Dosa Ke Kalau Di Rasuk Jin
Baik, bagaimana pula maknanya kalau orang itu kena rasuk jin dan dia buat benda-benda yang haram? Maka, jawab setengah ulama, dia tidak berdosa kerana hilang akal, seperti orang gila. Orang gila tak kira masa gila, bukan dia yang sengaja buat. Kalau dia sengaja buat jadi gila maka dia berdosa. Dia belajar satu ilmu yang orang larang, dan dia nak mengaji juga ilmu tu, akhirnya jadi gila. Maka dalam gila itu dikira berdosa juga. Tapi yang ini bukan sihir. Kalau jin ni biasanya dikhianat. Itu benda-benda yang dipuja oleh iblis dan sebagainya.
Kalau balik siang ini panggil anak kerak, anak kerak ini maknanya budak yang mati beranak. Dia cari apa semua orang tanam, bayi itu dia layur sampai kering, dia jemur, dia layur, dia puja. Anak kerak itu dijadikan alat untuk mengenakan orang. Mereka beli dari tok char dan dipuja oleh mereka yang niat jahat. Maknanya tok char itu puja untuk mengenakan orang, bukan untuk benda-benda molek. Jadi bila kena rasuk jin, dia bercakap mengarut semua, tak berdosa kerana dia hilang akal, bukan dia sengaja. Dia dikhianati oleh orang. Bila pergi berubat, orang pun sembahyang hajat semua, terkena buatan orang. Tapi ingat, yang berkuasa penuh adalah Allah Subhanahu wa Taala.