Sudah Solat Tahiyatul Masjid, Perlukah Ulang Semula Jika Keluar Masjid Untuk Berwudhu?
Jika dia keluar daripada masjid untuk mengambil wuduk di luar, dan kemudian masuk semula ke dalam masjid, dia perlu kembali menunaikan solat tahiyatul masjid.
Para ulama berbeza pendapat tentang solat tahiyatul masjid ini. Ada yang mengatakan ia adalah solat khas, manakala yang lain berpendapat apa-apa saja solat yang ditunaikan sebelum duduk di dalam masjid sudah memadai. Secara umumnya, apa-apa solat yang ditunaikan sebelum seseorang duduk di dalam masjid dianggap sah sebagai tahiyatul masjid. Maksudnya, seseorang itu tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid dan terus duduk tanpa menunaikan solat terlebih dahulu.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, disebutkan bahawa seorang lelaki datang dan masuk ke dalam masjid, kemudian terus duduk sedangkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lalu berkata, “Bangun dan solatlah dua rakaat,” sedangkan baginda sedang berkhutbah. Maka, pendapat yang kuat dalam masalah ini, termasuk dalam mazhab Malik, adalah bahawa sesiapa yang masuk ke dalam masjid hendaklah solat sebelum dia duduk.
Jangan Lakukan Perbuatan Ini Jika Anda Musafir Dan Solat Jamak Qasar Di Masjid
Pertama, kita mampu untuk sembahyang dulu Maghrib tiga rakaat, kemudian ikut imam sembahyang Isyak. Itu lebih baik kerana mengikut tertib di sisi sebahagian ulama yang mengatakan pentingnya mengikut tertib waktu. Tetapi dalam mazhab Syafie, mereka mengutamakan waktu solat. Maksudnya, kalau sudah masuk waktu Isyak, sembahyang Isyaklah dulu. Itu pandangan mazhab Syafie. Jadi, kalau waktu Isyak, sembahyang Isyak dulu baru sembahyang Maghrib. Dalam mazhab Syafie, memang begitu. Mana-mana yang tuan-tuan buat, solat berkenaan tetap sah.
Yang tidak boleh, dia mai mai sembahyang berjemaah, tapi dia buat jemaah lain dulu sebelum jemaah yang betul, kemudian dia keluar. Itu tak boleh. Satu lagi, jika sekiranya dia duduk dalam masjid dan sudah sembahyang, kemudian orang azan, dia tak keluar. Dia sembahyang bersama imam, walaupun dia sudah sembahyang sebelumnya. Jadikan sembahyang itu sebagai sunat, dan ikutlah imam.
Kenapa Solat Terawih Sedangkan Belum Puasa Lagi
Dalam Islam, kita berdasarkan kalendar kamariah. Hari dalam perkiraan Islam bermula dengan masuknya waktu Maghrib. Apabila Maghrib masuk, hari baru bermula. Sebab itu, kita buka puasa selepas masuk waktu Maghrib kerana waktu itu menandakan hari yang berikutnya telah bermula. Dengan masuknya waktu Maghrib, sebenarnya Ramadan telah bermula dan hari sebelumnya telah berakhir, yang mana ia berakhir dengan waktu Asar.
Maka, berdasarkan itu, Ramadan telah masuk dan tarawih boleh dilaksanakan pada malam Ramadan, walaupun puasa bermula keesokan harinya. Walaupun ada kaum yang mungkin mempunyai pandangan berbeza, kebanyakan para ulama berpandangan bahawa tarawih boleh dimulakan pada malam tersebut, dan pendapat ini dianggap lebih sahih dalam masalah ini.
Tentera Bersniper Perlu Batas Pergerakkan Dan Solat Hormat Waktu. Perlukah Qadha Kembali?
Yang pertama, jika sekiranya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Iza Amar tukum bi syai’in fa’tu minhu maastata’tum,” yang bermaksud “Apabila aku perintahkan kamu dengan satu perkara, lakukanlah dengan kadar yang kamu mampu.” Bila sampai waktu solat, kita solat dengan kelonggaran yang telah disebutkan tadi.
Pertama, dia boleh jamakkan solat. Misalnya, jika dia tahu hanya ada ruang masa tertentu dan selepas itu pergerakannya sangat terbatas, dia boleh solat Zuhur dan Asar secara jamak ketika waktu Zuhur. Begitu juga, jika pada waktu Maghrib, dia boleh solat Maghrib dan Isyak sekali gus.
Jika pada waktu Zuhur dia tidak ada peluang untuk solat, dia boleh takhirkan solat Zuhur pada waktu Asar, atau solat Maghrib pada waktu Isyak, jika dia rasa nanti akan ada peluang. Jika sekiranya dia terpaksa duduk setempat dan tidak boleh bergerak, dia solat dengan hanya menggunakan kadar kemampuan untuk bergerak.
Kalau dia tidak boleh rukuk, dia rukuk dengan kadar yang dia mampu, seperti orang sakit. Jika dia tidak boleh sujud, dia sujud dengan kadar yang mampu seperti orang sakit. Kalau dia tidak boleh menunjukkan pergerakan yang nyata, dia solat dengan kadar yang mampu. Kalau dia mampu menghadap ke arah kiblat, maka dia menghadap ke arah kiblat.
Geng Perlis Lepas Solat Tak Berzikir, Itu Tidak Benar
Lepas sembahyang, dia kata, “Geng Perlis pas sembahyang tak berzikir juga tidak benar.” Tengok zikir, ada atau tidak, kan? Itu perkara besar. Tapi pasal apa, pelan kita mazhab Syafie?
Cuba baca kitab, al-Imam Syafie kata apa. Imam Syafie suka supaya di’sir’kan zikir selepas daripada solat. Hmm, bahkan demikian yang disebut oleh para ulama dalam mazhab Syafie.
Bolehkah Solat Terawih Di Waktu Maghrib?
Pertama sekali, kita perlu fahami bahawa perkataan “solat tarawih” walaupun digunakan pada zaman salaf, istilah yang digunakan dalam hadis ialah qiyam Ramadan, iaitu “man qama Ramadan,” yang bermaksud sesiapa yang mendirikan (solat) pada bulan Ramadan. Qiyam dalam konteks ini merujuk kepada semangat solat sunat yang didirikan pada waktu malam. Walaupun solat Aisyah (Isyak) termasuk dalam pengertian ini, solat yang menghidupkan malam yang dimaksudkan ialah malam selepas masuknya waktu Isyak, menurut pandangan kebanyakan para ulama.
Oleh itu, hendaklah seseorang itu menunggu untuk menghidupkan malam tersebut sehingga masuknya waktu Isyak. Walaupun ada pandangan lain, namun pendapat ini lebih mendekati apa yang ditunaikan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga menyukai untuk melewatkan solat Isyak, kerana ia disukai dan selepas itu baru ditunaikan solat malam ataupun qiyam bagi malam Ramadan.
Dengan itu, Allah Taala a’lam. Walaupun terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam hal ini, sebaiknya solat tarawih ditunaikan selepas masuknya waktu Isyak.
Solat Salah Qiblat
Saya pelajar di ibu negara, seorang pelajar universiti di ibu negara. Suatu ketika, selesai bersembahyang Asar, saya tersalah kiblat. Ketika itu, saya menunggu KTM dan takut terlepas tren tersebut. Adakah saya perlu mengulangi solat semula?
Tidak perlu, jika kita sudah berijtihad dan yakin, itu sudah memadai. Dalam hadis Nabi, ada sahabat yang bersembahyang dengan kiblat yang berbeza berdasarkan ijtihad mereka, dan Nabi tidak menyuruh mereka mengulang solat. Apabila turun ayat Quran yang mengubah kiblat, mereka juga tidak mengulang solat rakaat yang awal yang mereka solat.
Agama Allah Ta’ala bukan untuk menghukum kita, tetapi untuk melihat apa yang kita buat berdasarkan arahan-Nya. Kadang-kadang kita tidak perlu mengulang solat. Ada orang yang naik kapal terbang dan bertanya tentang menghadap kiblat. Jika mereka boleh agak kiblat, itu sudah memadai. Jika tidak, mereka solat dengan menghadap arah yang difahami sebagai kiblat. Allah berfirman, “Fawallu Wujuhakum Syatral Masjidil Haram” yang bermaksud hadapkan muka kamu ke arah Masjidil Haram, bukan semestinya tepat ke arah Masjidil Haram.
Solat Sunat Tasbih
Apakah pandangan saudara tentang solat sunat tasbih yang dilakukan oleh anak muda Malaysia? Mereka telah bertanya, dan kita telah menjawab. Mungkin ini adalah perkara baru untuk tahun ini.
Adakah amalan solat sunat tasbih ini disebut dalam hadis? Solat ini disebut dalam hadis Ibnu Majah dan dianggap sebagai hadis terpuji. Walaupun ada kalangan ulama terdahulu seperti Imam Ibn Qayyim dan Imam Syafi’i yang membaifkan solat ini, para ulama hadis secara majoritinya menyatakan bahawa hadis ini sekurang-kurangnya berada pada darjat Hassan. Di antara mereka yang mengiktiraf hadis ini adalah Syeikh Nasruddin al-Albani Rahimahullah.
Bagi amalan solat tasbih, ia boleh dilakukan dengan stabil. Cumanya, amalan solat tasbih yang khusus pada hari raya, misalnya, adalah sesuatu yang tidak ada dasarnya. Ini mungkin merupakan produk yang berasal dari Penang. Saya ingat, amalan ini mula diperkenalkan di Penang, tetapi rakyat di Perak telah berubah.
Bermusafir dan Solat Qasar
Agama ini mudah, ada roh sah dia, ada kelonggaran-kelonggaran yang diberikan oleh syarak. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyukai kita mendatangi kelonggaran-kelonggaran tersebut. Ada kelonggaran yang dia bagi apabila kita musafir. Dia bagi supaya kita untuk qasar, kita qasarlah.
Semua orang, “Oi, aku tak mahulah,” dia kata. Bukan susah mana pun. Memang tak mahukan susah mana, tapi tunjuk ajar nabi. Baginda tidak pernah musafir melainkan baginda mengkasarkan solatnya. Kita tidak lebih baik daripada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hukum Qadha Solat
Satu lagi soalan. Apa panjangnya satu muka surat penuh nanti. Ah, kita jawab sekali lagi. Nak mai tulis hukum bagi seorang yang bersolat tetapi sekiranya ada suatu hal, dia memilih untuk qada solat dan terus dengan urusannya sama ada sengaja atau tidak. Contoh: tidak mahu meninggalkan kerja dan masuk waktu Asar, tapi dia qada dalam waktu Maghrib. Haram dan melakukan dosa besar. Mana boleh? Dia tak boleh meninggalkan solat.
Kalau dia ada masalah yang kritikal, misalnya dia kena ambil satu peperiksaan yang start pada pukul 4.00 petang hingga pukul 8.00 malam, kita kata dia jamak takdim.
Kalau sekadar dia masa tu duk meniaga laku ke apa, itu tak boleh jadi alasan. Itu tak mudarat apa untuk dia. Orang kita banyak silap. Gantung di dinding, “Waman yattaqillaha yaj’al lahu makhraja wayarzuqhu min haythu la yahtasib.” Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah bagi jadi pada dia jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dengan jalan yang dia tak sangka.