Perdebatan Tentang Syeikh Nazim Di Mesyuarat Jakim
Jadi, antara hujah tu, saya tanya dia, “Apa? Siapa lantik Syeikh Nazim ni sampai jadi pemimpin manusia ni?” Dia kata, “Aa, dia memanglah, dia terimalah.” Dak, saya tanya, “Siapa lantik dia?” Dia mula-mula tu duk berat, tak berapa nak mahu jawab.
Yang betulnya, yang hangpa percaya ni, siapa lantik? Nabi lantik? Wah, sebut tu kemas eh. Nabi lantik? Nabi kalau nak lantik, mai kat mana? Depa kalau jumpa nabi, lepas lantik, mana pakai buah apa ni? Mimpinya? Nabi lantik?
Saya kata benda tu, saya kata, para sahabat telah berlaku sampai terlibat peperangan Aisyah dengan Ali dalam kes Saidina Osman. Sampai berperang Muawiyah dan Ali, sahabat pun ada yang keliru nak belah Aisyah ke nak belah Ali. Tak dak Aisyah ni bukan sekadar duk baca wirid banyak-banyak. Ni bukan Aisyah ni isteri Nabi, bukan sekadar pernah tengok Nabi, Nabi tidur dengannya, Nabi menidurinya, isteri Nabi.
Ali tu sepupu Nabi, Nabi sayang kat dia, pernah Nabi sentuh dia, jaga Nabi. Tak pernah depa ni semua tiba-tiba kata bahawasanya ni sebenarnya aku benar. Adi oi, malam tadi aku mimpi ah. Aku tanya Nabi sendiri, hang salah. Tak dak. Aisyah pun tak tahu. Dia pun menangisi penterlibatannya dalam peperangan tu. Ali pun menyesal kena terlibat dalam peperangan tu.
Sebab itu bahaya, tuan-tuan. Agama apabila tak pegang kepada sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Syeikh al-Albani Mengkritik Sahih Bukhari
Tentang Al-Bani, soalan ini agak “high level.” Al-Bani merupakan salah seorang pengkaji hadis yang terkenal. Beliau telah mengkaji banyak hadis dan mengklasifikasikannya dengan memberikan penilaian terhadap status hadis tersebut, sama ada ia sahih, lemah, atau daif. Tashih Al-Bani, yang bermaksud penilaian beliau terhadap hadis-hadis ini, diiktiraf oleh ramai ahli hadis lain yang turut mengkaji dan mendapati bahawa beliau memang alim dalam bidang ini, termasuk kawan dan lawannya.
Contohnya, Ahmad Al-Humari, yang tidak sehaluan dengan beliau, juga mengakui kelebihan Al-Bani dalam bidang hadis. Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa kadangkala hukuman yang diberikan oleh Al-Bani terhadap status hadis mungkin tidak diterima oleh orang lain, mungkin kerana terdapat terlepas pandang atau hal-hal tertentu. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada Al-Bani, tetapi juga kepada ahli hadis lain sebelum ini seperti Ibnu Hajar. Banyak hadis yang dihukum sahih oleh Ibnu Hibban, sebagai contoh, tidak diterima oleh kebanyakan ulama kerana apabila mereka mengkaji semula hukuman tersebut, didapati ada faktor-faktor tertentu dalam rowi (periwayat) atau sanad (rangkaian periwayatan) yang menyebabkan hadis itu dianggap lemah atau sebaliknya, lebih kuat.