Cerita Yang Tidak Benar Tentang Saidina Umar
Saya dengar Umar masa jahiliah begitu juga dahsyat dia. Segala tenaga dia digunakan untuk keburukan. Tapi takde lah cerita saya dalam rumah bunuh anak dia tu. Ah, orang kita dia suka cerita cerita tu, tak sabit. Nah, senaman masa jahiliah, kononnya korek tanah tanam anak perempuan dia, semua anak perempuan dia dia bunuh. Nak tunjuk kawan manis, keras hati orang jahiliah bunuh anak perempuan, betullah. Tapi senaman bunuh kita tak tahu, tak dak, takde rekod. Kalau dia bunuh, yang kahwin dengan Nabi itu Hafsah binti Umar tu anak Saidina Umar. Kalau dia bunuh, macam mana yang besar kahwin dengan Nabi? Hafsah tu lahir semasa jahiliah.
Ada macam-macam cerita yang dikaitkan dengan Saidina Umar ni yang tak benar. Anak Saidina Umar minum arak lah, Saidina Umar pukul sampai mati. Mana ada dalam Islam pukul sampai mati? Ataupun berzina kononnya. Dia kata makan, suruh makan nasi dulu. Konon-konon cerita ustaznya tengok, balik-balik suasana rumah, tengok anak dia duk tengah makan nasi. Kita jaranglah berjumpa riwayat ni, sahabat ni makan nasi, makan roti je lah sebab dia dulu. Sebab dia sampai 100 rotan, sampai mati dalam Islam tuan-tuan. Orang yang berzina ni sebab 100 rotan tak mati. Angkat pun tak boleh lebih daripada hak. Dia tak boleh dipukul pada musim yang terlalu sejuk, tak boleh dipukul pada musim yang terlalu panas. Bukan nak membunuh.
Banyak cerita ni kutip, ustaz-ustaz jadi jadian ni dikutip ikut jalan cerita lah. Masjid jahanam orang ramai.
Saidina Umar Membebaskan Masjidil Aqsa
Tuan-tuan, Saidina Umar bin Khattab semasa zaman beliau, ketika membuka empayar, antara yang beliau lakukan adalah membebaskan Masjidil Aqsa daripada orang Kristian. Ketika itu, tentera Islam telah mengambil alih Masjidil Aqsa. Antara mereka adalah Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Muawiyah bin Abi Sufian, yang terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi. Tentera Kristian berkata, “Bagilah Umar Ibnu Khattab sendiri yang datang untuk mengambil kunci pembukaan Masjidil Aqsa.”
Sekarang, tuan-tuan, dulu tak ada kapal terbang seperti saya datang ke tempat jemputan tuan-tuan ini. Saya naik daripada Alor Setar dan turun di KL. Tuan-tuan boleh ambil saya. Normal, tak ada kapal terbang zaman itu, jet peribadi pun tak ada. Yang ada hanya unta peribadi. Jauh perjalanan daripada Madinah ke Palestin, bukan perjalanan yang dekat, memakan masa belasan hari.