Saidina Umar pada Tahun Panas Kemarau
Kita membaca sirah orang-orang yang terdahulu daripada kita, seperti Umar bin Khattab radhiallahu anhu, yang terkenal dengan keadilannya. Salah satu peristiwa yang terkenal pada zaman pemerintahan Umar bin Khattab ialah tahun *Amul Ramadah*, yang juga dikenali sebagai tahun panas dan kemarau. Ramai rakyat ketika itu tidak mempunyai makanan. Umar tidak akan makan melainkan setelah beliau memastikan semua rakyatnya telah makan. Dikatakan bahawa pada tahun kemarau tersebut, kulit Umar menjadi kuning kerana kurang makan.
Apabila Umar dijamu di tempat-tempat tertentu sebagai khalifah, dan melihat ada rakyat yang tidak makan, dia akan menolak untuk makan. Beliau berkata, “Alangkah buruknya aku ini sebagai pemerintah jika aku makan yang sedap-sedap sedangkan rakyatku dalam kesusahan.” Keadaan ini menunjukkan betapa soleh dan waraknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab. Allahuakbar.
Suatu hari, apabila orang memintanya makan, Umar menjawab, “Bagaimana aku dapat memahami perasaan rakyatku jika aku tidak merasai penderitaan yang mereka rasakan?” Kewarakkan Umar sampai ke tahap bahawa ketika beliau berjalan, perutnya berbunyi kerana kelaparan. Dalam bahasa Arab, bunyi ini disebut “qarqar”. Ketika perutnya berbunyi, Umar berkata kepada dirinya, “Wahai Umar, biarlah perutmu berbunyi apa saja yang ia mahu. Demi Allah, engkau tidak akan memakan makanan yang sedap melainkan setelah rakyatku dapat memakannya.”
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Tidak Dari Nabi SAW
Sesetengah orang telah salah faham terhadap hadis ini. Apabila datangnya musim hijrah, kerana kita ada Maal Hijrah, Malaysia ni lain sikit, istimewa. Satu-satunya negara dalam dunia yang ada Maal Hijrah. Apabila datangnya Maal Hijrah, ha ni pasal RTM ada, saya kena sebut.
Tidak ada dalam agama ini yang dikatakan upacara doa awal tahun dan akhir tahun. RTM kena siap cepatlah ni supaya rakyat Perlis dengar. Dengan ini, maka mufti Perlis mengisytiharkan segala upacara awal tahun dan akhir tahun yang dibuat doa khas dan ibadat khas tidak pernah datang daripada tunjuk ajar nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ha, tak ada. Kalau ada, boleh ke sahabat dulu? Tarikh hijrah ni pun sebagai penentuan tahun ditentukan pada zaman Saidina Umar, bukan pada zaman nabi pun.
Tuan-tuan pun tahu dalam sejarahnya, kan? Saidina Umar yang berunding nak tentukan hari lahir nabi ke, hari nabi diutuskan ke, hari hijrah nabi ke. Ha, kalau ada awal dulu hat awal tahun tu, tentu dah tak bincang dah masalah ni. Tentu dah tak bincang.