Kita Ramai Penceramah Tapi Kurang Pendakwah
Saya baru balik dari … dua minggu lalu. Bila saya di sana, saya teringat tentang Abdul Rahman Sumayyah, seorang doktor yang membawa kesihatan, perubatan, dan dakwah agama. Jutaan manusia telah memeluk Islam di tangan beliau. Dia bukanlah seorang alim besar, tetapi keikhlasan adalah kekuatan utamanya.
Keikhlasan ini adalah perkara yang paling utama sekali. **”Innamal a’malu binniyat,”** semua orang hafal, tetapi untuk melaksanakan niat dengan ikhlas, ya Allah, kita perlu bertarung dengan diri sendiri. Pada mulanya ikhlas, tetapi apabila ada orang puji sedikit, hati kita mula terganggu. Kita bukannya kuat menahan diri, walaupun kita berdakwah dengan ikhlas. Alhamdulillah, kadang-kadang dalam dakwah, orang kena sindir sikit, kita pun mula berasa lemah semangat. “Aku tak mahu buat lagi,” fikir kita.
Walau bagaimanapun, kita mesti ingat, bahkan Nabi, insan terbaik, juga dikritik. Orang menuduh baginda gila, tukang sihir, dan sebagainya. Wahyu dari Allah dikatakan sebagai sihir, amalan syaitan. Kalau begitu sekali mereka mencaci Nabi, siapa kita untuk mengharapkan semua orang menyukai kita dalam berdakwah? Tiba-tiba, hari ini, ada orang yang berdakwah dengan gaya yang tidak mahu menyinggung perasaan orang lain. Sebab itulah dakwah kadang-kadang menjadi lelucon.
Tak Salah Ambil Duit Mengajar Agama
Pertama, kita perlu kembali kepada apa yang diajar dalam agama. Agama itu apa? Agama adalah sesuatu yang Allah bekalkan kepada manusia sebagai jalan hidup mereka. Jalan hidup ini bukan sahaja bermakna duduk di dalam bilik sahaja, manusia mesti bersosial. Sebab itu, solat di rumah pun sah, tetapi Allah suruh kita solat berjemaah kerana Allah menyuruh kita bergaul.
Agama menyuruh kita berjemaah kerana ia memupuk hubungan sosial. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam hidupnya bukan dalam kalangan golongan kecil sahaja, duduk di satu tempat tanpa bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang, saya minta maaf, saya rasa kurang munasabah apabila ada orang agama yang cuba menggambarkan Nabi itu hanya berjubah, berselendang, berserban, seolah-olah Nabi tiada kerja lain selain menjadi penceramah atau selebriti. Nabi bukan begitu. Nabi kadangkala memakai baju Yaman, kadangkala memakai jubah Rom, kadangkala memakai baju perang, kadangkala naik unta, dan kadangkala turun ke medan. Inilah realiti kehidupan.
Apabila kita cuba menggambarkan Nabi itu hanya dari satu sudut, ramai orang akan menganggap Nabi seperti seorang Shaolin yang hanya duduk di perkampungan tanpa keluar berinteraksi. Ini adalah tanggapan yang salah. Saya rasa kita perlu betulkan persepsi ini. Ahli agama, sama ada dia terlibat dalam perniagaan atau tidak, mesti hidup dalam masyarakat. Jika dia mengajar ajaran yang menyuruh masyarakat bermuamalah dengan cara yang betul, dia mesti melalui pengalaman tersebut untuk benar-benar memahaminya.
Saya Bukan Orang Parti, Tapi Ada Benda Saya Kena Bagitahu Tentang Menteri Besar Perlis
Saya ni bukan orang parti, dan saya pun pernah mengkritik parti YB sebelum ni. Saya pun bukan jenis kaki pi puji orang kot depan. Tapi, saya katakan, kekuatan Perlis sekarang ni memang duduk pada MB, di samping Exco-exco lah. Bukan kerana latar belakang pi mengaji negeri orang putih ke apa, dak, tapi kerana sikap yang humble, tawaduk.
Nabi sebut, *”Man tawaduk alilah rafa’ahu Allah,”* siapa yang tawaduk kerana Allah, Allah angkat dia. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan. Orang Perlis ni, kita rasa tengok muka MB pun kita rasa memang kalau boleh nak tolong, kita nak tolonglah apa yang kita boleh tolong.
Sebab itu, itu semua satu pelajaran yang kita belajar. Kalau YB awal-awal abang kata dia tahu semua, tentulah kita susahlah nak tolong. Tapi rakyat Perlis, di dalam berbagai latar, rasa nak tolong YB dan kerajaan yang dipimpin olehnya.
Mula-Mula Ikhlas, tapi Lepas Kena Puji
Niat yang pertama kita tu, dia suka ikhlaslah. Ya, pas tu korang boleh buat kerja tentang niat tu keluar ataupun ada perasaan macam mana.
Ibnu Rajab al-Hambali dalam bukunya “Jawabnya Al-Kalim” ada sebut perkara ini. Apa kata kita masa mula-mula nak buat memang lillahi Taala. Mai-mai kaki mana, duk pi puji kita pula, dia jadi lain. Hati tu jadi kacau, tapi memang lillahi Taala awal. Sebahagian para ulama menyebut pahala dia tidak mudarat, maksudnya tak jadi apa-apa. Maksud dia kekal dengan pahala dia cuma dia kuranglah berdasarkan adanya campur tangan hati dia tu. Aa, campur perasaan dia yang lain tu.
Jadi, kalau dia buat lillahi Taala, yang buat dia dapat lillahi Taala. Memang lillahi Taala, mari orang puji depa rasa syok sikit. Dan tabiat beza manusia bila kena puji dia rasa syok, tapi dia kena ingat lillahi Taala. Puji ni Tuhan bagilah kat dia. Tuhan puji, tapi dia sabar di atas puji tu. Dia jangan ubah niat dia lillahi Taala.
Dia nak bagi pula yang kedua, mesti dia ingat lillahi Taala. Manusia ni memang, tuan-tuan semua orang, apabila orang sebab semua orang bila orang puji memang dia suka dan agama pun tak nafikan tabiat orang. Tapi hendaklah yang pertama masa dia buat benda tu lillahi Taala. Bila orang puji, dia terima kasih, alhamdulillah. Aa, perasaan dia, tapi dia jangan akhirnya perasaan itu mengubah dia pada amalan yang lain, bertukar daripada yang ikhlas menjadi tak ikhlas.
Dah Mati tapi Filem ditayangkan lalu Berdosa
Ada beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan. Jika lakonan itu bukan lakonan yang berdosa, maka pelakon itu tidak berdosa. Namun, jika lakonan itu mengandungi dosa dan pelakon itu semasa hayatnya sudah menyatakan bahawa dia tidak suka dan telah bertaubat, maka dia tidak berdosa. Sebaliknya, jika sehingga dia mati dia memang suka filem itu terus disiarkan, maka dia berdosa.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa mayat diazab dengan sebab tangisan keluarganya. Namun, Aisyah radhiallahu anha membantah hadis ini. Beliau berkata, mana mungkin mayat diazab kerana keluarganya menangis? Itu dosa keluarga, bukan dosa mayat.
Para ulama membincangkan hal ini. Ibnu Qayyim dalam syarahnya tentang Sunnah Nabi Daud menyatakan bahawa sebabnya ialah kerana si mati reda dengan adat jahiliah di mana bila mati, orang upah menangis. Oleh kerana dia reda dengan perbuatan itu, maka dia juga menanggung dosa tersebut.
Buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat
Ada buku yang diharamkan kadang-kadang tanpa alasan yang kuat. Saya juga ingin komen salah satu buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Pelik tapi benar, dalam solat saya tengok buku tu tak ada apa-apa. Diceritakan soalan Nabi yang budak-budak kadang-kadang Rasulullah. Memang benar Rasulullah pernah dukung cucunya, Umama binti Abi As, solat dukung cucunya. Benar, ada dalam Sahih Bukhari.
Orang yang mengaji hadis tahu semua benda ni. Pergerakan dalam solat yang diizinkan, baca di dalam satu sunnah. Seksaan tengok buka pintu dalam solat pernah berlaku, Rasulullah memang ada dalam hadis. Penulis tu tak bohong. Tapi oleh kerana panel itu rasa keliru, dia kata buku diharamkan kerana mengelirukan. Dia keliru, dia haramkan buku tu. Awak keliru, awak patut rujuk pada hadis. Kemudian awak keliru, awak haramkan bahan. Jadi semua bahan diharamkan.
Saya solat Subuh tapi saya tak baca Qunut. Sah tak solat saya tu?
Jawabnya Kita tengok dulu Qunut tu benda hukumnya rukun sembahyang ke syarat sah sembahyang ke sunat ke? Jawabnya, Qunut Subuh adalah sunat sembahyang, bukan rukun sembahyang. Sunat sembahyang sahaja, bukan rukun sembahyang. Jadi, sunat sembahyang ni kalau kita tak buat, tak batal pun sembahyang kita
Pengen Hidup Sederhana, tapi Teman-Teman Ngeledek
Ya, hemat bagus, hemat sederhana. Yang tidak perlu, tidak usah. Saya tidak suruh beli mobil mewah, tidak suruh beli kulkas mahal-mahal. Sederhana. Tapi kalau orang ada keperluan dan dia mampu, tidak dia lakukan itu, namanya pelit. Nah, kalau antum memang tidak merasa membutuhkan kulkas,
Hukum Adik Beradik Tinggal Serumah Tapi Tidak Bercakap
Kalau mereka tidak bercakap tanpa niat, bukan kerana nak pulau, hanya kerana masing-masing sibuk dan tiada masa nak bersembang, itu tidak berdosa. Tapi, kalau mereka sengaja tak mahu bercakap, yang itu berdosa. Quran dan hadis memberi peluang untuk tidak bertegur sapa selama 2 hari,