Warisi Harta Rasuah? – Dr. Asri
Seorang yang menjadi hartawan hasil daripada salah guna rasuah daripada harta rakyat dan kekayaan tersebut diwarisi oleh keluarga beliau. Bolehkah beliau bertaubat kepada Allah untuk mensucikan diri, sedangkan harta kekayaan tersebut telah diwarisi sehingga sekarang? Dia ada dua perkara yang perlu difikirkan. Pertama, dosa yang hanya membabitkan antara dia dengan Allah. Kedua, dosa yang membabitkan dia dengan hamba-hamba Allah yang lain, khususnya berkaitan harta.
Dia boleh bertaubat, tetapi dia hendaklah meminta halal secara sama ada secara detail atau pun secara umum terhadap apa yang dia lakukan. Jika sesiapa merasa bahawa dia telah mengambil hak orang lain, dia perlu memulangkan hak tersebut. Jika dia tidak tahu kepada siapa hak itu diambil, sebahagian para ulama menyatakan bahawa dia boleh infak harta itu dengan niat agar pahalanya dapat kembali kepada empunya asal. Namun, yang penting, dia tidak boleh mencuri tiga juta duit orang, kemudian berkata, “Aku taubat,” tanpa memulangkan tiga juta tersebut. Taubat yang sebenar memerlukan usaha untuk mengembalikan hak yang telah diambil.
Rasuah Toyol Pun Kalah
Negara kita mengalami masalah walaupun kita merdeka. Kita menghadapi masalah bukan dengan penjajah. Walaupun kita laung kemerdekaan, pergilah penjajah, penjajah pun tak ada dah, dia pun dah balik ke negara dia. Sama ada kita nak mentarifkan mereka yang datang ke tanah air kita itu penjajah ataupun seumpamanya, tapi mereka sudah tak ada.
Apa yang ada pada zaman kita ni yang mengganggu gugat negara kita bukanlah penjajah, tapi perasuah. Penjajah, kalau dia ambil harta, dia bawa balik ke negara dia, ialah dia penjajah. Tapi perasuah, perasuah yang ada di negara-negara orang Islam, kadang-kadang harta negara mereka jauh lebih banyak daripada penjajah. Penjajah makan ramai-ramai, dia makan sorang pun terlalu banyak.
Demam kita sekali-sekala dengar, satu negara boleh susah kerana beberapa orang punya hasrat untuk menjadi kaya raya. Inilah yang patut kita fikirkan bagaimana untuk membebaskan negara kita ini daripada para perasuah. Penjajah dah pergi, kita tak perlu angkat senjata lagi nak perang dengan mereka. Tapi kita menghadapi para perasuah di seluruh negara-negara orang Islam, termasuklah dalam negara kita.