Fakta Tentang Hijrah Nabi Yang Perlu Diperbetulkan – Dr. Asri

Fakta Tentang Hijrah Nabi Yang Perlu  Diperbetulkan – Dr. Asri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya dari Kuala Lumpur. Saya nak bertanya sedikit mengenai satu ceramah yang saya dengar daripada ustaz di tempat saya. Ustaz itu mengatakan bahawa dalam hadis Bukhari, hijrah berlaku pada waktu siang. Namun, yang kita belajar di sekolah rendah dan menengah, hijrah itu terkenal berlaku pada waktu malam. Ini memang masyhur dalam kalangan masyarakat kita.

Jadi, saya nak musykillah mengenai perkara ini. Sepanjang kajian ustaz, adakah ustaz terjumpa tentang prosesan ini? Ustaz itu sendiri mendakwa bahawa kita punya sirah, seperti yang ditulis oleh Ibnu Ishak, dan mendakwa dia adalah ulama Syiah. Sejauh mana kebenaran tentang karyawan ini? Allahuakbar.

Bagi soalan yang berkaitan dengan hijrah Nabi, sebagai seorang Islam, kita kena lihat Imam Bukhari dalam hal riwayat yang datang daripada Ibnu Ishak. Bukhari ini, kalau dia ambil riwayat daripada Ibnu Ishak, dia akan ambil dalam kes marazi sahaja, dalam hal peperangan. Hijrah dan semua itu, dia tidak ambil. Sirah-sirah pun dia tidak ambil, tetapi dalam marazi, hal-hal yang berkaitan dengan peperangan, Ibnu Ishak adalah sahibul marazi. Dia memang imam yang hebat dalam hal-hal peperangan, dan riwayat yang dia bawa kita boleh pakai.

Bukhari hanya terima yang itu sahaja. Dalam bab hukum hakam sirah Nabi, hijrah waktu bila, Bukhari tidak pakai cerita Ibnu Ishak sebab dia dituduh sebagai Syiah. Dalam hal-hal yang berkaitan dengan marazi, Bukhari terima. Untuk hijrah, Bukhari tidak terima dan dia buat sendiri. Dalam satu tajuk, Bukhari menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW berpindah pada waktu tengah hari. Dia membawa cerita tentang Abu Bakar. Ketika Nabi datang ke rumah Abu Bakar, Abu Bakar berkata, “Eh, kalau dalam hal macam ni, waktu ini adalah waktu makan, mana boleh ganggu?” Biasanya, Nabi tidak datang waktu-waktu makan.

Namun, Nabi datang menunjukkan kepentingan perkara itu. Nabi pun memberitahu bahawa kita kena pindah, jadi pindah pada waktu itu juga. Dia tidak tunggu sampai malam. Kisah bahawa Nabi pindah pada malam itu adalah kisah yang tidak sahih. Kita kena ingat, kalau tidak sahih, ulama tidak akan menganggapnya sebagai sahih. Bukhari dalam sahihnya tidak akan mengambil kisah yang tidak sahih. Dia akan meneliti, apakah ulama berselisih pendapat atau tidak dalam bab tersebut. Jika ada khilaf, jika ada yang mengatakan ini sahih dan ada yang mengatakan daif atau matruk, Bukhari tidak akan pakai riwayat tersebut.

Jadi, dalam kisah tersebut, Bukhari menyatakan bahawa hijrah yang sahihnya berlaku pada waktu siang. Betullah apa yang anda dengar itu. Kisah yang mengatakan ia berlaku pada malam mungkin datang daripada riwayat Ibnu Ishak, di mana ada ulama yang mengatakan bahawa dia ini sebagai seorang yang mengubah akidah dan dituduh sebagai Syiah.

Wallahu a’lam. Itu saja.

Ada Orang Berhujah Tentang Halalnya Menyanyi

Ada Orang Berhujah Tentang Halalnya Menyanyi

Saya teringat ada orang bercerita yang ingin berhujah tentang halalnya menyanyi. Katanya, tak apalah menyanyi tu, boleh cari dalil lainlah, tetapi dia ni guna dalil yang tak betul. Dia berkata, cukuplah untuk membuktikan menyanyi itu boleh kerana Nabi sendiri memberi nama anaknya Ummu Kalsum, seperti penyanyi Mesir, Ummu Kalsum.

Baru 2-3 hari ni, yang Nabi zaman dulu sama dengan cerita ni, tak tahu tarikh yang mana dulu dan yang mana kemudian. Kemudian, takkanlah Nabi bubuh nama anak ikut nama penyanyi? Kadang-kadang, sebab itu manusia perlu belajar sejarah, kena belajar tentang tahun. Kita tak boleh cerita, misalnya, Alfonso De Alburque pun tiru Tok Wan aku. Jadi, kita kena tahu sejarah, yang mana dulu dan yang mana kemudian.

Kalau tak, jadilah macam sebahagian orang Malaysia yang pergi Mesir ditipu oleh orang yang suruh pergi cium tapak kaki yang ada di kubur Imam Syafie. Kononnya itu tapak kaki Nabi menziarahi kubur Imam Syafie. Imam Syafie lahir 150 tahun kemudian dan meninggal pada tahun 204 Hijrah. Takkanlah Imam Syafie mati dulu sebelum Nabi?

Perdebatan Tentang Syeikh Nazim Di Mesyuarat Jakim

Perdebatan Tentang Syeikh Nazim Di Mesyuarat Jakim

Jadi, antara hujah tu, saya tanya dia, “Apa? Siapa lantik Syeikh Nazim ni sampai jadi pemimpin manusia ni?” Dia kata, “Aa, dia memanglah, dia terimalah.” Dak, saya tanya, “Siapa lantik dia?” Dia mula-mula tu duk berat, tak berapa nak mahu jawab.

Yang betulnya, yang hangpa percaya ni, siapa lantik? Nabi lantik? Wah, sebut tu kemas eh. Nabi lantik? Nabi kalau nak lantik, mai kat mana? Depa kalau jumpa nabi, lepas lantik, mana pakai buah apa ni? Mimpinya? Nabi lantik?

Saya kata benda tu, saya kata, para sahabat telah berlaku sampai terlibat peperangan Aisyah dengan Ali dalam kes Saidina Osman. Sampai berperang Muawiyah dan Ali, sahabat pun ada yang keliru nak belah Aisyah ke nak belah Ali. Tak dak Aisyah ni bukan sekadar duk baca wirid banyak-banyak. Ni bukan Aisyah ni isteri Nabi, bukan sekadar pernah tengok Nabi, Nabi tidur dengannya, Nabi menidurinya, isteri Nabi.

Ali tu sepupu Nabi, Nabi sayang kat dia, pernah Nabi sentuh dia, jaga Nabi. Tak pernah depa ni semua tiba-tiba kata bahawasanya ni sebenarnya aku benar. Adi oi, malam tadi aku mimpi ah. Aku tanya Nabi sendiri, hang salah. Tak dak. Aisyah pun tak tahu. Dia pun menangisi penterlibatannya dalam peperangan tu. Ali pun menyesal kena terlibat dalam peperangan tu.

Sebab itu bahaya, tuan-tuan. Agama apabila tak pegang kepada sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT

Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT

Baru-baru ini, saya sebut kepada tuan-tuan tentang isu LGBT. Dahulu, sekitar 30 hingga 40 tahun yang lalu, LGBT dianggap sebagai sesuatu yang songsang dan haram. Orang ramai boleh sebut terang-terangan dan mengutuk perbuatan ini. Mungkin ada segelintir orang Melayu yang terlibat dalam parti tertentu yang membiarkan golongan pondan, tetapi majoriti masyarakat tetap menganggapnya haram. Orang boleh berceramah secara terbuka tentang keharamannya.

Namun, hari ini, jika tuan-tuan menjadi seorang ahli politik atau pemimpin negara, tuan-tuan tidak akan berani mengatakan bahawa LGBT ini haram dan dikutuk. Lihat sahaja Obama, yang kelihatan tegas, tetapi beliau sendiri tidak berani mengutuk LGBT. Begitu juga dengan David Cameron, yang dahulu mendakwa bahawa United Kingdom adalah negara Kristian, tetapi bila berdepan dengan isu LGBT, beliau tidak berani menentangnya. Paderi-paderi di kebanyakan negara turut menerima LGBT, dan jika pun mereka tidak menerima, mereka akan cuba bercakap secara berhati-hati, mungkin dengan menyatakan bahawa ia tidak sesuai dengan budaya kita di Timur, tetapi mereka tetap tidak berani menolaknya secara terang-terangan.

Saya Bukan Orang Parti, Tapi Ada Benda Saya Kena Bagitahu Tentang Menteri Besar Perlis

Saya Bukan Orang Parti, Tapi Ada Benda  Saya Kena Bagitahu Tentang Menteri Besar Perlis

Saya ni bukan orang parti, dan saya pun pernah mengkritik parti YB sebelum ni. Saya pun bukan jenis kaki pi puji orang kot depan. Tapi, saya katakan, kekuatan Perlis sekarang ni memang duduk pada MB, di samping Exco-exco lah. Bukan kerana latar belakang pi mengaji negeri orang putih ke apa, dak, tapi kerana sikap yang humble, tawaduk.

Nabi sebut, *”Man tawaduk alilah rafa’ahu Allah,”* siapa yang tawaduk kerana Allah, Allah angkat dia. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan. Orang Perlis ni, kita rasa tengok muka MB pun kita rasa memang kalau boleh nak tolong, kita nak tolonglah apa yang kita boleh tolong.

Sebab itu, itu semua satu pelajaran yang kita belajar. Kalau YB awal-awal abang kata dia tahu semua, tentulah kita susahlah nak tolong. Tapi rakyat Perlis, di dalam berbagai latar, rasa nak tolong YB dan kerajaan yang dipimpin olehnya.

Pernahkah Nabi Bercerita Tentang Cinta

Pernahkah Nabi Bercerita Tentang Cinta

Tuan-tuan, apabila kita bertemu seseorang yang dikenali dengan tok kenali, kita sering sangka baik. Orang Melayu mengenal tok kenali sebagai seorang yang soleh dan baik. Allah Ta’ala lebih mengetahui hakikat setiap orang. Pada zahirnya, tok kenali kelihatan sebagai orang yang baik, tulisan dan sumbangannya menunjukkan kebaikan. Ada yang berkata bahawa dia adalah wali, tetapi kita tidak tahu secara pasti. Namun, khabar-khabar yang beredar menggambarkan dia sebagai seorang yang soleh dan baik.

Kadang-kadang, kita tidak terlalu kuat dalam agama dan tok kenali juga bukanlah nabi. Mungkin dia seorang yang soleh atau wali, tetapi kita tidak tahu sepenuhnya. Perasaan dan tabiat ini sering berlaku apabila kita bertemu sahabat atau orang yang pernah bertemu Nabi SAW. Semua ingin tahu bagaimana Nabi SAW berinteraksi atau apa yang Nabi SAW katakan.

Sebagai contoh, apabila sahabat-sahabat Nabi SAW bertanya, “Apa yang Nabi SAW kata mengenai cinta atau kasih sayang?” mereka ingin tahu dengan lebih mendalam. Maka, Jibril AS bertanya, “Adakah kamu mendengar sesuatu semasa berada di majlis Nabi SAW?” Mereka menjawab, “Ya, kami bersama Nabi SAW ketika dalam satu perjalanan.”

Ulas Tentang Hasrat Nak Tanam Qur’an di Kutub Utara

Ulas Tentang Hasrat Nak Tanam Qur’an di Kutub Utara

Ada soalan. InsyaAllah, tuan-tuan, hari Jumaat ni tak ada. Hari Isnin seperti biasa. InsyaAllah, saya nak ulas sikit pasal lupa. Esok soal abang ni kena jawab, lapar tak clear. Dia telefon kita, kita tak setuju. Kawan nak pi ke kutub utara, dia nak tanam Quran di kutub utara. Quran yang tok guru dia bagi tu, nak pi tanam di salji sana.

Jadi kita kata, nak tanam siapa? Quran bukan diturunkan untuk tanam, untuk baca. Tanam Quran ni bukan lambang kemuliaan kepada Quran. Pi ambil tanam, takkan mulia. Tanam ni benda orang tak mahu pakai dah. Jadi adalah tokoh tertentu dia kata, ada orang, ada orang dalil dia, ada orang Mesir pi bulan, tak Quran, tak bulan. Maka dalil dia okey, kita ni dalil Quran dan hadis. Orang Mesir pi bulan tu bukan jadi dalil.

Ah, yang pentingnya dia telah tanya saya. Saya berpendapat tak perlulah buat apa dia walaupun niat dia mungkin baik. Pasal apa yang nak pi tanam Quran tu? Quran boleh duduk baca, pi tanam buat apa? Nak memuliakan orang Islam bukan dah. Islam tu mulia dengan pi tanam Quran. Nak memuliakan syariat Quran tu tegakkan. Ha, mulia Islam apa? Hak Quran kata tegakkan. Kalau pi tanam, dia takkan nak mulia.

Jadi itu kita tak setuju pandangan tu. Tanam Quran ini semua akan akhirnya menjadi satu pemahaman yang salah. Ah, yang karut. WalLah tak ada. Allahuakbar. Janganlah, janganlah, janganlah, janganlah, janganlah.

Cerita Yang Tidak Benar Tentang Saidina Umar

Cerita Yang Tidak Benar Tentang Saidina Umar

Saya dengar Umar masa jahiliah begitu juga dahsyat dia. Segala tenaga dia digunakan untuk keburukan. Tapi takde lah cerita saya dalam rumah bunuh anak dia tu. Ah, orang kita dia suka cerita cerita tu, tak sabit. Nah, senaman masa jahiliah, kononnya korek tanah tanam anak perempuan dia, semua anak perempuan dia dia bunuh. Nak tunjuk kawan manis, keras hati orang jahiliah bunuh anak perempuan, betullah. Tapi senaman bunuh kita tak tahu, tak dak, takde rekod. Kalau dia bunuh, yang kahwin dengan Nabi itu Hafsah binti Umar tu anak Saidina Umar. Kalau dia bunuh, macam mana yang besar kahwin dengan Nabi? Hafsah tu lahir semasa jahiliah.

Ada macam-macam cerita yang dikaitkan dengan Saidina Umar ni yang tak benar. Anak Saidina Umar minum arak lah, Saidina Umar pukul sampai mati. Mana ada dalam Islam pukul sampai mati? Ataupun berzina kononnya. Dia kata makan, suruh makan nasi dulu. Konon-konon cerita ustaznya tengok, balik-balik suasana rumah, tengok anak dia duk tengah makan nasi. Kita jaranglah berjumpa riwayat ni, sahabat ni makan nasi, makan roti je lah sebab dia dulu. Sebab dia sampai 100 rotan, sampai mati dalam Islam tuan-tuan. Orang yang berzina ni sebab 100 rotan tak mati. Angkat pun tak boleh lebih daripada hak. Dia tak boleh dipukul pada musim yang terlalu sejuk, tak boleh dipukul pada musim yang terlalu panas. Bukan nak membunuh.

Banyak cerita ni kutip, ustaz-ustaz jadi jadian ni dikutip ikut jalan cerita lah. Masjid jahanam orang ramai.

Soalan tentang Syiah

Soalan tentang Syiah

Satu lagi bab Syiah. Syiah yang mana saja yang mencerca sahabat kita panggil Rafidah, tidak diterima oleh ahli sunah. Cumanya, dahulunya ada perkataan tasyayur tu kadangkala merujuk kepada kelompok yang mereka ini mengatakan bahawasanya Ali adalah sahabat yang paling afdal selepas Abu Bakar dan Umar.

Dinamakan seperti mana yang disebut oleh sebahagian para ulama India, dinamakan sebagai Syiah Tafbilia atau Syiah Tahfizilia. Bukan umat India sahaja, mak Su ni pun, Muhyiddin ala Khatib pun sebut benda yang sama. Dia panggil Syiah Tahfizilia, Syiah yang mengafdalkan Ali di atas semua para sahabat yang lain kecuali Abu Bakar dan Umar.

Hadith Tentang Mulakan Sunnah Yang Baik

Hadith Tentang Mulakan Sunnah Yang Baik

Nabi berkata, “Man sanna fil Islam sunnatan hasanah,” yang bermaksud siapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah yang baik. Sunnah yang baik itu bukan merujuk pada perkara yang tidak ada, tetapi pada perkara yang Nabi telah ajar tetapi belum dilakukan oleh orang ramai. Contohnya, orang mati, patutnya keluarga yang tak mati menghantar makanan kepada keluarga si mati. Tapi dalam kampung kita, tok lebai masih pergi ke rumah si mati untuk makan sedangkan benda itu dilarang oleh hadis Nabi. Nabi menyuruh kita menyediakan makanan untuk kaum keluarga Jaafar yang telah meninggal.

Nabi berkata kepada sahabat-sahabat untuk menghantar makanan kepada keluarga Jaafar. Keluarga mereka dalam kesusahan. Namun, kita sering kali pergi ke rumah si mati, makan makanan di sana, sedangkan Jalil bin Abdillah al-Bajali berkata, “Kami menganggap berhimpun di rumah si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam meratapi kematian,” yang dilarang dalam Islam.

Di kampung kita, jika orang tak buat, kita yang mula buat. Jika ada orang mati, kita hantar makanan. Itu adalah sunnah Nabi. Bila kita memulakan perkara yang baik yang Nabi telah ajar tetapi orang tak buat, maka itu adalah sunnah hasanah.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak