Beramal untuk Syurga Itu Syirik? – Dr. Asri
Tuan-tuan, kita ada Bukhari, kita ada Muslim. Saya dukacita, tak ramai. Saya tak tahu tempat tuan-tuan, kenapa tak mengajak? Sahih Bukhari dan Muslim adalah kitab yang penting. Bacalah sahih Bukhari, baca kitab solat di dalam sahih Bukhari. Macam mana solat dalam sahih Bukhari? Kita tak mahu. Kita kata, “Oh, imam-imam yang besar seperti Imam Bukhari, ha, baca kitab dia.” Duk ada, bukan kitab dia tak ada. Kita tak baca. Tetapi bila nak baca bab solat, kita pun carilah kitab perukunan. Kita ni tak boleh baca kitab besar-besar, dia kata nanti sesat.
Ini satu ajaran yang cukup bahaya. Bahkan, orang Melayu ada yang menghina Al-Quran. Dia kata Yasin ni bukan boleh baca banyak-banyak, panas. Dia kata, kalau baca banyak-banyak jadi gila. Islam adakah baca Quran jadi gila? Sedangkan Quran adalah Syifa, bahkan Quran adalah pengubat. Jadi, ini kepercayaan yang seperti ini? Bacalah, cari guru hadis. Ajar hadis, baca hadis. Tengok sama dak hak dalam hadis yang kita duk buat. Jangan kira dia, “alah, itu nabi kata.”
Ustaz-ustaz kita kata kita kena amalkan. Ustaz-ustaz kita, ha, kalau macam tu, beratlah tuan-tuan. Nabi pun dia tak sebelah. Ha, ini, tuan, nabi kata ni. Dah ustaz-ustaz dah kata, “Dah kena ikutlah.” Ustaz-ustaz ini, nabi, kalau lebih besar ustaz. Kalau lebih besar daripada nabi, ya Allah, ya Tuhan. Wahai orang beriman, jangan kau mendahului Allah dan rasul-Nya. Saya takkan tahu ustaz tu salah. Kebanyakan ustaz sebut tu betul, banyak yang betul. Saya bukan kata salah, tetapi kalaulah berlaku salah, janganlah kita nak ikut juga.
Nanti, kalau ustaz kata, “Ha, siapa yang beribadah dalam harapkan syurga, masuk neraka, syirik,” kita pun percaya syirik. Ini satu perkara yang harus kita renungkan. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta mempelajari dengan baik agar tidak tersalah langkah. Setiap kata yang diucapkan oleh ustaz perlu diselidik dan dibuktikan dengan hujah yang jelas. Marilah kita berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik, yang berpegang kepada ajaran yang benar.
Syirik, Khurafat dan Falsafah
Apabila kita kritik, bukan kita marah you mengaji sifat 20 tapi kita suruh you tarkis fokus kepada masalah tauhid dan syirik. Sifat 20 tu pengajian falsafah setelah masuknya falsafah Greek Yunani. Lalu ada orang Islam cuba nak berfalsafah, lalu dia ada Tuhan ada lawan, tiada dengar lawan pekak. Itu kemudian, kemudian benda tu datang kemudian. Tak ada kiraan seperti itu. Para sahabat yang duduk sekejap dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat mengislamkan kaumnya keseluruhannya di atas kejelasan akidah yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tujuh Dosa Besar, Pertama Syirik
Cuma kita kadangkala gagal untuk membezakan dosa ini sehingga kita menganggap bahawasanya si yang mensyirikkan Allah itu lebih ringan kesalahannya daripada orang yang membuat perkara-perkara yang syirik. Itu besar dalam agenda kita, maka kita mesti hapuskan semua amalan syirik ini. Sebab tu kita tentang tangkal-mangkal, kepercayaan bomoh tak bomoh, khurafat, karut marut, perkara-perkara yang seperti ini.
Aa, ini ada pula nak buat apa, nak pergi kubur tok wali tu, kubur tok wali ni. Sekarang ni mula timbullah gunung kubur di Singapura tu. Kononnya ramai sungguh orang datang dan kita mesti makmurkan dia. Dah ada kempen di Malaysia ni, aa banyak dah hajat yang tertunai di sana. Tambah kubur apa, syeikh manakah, Said manakah, nanti aa lagilah lebih datang. Kita kata manusia hanya memohon kepada Allah Subhanahuwataala.
Em, kalau betul nak buat operasi tangkap orang belakang pintu, lebih baik pi tangkap orang melakukan syirik di tempat-tempat amalan-amalan yang seperti tu. Pi kat Pulau Besar Melaka tu, tutup dia. Ha, itu syirik kepada Allah Subhanahuwataala. Ha, Habib Nuh Singapura, Habib Nuh, ya. Ramai terpaksa buat kutipan sedekah untuk memakmurkan makam Habib ni. Ya, saya baru balik baru ni.
Betulkah Salam Membongkok Syirik?
Aa, hukumnya haram kalau kita rukuk seperti rukuk sembahyang. Contoh, raja duduk depan kita, sampai berhormatnya dengan rukuk macam rukuk sembahyang, haram. Tapi kalau tunduk sujud, kafir. Ha, itu ada disebut ulama, faham aa. Tetapi kalau orang duduk belaka, kita berjalan berdiri, maka kita bongkokkan badan,