Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kajian Tematik oleh: Dr. Firanda Andirja
https://www.youtube.com/watch?v=6nxKnD1pIu4
Ditranskrip dan Diolah oleh: Mohammad Saiful bin Abdul Samat
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Universiti Kebangsaan Malaysia
Guru Pendidikan Islam, SMK Kota Samarahan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
الحمد لله على إحسانه، والشكر له على توفيقه وامتنانه، وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له تعظيماً لشأنه، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله دائماً برضوانه. اللهم صلِّ عليه وعلى آله وأصحابه وإخوانه
Rakan-rakan para dokter yang dirahmati oleh Subhanahu wa Ta’ala. Para dokter di urologi.
Pada bahasan kali ini kita akan membahas tentang sejarah kesyirikan. Di antara kebiasaan jahiliyah yang masih dilakukan oleh sebahagian kaum Muslimin adalah al-Ghuluw fis Shalihin, yaitu berlebih-lebihan dalam penghormatan yang berlebihan kepada para ulama dan para shalihin.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah berkata, al-Ghuluw bi Ahlil Ilmi was Solah, al-Masalah as-Thalithah Asyarah (perkara ke-13) yaitu berlebih-lebihan kepada para ulama dan orang-orang saleh.
Seperti yang disebutkan dalam firman Allah,
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انتَهُوا خَيْرًا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Wahai ahlul kitab, janganlah kalian berlebih-lebihan dalam agama kalian dan janganlah kalian mengucapkan tentang Allah kecuali yang benar saja (an-Nisa’ 171)
Kecuali yang benar, yaitu jangan kalian mengatakan Allah punya anak, Nabi Isa alaihissalam, atau Isa adalah Tuhan atau anak Tuhan.
Maka pada kesempatan ini kita akan membahas tentang sejarah kesyirikan.
Ternyata, kalau kita telusuri, kita akan dapati bahawa sumber kesyirikan, sebab utamanya, adalah penghormatan yang berlebihan terhadap orang-orang saleh. Perhatikan, ikhwan akhwat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Pertama, manusia pertama yang Allah utus adalah Adam alaihissalam. Adam alaihissalam kemudian beranak pinak, maka tersebarlah manusia sampai akhirnya Allah utus Nabi Nuh alaihissalam. Ketika Adam diutus, masa antara Adam dan Nabi Nuh, sebagaimana perkataan Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma,
عن ابن عباس قال بين آدم ونوح عشرة قرون، وبين نوح وإبراهيم عشرة قرون، وبين إبراهيم وموسى 700 سنة، وبين موسى وعيسى 1500 سنة، وبين عيسى ونبينا صلى الله عليه وسلم 600 سنة
Bahawa ada 10 generasi antara Adam dengan Nabi Nuh.
Jika kita estimasi misalnya satu generasi adalah 1000 tahun, kerana Nabi Adam sendiri umurnya 960 tahun. Umurnya 1000 tahun, tapi 40 tahun dihadiahkan kepada Nabi Daud alaihissalam, sehingga umurnya dalam riwayat yang shahih adalah 960 tahun. Nabi Nuh alaihissalam umurnya 1000 tahun kurang lebih, kerana Allah berfirman dalam (Al-Ankabut 14) bahawa dia (Nuh as) menetap di kaumnya untuk berdakwah selama 950 tahun. Setelah itu, kaumnya pun ditimpa dengan banjir yang besar.
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
Nabi Nuh alaihissalam, sebelum diangkat menjadi nabi dan mulai berdakwah, ada khilaf (perbedaan pendapat) mengenai berapa umurnya. Ada yang mengatakan 40 tahun, ada yang mengatakan 200 tahun. Kemudian setelah kaumnya dibinasakan dengan banjir, berapa lama dia bertahan, juga ada khilaf. Intinya, umurnya sekitar 1000 tahun, kurang lebih.
Jika kita ambil rata-rata 1000 tahun setiap generasi, berarti antara Adam dan Nuh kira-kira ada kurang lebih 10,000 tahun. Ini kira-kira saja, tidak ada dalil yang jelas, hanya perkiraan saja.
Nah, antara Adam dan Nuh ini, tidak pernah terjadi kesyirikan, hanya kemaksiatan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
انَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ ۚ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Manusia dahulu adalah suatu umat yang satu, yaitu di atas tauhid, kemudian mereka melakukan kesyirikan. Maka Allah kemudian mengutus para nabi untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan (al-Baqarah 213)
Tadinya mereka adalah umat yang satu. Dalam surah yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Tidaklah manusia dahulu kecuali umat yang satu di atas tauhid, kemudian mereka berselisih (Yunus 19). Iaitu ada yang melakukan kesyirikan.
Kemaksiatan sudah terjadi di zaman Nabi Adam, contohnya Qabil membunuh Habil. Qabil membunuh Habil, adiknya Habil, yang Allah sebutkan dalam surah Al-Maidah. Kata Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
لَئِن بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
Bacakan kepada mereka kisah dua anak Adam, ketika mereka menyerahkan korban kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka kurbannya Habil diterima, adapun kurbannya Qabil tidak diterima. Qabil pun hasad, maka dia pun membunuh Habil (al-Maidah 27-28).
Jadi, pembunuhan sudah terjadi, tetapi belum terjadi kesyirikan.
Kesyirikan pertama kali terjadi di zaman Nabi Nuh. Jadi selama sekitar 10,000 tahun, 10 generasi, tidak ada kesyirikan.
Ketika terjadi kesyirikan, barulah Allah mengutus Nabi Nuh sebagai rasul yang pertama. Nabi Nuh adalah rasul yang pertama. Dalam hadits yang shahih,
أُتِيَ النَّبِيُّ يومًا بلحمٍ قال فرُفِعَ إليه الذراعُ وكانتْ تُعْجِبُهُ – فَنَهَسَ مِنْها نهْسةً ثُمَّ قال : أنا سَيِّدُ الناسِ يومَ القيامَةِ هل تَدْرونَ بِمَ ذاكَ؟
يجمعُ اللهُ يومَ القيامةِ الأولينَ والآخرينَ في صعيدٍ واحدٍ فيُسْمِعُهُمُ الداعِي و يَنفُذُهمُ البصرُ وتدنو الشمسُ فتبلغُ الناسُ مِنَ الغمِّ والكرْبِ مالا يُطِيقونَ وما لا يَحْتَمِلونَ فيقولُ بعضُ الناسِ لبعضٍ : ألَا تَروْنَ ما قَدْ بَلغَكُم ألَا تنظرونَ مَنْ يشفَعُ لكم إلى ربِّكم فيقولُ بعضُ الناسِ لبعضٍ : أبوكم آدمُ فيأتونَ آدمَ فيقولونَ : يا آدمُ أنتَ أبو البشرِ خلقَكَ اللهُ بيدِهِ ونَفَخَ فيكَ مِنْ روحِهِ وأمرَ الملائكةَ فسجدوا لكَ اشفع لنا إلى ربِّكَ ألا ترى ما نحنُ فيهِ أَلَا تَرَى إِلَى ما قَدْ بَلَغَنا ؟ فيقولُ لَهُم : إِنَّ رِبِّي قَدْ غضِبَ اليومَ غضَبًا لم يغضبْ قبلَهُ ولَنْ يغضبَ بعدَه مثلَهُ وِإِنَّهُ كان نهانى عنِ الشجرةِ فعصَيتُهُ نَفْسِي نَفْسِي، اذهبوا إلى غيري اذهبوا إلى نوحٍ فيأتونَ نوحًا فيقولونَ : يا نوحُ أنتَ أوَّلُ الرسُلِ إلى أهلِ الأرضِ وسَمَّاكَ اللهُ عبدًا شكورًا إشفعْ لنا إلى ربِّكَ ألا تَرَى إلى ما نحنُ فيه ألا تَرَى إلى ما قدْ بلَغَنا ؟ فيقولُ نوحٌ : إِنَّ ربي قدْ غَضِبَ غضبًا لم يغضَبْ قبلَهُ مثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ إِنَّهُ كانت لِيَ دعوةٌ دعوتُ بها على قومِي نَفْسِي نَفْسِي، اذهبوا إلى غيري اذهبوا إلى إبراهيمَ فيقولونَ : يا إبراهيمُ أنتَ نبيُّ اللهِ وخليلُهُ مِنْ أهْلِ الأرْضِ اشفعْ لنا إلى ربِّكَ ألَا تَرى إِلَى ما نحنُ فيهِ ألَا تَرَى إلى ما قدْ بلغنا ؟ فيقولُ لهمْ إبراهيمُ : إِنَّ ربي قَدْ غَضِبَ اليومَ غضبًا لم يغضَبْ قَبلَهُ مثلَهُ وَلَنْ يغضَبَ بعدَهُ مثلَهُ و ذكَرَ كَذَباتِهِ نَفْسِي نَفْسِي، اذهبوا إلى غيري اذهبوا إلى موسى فيأتونَ موسى فيقولونَ : ياموسى اشفع لنا إلى ربِّكَ ألا تَرى إِلى ما نَحْنُ فيه أَلَا تَرى مَا قَدْ بَلَغَنا ؟ فيقولُ لهم مُوسى : إِنَّ ربِّي قدْ غضِبَ اليومَ غضبًا لَمْ يغضبْ قبلَهُ مَثْلَهُ وإِنى قَتَلْتُ نفْسًا لَمْ أُومَرْ بقتلِها نَفْسِي نَفْسِي، اذهبوا إلى غيري اذهبوا إلى عيسى فيأتونَ عيسى فيقولونَ : يا عيسى أنتَ رسولُ اللهِ كلَّمْتَ الناسَ في المهْدِ وكَلِمَتُهُ ألقاها إلى مريمَ و روحٌ منه اشفعْ لنا إلى ربِّكَ ألا تَرى ما نحنُ يه ألا تَرى ما قد بلَغَنا ؟ فيقولُ لهم عيسى : إِنَّ ربي قَدْ غَضِبَ اليومَ غضبًا لَمْ يغضبْ مثلَهُ قبلَهُ – ولم يذكرْ له ذنبًا – نَفْسِي نَفْسِي، اذهبوا إلى غيري اذهبوا إلى محمدٍ فيأتونَ فيقولونَ : يا محمدُ أنتَ رسولُ اللهِ وخاتَمُ الأنبياءِ قَدْ غفرَ اللهُ لَكَ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذنبِكَ وما تَأَخَرَ اشفع لنا إلى ربِّكَ أما ترى ما نحنُ فيه أَلَا تَرى مَا قَدْ بَلَغَنا ؟ فأنْطَلِقُ حتى آتِىَ تَحْتَ العرْشِ فأقَعُ ساجدًا لِربِّي عزَّ و جلَّ ثُمَّ يَفْتَحُ اللهُ عَلَيَّ مِنْ مَحامِدِهِ وحُسْنِ الثناءِ عليْهِ شيئًا لم يفتحْهُ لِأَحَدٍ مِنْ قَبْلِي ثُمَّ يقولُ : يا محمدُ إرفعْ رَأْسَكَ سَلْ تُعْطَهْ واشفعْ تُشَفَّعْ فأَرْفَعُ رَأْسِى فأقولُ : يا ربِّ أُمَّتِي ثلاثَ مراتٍ فيُقالُ : يامُحَمَّدُ أَدْخِلِ الجنةَ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لَا حِسَابَ عليهِم مِنَ البابِ الأيْمَنِ مِنْ أبوابِ الجنةِ وهم شركاءُ الناسِ فيما سِوى ذَلِكَ مِنَ الأبْوابِ ثُمَّ قال : والذي نفسي بِيَدِهِ إِنَّ ما بينَ المصراعينِ مِنْ مصاريعِ الجنَّةِ كما بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرَ وكما بينَ مَكَةَ وبُصْرَى
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : تخريج كتاب السنة | الصفحة أو الرقم : 811 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط الشيخين | التخريج : أخرجه البخاري (4712)، ومسلم (194)
Ketika di Padang Mahsyar, orang-orang datang kepada Nabi Nuh dan berkata, “Ya Nuh, engkau rasul pertama yang Allah utus kepada penghuni bumi.”
Kenapa? Apa gerangan yang menjadikan Allah mengutus Nabi Nuh? Kerana ketika itu telah terjadi kesyirikan. Jadi, kesyirikan di zaman Nabi Nuh adalah menyembah selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apa sebabnya? Sebabnya adalah penghormatan terhadap orang-orang saleh. Allah berfirman dalam surah Nuh,
وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا
وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا
Kaum Nabi Nuh, melakukan makar yang besar. Mereka berkata lagi, Jangan sekali-kali kalian meninggalkan sembahan-sembahan kalian, jangan tinggalkan Tuhan-Tuhan kalian, jangan tinggalkan Wadd, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq, dan Nasr (Nuh 22-23).
Siapakah lima orang ini?
Wadd, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq, dan Nasr adalah sesembahan yang disembah selain Allah di zaman Nabi Nuh. Gara-gara adanya kesyirikan ini, maka Allah mengutus rasul yang pertama. Sebelumnya, hanya terjadi kemaksiatan seperti pembunuhan, tapi Allah tidak mengutus rasul.
Namun, ketika situasi menjadi sangat mendesak dengan terjadinya kesyirikan, barulah Allah mengutus Nabi Nuh alaihissalam. Sebab utama kesyirikan ini adalah penghormatan terhadap orang-orang saleh.
Ibnu Abbas berkata dalam Shahih Bukhari,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عنْهمَا: صَارَتِ الأوْثَانُ الَّتي كَانَتْ في قَوْمِ نُوحٍ في العَرَبِ بَعْدُ؛ أمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بدَوْمَةِ الجَنْدَلِ، وأَمَّا
سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ، وأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ، ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بالجَوْفِ عِنْدَ سَبَأٍ، وأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ، وأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الكَلَاعِ، أسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِن قَوْمِ نُوحٍ، فَلَمَّا هَلَكُوا أوْحَى الشَّيْطَانُ إلى قَوْمِهِمْ: أنِ انْصِبُوا إلى مَجَالِسِهِمُ الَّتي كَانُوا يَجْلِسُونَ أنْصَابًا، وسَمُّوهَا بأَسْمَائِهِمْ، فَفَعَلُوا، فَلَمْ تُعْبَدْ، حتَّى إذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وتَنَسَّخَ العِلْمُ عُبِدَتْ.
الراوي : عطاء بن أبي رباح | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 4920 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Kata Ibnu Abbas, Ini adalah nama-nama orang saleh dari kaum Nabi Nuh. Ketika orang-orang saleh ini meninggal dunia, syaitan datang dan membisikkan kepada kaumnya untuk membuat patung-patung mereka dan jangan lupa kasih nama patung-patung tersebut dengan nama-nama mereka. Tujuannya adalah untuk mengenang sebagai penghargaan dan motivasi.
Kemudian, kata Ibnu Abbas, ketika generasi yang pernah membangun patung tersebut sudah meninggal semua dan ilmu telah dilupakan, patung-patung ini mulai disembah.
Perhatikan, Ibnu Abbas menjelaskan bahawa syaitan dalam menjerumuskan manusia ke dalam kesyirikan punya tahapan-tahapan.
Pertama, ketika lima orang saleh ini wafat, syaitan menyuruh untuk (1) membuat patung-patung mereka di lokasi biasa mereka beribadah dan bermajlis. Syaitan tidak langsung menyuruh menyembah mereka. Kerana masih ada ilmu ketika itu, syaitan bertahap dan punya rencana jangka panjang.
Pertama, syaitan menyuruh mereka untuk membuat patung di majlis mereka, tempat biasa mereka menuntut ilmu atau mengajarkan ilmu. Disebutkan oleh ulama tujuannya adalah untuk motivasi, mengenang jasa-jasa mereka, dan menghargai orang-orang saleh tersebut.
Setelah itu, syaitan menunggu hingga (2) generasi yang membangun patung tersebut meninggal dunia. Generasi yang tahu bahawa patung-patung itu bukan untuk diibadahi, tetapi untuk kenangan, akhirnya hilang. Ketika (3) ilmu sudah dilupakan, barulah syaitan menyuruh manusia untuk (4) menyembah patung-patung tersebut.
Makanya, kita melihat bagaimana syaitan menunggu lama. Kika kita asumsikan setiap generasi adalah 1000 tahun, maka syaitan menunggu lebih dari 1000 tahun. Jadi, tidak langsung syaitan menyuruh beribadah kepada patung-patung tersebut, tetapi melalui tahapan-tahapan yang bertahap.
Awalnya, membuat patung untuk mengenang jasa orang-orang saleh, kemudian syaitan menunggu hingga generasi yang tahu tujuan patung tersebut hilang, dan akhirnya syaitan berhasil menjerumuskan manusia ke dalam kesyirikan.
Kemudian, syaitan menunggu lagi hingga ilmu hilang. Manusia mulai melupakan ilmu tentang tauhid dan bahaya kesyirikan. Barulah syaitan menyuruh agar orang-orang saleh tersebut disembah. Akhirnya, disembahlah mereka.
Ini semua, ikhwan dan akhwat para dokter yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, adalah sebab terjadinya kesyirikan. Kesyirikan pertama di bumi adalah al-Ghuluw fis Sholihin, yaitu penghormatan terhadap orang-orang saleh. Penghormatan ini adalah asal dari kesyirikan di alam semesta. Ibnu Hajar mengatakan bahawa inilah penyakit yang menjadi asal dari kesyirikan. Kebanyakan kesyirikan terjadi kerana penghormatan terhadap orang-orang saleh.
Kita mahu buktikan bahawa asal kesyirikan adalah penghormatan terhadap orang-orang saleh.
Contoh kesyirikan zaman dahulu, siapa yang disembah? Banyak. Kita boleh ambil satu contoh, iaitu Siddhartha Gautama.
Kita tahu bahawa Siddhartha Gautama tidak pernah mengaku sebagai Tuhan. Jika kita membaca literatur, dia tidak pernah mengaku sebagai Tuhan, dan dia juga tidak pernah mencipta apa-apa. Dia muncul kerana ketidaksetujuannya dengan adanya sistem kasta dalam agama Hindu, di mana terdapat beberapa kasta seperti Brahmana, Ksatria, Waisya, dan Sudra. Hal ini tidak logis bagi dia.
Oleh itu, dia meninggalkan dunia, mungkin berasal dari golongan bangsawan, lalu pergi ke hutan dan melakukan ritual-ritual untuk menjauhkan diri daripada kehidupan duniawi. Dia adalah orang yang bijak, memiliki akhlak yang mulia, dan mensucikan dirinya untuk mencapai darjat nirwana. Namun, intinya dia tidak pernah mengaku sebagai Tuhan, tidak pernah mencipta burung, hewan, atau apa pun. Ketika dia meninggal, lama-kelamaan dia disembah.
Mungkin pada masa hidupnya, dia belum disembah, tetapi setelah dia meninggal, orang mula menghormatkannya secara berlebihan hingga akhirnya dia disembah. Sekarang, entah berapa banyak, jutaan atau bahkan miliaran orang yang menyembah Siddhartha Gautama, padahal dia hanyalah manusia biasa yang tidak pernah mengaku sebagai Tuhan.
Contoh yang lain adalah Konghuchu atau Konfusius. Sama halnya, dia adalah seorang yang bijak, tetapi orang-orang berlebihan terhadapnya hingga akhirnya mereka menyembah Konghuchu.
Contoh lain adalah kaum Yahudi yang berlebihan kepada Uzair.
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Yahudi berkata bahawa Uzair adalah putra Allah. (at-Taubah 30).
Ini adalah sikap berlebihan. Entah apakah mereka menyembah Uzair atau tidak, ada kemungkinan mereka menyembah Uzair, tetapi intinya mereka mengangkat Uzair sebagai putra Allah. Pernyataan seperti itu saja sudah mengangkat Uzair ke kedudukan sebagai Tuhan, dan ini tentunya tidak diperbolehkan.
Contoh lain adalah Nabi Isa bin Maryam alaihissalam. Nabi Isa dan ibunya, Maryam, juga dihormatkan secara berlebihan. Allah berfirman dalam Al-Quran, bahawa pada hari kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan Nabi Isa dengan para pengikutnya dan bertanya,
وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ مِن دُونِ اللَّهِ ۖ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ ۚ إِن كُنتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ ۚ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ ۚ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Apakah engkau perintahkan kepada manusia untuk menjadikan engkau dan ibumu sebagai tuhan-tuhan selain Allah? (al-Maidah 116).
Nabi Isa akan menjawab, Tidak pernah, Aku tidak berkata kepada mereka kecuali apa yang hak (al-Maidah 116).
Nabi Isa juga akan berkata,
مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۚ وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ ۖ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Aku menjadi saksi atas mereka selama aku berada di antara mereka. Namun setelah Engkau mengangkat aku, Engkaulah yang mengawasi mereka (al-Maidah 117).
Nabi Isa tidak tahu apa yang dilakukan oleh pengikutnya.
Nabi Isa dan Maryam hanyalah manusia biasa, dan mereka tidak pernah mengaku sebagai Tuhan. Untuk membantah orang-orang Nasrani, Allah memberikan satu pernyataan sederhana:
مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآيَاتِ ثُمَّ انظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Bahawa Nabi Isa dan Maryam makan makanan (al-Maidah 75). Ini menunjukkan sifat-sifat manusia biasa, bukan tuhan. Tuhan tidak membutuhkan makanan atau apa-apa dari selain-Nya.
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Adapun Nabi Isa dan Maryam makan makanan. Jelas sekali mereka memiliki sifat-sifat manusia yang sangat mudah difahami. Sedangkan Allah memberi makan dan Dia tidak diberi makan (al-An’am 14).
Mereka berdua, wanita solehah dan lelaki soleh, seorang nabi yang sangat mulia, diangkat kemudian pada darjat ketuhanan oleh sebahagian orang.
Bila Nabi Isa diangkat ke darjat ketuhanan? Ketika dia dihormatkan. Ketika dia diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, Maryam juga mendapat penghormatan berlebihan dari orang-orang yang kemudian mengangkatnya mencapai darjat ketuhanan setelah mereka meninggal.
Di antara yang juga terjadi adalah penghormatan terhadap rahib-rahib dan pendeta-pendeta. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai sembahan selain Allah, begitu juga Al-Masih sebagai sembahan selain Allah (at-Taubah 31).
Di antara bentuk penghormatan mereka terhadap para pendeta dan rahib adalah dalam masalah penghalalan dan pengharaman. Mereka tidak menganggap rahib sebagai putra Allah atau anak Tuhan, tetapi dalam konteks penghalalan dan pengharaman, mereka tunduk kepada rahib dan pendeta.
Oleh sebab itu, ketika turun ayat ini, Adi bin Hatim berkata,
فالحديث قد أخرجه الترمذي في سننه قال: حدثنا الحسين بن يزيد الكوفي، قال: حدثنا عبد السلام بن حرب، عن غطيف بن أعين، عن مصعب بن سعد، عن عدي بن حاتم، قال: أتيت النبي -صلى الله عليه وسلم- وفي عنقي صليب من ذهب. فقال: يا عدي اطرح عنك هذا الوثن، وسمعته يقرأ في سورة براءة: {اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله}. قال: أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم، ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئًا استحلوه، وإذا حرموا عليهم شيئًا حرموه.
وأخرجه الطبري بلفظ: عن مصعب بن سعد، عن عدي بن حاتم، قال: أتيت رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- وفي عُنُقي صليبٌ من ذهب، فقال: يا عديّ، اطرح هذا الوثنَ من عنقك! قال: فطرحته، وانتهيت إليه وهو يقرأ في “سورة براءة”، فقرأ هذه الآية: (اتخذوا أحبارهم ورُهبانهم أربابًا من دون الله). قال: قلت: يا رسول الله، إنا لسنا نعبدُهم! فقال: أليس يحرِّمون ما أحلَّ الله فتحرِّمونه، ويحلُّون ما حرَّم الله فتحلُّونه؟ قال: قلت: بلى! قال: فتلك عبادتهم!.
“Ya Rasulullah, kami tidak menyembah rahib-rahib.” Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Bukankah tatkala mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, kalian ikut-ikutan menghalalkan? Dan sebaliknya, bukankah ketika mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan, kalian ikut-ikutan mengharamkan?” Adi bin Hatim menjawab, “Ya, Wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Itulah bentuk ibadah kepada rahib-rahib dan pendeta dalam konteks penghalalan dan pengharaman.“
Ini adalah contoh-contoh kesyirikan terdahulu. Jika kita perhatikan, semuanya kembali kepada penghormatan terhadap orang-orang saleh.
Di antaranya juga adalah Latta. Kata Allah SWT dalam Surah an-Najm ayat 19:
أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّىٰ
Kata Ibnu Abbas, Latta dulu adalah orang yang baik, dia suka membagi-bagikan makanan kepada jamaah haji secara percuma. Tatkala dia meninggal dunia, maka dibangunlah patung di atas kuburnya dan akhirnya disembah.
Jadi, jika kita berbicara tentang sejarah kesyirikan, semuanya berputar asalnya pada penghormatan terhadap orang-orang saleh. Maka, Allah mengatakan di akhir kitab,
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ
Wahai Ahlul Kitab, janganlah kalian berlebih-lebihan dalam agama kalian, jangan kalian berbicara tentang Allah kecuali yang benar (an-Nisa’ 171). Allah tidak punya anak, Nabi Isa bukanlah anak Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Inilah sebab-sebab kesyirikan terdahulu. Jika kita perhatikan rata-rata, kesyirikan terjadi gara-gara penghormatan terhadap orang-orang saleh.
Bagaimana dengan kesyirikan sekarang?
Kesyirikan sekarang juga tidak jauh berbeda. Sebelum itu, saya ingin mengajak antum berpikir. Mereka yang menyembah Siddhartha Gautama, entah berapa ratus juta atau mungkin miliaran, yang menyembah Konghucu, entah berapa banyak, saya juga tidak tahu. Mereka yang menyembah Isa bin Maryam, jelas sekali miliaran, dan mereka yang menjadikan Maryam sebagai sembahan.
Di antara mereka, mungkin ada yang menuruti rahib-rahib dan pendeta-pendeta dalam penghalalan dan pengharaman. Latta mungkin sudah tidak ada, tetapi dahulu di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam banyak. Namun, lihatlah, bagaimana miliaran orang terjebak dalam penghormatan terhadap orang-orang saleh sehingga akhirnya mereka terjatuh dalam kesyirikan.
Kesyirikan sekarang juga tidak jauh beda dengan apa yang kita lihat. Di antara mereka seperti orang-orang Rafidhah yang menghormatkan Ali bin Abi Thalib dan Husain. Betapa sering kita dengar di Ka’bah, mereka mengatakan, “Labbaik ya Husain, labbaik,” atau “Maddad, al-Maddad ya Husain,” memohon pertolongan dari Husain. Bahkan ada klip video ketika seseorang dalam pesawat dalam keadaan sulit, dia berteriak, “Ya Ali, ya Ali.” Bukan “Ya Allah,” tetapi “Ya Ali, ya Ali.” Ini sangat menyedihkan.
Kemudian, apa namanya, peribahatan penghormatan terhadap wali-wali, terutama terhadap mayat-mayat wali-wali yang sudah meninggal, pernah kita sampaikan dalam pengajian syarah Al-Qawaid al-Arba.
Di antara kaedah yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam kaedah yang keempat dari Al-Qawaid al-Arba, beliau mengatakan bahawa sebahagian orang musyrikin zaman sekarang lebih parah daripada kaum musyrikin di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dari mana sisi tersebut? Dari sisi bahawa orang-orang musyrikin zaman dahulu, dalam keadaan genting, mereka meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan, mereka bertauhid dan ikhlas berdoa kepada Allah.
فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ
Ketika mereka dalam keadaan genting di lautan, mereka Ikhlas berdoa kepada Allah. Namun, tatkala mereka diselamatkan di daratan, mereka kembali syirik (al-Ankabut 65).
Ini menjadi perhatian kita, dan ayat ini disebutkan dalam banyak tempat. Ada beberapa ayat yang saya sebutkan dalam syarah Al-Qawaid al-Arba, di antaranya tadi, dalam keadaan genting, mereka meminta kepada Allah.
Lihatlah bagaimana Abu Jahal dalam Perang Badar, kepada siapa dia berdoa? Dia berdoa kepada Allah. Allah turunkan firman-Nya,
إِن تَسْتَفْتِحُوا فَقَدْ جَاءَكُمُ الْفَتْحُ ۖ وَإِن تَنتَهُوا فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَإِن تَعُودُوا نَعُدْ وَلَن تُغْنِيَ عَنكُمْ فِئَتُكُمْ شَيْئًا وَلَوْ كَثُرَتْ وَأَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ
Kalau kalian mintak keputusan, Maka Allah telah beri keputusan (al-Anfal 19).
Lihat dalam buku tafsir bagaimana Abu Jahal berdoa Ketika di perang Badar, pimpinan orang-orang musyrikin, berdoa,
واستفتح أبو جهل في ذلك اليوم ، فقال : اللهم أقطعنا للرحم ، وآتانا بما لا نعرفه فأحنه الغداة ، اللهم أينا كان أحب إليك ، وأرضى عندك ، فانصره اليوم ، فأنزل الله عز وجل : ( إن تستفتحوا فقد جاءكم الفتح وإن تنتهوا فهو خير لكم وإن تعودوا نعد ولن تغني عنكم فئتكم شيئا ولو كثرت وأن الله مع المؤمنين ) [ الأنفال : 19 ]
أبو جهل بن هشام فقال : ” اللهم أينا كان أفجر لك وأقطع للرحم ، فأحنه اليوم ! ” يعني محمدا عليه الصلاة والسلام ونفسه . قال الله عز وجل : ( إن تستفتحوا فقد جاءكم الفتح ) ، فضربه ابنا عفراء : عوف ومعوذ ، وأجهز عليه ابن مسعود
“Ya Allah, siapa di antara kami—aku atau Muhammad—yang paling memutuskan silaturahmi dan datang dengan perkara yang kami tidak kenali sebelumnya, maka hancurkanlah dia hari ini.”
Dan ternyata Allah mengabulkan doanya. Kata Allah, intastaftihu—kalau kamu ingin keputusan, maka telah datang keputusan. Abu Jahal dibinasakan oleh Allah. Tetapi, yang ingin saya sampaikan adalah bahawa Abu Jahal dalam keadaan demikian pun tetap meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Itulah kebiasaan orang jahiliyah.
Ternyata, ada sebahagian orang-orang di zaman sekarang yang, dalam keadaan genting, justru melakukan kesyirikan. Saya akan sebutkan empat ulama yang menyebutkan hal ini dari negeri-negeri yang berbeda-beda.
Pertama, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab Rahimahullahu Ta’ala, yang tinggal di Najd. Kalau kita baca sejarah bagaimana beliau berdakwah, dahulu di kampung beliau ada kubur yang dikenal sebagai kubur Zaid bin Khattab, saudaranya Umar bin Khattab, yang, jika tidak salah, mati syahid dalam Perang Yamamah.
Orang-orang dalam keadaan genting pergi ke kubur tersebut, meminta kepada Zaid bin Khattab. Berbulan-bulan, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pergi ke kubur tersebut sambil berkata, “Allah lebih baik daripada Zaid.” Beliau berusaha agar mereka berpikir, “Allah lebih baik daripada Zaid, maka mintalah kepada Allah.” Namun, mereka tetap meminta kepada kubur Zaid bin Khattab. Maka, Syeikh Muhammad menyebutkan bahawa sebahagian orang-orang di zaman sekarang, kesyirikannya lebih parah daripada kesyirikan orang-orang terdahulu. Ini adalah pendapat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
Sekarang, kita berpindah kepada seorang ulama lain, namanya Al-Alusi, seorang ahli tafsir yang terkenal dengan buku tafsirnya, Ruhul Ma’ani. Beliau berasal dari keluarga ahlul bait.
Dalam tafsirnya, beliau menulis bahawa ketika dia masih kecil, sebahagian dai atau syeikh pernah berkata kepadanya, “Wahai Fulan, ketika kau dalam keadaan genting, jangan minta langsung kepada Allah. Jika kau minta langsung kepada Allah, Allah tidak akan peduli padamu. Tetapi, mintalah kepada wali-wali. Jika kau minta kepada wali-wali, mereka akan memberi perhatian padamu, dan kau akan diselamatkan.”
Al-Alusi, yang merupakan ahlul bait, merasa sangat terkejut mendengar perkara ini. Bayangkan, dalam keadaan genting, dia diajarkan untuk tidak meminta langsung kepada Allah, kerana dikatakan Allah tidak akan peduli dengan dia. Ini adalah pemikiran yang sangat buruk terhadap Allah. Siapa kamu untuk didengar oleh Allah? Supaya didengar, minta melalui wali-wali. Ini adalah ajaran yang sangat berbahaya.
Al-Alusi, yang merupakan ulama dari Irak, menceritakan bahawa di zaman dia, pemikiran seperti ini masih ada di kalangan sebahagian dai dan syeikh. Dia menyebutkan hal ini dalam tafsirnya, dan ini menunjukkan bahawa ajaran kesyirikan seperti ini tersebar di berbagai tempat, bahkan di Irak.
Contoh lagi, perkataan As-Syaukani, Al-Imam Syaukani dalam tafsirnya, Fathul Qadir. Al-Imam Syaukani, ulama Yaman, membahas dengan pernyataan yang sama ketika menafsirkan ayat tentang bagaimana orang-orang musyrikin dahulu, ketika dalam keadaan terdesak, mereka meminta kepada Allah dan melupakan kesyirikan mereka.
Beliau mengatakan bahawa sebahagian orang zaman sekarang, dalam keadaan genting, malah meminta kepada mayat-mayat. Beliau menyatakan demikian kerana keyakinan mereka terhadap mayat-mayat tersebut menjadikan mereka parah seperti ini. Beliau juga menyebutkan bahawa khabar ini sampai kepadanya dengan khabar yang mutawatir, artinya banyak orang yang melakukan demikian.
Al-Syaukani, yang merupakan ulama Yaman, bercerita tentang keadaan penduduk di Yaman.
Yang terakhir adalah Muhammad Al-Amin Ash-Shinqiti, yang memiliki buku tafsir Adwa’ul Bayan dari Mauritania. Beliau juga menyampaikan hal yang sama, bahawa ada sebahagian orang zaman sekarang, dalam keadaan genting, justru meminta-minta kepada wali-wali, bahkan tidak meminta kepada Allah.
Ini adalah ulama dari empat tempat yang berbeda: Muhammad bin Abdul Wahab dari Najd, Saudi; Al-Alusi dari Iraq; Al-Syaukani dari Yaman; dan Muhammad Al-Amin Ash-Shinqiti dari Mauritania. Namun, mereka semua sepakat bahawa ada sekelompok orang yang, dalam keadaan genting, justru meminta-minta kepada selain Allah, menganggap wali-wali sebagai tempat pertolongan mereka. Mereka akhirnya terjerumus dalam kesyirikan gara-gara penghormatan terhadap orang-orang yang saleh. Maka, sebab utama terjadinya kesyirikan adalah penghormatan.
Saya akan bacakan satu klip video yang bagus tentang bagaimana orang-orang yang disembah di zaman sekarang. Tolong dengarkan, dan ini saya dapatkan dalam satu klip yang saya ringkaskan. Saya bacakan, ya.
Orang-orang zaman sekarang yang disembah oleh sebahagian orang, gara-gara penghormatan, masih berlaku. Berikut beberapa individu zaman moden yang telah dijadikan sembahan oleh sebahagian manusia. Ini ada videonya, ya. Mudah-mudahan nanti boleh di-share oleh kameramen saya di Facebook. Nanti boleh dilihat.
Pertama, yang disembah di zaman sekarang adalah Mahatma Gandhi. Penyembahan dan pemujaan terhadap Mahatma Gandhi, yang asalnya hanya merupakan tokoh gerakan kemerdekaan bagi negara India, terjadi di beberapa tempat di negara tersebut. Di antaranya seperti di Odisha, salah satu negara bagian di India. Di sana terdapat dua kuil yang mempunyai patung Mahatma Gandhi yang disembah. Intinya, Mahatma Gandhi disembah di India.
Yang kedua, yang disembah adalah Bunda Teresa. Bunda Teresa merupakan seorang biarawati Katolik yang terkenal dengan kegiatan-kegiatan sosial dan kemanusiaannya di India sejak awal kemerdekaan negara tersebut. Teresa diangkat sebagai sembahan oleh sebahagian penganut Hindu di Kota Kolkata, Benggala Barat, India. Teresa dianggap oleh mereka sebagai salah satu dewi di Kota Kolkata. Selain itu, patungnya juga diletakkan bersama dengan patung-patung dewi Hindu yang lain dalam festival Durga Puja, di mana festival tersebut merupakan festival khusus pemujaan terhadap dewi-dewi Hindu.
Yang ketiga, yang disembah zaman sekarang adalah José Rizal. José Rizal merupakan salah satu tokoh nasionalisme Filipina. Kedudukan José Rizal telah diangkat dengan luar biasa oleh sebahagian penduduk Filipina hingga mencapai darjat Tuhan. Golongan yang fanatik dengan José Rizal ini telah mewujudkan gerakan agama baru yang dinamakan dengan Rizalista, dengan menggabungkan elemen-elemen agama Kristian Katolik dengan kepercayaan-kepercayaan mereka terhadap José Rizal. Pada hari ini, sistem kepercayaan Rizalista ini bertebaran di seluruh Filipina, dan penganutnya mempunyai gereja-gereja tersendiri.
Di antara yang disembah masih hidup adalah Narendra Modi, Perdana Menteri India. Ada juga yang membuat patungnya kemudian disembah.
Kemudian, di antaranya adalah Haile Selassie. Haile Selassie merupakan seorang raja dari negara Ethiopia yang diangkat dan dipuja menjadi Tuhan oleh orang berkulit hitam di Jamaika. Ini mungkin Tuhan berkulit hitam. Golongan yang menyembah adalah penganut Rastafari yang memimpikan pembebasan dari belenggu penindasan orang kulit putih. Ini juga disembah.
Sampai Diego Maradona juga disembah, ada patungnya.
Amitabh Bachchan juga. Ada beberapa orang, ya. Nanti boleh antum lihat. Insya Allah, ada videonya. Boleh dilihat bagaimana ternyata penghormatan terhadap orang-orang yang dianggap baik itu akhirnya disembah. Ini masih terjadi sampai zaman sekarang. Kalau di dunia Islam, rata-rata penyembahan terhadap wali-wali yang sudah meninggal dunia.
Sekarang, kita bicara tentang bagaimana usaha Nabi menutup celah-celah ini untuk mencegah penghormatan terhadap dirinya. Banyak usaha Nabi shallallahu alaihi wasallam.
Di antaranya, Nabi melarang pujian berlebihan terhadap dirinya. Kata Nabi SAW:
لا تطرُوني كما أطرتِ النصارَى ابنَ مريمَ إنما أنا عبدٌ فقولوا عبدُ اللهِ ورسولُه
الراوي : [عمر بن الخطاب] | المحدث : ابن باز | المصدر : مجموع فتاوى ابن باز | الصفحة أو الرقم : 405/2 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Janganlah kalian berlebih-lebihan memujiku sebagaimana Nasara berlebih-lebihan memuji Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah hamba Allah dan Rasul-Nya
Sebagai contoh, di zaman Nabi, ada yang berkata,
جاء رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فدخَل علَيَّ صبيحةَ عُرْسي فجلَس على فراشي كمجلسِك منِّي فجعَلَتْ جُوَيْريَاتٍ لنا يضرِبْنَ بدُفٍّ لهنَّ ويندُبْنَ مَن قُتِل مِن آبائي يومَ بدرٍ إلى أنْ قالت إحداهنَّ: وفينا نبيٌّ يعلَمُ ما في غدِ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: ( دعي هذا وقُولي ما كُنْتِ تقولينَ )
الراوي : الربيع بنت معوذ بن عفراء | المحدث : ابن حبان | المصدر : صحيح ابن حبان | الصفحة أو الرقم : 5878 | خلاصة حكم المحدث : أخرجه في صحيحه
Di antara kami ada Nabi yang tahu tentang apa yang terjadi besok hari. Nabi menegur. Tidak boleh mengucapkan demikian. Ini adalah kaedah Nabi tegur.
Di zaman sekarang, ada juga syair yang berlebih-lebihan, yang khawatirnya mengarah kepada kesyirikan. Sebaiknya dijauhi, seperti perkataan Al-Busiri dalam sebuah syairnya yang berbunyi,
فَإِنَّ مِنْ جُودِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتَهَا *** وَمِنْ عُلُومِكَ عِلْمُ اللَّوْحِ وَالقَلَمِ
“Sesungguhnya di antara kedermawananmu adalah dunia dan akhirat.” Ini dikritik oleh para ulama, kerana bagaimana mungkin dunia dan akhirat itu dari kedermawanan Nabi? Zahirnya, ini tidak benar. Mungkin ada yang ingin menakwilkan bahawa maksudnya begini atau begitu, tetapi zahirnya tetap salah.
Di antara kedermawanan Anda, wahai Rasulullah, adalah dunia dan akhirat? Akhirat itu dari Nabi atau dari Allah?
“Dan daripada Ilmumu adalah ilmu Lauhil Mahfuz dan Qalam (Pena).” Sedangkan Nabi SAW tidak tahu ilmu ghaib kecuali yang dikhabarkan oleh Allah yang hanya sedikit.
Allah berfirman,
قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Katakanlah wahai Rasulullah, kalau aku tahu ilmu ghaib, aku akan perbanyak berbuat kebaikan dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan (al-A’raf 188).
Seluruh Nabi tidak tahu ilmu ghaib. Nabi Nuh, ketika kaumnya menyuruhnya untuk mengakui ilmu ghaib, dia berkata,
وَلَا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ وَلَا أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزْدَرِي أَعْيُنُكُمْ لَن يُؤْتِيَهُمُ اللَّهُ خَيْرًا ۖ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا فِي أَنفُسِهِمْ ۖ إِنِّي إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Aku tidak tahu ilmu ghaib (Hud 31). Ilmu ghaib hanyalah hak Allah subhanahu wa ta’ala.
Maka, Nabi melarang dirinya dipuji berlebihan. Tadi kita sebutkan di antaranya, Nabi menegur orang yang menyatakan beliau tahu apa yang terjadi besok. Nabi menegur. Di antaranya, Nabi menegur orang-orang yang mengatakan atas kehendak Allah dan kehendakmu.
Nabi shallallahu alaihi wasallam menegur orang yang menyatakan demikian, kerana seolah-olah kehendak Nabi disamakan dengan kehendak Allah. Nabi berkata, “Apakah engkau menjadikan aku tandingan bagi Allah?“
عن النبيِّ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أنه قالَ لرجلٍ قالَ له ما شاءَ اللهُ وشئتَ : أجعلتني للهِ ندًا ؟ قلْ : ما شاءَ اللهُ وحدَه
الراوي : – | المحدث : ابن القيم | المصدر : مدارج السالكين | الصفحة أو الرقم : 1/602 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Contoh lainnya, Nabi shallallahu alaihi wasallam tidak suka jika sahabat berdiri untuk menghormatinya. Anas bin Malik berkata,
ما كان شَخْصٌ أحبَّ إليهِمْ رُؤْيَةً مِنَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ، وكَانُوا إذا رَأوْهُ لمْ يَقُومُوا إليهِ لِما يَعْلَمُونَ من كَرَاهيَتِه لِذلكَ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الأدب المفرد | الصفحة أو الرقم : 724 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه الترمذي (2754)، وأحمد (12345)، والبخاري في ((الأدب المفرد)) (946) واللفظ له
Tidak ada seorangpun yang paling dicintai oleh sahabat seperti Nabi SAW. Mereka sangat mencintai Nabi lebih daripada orang tua mereka, lebih daripada diri mereka sendiri.
Ya, mereka sangat cinta kepada Nabi. Namun, kata Anas, jika mereka melihat Nabi datang, mereka tidak berdiri kerana mereka tahu bahawa Nabi tidak suka dengan hal tersebut. Nabi tidak suka, bahkan bersabda,
من أحبَّ أن يتمثَّلَ له النَّاسُ قيامًا ، فليتبوَّأْ مقعدَه من النَّارِ
الراوي : معاوية بن أبي سفيان | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة | الصفحة أو الرقم : 357 | خلاصة حكم المحدث : صحيح على شرط الشيخين | التخريج : أخرجه أبو داود (5229)، والترمذي (2755)، وأحمد (16830) باختلاف يسير
Yang bermaksud, “Siapa yang suka orang berdiri menghormati dia, siapkan tempatnya di neraka.”
Nabi yang bersabda demikian, maka jika seseorang ingin dihormati dengan cara orang berdiri ketika dia lewat, Nabi berkata agar dia bersiap tempatnya di neraka. Oleh itu, Nabi tidak suka jika orang berdiri menyambutnya, kecuali jika mereka datang untuk bersalam-salaman. Namun, jika berdiri hanya kerana Nabi lewat, maka Nabi tidak suka.
Di antara kesalahan yang terjadi pada zaman sekarang adalah ketika sebahagian saudara kita melaksanakan praktis Maulid, di mana mereka meyakini Nabi hadir dalam acara mereka. Hal ini diingatkan oleh Imam Syaukani dalam kitabnya Risalah fil Maulid dan Risalah Fihukmil Maulid. Imam Syaukani, yang dikenal sebagai ulama dari Yaman, menulis banyak buku, termasuk Nailul Authar dan Fathul Qadir.
Beliau mengatakan bahawa di antara kesalahan orang yang melaksanakan Maulid adalah mereka meyakini bahawa Nabi hadir dalam acara mereka. Padahal, Nabi tidak pernah keluar dari kuburnya kecuali pada hari kiamat. Nabi tidak pernah keluar dari kuburnya untuk bertemu Abu Bakar, Umar, isterinya yang beliau cintai, atau Fatimah. Namun, orang-orang sekarang meyakini bahawa Nabi keluar untuk menghadiri acara Maulid. Ini adalah salah satu kesalahan.
Kesalahan kedua adalah mereka berdiri dengan anggapan bahawa Nabi datang, kemudian mereka membaca Thola’al Badru ‘Alaina. Padahal, ketika Nabi masih hidup, beliau tidak suka diperlakukan seperti itu, apalagi sekarang setelah Nabi wafat. Mereka menganggap Nabi datang dan Nabi tidak suka. Ya, kita cinta kepada Nabi, tetapi kita harus mengikuti aturan Nabi shallallahu alaihi wasallam. Kita tidak boleh mengekspresikan cinta kita kepada Nabi dengan sekehendak hati.
Para sahabat, walaupun mereka sangat cinta kepada Nabi, tetap mengikuti apa yang Nabi suka dan tidak suka. Anas mengatakan bahawa mereka sangat cinta kepada Nabi, tetapi mereka tidak berdiri jika Nabi datang kerana Nabi tidak suka. Maka, ikutilah cara Nabi untuk menghindari adanya penghormatan.
Di antaranya juga, Nabi shallallahu alaihi wasallam menegur sebahagian sahabat yang memuji Nabi di hadapan beliau. Ada sebahagian sahabat yang datang kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam dan berkata,
انطَلَقتُ في وَفدِ بني عامرٍ إلى النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فقُلْنا: أنتَ سيِّدُنا. قال: السيِّدُ اللهُ تبارَكَ وتعالى. قُلْنا: وأفضَلُنا وأعظَمُنا طَوْلًا. قال: قولوا بقَولِكم، أو بعضِ قَولِكم، ولا يَسْتَجرِيَنَّكم الشَّيطانُ -وفي روايةٍ: لا يَسْتهوِينَّكم الشَّيطانُ- أنا محمَّدُ بنُ عبدِ اللهِ، عبدُ اللهِ ورسولُه، ما أُحِبُّ أنْ تَرفَعوني فوقَ منزِلَتي التي أنزَلَني اللهُ عزَّ وجلَّ.
الراوي : عبدالله بن الشخير | المحدث : الشوكاني | المصدر : إخلاص كلمة التوحيد | الصفحة أو الرقم : 64 | خلاصة حكم المحدث : إسناده جيد | التخريج : أخرجه أبو داود (4806) واللفظ له، والنسائي في ((السنن الكبرى)) (10074)، وأحمد (16359) باختلاف يسير والرواية: أخرجها أحمد (12573) واللفظ له، والنسائي في ((السنن الكبرى)) (10078) من حديث أنس بن مالك رضي الله عنه
Yang bermaksud, “Wahai Rasulullah, engkau adalah pemimpin kami, engkau adalah yang terbaik dan paling agung di antara kami.”
Namun, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata, “Pemimpin yang sebenarnya adalah Allah.” Nabi berkata demikian agar sahabat tidak tergelincir oleh syaitan dengan pujian berlebihan yang akhirnya boleh membawa kepada penghormatan.
Walaupun Nabi adalah sayyid (pemimpin),
أنا سيدُ ولدِ آدمَ ولا فخر وأنا أولُ من تنشقُّ الأرضُ عنه يومَ القيامةِ ولا فخر وأنا أولُ شافعٍ وأولُ مشفَّعٍ ولا فخر ولواءُ الحمدِ بيدي يومَ القيامةِ ولا فخرَ
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه | الصفحة أو الرقم : 3496 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
dan beliau sendiri berkata bahawa beliau adalah pemimpin seluruh anak Adam pada hari kiamat tanpa rasa sombong, tetapi ketika ada tanda-tanda pujian berlebihan, Nabi segera menegur.
Ini adalah cara Nabi menutup celah agar orang-orang tidak berlebih-lebihan memujinya, sehingga akhirnya menghormatkannya sebagaimana yang terjadi kepada Nabi Isa alaihissalam.
Berikutnya, Nabi juga berwasiat tentang kuburnya. Kita tahu bahawa banyak kesyirikan terjadi kerana penghormatan terhadap orang-orang saleh, terutama setelah mereka meninggal dunia. Maka, Nabi juga mengkhawatirkan hal tersebut.
Di antaranya, Nabi mengisyaratkan agar beliau tidak dikuburkan di perkubur umum. Nabi bersabda, dan ini dipahami oleh Aisyah radhiyallahu anha, sebagaimana dijelaskan dalam Fathul Bari oleh Ibnu Hajar yang menafsirkan perkataan Aisyah. Nabi berkata sebelum meninggal dunia,
لعنةُ اللهِ على اليهودِ والنصارى اتخذوا قبورَ أنبيائِهم مساجدَ ، يُحذِّرُ ما صنعوا
الراوي : – | المحدث : ابن تيمية | المصدر : مجموع الفتاوى | الصفحة أو الرقم : 27/120 | خلاصة حكم المحدث : من الأحاديث المستفيضة في الصحاح والسنن والمسانيد
Yang bermaksud, “Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid tempat ibadah.”
Aisyah kemudian berkata,
قالَ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ في مَرَضِهِ الذي لَمْ يَقُمْ منه: لَعَنَ اللَّهُ اليَهُودَ والنَّصَارَى، اتَّخَذُوا قُبُورَ أنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ قالَتْ: فَلَوْلَا ذَاكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُ، غيرَ أنَّه خُشِيَ أنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا. وفي رِوَايَةِ ابْنِ أبِي شيبَةَ: ولَوْلَا ذَاكَ لَمْ يَذْكُرْ: قالَتْ.
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 529 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح] | التخريج : أخرجه البخاري (4441)، ومسلم (529).
“Kalau bukan kerana hal itu, tentu kubur Nabi sudah dikuburkan di luar sana, bukan dalam rumahnya.”
Hal ini menunjukkan kekhawatiran Aisyah bahawa jika Nabi dikuburkan di luar, orang-orang akan menjadikan kubur beliau sebagai tempat ibadah. Aisyah memahami bahawa salah satu sebab Nabi dikubur di rumahnya adalah untuk mencegah penghormatan terhadap kubur Nabi. Sebab kedua adalah kerana memang Nabi dikuburkan di tempat beliau meninggal dunia. Ini adalah wasiat pertama Nabi.
Yang kedua, Nabi melarang kuburnya dijadikan Eid (perayaan). Nabi bersabda,
لا تجعلوا قبري عيدًا ، ولا تجعلوا بيوتَكم قبورًا ، وصلوا عليَّ وسلِّمُوا حيثُما كنتم ، فسيبلُغُنِي سلامُكم وصلاتُكم
الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الألباني | المصدر : فضل الصلاة | الصفحة أو الرقم : 20 | خلاصة حكم المحدث : صحيح بطرقه وشواهده
Yang bermaksud, “Jangan kau jadikan kuburku sebagai Eid (perayaan),” yakni sesuatu yang dikunjungi secara berulang-ulang. Eid (perayaan) adalah sesuatu yang berulang-ulang, tiap tahun diadakan acara khusus di kubur. Oleh itu, Nabi bersabda bahawa jika kalian ingin bersalawat dan memberikan salam kepadaku, di mana pun kalian berada, akan sampai kepadaku. Tidak perlu datang ke kuburku, kerana Nabi khawatir akan terjadi penghormatan.
Memang dianjurkan, jika sudah berada di Madinah, untuk menziarahi kubur Nabi shallallahu alaihi wasallam, tetapi tidak perlu dilakukan berulang-ulang atau terus-menerus. Bahkan Nabi melarang hal ini. Para sahabat yang tinggal di Madinah pun tidak setiap hari pergi ke kubur Nabi. Mereka hanya pergi ke sana ketika hendak bepergian atau setelah pulang dari perjalanan. Ini menunjukkan kekhawatiran akan penghormatan.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi rahimahullah, beliau menegur orang-orang yang mengusap-usap tubuh mereka ke kubur Nabi shallallahu alaihi wasallam. Meskipun banyak yang melakukannya, hal tersebut tetap tidak dibenarkan kerana berpotensi menyebabkan penghormatan.
Di antaranya juga, Nabi berdoa agar kuburnya tidak dijadikan berhala yang disembah. Nabi bersabda,
اللَّهمَّ لا تَـجْعَلْ قَبْري وَثَنًا، لعَنَ اللهُ قَوْمًا اتَّـخَذوا قُبورَ أَنْبِيائِهم مَساجِدَ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند لشعيب | الصفحة أو الرقم : 7358 | خلاصة حكم المحدث : إسناده قوي | التخريج : أخرجه البخاري (437)، ومسلم (530) بلفظ مقارب دون قوله: “اللَّهمَّ لا تَـجْعَلْ قَبْري وَثَنًا”
yang bermaksud, “Ya Allah, jangan Kau jadikan kuburku berhala yang disembah.” Ibnu Qayyim mengatakan bahawa Allah pun mengabulkan doa Nabi shallallahu alaihi wasallam.
Kubur Nabi sekarang dikelilingi oleh pagar segitiga dan tiga tembok untuk menjaga agar orang tidak boleh solat di dekatnya atau menjadikannya sebagai tempat yang berlebihan dalam penghormatan. Ada petugas-petugas di sana yang menegur jika ada yang meminta-minta kepada Nabi.
Bahkan, saya pernah melihat ada orang yang sujud ke kubur Nabi, dan itu adalah tindakan yang salah. Mereka keluar dari arah kiblat dan kemudian sujud ke arah kubur Nabi. Namun, Nabi telah berdoa, “Ya Allah, jangan Kau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah.” Ini semua mengisyaratkan bahawa Nabi berusaha menutup celah agar tidak ada yang menyembah beliau, shallallahu alaihi wasallam.
Yang terakhir, Nabi sangat berhati-hati terhadap urusan kubur. Sebagai contoh, pada awal Islam, Nabi pernah melarang ziarah kubur kerana khawatir ada orang yang akan menyembah kubur. Nabi bersabda,
كنتُ نهيتُكم عن زيارَةِ القبورِ الأن فزورُوها ، فإِنَّها تُرِقُّ القلْبَ ، و تُدْمِعُ العينَ ، وتُذَكِّرُ الآخرةَ ، ولا تقولوا هُجْرًا
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع | الصفحة أو الرقم : 4584 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه أحمد (13487)، وأبو يعلى (3707) مطولاً، والحاكم (1393) واللفظ له
“Ziyaratul qubur,” yang bermaksud, “Ziarah kubur,” menunjukkan bahawa ziarah kubur dilarang pada awal Islam kerana kekhawatiran akan penghormatan terhadap mayat-mayat. Jika Nabi melarang ziarah kubur pada awal Islam, ini menunjukkan bahawa sebabnya bukanlah hal yang remeh, melainkan sesuatu yang serius, yaitu mencegah penghormatan.
Kemudian juga, misalnya Nabi melarang solat di kubur atau menghadap ke arah kubur. Keduanya dilarang. Nabi mengatakan,
لا تَجْلِسُوا علَى القُبُورِ، ولا تُصَلُّوا إلَيْها
الراوي : أبو مرثد الغنوي | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 972 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
التخريج : أخرجه مسلم (972)
“Jangan solat ke arah kubur,” khawatir ini akan menimbulkan penghormatan berlebihan terhadap kubur. Tidak ada solat di kubur, tidak ada solat ke arah kubur, kecuali solat jenazah. Sebab, solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud, jadi tidak menjadi masalah.
Di antaranya, Nabi melarang kubur ditinggikan. Dalam hadis yang masyhur dalam Sahih Muslim, Ali bin Abi Thalib berkata,
أنَّ عليًّا رضي اللهُ عنه بعَث صاحبَ شُرْطَةٍ فقال : أبعَثُك لِما بعثَني له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لا تَدَعْ قبرًا إلا سوَّيْتَه ولا تِمثَالًا إلا وضَعْتَه
الراوي : حنش بن المعتمر | المحدث : أحمد شاكر | المصدر : تخريج المسند لشاكر | الصفحة أو الرقم : 2/299 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
“Maukah aku tugaskan kepada engkau, wahai Abul Hayyah Al-Assadi, sebagaimana Nabi pernah menugaskan kepadaku: Jangan biarkan ada kubur yang tinggi kecuali kau ratakan.”
Dan itulah yang dipraktiskan oleh Kerajaan Arab Saudi ketika mereka memiliki kekuasaan. Mereka meratakan kubur-kubur di Baqi’ yang tadinya tinggi-tinggi, diratakan, meskipun sebahagian orang tidak suka, tetapi itulah sunnah Nabi. Nabi pernah menugaskan Ali bin Abi Thalib untuk melakukan demikian.
Kita tahu bahawa semua habib kembali kepada Ali bin Abi Thalib dan kembali kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Rasulullah menugaskan Ali untuk meratakan kubur.
Nabi juga melarang kubur disemen, ditulisi, dan diberi penerangan. Ini semua, ikhwan, coba perhatikan, adalah larangan. Tidak boleh ditulis, tidak boleh dikasih semen, tidak boleh ditinggikan, dan tidak boleh diberi penerangan. Ini semua agar tidak ada penghormatan. Jelas sekali, agar tidak ada penghormatan, dan untuk pencegahan agar tidak terjadi penghormatan melampau yang sekarang ini semua dilanggar.
Orang dilarang solat di kubur, namun ada yang membuat kubur besar dan orang lebih khusyuk solat di kubur. Bahkan ada yang memasukkan kubur, tahiyatul kubur, dan macam-macam. Orang disuruh jangan meninggikan kubur, namun kubur ditinggikan, dibuat besar-besar, diberi kelambu, diberi dupa-dupa, dan dikasih berbagai macam hiasan.
Imam Syaukani dalam kitabnya Syahrul Sudur mengatakan, “Bayangkan seorang masuk ke sebuah area pemakaman, dia melihat kubur tersebut tinggi, dikasih kelambu, diberi dupa-dupa, dan banyak orang di situ membaca Al-Quran dan macam-macam. Orang akhirnya boleh tergerak hatinya, berpikir jangan-jangan ini kubur istimewa.” Syaitan masuk dalam hatinya sehingga dia akhirnya punya keyakinan terhadap mayat, dan itu yang terjadi. Betapa banyak orang akhirnya minta-minta kepada kubur.
Makanya, sebahagian orang lebih ramai di kubur daripada di masjid. Saya bicara nyata. Saya punya kawan, bapaknya membangun masjid, namun masjidnya sepi. Akhirnya, ada sebahagian orang memberikan idea, “Pak, kalau ingin masjidnya ramai, pindahkan kubur habib di sini, biar ramai,” kerana sebahagian orang memang mencari kubur, mengagungkan habib kerana dia adalah orang mulia, orang saleh. Tetapi bukan begitu caranya.
Akhirnya, orang lebih senang ke kubur daripada ke masjid. Orang boleh di kubur berdoa, menangis-nangis, sementara di masjid tidak. Orang boleh khusyuk ibadah di kubur, sementara di masjid tidak. Ini salah, kubur menjadi saingan bagi masjid-masjid Allah subhanahu wa ta’ala.
Ini semua, ikhwan dan akhwat yang dirahmati Allah subhanahu wa ta’ala, di antara sebab utama terjadinya kesyirikan adalah al-ghuluw fi soleh, yaitu berlebih-lebihan terhadap orang saleh. Wallahu a’lam bishawab. Demikian apa yang disampaikan, kurang lebihnya saya mohon maaf. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!
Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.
Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.
In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.
Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami
Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak