Tidak Terikat dengan Parti Politik
Saya mahu jadi orang yang merdeka tanpa terikat dengan mana-mana parti politik. Demikian tegas Mufti Perlis, Doktor Muhammad Asri Zainal Abidin, ketika menafikan dakwaan beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Buat masa ini, katanya, belum terlintas di hatinya untuk menyertai mana-mana parti politik. Isu penyertaan Doktor Muhammad Asri ke dalam PKR timbul ekoran kesedihan beliau menghadiri majlis anjuran kerajaan negeri Kelantan semalam. Namun, kata Doktor Muhammad Asri, kesedihan tersebut memenuhi undangan itu sebagai tanggungjawab dakwah.