Isu Royalti Kelantan: Pandangan Ulama – Dr. Asri
Tuan-tuan, saya ingin menyatakan bahawa saya pernah berdialog dengan Menteri dari pelbagai parti, termasuk UMNO dan PKR. Semua ini saya lakukan kerana Allah Subhanahu wa Taala, dan demi keadilan dalam isu royalti. Saya berpendapat bahawa jika itu adalah hak sebuah negeri seperti Kelantan, maka seharusnya para ulama tidak perlu campur tangan. Kita seharusnya menyerahkan urusan ini kepada pakar-pakar politik.
Apabila kita masuk campur dan menyatakan bahawa mereka tidak berhak, ia mungkin akan merosakkan keyakinan orang ramai terhadap ilmu agama. Kita perlu sedar bahawa mereka yang bercakap di pentas yang adil, membawa fakta berdasarkan ilmu. Saya juga ingin menegaskan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan dari UMNO, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Saya katakan kepada Perdana Menteri, jika itu hak Kelantan, berilah hak tersebut. Apabila kerajaan bersikap lebih adil, rakyat akan lebih menghormatinya. Saya mengimpikan satu masa depan di mana mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak, tetapi impian saya adalah untuk melihat generasi akan datang tidak fanatik kepada mana-mana lambang.
Saya berharap generasi ini akan fanatik kepada kebenaran, kepada fakta, dan kepada hujah. Mereka seharusnya mengenali apa yang benar dan menyokongnya, serta menolak apa yang tidak benar, tanpa mengira dari pihak mana ia datang. Itulah harapan saya untuk generasi masa depan kita.
Tuduhan Sesat Terhadap Ulama: Perspektif dari Imam Bukhari hingga Buya Arrazy Hasyim
Siap difitnah, sesat. Enggak biasa aja, kali ya? Imam Bukhari difitnah sesat oleh seniornya sendiri, namanya Muhammad Az-Zuhli.
Awal-awal, Imam Bukhari masuk ke Kota Naisabur, bermanis-manis mulut. “Ni, saya harap antum bukan mujamalah. Manis di luar, pahit di dalam.” Ya, ngajilah ke Bukhari, hazal gulamu soleh, Ismail bin Hazal.
Gulamu soleh, kata si Az-Zuhli, “Belajarlah kepada anak yang sangat soleh ini.” Jadi, dia masih pakai senioritas anak. Seharusnya dibilang al-alim as-soleh. Ternyata, itulah hijab.
Belakangan, hati-hati atuh. Ya, kalau kita sok-sok tawaduk, bisa kemakan. Jangan tawaduk hanya untuk tampak baik. Tawaduk itu betul-betul ingin menghabiskan ego kita di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ada orang tawaduk kerana dia pengen naik, namanya mujamalah.
Ulama Salaf Tidak Mentakwilkan Sifat Allah
Dia bentangkan tangannya, bentangkan tanganlah. Ulama-ulama salaf lebih cenderung untuk tidak mentakwilkan ayat hadis-hadis dan ayat yang macam ini. Orang kata, mana boleh Allah Taala ada tangan sama pula dengan makhluk. Kita kata, tak sama. Laisa kamislihi syaiun, Allah Taala tak sama dengan apa-apa pun.
Kita ni kata Allah Taala mendengar, kita pun mendengar. Adakah kita samakan kita dengan Allah Taala? Tak. Adakah kita samakan Allah Taala dengan kita? Tak. Mendengar Allah Taala tetap sama dengan mendengar makhluk? Tidak. Allah Taala melihat, kita melihat. Adakah sama Allah Taala dengan kita? Tak sama. Mendengar Allah Taala, melihat Allah Taala tak sama dengan melihat makhluk.
Sifat-sifat Allah Taala, kadang-kadang dia sebut, “Yadullah fauqa aydihim,” tangan Allah di atas tangan mereka. Kita terimalah, tapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Macam mana? Allahuakbar. Pertama, kita beriman kepada Allah Taala dengan apa yang Tuhan sifatkan diri-Nya dalam kitab dan sunah. Kita tak pernah tengok, tak ada lebai, tak ada ustaz, tak ada tok guru yang pernah tengok Allah Taala. Yang hanya mengetahui Allah Taala adalah Allah Taala sendiri. Dia sifatkan diri-Nya dalam Quran, hak macam mana Dia kata kita terima hak tu.
Kemudian, setelah kita tahu, Dia kata Dia tengok, Dia kata tangan, Dia kata macam-macam. Kita kata pula, “Laisa kamislihi syaiun,” semua hak sebut tu, walaupun bunyinya sama macam kita, tapi Allah Taala tak sama dengan makhluk. Maka, mendengar, melihat, kita ada cahaya, ada apa. Allah Taala melihat segala-galanya, tidak ada sesuatu yang terlindung pada Dia. Tengok kita memerlukan mata, perlukan bola mata. Maha suci Tuhan daripada kekurangan itu semua.
Maka, apabila Allah Taala kata Dia ada tangan, ulama-ulama salaf lebih cenderung menyatakan tangan Allah lain, laisa kamislihi syaiun, tak sama Allah Taala dengan apa-apa. Terpulang pada Dia, Dia habaq banyak tu, kita tak tahu lebih daripada tu. Wajah Allah, wajah Allah, wajah Allah, kita tak tahu. Muka kita dengan muka pintu pun tak sama, muka kita dengan muka tembak pun tak sama. Takkan nak sama muka kita dengan muka Allah Azzawajal. Tapi, Dia sifatkan, maka kita beriman dengan apa yang Dia bagi tahu dalam kitab.
Syiah Mengkafirkan Sahabat, Pegawai JAKIM Mengkafirkan Ulama
Tetapi Syiah di Malaysia ni aktif sekarang. Edarkan macam-macam, kafirkan Abu Bakar, kafirkan Umar dan ini satu benda yang mendukacitakan. Dan ini ada puak kafirkan wahawiyah, kafirkan dan sesatkan Ibnu Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahab, Ibnu Qayyim dan seumpamanya.
Satu lagi dukacitanya, pegawai JAKIM Zamihan bin Mat Zian ini melancarkan kempen menyesatkan imam-imam kita. Dah mengadu banyak kali dah, kita harap tindakan segera diambil. Adakah satu pasal pegawai JAKIM pula duk sesat menyesatkan ulama? Biarlah saya tahu pimpinan JAKIM tak setuju tapi dia guna nama pegawai JAKIM dulu. Nak mai dari Perlis memang kita tak bagi ya, yang amat berhormat Menteri Besar memang sama sekali tak benarkan dia mai lah. Tapi dia buat program dan hukum dia tulis dalam surat khabar baru-baru ni. Tuan-tuan juga tahu, sangat mendukacitakan.