Sujud Sejadah Waktu Subuh Setiap Jumaat
Bolehkah kita menggantikan surah lain daripada Surah Sajdah pada pagi Jumaat yang ada ayat untuk sujud?
Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak ada gesaan khusus daripada Nabi untuk membaca surah yang ada sujud sajdah pada pagi Jumaat. Namun, dalam hadis yang sahih, iaitu hadis Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada waktu fajar hari Jumaat surah “Alif Lam Mim Tanzil” (Surah Sajdah) dan “Hal Ata Alal Insan” (Surah Al-Insan), seperti mana yang sering dibaca oleh imam-imam kita.
Maka, para ulama menyatakan bahawa pada pagi Subuh hari Jumaat, memang disunatkan membaca Surah Sajdah, iaitu “Alif Lam Mim Tanzil”, dan kemudian membaca “Hal Ata Alal Insan”. Ini adalah sunnah.
Sekiranya seseorang tidak membaca surah-surah tersebut dan memilih untuk membaca surah lain yang juga mempunyai ayat sujud, adakah ia digalakkan? Tidak, tidak digalakkan untuk sengaja mencari surah lain yang ada sujud pada pagi Jumaat. Imam As-Suyuti Rahimahullah ada menukilkan pendapat ulama yang mengatakan bahawa jika tidak membaca Surah Sajdah, carilah surah lain yang ada sujud. Namun, pendapat itu tidak disetujui oleh majoriti ulama. Bahkan, Imam Nawawi dalam karyanya menyatakan bahawa itu termasuk dalam bidaah, dan mazhab Syafie serta para ulama lain juga berpendapat demikian.
Sejadah Sunnah Nabi
Jawabnya tidak ada sebarang nas tentang sejadah yang adanya sutera. Bila kita sembahyang, kita letakkan halangan supaya itulah sempadan kita sembahyang. Sutera sunnah nabi, maka nabi pernah sembahyang di atas kain tetapi tak sebutlah kain warna-warni. Nabi hangpa kain lah. Kadang-kadang kain itu kain berwarna merah, syarat pemberian orang daripada Yaman yang ditanya. Sekarang ni kain sejadah sekarang ni berwarna-warni.
Apa yang ulama sebut, hukumnya kalau mengingat menampakkan kepada dunia makruh. Dan memangnya sekarang sejadah banyaknya makruh. Dia buat comel-comel, gambar kubah masjid, ada orang pula tepi, ada burung pula, ada bulan bintang pula. Warna bermacam-macam. Tepi orang larat pula. Jadi kita pening gitu, tak khusyuk. Jadi asalnya hendak dah tengok pada sejadah, sembahyang pada sejadah yang tidak mempunyai warna tu yang terbaik. Ataupun satu warna yang plain macam nabi plain je kain nabi dia buat apa. Plain-plain maknanya satu colour. Koko koko, hitam hitam, hijau hijau, biru serban lah maknanya kuning kuning. Deh ha dia gitu deh.