Wang Arwah untuk Wakaf Masjid

Wang Arwah untuk Wakaf Masjid

Bolehkah wang peninggalan arwah digunakan untuk wakaf masjid? Peninggalan arwah pertama perlu digunakan untuk bayar hutang dia. Kedua, bahagikan secara faraid. Jika sekiranya dia ada mewasiatkan untuk dibuat masjid, maka seperti hadis Sa’ad bin Abi Waqqas, tidak boleh lebih daripada 1/3.

Kata Sa’ad, “Fasulus, fasulus, wasulusul kasir,” kata Nabi. Maka 1/3, 1/3 tu pun dah banyak. Maka wasiat tak boleh lebih pada 1/3. Kalau seorang dia geram kat anak-anak dia, dia kata, “Depa aku demam, dah pas balik mai tengok aku sakit, depa duk berat kerja, depa duk di Kuala Lumpur, duk senang lenang. Aku mati, duit aku, kau haram sesen pun tak bagi kat depa. Semua harta aku aku wasiat buat masjid.” Bila dia wasiat macam tu, kita tak tulis ada bukti, kita tak boleh ambil semua kerana ada hak kepada waris. Kita ambil 1/3, 2/3 lagi bagi mengikut faraid.

Juga, wasiat tu tak pakai habis. Depa tak tengok pak depa, dia tak tengok pak dia, dosa dia dengan Allah Ta’ala. Tetapi hak faraid juga hak yang Allah Ta’ala bagi kat dia. Dosa ada, dosa dia dengan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala tak lupa. Dosa hamba ni, tahulah dia nak buat apa. Tak usah duk kalut kita.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak