Tak Salah Ambil Duit Mengajar Agama

Tak Salah Ambil Duit Mengajar Agama

Pertama, kita perlu kembali kepada apa yang diajar dalam agama. Agama itu apa? Agama adalah sesuatu yang Allah bekalkan kepada manusia sebagai jalan hidup mereka. Jalan hidup ini bukan sahaja bermakna duduk di dalam bilik sahaja, manusia mesti bersosial. Sebab itu, solat di rumah pun sah, tetapi Allah suruh kita solat berjemaah kerana Allah menyuruh kita bergaul.

Agama menyuruh kita berjemaah kerana ia memupuk hubungan sosial. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam hidupnya bukan dalam kalangan golongan kecil sahaja, duduk di satu tempat tanpa bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang, saya minta maaf, saya rasa kurang munasabah apabila ada orang agama yang cuba menggambarkan Nabi itu hanya berjubah, berselendang, berserban, seolah-olah Nabi tiada kerja lain selain menjadi penceramah atau selebriti. Nabi bukan begitu. Nabi kadangkala memakai baju Yaman, kadangkala memakai jubah Rom, kadangkala memakai baju perang, kadangkala naik unta, dan kadangkala turun ke medan. Inilah realiti kehidupan.

Apabila kita cuba menggambarkan Nabi itu hanya dari satu sudut, ramai orang akan menganggap Nabi seperti seorang Shaolin yang hanya duduk di perkampungan tanpa keluar berinteraksi. Ini adalah tanggapan yang salah. Saya rasa kita perlu betulkan persepsi ini. Ahli agama, sama ada dia terlibat dalam perniagaan atau tidak, mesti hidup dalam masyarakat. Jika dia mengajar ajaran yang menyuruh masyarakat bermuamalah dengan cara yang betul, dia mesti melalui pengalaman tersebut untuk benar-benar memahaminya.

Solat Salah Qiblat

Solat Salah Qiblat

Saya pelajar di ibu negara, seorang pelajar universiti di ibu negara. Suatu ketika, selesai bersembahyang Asar, saya tersalah kiblat. Ketika itu, saya menunggu KTM dan takut terlepas tren tersebut. Adakah saya perlu mengulangi solat semula?

Tidak perlu, jika kita sudah berijtihad dan yakin, itu sudah memadai. Dalam hadis Nabi, ada sahabat yang bersembahyang dengan kiblat yang berbeza berdasarkan ijtihad mereka, dan Nabi tidak menyuruh mereka mengulang solat. Apabila turun ayat Quran yang mengubah kiblat, mereka juga tidak mengulang solat rakaat yang awal yang mereka solat.

Agama Allah Ta’ala bukan untuk menghukum kita, tetapi untuk melihat apa yang kita buat berdasarkan arahan-Nya. Kadang-kadang kita tidak perlu mengulang solat. Ada orang yang naik kapal terbang dan bertanya tentang menghadap kiblat. Jika mereka boleh agak kiblat, itu sudah memadai. Jika tidak, mereka solat dengan menghadap arah yang difahami sebagai kiblat. Allah berfirman, “Fawallu Wujuhakum Syatral Masjidil Haram” yang bermaksud hadapkan muka kamu ke arah Masjidil Haram, bukan semestinya tepat ke arah Masjidil Haram.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak