kita lihat kembali antara Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala dengan kita, betapa agungnya, betapa hebatnya Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala dengan ilmunya yang begitu banyak. Beliau menghuraikan hukum daripada hadis tersebut bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua.

Namun, tiba-tiba ada golongan di kalangan umat Islam yang tidak menerima huraian Imam Syafi’i yang mengatakan bidaah itu terbahagi kepada dua. Akhirnya, sampai ada yang sanggup mengutuk Imam Syafi’i rahimahullahu ta’ala sehingga ada yang sanggup menghina beliau.

Kalau tidak dengan jasa Imam Syafi’i Rahimahullah Taala, kemungkinan umat Islam sekarang ini hidup dalam keadaan lintang pukang, tak tahu bagaimana nak mengambil hukum dalam Islam, tak tahu bagaimana nak istimbatkan hukum dalam Islam daripada Quran, hadis dan sebagainya. Pasal apa? Sebab tidak mempunyai kelayakan. Jangan rasa kita yang ada BA, yang ada ijazah, yang ada master, yang ada PhD seolah-olah kita boleh istinbatkan hukum daripada Quran. Kadang-kadang ada PhD, kopiah tak pernah pakai. Dalam istilah ilmu, ilmu mustalahul hadis, ulama hadis kalau dia jumpa seorang ulama yang sekali nampak tak pakai kopiah, hadis itu dianggap daif. Hadis daif.

Sekarang puak Wahabi nak mendabik dada mengatakan merekalah orang yang pandai menafsir hadis, menafsir al-Quran. Sedangkan kadang-kadang kita lihat dengan kopiah pun tak pernah pakai. Kadang-kadang pakai seluar jean, baju dalam nampak, tiada perbezaan langsung antara dia dengan orang bukan Islam. Mereka nak kata mereka itu hebat daripada Imam Syafi’i sampai ada di kalangan mereka ini sanggup mengatakan Imam Syafie itu dengan panggilan yang hodoh, dengan panggilan yang tidak baik. Seumpama mengatakan mazhab pe. Kalau pe yang berlakon tu tak apa lah, kita nak kata pe memang orang panggil dia pe pun. Takkanlah kalau kita tidak boleh menerima huraian Imam Syafi’i ataupun kita menerima huraian ulama-ulama yang lain sampai sanggup kita menuduh dan mengutuk Imam Syafi’i Rahimahullah Taala.

Saya tidak bermaksud untuk mengutuk kumpulan Wahabi tetapi dalam penjelasan ini saya ingin membuat suatu penjelasan bahawa kita perlu muhasabah diri, perlu kita mengkaji keadaan diri kita. Adakah benar-benar kita berpegang kepada Quran? Adakah benar-benar kita berpegang kepada sunnah? Jika kita lihat para sahabat radhiallahuanhum ajmain, tidak pernah kita lihat dalam sejarah hidup para sahabat di mana para sahabat menghukumkan sahabat lain dengan bidaah. Tiada para sahabat yang menghukumkan sahabat lain dengan kufur. “Hang ni kufur pasal buat lagu tu, hang ni kufur buat lagu ni, hang ni bidaah, ni bidaah.” Tak ada kita lihat. Pasal apa di zaman kebelakangan ini kita mudah-mudah hendak menghukumkan sekian orang dengan kufur? Pasal apa mudah-mudah kita senang menghukumkan sekian-sekian orang dengan bidaah? Apatah lagi dengan kita menghukumkan dia tu dengan bidaah dholalah yang sesat dan akan dimasukkan ke dalam neraka?

Cuba kita muhasabah balik tuan-tuan. Kita lihat di sini Imam Syafi’i Rahimahullah Taala yang merupakan seorang ulama muqtabar, seorang ulama mujtahidul mutlak, seorang ahlul hadis yang diakui oleh sekalian ulama tentang keilmuannya. Bahkan hampir kebanyakan ulama mengatakan dan menghuraikan yang dimaksudkan dengan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam seorang alim Quraisy yang akan memenuhi ilmunya di serata alam, itulah dia Imamuna As Syafi’i Rahimahullah Taala. Jika kita lihat dalam menafsirkan makna hadis tadi, bukan Imam Syafi’i Rahimahullah Taala sahaja yang menafsirkan sedemikian, bahkan sebelum daripada Imam Syafi’i, Saidina Umar Ibnul Khattab, Abdullah Ibnu Abbas, Imam Nawawi, Imam Suyuti, Izzuddin Abdul Salam, Ibnu Hajar al-Asqalani, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Qarafi dan sebagainya di kalangan ulama-ulama yang banyak, sama pendapat mereka dengan Imamuna As Syafi’i mengatakan bidaah itu ada dua: bidaah dholalah dan bidaah hasanah.

Ini bidaah tetapi ini bidaah yang baik. Walaupun nabi tak pernah buat, tetapi baik untuk kita laksanakan. Ini nama bidaah dholalah, nabi tak pernah buat, kalau kita buat boleh menyeleweng, boleh memesongkan akidah umat Islam, maka ini nama bidaah dholalah. Ini nama dia bidaah hasanah. Tuan-tuan, dalam kehidupan kita ini bukan dua saja sumber pengambilan hukum. Saya dah sebut tadi, pertama Quran, kedua hadis. Itu yang didakwa, tetapi bukan itu sahaja. Ada satu lagi, iaitulah ulama. Kalau kita faham daripada satu tu lah, ulama tu lah pecah istighfar, istihsan, maslahatul mursalah, dan sepuluh lagi sumber pengambilan hukum dalam Islam. Semuanya berpunca daripada kita mengikuti alim ulama.

Maka secara umumnya boleh kita putuskan di sini bahawa sumber pengambilan hukum dalam Islam secara umumnya adalah Quran, hadis, ulama. Dalam memahami isi kandungan Quran, kita perlu berpegang kepada huraian ulama. Dalam memahami isi kandungan hadis, perlu berpegang kepada huraian ulama. Tak boleh kita sendiri tafsirkan. Kita kena rujuk balik, muhasabah balik adakah aku mempunyai syarat-syarat sebagai seorang yang layak menghuraikan isi kandungan Quran dan hadis. Kalau kita ambil hukum alim ulama, kita hanya cerita saja apa yang telah dihuraikan oleh alim ulama yang muktabar. Kita hanya keluarkan hukum yang telah pun diistinbatkan oleh alim ulama, bukan kita mengeluarkan hukum.

Sebab tu saya sebutkan tadi, secara umumnya sumber pengambilan hukum dalam Islam adalah Quran, hadis, ulama, bukan semata-mata Quran dan hadis. Mereka yang mendakwa bahawa Quran dan hadis semata-mata adalah sumber pengambilan hukum dalam Islam, mereka juga secara tidak sedar berpegang kepada ulama. Kalau tak pegang kepada ulama, nak faham macam mana? Nak pegang pada zahir al-Quran, nak berpegang kepada zahir hadis pun boleh menjadi sesat. Jangan buat baik terkadang-kadang, dengar-dengar kata, “Oh ni doktor PhD ni.” Tu dia mula kita pun dah kelam kabut dah. “Oi ni mesti hebat ni.” Nah, Yahudi tu bapa PhD.

Kalau ada bapa PhD, dia dah ambil dulu dah Quran 30 juzuk dalam kepala otak. Kita kalau tengok dalam masyarakat kita, banyak di kalangan mereka yang bergelar doktor yang ada PhD tapi Quran tak ingat hampir 15 surah pun, setengah Quran ataupun suku Quran pun ada yang tak ingat. Al-Quran senang ya, pi buat PhD di London atau di mana-mana, tak diletakkan syarat mesti hafal al-Quran. Dan kalau dia hafal al-Quran, adakah dia buat kajian mendalam terhadap isi kandungan Quran? Nak buat kajian kena buka kitab-kitab ulama. Kita lihat apa yang disebutkan oleh ulama tentang akidah. Akidah itu hari-hari adalah akidah salaf dan akidah khalaf.

Kita tengok dalam kitab al-Ijmak bagi Imam Ibnu Munzir, kita tengok al-Ibanah ‘an Usul ad-Diyanah daripada kitab Abdul Hasan al-Ash’ari, kita tengok daripada kitab Maqalatul Islamiyin larangan Imam Abdul Hasan al-Ash’ari, ataupun kita buka daripada tafsir Imam al-Qurtubi, buka daripada tafsir Imam at-Tabari, buka daripada tafsir al-Baghawi, buka daripada tafsir Ibnu Katsir, buka daripada huraian-huraian kitab hadis seperti an-Nawawi Syarah Muslim. Imam Nawawi mensyarahkan hadis dari riwayat yang diriwayatkan oleh Bukhari. Buka kitab Fathul Bari syarah kepada Sahih Bukhari yang terdiri daripada beberapa belas jilid. Buka huraian demi huraian, bukan semata-mata buka Sahih Bukhari, baca satu hadis, baca terjemahan terus bawa keluar hukum. Itulah yang dinamakan sesat, itulah sebenarnya bidaah dholalah sebab tidak berpandukan kepada ulama.

Sebab tu lah Allah Taala sebutkan di dalam al-Quran betapa hebatnya ulama sehingga Allah sebut dalam al-Quran, “Innama yakhsha Allah min ‘ibadihi ulama’.” Hanya saja yang takutkan akan Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama. Allah sebut kalau orang mengaji bahasa Arab orang faham dak innama tu apa dia. Ada tu hasr. Kalau orang belajar dalam ilmu balaghah orang faham dah, kalau belajar bahasa Arab maknanya ada tu hasr, nak buat satu penekanan, nak buat satu hakikat. Hanya ulama semata-matanya orang yang takut kepada Allah. Selain daripada ulama, orang belum sampai lagi kepada darjah takwa Allah yang sebenar, yang sebenar takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Maka Allah uji sikap ulama yang mereka begitu takut kepada Allah, begitu hampir dengan Allah. Ulama saja orang yang paling takut kepada Allah. Mereka ini akan membuat penelitian demi penelitian, kajian demi kajian sebelum daripada mereka hendak mengeluarkan sesuatu hukum.

Ha, kacang kita boleh satu hadis, aa hukum haram, boleh satu hadis hukum aa halal, boleh satu hadis aa boleh harus. Ya, ulama tidak sedemikian. Gabungan daripada beribu-ribu hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikaji teliti demi teliti yang akhirnya baru dikeluarkan hukum demi hukum. Cuba kita lihat di mana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyebutkan dalam satu hadis yang sahih riwayat Imam Bukhari dalam satu hadis yang panjang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Innal ulama’ warathatul anbiya’.” Para alim ulama itu merupakan pewaris kepada para nabi.

Begitu juga kita dapat lihat dalam sebuah hadis, satu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengutuskan Muaz bin Jabal untuk pergi menjadi qadhi di Yaman. Maka kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Bima taqdi ya Muaz? Apa kamu nak hukum wahai Muaz? Idza aradalaka qadhiyyatun.” Apabila kamu pergi ke Yaman, kamu menghadapi sesuatu masalah, kamu menghadapi sesuatu kesulitan, maka ketika tu kamu nak hukum dengan apa? Maka berkata dengan Muaz, “Aqdi bi Kitabillah.” Aku akan hukum berdasarkan kepada Kitab Allah. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Fa in lam tajid?” Kalau kamu kaji dalam Quran tak jumpa, “Aqdi bi Sunnati Rasulillah.” Aku akan hukum dengan berdasarkan kepada sunnah Rasulullah. Maka sabda Nabi, “Fa in lam tajid?” Kalau kamu kaji tak jumpa juga, maka berkata dengan Muaz, “Aqdi bi ra’yi wa la alu.” Aku akan hukum dengan pemikiranku yang berlandaskan kepada Quran dan sunnah, dan aku tidak akan cuai sama sekali. Itu kata dengan Muaz. Itu menunjukkan bahawasanya Muaz apabila berkata sedemikian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meletakkan tapak tangannya di atas dada Muaz dan berdoa kepada Allah, maha suci Allah kerana telah melahirkan seorang pemuda yang sanggup memperjuangkan agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedemikian rupa.

Itu doa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada Muaz. Ini menunjukkan bahawasanya ijtihad ulama itu perlu kita pegang. Kalau tidak, Rasulullah takkan suruh Muaz pergi ke Yaman kalau dia tidak mempunyai ilmu, kalau dia tidak mempunyai syarat-syarat sebagai seorang yang mampu istinbatkan hukum daripada Quran dan hadis. Rasulullah takkan suruh Muaz bin Jabal. Tentu Rasulullah akan suruh Saidina Umar, tentu suruh Saidina Abu Bakar, tentu suruh Saidina Uthman, Saidina Ali dan sebagainya. Kenapa menyuruh Muaz bin Jabal untuk pergi ke Yaman menjadi qadhi? Ini menunjukkan bahawasanya ulama perlu kita pegangi dalam kehidupan kita. Selagi mana kita menolak institusi ulama, bererti di sanalah kemusnahan dalam kehidupan kita. Bala demi bala akan diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada umat yang menolak institusi ulama ataupun huraian alim ulama.

Dalam satu hadis yang sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Idha jtahada al-hakim fa-asaba falahu ajran, wa idha jtahada fa-akhta’a falahu ajrun wahid.” Apabila seorang hakim menghukum, maksudnya apabila seorang mujtahid menghukumkan tentang sesuatu masalah, maka tiba-tiba betul dengan kehendak yang sebenar mengikut ketetapan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka dia mendapat dua balasan. Dan apabila dia menghukum, seorang mujtahid menghukum, tiba-tiba didapati tersalah daripada hukum asal ataupun yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan juga ganjaran kepadanya kerana ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan mengeluarkan hukum daripada Quran dan sunnah. Itu menunjukkan bahawasanya selagi mana hukum tersebut hasil daripada ijtihad, sama ada betul ataupun salah, kedua-duanya boleh kita pegang, kedua-duanya boleh kita jadikan sebagai ikutan dalam kehidupan kita.

Ha, tu dia. Kita kadang-kadang, aa kita kita kaji tarjihkan di antara hukum di antara empat mazhab. Nak tarjih mazhab boleh, mazhab Imam Hanafi, Imam Syafi’i, Imam Maliki, Imam Hambali. Nak tarjihkan satu hukum, baik. Ini dalil Imam Syafi’i, ini dalil Imam Hambali, ini dalil Imam Maliki, ini dalil Imam Hanafi. Tiba-tiba didapati dalil daripada Imam Syafi’i lebih kuat berbanding dengan mazhab lain. Betul. Walaupun dalilnya kuat, bukan bererti kita berpegang dengan mazhab tu dan menolak mazhab lain. Itu salah. Ini yang digempar-gemburkan oleh golongan Wahabi. Mereka mengatakan kita tak perlu berpegang dengan satu mazhab. Kita peganglah dengan empat mazhab, ikut mazhab mana yang dalilnya kuat.

Sebab tu lah Syeikh Dr. Said Ramadan al-Bouti yang masih hidup sekarang di Syria mengarang sebuah kitab yang bertajuk “As-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Madhab Islamiy.” Kerana apa? Kamu tak mahu pegang kepada mazhab. Kenapa kamu berpegang kepada mazhab ni sikit, mazhab ni sikit, mazhab ni sikit? Pasal apa kamu tak berpegang pada satu mazhab? Semuanya berpegang kepada satu mazhab. Dan bukan kita berpegang pada satu mazhab, kita mengatakan mazhab lain tak betul. Dak kalau begitu maknanya kita lebih pandailah daripada imam-imam muktabar ini sehingga kita boleh tarjihkan sekian-sekian hadis. “Oh, Imam Syafi’i daif dalam masalah ni, Imam Hanafi daif dalam masalah ni, ya, hadis yang kita berjumpa tu hadis daif.” Imam Ahmad bin Hambal jumpa hadis yang sahih, kita tak berjumpa. Kita tak pernah buat muhasabah diri pun. Mengaji baru lima enam buah hadis, tiba-tiba kita nak katakan imam-imam mujtahid ini tersalah.

Sampai ada di kalangan ustaz-ustaz kita yang dalam keghairahan dia nak angkat mazhab Wahabi tu lebih besar sehingga dia boleh kata, “Bakar lah kitab-kitab kuning ni semua, ha, kitab kuning bakar jadi kuning lah punya hinanya kepada kitab-kitab kalangan ulama.” Padahal kitab kuning tu lah dulu dia mengaji, kitab kuning tu lah dulu dia mengaji. Yang dia pandai, yang dia alim sekarang. Sekarang dia dah ada ilmu sikit, dia dah mula cerdik, dia dah mula keras ubun-ubun dia duk rasa kata dia tu pandai daripada Imam Syafi’i. Dia lebih pandai daripada imam-imam mujtahid.

Tuan-tuan, saya kumpulkan tuan-tuan pada hari ni. Saya jemput tuan-tuan kita buat majlispada hari ni, kita nak buat muhasabah balik. Kita tak mahu dah bergaduh tentang soal sedemikian. Buat muhasabah balik kalau kita kaji sejarah, di mana apa yang diutarakan oleh kumpulan Wahabi yang asalnya menerima, yang asalnya punca utama mereka mula terjadi sedemikian adalah kerana mereka terikut-ikut dengan apa yang difatwakan oleh Ibnu Taimiyyah ataupun Muhammad bin Abdul Wahhab. Ibnu Taimiyyah kita tak salahkan, kita tidak salahkan Syeikh Ibnu Qayyim, kita tak salahkan Imam Muhammad bin Abdul Wahhab sebab kemungkinan di zaman beliau itu masalah-masalah yang timbul ini memang begitu ketara sehingga tidak ada langsung peluang untuk mereka membuat kenyataan yang bersifat khusus.

Sebagai contohnya, kita tidak nafikan satu ketika dahulu umat Islam apabila pergi menziarahi kubur, mereka berdoa meminta kepada ahli kubur, bukan mereka meminta kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka bertawasul yang asal makna tawasul itu menjadikan suatu hubungan antara mereka dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Asal tawasul sedemikian begini, “Ya Allah ya Tuhanku, dengan berkat kemegahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dengan berkat kemuliaan sekian-sekian ulama ini, maka Engkau berikanlah juga kepadaku ya Allah.”

Itu kita buat perumpamaan, bukan kita minta kat tok guru tu. Kalau pi minta tok guru, “Ya Allah ni wahai tok guru, wahai Syeikh Abdul Qadir Jalani, ni anak saya nak periksa bagilah lulus,” ha yang tu minta kat Syeikh Abdul Qadir Jalani memang yang tu sesat. Memang yang tu sesat kita pun tidak nafikan. Seumpama dikatakan tarekat yang kufur lagi sesat, ini antara dakwaan pak Wahabi: amalan tarekat, amalan zikrullah adalah sesat, adalah bidaah.

Kalau dia menerima amalan tarekat, pi duk pegang laki perempuan zikir, tak ikut kaedah, tidak mempunyai sanad, tidak mempunyai hadis dan sebagainya; memang kita akui itu pun memang dinamakan bidaah yang dolallah. Terima amalan tarekat pegang laki perempuan, pegang hang aku hang aku menari joget dan sebagainya itu nama bidaah bolehlah.

Tapi kalau terima satu amalan zikrullah daripada sekian guru didikan demi didikan daripada alim ulama, cara bagaimana untuk menundukkan nafsu dengan amalan zikrullah, maka kita pun amal dengan kaedah zikrullah tersebut yang ada sanad mutafsir sampai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka itu tidak disebutkan sebagai bidaah, bahkan itulah mencantikkan lagi makna al-Quran, mencantikkan lagi makna hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Allah Ta’ala berfirman: “Ya ayuhalladi nak amanu uzkuruallaha zikran kathiran, wasabbuhu bukratan wa asila,” wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu kepada Allah dengan ingatan yang sebanyak mungkin dan bertasbihlah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala siang dan malam. Itu suruhan daripada Allah. Maka wujudnya amalan-amalan tarekat ini untuk mencantikkan lagi, untuk mempraktikkan lagi makna ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Itu bukan berdoa, Allah Ta’ala suruh kita zikir, Allah Ta’ala suruh kita bertasbih. Kita duduk ramai-ramai kita berzikir, kita duduk ramai-ramai kita bertasbih. Maklum sajalah, duduk sorang-sorang ni malas, segan, bukan kita nak rajin buat pun. Duduk ramai-ramai semangat kita buat, adakah itu namanya bidaah? Iya, kalau kita kan bidaah kita katakan bidaah. Itu namanya bidaah hasanah, bukan bidaah dalalah.

Banyak lagi permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan Wahabiyah. Kita boleh lihat pada muka surat 7, di mana permasalahan yang ditimbulkan. Selalu mempelajari ilmu sifat 20 bidaah, Nabi tak pernah ajar. Siapa kata Nabi tak pernah ajar memang Nabi tak ajar sifat 20? Mai baca tengok kitab Maqalaat Al-Islamiyyin. Kalau pandai bahasa Arab, tak reti bahasa Arab tu duk cakap pandai tengok apa karangan Imam Abdul Hassan Al-Ash’ari, bagaimana dia korek, bagaimana dia kaji daripada Al-Quran.

Ya, walaupun Nabi tak ajar tetapi ulama saya dah sebutkan tadi, bila tolak ulama habis rosak musnah segala-galanya kehidupan kita. Nak berpegang kepada ilmu sifat 20 bidaah, melaungkan azan dengan berlagu bidaah, membaca qasidah burdah marhaban itu bidaah, sedangkan dalam itu ada selawat.

Selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nak baca selawat lagu mana sekalipun, sama ada yang diajarkan oleh Nabi ataupun tidak, itu ada inisiatif kita. Kita baca juga selawat yang diajarkan oleh Nabi. Dan kalau kita, ulama-ulama, mengasaskan atau mereka-reka beberapa lafaz-lafaz yang baik-baik ke arah memuji dan mengagungkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, di mana memang Allah Subhanahuwataala mengagungkan Nabi, Allah Taala sebut: “Muarafatna lah kaziqra,” kami angkat penyebutan namamu wahai Muhammad.

Kita selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Itu pun dikatakan sebagai bidaah. Membina kubah-kubah masjid dianggap sebagai bidaah. Memperingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disebutkan sebagai Maulidur Rasul juga dikatakan sebagai bidaah. Hari ini, kalau tak buat majlis Maulidur Rasul, orang lupa siapa dia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Orang lebih ingat Ronaldo malam ni. Malam ni Brazil lawan dengan apa, orang sanggup tengok bola daripada mai ke masjid. Malam ni Ronaldo depa ingat, tak apa lagi nama pelik-pelik depa ingat. Nabi Muhammad depa tak ingat. Tu telah duk buat dah Maulidur Rasul. Kalau tak buat Maulidur Rasul, habis lupa siapa dia Nabi Muhammad, siapa dia khalifah yang 4, siapa dia yang apa ni, al-Mubashiri Nabil Jannah, tak ingat dah sahabat-sahabat Nabi dan sebagainya.

Sebab itu, tuan-tuan, kalau kita tengok, memanglah Maulidur Rasul tu bidaah. Zaman Nabi, Nabi tak pernah buat, tapi intipati daripada Maulidur Rasul tu apa dia? Baca Quran, selawat atas Nabi, buat kenduri kenara, bagi makan kepada fakir miskin, bergotong-royong tolong-menolong, buat majlis ceramah nak berdakwah, menceritakan tentang kehebatan Nabi Muhammad. Adakah itu bidaah? Cuma ada nama majlis itu Maulidur Rasul, bukan duk potong kek 7 tingkat. Dekat Nabi Muhammad, dia dah meninggal dah, kalau pi buat kek 7 tingkat, tulis nama Nabi Muhammad, buh selawat atas kek tu, pi duk potong bubuh lilin, itulah baru menentang, itulah baru bidaah.

Tapi kalau buat Maulidur Rasul, itu bukan bidaah tuan-tuan, itu bukan bidaah. Banyak lagi yang dianggap bidaah seperti ziarah kubur, memperingati isteri, zat sejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, sejarah Israk dan Mikraj, sejarah Nabi bawa mai sembahyang daripada Allah Subhanahuwataala. Sejarah bagaimana Nabi pergi menerima sembahyang daripada Allah, itu pun dikatakan bidaah. Bertawasul kepada para ambiya, para aulia, memohon keberkatan dengan kemegahan kemuliaan yang diberikan kepada para ambiya dan aulia. Berzikir dengan amalan tarekat, membaca bismillah dengan nyaring setiap kali membaca surah al-Fatihah, membaca qunut pada solat subuh setiap hari, membaca talqin kepada mayat di kubur, mempelajari ilmu tasawuf, semua tu bidaah, semua tu bidaah belaka.

Habis tu nak buat apa kalau tak mengaji kitab tasawuf? Kalau tak baca qunut, kalau tak zikir, apa nak buat ni? Oh, kalau orang lepas sembahyang pi duk hisap rokok tak bidaah pun. Oh, lepas sembahyang depa pi tengok bola kat kedai-kedai tu tak bidaah mana.

Orang lepas sembahyang wirid, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, tu bidaah? Kalau hangpa balur, hangpa penyegan, hangpa boleh keluar daripada masjid. Tak mahu zikir, silakan keluar. Jangan katakan orang yang berzikir itu sebagai bidaah.

Saya duk sebut tadi, kita fikir tu belakang sikit. Macam mana nak pi tarik pokok tu pergi sembahyang, depa tak pernah fikir. Depa mai masjid, masjid bidaah, bidaah. Hei, bidaah, nabi tak pernah buat. Jom, jom balik, buat apa semua ni? Depa lebih suka membidahkan orang yang duk buat amal ibadat.

Dah duk kalut masalah tahriq al-asabiq, masa tak yat tu dia macam cacing. Yang ni lan sunnah, ha ni masuk syurga. Tak pe lah, ini huraian kamu. Kami duk keras lagu ni dengan huraian bagi dalam mazhab Imam Syafi’i. Habis cerita, takkan pasal tahriq al-asabir yang ni pun nak timbul masalah bidaah nak berlaku perpecahan.

Saya cerita ni bukan bohong tuan-tuan. Sehinggakan ada di kalangan ustaz-ustaz, alim ulama bermasam muka tentang persoalan bidaah. Ada yang sampai tak bertegur, ada yang sampai tak mahu bagi salam. Jumpa selisih bau kenal baik.

Bahkan anak murid saya sendiri mengaji dekat saya. Bila dah faham dengan fahaman Wahabi, jumpa berselisih bau tak bagi salam. Macam ni kah sebagai seorang yang mempunyai adab dengan ilmu pengetahuan?

Ha, ni tok guru Wahabi dah ni yang buat lagu tu. Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang berubah eh, buat istighfar. 2-3 tahun yang lalu, di Masjid Karwa Tanjung Tok Kong, depa buat panggil ulama-ulama mereka di Asia Tenggara. Daripada Thailand, daripada Singapura, daripada Indonesia, daripada Brunei, daripada Sabah Sarawak, seluruh Malaysia berhimpun di Tanjung Tokong.

Di Masjid Karua membincang, mai punya ramai ulama-ulama. Bincang bab qunut, bincang bab tahrikul asabir, bincang masalah talqin, bincang masalah tahlil sampai ke pahala pada orang mati ataupun tidak. La ilaha illallah, yang tu benda kecil, ulama nak sebut dalam kitab berlonggok-longgok duk ada.

Ada bincanglah macam mana tu Pok Pok yang tak sembahyang lagi, kita nak tarik depa mai. Hat duk gila bola ni, macam mana nak bagi depa lupa dengan bola, depa ingat dengan kitab, depa ingat dengan ilmu. Fikir ke arah tu, ke arah kemaslahatan ummah.

Bagaimana nak menyatu padu balikkan umat Islam? Bukan kita berpecah memecahbelahkan umat Islam dengan persoalan furq, masalah kecil. Bila saya kata tuan nak tanya satu soalan ni, aa, kalau bolehlah lepas-lepas ni, kalau buat istighfar, bincanglah persoalan yang membangkitkan persoalan ummah. Bangkitkanlah persoalan ummah, persoalan perpaduan ummah, ekonomi Islam, negara Islam dan sebagainya.

Itu masalah dasar yang dia apa ni guru yang menyampaikan tu dalam sesi jawapan. Dia balik, dia kata yang bertanya tu silap. Dia kata sebenarnya bincang masalah qunut, masalah tahlil. Itulah masalah dasar: bincang masalah perpaduan ummah, masalah orang tak sembahyang, masalah ekonomi Islam, dan masalah negara Islam. Inilah masalah furq ni PhD ni, doktor ni, profesor ni. Mai tak tahu yang mana dasar, yang mana furq ni. Apa cerita ni akhirnya bergaduh sampai bila-bila bergaduh. Sebab tu saya beri beberapa saranan. Nanti kita akan sebut di belakang, seterusnya berpegang kepada satu mazhab.

Bidaah berdoa dan berzikir secara berjemaah, beri bidaah sembahyang tarawih 20 rakaat, bidaah tidak menggerakkan jari waktu tahiyat. Bidaah yang betulnya kena gerak jari azan dua kali waktu Jumaat. Bidaah baca usually dalam sembahyang. Bidaah depa jemput tok guru mai daripada Masjidil Haram, Mekah. Hebat anak seorang tok guru pengarang kitab yang terkenal. Mai daripada Mekah hang, satu tok guru Masjidil Haram. Kacang skru apa kalau dalam sembahyang: “Allahuakbar, bismillahirrahmanirrahim, usulli fardul Isya’yarba’ ar-rakaatin ada’an lillahi taala, bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi rabbil alamin.” Tu baru pasang skru tak kena, keluar sembahyang kira apa pasang skru tak kena, luar dalam baru kena. Kita kata pasang skru tak kena. Ha dia tak leh jawab, dia mahu lam kelam kabut dah.

Mai daripada Mekah duk perli pula orang buat tahlil “Lailahaillallah” buat dengan muka-muka, dengan suara-suara. Kita yang duk buat selama ni, kita akan rasa terkilan. Hang mai daripada Mekah hang hina. Kami buat tahlil, Rasulullah kata afdal zikir “Lailahaillallah” sebaik-baik afdal. Seafdal afdal zikir adalah “Lailahaillallah.” Tiba-tiba dia boleh hina sebutan “Lailahaillallah,” “Lailahaillallah la ek la ek.” Daripada perli lagu tu, bila kita marah, depa kata kita kata kat depa yang depa kata kat kita tak apa pun oi. Mana aci lagu tu tapi yang betul.

Hari ni saya bukan nak kata, saya nak bagi tuan-tuan saranan demi saranan untuk kita bersatu padu kembali. Baik sebelum pada tu, kita tengok lagi apa yang disebutkan: membaca wirid selepas sembahyang fardu, bidaah sembahyang sunat qabliah Jumaat, bidaah membaca Saidina, bidaah membuat mihrab, lubang dalam masjid, bidaah baca ya mak Shahrul Mukminin arwah rahim akumallah pada hari Jumaat, tok bilal dibaca sebelum khatib naik atas mimbar ya mak Shahrul Mukminin arwah rahim akumallah walafaqani waiyakumbima yu Ibnu, wahai arba bacalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah siapa bercakap imam baca ketika khatib baca khutbah maka sia-sialah Jumaat dia, tu yang tu pun bidaah bagi peringatan pun bidaah.

Orang kita ni, depa tak faham. Depa ingat khutbah ni apa main-mainlah. Kot duk biasa jadi adat mai hari Jumaat. Maka bila khatib nak naik atas mimbar, abang ni sengat tolong duk diam. Bila khatib baca khutbah, siapa bercakap tak dapat pahala Jumaat, duduklah dengar apa khatib nak habaq. Jadi dia pun habaq yang tu pun bidaah “Lailahaillallah”, zaman Nabi. Tak apalah, Nabi dah habaq. Depa faham pak kita ni buta perut, tak faham. Kena habaqlah. Hairan sungguh yang tu pun bidaah yang tu pun tak boleh dah. Buat kita tak faham kena habaqlah peringatan buat zikir Faiz. Naziqra tamfaul Mukminin beri peringatan.

Kerana peringatan itu bermanfaat kepada orang yang beriman yang tu pun bidaah. Baca Yasin malam Jumaat pun bidaah, sedangkan Nabi dah sebut. Walaupun hadis tu hadis daif, baca Yasin malam Jumaat. Allah Taala kifaratkan dosa dia dari malam tu sampailah ke subuh. Walaupun hadis tu daif, Ibnu Khattab inilah amal boleh amal. Apa salah Imam Ahmad Ibnu Hambal kata, “Aku lebih berpegang kepada hadis daif daripada al-Kias.” Ha tu, imam Ahmad. Kita kalau takat baru keluar dari sekolah Arab, kalau takat baru ada, Ba. Kalau takat baru ada master PhD, jangan duk rasa kita ada kelayakan nak right ulama. Mustahil nak rat ulama.

Mustahil apatah lagi baru 4-5 hari mengaji bahasa Arab nak tolak dah, Imam Ahmad Ibnu Hambal. Imam Ahmad Ibnu Hambal kata hadis daif lebih aku pegang daripada al-Kias. Ha tu dia pas tu kita tak mahu orang ni daif. Oh, kalau daif tak leh mai eh. Ha, kalau ghaib tak leh pegang ke boleh pegang. Walaupun Imam Bukhari tidak berpegang kepada hadis ghaib itu khilaf di kalangan ulama. Ada ulama ni tak pegang hadis ghaib. Ada ulama ni pegang dengan hadis ghaib. Jadi kita berpegang kepada ulama yang berpegang kepada hadis ghaib tak salah itu. Nama dia khilaf di dalam Islam. Hang faham lagu ni berdasarkan sekian-sekian ulama.

Aku faham lagu ni berdasarkan sekian-sekian kitab dan ulama. Maka itu menunjukkan bahawasanya dalam Islam ini, 1-1 masalah diperbincangkan secara meluas. Kalau hang boleh ikut begini, ikutlah. Yang pentingnya, jangan sampai tak ikut yang mana-mana 1 itu saja. Apakah punca berlakunya sedemikian rupa yang berlakunya pertelingkahan demi kelingkahan cuba kita tengok muka surat 6 punca lahirnya firqah wahabiyah ataupun pertelingkahan yang berlaku di kalangan firqah wahabiyah dengan ulama ahli sunnah pertamanya mungkin berlainan latar belakang pengajian. Dia faham lagu lain, kita faham lagu lain, pengalaman yang berbeza, kefahaman yang tidak sama bila memahami Nas syarak ataupun tempat tinggal yang berbeza. Tempat kita tak berapa amalkan khurafat. Tempat dia duduk tu amal begitu banyak khurafat. Tak bolehlah samakan tempat dia tu dengan tempat kita.

Kalau tempat dia, dia katakan mengungkit orang buat khurafat, tanya dia, kata ziarah kubur haram. Mai tempat kita, orang tak buat bidaah maka tak boleh kata berziarah kubur tu haram. Nabi sebut : “Kuntum Ni’al tuqum,” anziarah. Til kubur aku, 1 ketika dulu ku larang kamu pi ziarah kubur. Fazuru. Hak pi ziarah sekarang. Pasal dulu kamu amalkan khurafat, sekarang tidak. Nabi dah buang dia pi ziarah. Sekarang bermanfaat kepada yang hidup dan juga yang mati. Kalau duk kat rumah nak ingat mati memang payah. Depa ingat bola, depa ingat macam-macam. Pasal apa depan rumah, televisyen duk ada CD, ada macam-macam.

Depa tak ingat mati, tapi kalau pi duk kat kubur, teringat bila aku nak mati. Nah. Dan juga berpegang dengan ulama mengatakan sampai pahala orang yang hidup, amalan orang yang hidup kepada orang mati. Maka kita pun bacalah Yasin, baca ayat-ayat Quran, hadiahkan kepada orang mati, bermanfaat. Apatah lagi yang kalau dibuat yang buat itu adalah anak ataupun keluarga terdekat kepada si mati. Dan juga kita lihat punca lahirnya firqah sedemikian, kerana masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing ataupun ada setengahnya yang kurang pengetahuan tentang sesuatu masalah. Sampai ada setengah setengah ustaz saya pun hairan sampai kentut pun dia boleh kata baca air sembahyang. Ijmak ulama mengatakan, kentut tu batal.

Dia kata kentut tak baca air sembahyang. Kentut tak baca air sembahyang, ulama kata kentut baca air sembahyang. 4 mazhab muafakat dalam masalah tu, boleh buka kitab al-Ijmak, bagi Ibnu Munzir, buka kitab al-Ijmak. Depa tak mengaji bahasa Arab, depa tak tahulah. Tu tidak ada sifat bertoleransi, tidak ada mungkin tidak ada masalah besar yang nak ditimbulkan. Nabi tak tahu, dah nak timbul masalah apa. Tak ada timbul masalah kecil, timbul masalah kecil, timbullah masalah besar.

Fikir ulama sekarang, kena bersatu padu, nak weight, datol Fikri. Nak kefahaman, kita kena bagi bersatu fikir, masalah ummah macam mana selamatkan ummah daripada kegelapan minazulumaki ila Nur. Daripada kegelapan kepada cahaya agama Allah, bukan duk bincang masalah buruk, nak bincang tetapi boleh bincang. Tetapi biar bagi ilmiah baik kita bahan masalah tahlil pada hari ni. Ulama Imam Syafie kata macam ni, imam Maliki kata macam ni, imam ni kata baik tak sampai pahala orang hidup pada orang mati. Imam ni kata tak sampai kepala orang hidup kepada orang mati, biar bersifat terbuka, lagu tu.

Kemudian, sejaya selaku yang mesyuarat, saya berpegang kepada pendapat imam yang mengatakan tidak sampai ataupun saya berpegang kepada ulama yang mengatakan sampai dan sebagainya. Biar bersikap adil, jangan kita hanya semata-mata mengemukakan ulama yang di sebelah pihak kita saja. Nak Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah, sorang tu je. Kat ulama kita pun respect Ibnu Taimiyah seorang ulama, bukan Ibnu Taimiyah seorang. Seorang ulama bukan Ibnu Qayyim saja, seorang ulama bukan Muhammad bin Abdul Wahab saja, berlonggok-longgok lagi beribu-ribu juta ulama duk ada.

Pasal apa tak ungkapkan kata-kata mereka ni, kitab-kitab karangan alim ulama. Pasal apa karangan Ibnu Munzir tak diketengahkan, pasal apa karangan Imam Abdul Hassan Asyari tak diketengahkan, pasal apa karangan Syekh Abdul Wahab As-Sya’roni tidak diketengahkan, pasal apa karangan Imam Sindi tidak diketengahkan, pasal apa karangan Imam Baihaqi tidak diketengahkan. Pasal apa tak dikeluarkan pendapat mereka? Pandangan Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwa Al-Hadisiah, pasal apa Ibnu Taimiyah saja?

Saya respect Ibnu Taimiyah, saya respect Muhammad bin Abdul Wahab, itu pandangan mereka. Pandangan mereka dalam memahami sekian sekian Nas dan kita berpegang dengan ulama sekian-sekian yang berpandangan dengan cara yang berlainan daripada Ibnu Taimiyah. Kita bukan cela Ibnu Taimiyah.

Apa yang saya sebutkan di sini adalah permasalahan yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita. Kita lihat, oleh kerana tidak ada masalah besar untuk ditimbulkan ataupun mungkin juga setengah-setengahnya mahu dianggap sebagai tokoh pembaharuan, ataupun mungkin tidak ada sifat toleransi untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku, akhirnya kita lihat implikasinya terhadap keutuhan ummah.

Maka, yang pertamanya perpecahan demi perpecahan dalam kehidupan ummah, baik dalam ibadah, politik, kemasyarakatan, perkauman, mahupun muamalah seharian. Kita lihat perpecahan demi perpecahan.Yang kedua, kita lihat umat Islam akan sentiasa sibuk dengan urusan furq, semua sibuk duk bahan masalah-masalah furq dan meninggalkan urusan dasar, iaitu ke arah perpaduan ummah ataupun nak menubuhkan negara Islam. Orang tak fikir dah ke arah tu.Yang ketiga, umat Islam mungkin akan menjadi seperti agama lain.

Seperti mana Kristian yang mempunyai berbagai-bagai aliran seperti Protestan, Katolik, Khattab dan sebagainya yang sudah tidak bertegur sapa bahkan ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, golongan yang sudah berjinak-jinak dengan Islam akan melihat politik yang berlaku ini sebagai gagalnya Islam dalam mendidik umatnya ke arah perpaduan. Ke arah perpaduan yang akan terus lari daripada Islam.

Golongan bukan Islam ataupun anti-Islam pula akan menjadikan kelemahan ini sebagai jalan untuk cuba porak-perandakan umat Islam. Umat Islam tidak mempunyai kuasa untuk menentang musuh-musuh agama Allah Subhanahuwataala yang akhirnya umat Islam terpaksa mengikut telunjuk bukan Islam.

Tuan-tuan, akhirnya sekali cuba kita lihat pada muka surat yang terakhir pada muka surat 9. Sekarang kita tinggallah tahharikul aswabek, kita tinggal nabak qunut, kita tinggal. Kita tengok apa jalan penyelesaiannya terhadap masalah ini.

Yang pertamanya bagi menyelesaikan konflik yang sedang berlaku ini adalah dicadangkan supaya pihak yang terlibat cuba menghayati apa yang akan diutarakan ini. Mudah-mudahan ianya menjadi wasilah untuk perpaduan ummah yang lebih erat.

Pertamanya, cuba kita menerima wujudnya khilaf di dalam Islam baik di zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Terimalah bahawa memang dalam Islam ada perselisihan pendapat. Ada ulama yang mempunyai pendapat berbeza-beza.

Yang kedua, ikhlas dan bersifat terbuka dalam menangani masalah khilafiah dengan mengemukakan pandangan kesemua ulama tanpa ada double standard terhadap mana-mana ulama. Jangan hanya membawa keluar pendapat Ibnu Taimiyah sahaja, tetapi keluarkan juga pendapat Imam Syafi’i. Jangan hanya membawa keluar pendapat Imam Muhammad bin Abdul Wahab, tetapi juga pendapat Ibnu Qayyim, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Imam Rafi’i, Imam Baihaqi dan banyak lagi alim ulama.

Yang ketiga, menghormati pandangan orang lain yang juga mempunyai sandaran walaupun sandarannya tidak begitu kukuh, seumpama ia berpegang dengan hadis daif. Menurut Imam Ahmad Ibnu Hambal, hadis daif lebih kuat daripada al kias.

Seterusnya, mengutamakan soal-soal dasar seumpama perpaduan ummah, amal makruf nahi mungkar, ekonomi ummah, negara Islam dan sebagainya daripada soal-soal cabang seperti mana persoalan-persoalan di atas.

Yang kelima, ulama perlu menggunakan ruang yang ada untuk memupuk semangat dan keyakinan terhadap agama, bukan memecah-belahkan masyarakat dengan ideologi kita.

Yang keenam, tidak lagi menggunakan kata-kata kesat terhadap mereka yang tidak sealiran dengan kita. Tak mahu dengar lagi Qayyum bin Atin dolallah wa kulu dolal Latin Firdaus, kecuali kepada mereka yang benar-benar melaksanakan perkara bidaah yang memang jelas menentang kepada Quran, sunnah, ijma alim ulama dan kias.

Yang ketujuh, tidak mudah memperkatakan sesuatu masalah sebelum memahami benar-benar permasalahannya agar tidak timbul perkara yang akan menyebabkan perpecahan demi perpecahan.

Yang kelapan, adakan sekerap mungkin perbincangan terhadap masalah yang berlaku dengan mengemukakan pendapat sekalian ulama secara ilmiah, bukan taksub dengan setengah-setengah ulama sahaja. Bahas secara ilmiah.

Yang kesembilan, jangan jadikan isu khilafiah ini sampai ke tahap yang boleh menimbulkan sifat yang tidak baik seperti bermasam muka. Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama yang muktabat seumpama imam mazhab 4, walaupun berkhilaf tentang sesuatu masalah tetapi masih lagi memiliki ukhuwah yang sejati. Imam Syafi’i tidak mengikut tok guru dia Imam Malik, Imam Ahmad Ibnu Hambal tidak mengikut tok guru dia Imam Syafi’i, tetapi kalau berjumpa, masyaAllah, ukhuwah yang begitu hebat, saling menghormati, bertanya tentang masalah, membincang demi perbincangan walaupun tidak mengikut pendapat guru mereka tetapi respect hormat pada alim ulama tetap ada.

Yang kesepuluh, wujudkan suatu perasaan dan kesedaran bahawa hakikatnya umat Islam sekarang sudah berpecah dalam berbagai-bagai bidang seperti akidah, muamalah, perkauman, ibadat, politik, negara dan banyak lagi. Maka adakah kita hendak menambahkan lagi dan mengeruhkan lagi keadaan yang ada? Manakah sumbangan kita dalam menyatu padukan ummah sekalian? Fikir balik, berpecah banyak dah, sudahlah, tinggallah, tak mahu dah bincang masalah yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah yang boleh menyebabkan umat Islam berpecah belah. Sekarang kita fikir di mana sumbangan kita ke arah menyatu padukan kembali umat Islam. Insaflah dan buat penilaian dengan mengharapkan bantuan Allah Subhanahuwataala seperti mana pengakuan kita dalam al Quran ihdina sira tol Mustaqim sira tol larina an anta alaihim. Minta bantuan kepada Allah supaya Allah Taala memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Maka insyaAllah, Allah akan bimbing kita, Allah akan selamatkan kita daripada terjebak dalam gejala yang boleh menyebabkan perpecahan atau porak-peranda dalam kehidupan umat Islam.

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ucapan saya ini ada yang menyinggung mana-mana pihak. Sebenarnya saya ingin memberitahu kepada sekalian yang hadir, bukan tujuan saya ingin menghina atau mengata kepada pihak-pihak tertentu, tetapi dengan pendedahan saya terhadap gerakan Wahabi ini. Tuan-tuan boleh lihat di situ, di manakah kelahiran Muhammad bin Abdul Wahab dan bagaimanakah sejarah kelahiran beliau dan seterusnya beliau menyebarkan ajaran serta masalah yang ditimbulkan, dan bagaimana punca wujudnya dan implikasinya terhadap ummah. Begitu juga dengan saranan saya, mudah-mudahan dengan apa yang telah saya dedahkan ini, umat Islam secara keseluruhannya akan memahami siapakah golongan Wahabi dan kita akan mencari jalan penyelesaian supaya tidak berlaku perpecahan dalam kehidupan umat Islam.

Allahuakbar. Aku luqauli haza buat astaghfirullahaladzim lee walaikum. Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak