Solat Salah Qiblat
Saya pelajar di ibu negara, seorang pelajar universiti di ibu negara. Suatu ketika, selesai bersembahyang Asar, saya tersalah kiblat. Ketika itu, saya menunggu KTM dan takut terlepas tren tersebut. Adakah saya perlu mengulangi solat semula?
Tidak perlu, jika kita sudah berijtihad dan yakin, itu sudah memadai. Dalam hadis Nabi, ada sahabat yang bersembahyang dengan kiblat yang berbeza berdasarkan ijtihad mereka, dan Nabi tidak menyuruh mereka mengulang solat. Apabila turun ayat Quran yang mengubah kiblat, mereka juga tidak mengulang solat rakaat yang awal yang mereka solat.
Agama Allah Ta’ala bukan untuk menghukum kita, tetapi untuk melihat apa yang kita buat berdasarkan arahan-Nya. Kadang-kadang kita tidak perlu mengulang solat. Ada orang yang naik kapal terbang dan bertanya tentang menghadap kiblat. Jika mereka boleh agak kiblat, itu sudah memadai. Jika tidak, mereka solat dengan menghadap arah yang difahami sebagai kiblat. Allah berfirman, “Fawallu Wujuhakum Syatral Masjidil Haram” yang bermaksud hadapkan muka kamu ke arah Masjidil Haram, bukan semestinya tepat ke arah Masjidil Haram.