Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT
Baru-baru ini, saya sebut kepada tuan-tuan tentang isu LGBT. Dahulu, sekitar 30 hingga 40 tahun yang lalu, LGBT dianggap sebagai sesuatu yang songsang dan haram. Orang ramai boleh sebut terang-terangan dan mengutuk perbuatan ini. Mungkin ada segelintir orang Melayu yang terlibat dalam parti tertentu yang membiarkan golongan pondan, tetapi majoriti masyarakat tetap menganggapnya haram. Orang boleh berceramah secara terbuka tentang keharamannya.
Namun, hari ini, jika tuan-tuan menjadi seorang ahli politik atau pemimpin negara, tuan-tuan tidak akan berani mengatakan bahawa LGBT ini haram dan dikutuk. Lihat sahaja Obama, yang kelihatan tegas, tetapi beliau sendiri tidak berani mengutuk LGBT. Begitu juga dengan David Cameron, yang dahulu mendakwa bahawa United Kingdom adalah negara Kristian, tetapi bila berdepan dengan isu LGBT, beliau tidak berani menentangnya. Paderi-paderi di kebanyakan negara turut menerima LGBT, dan jika pun mereka tidak menerima, mereka akan cuba bercakap secara berhati-hati, mungkin dengan menyatakan bahawa ia tidak sesuai dengan budaya kita di Timur, tetapi mereka tetap tidak berani menolaknya secara terang-terangan.
Makan Epal Terpaksa Kawin Wanita Buta Pekak dan Bisu
Hal ini, kita hendak, kita harap ustaz-ustaz keseluruhannya memahami tujuan kita. Tidak bertembung dengan mereka tetapi ingin memberikan Islam yang dapat hidup untuk generasi moden ini. Islam itu ialah Islam yang tulen yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jika tidak, nanti akan berlaku salah faham yang datang, dengar-dengarlah kuliah. Nanti yang muda-muda yang tak datang, datanglah Islam.
Dia tak kata di mulut, dia tapi hati dia rasa Islam ni kolot sikitlah. Dia rasa itu kadang-kadang ada asasnya kita yang bawa cerita yang bukan-bukan pada dia. Itu yang saya selalu dalam kuliah saya, berapa kali saya sebut kita tak boleh terima lagi di masjid, duk buat cerita bahawasanya makan epal, apa itu lah cerita makan epal. Tak tahu siapa punya, tuan. Dia pergi cari pokok je, pergi tu, pergi tanya siapa punya pokok, saya punya kata. Tanya hanyut dalam sungai saya makan. Oh, tak boleh halal, dia kata, melainkan awak mesti kahwin dengan anak saya terpaksa dia kahwin, tapi anak saya buta, pekak, bisu.