Betulkah Dr Maza Mensyirikkan Pengamal Selawat Syifa
Apakah hukum Selawat Syifa? Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa Doktor Maza mensyirikkan orang yang beramal dengannya?
Ini adalah isu yang perlu difahami dengan jelas. Dalam ajaran Islam, ada kaedah yang digunakan dalam menentukan hukuman, contohnya: “pencuri dipotong tangan.” Namun, adakah semua pencuri dipotong tangan? Jawapannya tidak. Hukuman tersebut hanya dijalankan apabila cukup syarat-syaratnya.
Selawat Syifa ini bukanlah isu yang saya katakan sendiri, tetapi merupakan keputusan fatwa. Jika seseorang mengamalkan Selawat Syifa dengan kesedaran dan maksud bahawa yang menyembuhkan adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka tindakan itu boleh dianggap sebagai kesalahan. Namun, jika seseorang mengamalkan selawat ini tanpa maksud sedemikian dan tidak memahami bahawa ia mengandungi unsur yang boleh dianggap syirik, maka baginya terdapat keuzuran, seperti mana keuzuran yang diberikan kepada orang yang mengamalkan sesuatu perkara atas dasar sangkaan yang salah.