Malam Lailatul Qadar: Kupasan oleh Dr. Asri
Tapi kebetulan, ia malam 27, dan kita tahu bahawasanya malam 27 ini telah dipilih oleh sebahagian di kalangan para ulama untuk ditargetkan sebagai malam Lailatul Qadar. Antaranya, Ibnu Abbas radhiallahu anhu. Ibnu Abbas membuat satu takwilan dengan menyatakan, seperti yang disebut oleh sebahagian mufasirin, bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut Lailatul Qadar sebanyak tiga kali dalam Surah Al-Qadar: “Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadar.” Muhammad adra Kamal Lailatul Qadar. Lailatul Qadar, Ri Khairul bin al-Fisyah, diulang sebanyak tiga kali. Oleh kerana Lailatul Qadar ejaan ada sembilan huruf yang diulang sebanyak tiga kali, maka ia menjadi 27.
Berdasarkan takwilan itu, dia menganggap ia sebagai satu isyarat. Dia panggil, dan ini adalah tafsir isyari. Ini satu ilmu dalam tafsir yang membabitkan golongan Sufi. Ia seakan menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu pada malam yang ke-27. Walau bagaimanapun, daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita dapat simpulkan bahawa yang penting adalah Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu mencari pada sepuluh malam terakhir.
Tidak ada bagi Lailatul Qadar itu apa-apa dakwaan kononnya seperti dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini dah tidak ada. Dulu, pada malam 27, orang menyalakan pelita, tetapi sekarang pelita pun basah hujan, dan orang tak boleh buat. Namun, alhamdulillah, jika tidak hujan pun, orang sekarang ini tidak melakukannya. Khurafat-khurafat itu sudah banyak pergi; tidak ada lagi orang yang bercerita tentang malaikat Lailatul Qadar yang turun dan sujud hingga baju tersangkut di pucuk pokok.
Cerita-cerita karut seperti itu tidak lagi diceritakan oleh ustaz-ustaz, dan orang pun terbawa-bawa dengan cerita yang tidak ada asas. Lailatul Qadar ini bukan malam untuk pergi jumpa Santa Claus; bukan juga untuk berjumpa siapa-siapa. Ibadah pada malam berkenaan dapat pahala seribu bulan, bukan dengan pergi melihat pokok terbalik atau air jadi beku. Jika kita lakukan ibadah pada malam ini dan Allah takdirkan malam ini adalah Lailatul Qadar, pahalanya adalah seribu bulan.
Setengah orang dahulu mengatakan air jadi beku; sekarang ini, mereka yang tinggal di Kutub Utara juga merasa beku setiap malam. Namun, itu bukan Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah. Alhamdulillah.
Cara Mendapat Lailatul Qadar Bagi Orang Yang Berkerja Malam
Manusia ada berbagai-bagai keadaan, ya. Aa, kalau sekiranya macam yang saya kata tadi, kadang-kadang orang tu dia bertugas, tugas itu pun sebahagian daripada pahalanya. Mungkin apabila dia tahu malam ini malam Lailatul Qadar, dia kena jadi guard, dia ambil mudah dan ikhlaskan niatnya. Dia berkata, “Ya Allah, aku sebenarnya hari ini kena jadi jaga, bertugas. Aku nak pergi duduk di masjid tak boleh, tapi ibadat ini banyak istighfar, kan? Sebab itu kita ‘wabil Ashari mustaghfirun’, pada waktu sahur mereka beristighfar.”
Maka, dia pun beristighfar kerana terpaksa berdiri dan tak boleh nak solat. Dia boleh bertasbih, dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi, seperti yang selalu saya sebut, Quran selalu menyebut pada waktu sahur beristighfar. Cubalah, tetapi agama bukan untuk dicuba, tetapi laluilah segala pengalaman. Tidak ada pengalaman lebih hebat daripada seorang yang melazimi istighfar. Allah akan membukakan untuk kita apa yang kita tak sangka dan akan memberikan kehidupan kepada kita apa yang orang tidak duga. Kehidupan itu bukan soal yang orang nampak dalam live yang kita buat ini. Amin.
Kehidupan ialah apa yang ada dalam dada kita. Syekhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah pernah berkata, “Aku bimbang orang yang tidak mendapat syurga di dunia ini, di dadanya, dia tidak mendapat syurga di akhirat kelak.” Sebab itu, manusia yang mukmin di dalam dadanya ada syurga, ada kenikmatan. Sebab itu, para sahabat Radhiallahu Anhu mereka terpaksa menghadapi macam-macam.