Ruh Balik Ke Rumah
Dia tanya dulu apa dalil baik, jawabnya tidak ada satu pun hadis yang sahih menyebut roh orang mati balik ke rumah. Yang ada, hadis itu hadis daif. Hadis daif ini tak boleh dijadikan hujah tetapi boleh kita bercerita kepada orang, tidak salah. Yang tak boleh kita bercerita adalah hadis maudhu, iaitu hadis rekaan.
Ada orang ajar, dia kata hadis daif tak boleh kita beramal dengannya. Ustaz ni jahil kerana sepakat ulama Fiqah dan ulama hadis, hadis daif boleh kita beramal. Hadis daif cerita fadilat sugi, kita boleh beramal. Hadis daif cerita fadilat pakai serban, kita boleh beramal. Ini kata ulama. Ulama yang tak boleh beramal, tak boleh guna hadis daif untuk berhujah. Hujah hanyalah hadis mutawatir, hadis sahih dan hadis Hassan. Faham tak lagi? Ha, dia terang gitu sebab ada orang yang tak faham. Dia bakal terang mengajar kat orang, hadis daif kena tolak. Ha, ini karut sebab ulama tak tolak hadis daif, ulama hanya tolak hadis maudhu.