Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat

Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat

Bolehkah kita menggantikan surah lain daripada Surah Sajdah pada pagi Jumaat yang ada ayat untuk sujud?

Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak ada gesaan khusus daripada Nabi untuk membaca surah yang ada sujud sajdah pada pagi Jumaat. Namun, dalam hadis yang sahih, iaitu hadis Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada waktu fajar hari Jumaat surah “Alif Lam Mim Tanzil” (Surah Sajdah) dan “Hal Ata Alal Insan” (Surah Al-Insan), seperti mana yang sering dibaca oleh imam-imam kita.

Maka, para ulama menyatakan bahawa pada pagi Subuh hari Jumaat, memang disunatkan membaca Surah Sajdah, iaitu “Alif Lam Mim Tanzil”, dan kemudian membaca “Hal Ata Alal Insan”. Ini adalah sunnah.

Sekiranya seseorang tidak membaca surah-surah tersebut dan memilih untuk membaca surah lain yang juga mempunyai ayat sujud, adakah ia digalakkan? Tidak, tidak digalakkan untuk sengaja mencari surah lain yang ada sujud pada pagi Jumaat. Imam As-Suyuti Rahimahullah ada menukilkan pendapat ulama yang mengatakan bahawa jika tidak membaca Surah Sajdah, carilah surah lain yang ada sujud. Namun, pendapat itu tidak disetujui oleh majoriti ulama. Bahkan, Imam Nawawi dalam karyanya menyatakan bahawa itu termasuk dalam bidaah, dan mazhab Syafie serta para ulama lain juga berpendapat demikian.

Rapatkan Saf dan Sujud Sajadah

Rapatkan Saf dan Sujud Sajadah

Didapati setengah jemaah wanita enggan merapatkan saf. Rapatkan saf adalah sunnah sama ada lelaki ataupun wanita.

Bolehkah hanya bertasbih dan tak mahu sujud sajadah? Kita dapati hadis sujud walaupun ada pendapat sebahagian para ulama tak mahu kita sujud. Setengah ulama sebut kata kita diam sebagai hormat ayat sajadah, tapi ada dalam hadis kita sujud. Maka, bersujudlah apabila lalu ayat sajadah.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak