Allah Tak Untung Dengan Ibadat Kita
Yang kita kena faham, yakni selalu saya ulang, Allah Subhanahuwata’ala, Tuhan yang menurunkan agama Islam ini, tidak memerlukan kita. Segala ibadat yang kita buat, sebaik mana, secantik mana, seindah mana, segala ketaatan yang kita lakukan tidak memberikan keuntungan kepada Allah sedikit pun. Kerana Allah itu Renium Hamid, kerana Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Dia tidak memerlukan kita, kita yang memerlukan Dia.
Maksudnya, jika semua kita menjadi hamba Allah yang paling soleh, sesoleh hati Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak menambahkan sedikit pun kebesaran kerajaan Allah Subhanahuwata’ala. Kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Agung tanpa memerlukan kita. Jika semua kita menentang Allah, sejahat hati syaitan dan Firaun, tidak mengurangkan sedikit pun kekuatan dan kebesaran kerajaan Allah yang menguasai langit dan bumi. Bahkan, dunia ini kalau kita lihat pada ilmu ekonomi, tidak lebih daripada debuan debu sahaja dibandingkan segala galaksi yang banyak besar jutaan bilion besarnya. Allah Maha Besar, Dia tidak memerlukan kita.