Maksud Cegah Menggunakan Tangan

Maksud Cegah Menggunakan Tangan

Ubah dengan tangan ni ada banyak maksud. Yang pertama, mungkin penguasa mengubah dengan kuasa. Tangan juga boleh bermaksud kuasa, ataupun kita tengok orang nak pukul orang zalim, kita tahan dengan tangan kita supaya dia jangan pukul orang tu. Nak pergi ambil harta orang, kita pegang dia, jangan main. Ini semua bermaksud ubah dengan tangan. Ataupun, orang tu nak pergi pukul orang, kita tahan dia supaya dia tak boleh pukul orang. Ini ubah dengan tangan.

Kita tak adalah orang tu nak buat salah, tengok-tengok orang tu tak pakai tudung, kita bagi buah penampar, bukan itu maksud dia. Aa… Ini bukan itu maksud dia. Dia hendaklah setara dengan apa benda tu. Sebab tu Nabi kata, ubah dengan tangan tu kalau dengan kuasa ataupun benda tu… apa nama… awak khususnya tentang hal kecurian, khususnya tentang hal menzalimi orang lain, khususnya juga tentang jihad apabila wilayah Islam diserang, maka kita keluar mempertahankan dengan pedang ataupun dengan senjata. Itu semua bermaksud ubah dengan tangan.

Fa illam yastati’, fa bilisanihi. Jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya iaitu lidahnya. Fa illam yastati’, fa biqalbihi. Jika tak mampu, dengan jantung hatinya, yang demikian itu selemah-lemah iman. Maksudnya, jika dia lihat kemungkaran, kata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarah Sahih Muslim, dia menyatakan, jika kita ada pengetahuan, kita tengok seorang jual beras, buat contoh beraslah contoh untuk kita, atau menjual apa-apa. Dia telah jual barang yang kualitinya buruk, tapi dia bagi kata kualitinya bagus. Orang tu tak tahu, dia sangka, “Oh, memang bagus.”

Angkat Tangan Tak Doa Ketika Khutbah Jumaat?

Angkat Tangan Tak Doa Ketika Khutbah Jumaat?

Doa ketika Jumaat, adakah perlu angkat tangan?

Apa maksud doa ketika Jumaat ini? Doa ketika khatib baca khutbah, dalam hadis Muslim, Nabi tidak angkat tangan. Pada zaman sahabat, mereka melihat pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, ada orang yang mengangkat tangan ketika khatib baca khutbah. Sebagai contoh, apabila khatib baca doa seperti “Allāhumma alaihi muslimīn,” mereka angkat tangan. Namun, ada sahabat yang menyebut bahawa pada zaman Rasulullah, khatib tidak mengangkat tangan ketika berdoa dalam khutbah.

Sebab itu, pada zaman dahulu, khatib-khatib di Malaysia yang berpegang pada mazhab Syafie tidak pernah mengangkat tangan ketika berdoa dalam khutbah. Pandangan Imam Syafie memang tepat kerana tidak ada hadis yang menyokong perbuatan mengangkat tangan ketika berdoa dalam khutbah.

Namun, pada masa sekarang, ada khatib yang mengangkat tangan kerana mereka mungkin tidak tahu dan terus menjadi khatib tanpa mempelajari adab-adab yang sebenar. Sebenarnya, tidak ada keperluan untuk mengangkat tangan ketika berdoa dalam khutbah Jumaat. Sebahagian mazhab mungkin ada yang menyuruh angkat tangan, tetapi hadis yang menyokong perkara itu tidak kuat. Oleh itu, khatib tidak sepatutnya mengangkat tangan dan makmum juga seharusnya tidak mengangkat tangan. Cukup dengan hanya menyebut “Amin, amin, amin.”

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Sebenarnya tak angkat. Tak ada yang suruh angkat. Ada kaum dalam sebahagian mazhab yang sebut angkat tapi tidak kuat hadis tu menunjukkan tak angkat. Khatib tidak angkat dan makmum juga sepatutnya tak angkat. Memadai dengan kata amin, amin, amin.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak