Ihya Ulumuddin Mengembalikan Roh Ibadah Disamping Kritikan Yang Hadir
Pertama sekali kita perlu berurusan dengan fakta-fakta. Fakta pertama adalah kita tidak boleh menafikan adanya hadis palsu. Hadis palsu wujud kerana setiap orang mempunyai kepakaran yang berbeza. Contohnya, Al-Ghazali dalam sudut syariah adalah seorang ahli falsafah dan juga ahli fiqh, tetapi dia bukan ahli pengkaji rawi, yang memerlukan pengkhususan lain oleh tokoh-tokoh lain. Oleh itu, terdapat hadis palsu dalam penulisannya, namun ada juga hadis yang sahih yang tidak boleh dinafikan.
Kerja klasifikasi hadis ini telah dilakukan oleh seorang tokoh besar zaman dahulu bernama Zainuddin al-Iraqi, yang meninggal pada tahun 806 Hijrah. Beliau telah melakukan kerja ini dan memudahkan orang ramai untuk membaca dan membezakan antara hadis sahih dan palsu. Namun, sesuatu yang kita tidak boleh nafikan juga ialah terdapat banyak perkara yang baik dalam *Ihya’ Ulumuddin*, termasuk nasihat-nasihat yang baik oleh Al-Ghazali.
Sehingga, Ibnu Taimiyah ketika mengkritik *Ihya’ Ulumuddin*, beliau menyatakan bahawa jika Al-Ghazali tahu hadis itu palsu, dia tidak akan memasukkannya. Ini bermaksud bahawa Al-Ghazali tidak sengaja memasukkan hadis palsu, tetapi banyak nasihat yang disampaikan dalam karyanya adalah berharga. Al-Ghazali menamakan bukunya *Ihya’ Ulumuddin*, yang bermaksud ‘menghidupkan kembali ilmu agama’, kerana ilmu agama ketika itu menjadi kering. Orang ramai hanya membahas soal teknikal seperti bilangan rakaat solat yang sah, cara takbir, dan seumpamanya, sehingga lupa untuk membincangkan soal khusyuk, ikhlas, dan bagaimana solat itu dapat menghubungkan manusia dengan Tuhan.