Hadith Qudsi Ada Yang Palsu
Adakah hadis qudsi yang tak sahih ataupun palsu? Ada, sebab orang dakwah kata Nabi kata, Nabi tak kata. Kerana hadis ni sama je, mana-mana saja dia kena ikut proses ilmu hadis. Sebab orang kadang-kadang bila hadis ini seperti mana yang saya sebut pada tuan-tuan dalam kuliah-kuliah yang awal, tuan-tuan boleh dengar kuliah-kuliah yang awal. Hadis ni apabila Quran, alhamdulillah Allah Ta’ala pelihara, orang tak boleh nak reka-reka Quran. Tapi bila sampai tang hadis, baca Quran dah tetap, semua orang pakai hak. Tapi bila sampai tang hadis, dia banyak ada orang amanah tapi ada orang tak amanah, dia jahat.
Bila dia bertengkar, orang tak boleh nak pi dah, kalah. Rasulullah dia kata, kata Rasulullah. Dia sandar pi ke Nabi, jadilah hadis palsu. Maka itulah peranan ulama hadis, menafkahi antara hadis yang sahih dengan hadis yang tidak sahih.