Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat
Bolehkah kita menggantikan surah lain daripada Surah Sajdah pada pagi Jumaat yang ada ayat untuk sujud?
Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak ada gesaan khusus daripada Nabi untuk membaca surah yang ada sujud sajdah pada pagi Jumaat. Namun, dalam hadis yang sahih, iaitu hadis Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada waktu fajar hari Jumaat surah “Alif Lam Mim Tanzil” (Surah Sajdah) dan “Hal Ata Alal Insan” (Surah Al-Insan), seperti mana yang sering dibaca oleh imam-imam kita.
Maka, para ulama menyatakan bahawa pada pagi Subuh hari Jumaat, memang disunatkan membaca Surah Sajdah, iaitu “Alif Lam Mim Tanzil”, dan kemudian membaca “Hal Ata Alal Insan”. Ini adalah sunnah.
Sekiranya seseorang tidak membaca surah-surah tersebut dan memilih untuk membaca surah lain yang juga mempunyai ayat sujud, adakah ia digalakkan? Tidak, tidak digalakkan untuk sengaja mencari surah lain yang ada sujud pada pagi Jumaat. Imam As-Suyuti Rahimahullah ada menukilkan pendapat ulama yang mengatakan bahawa jika tidak membaca Surah Sajdah, carilah surah lain yang ada sujud. Namun, pendapat itu tidak disetujui oleh majoriti ulama. Bahkan, Imam Nawawi dalam karyanya menyatakan bahawa itu termasuk dalam bidaah, dan mazhab Syafie serta para ulama lain juga berpendapat demikian.
Waktu Mula Dan Tamat Solat-Solat Fardhu
Waktu Zohor ialah apabila matahari beranjak, beredar dari tengah-tengah langit. Ini dipanggil gelincir matahari, dan itulah permulaan waktu Zohor. Bila bayang yang baru itu sama panjang dengan kita yang berdiri atau barang yang ditegakkan, maka bermulalah waktu Asar.
Dia menyebut, “Kanazilur rajuli katolihi malam yahdur waktul Asri,” yang bermaksud selagi mana tidak hadirnya waktu Asar, panjang bayang itu hanya sampai setakat itu. Apabila bayang lebih panjang, itu menandakan masuknya waktu Asar.
Waktu Asar pula, selagi mana matahari belum menjadi kuning, selagi itu waktu Asar masih ada. Maksudnya, apabila matahari sudah kuning, hampir jatuh, maka berhentilah solat. Ketika itu, Nabi melarang solat kerana ia adalah waktu antara dua tanduk syaitan. Jangan tunggu waktu Asar hampir masuk Maghrib; ketika matahari sudah kuning di langit, sudah tidak boleh solat lagi.
Bolehkah Solat Terawih Di Waktu Maghrib?
Pertama sekali, kita perlu fahami bahawa perkataan “solat tarawih” walaupun digunakan pada zaman salaf, istilah yang digunakan dalam hadis ialah qiyam Ramadan, iaitu “man qama Ramadan,” yang bermaksud sesiapa yang mendirikan (solat) pada bulan Ramadan. Qiyam dalam konteks ini merujuk kepada semangat solat sunat yang didirikan pada waktu malam. Walaupun solat Aisyah (Isyak) termasuk dalam pengertian ini, solat yang menghidupkan malam yang dimaksudkan ialah malam selepas masuknya waktu Isyak, menurut pandangan kebanyakan para ulama.
Oleh itu, hendaklah seseorang itu menunggu untuk menghidupkan malam tersebut sehingga masuknya waktu Isyak. Walaupun ada pandangan lain, namun pendapat ini lebih mendekati apa yang ditunaikan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga menyukai untuk melewatkan solat Isyak, kerana ia disukai dan selepas itu baru ditunaikan solat malam ataupun qiyam bagi malam Ramadan.
Dengan itu, Allah Taala a’lam. Walaupun terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam hal ini, sebaiknya solat tarawih ditunaikan selepas masuknya waktu Isyak.
Solat Hormat Waktu
Ramai orang kata solat hormat waktu. Pi Mekah ajak solat hormat waktu, turun esok sembahyang lain. Ni hormat waktu. Saya selalu tanya Tabung Haji ataupun apa nama, apa haji pun, hormat waktu ni sah ataupun tidak. Hat duk pi ajar dalam kursus Tabung Haji ni, sembahyang hormat waktu ni sah ataupun tidak? Dia kata tak sah. Kalau tak sah, sembahyang buat apa benda tak sah?
Dia kata sah. Kalau sah, pasal apa suruh mengulang? Salah satu cakap bagi betul. Sembahyang hormat waktu yang kita sembahyang, esok sembahyang lain turun. Ni sembahyang tu sah ke dak? Kalau hang kata sah, sah tak payah ulang dah. Kalau hang kata tak sah, buat apa suruh buat kerja hat tak sah? Akal tak boleh terima. Belum lagi bawa keluar dalil, isyarat akal ke tak, out dah.
Cuba tuan-tuan pi tanya ustaz kursus tu, melainkan dia pun tak leh jawab. Daripada tuan-tuan, barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya.
Solat Hormat Waktu Tanpa Wuduk
Ha, ni fesyen baru dia. Kalau ambil wuduk takut tak down ni, orang sembahyang jemaah maka tak payah wuduk. Ha, dah pakai nak hendak downnya ikut jemaah, tak payah ambil wuduk. Mana boleh, faham tak? Nabi khabar dak kang. Ha, at tahara tu miftah hussalah.
Taharah tu adalah kunci bagi sembahyang. Mudah tak down kena ambil wuduk. Kemudian nabi kata pula, “InnaAllaha laa yaqbalu salata ahadikum iza ahdatha hatta yatawadha.” Allah Taala tidak terima sembahyang kamu bila kamu telah berhadas sampailah kamu mengambil wuduk. Ha, tu jelas.
Daripada ini ulama-ulama pun setuju bahawasanya haram orang yang tidak ada wuduk sengaja menunaikan solat tak boleh melainkan darurat. Darurat lain, solat hormat waktu memang tak dak wuduk tapi nak hormat waktu supaya tak berdosa. Contohnya dia tengah duduk-duduk saja nak sembahyang maghrib balik, tak 20 minit lagi habis maghrib. Pasal rumah dia kat bukit-bukit, scan dia tak dak wuduk nak balik ambil wuduk sembahyang maghrib. 20 minit lagi tiba-tiba jumpa dengan rimas rimau. Dia panggil sini faham tak? Ha, Tiger sini.