Abu Bakar, Umar, Uthman dan Syiah
Hadirin Mukminin sekalian, kita tak dibenarkan bersedekah berinfak sehingga habis harta dan kaum keluarga kita susah, tak boleh. Tapi pasal apa nabi bagi keizinan kepada Abu Bakar? Pasal apa nabi bagi? Para ulama hadis seperti al Bukhari dan selainnya cuba mencari sebab dalam hal ini, katanya keizinan mereka. Sebahagian besar ulama hadis menyebut keizinan ini khas untuk Abu Bakar kerana iman Abu Bakar tak sama dengan iman orang lain.
Orang lain, kalau bagi harta dia sampai habis, lepas pada tu dia tersandar di dinding, dia fikir, “Eh, tak patut ku bagi habis hari tu ni, silap aku.” Lalu agama halang daripada awal, tak usah pasal ada tanggungan. Adapun Abu Bakar, benda ni tak mai kat dia, bulat hati dia. Tuan-tuan, ini Umar, ini Abu Bakar, ini Uthman yang dirakamkan oleh sejarah, dan inilah tiga orang yang dikafirkan oleh Syiah.
Saya nak sebut ni, memang kita duk lawan Syiah ni, di Perlis ni pun dia duk sakan. Inilah orang yang dikafirkan oleh Syiah sedangkan sejarah mereka sangat cemerlang. Apa yang mereka lakukan di dalam memperjuangkan ataupun apa yang mereka lakukan di dalam mempertahankan Allah dan rasulnya Sallallahu Alaihi Wasallam.