Ancaman Wahabi Kepada Umat Islam
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wa abdulu salati wa atammu taslima ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Rabbi ishrahli sadri, wa yassirli amri, wahlul ‘uqdatam min lisani yafqahu qawli. Subhanaka la ‘ilma lana illa ma ‘allamtana, innaka anta al-‘alim al-hakim. Allahumma akhrijna min zhulumatil wahmi wa akrimna binuril fahmi, waftah ‘alayna bimakrifatil ‘ilmi, wasahhil akhlaqana binuril hikmah, waj’alna min man yastami’una al-qawla fayattabi’una ahsanah. Allahumma a’ti nufusana taqwaha, wa zakkiha anta khairuman zakkaha, anta waliyuha wa mawlaha. Allahumma arinal haqq haqqan warzuqna ittiba’ah, wa arinal batila batilan warzuqna ijtinabah. Allahumma anfa’na bima ‘allamtana, wa ‘allimna ma yanfa’una, wa zidna ‘ilma, wahdina ila amara.

Alhamdulillah, muslimin dan muslimat, hadirin dan hadirat yang saya hormati. Moga-moga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Moga-moga kita semua dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kefahaman yang baik di dalam urusan agama, sesuai dengan sabda junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: *“Man yuridi Allahu bihi khayran yufaqqihhu fi al-din,”* bermaksud: *”Barang siapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan, nescaya Allah beri dia faham dalam urusan agama.”*

Moga-moga kita semua dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala akhlak yang mulia, sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: *“Innama bu’ithtu li utammima makarim al-akhlaq,”* bermaksud: *”Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”*

Alhamdulillah, malam ini sebagaimana yang dijadualkan, insyaAllah kita akan bersama-sama dalam kuliah maghrib yang mana saya diminta untuk membincangkan tajuk “Ancaman Wahabi kepada Umat Islam.” Tajuk ini memang agak panas. Masjid yang pilih tajuk, saya yang kena hentam. Di Facebook, mereka kata, “Ustaz ini tak habis-habis meratip Wahabi.” Jadi, nak buat macam mana, he he. Sebab ada orang yang ingin tahu. Kadang-kadang yang marah-marah ini pun, bila kita dah terang panjang lebar, mereka datang balik dan bertanya, “Wahabi tu apa?” Bila kita nak cerita wahabi tu apa, mereka marah kata kita asyik meratip Wahabi. Bahkan ada yang mengatakan, umat Islam sekarang ini kan diserang di Palestin, di zalimi oleh tentera Zionis, tapi kita di sini tak habis-habis lagi cerita pasal Wahabi.

Jadi, kita akan terangkan bahawa menceritakan tentang isu Wahabi ini termasuk di dalam *al-amru bil ma’ruf wan-nahyu ‘anil mungkar*—menyuruh dengan yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Saya petik kata-kata daripada almarhum Al-Alamah Ayah Haji Cik Kokdiang, ulama dari Kedah. Dalam kitab *Sulamus Sibiyaan*, beliau menerangkan: “Dan hendaklah orang yang puasa itu meninggalkan mengumpat yang tiada disuruh oleh syarak.” Bila beliau sebut macam itu, kita faham bahawa mengumpat ini ada yang tidak disuruh oleh syarak dan ada yang disuruh oleh syarak. Secara umum, mengumpat adalah satu maksiat, satu dosa. Tetapi terkecuali daripada yang dilarang itu adalah kalau disuruh oleh syarak.

Beliau menerangkan, “Adapun mengumpat yang disuruh oleh syarak maka ia itu wajib mengumpat.” Jadi, tak timbul isu, misalnya, “Bulan puasa ini tak payahlah kita cerita pasal benda-benda macam ini.” Sebab bulan puasa bukan alasan kita meninggalkan kewajipan. Bulan puasa atau tidak, umat Islam diserang di Palestin juga bukan alasan kita meninggalkan kewajipan. Sebagai contoh, takkanlah oleh kerana umat Islam diserang di Palestin, kita di sini tak perlu datang solat berjemaah di masjid lagi? Takkanlah kita di sini tak perlu lagi berpuasa dan sebagainya? Tak ada kena mengena. Yang di sana kita bersimpati dan kita mendoakan, serta kita tolong sekadar kemampuan kita. Yang di sini, kita tetap wajib jalankan kewajipan kita.

Beliau sambung lagi, “Adapun mengumpat yang disuruh oleh syarak maka ia itu wajib mengumpat seperti mengatakan dan mengkhabarkan Syiah dan Wahabi dan kaum muda itu salah dan sesat.” Jadi, beliau bagi contoh mengumpat yang wajib. Walaupun berpuasa, kalau perlu kita kena ceritakan. Kemudian, “Dan ajaran Qadiani dan ajaran Taslim itu kafir.” Dua ajaran sesat juga—Qadiani dan juga ajaran Taslim di Pulau Pinang. Kesempatan dia sehingga pergi kepada kufur. Ia berbeza dengan yang tiga disebut awal tadi: Syiah, Wahabi, dan juga kaum muda. Ada kesesatan mereka tetapi secara umumnya mereka masih lagi umat Islam, tidak sampai terkeluar dari Islam. Maka, hendaklah orang yang puasa dan orang yang tidak puasa mengumpat golongan tersebut tapi niat kerana Allah, bukan kerana seronok-seronok. Bukan kerana kita suka mengata orang, tetapi kerana Allah, iaitu sebaik umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini mengenal kebatilan untuk dijauhi. Kita belajar juga benda yang salah bukan untuk kita amalkan tapi untuk kita jauhi. Maka, diberi pahala baginya mengumpat yang wajib ini.

Diberi pahala seperti orang yang meminang, ada aib maka hendaklah dia khabarkan aibnya. Kadang-kadang ada orang masuk meminang, ayahnya tanya kita sebab kita kenal baik dengan orang yang masuk meminang itu, “Si Fulan ini masuk meminang anak dara saya, apa pendapat tuan?” Kita tahu orang ini macam-macam masalah—penipu, solat pun tak mahu, ini itu. Kita kata, “Ish, tak baik pula mengumpat.” Kita kata, “Tak apa lah, okey je dia.” Maka, tanyalah hamba Allah itu, dia kahwinkan anak daranya dengan orang yang tak bagus. Pada ketika itu, sekadar untuk dia tahu, bukanlah beria-ia sejam pula kita buka kedai kopi kat situ, “Ha, aku cerita kat engkau,” sejam kita bercerita. Tak perlu. Cukup kita kata satu dua perkataan dia faham bahawa kita cadangkan jangan terimalah, ada masalah dengan orang ini. Sudah tercapai tujuan tadi, maka cukup memadai.

Baik, saya baru sampai dari Ipoh pagi tadi dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. Mereka telah buat satu deklarasi tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 12 Oktober yang lalu. Jadi, mereka buat satu program untuk menerangkan sebahagian daripada isi deklarasi. Tadi, saya diminta menerangkan tentang dua golongan iaitu golongan Wahabi dan juga golongan Hizbut Tahrir. Malam ini, masjid minta saya menerangkan tentang Wahabi. Saya ada sediakan slide tetapi apa support daripada sistem ini tidak memadai pada malam ini, jadi saya akan rujuk kepada slide sebentar selalu dan tuan-tuan serta puan-puan hanya mendengar ya, huraian yang saya akan huraikan.

Baik, tajuk Wahabi. Pertama, tentulah takrif terlebih dahulu. Kita bincang Wahabi ini, Wahabi itu apa? Biar selesai isu terlebih dahulu, maka kita mengambil definisi takrif Wahabi ini di sisi penyokong Wahabi sendiri dan juga penentang Wahabi. Saya ambil takrif Wahabi daripada Syeikh Ibnu Baz. Syeikh Ibnu Baz ini ulama besar dalam aliran Wahabi, pernah menjadi Mufti di Negeri Arab Saudi. Dalam susunan fatwa-fatwa beliau yang dinamakan *Fatwa Nurun Al-Adarbi*, beliau mengatakan bila ditanya tentang istilah Wahabi ini, boleh ke orang panggil orang lain Wahabi? Kata beliau (saya terus terjemah sahaja): “Sebahagian orang menamakan ulama-ulama di Arab Saudi ini dengan panggilan Wahabi. Adakah tuan reda dengan panggilan sebegini? Bagaimana kita nak jawab orang yang menamakan kamu sebagai Wahabi ini?”

Pertanyaan diajukan kepada Syeikh Ibnu Baz, Mufti Negeri Arab Saudi pada masa dahulu. Lalu beliau menjawab: “*Haza laqabun mashhurun li ‘ulama it-tawhid ‘ulama in-Najidin.*” Ini satu gelaran yang masyhur bagi ulama-ulama Tauhid, iaitu ulama-ulama daerah Najd. Najd sekarang dikenali sebagai Riyadh. Ini jawapan beliau: “*Yun si bu nahum ila syeikh al imam Muhammad bin Abdul Wahhab.*” Jadi, dinamakan Wahabi ini ulama-ulama yang dinisbahkan kepada Syeikh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab. Itu key point dia. Jadi, orang yang mengikut kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dinamakan mereka sebagai Wahabi.

Sebagai penyokong Wahabi, walaupun itu takrifnya, komen seterusnya itu sangat positiflah. Kata beliau, “Dakwah Muhammad Abdul Wahhab ini adalah dakwah tajdid—memperbaharui Islam. Ini dakwah yang agung. Allah memberi manfaat kepada orang Islam,” dan sebagainya. Kemudian, beliau menyebutkan, “Orang yang menyeru dengan dakwah Muhammad Abdul Wahhab ini dan mengikut dakwah ini, itulah dinamakan Wahabi.” Jadi, kesimpulan pendirian Syeikh Ibnu Baz, gelaran Wahabi ini merujuk kepada mereka yang mengikut dakwah dan manhaj Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, seorang tokoh yang bangkit pada kurun ke-12 hijrah, bersamaan kurun ke-18 Masihi. Ini tarikh daripada penyokong aliran Wahabi.

Sementara takrif daripada penentang golongan Wahabi, misalnya al-Imam Muhammad Amin yang dikenali sebagai Al-Imam Ibnu Abidin al-Hanafi, ulama besar mutafsir di kalangan mazhab Hanafi. Beliau mengatakan bahawa Wahabi ini adalah golongan sesat aliran Khawarij. Makna beliau menentang Wahabi tapi tarikh beliau tidak lari.
Beliau sebutkan dalam kitab beliau, *Radul Muftar*, tentang perbincangan pengikut-pengikut anak Abdul Wahab, iaitu mereka adalah golongan Khawarij pada zaman kita. Khawarij ini dah wujud semenjak zaman sahabat lagi, radhiallahu anhum ajma’in. Kita tahu bila golongan Khawarij tidak berpuas hati dengan majlis tahkim (majlis perdamaian) yang dilaksanakan antara Saidina Ali, karamallahu wajhah, dan Saidina Muawiyah, radhiallahu ta’ala anhu, mereka mengkafirkan para sahabat. Mereka menghantar pembunuh-pembunuh upahan untuk membunuh sahabat-sahabat Nabi, radhiallahu anhum ajma’in.

Saya terus terjemah saja. Maka kata pengarang, Khawarij mengkafirkan sahabat Nabi. Kamu tahu bahawa mengkafirkan sahabat Nabi ini bukan syarat jadi Khawarij. Sebahagian orang yang berfahaman Wahabi kata, “Tak mungkin kami Khawarij kerana ciri Khawarij adalah mengkafirkan sahabat Nabi.” Tengok dalam kitab, kata Khawarij itu mengkafirkan sahabat Nabi. Jadi, al-Imam Ibnu Abidin, nama dahulu telah terangkan bahawa mengkafirkan sahabat Nabi bukan syarat jadi Khawarij. Itu hanya pengarang cerita ciri Khawarij zaman sahabat; sahabat Nabi pun mereka kafirkan.

Tetapi, pada zaman kita, Fi At Bai Bin Abdul Wahab, al-larina kharaju bin Najdin, pengikut-pengikut anak Abdul Wahab ini bangkit dari daerah Najd. Jadi sebagai kesimpulan, sama ada seseorang itu menyokong atau menentang aliran Wahabi, mereka sepakat bahawa istilah Wahabi ini merujuk kepada golongan yang berpegang dan menyeru kepada dakwah dan cara Muhammad bin Abdul Wahab An-Najidi, yang mana beliau hidup daripada 1703 hingga 1792. Jadi, dia sokong Wahabi pun itulah maksud Wahabi di sisi dia, dia lawan Wahabi pun itulah maksud Wahabi di sisi dia.

Kalau ada orang kata, “Tak mungkinlah saya Wahabi, saya tak pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab,” yalah, yang Syafi’i siapa lagi yang pernah belajar dengan Imam Syafi’i, kan? Dah tak ada. Jadi, itu bukan syarat nak jadi Wahabi, mesti pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Tak pernah baca buku dia pun saya tak baca buku dia pun saya tak tak mengajar. Macam mana saya dituduh Wahabi? Habis yang mazhab Syafi’i tu, berapa orang yang mengajar kitab *Al-Umm*, berapa orang yang baca kitab *Al-Umm* atau *Kitab Ar-Risalah*? Itu kitab Imam Syafi’i, tapi kita yang mazhab Syafi’i bukan mesti baca kitab Imam Syafi’i ataupun mengajar kitab Imam Syafi’i. As long as kita itu mengikut kepada pandangan berdasarkan manhaj yang diletakkan oleh Imam Syafi’i, rahmatullah ta’ala alaih, maka kita itu dilabelkan Syafi’i. Mazhab kita ikutan kita adalah Syafi’i.

Padahal berapa ramai yang pernah baca kitab Imam Syafi’i? Tak ramai. Tapi kerana kita berada atas manhaj tersebut, kita menerima manhaj tersebut, maka kita itu Syafi’i. Maka tak perlu orang itu baca kitab Syeikh Abdul Wahab, mengajar kitab Syeikh Abdul Wahab baru dikatakan Wahabi. Tidak. Sepakat sebagaimana yang saya telah petik tadi, baik yang menyokong mahupun yang menentang sama setuju yang mengikut manhaj dan dakwah Syeikh Abdul Wahab maka orang itu adalah Wahabi.

Masalahnya di Malaysia ini, jarang kita nak jumpa orang yang mengaku Wahabi. Yang menyokong Wahabi kita jumpa, yang mengatakan mereka membela Wahabi kita jumpa, yang katakan Wahabi tu bagus ikut Quran Sunnah kita jumpa, tapi yang kata, “Kau ni Wahabi?” jawab, “Ya, saya Wahabi,” jarang ada. Tapi jarang. Maka mereka ini cuba menimbulkan kekeliruan. Mereka tak seronok kalau dikatakan Wahabi itu tak betul. Mereka tak suka kalau dikatakan Wahabi itu adalah ancaman. Bahkan mereka mendakwa kononnya Syeikh Abdul Wahab ini adalah mujaddid. Dia ni orang yang bagus, menyeru pada Tauhid. Cuma dia ni keras sikit.

Bukan masalah keras. Ahli Sunnah Wal Jamaah pun ada yang berkarakter keras. Jangan ahli Sunnah Wal Jamaah secara umum. Sahabat-sahabat Nabi radhiallahu alaihi wasallam pun kita tahu ada sahabat yang berkaitan keras seperti Saidina Umar al-Khattab, radhiallahu anhu. Ada sahabat yang berkaitan lembut seperti Saidina Uthman bin Affan, radhiallahu anhu. Bukan masalah keras atau lembut, tapi masalah apa yang dipegang dalam akidah, apa yang dijalani di dalam syariat, apa yang dipegang dalam kemuliaan dan kesucian hati. Ini yang menentukan kebenaran atau kebatilan.

Yang pertama, mereka cuba melarikan tuduhan sesat ini daripada fahaman mereka. Mereka kata, “Memang Wahabi tu sesat, memang Wahabi tu Khawarij, tapi yang sesat dan Khawarij itu bukan kami. Kami ni yang ikut Muhammad Abdul Wahab, bukan yang sesat. Khawarij itu adalah Wahabi yang ikut satu tokoh namanya Abdul Wahab bin Rustum. Dia ni memang Khawarij. Dia meninggal dunia pada 211 hijrah. Ha, inilah Wahabi yang sesat tu, bukan kami. Dan dia ni memang memberontak. Khawarij tu cirinya lawan pemerintah Islam. Kami yang dituduh Wahabi ni kami tak lawan pemerintah. Kami suruh taat pada pemerintah. Namanya memang Abdul Wahab, so logiklah kalau dipanggil Wahabi. Kami ni ikut Muhammad bin Abdul Wahab. Kenapa pula kami dituduh Wahabi? Kalau pun kami ikut Muhammad bin Abdul Wahab, kami tu Muhammadi, bukannya Wahabi.”

Ini semua adalah usaha-usaha putar belit daripada golongan mereka. Tidak dinafikan ya, Abdul Wahab bin Rustum ini tergolong daripada golongan Khawarij yang menentang pemerintahan Islam. Tetapi bukan kerana nama beliau dan beliau dinamakan Wahabi. Beliau sebenarnya golongan Wahbi, wahbiyah, bukan Wahabi. Beliau sebut Wahabi merujuk kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Walaupun mereka tidak mengkafirkan orang Islam yang minum arak, orang Islam yang berzina sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij zaman dahulu—Khawarij yang asal, pelaku dosa tu jadi kafir, makna minum arak semata-mata sudah kafir, berzina semata-mata sudah kafir—itu Khawarij yang asal.

Tetapi Wahabi yang ada sekarang juga Khawarij dalam bentuk yang lebih parah. Yang tak buat dosa pun dikafirkan. Yang tawassul, yang tabarruk (ambil berkat), yang istighasah, “Ya Rasulullah madad, ya Rasulullah,” itu juga dikafirkan. Maka ciri Khawarij ada pada Wahabi yang ada pada zaman sekarang. Kemudian dakwaan kononnya mereka tidak bangkit melawan pemerintah Islam itu adalah cuba memadamkan sejarah hitam awal kebangkitan Wahabi. Mereka memang mengangkat senjata melawan Khilafah Uthmaniyyah sehingga mereka berjaya merampas kekuasaan di Mekah dan Madinah. Ribuan umat Islam dibunuh sehingga terpaksa sultan pada masa itu menghantar tentera dari Mesir untuk mengambil semula kawalan di dua tanah suci.

Memang dalam sejarah mereka itu salah satu faktor yang menyerang Khilafah Uthmaniyyah sehingga runtuh pada awal kurun ke-20. Baik, isu nama pengasasnya Muhammad bin Abdul Wahab, bukan Abdul Wahab. Ini isu yang kelakar sebenarnya, lawak jenaka sahaja. Tapi mereka present kepada kita tu macam serius, macam betul-betul kerana memang tidak semestinya kalau namanya Muhammad, mengikutnya Muhammadi. Nama pengasas mazhab kita Muhammad bin Idris As-Syafi’i, kita tidak digelar Muhammadi. Nama pengasas mazhab Hanbali Ahmad bin Hanbal, tidak dipanggil Ahmadi. Lebih-lebih lagi kalau kita faham orang Arab ini, mereka biasa gelar Abu, bapa siapa, atau Ibnu, anak siapa. Jadi bapa kepada Muhammad Abdul Wahab, Abdul Wahab itu adalah ulama mazhab Hanbali Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau ini anak ulama, jadi biasalah dipanggil Ibnu Abdul Wahab. Maknanya kata, kalau beliau ini orang Melaka, siapa yang buat kecoh tu, siapa yang melawan-melawan tu? “Oh, anak Ustaz Wahab.” Jadi lekatlah nama, anak Ustaz Wahab, anak Ustaz Wahab, Ibnu Abdul Wahab. Maka pengikutnya jadi Wahabi.

Jangan terpedaya dengan tipu daya kononnya Wahabi yang sesat tu Wahabi zaman dulu. Ya, Wahabi yang sekarang juga telah difatwakan sesat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI ke-106, 2014. Saya petik yang mana relevan saja sebab panjang keputusan mesyuarat itu. Dapatan kajian yang dianalisis mendapati bahawa aliran Salafi Wahabi adalah tidak selari dengan arus perdana atau jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia. Pegangan kepada tauhid tiga—ini pegangan tauhid Wahabi ya, kerana Wahabi ini golongan yang sangat mengidolakan seorang tokoh ulama kurun ke-8 iaitu al-Imam Ibnu Taimiyah, rahimahullah ta’ala, sehinggakan boleh katakan apa sahaja fatwa Ibnu Taimiyah akan dipegang oleh Wahabi lebih-lebih lagi tauhid tiga. Jadi keputusan mesyuarat mengatakan pegangan kepada tauhid tiga iaitu rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi cukup membimbangkan kerana konsep tauhid tiga jelas tidak mewakili konsep tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia.

Seterusnya, muzakarah bersetuju memperakukan rumusan penyelidikan bahawa dari segi perlindungan Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab rasmi negara Malaysia adalah aliran Syiah—itu yang pertama, ya, Syiah serta Salafi Wahabi, itu yang kedua. Pada masa kini sedang memberi ancaman serius kepada survival Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini keputusan muzakarah MKI pada 2014. Pun masih ada orang yang hidup di alam fantasi kata dia, “Wahabi ni tak wujud.”
**Ini hanya dimomokkan. Ini hanya budiman nak menakut-nakutkan. Bahkan, asbab daripada poster Masjid Al Azim, Melaka, mengelankan kuliah pada malam ini, ada orang buat posting. Dia kata mereka yang cipta hantu ni pas tu mereka yang takut kepada hantu. Jadi, kita kononnya bincang benda yang tak wujud. Kiranya Muzakarah Mufti-mufti 1 Malaysia pada 2014 bincang benda yang tak wujud.

Ini orang yang berada dalam jenayah sindrom. Dia berada dalam sindrom menafikan. Ada satu burung, saya tak pasti apa nama dia, dia sorok kepala di dalam pasir. Badan nampak, kepala tak nampak. Jadi, semata-mata kamu dinaik sesuatu tidak bererti benda tu tak wujud.

Mufti-mufti di Malaysia misalnya, tinggal 5 negeri yang belum keluarkan fatwa yang ada kaitan dengan Wahabi: Kelantan, Terengganu, Perlis, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan. Negeri lain sudah keluar fatwa, sama ada secara jelas memfatwakan bahawa fahaman Wahabi bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ingat ya, di Melaka adalah salah satu negeri yang memfatwakan secara jelas bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah Asyhairah Maturidiah, bukan aliran Wahabi. Yang berfatwa secara jelas tentang kesesatan Wahabi, bahawa Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, dan Sabah.

Kalau Wilayah Persekutuan, hanya pernah keluar dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’. Wilayah Persekutuan tidak membenarkan penceramah berfahaman Wahabi untuk masuk ke televisyen dan sebagainya, tapi fatwa khusus tidak ada. Negeri lain tidak fatwa kata Wahabi bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak. Selangor misalnya, tidak. Belum lagi, tapi dia bagi tahu apa yang Wahabi buat tu tak betul. Misalnya, tidak boleh membidahkan amalan baca Yasin malam Jumaat, tidak boleh membidahkan amalan talqin, tidak boleh membidahkan. Jadi, apa yang Wahabi buat, fatwa tu kata tak boleh buat, tapi dia tak sebutlah bahawa Wahabi begini-begini. Jadi, tinggal 5 negeri sahaja yang belum memfatwakan apa-apa tentang Wahabi.

Baik, untuk yang masih berada di alam fantasi, kita minta mereka kembali pada dunia realiti ya. Kalau anda tak setuju dengan kami bahawa Wahabi tersesat, silakan. Itu hak anda, kita tak leh paksa. Kita berpendirian Wahabi itu aliran sesat, anda berpendirian tidak. Okeylah itu peliharaan anda. Kalau nak secara lebih berfaedah, bawa dalil-dalil hujah anda. Kami bawa dalil dan hujah kami.

Kita telah buat dialog sedemikian di Perlis. Ya, kita hadir dialog di Perlis pada 11 hari bulan Februari tahun ini. Saya mewakili Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group, dengan kiai Nur Hidayat berdepan dengan Ustaz Salman Ali mewakili KUIPS. Tajuk apa? Tajuk dialog kami pada bulan Februari yang lepas, tajuknya adalah “Wahabi: Adakah Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah Ataupun Aliran Sesat?” Ustaz Salman Ali mewakili KUIPS Kolej Universiti Islam Perlis berpendirian Wahabi adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sementara kami mengambil pendirian tidak, Wahabi bukan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya adalah aliran sesat.

Baik, pausi sejenak. Kepada yang kata Wahabi ni hanya momokan saja, tak wujud, ini hanya hantu ciptaan, habis yang sanjungkan ni benda yang tak wujud? Yang KUIPS kata Ahli Sunnah Wal Jamaah tu sebenarnya satu benda yang tak wujud? Tak mungkin. Jadi, jangan jenayah sindrom yang terlampau teruk. Akui hakikat dahulu bahawa Wahabizim wujud. Sebab itu kita bincang Ahli Sunnah Wal Jamaah ke bukan. Kalau benda tak wujud, buat apa kita bincang? Jadi KUIPS nak tak nak telah mengaku kalau Wahabi tu wujud. Cuma dia berpendirian Wahabi okey, Wahabi tu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma kalau dikatakan dia Wahabi dia tak suka. Ha ha.

Jadi, director KUIPS dalam kata-kata menuntut beliau, beliau katakan yang paling penting daripada dialog ini, Perlis bukan Wahabi. Okey, badan Wahabi Ahli Sunnah kan di sisi kamu. So what kalau pilih Wahabi atau bukan Wahabi? Kalau kita, bagi kita penting kita bukan Wahabi kerana kita berpandangan Wahabi tersesat. Jadi, kita tidak nak berada pada aliran sesat. Tapi kamu berpandangan Wahabi itu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. It’s not important for you. Kamu itu Wahabi ke bukan Wahabi ke, Wahabi tidak sesat di sisi kamu.

Jadi, ini satu bentuk perkara yang agak pelik. Orang yang merasakan Wahabi betul, tapi keberatan sangat untuk dikatakan dia tu Wahabi. Kita berpegang Asyairah tu betul, alhamdulillah. Kalau kita tu dinilai Asyairi, cuma kita ada rasa bimbang sebab kita ni tidak alim Asyairah yang asal tu. Ulama-ulama besar bidang hadis, bidang tafsir, bidang apa sekalipun, majoriti adalah Asyairah. Itu saja kebimbangan kita. Kita tak up to the level, tapi kita tak malu kalau dikatakan kamu ni Asyairi. Tetapi mereka mendefend Wahabi, tapi marah sangat kalau dikatakan mereka itu adalah Wahabi.

Saya kadang-kadang terfikir ini namanya sindrom siput babi. Tadi ada dinyatakan sindrom. Kenapa pula ustaz sindrom siput babi? Sebab saya teringat satu teka-teki. Orang pernah bagi teka-teki, kenapa siput babi tu jalan lambat? Slow je dia jalan. Kita fikir-fikir logik kita, yalah dia mana ada kaki nak jalan laju-laju kan. Cuba tengok siput babi, dia hanya body macam tu, sebab tu dia jalan slow. Tapi teka-teki dia tak mahu jawapan macam tu. Dia kata siput babi jalan slow sebab masa jalan dia duk fikir aku ni siput ke babi. Ha ha. Siput ke babi aku ni. Jadi, duk fikir tu jadi jalan slow.

Jadi, mereka ni slow. Cara mereka memahami kebenaran tu slow sebab mereka pun keliru, aku ni Ahli Sunnah ke Wahabi? Aku ni Ahli Sunnah ke Wahabi? Jadi, kalau macam kita senang, Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walaupun masih ada persamaan antara Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tapi ada perbezaan yang serius.

Pertama, tajuk adalah Wahabi ancaman kepada umat Islam. Pertama, ancaman akidah. Ya, aliran Wahabi menjadi ancaman kepada umat Islam dalam perkara akidah. Yang kedua, aliran Wahabi menjadi ancaman kepada umat Islam dalam perkara syariat dan amalan. Dan yang ketiga, aliran Wahabi menjadi ancaman kepada umat Islam dalam perkara tasawuf, iaitulah kekuatan dalaman umat Islam yang menurut umat Islam berjihad, berjuang, tidak kasih kepada dunia, tidak takut kepada mati. Itu adalah tasawuf yang diamalkan, bukan tasawuf yang teori, tasawuf yang diamalkan.

Maka, tiga rukun agama iaitu Al-Iman dalam hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam, Al-Islam, dan juga Al-Ihsan. Ketiga-tiga ini diancam oleh aliran Wahabi. Pertama, ancaman akidah. Ancaman akidah ini adalah bilamana mereka ini dalam bab akidah mereka itu mendakwa bahawa akal tidak digunakan atau akal ini terpinggir. Ada orang datang dalam Facebook, dan saya selalu sebut ya, penyakit yang melanda umat di zaman kita ini ringkasannya dinamakan penyakit BB AK. Tuan biasa dengar penyakit BB AK? Ha tu alhamdulillah lah, mungkin tak masuk lagi kat Melaka penyakit tu. Kalau masuk mungkin kita biasa dengar ya, penyakit BB AK ni ringkasan kepada “biar bodoh asal confident.” Ha, biar bodoh asal confident.

Ini penyakit. Jadi, ramai yang bertebaran di Facebook, di YouTube, dia confident tapi dia bercakap je. Buka mulut saja kita tahu dia bodoh, tapi dia confident. Jadi, antara orang yang kena penyakit ni dia datang ke Facebook, dia komen, dia kata “Ustaz, saya dalam bab akidah saya berpegang dengan Quran dan Sunnah.” MasyaAllah, okeylah tu. Tapi dia sambung sikit lagi, kata dia “Saya tidak guna akal.” Bila dia sebut “Saya berpegang dengan Quran dan Sunnah, saya tidak guna akal,” bererti dia bodoh tapi confident. Kalau dia tidak bodoh, dia tidak akan tergamak mengatakan demikian. Kata-kata dia seolah Quran dan Sunnah menolak akal. Sejak bila Quran dan Sunnah menolak akal? Ini fitnah kepada ajaran Islam.

Ajaran Islam tidak bersifat dogmatik; kau terima sahaja kerana pendeta sudah kata, kau terima sahaja kerana orang ini sudah kata. Tidak. Dalam Islam itu kita disuruh menerima sesuatu itu terbina di atas dalil. Mereka golongan ini berslogan rajin, mereka kata “Agama terbina atas dalil.” Kita setuju, tetapi dalam dunia realiti banyak fatwa-fatwa mereka tidak disokong oleh dalil. Saya pernah bertanya tentang istighfar sah, apa dalil kamu mengharamkan? Tidak datang dalil. Mereka kata ke mereka berakidah dengan akidah salah, salah yang mana mengharapkan istighfar sah, tidak datang juga nama. Jadi, ini hanya sembang bikin bimbang, sembang saja dalil tidak adil.

Baik, dalam akidah kita berpegang dengan dua jenis dalil: satu dalil nakli, Quran hadis, wahyu daripada Allah Subhanahuwataala, satu lagi dalil aqli, kerana akal yang sihat ini menunjukkan kepada kebenaran. Sebab itu Allah Taala berfirman, “A’fala ta’qilun?” Kenapakah kamu tidak menggunakan akal? Salah satu sebab orang masuk neraka adalah tidak guna akal. Di KL, di Selangor, sudah dihidupkan amalan membaca surah Al-Mulk selepas daripada solat Isyak. Jemaah ramai-ramai baca surah Al-Mulk. Dalam surah Al-Mulk ada disebutkan, “Waqolu lau kunna nasma’u aw na’qilu, ma kunna fi Ashabi syair.” Mereka merintih berkata, siapa mereka? Ahli neraka. “Laukuna na’qilu,” kalaulah dahulu kami menggunakan akal, “Laukuna nasma’u,” kalaulah dahulu kami mahu mendengar, aurat tidur, ataupun kami itu mahu menggunakan akal, tidaklah kami tergolong daripada ahli neraka.

Daripada ayat itu difahami salah satu daripada dua sebab masuk neraka iaitu tidak menggunakan akal. Pertama, tidak mahu dengar dakwah kepada kebenaran, dia pekakkan telinga, dia tidak suka dengar orang menyeru kepada kebenaran. Yang kedua, dia tidak menggunakan akal. Tapi dalam akidah, mana boleh guna akal? Siapa kata? Siapa kata bahkan menggunakan akal dalam akidah adalah cara Allah, cara para rasul alaihissalamu Alaihi Wasallam. Allah Subhanahuwataala dalam rangka nak membuktikan tauhid dan menolak syirik. Ya, dalam agama kita yang penting adalah tauhid dan menolak syirik. Tauhid maknanya mengesakan Allah Taala, tidak ada Tuhan, tidak ada yang bersifat dengan sifat ketahanan melainkan Allah. Sementara syirik bererti ada Tuhan selain daripada Allah, ada lain daripada Allah tapi bersifat dengan sifat ketahanan. Itu syirik. Jadi, nak menolak syirik dan membuktikan tauhid, Allah berfirman, “Laukana fihima Ali hatun ilallahhu lafazadata,” kalaulah ada pada langit dan bumi ini Tuhan-Tuhan yang banyak selain daripada Allah, nescaya binasa langit dan bumi.

Baik, Muhyiddin Hauli difatwa akan sesat dan menyesatkan oleh Jabatan Agama, Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Ya, seorang yang daripada Syria duduk di Malaysia, pandai cakap bahasa Melayu, rajin berceramah di sana sini. 2020, somehow something happened, dia berubah sehinggalah difatwakan bahawa ajaran beliau sesat lagi menyesatkan. Salah satu sebab kenapa? Kerana dia mengatakan kalau Allah berkehendak Allah boleh menciptakan anak. Mana? Allah boleh beranak, syaratnya Allah nak.
Berikut adalah versi yang diperbaiki, dengan penambahan perenggan, noktah, dan koma:

Sebab kalau tidak ada, kalau sedemikian kerana kalau itu tidak mesti menunjukkan. Boleh adakalanya, kalau menunjukkan sesuatu yang mustahil. Dalam ayat tadi, “Laukana fihima aalihaat ila Allah,” kalaulah ada di sana di langit dan bumi itu tuhan-tuhan yang banyak selain daripada Allah. Bolehkah ada tuhan yang banyak selain daripada Allah? Mustahil. Jadi, “kalau” tidak semestinya menunjukkan sesuatu yang harus; adakalanya, “kalau” menunjukkan sesuatu yang mustahil. Tuhan selain daripada Allah itu mustahil.

Tetapi, kenapa Allah sebut tadi? Sebab Allah suruh kita bayangkan dengan akal sahaja. Realiti tidak ada Tuhan selain daripada Allah, tapi kalau ada Tuhan selain daripada Allah, tidakkah masing-masing tuhan akan buat cara masing-masing? Yang Tuhan ini nak macam ini, Tuhan itu nak macam lain. Hampir hancurlah langit bumi ini.

Ya, alangkah di Melaka. Tak besar sangat Melaka ini dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tapi kita ada pilihan raya, tidak ada? Kenapa nak lantik satu kerajaan? Kenapa nak susah-susah, lantik sahaja banyak-banyak kerajaan. Apa salahnya? Salah, dah. Kalau ada lebih dari satu kerajaan, kita nak ikut arahan kerajaan mana satu? Jadi, kalau sebuah negeri seperti Melaka pun tak boleh kita bayangkan ditadbir oleh lebih dari satu kerajaan, takkanlah alam semesta langit dan bumi ditadbir oleh lebih dari satu Tuhan.

Itu adalah hukum akal, dan Allah sendiri menggunakan dalil akal untuk membatalkan syirik dan membuktikan tauhid. Menggunakan akal adalah sunnah para rasul alaihimussalam. Ibrahim berhujah dengan Namrud, Namrud musyrik level satu. Bukan sahaja dia menyembah selain daripada Allah seperti musyrik yang lain, bahkan dia mendakwa dia Tuhan. Namrud mendakwa dia Tuhan, maka tidak mungkin Tuhan itu lemah. Akal yang sihat tak boleh terima Tuhan tapi lemah.

Contoh, kalau orang kata, “Kenapa cuaca mendung?” Orang itu jawab, “Tah, barangkali Tuhan penat hari ini.” Mana boleh? Otak kita automatik block. Tuhan penat, Tuhan sakit, Tuhan lupa. Itu semua tak mungkin. Kelemahan, kekurangan pada Tuhan tak mungkin. Maka, Nabi Ibrahim alaihissalam menggunakan dalil akal memberitahu kepada Namrud, “Kamu tidak mungkin Tuhan kerana kamu itu lemah. Rabbi allazi yuhyi wayumit, Tuhan saya itu lah Tuhan sebenar, berkuasa menghidup dan mematikan.”

Namrud tidak kuasa, tapi Namrud ini antara golongan awal yang kena penyakit ingat lagi, BB AK: “Biar bodoh asal confident.” Namrud ini bodoh, tapi dia confident. Kalau dia tak bodoh, dia tak mengaku jadi Tuhan. Tapi dia confident, dia kata, “Ana uhyii wa umeet, saya juga berkuasa menghidup dan mematikan.” Dia panggil dua orang tahanan; satu dia bunuh, dan satu dia lepaskan. Kononnya pada logik Namrud, yang dilepaskan itu dia telah hidupkan, yang dia bunuh dia telah matikan. Padahal yang dilepaskan dah hidup lama, bukan Namrud yang hidupkan dia. Atas nama menghidupkan seekor nyamuk pun Namrud tidak mampu hidupkan.

Maka Nabi Ibrahim alaihissalam membawa dalil akal yang lebih jelas. Nabi Ibrahim mengatakan, “Fa inna Allaha ya’ti bishshamsi minal mashriq, sesungguhnya Allah telah menerbitkan matahari dari timur. Kalau benar kamu Tuhan, pasti kamu berkuasa, faktib biha minal maghrib, sila terbitkan matahari dari barat.” Maka kalah Namrud dalam hujah dengan dalil akal. Bahkan nabi kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dalam rangka mengajar tauhid dan hakikat, adakalanya Nabi sallallahu alaihi wasallam menggunakan dalil akal supaya orang faham.

Baik, dari segi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita ambil daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam bahawa sebab musabab, usaha dan ikhtiar ada pada makhluk tapi tidak memberi bekas, yakni tidak memberi kesan. Allah kurnia kepada makhluk boleh usaha ikhtiar untuk makan, tapi siapa yang bagi kenyang? Allah. Bukan nasi, bukan roti, bukan makanan. Kita boleh usaha ikhtiar berubat, ya, berubat cara hospital boleh, cara kampung boleh, herba dan sebagainya boleh. Tapi kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah, wajib yakin yang menyembuhkan penyakit bukan ubat tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sekira-kira kalau Allah kehendaki, boleh saja Allah sembuhkan tanpa ubat, dan boleh saja seorang itu tidak sembuh walaupun berubat.

Maka Nabi sallallahu alaihi wasallam ajar kedua-duanya. Tak tahu, Nabi suruh berubat kerana Allah Ta’ala tidak menurunkan satu penyakit melainkan Allah turunkan ubatnya. Cuma tinggal kita jumpa tak jumpa saja. Tapi Nabi suruh berubat, berubat itu adalah syariat. Bahkan Nabi sallallahu alaihi wasallam seolah-olah mengiktiraf adanya jangkitan penyakit, kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam berpesan, sekiranya sebuah negeri itu dilanda wabak taun, yang duduk di luar negeri jangan masuk dan yang duduk dalam negeri jangan keluar. Kenapa? Kalau kita masuk, kita yang masih sihat nanti dibimbangi berjangkit. Itu sebab musabab. Yang duduk di dalam, kalau keluar dibimbangi merebakkan jangkitan. Itu namanya kuarantin. Kuarantin itu adalah sebab dan musabab.

Tapi Nabi sallallahu alaihi wasallam juga mengajar akidah bahawa penyakit hakikatnya adalah daripada Allah, bukan daripada jangkitan. Lalu Nabi sallallahu alaihi wasallam mengajar sabda baginda, “Laa adwaa,” tidak ada jangkitan. Rupanya dalam ramai-ramai yang hadir kuliah Nabi sallallahu alaihi wasallam, ada juga orang kampung. Bukan semua orang terpelajar, bukan semua orang bandar. Ada orang kampung, Arab Badawi, Arab kampung ini, jaga kambing, jaga unta. Jadi terus-terus nak belajar ilmu hakikat itu dia slow sikit, dia lambat sikit faham. Tapi bagus Arab Badawi ini, dia tak faham, dia tanya. Beza dengan netizen kita sekarang, Facebook-Facebook kita sekarang. Dia tak faham, dia tak tanya. Ustaz itu sesat, aku tak faham. Ustaz ini ceramah sesat dia ni. Oh, engkau tak faham ustaz yang sesat tu. Kenapa tak boleh tanya baik-baik?

Jadi Arab Badawi bertanya, “Wahai Rasulullah, Rasulullah kata tidak ada jangkitan. Itu macam mana? Saya tengok ada beberapa ekor unta yang sihat lompat sana lompat sini. Tiba-tiba masuk seekor unta yang berpenyakit, lepas tu saya perhatikan yang sihat pun jadi berpenyakit. Itu macam mana? Kata tak ada jangkitan. Asalnya sihat, masuk satu ekor yang ada penyakit, yang sihat pun jadi berpenyakit.” Jadi Nabi sallallahu alaihi wasallam dapat tangkap kalau orang Arab Badawi ini masih terikat dengan asbab yang Nabi nak ajar ini hakikat. Maka Nabi sallallahu alaihi wasallam menanya satu soalan yang membuka minda akal orang Arab Badawi ini. Nabi bertanya, “Faman a’dal awal, kalau memang penyakit perlu daripada jangkitan, maka siapa yang menyakiti unta yang mula-mula sakit?” Ha, kalau kamu kata penyakit dengan jangkitan, habis unta itu mula-mula sakit, habis dia jangkit daripada siapa? Barulah Arab Badawi tu faham. Oh, hakikatnya penyakit sebenarnya adalah daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Jadi ini masalah yang pertama dengan golongan Wahabi. Mereka merendah-rendahkan peranan akal dalam akidah sehingga mereka menuduh Asy’irah sesat kerana menggunakan akal dalam akidah. Di Melaka, 16/9/2020, saya dijemput berkuliah di Melaka di sebuah masjid sempena Hari Malaysia. Jadi, oleh kerana ia adalah ceramah bukan kuliah, kata AJK kita ceramah saja, ustaz. Tidak ada sesi soal jawab, itu maklumat awal. Tengah-tengah syok ceramah, datang AJK bisik, “Ustaz, ada jemaah nak tanya juga soalan. Ustaz boleh ke?” Ha, dia nak tanya. Bolehlah, kan? Dia beria nak tanya. Takkan dia datang dari jauh, eh datang dari Johor, kita mana tahu, eh dia nak tanya, bolehlah. Kata saya boleh. Jadi selesai ceramah, buka pada sesi soal jawab.

Beliau bertanya, kata dia, “Ustaz, adakah saya jadi kafir kalau saya menetapkan peristiwa bagi Allah Ta’ala? Kalau saya kata ada peristiwa bagi Allah, adakah saya jadi kafir?” Jadi saya terkejut dengan soalan beliau. Saya kata, “Terbalik, tuan. Kalau tuan menafikan peristiwa itu, tuan boleh jadi kafir. Tuan menafikan apa yang ada dalam al-Quran dan hadis. Kenapa? Kerana dalam otak dia, dia telah diberi faham bahawa dalam bab ar-Rahmanu ‘alal arsy istawa jangan ikut Asy’irah. Yang Melaka sebut ahli sunnah berjemaah itu adalah Asy’irah. Jangan ikut. Habis ikut siapa? Ikut Wahabi. Kenapa? Kerana Wahabi yang bagus dalam bab ar-Rahmanu ‘alal arsy istawa. Wahabi terima Quran kata peristiwa, Wahabi terima peristiwa, tapi Asy’irah tidak. Quran dah kata peristiwa, Asy’irah tolak.”

Lepas itu dia tanya, “Kalau saya tolak maaf, kalau saya tetapkan peristiwa, adakah saya jadi kafir?” Ini keliru. Ini bukan realiti. Realitinya apa? Kedua-dua, Asy’irah dan Wahabi, sama-sama menerima peristiwa bagi Allah. Sama-sama menerima ar-Rahmanu ‘alal arsy istawa. Perbezaan berlaku adalah apabila pergi kepada level ke seterusnya: apa makna peristiwa? Maka Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam berdepan dengan ayat-ayat mutasyabihat, ayat-ayat yang samar-samar maknanya ini, mereka mengambil pendekatan Tanziih. Maaf, mereka berpegang dengan pegangan Tanziih. Apa makna Tanziih? Mensucikan Allah daripada sebarang kekurangan dan mensucikan Allah daripada menyerupai makhluk. Tak mungkinlah Allah kurang, tak mungkinlah Allah sama macam makhluk, tak mungkin. Itu namanya Tanziih. Baik, salah ataupun Khalaf sama sahaja.

Jangan terpedaya dengan dakwaan mereka kononnya saya ikut akidah salah. Saya tidak ikut akidah Khalaf. Tidak, ia bukan beza antara Salaf dan Khalaf. Beza adalah antara pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Salaf dan Khalaf, dengan pegangan yang di luar daripada Ahli Sunnah wal Jamaah, Salaf, dan Khalaf.

Sebab yang sesat ini pun dia ada Salaf dia juga. Dia ada ikutan dia juga pada generasi awal. Yang Ahli Sunnah wal Jamaah juga ada Salaf mereka. Jadi, Salaf dan Khalaf sama akidah, tanziih. Ya, Allah tak bersifat dengan sifat kekurangan, dan Allah tidak menyerupai makhluk. Cuma pendekatan boleh berbeza.

Kebanyakan Salaf mengambil pendekatan yang dipanggil “tafwidh.” Tafwidh maknanya serah bulat-bulat pada Allah Ta’ala, tak bincang apa makna dia. Ar-Rahman ‘ala al-‘Arsy istawa. Nak faham macam mana ia istawa? Peristiwaan itu adalah peristiwa yang layak dengan Allah. Macam mana? Jangan tanya macam mana. Buat soalan adalah bid’ah. Kata Imam Malik rahimahullah, “Duk tanya macam mana, macam mana peristiwa itu adalah bid’ah,” yakni bid’ah yang keji. Habis, beriman saja dengan peristiwa, tapi maknanya serah pada Allah.

Itu Ahli Sunnah wal Jamaah dan masih menerima. Pendekatan yang kedua dikenali sebagai takwil, ataupun takwil tafsiri. Tafwidh tadi takwil juga sebenarnya, tapi takwil ijmali, takwil secara umum saja. Bukan makna duduk, bukan makna bertempat. Habis makna apa? Serah pada Allah Ta’ala. Ha, itu. Tapi satu lagi jenis takwil, bukan makna duduk, bukan makna bertempat. Habis makna apa? Maknanya berkuasa, menguasai arasy. Kenapa? Kerana istawa adalah kalimah bahasa Arab. Perlu difahami dengan fahaman bahasa Arab.

Dalam bahasa Arab, istawa mempunyai lebih kurang 14 atau 15 makna. Boleh dimaknakan duduk, istiwa’ makna pertengahan, ya khatul peristiwa, ya garis pertengahan bumi itu dipanggil khatul istiwa’. Boleh dengan makna matang, boleh dengan makna menguasai, boleh dengan makna menggagahi, boleh dengan makna menjaga. Ya, ini semua adalah makna-makna istawa dalam bahasa Arab. Kalau dia fahami dengan makna menguasai, istawa lah.

Jadi, ada mereka yang tak faham. Dia kata kita tak boleh faham istawa dengan makna istawa. Kenapa? Kerana yang faham begitu Mu’tazilah. Mu’tazilah itu sesat. Betul, ya. Mu’tazilah adalah satu firqah, golongan yang sesat, menyeleweng. Tapi bukan dia sesat belaka. Jadi, yang mana tempat yang dia tidak menyalahi dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kita tidak tolak. Siapa di sini Wahabi atau bukan Wahabi yang berani mengatakan Allah tidak menguasai arasy? Tidak ada. Semua umat Islam mengaku bahawa Allah menguasai arasy.

Maka makna istawa lah masih boleh diterima. Makna qahara Allah menggagahi arasy masih boleh diterima. Makna hafizha Allahlah yang menjaga arasy masih boleh diterima. Kerana ini antara makna yang tidak bercanggah dengan akidah. Jadi, dalam bab ayat mutasyabihat ini, Wahabi dan Ahli Sunnah wal Jamaah berbeza. Wahabi, dia kata Allah Ta’ala istawa itu makna bersemayam di atas arasy. Tapi bersemayam Allah itu tak samalah macam makhluk. Aa, tak samalah macam raja bersemayam atas takhta. Tidak, tapi maknanya bersemayam.

Jadi kebatilannya di situ kerana bersemayam itu sudah memaklumkan. Bersemayam itu maknanya duduk. Duduk zahirnya maknanya duduklah, memberatkan jasad pada bahagian punggung. Tapi kami tak maksudkan macam itu. Maka jangan maknakan duduk kerana duduk ada makna dia. Kalau kamu betul-betul nak ikut Salaf, ambil metod tadi, iaitu kamu mengatakan Allah istawa atas arasy, tapi apa makna istawa atas arasy tidak diketahui. Pastilah makna yang layak dengan Allah. Bukan makna duduk, bukan makna bertempat.

Tidak, ha kalau tu okey. Kalau macam itu betul-betul ikut Salaf. Tapi kalau kamu dakwa ikut Salaf tapi kamu telah memaknakan Allah duduk atas arasy dengan duduk yang layak dengan Allah, tidak selesai masalah. Mengisbatkan sesuatu yang tidak layak kemudian dikawal dengan yang layak dengan Allah, tidak selesai.

Kita bagi contoh yang ekstrem sebelum ini. Sebelum daripada kes ini, saya tak perasan kalau Wahabi kata Allah pun boleh beranak. Satu lagi Wahabi macam kita bab tu Allah tidak akan beranak. Ya, boleh tak seseorang kata oleh kerana Allah Ta’ala maha berkuasa dan maha berkehendak, maka kalau Allah berkehendak Allah berkuasa melahirkan anak? Tapi Allah melahirkan anak tak sama macam makhluk. Tak boleh kerana melahirkan anak itu sudah tidak layak dengan Allah. Lam yalid Allah tidak melahirkan. Dan mustahil qudrah iradah Allah tidak takluk dengan perkara yang mustahil. Qudrah iradah Allah takluk hanya dengan perkara yang mungkin.

Boleh atau tidak Allah menciptakan bayi bagi pasangan yang telah lanjut usia? Suami umur 100 tahun, isteri umur 95 tahun. Tiba-tiba isteri mengandung dapat anak. Boleh atau tidak? Jawabnya mustahil dari segi adat, harus dari segi akal. Akal boleh terima Allah menciptakan bayi daripada pasangan yang tua. Alangkah Allah ciptakan bayi daripada perempuan yang tidak pernah bersama dengan lelaki. Siti Maryam melahirkan Nabi Isa alaihissalam tanpa bapa. Allah boleh jadikan. Apa masalah ada bapa dan ibu yang telah tua? Bahkan Allah menciptakan Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa dan tanpa ibu.

Maka dari segi akal, boleh Allah menciptakan bayi daripada pasangan yang tua walaupun dari segi adat kebiasaan tidak berlaku demikian. Tapi anak bagi Allah mustahil. Dia bukan perkara yang mungkin. Maka tak boleh orang tu kata Allah beranak tapi dengan cara yang layak dengan Allah. Tidak boleh.

Maka sama, tak boleh kamu kata Allah duduk atas arasy, bertempat atas arasy dengan cara yang layak dengan Allah. Tidak boleh. Pertama, sepakat Ahli Sunnah wal Jamaah dan Wahabi arasy adalah makhluk. Kalau ada Wahabi yang bawa ajaran baru kata dia arasy bukan makhluk, maka syirik pada ketika itu kerana bererti ada sesuatu entiti yang lain bukan Allah ciptakan. Syirik maknanya tercipta sendiri. Maknanya qadiim. Ya, kalau bukan makhluk ertinya qadiim. Jadi, sepakat Ahli Sunnah wal Jamaah dan Wahabi arasy adalah makhluk.

Baik, next point. Makhluk maknanya apa? Makhluk adalah isim maf’ul. Khalakha, yakhluku, Khaliq isim fa’il, yang menciptakan. Makhluk diciptakan, bererti sebelum diciptakan makhluk itu tidak wujud. Bererti sebelum Allah ciptakan arasy, arasy tidak wujud. Adakah Allah juga seperti arasy? Wali ‘azzu billah. Adakah Allah satu masa dahulu tak wujud? Selepas ada arasy baru Allah wujud? Tak mungkin. Allah bersifat qidam. Allah wujud tanpa ada permulaan. Kerana setiap yang tidak qidam, yang yang baru wujud, pasti hadith. Setiap yang wujudnya didahului oleh tiada pasti dia makhluk. Kenapa? Kerana sesuatu yang asalnya tak wujud, kemudian dia wujud, adakah boleh dia mewujudkan dirinya sendiri? Mustahil. Adakah boleh dia wujud dengan sendiri? Mustahil. Maka setiap yang wujud selepas tak wujud pasti dia makhluk. Adakah Allah makhluk? Tidak. Maka Allah wujud tidak ada permulaan. Sebelum ada arasy, Allah wujud. Maka wujud Allah tanpa arasy, wujud Allah tanpa langit, wujud Allah tanpa syurga dan neraka. Itu yakin. Pasti Allah wujud tanpa bertempat. Adakah selepas Allah ciptakan arasy, lalu Allah berubah menjadi bertempat? Ini mustahil.

Maka ini yang menjadi ancaman akidah oleh golongan Wahabi atas nama tauhidul asma’ wa as-sifat. Kita tidak menolak belajar asma’ yakni nama Allah. Kita tidak menolak belajar sifat-sifat Allah. Bahkan ilmu kita dinamakan ilmu tauhid sifat 20, ilmu tauhid sifat 50. Itu pun Wahabi dah menggelabah. Apa hal dia orang ni? Sekejap tauhid sifat 20, sekejap tauhid sifat 50, mana satu yang betul? Betul belaka. Wahabi yang tak faham. Disebut tauhid sifat 20 hanya fokus sifat yang wajib.
Disebut tauhid sifat 50 kerana 20 yang wajib, memastikan ada 20 yang mustahil. Dah 40 kat situ, ada 1 yang harus. 41 itu bab Allah Taala. Ada pun bagi para rasul, ada 4 sifat yang wajib, maka lawannya 4 yang mustahil, jadi 8. 1 sifat yang harus bagi para rasul jadi 9. 9 campur 41 jadi 50. Maka sebahagian orang mengatakan tauhid sifat 50 benda yang sama. Jadi wahabi tak perlu menggelabah awal ya, relaks tanya dulu apa sebab ini panggil 20. Tapi yang penting kita tidak masalah belajar sifat, yang kita masalah adalah kamu menggunakan nama tauhidul asmai wasifat untuk membawa akidah tasbih dan takzim dalam berinteraksi dengan ayat mutasyabihat. Itu kita tolak sebenarnya.

Untuk memastikan cara yang betul bagi tafsir ayat mata syariat, memadai kita merujuk kepada ayat suci al-Quran, ayat 7, surah Ali Imran. Wan dari anzal alaiqal Wan dari anzal alaiqal kitabah Min hu ayatul mukhamatun Huna umur kita. Dialah Allah Taala yang telah menurunkan kepada kamu al-kitab, yakni al-Quran. Min hu ayatul Muhammad, daripada al-Quran itu ada ayat-ayat yang Muhammad, yang jelas, yang tetap, yang pasti. Huna umur kita, ayat Muhammad inilah induk ibu kepada al-Quran. Pegangnya itu jangan sampai membatalkan ayat Muhammad, jangan. Tapi cabarannya apa? Wakhukuru mutasyabihat, tapi ada juga ayat Quran yang lain sifatnya tidak Muhammad, sebaliknya mutasyabihat. Ada kesamaran, tak jelas mana apa jelas itu ayat Quran. Ya patutnya you sebut pasti ini daripada Nabi Sallallahualaihiwasallam. Tapi zon ni yudilalah, ragu-ragu apa makna dia. Maka Quran sendiri cerita dua cara berinteraksi dengan ayat mutasyabihat. Satu sesat, satu benar. Maka hati-hati.

Fuam Mandarin nafi hulu bin zaiful, fuam Mandarin nafi hulu bin zaiful. Maka orang yang dalam hati dia ada zaiful, ada bengkok, cenderung nak jadi sesat. Fayyad tabir auna matasha bahamin, maka dia akan ikut yang sama-sama tadi. Kenapa ikut yang sama-sama dah pasti? Allah Wani Yun alim alamin dah pasti Allah tu maha kaya daripada alam. Allah tidak perlu kepada Arasy, tidak perlu kepada langit, tidak perlu kepada bumi, tidak perlu kepada tempat. Tu dah pasti. Kenapa ikut yang sama-sama Ar Rahman Aziz tawar? Kamu nak kata Allah duduk atas Arasy? Kenapa iftira al fitnah, cari pergaduhan, cari perbalahan. Waftira aa takwi ni, dan nak letak juga maknanya apa salah? Kamu ikut salah, betul-betul istighfar. Maknanya serah pada Allah boleh, tapi kenapa kami nak letak juga maknanya duduk, maknanya menetap? Ibti awak takwi ni. Kemudian orang yang roh sifu nafil Ilmi, orang yang mendalam ilmu dia, mereka beriman dengan keduanya. Ya, ya Quran, amanlah kami beriman. Kun demi indi rabbina, muktamad ke mutasyabihat pun dua-duanya daripada Tuhan kami.

Tapi kalau kita ikut yang mutasyabihat dengan makna zahir Allah bertempat, Allah duduk atas arah dan sebagainya, kita membatalkan yang muktamad. Laisa Khamis dihi syahidul walam yakun lahhukufan Ahad. Jadi terbatal. Jadi jangan ikut yang mutasyabihat, pegang yang Muhammad. Yang mutasyabihat itu kita serah kepada Allah Taala makna sebenar atau kita boleh terima makna yang tidak bercanggah dengan akidah. Allah menguasai Arasy, betul. Allah menggagahil Arasy, betul. Allah menjaga Arasy, betul. Ini tentang tauhidul asmai was sifat, itu ancaman wahabi menggelincirkan umat kepada akidah tasbih atas nama kononnya ikut Quran. Quran yang kata, dia kata, bukan Quran yang kata. Kamu yang buat bidaah dalam tafsir Quran. Quran tak kata, Quran kata istawar baik. Kemudian atas nama tauhid rububiah, dari segi asasnya benar, iaitu kita menyeksakan Allah sebagai satu-satunya yang menciptakan. Tak ada yang menciptakan melainkan Allah. Kita kata saja manusia cipta handphone, tak ada. Handphone ni dia cari bahan yang dah ada, Allah ciptakan bahan tu. Dia proses, dileburkan, dibekukan, dicantumkan. Tidak ada dia mencipta daripada tiada. Maka tidak ada yang menciptakan, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, menyembuhkan penyakit, insyaAllah. Maka ini benar ya tauhid rububiah dalam konsep mengesakan Allah sebagai roh, benar.

Itulah dalam tauhid sifat 20 dipanggil tauhidul pemaaf wahdan, iaitu Afan wahdaniah, keesaan pada perbuatan. Tetapi bilamana golongan wahabi mendakwa orang-orang musyrikin penyembah berhala seperti Abu Jahal, Abu Lahab juga bertauhid dengan tauhid rububiah, itu batil. Mereka kata ikut akidah salah. Salah mana yang mengatakan orang musyrikin bertauhid cuba bawa. Jadi wahabi ni menyamar kononnya salafi pun ikut salah. Tidak, mereka ikut kepada al-Imam Ibnu Taimiyah sebenarnya. Al-Imam Ibnu Taimiyah, walaupun beliau alim, tidak dinafikan, tapi beliau pertama bukan salafi. Beliau kurun ke-8. Yang kedua, ulama-ulama yang sezaman dengan beliau sepakat menolak beliau bukan kerana beliau jahil, tidak alim. Beliau diakui alim tapi ada banyak fatwa beliau melanggar ijmak ulama, sebahagian dalam perkara akidah dan sebahagian dalam perkara fiqah.

Disebut oleh al-Imam al-Hafiz waliyuddin al-Iraqi Rahimah Allah Taala dalam kitab al-al jibah al-makiyah. Maaf, al-ajibah al-Mardiah Anil As ilafil makiyah, jawapan-jawapan yang meredakan dan berkaitan dengan soalan-soalan Makkah. Beliau mengatakan aqluhu, maaf, ilmuhu akbaru bin aqlihi, ilmunya alim. Ibnu Taimiyah ni lebih besar daripada akalnya. Ini mengandungi pujian dan kritikan. Ilmunya besar, maknanya Ibnu Taimiyah ni orang alim, banyak ilmu beliau, tapi akbarumin aklihi. Ilmu tu lebih besar pada akal. Makna sebahagian daripada ilmu beliau tu beliau tidak proses dengan baik, makanya dikatakan beliau melanggar 60 ijmak ulama. Ya, sebelah berlaku ijmak beliau langgar, sebahagian dalam perkara akidah itu yang serius dan sebahagian dalam perkara fiqah masih lagi melanggar ijmak. Itu sebenarnya dilarang.

Baik, jadi bila mendakwa orang-orang musyrikin bertauhid, itu yang kita tolak. Itu salah tafsir ayat al-Quran. Ada beberapa ayat Quran seumpama itu, salah satunya Allah berfirman walain soal tahun Man khalafah sama watiwal arda wasas wasah Khairul Syam Syawal qamarah layakul lunaallah. Kalaulah kamu tanya kepada mereka orang-orang musyrikin siapa yang ciptakan langit dan bumi, siapa yang pusingkan matahari dan bulan, nescaya mereka jawab Allah. Kata al-Imam Ibnu Taimiyah dan wahabi itulah bukti orang miskin bertauhid. Kalau kita tanya mereka sampai cerita langit bumi mereka tak jawab berhala, mereka jawab Allah. Tidak, tidak ada ulama salah yang mengatakan ayat itu menjadi dalil orang musyrikin bertauhid, tidak ada. Ini salah faham ya.
Ini adalah dalil bahawa orang musyrik di dalam kesyirikan mereka, mereka sebenarnya tidak ada hujah. Kita patut menyembah kepada yang mencipta langit dan bumi. Kita patut menyembah kepada yang mencipta diri kita, bukan kita menyembah kepada sesuatu yang kita bentuk dengan tangan kita sendiri. Maka kalau ditekan secara ilmiah, ya kamu sembah berhala, adakah berhala cipta langit bumi? Adakah berhala yang pusingkan matahari dan bulan? Nescaya mereka tidak boleh jawab. Ya, nak tak nak mereka terpaksa mengaku kalau Allah yang ciptakan. Adakah mereka bertauhid merasakan Allah? Jawabnya tidak. Sehujung daripada ayat itu Allah berfirman Fa Anna yupfaku. Lalu selepas itu ke manakah mereka dipalingkan? Aib ialah syirik. Mereka masih berpaling kepada syirik. Tapi itu mereka syirik rububiah saja ustaz. Rububiah mereka bertauhid? Tidak, rububiah juga. Mereka menganggap berhala-berhala yang mereka sembah itu memberikan manfaat dan mudarat. Dalam surah Hud, ya dalam surah Hud Allah merakamkan ucapan orang musyrikin.
Mereka berkata in nahhulu ilaqtarakah bab doa di hatinya bisu. Kami bukan nak kata apalah, melainkan kami nak kata kamu ni Hud telah dikenakan penyakit gila oleh sebahagian daripada berhala-berhala kami. Jadi orang Muslim beranggapan pahala dia boleh berbuat sesuatu, makanya dia sembah. Lalu mendakwa orang musyrikin bertauhid itu salah, mencanggahi berjemaah ahli sunnah berjemaah. Jadi wahabi-wahabi yang datang dalam live dengar eh, keterangan tak perlu sibuk nak komen macam-macam. Nanti keluar tak faham ni. Ramai wahabi ikut dalam live, aa dekat masjid tak tahulah kan kot ada juga sorang dua. Ala-ala waspada eh, kita aduk-adukkan hadir dan kita aduk-adukkan untuk bertanya soalan. Tapi tak tahulah kat Melaka dah ada fatwa yang jelas tu. Harapnya takde lah wahabi. Jangan pula ada, jangan AJK masjid pula wahabi, imam wahabi. Parahlah, jangan ambil faham. Jangan mudah-mudah je kata oh daripada Wahab ni, menjadi daripada Wahab ni bagus. Jangan baca fakta dan data dia.

Baik, tauhid yang lebih serius daripada masalah tauhid uluhiah sebenarnya adalah tauhid uluhiah. Kalau tauhid uluhiah kesannya mentahitkan orang musyrik ni, orang musyrik dianggap bertauhid juga iaitu tauhid uluhiah. Tapi tauhid uluhiah lebih serius daripada perkataan Ilah, bererti Tuhan. Konsepnya apa? Konsep tauhid uluhiah adalah kita mengesakan Allah sebagai satu-satunya yang disembah, sebagai satu-satunya yang kita beribadah, hanya Allah. Ya, ini benar. Ya, tahi ulu. Ya, setakat konsep dia clear. Memang itu yang kita pegang. Ya, haram dan syirik sembah lain daripada Allah. Jangan kata sembah batu, kayu. Sembah malaikat haram dan syirik. Sembah nabi haram dan syirik. Masalah bukan di situ. Masalah adalah bila mana mereka mendakwa bahawa tawasul tertentu tidak dibenarkan, tabarrup tertentu tidak boleh, istighfar sah tertentu adalah syirik. Aa yang masalahnya di situ. Maka dengan kesalahfahaman ini, mereka mengeluarkan orang Islam daripada muslim menjadi kafir.

Dan saya salah seorang daripada mangsa dikafirkan. Isu ni lah ada seorang ahli perniagaan wanita, tak silap saya nama dia Puan Rozita Ibrahim, ibu kepada Datuk Alif Syukri terlajak laris. Ya, mungkin ada yang pernah tahu. Jadi beliau ada buat posting ibu beliaulah ya, Puan Rozita ada buat posting Facebook yang merintih-rintih, sebut ya Rasulullah lihatlah kepada saya. Wahai Rasulullah, lihatlah pada saya dan anak-anak saya ni, nak jaga anak-anak pun tak mampu, lebih kurang macam itulah ya posting beliau. Lalu rektor kuib, Profesor Doktor Rozaimi Ramli, tegurlah kata dia, kalau nak minta tolong, minta tolong dengan Allah. Betul ke? Minta tolong Allah tu betul. Tapi kemudian datanglah mengatakan aa minta tolong dengan nabi ni syirik.
Banyak yang komen-komen tu katakan minta tolong dengan Nabi adalah syirik dan ini tidak benar. Maka saya buat satu posting saya bagitahu bertajuk “Istighfar Sah Dengan Rasulullah Sedang Tidak Syirik.” Lalu saya terangkanlah kenapa tidak syirik. Kemudian, seorang screenshot posting saya dan dia edit. Dia crosskan maknanya tak setujulah, ya cross tu mana tak setuju, dan dia tulis. Dia kata telah jelas orang ini telah menjadi kafir, murtad, musyrik. Haram sembahyang di belakang dia dan kalau dia sembelih binatang, binatang tu jadi bangkai. Ha, ini contoh bagaimana umat Islam dikafirkan atas nama tauhid uluhiah.

Baik, satu-satu ya. Sebab saya difahamkan kuliah saya malam ini akan berhenti antara 9.00 hingga 9.15. Jadi saya nampak yang syariat, yang tasawuf tu tak sempatlah malam ni. Kita fokus ancaman akidah dahulu. 9.00 insyaAllah saya berhenti antara 9.00-9.15 tu kalau ada soalan yang saya mampu jawab, saya cuba jawab.

Baik, jadi masalah tadi tawasul terlebih dahulu ya. Saya terpaksa ringkaskan tawasul yang dimaksudkan di sini adalah kita menyebut sesuatu yang mulia dalam doa dengan niat moga-moga menjadi sebab Allah perkenankan doa kita. Maka, antara ahli sunnah berjemaah dan wahabi ada kesepakatan dan ada perbezaan. Ya dengar ya wahabi-wahabi yang ikut live ni, jangan sibuk komen macam-macam. Ya komen itu komen ini, datang dengar belajar. Ya bukan semua beza wahabi dengan ahli sunnah.

Yang sepakat antara wahabi dan ahli sunnah berjemaah bab tawasul adalah tawasul dengan nama Allah. Kita nak satu hajat, kita sebut nama Allah sebaik-baiknya sesuai dengan hajat kita lah. Nak rezeki, ya Rozak, nak hidup kita ni dibuka peluang-peluang, ya Fattah, nak ilmu, ya Alim, nak bijaksana, ya Hakim, nak berdepan dengan musuh, ya Qahhar, ya Jabbar, ya Muntakim. Ini sepakat ahli sunnah berjemaah dan wahabi. At-tawasul bin asma ilahil Husna itu masyhur, itu dibenarkan, dituntut.

Yang kedua yang sepakat adalah tawasul dengan amal soleh. Wahabi kata itu tawasul yang sunyi, ahli sunnah juga setuju. Ya, iaitu misalnya kita sebut, “Ya Allah ya Tuhanku, ketika saya ada jawatan dahulu saya pernah ditawarkan rasuah sebanyak 10,000. Saya teringin nak ambil tapi saya tahu itu haram. Ya Allah, saya menolak rasuah itu. Kalau itu dinilai amal soleh di sisi-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit yang sedang menimpaku sekarang ini.” Itu contoh ya. Contoh tawasul dengan amal soleh takde masalah. Dua-dua kata okey.

Yang masalah melibatkan tawasul dengan orang soleh. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi-Mu. Ya Allah, dengan kesolehan Syeikh Abdul Kadir Jailani. Ya Allah, dengan kalimat Imam Syafie. Di sisi ahli sunnah berjemaah itu juga boleh, di sisi wahabi itu adalah haram. Bahkan ada yang kata syirik. Ini tak betul. Kenapa tak betul? Pertama, haram adalah hukum syarak, ya bukan wajib saja kena ada dalil. Haram juga kena ada dalil dan tidak ada dalil mengharamkan kerana apa bab tawasul dengan orang soleh ini di sisi ahli sunnah berjemaah asalkan dia soleh hidup atau mati, tidak ada beza. Kita boleh tawasul dengan dia masa dia hidup, kita boleh tawasul dengan dia selepas dia telah meninggal dunia.

Contohnya, ya Allah dengan kemuliaan Nabi-Mu. Kan Nabi telah wafat. Ya Allah dengan kemuliaan Sheikh Abdul Qadir Jailani. Mereka ni telah meninggal dunia, tak ada masalah. Kenapa tidak ada masalah? Kerana tawasul itu kerana kesolehan, kerana kemuliaan. Adakah seorang yang soleh terbatal kesolehannya kerana dia mati? Tidak. Ambil contoh yang paling jelas, kita tawasul dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Hanya mulia ketika baginda hidup, lalu baginda selepas wafat tidak lagi mulia? Kan tidak mungkin. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa mulia. Makanya membahagi-bahagikan tawasul orang hidup boleh, tawasul orang mati tak boleh itu bidaah sayyiah yang dibuat oleh al-Imam Ibnu Taimiyah dan diikut dengan taksub oleh golongan wahabi walaupun melanggar kefahaman salaf salih.

Tidak ada yang membezakan tawasul orang hidup orang mati. Aa, sahabat Nabi bernama Usman bin Hunaif radhiallahuanhu mengajar seorang lelaki membaca doa tawasul ketika mana Saidina Uthman bin Affan menjadi khalifah radhiallahu anhu. Lama selepas Nabi wafat, sahabat masih ajar doa tawasul. Seorang tu nak jumpa Saidina Uthman terhalang, kata dia, “Kamu baca doa ni.” Lalu dibaca oleh lelaki tersebut. Lepas tu jadi mudah urusan dia pergi ke tempat Saidina Uthman, dipimpin masuk dalam rumah, diceritakan masalah Saidina Uthman, selesaikan masalah dia. Dia sangkakan sahabat tadi ada rekomen. Dia kata, “Jazaqallahu Khairan, terima kasihlah kamu, apa tu moga Allah memberi balasan yang baik, kamu tolong bercakap dengan khalifah.” Jawab Usman bin Hunaif radhiallahuanhu, “Demi Allah saya takde bercakap apa pun, tapi doa yang saya ajar pada kamu.”

Ceritanya dahulu masa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masih hidup, ada seorang buta datang menyebutkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam minta didoakan agar sembuh. Nabi suruh dia tu ambil wuduk, solat dua rakaat, dan Nabi ajar dia berdoa dengan doa ini. “Allahumma inni as’aluka.” Ya Allah, aku memohon kepada-Mu. Ini doa biasa kan? Wahabi selalu kata apa susah-susah tawasul doa biasa kan boleh. Ya, boleh. Siapa cakap doa-doa biasa tak boleh? Kami cuma nak terangkan mengharamkan doa tawasul tu tak betul itu saja. Kalau kamu tak nak tawasul takde masalah.

“Wartawan jauh Ilahi kabin nabi yakah Muhammad Din nabi rahmat ni nabi ajar dan aku bertawajuh mengadap dengan nabi Mu Nabi rahmat Nabi Muhammad kepadamu pada hajatmu.” Maknanya nabi ajar doa tawasul. Maka nabi ajar, “Ya Muhammad ini atawat jauh mikailla Rabbi fiha jatidi tuqadar.” Wahai Muhammad aku bertawajuh denganmu kepada Tuhanku pada hajatku. Pun juga diperkenankan. Tak lama lepas tu sembuh mata orang itu daripada kebutaan. Jadi sahabat masih ajar doa tawasul lama selepas Nabi wafat. Bererti sahabat Nabi tidak masalah kalau tawasul dengan orang mati. Kita dalam agama nak ikut kefahaman sahabat Nabi ke nak ikut kefahaman wahabi?

Baiklah ikut kefahaman sahabat Nabi. Dan sepaling wahabi kata ada dalil sebab Saidina Umar pernah tawasul dengan al-Abbas radhiallahu anhu. Omar ketika istighfar dia tak hujan. Jadi wahabi memandai-mandai kata dia itulah dalil tak boleh tawasul dengan orang mati. Kalau boleh tawasul dengan orang mati, kenapa Saidina Umar tak tawasul direct dengan Nabi? Kenapa tawasul dengan al-Abbas? Pertama, dalam kejadian itu tak ada pun Saidina Umar kata, “Ya Allah kami bertawasul dengan al-Abbas kerana kami dilarang bertawasul dengan orang mati.” Tak ada. Itu hanya kamu faham, dan apa yang kamu faham bercanggah dengan keterangan Saidina Umar.

Dalam al-Mustadrak, al-Imamul Hakim menceritakan bahawa Saidina Umar menerangkan sebab kenapa beliau tak masuk dalam al-Abbas adalah nak ikut sunnah Nabi. Bila pula Nabi tawasul dengan al-Abbas? Tidak. Saidina Umar mengatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda hidup dahulu, baginda memandang kepada al-Abbas pandangan seorang anak kepada bapa. Makna Nabi dulu cukup memuliakan al-Abbas. Maka kata Saidina Umar kepada masyarakat Islam, “Ikutlah sunnah Nabi kamu, maka muliakanlah al-Abbas, jadikanlah dia wasilah kamu dalam berdoa kepada Allah Taala.” Ini tujuan tawasul dengan al-Abbas. Bukan kerana Nabi telah wafat, tapi kerana nak ikut sunnah Nabi memuliakan al-Abbas.

Dan al-Abbas sendiri mengatakan perkara yang sama bahawa manusia ini bertawasul dengan aku kerana kedudukan aku di sisi Nabi maka terimalah doa mereka. Jadi itu bab tawasul.

Ada satu minit lagi sebelum 9.15, saya rasa kita akan mula sesi soalan. 9.15 minit boleh tabarruk ya. Tabarruk itu ambil berkat. Wahabi dan ahli sunnah berjemaah berbeza. Ada wahabi yang tak mengaji tabarruk-tabarruk memang dia tolaklah. Dia kata apa-apa ambil berkat semua kan daripada Allah. Betullah, semua daripada Allah. Kenyang pun daripada Allah, tapi kita tetap makan kerana makan tu usaha ikhtiar sebab musabab. Sembuh penyakit pun daripada Allah tapi kita tetap berubat. Jadi ambil berkat ni usaha ikhtiar takde masalah. Tapi wahabi yang mengaji okey sikit. Dia kata tabarruk boleh, boleh ambil berkat tadi ada masalah. Cuma syaratnya ambil berkat hanya dengan asar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Mana kalau kita ada dapat selimut Nabi boleh ambil berkat. Kita dapat rambut Nabi boleh ambil berkat.
Kita dapat capal Nabi boleh ambil berkat. Yang wahabi anti tu logo capal. Aa, yang tu yang dia kepanasan. Ya tuan-tuan yang dia pakai logo kopiah logo capal tu hati-hati ya sebab wahabi cas tuan-tuan tuan-tuan meletakkan capal atas kepala. Dia tak boleh beza antara capal dengan logo. Ucapan kan ada orang pakai kopiah logo bulan letak bulan atas kepala ke letak kopiah? Masa letak kopiah kan kot ada orang pakai kopiah logo apa sekalipun. Takkan dia letak logo masjid dia letak masjid atas kepala ke letak kopiah? Masih kopiah. Aa, tapi kalau betul capal Nabi, confirm itu capal Nabi. Wahabi yang mengaji tidak tolak tabarruk dengan capal Nabi. Cuma dia kata itu khusus untuk Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam seorang saja. Tabarruk dengan ulama ambil berkat dengan ulama tak boleh. Tabarruk dengan wali tak boleh. Dan ini bercanggah dengan pegangan ahli sunnah berjemaah.

Sebelum ni diterangkan oleh al-Imam an-Nawawi rahmat Allah Taala bahawa tabarruk dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi dalil boleh tabarruk dengan orang-orang soleh. Aa, jadi macam yang mandi di perigi dekat Gunung Jerai tu yang digali oleh ulama itu takde masalah. Itu ambil berkat dengan kesan tangan orang soleh. Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri memberitahu bagi dia nak mengambil berkat daripada kesan tangan-tangan orang mukmin ya yang ambil wuduk tu. Nabi sendiri nak mengambil berkat daripada kesan tangan mereka. Jadi tidak ada dalil mereka mengkhususkan untuk Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam seorang saja.

Dan yang ketiga dalam masa empat minit ni ialah tu lah istighfar sah. Eh saya cuba permudahkan, istighfar sah maknanya minta tolong. Sepakat antara ahli sunnah berjemaah dan juga wahabi, minta tolong dengan Allah itulah yang sebenarnya ya. Yang hakikat sebenarnya minta tolong dengan Allah. Manusia sebenarnya tak boleh tolong pun. Wala haula walau wata illa billahil Aliyyil Azim. Itu hakikat. Sebab tu kita sebut, “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.” Hanya akan dikau kami sembah dan hanya akan dikau kami minta pertolongan. Dan sebab itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberi panduan, “Iza sa’alta fas alillah.” Bila-bila kamu minta tolong, minta tolong dengan Allah kerana itu hakikat.

Adakah tak boleh minta tolong dengan makhluk? Sepakat antara ahli sunnah dan wahabi, boleh. Ya, minta tolong dengan makhluk boleh tapi ada juga yang tak boleh. Setakat tu masih sepakat lagi eh, minta tolong dengan makhluk boleh dan tak boleh. Yang mana boleh yang mana tak boleh? Berbeza di sisi ahli sunnah berjemaah, boleh minta tolong dengan makhluk atas jalan asbab semata-mata. Bila kita minta tolong dengan makhluk mana pun, kita kena yakin sebenarnya yang bagi pertolongan adalah Allah. Kita pergi pada doktor, “Doktor, saya dah sakit lama tolonglah sembuhkan penyakit saya.” Boleh tak kata macam tu? Boleh, tapi dalam hati mesti yakin bukan doktor yang menyembuhkan. Doktor ni hanya sebab musabab usaha ikhtiar. Yang bagi sembuh penyakit aku adalah Allah. Tapi kalau minta tolong secara hakikat itu haram dan syirik. Tak ada beza orang tu hidupkan orang tu mati.
Kalau kamu bererti dia yang sebenarnya menolong syirik. Wahabi tidak. Wahabi kata minta tolong dengan orang hidup sahaja boleh. Dengan polis ke, dengan Menteri ke, dengan bomba ke, dengan jiran sebelah rumah boleh asalkan dia hidup. Tapi kalau minta tolong dengan orang yang telah meninggal dunia itu haram, syirik, muhrijon animilah keluar daripada Islam jadi kafir. Maka siapa yang arisna, “Ya Rasulullah tolonglah kami wahai Rasulullah,” musyrik, keluar daripada Islam di sisi wahabi kerana Rasulullah dah wafat.

Baik, ini batil. Ini fatwa yang tidak ada dalil. Saya telah tanya kepada orang-orang terpelajar yang ada PhD, ada tidak dalil yang mengharamkan istighfar sah dengan orang mati? Dia jawab, “Weh dalil banyak ah, dalam Quran semua.” Tolong bawa satu dalil. Sampai habis mesyuarat, satu dalil pun dia tak bawa. Oleh kerana saya tak dapat dalil daripada 14-15 orang yang terpelajar ni, yang ada PhD ni, maka dalam dialog saya dengan Ustaz Salmah Ali, saya dah tak tanya dalil. Saya hanya tanya, siapakah di kalangan ulama salah yang berfatwa mengharamkan istighfar sah dengan orang mati?

Oi, ada kalimat Ibrahim kata dia. Aa, ini namanya confident tapi tak betul. Aa, tapi tak pe lah dia juru debat. Juru debat ni dia mesti confident. Aa, tak betul tak betul tu nombor dua. Pertama, Imam Ibnu Akil bukan salah kalimat. Ibnu Akil ulama khalaf. Yang ke-2, al-Imam Ibnu Akil termasuk ulama yang mengamalkan istighfar sah dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Bukan mengharamkan, bahkan beliau mengamalkan istighfar sah. Jadi dalil tidak adil, ulama salah yang pegang juga tidak adil.

Kalau dia kata istighfar sah dengan orang mati tak boleh, orang hidup boleh mesti ada beza. Apa beza? Oh, dia kata beza orang hidup boleh tolong, orang mati tak boleh tolong. Baik, orang hidup boleh tolong secara hakikat atau secara asbab. Kalau dijawab secara hakikat, syirik. Kalau dijawab secara asbab, maka demikianlah orang mati. Allah jadikan asbab kepada pertolongan. Macam mana dia dah mati? Dengan doa. Sabit dalam hadis-hadis bahawa orang mati di alam roh mendoakan, bahkan sabit dalam hadis bila kita bagi salam, dia bangun dan jawab salam dalam alam rohlah. Bukan bangun keluar pada kubur, tidak. Dia jawab salam, dan jawab salam tu doa dan assalamualaikum waalaikummusalam tu doa saling mendoakan.

Jadi seolah-olah saya tidak kata orang wahabi kafir. Tidak. Tapi kefahaman tu mendekati fahaman orang kafir yang menganggap hidup hanya di dunia. Wama wamahiyah ilahiyah tunat dunia ini hanya hidup dunia mati dah habis cerita. Tidak. Mati hanyalah perpindahan daripada alam dunia ke alam roh. Dan di alam roh sabit dalam hadis mereka boleh mendoakan. Al-Imam Ibnu Tania idola wahabi mengaku kalau benda itu possible dan mengaku bahawa ada asbab yang menunjukkan demikian. Cuma beliau mengatakan Saddam di syariah kita nak sekat jalan kot orang jadi syirik. Tidak ada masalah orang Islam. InsyaAllah dia faham bahawa yang bagi pertolongan sebenar adalah Allah.

Dan yang terakhir, kalaulah betul sebagaimana yang mereka dakwa, meminta tolong pada nabi selepas nabi wafat syirik. Minta tolong kepada wali Sabah wali terlebih dengan dunia adalah syirik. Bererti meminta tolong pada orang mati adalah menuhankan orang mati dan itu adalah takdir syirik. Syirik adalah menuhankan selain daripada Allah atau menisbahkan kepada daripada Allah tu sifat sifat ketuhanan itu syirik. Minta tolong orang orang mati syirik. Bererti minta tolong orang mati adalah menuhankan orang mati. Kalau begitu, minta tolong dengan orang hidup adalah menuhankan orang hidup. Adakah boleh menahan orang hidup? Tak boleh. Jadi dia bukan isu minta tolong, isunya adalah iktikad ketika meminta tolong. Jadi mereka yang tak faham dia kata kalau macam itu bolehlah kita minta tolong dengan pokok. Kata dia, aa saya ni difitnah. Ustaz Engku difitnah kononnya menganjurkan umat Islam minta tolong dengan pokok. Ini fitnah. Ini yang berlaku dalam mesyuarat tadi.

Bila dia tidak boleh bawa dalil, harap istighfar sah dengan orang mati. Dia pun tanya, “Oh kalau macam itu bolehlah kita pergi pada pokok, kita bagi cakap kat pokok, wahai pokok tolonglah saya dengan ikhtiar Allah yang beri.” Aa, dia pusing ikut situ. Pertama, dia ni bakhil kerana kamu menganggap seolah-olah wali Allah dan pokok tu sama. Bila minta tolong ngan wali Allah, maka minta tulis boleh minta tolong dengan pokok jadi samalah wali Allah dengan pokok. Yang ke-2, kita minta tolong kan 2 hakikat atau asbab. Minta tolong secara hakikat hanya dengan Allah. Minta tolong secara asbab hanya dengan makhluk yang Allah jadikan asbab. Yang tidak jadikan asbab kenapa kita nak tolong dengan dia. Jadi saya telah jawab istighfar sah tidak diceraikan macam itu. Jadi dia tak tidak faham. Akhirnya, selepas mesyuarat, mesyuarat tertutup. Kalau dialog senang orang boleh tengok rakaman. Mesyuarat tertutup jadi diuar-uarkan kononnya dalam mesyuarat tu Ustaz aku kata boleh minta tolong dengan pokok. Bukan boleh.

Setakat kalau kamu kata dia iktikad Allah yang beri, tidak syirik. Tapi bukan boleh. Makan nasi dengan itikad nasi mengenyangkan syirik. Makan nasi dengan itikad Allah hamba yang mengenyangkan tidak syirik. Makan babi dengan itikad Allah yang mengenyangkan tidak syirik. Bolehlah makan babi? Tetap tidak boleh. Kalau kamu tanya isu syirik tak syirik bergantung pada itikad, boleh tak boleh bergantung kepada syariat. Meminta tolong ni disyariatkan kepada yang menjadi asbab kepada pertolongan. Pokok bukan asbab pertolongan dengan cara minta tolong tapi dijadikan kayunya tu dijadikan rumah, akarnya direbus ubat-ubatan, daun yang dibuat itu ini, itu boleh kerana jadi asbab.

Aa, jadi saya rasa sudah terlajak daripada masa yang saya bercadang untuk berhenti. Jam saya ni menunjukkan 9:09 minit, ada masa 6 minit lagi. Maka insyaAllah ya, kalau ada sebarang soalan yang saya mampu jawab, saya cuba silakan. Saya ada buat apa? Kalau takde, saya nak jawab soalan dalam Facebook. Eh, dalam Facebook ada dia tanya, mana dalil orang dalam kubur boleh mendoakan? Dia tanya macam itu. Pertama, dalil ada dua, satu dalil akli dan satu dalil nakli. Dari segi akal, orang dalam alam roh berdoa itu harus saja. Tak wajib, tak mesti orang dalam alam roh dia berdoa. Tak mesti dan tidak mustahil kerana Allah yang menjadikan manusia boleh berdoa di alam dunia. Allah juga boleh menjadikan manusia berdoa di alam roh. Baik, itu dalil akli. Dalil akli adalah dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberitahu bahawa Akmal untuk fardu ala akoribiqum bahawa amalan kamu ini dipamerkan kepada saudara-saudara kamu. Apa yang baik mereka menguji pada Allah Taala, mereka memuji Allah, dan apa yang buruk daripada amalan kamu mereka akan berdoa, “Ya Allah, janganlah kau matikan dia sebelum kau beri hidayah kepada dia sebagaimana kau beri hidayah kepada kami.”

Baik, jadi kalau pun katalah dia kata hadis ni daif, ya kita kena ingat ya dari segi hukum akalnya harus. Yang mengatakan tak boleh langsung tidak ada indikasi. Kadang-kadang mereka ni hanya minta kita dalil, “Mana dalil orang mati boleh berdoa? Mana dalil orang mati tak boleh berdoa?” Kamu langsung satu dalil pun tak adil kata mengatakan orang mati tak boleh berdoa tidak adil. Tapi kita ada dalil orang mati boleh berdoa. Pertama, yang mengatakan jawab salam tu hadis sahih. Jawab salam tu doa. Kemudian Hayati Khairul lakon Muhammadi Khairul lakon. Kehidupan saya baik untuk kamu, kematian saya juga baik untuk kamu. Bila saya hidup saya berbicara dengan kamu jadi kamu dapat pengetahuan. Dan bila saya meninggal dunia, kata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, amalan kamu dipamerkan kepada saya. Mana yang baik saya memuji Allah Taala dan mana yang memburuk saya berdoa memohon ampun buat kamu kepada Allah.

Jadi pertama, berdoanya orang di alam roh itu satu perkara yang harus secara akal ditambah dengan dalil dan menunjukkan memang mereka mendoakan. Maka apa alasan wahabi untuk menolak? Paling-paling dia akan kata hadis tu daif. Itu hanya penilaian mereka tidak menjejaskan penilaian-penilaian hadis yang mengatakan riwayat ini sama ada sahih ataupun Hassan liroirihi. Asalnya jalur tu ghaib tapi oleh kerana banyak jalur saling kuat menguatkan membuktikan bahawa orang mati mendoakan orang hidup dan tidak menjadi syirik. Kamu mereka seorang yang mendoakan kamu, rupanya dia tidak mendoakan tidak jadi syirik. Syirik itu kamu berikhtiarkan dia yang menolong kamu hidup atau mati. Ayah pin masih hidup, pengikut dia minta tolong ngan dia syirik. Kenapa? Kerana pengikut dia menganggap memang ayah pin yang beri. Pengikut ayah pin anggap ayah pin tu Tuhan, maka syirik. Tidak ada beza hidup atau mati. Aa, jadi saya ada nanti yang bertanya dalam Facebook ni.
Nanti saya share link, saya tulis panjang lebar tentang isu ini sekali dengan dalil-dalil. Kamu boleh klik link itu dan baca ya, tapi dengan niat ingin fahamlah kalau aa aa tanya lagi doa ibadah terus hidup dia dapat pahala. Dia bukan cerita masalah pahala. Ha ni masalah, dia bukan tanya untuk faham, dia tanya untuk bangkang. Akhirnya kalau tanya tok bangkang lama-lama jadi bangang. Bangkang, bangkang, bangkang, tak faham. Tadi kamu tanya mana dalil orang dalam kubur boleh mendoakan. Kita dah bawa dalil, kamu kata orang hidup boleh pahala. Memanglah dah mati, dah ada tak ada taklif lagi, tak ada dosa pahala lagi. Ini bukan bukan masalah orang mati doa boleh pahala, tak boleh pahala. Soalnya kamu mensyirikkan orang yang minta tolong pada orang mati. Dan itu tidak ada dalil. Kamu mengeluarkan umat Nabi Muhammad pada Islam tanpa dalil sedangkan kita ada dalil mereka boleh mendoakan orang hidup. Kamu masih nak tanya pahala, ini kan bodoh. Tanya biar untuk faham. Kalau tanya untuk bangkang, sampai bila kamu tidak tak faham. Tapi daripada saya tak marah sangat sebab walaupun dia tak faham, faham yang lain insyaAllah faham sebab dia orang dengar untuk faham tu beza.

Jadi saya dah jawab soalan dalam Facebook. Tinggal 2 minit lagi sebelum 9:15. Kalau tidak ada, ada yang mana yang kata dia wahabi tu. Dia kata dia bukan wahabi tapi dia salafi. Yang tu ya. Aa, ada orang wahabi kata kami bukan wahabi kami salafi. Jawapannya, itu adalah pembohongan. Ya, kalau betul kamu salafi, kita sama sebab kita yang ikut mazhab yang empat ni sebenarnya adalah salafi. Setiap pengasas mazhab yang empat, iaitulah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i Muhammad semua ni salah. Dan Imam Abah salah sekali salah walaupun generasi yang hujung salah dia masih salah. Jadi kalau kamu ikut betul-betul salah, alam wassalam. Tapi kalau kamu ikut al-Imam Ibnu Tamiah, Syeikh Madal Waha, Syeikh Bin Usaimin, Syeikh Bin Bas selalu kamu mengaku salah itu adalah pendustaan. Ya, kerana mereka ini semuanya confirm bukan salah. Al-Imam Ibnu Tamiah kurun ke-8 ada pendapat mengatakan 500 tahun pertama masih salah. Beliau terkeluar ikut tarikh mana pun al-Imam Ibnu Tamiah menjadi ikutan wahabi bukan salah.

Wallahualam. Itu menjawab soalan tadi. Jadi dah ngam-ngam 9:15. Saya ucapkan aa terima kasih atas perhatian. Saya mohon banyak maaf atas kesilapan terkasar bahasa dan sebagainya. Aa terasa hati dan sebagainya saya mohon maaf. Niat kita itu berdakwah menyampaikan kebenaran. Hazar Billahi Taufiq Wal Hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak