Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarikalah. Wahai syahdu! Anna Muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahumma salli ‘ala Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Ahmad taat. Terima kasih kepada Fikri selaku pengerusi atau pengacara majlis pada pagi ini. Saya muliakan semua pegawai dari Kuibs, jawatankuasa pelaksana, pelajar-pelajar, dan semua yang hadir pada pagi ini.
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dapat dipertemukan pada pagi ini untuk berbicara sedikit berkaitan dengan Islam jati diri Melayu. Hadirin yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian, kalau kita tengok sebenarnya, sepatutnya hari ini kita ada 2 orang panel, saya dan juga tetamu kita, Dr. Fitri, pun tak silap. Betul, Dr. Fitri dari Indonesia. Kami baru mendapat berita yang Dr. Fitri sedikit kelewatan. Jadi, kita mula dulu sebab sepatutnya bermula pada 9.00 pagi. Jadi, kita dah lewatkan setengah jam.
Sebab ini, kita pun macam saya sendiri pun ada tetamu yang akan datang. Jadi, takpe lah kita saya mula dulu, insyaAllah nanti pada 10.00 pagi dijangka tetamu kita akan bersama dan melaksanakan pembentangan beliau. InsyaAllah. Baik, seminar Islam jati diri Melayu kita pernah dimomokkan pada satu ketika dahulu. Kalau tak silap saya, pada tahun 9 puluhan akhir-akhir 8 puluhan, kita pernah didedahkan oleh sebahagian daripada ahli-ahli ilmu pada zaman tersebut, mengatakan bahawasanya Melayu ini tidak ada nilainya.
Sebahagian daripada ahli ilmu pada zaman itu, kita mahu kepada Islam. Sesiapa yang menyeru kepada Melayu, maka dianggap sebagai asabiah pada ketika itu. Maka dibacakan hadis-hadis dari nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang mencela kepada perbuatan jahiliah. Maka seruan mereka pada ketika itu hanyalah seruan kembali kepada Islam, kembali kepada Islam, dan jangan melihat kepada bangsa pada ketika itu. Saya sendiri juga subscribe kepada idea yang sama waktu tu.
Kita berada di sekolah, bila mendengar ucapan-ucapan yang seperti ini, maka kita pun mula merasakan, “Oh, tak boleh ni, tak boleh seru kepada Melayu, tak boleh bincang tentang Melayu, kita perlu kembali kepada Islam.” Tetapi lama-kelamaan, apabila kita melihat kepada turas Islam yang sebenar, apa kita apabila kita melihat kepada sumber-sumber Islam yang autentik, maka kita rasa kita perlu untuk melakukan sedikit revisi, perlu melakukan sedikit revision, perlu melakukan sedikit ulangkaji dan baca semula.
Apakah benar, apabila kita menyeru kepada bangsa, apabila kita berbicara tentang bangsa, apakah benar itu dinamakan sebagai asabiah? Maka akhirnya, kita menyedari bahawasanya asabiah itu bukan menyeru kepada bangsa, bukan hanya dengan semudah itu. Sebaliknya, apabila kita menyebut tentang asabiyah, nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan asabiyah itu dengan maksud yang lebih spesifik. Iaitu, menyeru atau menyokong kepada puak, kepada kabilah, kepada keluarga, kepada bangsa, atau kepada sesiapa sahaja.
Walaupun perkara itu di atas kebatilan. Oleh kerana itu, kita melihat asabiyah itu ada dalam budaya Arab di zaman jahiliah. Walaupun Arab itu tidaklah bersatu sangat di atas nama bangsa. Dia di zaman jahiliah. Aus dan Hazraj berperang di antara kabilah dengan kabilah berperang, sedangkan mereka itu sama-sama Arab.
Tetap ada seruan untuk meninggalkan jahiliah. Dalam hadis, nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah melihat 2 orang di kalangan sahabat yang bergaduh. Ada 1 orang daripada kalangan sahabat nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dari bangsa Ansar. 1 orang lagi dari puak Muhajirin bergaduh sesama mereka. Yang seorang seru Ansar, yang seorang lagi seru Muhajirin. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegur perbuatan ini dengan mengatakan, “Ini adalah seruan jahiliah.”
Dakwah faidnah. Muntinah. Jauhkan, jauhkan diri daripada seruan yang seperti ini, kerana ia adalah seruan yang jijik, ia adalah seruan yang buruk. Walaupun mereka sesama Arab.
Maka bila kita berbicara tentang bangsa, tak semestinya perbicaraan tentang bangsa itu boleh menyeru kepada asabiyah, kepada jahiliah. Sebaliknya, sifat bangsa dalam Islam ini adalah sesuatu yang diraikan. Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan tentang sifat nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Wa ma arsalnaka illa rahmatan lil ‘alamin.” Tidaklah Kami mengutus kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu, apabila dia diutuskan, baginda menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Saya teringat lagi dulu, masa zaman belajar di UIA dulu, ada seorang pensyarah, saya rasa Allah yahfazuhu, moga Allah Ta’ala memelihara beliau, Dr. Kamaruniah kan. Saya kira mungkin dia masih mengajar lagi kat UIA. Dia menyebut kepada saya tentang satu perkataan, satu teori yang bagi saya menarik. Dia kata, “Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan ayat ‘Wa ma arsalnaka illa rahmatan lil ‘alamin’, tidak akan, tidaklah Kami utuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.” Dia kata, “Lihat kepada perkataan yang digunakan oleh al-Quran, ‘rahmat kepada seluruh alam’, bukan ‘rahmat kepada orang Islam saja’. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nabi kita, bukan nabi untuk orang Islam semata-mata, tetapi nabi untuk alam.”
Masa itu, kita pun ngangalah kejap, “Aik, macam mana tu?” Dia kata, “Apabila Islam diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla, ia memberikan rahmat bukan hanya kepada Muslim, juga kepada non-Muslim, bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan, bukan hanya kepada yang bernyawa atau yang ada roh, tetapi juga kepada kiamat, kepada sesuatu yang tidak ada roh seperti pokok, seperti alam sekitar kita.”
Kata kalau kita melihat kepada hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, membela hak orang-orang Islam, betul, yang ni tak payah sebutlah, kita pun tahu. Ketika nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memerintah Madinah, nabi memberikan hak kepada orang Yahudi. Nabi melakukan perjanjian dengan orang Yahudi, memberi perlindungan kepada orang-orang bukan Islam yang duduk dalam kerajaan Islam. Bahkan, di dalam hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan, “Man qatala mu’ahadan lam yarahu raihan al-Jannah.” Oh, kamuakan sesiapa yang membunuh orang-orang bukan Islam yang berlindung di bawah kerajaan Islam, yang mempunyai perjanjian damai dengan kerajaan Islam dan orang-orang Islam, tiba-tiba 1 orang bunuh orang ni, walaupun dia bukan Islam, dia tak dapat bau syurga.
Mana kita nak cari 1 orang pemimpin di zaman itu yang boleh sebut, “Siapa bunuh orang yang bukan Islam,” sedangkan dia adalah pemerintah yang beragama Islam, masyarakat yang dominan di kawasan pemerintahan. Dia adalah Muslim, tetapi bercerita tentang hak minoriti, tentang hak akaliyat, bangsa atau puak yang beragama, yang bukan mewakili pemerintah pada ketika itu, tetapi dia tetap memberikan hak. Itulah nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Diikat pula dengan tidak bau syurga. Bukan hanya tidak dapat masuk, tak dapat bau dia kan syurga ni, bau dia ratus-ratus tahun perjalanan dah boleh bau dah. Betul kan jauh bau syurga ni? Ada 1 hadis dalam Bukhari, ni saja nak ceritalah.
Dalam 1 hadis dalam Sahih Bukhari, nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bercerita tentang seorang lelaki yang paling akhir keluar dari neraka. Pernah dengar tak cerita ni? Ha, tak pernah dengar. Siapa pernah dengar? Angkat tangan. Tentang kisah seorang pemuda, bukan pemudalah, lelaki disebut dalam hadis tu, lelaki seorang lelaki yang paling akhir keluar dari neraka. Maksudnya, lepas dia keluar, takde dah orang keluar dari neraka, masuk neraka. Masa tu hanya tinggal orang-orang yang kafir sahaja. Dia yang paling akhir sebab kita beriman, kita Ahli Sunnah berjemaah, kita beriman, orang-orang yang ada iman.
Tapi kalau amalan jahat dia lebih banyak daripada amalan baiknya, dia boleh jadi masuk neraka dengan kehendak Allah. Betul, kita Ahli Sunnah berjemaah, kita beriman. Sesiapa yang amalannya ditimbang, amalan jahatnya lebih berat daripada amalan baiknya, dia ke mana? Ha, akan jadi apa pada dia? Fahwatah tamaddhiqah. Dia berada di bawah kehendak Allah. Insha Allah, kabahu wa inshaahu. Ini Ahli Sunnah berjemaah, sesiapa yang apabila ditimbang amalannya berat belah jahat, berat belah dosa, dia berada di bawah kehendak Allah.
Kalau Allah Taala inginkan, Allah Taala akan azab dia. Kalau Allah Taala inginkan, Allah Taala akan ampunkan dia. Kalau akan ampun, settle seperti hadis mitaqah dalam Sunan Tirmidzi, hadis yang masyhur.
Satu lagi, Allah Taala boleh masukkan dia ke dalam neraka. Kalau masuk ke dalam neraka sampai bila, dalam jiwanya ada iman, tapi dia fasik, dalam jiwanya ada iman, tapi dia banyak buat dosa, dosanya lebih banyak daripada pahalanya.
Maka Allah Taala, kalau Allah Taala nak azab dia, Allah Taala akan azab. Sampai bila, ulama berbeza pendapat. Ada yang kata dia akan dibakar dalam api neraka sehingga dosanya habis, baru dia keluar. Ada yang kata dia akan diazab sehingga dosanya lebih sikit, kurang sikit daripada pahalanya, barulah dia akan masuk ke dalam syurga. Khilaf di kalangan para ulama, seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu Qayyim.
Isu ni ada perbahasan, mungkin ada yang sebelum ni tak pernah dengar. Kan ada khilaf dalam masjid, dalam isu ni, ada yang kata dosanya sampai habis, barulah dia keluar. Ada yang kata tak, naik sikit je daripada pahala dia, supaya pahala lebih, barulah dia akan masuk ke dalam syurga. Khilaf di kalangan para ulama kerana nas tidak menjelaskan secara terperinci.
Cuma bila dia nak keluar daripada neraka ni, ada satu orang ni. Dia paling akhir. Kira kalau dia paling akhir, dia paling jahatlah di kalangan orang Islam. Dia paling paling jahat. Sebab dia paling akhir. Orang lain semua keluar dah, dia lambat. Jadi masa dia keluar tu, muka dia masih menghadap ke neraka. Muka dia tu masih menghadap ke neraka. Dia tak boleh paling tempat lain.
Dia kata apa pada Tuhan? Dia kata, “Akhirat isterif wajihi.” Yakni, “Nar, wahai Tuhan, palingkan mukaku daripada neraka ni.” “Fain nahuqad ahrakan.” Sorry, “Fain nahuqad ahrakan.” “Wahraqani zaka’uhar.” Dia kata, “Wahai Tuhan, palingkanlah muka aku daripada neraka ni. Kerana bau neraka ni menyakitkan aku. Bau neraka ni menyakitkan aku.”
Sebab neraka ni tempat yang betul-betul azab. Takde azab yang lebih dahsyat daripada neraka. Kalau hari ni kita masuk dalam toilet yang tersumbat, bau tak lalu masuk semua. Cari JPP lah. Mana JPP? Ha-ha, toilet tersumbat tak lalu masuk. Tapi tu orang yang ada pilihan antara masuk dengan tak masuk. Orang dalam neraka mana ada pilihan. Dia tak boleh pilih. Dia kena duduk dalam tu dengan kehendak Allah, dengan kuasa Allah, dia duduk dalam tu.
Bau dia kata lelaki ni, dia kata, “Bau dia menyakitkan aku.” “Waharakani zaka’uhar.” Dan bahang neraka ni, “Flam.” Neraka ni, apa? “Flam.” Haba-haba neraka ni, membakar aku. Dia kalau sahabat-sahabat Indonesia pun mungkin ada juga budaya bila nak raya ni, bakar ketupat. Ketupat ada je Indonesia. Eh, ada kan? Lemang ada. Lemang pun ada. Kita kan dekat Malaysia ni, kalau bakar lemang, bakar ketupat nak raya, duduk depan api yang besar. Apa kita rasa? Pipi kita akan rasa panas kan? Itu api dunia lah kan? Apatah lagi api neraka, lebih dahsyat dari itu lah.
Jadi dia minta pada Tuhan. Dia kata, “Ya Allah, ya Rabb.” Dia kata, “Irfa’ wajhi.” Yakni, “Nar, wahai Tuhan, palingkanlah muka aku ni daripada neraka. Kerana bau neraka ni menyakitkan, panas neraka ni juga menyeksakan.”
Sebenarnya, melihat keadaan orang yang diazab juga adalah azab. Betul tak? Sebab tu kalau ada kemalangan di jalan raya, kalau ada orang mati ke apa ke, dia akan tutup siap-siap dengan kain hitam, dengan plastik hitam. So kita bagi orang tengok. Kenapa? Melihat azab, melihat kesakitan juga menyeksakan. Okay, lepas tu dia kata apa? Bila dia minta pada Tuhan, dia berdoa. Dia berdoa. Dia berdoa. Tuhan kata apa? “Hal asaita in uktita dalika?” “Antas allani, rai’ah.” Ada tak kemungkinan kalau aku bagi, kalau engkau diberikan dengan apa yang kau minta, engkau akan minta benda lain lagi?
Dia kata, “Lah ya Rabb, aku tak minta yang lain. Aku minta dipalingkan muka aku daripada neraka ni.” Dan dia beri kepada Tuhan perjanjian. Dia beri janji.
Dia membuat perjanjian dengan Tuhan, “Yang ni je aku nak, wahai Tuhan. Aku tak minta yang lain.” Jadi, bila dia sudah berjanji dengan Tuhan, betul-betul dia tak nak minta benda lain. Tuhan pun palingkanlah mukanya daripada neraka itu. Takde lah menghadap ke neraka. Dia pun pandang tempat lain. Boleh pandang tempat lain.
Di hujung itu, dia ternampak syurga. Kan, di hujung itu, dia ternampak. Dia ternampak syurga yang saya sebut tadilah. Syurga ini baunya hebat. Bertahun-tahun perjalanan dah boleh bau dah. Punya hebat syurga ini. Dia pun ternampak syurga dari jauh. Dia nak minta kat Tuhan, tapi dia teringat, “Tadi aku dah janji tak nak minta yang lain.” Dia diamlah kejap. Diam fasa. Kata “MasyaAllah,” wahai, “Yes, Coach.”
Dia pun sekejap diam je. Lepas tu dia kata, dia tak boleh tahan. “Airaq qadim ni, ila babil Jannah.” Dia kata, “Wahai Tuhan, letakkan aku dekat pintu syurga. Ustaz, boleh tak?” Tuhan kata apa, “Ala, setakat aktrita?” “Oh, Huda.” “Mawafi, kakak al atas.” “Al alami, rai’ah.” Dia nak minta duk yalah, mungkin dia nak minta masuk. Tapi nampak macam gelojoh sangat. Jadi dia minta duk depan pintu. Tuhan kata apa kat dia, “Bukan ke tadi kau dah buat perjanjian dengan aku, tak nak minta yang lain?” “Alah, setakat AK peri ta’un hudaqa?” “Wamawati, raka’atal atas.” “Alallahi waqtidah.” Ha, engkau tadi kau kata, kau tak nak minta yang lain dah. Yang tu je kau nak.
Dia pun doa pada Allah. Dia doa pada Allah. Dia doa. Dia doa. Doa, “Palaya, palaya, zalo ya.” Doa, dia doa. Dia doa. Dia doa. Tuhan kata, “Ya, benar Adam.” “Maha berdarah.” “Wahai anak Adam, kau ni betul-betul.” “Duk langgar janji.” “Mungkir janji pada engkau ni.” Dia doa, dia doa. Dia doa lagi, doa lagi, doa lagi.
Tapi Tuhan bagi. Tuhan tanya, satu soalan yang sama macam tadi. Tuhan kata, “Kalau aku bagi, kau duduk depan pintu syurga ni, kau nak minta yang lain lagi tak?” Dia kata dengan yakin, dengan confident, padahal dah, mungkin dah tadi. “Lah, ya Rab, aku tak minta yang lain.” “Nak minta dekat pintu syurga je.” Buat perjanjian dengan Tuhan. Dia buat perjanjian macam tadi. “Ya, nak minta yang tu saja.” “Tak nak minta yang lain.”
Lepas tu Tuhan letaklah depan pintu syurga. Bila duduk depan pintu syurga, lagi jelas nampak syurga itu. “Farah, O filjana.” “Minallah, minallah.” “Barati, wazurur.” Dia melihat begitu hebat syurga ini. Dengan kegembiraannya, dengan nikmat yang pelbagai, dia nak minta. Dia teringat janji dia, tapi lama kelamaan manusia ni tak tahan. Dia kata, “Airaq, ada hilalil Jannah.” “Wahai Tuhan, masukkanlah aku ke dalam syurga.” Tuhan kata apa, “Ya, benar Adam.” “Mahardarat, ala.” “Setakat, al qayyi.” “Ta’un Huda.” “Kawan, mawati.” “Khattab, al atas.” “Alan ni, Khairul laziq, orchid hai, anak Adam.” “Kau ni mungkir janji.” “Betul tadi kau janji dengan aku, kau tak nak minta yang lain lagi.” Tapi dia doa, dia doa, dia doa.
Akhirnya Tuhan masukkan dia ke dalam syurga itu. Syurga, maksudnya. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita kembali pada isu kita. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menafikan daripada orang yang menzalimi orang yang bukan Islam. Bau syurga, orang yang membunuh orang bukan Islam ni, nabi nafikan dia daripada bau syurga. Walaupun syurga ini baunya dapat dihidu daripada perjalanan bertahun-tahun.
Maka apabila Islam itu turun, Islam memberikan rahmat kepada semua. Tak membenarkan kezaliman berlaku. Walaupun kepada bukan Islam, walaupun kepada haiwan. Kita pernah tahu kan, dulu nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah sebut, “Dakhalatil Mar’atu anara fi hiratin habasatha walam tutaimha.” Bila akhir hadis, perempuan masuk dalam neraka, kerana hijrah, kerana anak kucing, kerana seekor kucing yang dia tahan, yang dia kurung, dia tak bagi makan.
Dan dalam agama ini pun tak boleh suka-suka pergi tebang pokok tanpa sebab. Nak pergi tebang pokok, kalau orang tanya, “Pasal apa tebang?” “Saja je buang masa, hobi saya memang tebang pokok.” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tak benarkan. Kalau pokok tu bermanfaat kepada orang yang bermusafir, pokok tu bermanfaat untuk binatang-binatang makan, tak boleh untuk potong. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Abu Daud, yang mana nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Man khatta’a sidratan fihala sau waballahu rak sarawak wajah haru ilanar.” Sesiapa yang potong pokok tengah-tengah padang pasir, tanpa sebab, tanpa alasan, kerana zalim kat orang, Allah Taala akan hadapkan mukanya ke arah neraka.
Maka, isu yang pertama yang perlu kita sedar, yang kita perlu tahu, jadi berbicara tentang bangsa bukanlah semestinya bersifat asabiah. Bila jadi asabiah, asabiah ni, bila mana asabiah ni jadi, bila mana kita menyokong bangsa walaupun dalam keadaan bangsa itu batil, aa, yang tu salah. Maka sebab itu, dalam agama, dalam al-Quran tadi, Doktor Hussauddin juga qadar Alena badal-badal ayah, badal ayah seminar Quran. Doktor Hishamuddin telah membacakan sebahagian daripada ayat Quran yang menyebutkan tentang Allah Subhanahu wata’ala mengiktiraf kepelbagaian bangsa, mengiktiraf kepelbagaian kabilah. Bahkan, dalam al-Quran, Allah Subhanahu wata’ala adakalanya dalam banyak tempat memanggil manusia dengan, “Ya ayyuha an-nas,” wahai sekalian manusia. Allah Taala tidak hanya menyeru, “Ya ayyuha al-Arab,” semata-mata, tetapi menyeru kepada manusia secara keseluruhannya, “Ya ayyuha an-nas.”
“Inna khalqnaqum min zakarin wa unthaa waja’alnaakum syu’uban wa qabaa’ila li ta’arafu.” Wahai sekalian manusia, kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Kami ciptakan kamu ada lelaki, ada perempuan, ada saudara, ada saudari, saudara ada, tak perlu pada saudaralah. Saudara ataupun ataupun saudari lelaki ataupun perempuan. Bukan untuk bertarung, tapi untuk melengkapkan. Sekarang kalau kita tengok di media sosial macam tu, ah, kan? Ha, lelaki anti kat perempuan, sebahagiannya perempuan pula ada anti kat lelaki, sebahagiannya lelaki kata apa, “Perempuan mana pernah salah, semua betul-betul tak.” Sebab ada 1 dia kata, “Hakim, hakim, hakim mahkamah dulu-dulu kan, hakim mahkamah dia akan pakai rambut putih tu, kan, yang panjang perasan zaman-zaman dulu lah.”
Kalau kita tengok zaman drama-drama 90-an, kalau hakim dia akan pakai benda tu, kan, rambut panjang. Ada orang kata, “Kenapa hakim bila nak keluarkan hukuman dia kena pakai yang tu?” Siapa tu, ha, tak tahu. Tapi ada teori, teori budak-budak TikTok, teori budak-budak netizen, apa, budak-budak baru nak up, eh, orang panggil ha-ha-ha. Dia kata, dia kena pakai yang tu supaya orang tak pertikai hukum dia, orang tak pertikai keputusan dia. Sebab apa? Sebab dia pakai macam tu, kan, nampak macam perempuan. Jadi, perempuan tak pernah salah, ha-ha-ha. Itu teori lah.
Tapi sebenarnya tu, terkesan dengan British zaman dulu ah, dan ada juga orang perempuan yang mulai dia kata, sebenarnya kerja rumah ni kena bagi pada orang lelaki. Orang lelaki suami yang kena buat kerja rumah ni. Kami bukan tak mahu buat kerja rumah, tapi kalau kami buat kerja rumah, orang perempuan takkan puas hati ni. Tanya dengan budak-budak lelaki ni. Saya juga pernah jadi student zaman dulu kan, duduk dekat rumah sewa dengan kawan-kawan kami. Tak perlukan mangkuk besar-besar untuk diletakkan di atas meja ketika makan. Kami tak perlu benda tu. Kami tak perlu mangkuk untuk cedok nasi, kerana kami akan bawa periuk nasi tu atas meja. Kami akan bawa periuk-periuk atas meja.
Itu budak-budak lelaki kan. Budaya Melayu kita ada hantaran bila apa, bila menikah, bila bertunang kan. Bawa hantaran macam-macam gubahan. Gubahan betul tu. Siapa punya kerja? Perempuan lah punya kerja. Kalau lelaki bertunang dengan lelaki, kalaulah saya bukan promo hormon seksual pula kan. Tapi kalau lelaki yang urus benda ni, bawa masuk dalam plastik gambar plastik Mydin. Bawa masuk. Tanya ini, “Hantaran ini je hantaran saya.” Gubah cantik-cantik buat apa? Nanti nak buka juga. Itu cara fikir orang lelaki.
Kami berpandangan jauh. Ha-ha.
Maka, sebab itu bukan untuk pertandingan lelaki dan perempuan ni, untuk lengkap melengkapi. Balik pada isu, maka Allah Subhanahu wa ta’ala menyebutkan dalam ayat ni, “Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, kami jadikan kamu berkabilah-kabilah, untuk kamu saling kenal mengenali.” Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan konsep dan pemahaman ini dalam hadisnya, seperti mana yang dinukilkan oleh al-Imam diriwayatkan oleh al-Imamul Baihaqi dalam Syuk Abdul Iman. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kata, “Yay Yohanes in Arab bakum Wahid, wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu. Ala la fadla Lia rabi’in ala jami’in, walal jami’in ala Arabin, walal Arabin ala Ajami’in, walal Aswad ala Ahmar, ila bin takwa.”
Wahai sekalian manusia, Tuhan kamu satu. Ketahuilah, tidak ada kelebihan berbanding orang Arab ke atas yang bukan Arab. Tidak ada kelebihan orang bukan Arab berbanding Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa. “Inna akramakum ‘indallahi atqakum.” Kerana yang sangat mulia di sisi Allah Azzawajal ialah orang yang paling bertaqwa.
Maka sebab itu, di dalam agama ini, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan satu perkataan yang sangat penting untuk kita pegang, “Man bata’a bihi amaluhu lam yusra’ bihi nasabuhu.” Sesiapa yang amalannya melambatkan dirinya, amalannya tak banyak, lam yusra’ bihi nasabuhu. Nasabnya tidak boleh mempercepatkan dia. Jangan ingat kalau nasab kita keturunan kita daripada keturunan bangsawan, maka kita akan selamat. No, kerana sejarah membuktikan. Orang yang pelihara Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam daripada kecil tak selamat daripada neraka. Iaitulah Abu Talib. Sejarah sirah membuktikan orang yang keturunan dia bukan asal daripada Arab, tetapi mendapat darjat yang mulia di sisi Islam. Iaitulah Salman al-Farisi, daripada bangsa Farisi, bukan daripada Arab.
Itu konsep yang pertama. Agama tidak pernah memaksa orang untuk berada di atas satu budaya sahaja. Tidak. Tetapi Islam membimbing manusia supaya berbudaya selari dengan budaya Islam. Maka sebab itu, di dalam hadis kita melihat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai pakaian yang berbeza-beza. Kadang-kadang Nabi memakai jubah daripada kain daripada Syam, kadang-kadang daripada Yaman. Mengiktiraf kepelbagaian budaya bangsa adalah sebahagian daripada ajaran agama, dan tidak mungkin satu orang manusia boleh memaksa satu negara semua ikut pakai pakaian yang sama je. Tak mungkin kita di Kub Som kena letak dress kod je kat Kub ni. Kita letak dress kod, kod etika pemakaian. Kita tak letak mesti pakai satu fesyen. Tak tak boleh kerana kecenderungan orang tak sama kan?
Dulu kita pernah nak buat apa? Kita pernah nak buat. Kami aa, bincanglah sesama pengurusan tertinggi ni, bincang pasal nak buat. Kita kan dah ada kopiah Kub. Kita ada kopiah Kub yang warna kuning. Kan ada juga cadangan nak buat tudung Kub. Masa bincang-bincang tu ni, sesama staf lah. Masa bincang-bincang tu, belum buat lagi, baru cadangan je. Tapi komen dekat situ, dekat WhatsApp group tu, bukan main, “Bidang berapa, bawal ke, sarung ke, warna apa?” Kalau boleh, janganlah warna terang sangat. “Oh, saya suka pula warna yang gelap-gelap. Saya suka yang terang-terang sikit.”
Jadi, manusia dia tak boleh dipatenkan dengan satu pattern yang pakai sedondon. Ni pun sehari je. Ha, ya, itu pun terpaksa betul. Sebab apa? Sebab perempuan yang rule, laki ikut je lah. Ha-ha. Kalau suami yang rule, susah. Ha, nampak tak, itu manusia punya kecenderungan. Okey, kita balik pada isu kita, asimilasi budaya Melayu dengan Islam. Saya nak sebut sedikit kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Saya fokus kepada Semenanjung Tanah Melayu sebab nanti tetamu kita akan cerita berkenaan dengan Islam di tempat beliau, eh, di Indonesia.
Sebahagian mungkin 4 of Indonesia, lepas Indonesia besar. Okey, dikatakan Islam sampai ke Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu ni sejak kurun ke-14 Masihi lagi. Dikatakan tarikh ketika mana dijumpai batu bersurat di Terengganu. Dikatakan tarikhnya masih ada perbincangan di kalangan ahli sejarah.
Dikatakan tarikhnya 1303 Masihi awal, sudah ada kerana batu bersurat itu, isi kandungannya bercerita tentang tanggungjawab sultan terhadap sebahagian dari hukum hakam syarak. Tetapi kita hampir pasti ia berlaku di zaman awal lagi. Kemudian, tertubuhnya Kerajaan Melaka, yang mana pada peringkat awal ditubuhkan oleh Parameswara yang berasal dari Palembang. Parameswara datang ke Melaka untuk membina Kesultanan Melayu Melaka. Akhirnya, Parameswara menerima Islam pada 1414 Masihi dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Bermula dari saat itulah, Semenanjung Tanah Melayu ini sudah dominan rakyatnya menjadi Muslim.
Kemudian, Melaka diserang oleh Portugis pada 1511. Portugis datang meruntuhkan tamadun Melaka, tamadun Melayu. Kesultanan Melayu Melaka itu tewas dengan kerajaan Portugis yang beragama Kristian pada ketika itu. Portugis datang kononnya nak mempromosikan 3G, kan? Apa dia? Ghost, fel, glory, and gold. Nak membawa ajaran mereka, nak membawa kegemilangan mereka, dan juga nak mengambil sebahagian dari harta yang ada di tanah yang mereka jajah. Sebelas tahun Portugis berkuasa di situ, lebih kurang dalam 130 tahun. Bukan satu tempoh masa yang singkat, dia 130 tahun berada di bawah penjajahan Portugis.
Kita merdeka berapa tahun dah? Tanah Melayu merdeka 1957. Sekarang 2024, berapa tahun dah kita merdeka? Saya matematik lemah sikit. Berapa tahun? Ha, 67 tahun betul, eh? Ha, 67 tahun nak menuju 67 tahun kemerdekaan, belum 100 tahun lagi. Tu pun kita rasa lama dah, kan? Ni, 130 tahun berada di bawah kuasa Portugis. Kemudian, datang Belanda. Datang Belanda pada 1641, berada di Tanah Melayu sehingga 1824, selama 183 tahun. Kemudian, datang British, buat perjanjian dengan Belanda. British ambil Semenanjung Tanah Melayu, Belanda ambil Indonesia. Dia kawan-kawan Indonesia, Belanda yang jajahkan ke India.
British menjajah Tanah Melayu, ada yang kata bukan menjajah, tapi bernaung. Takpe lah, kita ambil ini perbincangan akademik. Saya tak mahu bincang yang dalam-dalam tu, itu lebih kepada pakarnya. Saya bukan pakar sejarah Melayu, cuma secara umumnya kita terima British pernah berkuasa di negeri ini. British pernah menjadi penaung kepada kerajaan-kerajaan yang ada di Semenanjung Tanah Melayu ni, yang mana British berada di sini selama 133 tahun, bermula dari 1824 sehingga 1957.
Sebenarnya, 1957 tu, pun dia tak keluar secara serentak, kan? Dia masih ada lagi memberi panduan, memberi cadangan, memberi influence, memberi pengaruh beratus-ratus tahun. Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah penguasa yang bukan beragama Islam, penjajahlah, bukan penguasa. Penjajah yang bukan beragama Islam. Tetapi sepanjang sejarah, alhamdulillah, kita tidak melihat komuniti besar masyarakat Melayu murtad daripada agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Di Indonesia nanti kita boleh tanya pada panel yang kedua.
Cuma secara umumnya, saya boleh katakan, sepanjang sejarah setelah tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan pengenalan undang-undang Islam, hukum Kanun Melaka, dan sebagainya, istana telah menjadi pusat penyebaran Islam. Tok Syeikh datang. Walaupun ada teori, ada yang kata Islam datang ke Tanah Melayu melalui tanah Arab, melalui pedagang Arab. Ada yang kata melalui pedagang India, ada yang kata melalui pedagang Cina. Wallahu a’lam, kita boleh kata ketiga-tiga mungkin ada kesan
Sebab itu, kalau kita tengok belah Penang, nampak macam ada kesan dakwah Islam datang daripada India. Tu yang banyak nasi kandar tu, kan? Kalau kita he he, kalau kita tengok Melaka umpamanya, kan, binaan-binaan masjid di Melaka nampak macam ada unsur Cina sikit. Ataupun mungkin belah pantai timur ni pun nampak macam ada jugalah pengaruh-pengaruh Cina tu. Orang-orang ni pun nampak cerah-cerah juga.
Kalau kita pergi ke Johor umpamanya, budaya-budaya Arab daripada Yaman juga ada masih kekal sehingga ke hari ini. Dan ada masyarakat-masyarakat Arab yang tak boleh berbahasa Arab, tapi dia tahu dia asal daripada Yaman. Kita tak boleh nafikan ketiga-tiga ni ada influence, ada pengaruh dalam kemasukan dakwah Islam ke Tanah Melayu.
Kan, bahkan saya boleh katakan, penerimaan bangsa Melayu kepada agama Islam itu sangat mudah dan sangat cepat. Sebahagiannya ahli-ahli sejarah cuba untuk mengatakan mudahnya masyarakat Melayu di semenanjung ni, ataupun di Nusantara ni, menerima Islam adalah kerana sebelum ini mereka beragama apa? Melayu sebelum kedatangan Islam, agama apa? Agama apa ha, Hindu? Eh, Hindu. Beragama Hindu, tapi Hindu yang ada dekat semenanjung ni, dia hanya bersifat estetika. Dia tidak masuk terlalu dalam dari sudut kesenian, dikatakan.
Jadi, sebab itu bila Islam datang, membawa 1 ajaran yang komprehensif, membawa 1 ajaran yang sempurna, maka orang-orang Melayu apabila sultan mereka menerima Islam, mereka mudah untuk menerima Islam. Dan sepanjang zaman penjajahan, walaupun penjajahan itu berlaku ratusan tahun, tetapi alhamdulillah, kita tidak melihat mana-mana keluarga ataupun kampung orang-orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu ni murtad beramai-ramai.
Kita tak jumpa. Sebab itu, orang bukan Islam di Malaysia ni selalu confuse zaman dulu bila orang masuk Islam, dia kata masuk Melayu, sedangkan masuk Islam bukan masuk Melayu, he. Tapi begitulah kuatnya pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu ni.
Maka itu, dari sudut fakta sejarah, Jepun juga pernah masuk. Jepun berada di Tanah Melayu sehingga 1945, sekejaplah, sebelum diambil alih oleh British semula. Sebelum Jepun menarik diri daripada semenanjung Tanah Melayu, kita ada Portugis, kita ada Belanda, kita ada Jepun, dan kita ada British, yang mana penjajah-penjajah ini bukan beragama Islam pun. Mereka boleh memberi pengaruh kepada pentadbiran mereka, memberi pengaruh kepada penguasaan.
Mungkin mereka ambil kekayaan daripada negara kita, tetapi mereka tidak memberikan pengaruh besar kepada pegangan agama masyarakat Melayu, terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu ni. Itu yang sepatutnya kita kena rasa syukur kepada Allah Subhanahuwataala. Berbeza dengan tempat-tempat lain. Kalau umpamanya kita melihat kepada Filipina, kat Philippines umpamanya, spin ada pengaruh. Terkadang orang-orang Filipina sehingga sebahagian besar daripada orang Filipina mengambil agama Kristian disebabkan penjajahan itu.
Kerana kita yakin dan berjaya, orang Filipina tu bukan asalnya Kristian sebab Kristian kan datang bukan di kawasan daerah-daerah ni, dibawa oleh penjajahlah. Jadi, itu perkara yang kita boleh banggakan. Islam bukan hanya masuk dalam budaya, tetapi dia menjadi perundangan, dia menjadi hukum, dia menjadi kanun yang tertinggi dalam sebuah negara.
Perjumpaan batu bersurat yang saya sebut tadi di Terengganu, bercerita tentang hukum hakam syarak di peringkat negara. Undang-undang hukum kanun Melaka yang diperkenalkan oleh Sultan Muzaffar Shah, diperkenalkan seawal 1446 Masihi. Walaupun pada peringkat awal masih belum ditulis, tetapi sudah pun diperkenalkan, yang mana mempunyai pengaruh Islam pada ketika itu.
Kemudian, pengaruh Islam ini menjadi kuat dalam masyarakat Melayu sehingga apabila kita merdeka, sudah ada yang dinamakan Majlis Agama Islam negeri-negeri. Setiap negeri di Tanah Melayu ada Majlis Agama Islam dia sendiri. Sama ada negeri itu majoriti Muslim atau bukan majoriti Muslim, ada Majlis Agama Islam. Dia yang diketuai oleh, kalau negeri tu ada sultan, diketuai oleh sultan. Kalau negeri itu tidak bersultan, diketuai oleh wakil kepada Yang di-Pertuan Agong. Macam agama Islam, Majlis Agama Islam, dan adat istiadat Melayu.
Kuatnya Melayu tu dengan Islam, majlis agama Islam pun diikat dengan adat istiadat Melayu. Dan ditukar gelaran banyak negeri, menukar gelaran pemerintah tertinggi mereka kepada sultan, diambil daripada perkataan Arab. Kita sebut “endah sultani ja’ir”, kan di sisi sultan yang “afdhalul jihad”. Kalimah tu Hakim “endah sultani ja’ir”. Sultan ialah perkataan Arab yang digunakan dalam kebanyakan negeri-negeri Melayu ini.
Satu benda juga yang bila kita sebut, asimilasi budaya, asimilasi Islam dalam budaya Melayu yang kita kena bangga sikit jugalah, iaitu lidah Melayu mudah untuk menuturkan al-Quran. Boleh saya katakan, 99.9% orang yang boleh berbicara, dia boleh menyebut perkataan Allah dengan baik, kan dia boleh membaca Arab, dia boleh baca Quran tu dengan baik. Sampai kalau kita dulu, masa saya pergi belajar dekat negara Arab, dekat Jordan, syeikh Arab ni macam kata, “Eh, korang boleh baca Quran bagus jugalah bacaan tu.” Dia kata, walaupun ada sikit kadang-kadang makhraj tu terkucil sikit, tapi boleh baca dengan baik.
Berbeza dengan bangsa-bangsa yang lain, mungkin kadang-kadang lidahnya keras sikit. Saya pernah pergi ke Cina, jenuh saya nak faham dia punya perkataan tu. Rupanya dia tengah berselawat. Kan kita pun tengok selawat dia tu, pengaruh Cina tu kuat sangat. Kita pun tak perasan, tapi kalau orang Melayu menyebut perkataan Arab, perkataan Arab itu kemaslah disebut. Bila baca Quran itu, baca Quran dengan makhraj yang baik.
Pergilah ke Pakistan, umpamanya ke India, kadang-kadang ada juga pengaruh bahasa tu, yang mereka tak boleh menyebut perkataan Allah dengan baik. Padanya, “alah alah kan”. Tapi orang Melayu, insyaAllah, boleh menyebut perkataan Islam ni dengan perkataan Arab dengan baik.
Pengaruh agama Islam yang sangat kuat, saya tak kata pengaruh pun di sana tak kuat, tapi kesungguhan kita dalam “sila pak, selamat datang”, kita ucapkan selamat datang kepada doktor Fitri, daripada Indonesia. Tetamu kita sudah sampai, silakan pak.
Maka, pengaruh itu memberi kesan kepada lidah orang Melayu. Berusaha untuk bertutur dengan baik perkataan-perkataan yang dianggap sebagai perkataan Islamik, dalam membaca al-Quran. Paling tidak, kemudian di daerah ini, daerah semenanjung ini, bukan tidak ada tulisannya sendiri. Kita ada tulisan kita sendiri, tetapi tulisan itu telah pun pupus apabila datangnya Islam di negara ini.
Islam di daerah ini, Islam di rantau ini, datang orang-orang Melayu mengambil tulisan Arab, menjadikannya sebagai tulisan Jawi. Menjadikannya sebagai tulisan Jawi. Kita lupa dah tulisan asal, tulisan yang ada pengaruh-pengaruh Hindu itu, kita ambil tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Satu ketika dulu, sebelum ditukar kepada tulisan Rumi, pernah tulisan Jawi ingin menjadi lemah sekejap. Tetapi alhamdulillah, pada hari ini cuba untuk dihidupkan kembali. Kita kena terima kasih banyaklah kepada Perdana Menteri kita yang dulu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menubuhkan jerqah pada ketika itu di sekolah-sekolah.
Mana jerqah ni? Jawi Quran, apa lagi? Jawi Quran dan Fardu Ain di sekolah-sekolah. Jadi, penguasaan Jawi tu makin baik di kalangan masyarakat Melayu. Pada ketika itu, budaya Islam ataupun budaya Melayu yang bersendikan Islam ini juga kita boleh lihat begitu kuat kepada nama-nama orang Melayu.
Nama-nama orang Melayu dulu, nama orang Melayu apa? Awang, Buyung kan? Kalau perempuan, Cempaka, Cerah kan Melati. Dia cerita lama-lama dulu, tapi sekarang, orang-orang Melayu, orang-orang di semenanjung, namanya paling tidak zaman 9 puluhan, zaman 8 puluhan sebenarnya, zaman sebelum tu lagi, nama-nama tu macam Ayah Saya, nama Ramli. Dia Jawa, Jawa semenanjung kan zaman dulu kita selalu berpindah rendah, kan dia boleh berbahasa Jawa, tapi saya tak bolehlah.
So, nama dia Ramli. Kita pasal apa? Nama Ramli kan, kalau Jawa, mestilah nama dia macam Parjo ke Superman ke. Tapi kenapa nama dia Ramli? Ramli dapat daripada mana? Ramli ni kan ulama mazhab Syafie, nama Ramli Ar-Ramli, pengarang kitab “Nihayatul Muhtaj”. Kuat pengaruh Islam, zaman apa? 8 puluhan.
Kebanyakan orang ada nama Muhammad. Kalau takde Muhammad, Ahmad betul. Kalau di Semenanjung, di Indonesia nanti boleh bapak bercerita, tapi di Semenanjung, lelaki zaman 8 puluhan bin Mawali Samani Najwati Saidin. Kalau dia lahir daripada 8 puluhan, 9 puluhan, ada nama Muhammad Ahmad. Saya Muhammad Razaimi, mesti ada Muhammad dengan Ahmad. Cuma anak saya, saya tak bubur, saya letak Abdullah, saya letak Abu Ubaidah.
Mak saya masa saya letak nama Abu Ubaidah, dia tanya. Dia kata, “Ha?” Dia tanya, “Anak buah nama apa?” Saya kata, “Anak saya, yang nombor 3, saya letak Abu Ubaidah.” Ha, takde Muhammad. Nampak memang ada hadis yang menyebutkan, “Ada hadis sebut manhuli dalahu Maulud fasamahu Muhammadan tabarruqan bin hilam yadukulhua wawala duhun Nor.” Sesiapa yang diberikan anak kelahiran yang baru, dia namakan anaknya Muhammad kerana nak bertabaruk, nak mengambil berkat dengan nama Muhammad. Dia dan anaknya tak masuk neraka. Hadis ni palsu. Hadis memang palsu. Cuma orang Melayu kadang-kadang tak tahu pun pasal hadis ni.
Tanya orang-orang yang letak nama anak dia Muhammad, yang letak nama Ahmad. Tahu ke pasal hadis ni? Kadang-kadang orang tak tahu. Tapi kenapa nak bawa Muhammad dengan Ahmad? Dia akan kata, “Kita orang Islam kan.” Dia letak tu kerana dia rasa itu identiti Muslim ni di Semenanjung Melayu. Semenanjung. Cuma lately, di kebelakangan ini, orang-orang Melayu ni sudah ada pengaruh barat sikit.
Maka, anak dia, dia adalah nama-nama barat. Raikal, apa lagi? Danish, ha, aa, Robert, ha. Tapi, ah, Rayyan, Noah kan yang kita tahu sebelum ni, Noah je, Noah, ha. Kan Joseph set nama-nama tu. Tapi walaupun nama-nama tu ada pengaruh barat sikit, tetap Muhammad, set Ahmad, Rayyan, Hakimi. Mesti ada nama-nama yang digabungkan dengan Islam.
Cuma, cuma, cuma, saya bayang lagi 40, 50 tahun ke depan, anak-anak yang nama-nama yang seperti ini. Ahmad, Adam, Raikal, Rayyan. Contohlah, contohlah kan anak-anak yang nama panjang-panjang ni, bila dia jadi atuk nanti, bila dah tua-tua, janggut dah panjang, beruban atuk. Nama apa? Tok Adam, Raikal, oi, macam tak sinkronislah tok nama atuklah. Ha-ha. Saya akan tunggu zaman tu nanti, mungkin saya pun tak sempat hiduplah zaman tu kan, tapi saya buh nama Abu Wahidah je lah, kan buh nama Abdullah, Muaz. Sudahlah, supaya dia tua nanti, sinkronaslah muka dengan nama dia tu. Okey, makanan, orang-orang Melayu, makanan, orang Melayu, orang Melayu di Semenanjung. Saya tak pasti, di Indonesia nanti bapa boleh bercerita, tapi di Semenanjung, orang-orang Melayu sangat sensitif pada babi.
Dan Arab begitu sensitif. Kalau makanan tu ada babi, dia takkan sentuh. Bukan kata ada babi, kalau makanan tu sebelah tray dia dengan tray babi tak sentuh dulu. Kami pergi, apa, saya pernah pergi ke Spin, Spin ni, masyarakat dia kuat makan babi. Hamun di mana-mana. Dia panggil babi tu hamun. Tergantung je paha babi. Dikatakan ada sebab sejarah dia. Kerana ketika mana Islam menguasai Spin, dan bila tamadun Islam jatuh, kerajaan pada ketika itu, kerajaan Kristian pada ketika itu, hilangkan semua binatang lain kecuali babi.
Sebab dia tahu orang Islam tak makan babi. Jadi dia nak convertkan orang Islam jadi apa? Jadi Kristian. Jadi babi je ada. Jadi, lama-lama, kebabian itu terlalu terlalu dominan disiplin.
Jadi, bila makan kami ni Muslim kan, bila kita nak pergi tengok tamadun Andalusia, tamadun, aa, istana Al-Hamra, apa semua tu, kita pergilah. Pergilah hidup kat hotel dia. Dia sebut, dia kata, makanan di sini halal. Tapi halal tu memanglah ada yang halal. Ikan dia letak, dia letak ikan, tapi sebelah babi, yang ni, babi yang ni, ikan kita tak ambil. Walaupun berasing, tapi kita kata takut nanti waktu orang, yang orang cedok babi ni, tercedok termasuk pula dalam ikan kita duk bayang, kerana kita kata babi pun tak boleh. Kita takkan terima, kita tak akan bertoleransi.
Rokok, rokok juga kita tahu rokok haram kan, tapi rokok, okey. Babi jangan dulu, kita pernah ada kes. Saya tak ingat 2,011 ataupun 2,002 ke 2,013, Cadbury yang ada DNA babi. Ingat lagi, makcik tu dah makan, dah menangis. Dia macam mana, makcik nak buat, makcik nak pergi Umrah. Babi dah masuk, adakah makcik perlu tukar darah? Masuk, sebenarnya tak perlu pun kan. Dia tak tahu, tak salah pun. Tapi begitu sensitifnya orang Melayu semenanjung ni dengan kebabian.
Maka, apa saja berkenaan dengan babi, dia tak sentuh. Arak pun samalah. Orang Melayu tak boleh terima ya, dan orang Melayu sangat terbuka pada makanan, makanan nasi Arab bercambah dekat negara ni. Terbukanya orang Melayu dalam makanan yang halal. Dulu orang Melayu tak suka makan cheese. Sekarang ni goreng pisang, bubuh cheese. Aa, orang-orang putih pun kata, “This is amazing, ha-ha, this is awesome, kan.” Very inovatif. Orang-orang putih pun tak begitu inovatif. Makan cheese macam kita, kita semua benda nak buh cheese, ha, kerana kita berpegang kepada hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam, “Antum, aa, alamu bi amri dunia, aku, kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu.”
Dan bukan hanya sekadar itu, asimilasi Islam dalam budaya Melayu masuk, bukan hanya pada tulisan, tetapi juga pada perkataan. Perkataan, perkataan, perkataan yang dipinjam daripada Arab, itu adalah kerana Islam itu sangat dekat dengan masyarakat Melayu. Perkataan “mesyuarat”, cuba cari dalam perkataan Melayu, apa “mesyuarat”, apa “mesyuarat” dalam bahasa Melayu, ha, kita pun tak tahu. Sebab memang kita guna perkataan “mesyuarat”. “Mesyuarat” tu daripada perkataan “musyawarah”.
Masjid, masjid dalam bahasa Melayu, apa? Apa masjid dalam bahasa, bahasa kita dalam bahasa Melayu, sebenarnya kita pun tak tahu. Masalah, masalah saya ada masalah, ha, syak, ha, syak ada perkataan Melayu, dia apa, “syak”, wasangka kan, tapi biasanya orang tak guna “wasangka”. Orang kata “syak”, wasang, wah, tu sebenarnya.
Dan, kan Arab guna, dan kan, dan tu, wah, “syak”, wa-sangka, “syak” dan “sangka”. Mazhab kita guna perkataan “mazhab”. Fikir, fikir apa bahasa Melayu yang sebenar, perkataan “fikir”, kita pun tak tahu. Memang itu perkataan yang kita gunakan.
Majlis, akad, abdi, adat, adab, ahli, ajal, akad, akal, Akbar, khabar karib, akrab, alamat, ala kadar, ala kadar je, ala kadar ni, memang bahasa Arab. “Ala qadar”, ya, saya buat makan, makan ni pun, ala kadar je. Orang Arab guna ala kadar, maksud “ala kadar” ni, sekadar hasil.
Alat, alat kan besar, alah, alat, ahli, macam-macamlah perkataan yang memang kita pinjam daripada Arab, dan ada perkataan yang, ada perkataan dalam bahasa Melayu, tapi kita dah mula ubah. Dulu kita panggil sembahyang, sekarang ramai orang guna solat, betul, ha? Dulu kita panggil malu, sekarang kita dah panggil aib, aib, daripada bahasa Arab.
Ada perkataan yang kadang-kadang kita sebut dalam bahasa Melayu. Betul, kita rasa kurang sopan. Kita nak guna yang Arab, baru nampak sopan sikit. Dulu kita, kita okey je, tapi sekarang, babi adalah haram dalam masyarakat Melayu. Kata ustaz, sebut prinsiplah, ustaz. Baru nampak Islamik sikit. Babi, bahasa Melayu asal, bahasa Melayu kan kita belajar. Kan dulu, bahasa Melayu, perkataan yang memang asal pada bahasa Melayu, apa? Babi, paku, padi kan? Memang asal Melayu. Tapi kita dah guna khinzir kan? Jangan kita bertindak menghinzir buta, ha. Dulu, membabi buta kan? Ha-ha.
Kemudian, ada beberapa budaya dalam masyarakat Melayu yang kita kena teruskan, kerana ia selari dengan Islam. Orang Melayu dapat nikmat, dibuat kenduri-kenduri kesyukuran. Ini adalah selari dengan Islam, berdasarkan kepada hadis, aa, Kak bin Malik. Apabila taubatnya diterima, dia bersedekah. Dan itu disebut di dalam riwayat yang panjang, berkenaan dengan taubat Kak bin Malik, dan hadirin-hadirat sekalian.
Melayu semenanjung ini, mereka tak kenal asabiyah. Bukti mereka tidak asabiyah, kita tidak ada nama keluarga. Siapa ada nama keluarga kita? Mana ada nama keluarga? Kalau orang Arab tu, ada nama keluarga. Di hujung ada nama kabilah dia. Kita takde. Dan kita menerima kehadiran sahabat-sahabat, apa ni, saudara-saudara warganegara kita, beragama yang, yang berbangsa India, dan juga berbangsa Cina. Orang Cina dan orang India boleh hidup dalam keadaan aman, di dalam kampung Melayu, yang mana belum tentu orang-orang Islam kita boleh hidup aman, di tengah-tengah kota India sana. Belum tentu negara India tu, sekarang ni tengah lanyak orang Islam.
Tapi kita tak pernah mendiskriminasikan orang atas dasar dia beragama lain kepada kita. Bahkan, sebahagian daripada orang bukan Islam dalam negara ni, kaya dalam negara ni, kerana duit orang Islam sikit je. Dan sifat toleransi orang Melayu itu sangat-sangat-sangat hebat, sehingga mereka boleh menerima, bukan hanya sekadar duduk, tetapi boleh menjadi warganegara. Bila British datang, bawa masuk India, bawa masuk Cina. Bila British keluar, kita tak halau, kita terima mereka. Kalau dulu, masa berlakunya 13 Mei, pergaduhan antara kaum, ramai anak-anak orang Cina yang dipelihara oleh orang Melayu tu, yang ada muka nampak macam muka Cina tu. Anak-anak orang Cina yang dibelah, yang dipelihara oleh orang-orang Melayu.
Jadi, ini sebahagian daripada budaya Islam, atau kita kata, ajaran Islam, yang telah menyerap masuk dalam budaya Melayu. Tetapi saya tak kata Melayu semenanjung ini, kesemua amalan mereka telah bersendikan kepada Islam. Tak ada yang perlu diperbaiki. Ada yang perlu didakwahkan, supaya bertambah baik, dan bertambah baik. Mudah-mudahan kita sentiasa bersedia untuk mengubah budaya dan ajaran kita, yang tidak selari dengan sunah, yang tidak selari dengan Islam, kepada yang Islam, kerana kita pernah buat, dan kita pernah terima.
Dan banyak perkara-perkara Islam, yang telah menjadi budaya kita. Itu saja daripada saya. Terima kasih banyak. Saya mohon maaf, terkasar bahasa, tersilap kata. Aku luqauli haza, wa astaghfirullahalazim. Binn wa laikum assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak