Kirim Salam Kepada Nabi, Salam Kepada Nabi, Para Wali Dan Solihin

Kirim Salam Kepada Nabi, Salam Kepada Nabi, Para Wali Dan Solihin

Kalau orang nak pergi Mekah, barulah kita kata, “Kirim salam kat nabi.” Betul tak? Kata bagus juga orang pergi Mekah boleh juga kirim salam kat nabi. Padahal sebenarnya kita setiap hari bagi salam pada nabi. Bukanlah saya kata salah, tak boleh bagi ke apa. Siapa nak buat, buat. Tak ada larangan dalam hal itu.

Jibril pernah bagi salam, kirim salam kepada Aisyah. Dia kata, Rasulullah kata, “Indah Jibril Alaihissalam, Jibril kirim salam padamu.” Anas bin Nazir juga meriwayatkan bahawa nabi kirim salam. Rasulullah s.a.w. menyampaikan, “Padamu salam.” Tak apalah, tapi saya nak cerita ni. Kita sebenarnya tiap-tiap hari bagi salam kat nabi. “Assalamualaikum ayuhan nabi,” tu salam sejahtera kepadamu wahai nabi. Ibnu Abbas juga, Ibnu Mas’ud, mereka samalah dalam masalah ini. Al-Hafiz bin Hajar juga setuju dengan mereka, dia kata bila nabi tak ada, kita baca, “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Tak payah kata “assalamualaikum” sahaja.

Tetapi kebanyakan sahabat, berdasarkan riwayat Saidina Omar, atas mimbar bacaannya adalah, “Assalamualaikum ayuhan nabi,” semua sahabat dengar, tak ada siapa bantah. Jadi kita pakai, “Hat bersih,” kita duk baca tu. Allah Taala alam lebih sahih. Walaupun ada orang yang mensahihkan versi yang lain, kita kata tiap-tiap hari salam kepada nabi.

Kubur Keldai Di Jadikan Kubur Wali

Kubur Keldai Di Jadikan Kubur Wali

Saya pernah duduk-duduk dan dengar orang bercerita. Ada dua orang sahabat baik yang sama-sama mencari rezeki. Entah bagaimana, dalam satu perjalanan, keldai mereka mati. Mereka pun menggali kubur, buat lubang, dan tanam keldai mereka. Lepas tanam, mereka berbincang dan berkata, “Kita buat elok-elok, kita habaq ini kubur wali.”

Mereka pun balik dan mula menyebarkan cerita bahawa di tempat itu adalah kubur seorang wali. Lama-kelamaan, ramai orang mula percaya dan datang ke tempat itu. Setiap orang yang datang meletakkan duit di situ. Dua sahabat tadi mula mendapat keuntungan.

Namun, selepas sekian lama, mereka bergaduh berebut pasal duit. Seorang kata dia ambil sikit, seorang lagi nafi dan tuduh kawan dia ambil lebih. Salah seorang daripada mereka berkata, “Kalau betul kau tak ambil lebih, mari kita sumpah di kubur wali.” Kawan dia balas, “Eh, hang lupa, itu keldai kita!”

Kes Ayah Tak Nak Jadi Wali

Kes Ayah Tak Nak Jadi Wali

Secara umum, kalau ayah tak mahu jadi wali boleh nikah, tapi kena apply dulu minta dengan ayah, pihak kadi, pihak imam minta dengan ayah. Bila ayah tu tidak mahu menjadi juga, berkeras tak mahu jadi wali, barulah boleh pakai wali hakim. Faham tak? Kaedahnya boleh. Tapi kes Terengganu ini nanti dulu. Pihak kita tengok tengah kaji kes dia. Tapi pada dasarnya kalau ayah tak boleh, memang boleh orang lain jadi wali. Tapi mesti minta dulu, mesti rasmi atau surat kepada ayah permohonan pejabat agama memohon supaya ayah menjadi wali. Sebab kalau sekali minta tak ampun, boleh jadi wali hakim. Tiga kali tak ampun, maka bolehlah wali al-Quran, abang dia, pak saudara, anak saudara jadi wali. Bukan tak boleh semata-mata.

Wali di Kalangan Makhluk

Wali di Kalangan Makhluk

Wali ni maksudnya orang yang dikasihi oleh Allah, iaitu ada di kalangan makhluk-Nya orang yang menjadi wali Allah. Dia ada wali besar, dia ada wali kecil. Wali kita ni Allah nampak, Allah wali Yul lazi nak aman.

Ayah Tidak Mahu Jadi Wali

Ayah Tidak Mahu Jadi Wali

Baik, kita pergi secara umumlah. Kalau ayah tak mahu jadi wali, boleh nikah, tapi kena apply dulu, minta dulu dengan ayah pihak kadi, pihak imam minta dengan ayah. Bila ayah tidak mahu juga, berkeras juga tak mahu jadi wali, barulah boleh pakai wali hakim. Faham tak?

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak