Ganti Puasa DOUBLE Sebab Mengandung? – Dr. Asri

Ganti Puasa DOUBLE Sebab Mengandung? –  Dr. Asri

Tahun lepas, saya bersalin pada bulan puasa. Pada tahun ini, saya sempat ganti puasa selama 17 hari, dan tinggal 13 hari lagi. Betul ke ada orang cakap, bila tahun depan puasa, saya yang 13 hari itu akan menjadi 26 hari? Dan bagaimana pula dengan bayar fidiah?

Kadang-kadang, perkara-perkara seperti ini mengelirukan. Saya minta tolonglah, ustaz. Saya rasa tak adil jika saya tinggal puasa 13 hari tahun lepas, tetapi bila tak dapat berpuasa, saya hanya ganti 17 hari saja. Ini bermakna ada 13 hari lagi yang perlu saya qada. Kemudian, kawan saya kata, betul ke selepas raya nanti, 13 hari itu akan jadi 26 hari?

Saya perlukan penjelasan. Jawapannya, tidak betul. Kawan awak ini sudah salah faham. Jika 13 hari, tetap 13 hari, walaupun sudah 1,000 tahun, ia tidak akan berganda. Yang berganda hanyalah fidiah, bukan puasa. Jadi, kerana itu, jangan ikut kawan dalam hal ini. Kita perlu ikut orang yang berilmu.

Seseorang mungkin tidak mengajar, tetapi jika dia seorang yang alim, walaupun menjual aiskrim, kita boleh ikut dia. Namun, jika seseorang itu hanya memakai serban besar, jubah, dan berjanggut tetapi tidak alim, kita tidak boleh ikut mereka. Ini penting kerana mereka mungkin tidak tahu.

Jadi, yang berganda adalah fidiah. Jika kita tidak dapat menghabiskan qada puasa kerana kesukaran kesihatan, contohnya, maka ia tidak akan berganda. Tetapi jika kita tidak qada kerana kecuaian, maka fidiah akan berganda. Jadi, tahun lepas, jika kita mempunyai hutang 13 hari, cukup tahun depan, ia akan tetap 13 hari. Tetapi untuk puasa, tidak ada penggandaan.

Kenapa Solat Terawih Sedangkan Belum Puasa Lagi

Kenapa Solat Terawih Sedangkan Belum Puasa Lagi

Dalam Islam, kita berdasarkan kalendar kamariah. Hari dalam perkiraan Islam bermula dengan masuknya waktu Maghrib. Apabila Maghrib masuk, hari baru bermula. Sebab itu, kita buka puasa selepas masuk waktu Maghrib kerana waktu itu menandakan hari yang berikutnya telah bermula. Dengan masuknya waktu Maghrib, sebenarnya Ramadan telah bermula dan hari sebelumnya telah berakhir, yang mana ia berakhir dengan waktu Asar.

Maka, berdasarkan itu, Ramadan telah masuk dan tarawih boleh dilaksanakan pada malam Ramadan, walaupun puasa bermula keesokan harinya. Walaupun ada kaum yang mungkin mempunyai pandangan berbeza, kebanyakan para ulama berpandangan bahawa tarawih boleh dimulakan pada malam tersebut, dan pendapat ini dianggap lebih sahih dalam masalah ini.

Niat Puasa 2 dalam 1

Niat Puasa 2 dalam 1

Kita selalu jawab, bagi kita, tak. Hendaklah dia berpuasa 6 hari kerana tak mungkin. Aa, walaupun orang kata orang buat qiyas, kalau kita pergi masuk dalam masjid, aa, kita duduk, kita sembahyang Zohor, bererti kita tak wajib dah tahiyatul masjid.

Itu pun, qiyas itu maaf, Farid, qiyas itu tak boleh jadi sebab masjid dibina untuk solat. Kalau kita mai masjid, kita terus duduk, dia makruh. Kita hendaklah mewujudkan apa-apa solat, hendaklah melakukan apa-apa solat. Kalau tak dak solat fardu, kita hendaklah sekurang-kurangnya solat 2 rakaat yang disebut sebagai tahiyatul masjid.

Yang asalnya, kalau kita solat apa pun mencukupi untuk tahiyatul masjid kerana jangan duduk, itu tujuannya. Adapun puasa, kita puasa dalam keadaan kita hutang. Tuhan kata 5 hari kita hutang Tuhan, lepas tu kita nak bayar hak sunat masuk sekali. Tak mungkin sama dengan orang yang puasa 6 hari lillahi Taala, sunat, dan bayar hutang yang dia hutang Allah Taala 7 ataupun 8 hari yang lain.

Saya buat contohnya mudah. Kita hutang kawan kita RM20. Kita kata, “Ni hutang hang RM20 hari tu, aku bayar balik hang RM20. Ni hutang hang, dan dalam ni juga aku niat aku belanja hang hari ni.”

Puasa Asyura

Puasa Asyura

Jika orang buat puasa pada 9 dan 10, cukup. Kalau ada orang buat puasa pada 9, 10, dan 11, itu juga ada dalam riwayat Imam Ahmad. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bila tengok orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, Nabi menyatakan, Nahnu ahaqqu bi Musa minhum (“Kita yang lebih layak untuk mengingati Musa lebih daripada orang Yahudi”). Dan baginda menjanjikan yuqaffiru as-sanat al-madiya (dengan puasa ini, iaitu puasa pada hari Asyura ini, akan diampunkan dengannya tahun yang sebelumnya).

Mudah-mudahan dengan puasa ini, dosa kita diampunkan. Kita mengambil kesempatan daripada puasa ini. Kita bukan orang Syiah yang pada hari Asyura mereka melakukan amal ibadat yang sama seperti orang-orang Hindu di Kuil Batu Caves, iaitu dengan mencederakan diri.

Orang Syiah di India, Pakistan, dan juga di Iran, mereka akan melukakan diri mereka. Ha, mereka akan pegang besi, mereka akan pukul-pukul diri mereka sampai cedera, kononnya kerana mengingati apa yang dilakukan oleh Yazid bin Muawiyah terhadap al-Husain bin Ali.

Ha, apa yang mereka nak ingat ni bohong saja. Aa, yang membunuh al-Husain ialah orang-orang Syiah sendiri. Yang membunuh al-Husain adalah orang-orang Syiah sendiri, aa, bukan Yazid bin Muawiyah.

Puasa Tasua’ dan Ashura

Puasa Tasua’ dan Ashura

Di sana, dia dah banyak terangkan puasa Tasu’a dan puasa Asyura dalam hadis nabi Muhammad. Maka diriwayatkan, Nabi Muhammad berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Tasu’a adalah puasa pada 9 Muharam dan Asyura pada 10 Muharam. Cuma, orang yang mengaitkan Asyura dengan hari bubur Asyura,

Teragak-Agak untuk Buka Puasa Ketika Musafir, Adakah Puasa Dia Sah?

Teragak-Agak untuk Buka Puasa Ketika Musafir, Adakah Puasa Dia Sah?

Aa, dia tak batal puasa selagi dia tak buat keputusan yang tadi. Dia buat keputusan aa urusan putus untuk dia keluar puasa. Kalau dia tak buat keputusan untuk keluar daripada puasa, dia hanya teragak-agak nak puasa tak puasa. Dia dianggap sah puasanya kerana dia asalnya puasa. Asalnya dia puasa aa melainkan kalau dia azam

Orang Murtad Masuk Islam Semula. Perlukah Qadha Puasa Ketika Tempoh Murtad Itu

Orang Murtad Masuk Islam Semula. Perlukah Qadha Puasa Ketika Tempoh Murtad Itu

Jumhur para ulama daripada Hanafiah, Syafi’iyah, dan Hambali berpendapat bahawa dia kena qada balik semasa zaman dia murtad itu. Dia kena qada. Itu pendapat jumhur para ulama dalam hal ini kerana dia yang buat pilihan murtad. Jadi, bila dia masuk Islam, jika tahun lepas dia murtad dan anggap puasa tak wajib

Berlakon Tak Puasa

Berlakon Tak Puasa

Kalau ada pendedahan aurat, persentuhan laki-laki dan perempuan, atau memalukan, hukum syarak menghina alim ulama, tak boleh faham. Jadi, dia buat dalam content itu, orang yang tak puasa, menusuk dalam rumah, nak dia pun buka, tengok duk makan. Ha, dak puasa, faham dak baik bini gini dakwah

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak