Segala Yang Baik Dari Allah Yang Buruk Dari Saya Jadi Qadariah
Dia panggil **lazimulqaul laisabilqaul**. Apa yang kita faham, bukan semestinya apa yang orang cakap. Saya selalu ajar benda ni. **Lazimulqaul** ini, menurut Ibn Qayyim, adalah konsep yang digunakan oleh ulama dalam masalah akidah. Contohnya, kita jumpa seorang yang kata, “Kalau ada duit, semua kerja jadi.” Kita pula kata, “Eh, kawan hang murtad dah, siapa dia kata kalau ada duit, semua benda boleh jadi. Ertinya, kalau ada duit, macam mana Allah tak nak pun boleh jadi juga.”
Tapi dia tak kata begitu. Kita pula yang pi tafsir bagi panjang sikit, padahal tak boleh. **Lazimulqaul laisabilqaul** sebab itu ulama tidak mengkafirkan Qadariyyah yang hulunya mengkafirkan Qadariyyah. Tuan-tuan tengok, bila orang ceramah kan, “Segala yang baik ini daripada Allah Taala dan segala keburukan ni daripada saya juga.” Itu mazhab Qadariyyah. Sedangkan, Ahli Sunnah percaya bahawa baik dan buruk semuanya daripada Allah Taala.
Bila kita dengar kawan kita kata macam tu, kita terus kata, “Eh, kawan hang masuk mazhab Qadariyyah.” Kawan tu, Qadariyyah pun tak kenal, **Qadar Adabi** ke dia tahu kan? Kita tak boleh kata dia masuk mazhab Qadariyyah, kita pi tafsir sendiri. Kalau kita nak faham, Qadariyyah kata baik dan buruk, baik dari Allah, keburukan dari manusia. Kalau kita nak pi tafsir bagi jadi panjang, Qadariyyah berpendapat ada pencipta lain dari segi Tuhan, sebab yang baik Allah cipta, yang buruk bukan Allah cipta. Jadi, ada dua Tuhanlah kalau kita nak pi tafsir. Tapi Qadariyyah tak kata yang tu.