Cerita Pelik Memang Orang Suka?
Ulama-ulama dulu, saya nak sebut, Ibnu Jauzi, sebelum saya nak bagi balik kepada pengerusi, al-Imam Ibnu Jauzi, dia tulis buku dan kritik tentang orang yang penceramah dan pencerita penglipur lara. Begitu juga ulama hadis dan tokoh ilmu seperti Ishak bin Ahmad al-Alasi. Tokoh dalam mazhab Hambali terkenal yang memberikan salah kepada Ibnu Jauzi. Mereka berkata kepada Ibnu Jauzi bahawa ceramah hang tu ada mengarut, ceramah hang tu ada benda yang tak betul. Jika hang tak tarik balik atau tak taubat, kami akan tulis poin-poin ceramah hang yang tak betul. Padahal, Ibnu Jauzi sendiri banyak mengkritik orang lain, tetapi maksudnya, di antara ketika Ishak bin Ahmad al-Alasi menulis, dia kata, antaranya sebabnya dia tulis ialah kerana nak jaga supaya jangan jadi macam Bani Israel. Kanula ya tanah hawaan munkarin falu, mereka itu tidak menghalang kemungkaran yang dilakukan.
Padahal, tokoh besar tu maksudnya kita mesti, apabila orang tanya pasal apa buat majlis malam ni, kita mesti mengingatkan golongan-golongan penceramah. Bukan kita benci kat mereka, kuliah ni nasihat tu perlu, tetapi mencampurkan dengan kisah-kisah mengarut ini merosakkan agama.