Masuk Rakaat Kedua, Bacakah Fatihah
Dalam mazhab Syafi’i, adalah wajib membaca Surah Al-Fatihah dalam setiap rakaat solat, termasuk ketika solat berjemaah. Ini kerana Surah Al-Fatihah dianggap sebagai rukun dalam solat, dan tiada solat yang sah tanpa membacanya.
Namun, mazhab lain tidak mewajibkan bacaan Surah Al-Fatihah bagi makmum, dengan alasan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-A’raf, ayat 204:
“Apabila dibaca Al-Quran, maka dengarkanlah ia dan diamlah.”
Mazhab selain Syafi’i berpendapat bahawa bacaan imam sudah mencukupi bagi makmum, dan makmum boleh mendengar dan diam ketika imam membaca.
Dalam hal ini, terdapat perbezaan pendapat antara mazhab. Riwayat daripada Abdul Razak menunjukkan bahawa Nabi SAW melarang sahabat membaca bacaan lain selain Surah Al-Fatihah ketika imam membaca. Ini menyebabkan wujudnya khilaf yang muktabar dalam isu ini.
Oleh itu, sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah di belakang imam tidak mengapa, asalkan tidak mengganggu imam. Begitu juga, sesiapa yang memilih untuk mendiamkan diri ketika imam membaca bacaan jahar, juga tidak mengapa. Kedua-dua pendapat ini boleh diterima dalam konteks perbezaan mazhab, dan kita harus menghormati pandangan yang ada.
Berdoa dan Solat Sunat Dua Rakaat
Dulu kita ada sebut, kita beli kenderaan pun disunatkan. Dulu Nabi beli, beli. Dulu orang Arab, bila dapat unta, dapat apa, doa. Dapat isteri pun letak tangan, minta berkat.
Bismillah, ha. Dia sebut Bismillah, sebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Allahumma inni as’aluka min khairiha wa min khairi ma jabaltaha alaihi wa a’udzu bika min sharriha wa min sharri ma jabaltaha alaihi.” Ya Allah, aku minta daripada-Mu kebaikan dia dan kebaikan yang telah Engkau jadikan pada dirinya. Minta jauh daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan pada dirinya. Kalau ada sedikit kekurangan, minta jauh-jauhkan. Kan kata asyik tak puas hati, memberontaklah, minta jauh-jauhkan.