Adakah Sifat Allah Hanya 20 Sahaja?

Adakah Sifat Allah Hanya 20 Sahaja?

Ahli-ahli perbahasan ilmu tauhid dalam sejarahnya, mereka semua orang nak mentauhidkan Allah.

Namun, apabila zaman berkembang, kadangkala orang Islam menghadapi berbagai keadaan. Sebahagian keadaan kadangkala disebabkan oleh perbezaan dalam masalah lain, kemudian membawa kepada masalah lain, membentuk menjadi mazhab, dan mazhab itu cuba berdiri dengan sendirinya. Lalu, mereka membentuk pemikiran-pemikiran tauhid atau pendekatan-pendekatan tauhid yang tersendiri.

Seperti Syiah umpamanya, Syiah adalah mazhab politik tetapi apabila mereka bersaing, akhirnya mereka telah membentuk menjadi satu mazhab sehingga membabitkan masalah akidah. Asalnya mereka daripada masalah imamah, masalah imam. Kemudian, akhirnya mereka bertukar kepada menjadikan sehingga membincangkan masalah uluhiah atau ilahiyah, masalah ketauhidan, dan nubuah serta seumpamanya.

Kemudian, dunia Islam berkembang dengan masuknya terjemahan-terjemahan daripada buku-buku Greek dan Yunan. Sekali lagi, dunia Islam tercabar dengan pemikiran falsafah ketika itu, membawa kepada berbagai krisis sehingga Imam Ahmad dihukum kerana muktazilah masuk dalam dunia orang Islam. Lalu, dalam menghadapi muktazilah, reaksi untuk hadapi muktazilah itu berkembang pula aliran-aliran lain, termasuklah Asyairah, Maturidiah, dan seumpamanya.

Ulama Salaf Tidak Mentakwilkan Sifat Allah

Ulama Salaf Tidak Mentakwilkan Sifat Allah

Dia bentangkan tangannya, bentangkan tanganlah. Ulama-ulama salaf lebih cenderung untuk tidak mentakwilkan ayat hadis-hadis dan ayat yang macam ini. Orang kata, mana boleh Allah Taala ada tangan sama pula dengan makhluk. Kita kata, tak sama. Laisa kamislihi syaiun, Allah Taala tak sama dengan apa-apa pun.

Kita ni kata Allah Taala mendengar, kita pun mendengar. Adakah kita samakan kita dengan Allah Taala? Tak. Adakah kita samakan Allah Taala dengan kita? Tak. Mendengar Allah Taala tetap sama dengan mendengar makhluk? Tidak. Allah Taala melihat, kita melihat. Adakah sama Allah Taala dengan kita? Tak sama. Mendengar Allah Taala, melihat Allah Taala tak sama dengan melihat makhluk.

Sifat-sifat Allah Taala, kadang-kadang dia sebut, “Yadullah fauqa aydihim,” tangan Allah di atas tangan mereka. Kita terimalah, tapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Macam mana? Allahuakbar. Pertama, kita beriman kepada Allah Taala dengan apa yang Tuhan sifatkan diri-Nya dalam kitab dan sunah. Kita tak pernah tengok, tak ada lebai, tak ada ustaz, tak ada tok guru yang pernah tengok Allah Taala. Yang hanya mengetahui Allah Taala adalah Allah Taala sendiri. Dia sifatkan diri-Nya dalam Quran, hak macam mana Dia kata kita terima hak tu.

Kemudian, setelah kita tahu, Dia kata Dia tengok, Dia kata tangan, Dia kata macam-macam. Kita kata pula, “Laisa kamislihi syaiun,” semua hak sebut tu, walaupun bunyinya sama macam kita, tapi Allah Taala tak sama dengan makhluk. Maka, mendengar, melihat, kita ada cahaya, ada apa. Allah Taala melihat segala-galanya, tidak ada sesuatu yang terlindung pada Dia. Tengok kita memerlukan mata, perlukan bola mata. Maha suci Tuhan daripada kekurangan itu semua.

Maka, apabila Allah Taala kata Dia ada tangan, ulama-ulama salaf lebih cenderung menyatakan tangan Allah lain, laisa kamislihi syaiun, tak sama Allah Taala dengan apa-apa. Terpulang pada Dia, Dia habaq banyak tu, kita tak tahu lebih daripada tu. Wajah Allah, wajah Allah, wajah Allah, kita tak tahu. Muka kita dengan muka pintu pun tak sama, muka kita dengan muka tembak pun tak sama. Takkan nak sama muka kita dengan muka Allah Azzawajal. Tapi, Dia sifatkan, maka kita beriman dengan apa yang Dia bagi tahu dalam kitab.

Pemurah Sifat Lelaki Kedekut Sifat Perempuan

Pemurah Sifat Lelaki Kedekut Sifat Perempuan

Yang kedua, memudahkannya hartanya akan segala manusia dengan tidak dibangkitkan akan dia. Ini setengah daripada perkara yang menjadi satu perhiasan yang begitu indah yang ada pada batang tubuh seorang laki-laki iaitu ringan tangan. Ringan tangan mengeluarkan derma kebajikan. Nak aa, jangan lokek. Orang lelaki jangan lokek. Orang puan, dia kena lokek, kena sifat kedekut kerana kedekut itu sifat perempuan dan murah itu sifat lelaki. Nak, begitu juga berani itu sifat lelaki, penakut itu semestinya sifat perempuan.

Sebagaimana juga dikatakan cemburu itu sebenarnya sifat laki-laki, nak, bukan sifat bagi kaum wanita. Kita balik baik cemburu sifat perempuan, pelik sungguh padahal cemburu sifat orang lelaki. Jadi balik paip, faham tak? Balik paip. Kita beli paip, kita buka, kita pusing dulu mulut tak ke bawah, buka jatuh pula bawa paip. Huh, dak leh makan. Nak aa, apa benda pun kalau terbalik pekerjaan dak jadi kerja. Tengok kera duk berjalan dah lah lambat. Kita pusing pula kulit di bawah kaki tak ke atas, ha ke hok lambat nak berjalan padahal pusing kat tular 3 minggu. Nak tak leh tengok balik sekarang, ha tu kerjaan jadi terbalik.

Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah

Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah

Kita ingin mengajarkan fiqh yang mudah bagi masyarakat moden Islam dan bersama-sama dengan semua orang yang menyeru kepada fiqh yang mudah untuk generasi moden Islam. Ini bukan kerana ini sesuatu yang baru, tetapi itulah yang diseru oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Setelah beberapa ratus tahun, pada suatu ketika zaman Islam mudah, banyak kitab fiqh telah ditulis. Sebahagian para fuqaha kelihatannya kurang ada tugas, dengan maaf cakap, lalu mereka menulis kitab-kitab yang kelihatannya menokok tambah perkara yang susah.

Maka tuan-tuan tengoklah, ada bab yang menyatakan syarat-syarat sah takbiratul ihram. Pada yang demikian itu, ada 17 syarat. Belum lagi sembahyang, nak takbir dah ada 17 syarat. Sebab itu ada yang takbir 3-4 kali, 10 kali Allahu Akbar, dia ingat syarat 1, syarat 2, syarat 3, syarat 4. Apa aku buang syarat 17? Minta maaf orang Tabung Haji, itu yang kursus haji sampai 8 bulan. Haji nak buat berapa hari je, kursus haji ni patut 3-4 hari je. Mana sampai berbulan-bulan?

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak