Kita Merancang, Allah Juga Merancang
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah. Nah, madu Anas ta’in. Nurul Anas taufiru Ana. Auzubillahi mensyuru di ampusina wamin sayyi Ati akmalina. My yahdi hillar hufala mukhrilalah. Wahai yudlil Falah, hadiahlah syahdu’ala ilahillallah wahdahulula syarikatlah. As syahdu Anna Muhammad dan Abdullah Rasulullah Ahmad abang yang saya kasihi. Pengerusi mana pengerusi lepas. Tuan-tuan aa yang berbahagia. Encik Muhammad Azam bin Jamaluddin pengarah MARA negeri Perlis. Encik Rizal. Encik Kumazli Madli Mazli. Encik As Muhammad Hasan. Semualah ni. Encik Yusri yang diraihkan anak-anak teratak Rahmat. Pusat jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis dan juga para pengiring. Semualah yang hadir bulan puasa ni. Bukan nak cakap banyak sangat. Cuma depa minta saya bagi tazkirah. Saya nak sebut 1-2 hal.

Kita tengok anak-anak yang ada di depan kita ni. Kita semua tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Setiap orang sebahagian perkara dalam hidup ni yang kita rancang. Satu hal, ia berlaku dalam hal yang lain. Kadangkala ada perkara yang kita sangka ia tidak elok ataupun suatu takdir yang buruk, ia menjelma menjadi sesuatu yang baik untuk kita. Saya 2-3 hari lepas berjumpa dengan 1 orang tokoh dalam 1 bidang dalam negara ini. Dia menceritakan kerana dia dah hampir nak pencen, jadi dia menceritakan tentang kenangan dia semasa dia kecil. Dia kata dulu bila dia belajar, dia menerima dia dan 19 orang pelajar yang lain. Sejumlah pelajar yang lain menerima tawaran untuk pergi ke suatu negara. Saya tak sebut detail lah. Jadi dia punya seronok dapat dulu cerita berpuluh tahun dulu. Sekarang dia pun dah nak pencen, bayangkan jadi dia begitu seronoklah dapat nak pergi belajar di luar negara dan buat preparation study dalam belasan mereka yang mendapat tawaran itu keluarga pun seronok, kawan-kawan pun tahu.

Apabila tiba saat dia nak pergi, 2 nama digugurkan. Nama dia dan nama seorang kawan yang lain. Ketika itu dia rasa begitu sedih dan bertanya kepada takdir yang menimpa dirinya, kenapalah nasib dia macam ni? Adakah Tuhan tak sayang dia? Kawan-kawan dia pun pergi. Dia terpaksa meneruskan pendidikan dia di dalam negara, tapi Allah takdirkan kawan-kawan dia yang pergi pada negara berkenaan. Sebahagiannya lulus, sebagainya tak lulus. Sistem pendidikan negara berkenaan mengambil masa 2 kali ganda lebih panjang daripada dia yang belajar di dalam negara. Yang mendapat sijil yang sama. Kemudian dia masuk dalam bidang dia. Mereka yang pergi ke negara yang menjadi cita-cita dia sebelum ini pergi ke sana dan mereka balik setelah dia dah 6 tahun bertugas.

Dia telah jadi atasan mereka dan sebahagian mereka tak lulus, tak boleh tahan kalau terlalu lama. Bila dia duduk di keadaan itu, dia kata sekarang dia faham bahawasanya apa yang dia mohon kepada Allah itu itulah yang lebih baik. Dia minta yang terbaik. Anak-anak kita yang kita tengok ni, anak-anak yatim ni ataupun semua mereka yang mungkin pada awal zahirnya kurang bernasib baik, tapi kita tak tahu mungkin apa yang kita sangkakan kurang baik, itulah dia baik untuk mereka dan juga sebaliknya. Wang asaan takraw Hussein. Wah-wah Khairul lekung. Boleh jadi kamu tak suka 1 perkara. Dia baik untuk kamu sebab itu, maka kita dalam perjalanan hidup ni ada 2 hal. 1 hal yang kita tak boleh ubah. Allah takkan salahkan kita dalam perkara yang kita tak boleh ubah. Contohnya apa? Kita lahir dalam keluarga apa, siapa mak bapa kita, warna kulit kita. Mak kita meninggal, ayah kita meninggal.

Orang membuang kita tanpa sebab. Hal-hal yang kita tak boleh pilih, ia berlaku dalam diri kita. Kemalangan tanpa pilihan kita, sakit demam tanpa pilihan kita, orang pandang kita leceh kerana kita mungkin tak handsome ataupun tak lawa, tak cantik. Bukan saja kita tidak bersalah, bahkan Allah bagi pahala kepada kita kerana kita safar ataupun kerana kita menderita di atas ketetapan ataupun di atas takdir berkenaan. Berapa ramai mungkin orang yang kerana dia cacat, dia mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah di akhirat kelak, kerana pahala dia safwa dengan kesesatan itu. Ada bahagian yang pilihan kita, amal soleh pilihan kita, kita boleh sembahyang, kita tak mahu sembahyang, kita nak sembahyang, boleh, kita nak buat jahat, kita nak buat baik, boleh. Yang bahagian yang mana kita tak boleh pilih, don’t worry so much, tak sia-sia kita demam, tak sia-sia memang kita fikir. Allah, aku 5 hari buang masa duk di rumah demam, tapi tak sia-sia. Allah bagi pahala.

Tapi kalau kita hisap rokok kuat sehingga kita pun jadi sakit jantung, ha, yang tu sia-sia. Yang tu dengan pilihan kita, tapi kita ambil semua langkah yang elok dalam hidup ni, tunaikan hak tubuh kita, kita sakit, Allah Subhanahuwata’ala bagi pahala kat kita. Adik-adik kita ni, mak depa tak dak meninggal, kena duduk di rumah anak yatim, kesedihan itu, kesakitan itu. Tuhan mengetahuinya, dan dia tidak sia-sia. Pada hari mereka datang, pada hari kiamat kelak, Allah mengaturkan pembalasan yang baik untuk mereka, dan ganjaran yang baik. Dan Allah mengaturkan sesuatu pada masa hadapan yang kita tak tahu dalam hidup mereka. Allah tidak lupa atas segala yang berlaku. Bahagian yang kita sukar ialah bahagian yang kita diberi pilihan. Nak buat baik, tak mahu buat baik.

Bahagian yang kita ada pilihan. Bahagian ni Allah azzawajala akan tanya kita. Bahagian ni yang Allah akan tanya kita. Maka sebab itu, kita fokus bahagian yang kita akan ditanya. Yang ke-2 ialah kita untuk menzahirkan adilnya Allah. Allah ni maha adil. Dunia tak adil. Dunia ni macam mana pun tak adil. Kalau mereka ni yang ini semua anak yatim. Ah, kan kalau mereka fikir, mungkin aku, ayah tak dak, dia tu ayah ada, dia tu duduk rumah besar, aku duduk rumah kecil, kena duduk rumah tumpang pula dengan orang. Dunia dia rasa, mungkin 1 penderitaan. Kita lihat mereka, anak Palestin lagi teruk, kena bom, kena duk dalam khemah. Dunia sebab apa? Laibun walaupun permainan dan sia-sia pasal dunia, tak dak apa-apa, bukan real life, real life. Jadi di akhirat, orang yang kita tengok, ada kedudukan, kereta besar, rumah besar, makan mewah, belum tentu dia bahagia. Dia mungkin menderita kerana hal yang lain, anak menantunya, dirinya, fikirannya.

Malaysia, artis Korea datang, oh, semua pergi seronok, semua nak jadi macam artis Korea, nak buat hidung macam Korea, nak gunting rambut macam Korea, black apa ha, black pepper, okey. Tapi dia orang tak tahu banyak artis tu terpaksa ambil dadah. Safar yang nak bunuh diri, dia orang derita tekanan dunia. Kita haus, kita takkan puas, kalau kita dapat pun, takkan puas. Tadi saya sebut dalam kuliah, kuliah zohor tadi, kita teringin nak buka puasa ni. Contoh, buka puasa teringin. 1 benda, buka puasa sedap. Nasi ini tak boleh makan. 5 pun, 5 pinggan pun, 1 pinggan dah tak larat. Dunia semua terhad. Mungkin kita makan sedap, pula mulut tak sedap ni. Hari ni, dia orang ni makan, semua sedap ni, si kecil ni, kita macam dia orang dulu. Sedap aiskrim sedap ni, sedap bila besar orang jamu kita aiskrim entah. Ingat aku budak-budak, ha, kan bukan salah pun kita makan juga, tapi tak lah macam dulu, dunia bertukar, berubah, apa yang mereka rasa tersakit pada hari ni, esok hanya menjadi kenangan sahaja yang kekal.

Apa akhirat? Tanya pak cik, pak cik kita yang tua-tua ni. Kalau kita buat interview pada mereka esok, mereka ni besar, kita interview sama, boleh ceritakan pengalaman adik ni kalau dia besar, dah mungkin datukkah? Datuk serikah? Tunkah kan? Oh, dia kata, saya dulu duduk, saya sebenarnya, ibu bapa saya tak ada, saya lahir di kampung sekian, kemudian membesar di rumah, di teratak ni, ataupun di rumah anak-anak yatim selama 5-10 tahun, kemudian masuk sekolah, kemudian saya dapat berjaya masuk universiti, dan saya belajar bidang sekian-sekian, kemudian, kemudian saya berjaya, kerana dapat anugerah sini-sini, dia cerita, cerita tak sampai 1 jam, habis cerita dia. Dan kemudian, alhamdulillah, saya berjaya dalam, dia kata, lama masa, sekejap je. Bila kita mati, Allah cerita dialog dengan orang-orang yang ingkar, pada hari kiamat kelak, “Kamu labistum fil ardiah fil ardi.” Ada dasi ni, berapa lama kamu duduk di dunia? Ditanya mereka. Kalaulah bismillah, yauman auba? Apa? Yaumin. Fas alil Adi.

Kami rasa kami duduk sehari ke, atau setengah hari ke. Tanyalah orang-orang yang membilang ni, yang umur 40, 50, 30, cuba tanya mana pergi, 30 tahun telah berlari pergi, dan tak ada apa yang tinggal, melainkan tubuh dan beberapa bahagian. Kita tengok gambar sebagai kenangan, ia telah berlalu pergi, mungkin esok ni mereka akan kenang sekolah mereka yang mereka belajar, mereka patah balik ketika umur dah dewasa, tak ada lagi cerita itu, kita pergi ke sekolah menengah, kita sekolah rendah kita, kita hanya boleh tengok tiang pagar, padang, kenangan itu sudah tak ada lagi untuk kita kutip, hanya ada dalam ingatan kita sahaja, orang-orang yang mungkin hidup bersama dengan kita seketika telah pun besar dan berubah, dan semua mempunyai urusan dirinya sendiri, dunia berlalu pergi, dan kita beransur-ansur tua dan meninggalkan dunia ini.

Maka, apa yang Tuhan suruh buat, Allah suruh kita kutip sebanyak-banyak pahala dan mengurangkan sebanyak-banyak dosa. Saya tadi ada 1 orang meninggal di masjid Alwi. Saya sebut dalam kuliah tadi, nama dia Hafiz. Saya duk panggil Hafiz, nama dia penuh saya tak tahu. Dia Cina, Chinese rasanya, lebih kurang 20 tahun lebih dulu dia mengandung Islam, masa saya datang jadi mufti kali pertama pada 2006, saya dah jumpa dia. Masa tu kali pertama saya jadi mufiq sebelum saya berhenti 2,008, kemudian datang semula. Masa tu dia masih sihat lagi, dia pergi, dia kaki dia ada macam-macam, kurang payah sikit dia jalan. Dia hadir kuliah-kuliah saya dengan jubah dan serban.

Dia, kemudian dia pergi, dia duduk di masjid Alwi. Dia datang masuk Islam, dia tinggalkan kehidupan dia. Dia ada perniagaan dia, dia tinggalkan dia, dari Penang barangkali dia kena pi ke Kelantan belajar, dia mari ke masjid Alwi. Dia duduk, dia sentiasa memakmur kerja dia. Baca Quran, sembahyang, pas tu hadis kelas orang bagi. Dia tak dak apa dia nak buat. Mungkin tak dak ruang pekerjaan pun kat dia. Kadang-kadang orang bagi duit, saya pun alhamdulillah sumbangkan. Dia pada dia, dapat duit banyak, dia masukkan dalam tabung balik. Dia dapat duit banyak, dia beli sabun, dia beli apa, dia cuci masjid Alwi tu. Kadang-kadang pakaian dia kurang kemas sikitlah. Dia, cuma dia, saya tadi, saya sebut, saya ingat dia ni, saya suka gurau dengan dia sebab setiap kali saya bagi sumbangan pada dia pas masjid Alwi kuliah saya akan pi cari dia pasal ada masjid Alwi tu, dia ada bagi sampul kat saya.

Sampul tu sebahagiannya saya bagi pada team media ni, sebahagiannya saya bagi kat dia. Saya bedakan jadi saya selalu kata dia Hafiz. Doa kepada sihat dia tak apa, cara dia lah. Dia kata sendiri boleh doa. Bah dia akan kata saya, dia nama dia tak doa. Ataupun mungkin style dia lah. Saya tahu saya akan kata lagi setiap kali saya pergi, Hafiz doa kat saya direct contact ada. Saya dah kuasa dia sendiri boleh doa. Saya tengok seketika, saya tengok dia, saya rasa panjang kehidupan dia. Dia duk tunggu antara masjid ni. Kalau kita pun rasa macam jemu, tapi dia tak jemu ah kerana agama, solat, ibadat dia tak jemu pasal orang yang kalau orang merasai nikmat dia hari ni saya tengok dia mati di depan pintu tempat dia menumpang di masjid Alwi tu. Dia jatuh, dan dia meninggal. Korang mai tengok dia jatuh, siapa tak angkatlah. Takut apa kejadian akhirnya. Tadi polis datang dan tengok, dan dia telah meninggal.

Apabila meninggal, semuanya habis. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, hadis kata yuta bin asyiddin nasirbux bin ahli dunia, Allah bawa manusia yang paling derita hidup di dalam dunia ni. Farumi safil Jannah dicelup dia di dalam neraka homesance. 1 celupan saja. Ditanya kepada dia, halmarat binkaminal muslimat, pernahkah kau lalui penderitaan? Dia kata, layak aku tak pernah menderita. Hanya dengan 1 celupan di dalam neraka. 1 sekali masuklah dalam Hana, sekali masuk dalam syurga. Dimasukkan dalam syurga sekali masuk je dalam syurga sekali. Allah masuk keluarkan dia balik, tanya dia, kau pernah derita? Kita tak pernah lupa bagaimana orang yang duduk di dalam syurga sepanjang tempohnya tak ada lagi cerita derita di dunia ini. Dunia akan berlalu, dunia akan berlalu pelik. Maka kita disuruh Ramadan, puasa. Ilasau Faid nauli, melainkan puasa, puasa untuk aku, kata Allah. Kerana apa? Kerana adanya ikhlas.

Banyak amalan orang tak ikhlas. Harta jadi mufti, jadi ustaz, jadi syeikh, belum tentu ikhlas. Yang akhir, saya nak sebut jelas, nabi kata, suruh kita mengabdikan diri pada Allah, dalam makna Ehsan, dugaan nakatara Faiz lam taqun tarahu Faiz nauwi arak. Seperti mana kamu nampak Allah, kalau kamu tak nampak dia, nampak kamu. Hari ni kalau kita kata sebenarnya, tuan-tuan yang ada depan saya ni, daripada pagi tadi kita telah ada, kita ambil kamera hidden, kamera ataupun perakam secara tersembunyi yang merakamkan perbuatan kita daripada pagi tadi, ataupun yang merakamkan solat kita pada zohor tadi. So kita nak bentang kualiti solat kita masa zohor, sorang-sorang. Kita nak bentang saya kata semua kita akan berdebat, eh giliran aku macam mana? Aku solat tadi, tengok kita solat, garu sana, tidur sini. Kan sorang-sorang kita pun susah hati pasal apa, bukan Allah orang je nak tengok macam mana cara kita sembahyang tadi. Bentang setiap kita ni dah dirakam, tadi kita nak tunjuk cara kita solat tadi, kaki kita di belakang, macam mana cara kita sujud, ambil wuduk tadi, macam mana.

Semua kita ni bila dibentangkan amalan kita pada hari akhirat kelak, seorang demi seorang. Sembahyang kita, puasa kita, dan Tuhan yang maha adil. Masa tu, kalau kita tahu sembahyang kita, sat gi ni maghrib ni, akan dibentang pada akhirat. Pula nak dibubuh markah, mak kita di rumah ataupun isteri kita di rumah tu, kalau dia masak, dia masak elok. Tapi kata, kalau hari ni, depa nak buh markah, nak main cek dapur, mana yang masak terbaik, tentu dia bersiap dengan elok, potong bagi elok, padahal sebelum ni, duk buat dah hari tu, ready bagi elok. Pasal, pasal ada orang nak nilai, Allah nilai kita setiap hari di atas solat, puasa, dan ibadah kita. Tapi kita, saya, dan juga tuan-tuan, mungkin juga tuan-tuan, diri saya lah, kita semua, kita tak buat pun yang terbaik. Walaupun kita duk sebut Malikiau Maliki omidin ataupun Maliki omidin, duduk macam-macam, walaupun kita sebut, tetapi raja ataupun pemilik pada hari akhirat kelak, tapi ia adalah sebutan di mulut kita, tidaklah masuk ke dalam jantung hati kita. Mudah-mudahan Allah rahmati kita pada Ramadan ini, insyaAllah. Terima kasih banyak, saya tahu tuan-tuan semua nak tunggu makan, tapi makan lambat lagi boleh bersembang. Saya ni 1 kelebihan saya anggap kelebihan lah.

So, nak kekurangan saya ialah, saya tak pandai sangat bercakap dengan budak-budak kecil ni. Kadang-kadang bila depa bagi tugas, suruh pi bercakap di sekolah esok, nak bercakap hari ni, saya susah hatilah pi cakap universiti. Tak apalah, pi lah cakap depan profesor, tak apa. Tapi bila nak cakap dengan anak-anak ni, saya tak tahu nak guna bahasa apa sesuai dengan depa ni, dengan anak saya. Saya tahu duk duk melawak kan, sebab tu, ads seni guru yang boleh mengendalikan budak-budak, cakap dengan depa. Ini 1 kurniaan kita, jangan pko dia profesor, dia profesor dengan apa dia pandai, bab-bab dialah, bukan semua orang pandai. Allah telah bagi kita dengan keupayaan masing-masing, dan kita menggunakan keupayaan itu untuk mengutip pahala, mudah-mudahan, dan berusaha setiap kita, pendosa, dan tak ada siapa yang tak berdosa, dan setiap kita silap, tidak ada siapa yang terlepas daripada silap, dan akan terus melakukan dosa. Puasa mengampunkan, keikhlasan mengampunkan kita. Allah aful maha pengampun, mudah-mudahan Dia memaafkan kita.

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami Memohon 1000 Kemaafan!!!

Buat masa ini, Penulisan ini hanya boleh diakses oleh Penyumbang Infaq (VIP user) sahaja kerana buat masa ini kami memerlukan sumbangan dari pengguna untuk pengurusan dan penyelenggaraan Organisasi Penuntut Ilmu.

Jadi buat masa ini, pengguna dari kalangan ‘Guest’ dan ‘Subscriber’ hanya boleh membaca penulisan pada ‘Soal Jawab’ sahaja.

In Sya Allah sekiranya telah cukup sumbangan bulanan yang diperlukan, kami akan memberi akses percuma kepada semua pengguna.

Tekan Button Di Bawah Untuk Menjadi Salah Seorang dari Penyumbang Kami

Semoga ianya menjadi saham pahala yang sentiasa mengalir sehingga akhirat. Amin!

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak