Budaya Dan Agama Mempengaruhi Perjalanan Politik Kita?
Kembali kepada soalan yang dikemukakan, kita perlu tahu bahawa politik adalah satu bidang yang luas dan asas kepada politik adalah kemaslahatan. Ini disebut secara khusus dalam *siasah syariah* dalam politik Islam. Maslahah adalah asas untuk membolehkan maslahah itu ditegakkan, maka kita memerlukan pemimpin yang berupaya memandu atau membawa rakyat, negara, atau negerinya ke arah maslahah. Untuk mengupayakan pemimpin, dia harus mempunyai satu hal—bukan sahaja seorang pemimpin itu mempunyai idea yang baik, pemikiran yang baik, dan perancangan yang baik—tetapi pemimpin itu juga hendaklah berupaya menjadikan rakyat taat kepadanya.
Untuk membolehkan rakyat taat, banyak elemennya. Soalan tadi berkaitan dengan latar agama dan latar budaya. Jika seorang pemimpin itu, walaupun mempunyai idea yang bagus tetapi bertentangan latar agama dan budaya dengan rakyat yang diperintahnya, mereka mungkin tahu bahawa dia ada idea yang baik tetapi mungkin tidak akan taat kepadanya. Apabila pemimpin tidak ditaati, segala rencana, perancangan, dan kehendak yang disusun, sekalipun baik, tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Oleh itu, jika ditanya kepada saya, saya akan menjawab berdasarkan hal ini. Ada pemimpin yang mungkin kurang bijak dibandingkan dengan pemimpin yang lain, tetapi dia lebih mendapat pengaruh, ketaatan, dan kepatuhan rakyat, maka dia dilantik dalam banyak masyarakat. Sebab itu, kita perlu menyeimbangkan semua unsur-unsur ini supaya ia seimbang. Jadi, jika ditanya kepada saya, adakah pengaruh agama penting? Ya, pengaruh agama penting. Adakah pengaruh budaya penting? Ya, ia penting untuk membolehkan rakyat bukan sahaja tahu pemimpin itu pandai, tetapi juga berkehendak untuk taat kepadanya kerana mengetahui ada *chemistry* dan kebersamaan di antara mereka.
Orang Politik Tidak Boleh Mempergunakan Agama
Kita sentiasa mewujudkan kebencian dan permusuhan, dan itu tidak ada kaitan dengan agama. Ia hanyalah semangat yang dibangkitkan oleh sebahagian orang. Saya bimbang kerana itu saya kata kita tidak bersetuju dengan negara sekular, tetapi kita lebih tidak bersetuju dengan mana-mana pihak berkuasa politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Sekularisme memang tidak bagus kerana agama yang benar mestilah mengawal negara. Tetapi jika agama tidak mengawal negara dan sebaliknya digunakan sebagai alat untuk survival politik, maka saya kata dalam keadaan itu sekularisme lebih baik. Sekurang-kurangnya nama agama tidak tercemar. Kita mahukan negara yang mempunyai roh agama, tetapi kita tidak mahu negara yang mempergunakan agama. Di mana saja, ahli politik tidak boleh mempergunakan agama.
Islam adalah kedamaian. Apabila kita mempunyai persepsi yang salah tentang Islam, bukan Muslim akan sentiasa hairan. Saya sebut beberapa contoh. Umpamanya, dulu banyak kali saya sebut tentang bukan Muslim yang kadang-kadang membantu membina masjid, memasang karpet, dan sebagainya. Selepas karpet dipasang, kita kata haram bagi bukan Muslim masuk ke dalam masjid. Mereka hairan, “Hari itu saya masuk untuk pasang karpet, tapi bila saya mahu dengar apa yang mereka cakap, saya disuruh duduk di luar.”
Syiah – Isu Politik – Isu Aqidah
Apabila peristiwa Perang Jamal berlaku, diikuti dengan peristiwa Siffin, maka timbullah apa yang dinamakan dengan puak Syiah, puak Khawarij, dan beberapa puak lain. Saya ingin sebutkan dua puak ini sebagai contoh untuk menceritakan bagaimana isu politik boleh bertukar menjadi isu akidah. Sehingga hari ini, dunia Islam bertumpahan darah antara Syiah dan Sunni.
Isu awalnya ialah pemerintahan Ali. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Dalam keadaan itu, ada penyokong Ali yang sangat kuat dan taksub kepada Ali. Mereka ini dikenali sebagai Syiah. Mereka menyokong Ali habis-habisan. Apabila Ali cuba berdamai dengan Muawiyah, Muawiyah diconteng sejarahnya oleh tangan-tangan penulis sejarah yang buruk, yang melabelkan Muawiyah dengan berbagai-bagai label yang tidak baik. Ini adalah contoh pencemaran sejarah.
Masalah sejarah sering berlaku apabila sejarah ditulis oleh orang yang pro kepada satu pihak. Jika penulis sejarah adalah orang yang mendukung kita, dia mungkin akan menulis dengan berat sebelah. Begitu juga sebaliknya. Sejarah yang benar adalah fakta. Apabila kita mendatangkan bahan mentah, itu adalah sejarah. Namun, ramai orang terpengaruh dengan ulasan sejarah, bukan fakta sejarah itu sendiri.
Agama Dan Politik
Dak betullah, eh. Sebab Islam ini dia segala-galanya. Dia tak macam agama lain. Islam agama yang sumur-sumur ni, bahasa Arab, Melayu tak reti. Melayu makna segala-galanya.
Ada tu orang panggil Islam agama lain, dia ada hak ibadat saja. Ha, personal saja, tak dak hak undang-undang. Ada hak ibadah hak ni tak dak hak muamalat. Islam habis daripada munakahat, ibadat, apa penemu amalan dan jenayah. Empat ni menjadi Islam. Nak khabar sama dah, eh. Daripada empat ni lah jadi Islam agama kita. Fiqah ni nah, tu jadi syariat.
Yang pertama ibadah, yang kedua muamalat, yang ketiga munakahat, dan yang keempat jenayah. Empat ni, ibadah satu suku, suku daripada satu Islam. Nak, munakahat suku daripada satu iaitu Islam. Jadi, bila kita ada dah sekarang ibadat, Islam satu, satu per empat. Ambil pula muamalat, nak. Ada tak muamalat? Ada dah muamalat, Islam, bank Islam, apa pinjaman cara Islam, keadaan Islam. Dak ha, akak jual beli dan sebagainya, hutang dan sebagainya. Dua daripada empat.
Agama Dan Politik
Memang asal daripada aa penderhaka penderhaka Kristian. Mereka asal orang Kristian ni ada menggunakan kitab Injil dalam kehidupan, tetapi mereka tolak. Mereka nak masalah merekah suku, ha pun merekah masalah agama, ha kitab Injil akhirnya keluarlah perkataan yang selalu kita dengar, “Milik Aisyah Lia, Aisyah War Malik, qaisar bin qaisar”. Hukum dunia kita pakar raja presiden, hukum agama kita ikut kitab Injil Nabi Isa sekarang, ha hukum dengan pemerintah ekonomi. Aa benda ni politik kita pakar pemerintah khabar amal ibadat kita ikut Quran.
Ha tu sekular, dia buat suku-suku nak. Aa, jadi ingat ulama-ulama telah berfatwa, memisahkan satu juzuk daripada agama hukumnya orang ni telah melakukan syirik. Nah, kita tak leh kata satu benda pun benda kecil pun nabi pesan Allah pesan. Apatah lagi dalam masalah politik, benda yang sangat besar ya yang menyebabkan orang yang boleh jadi porak-peranda negara, boleh jadi orang mendapat kezaliman yang berlipat ganda, boleh menyebabkan kesusahan pada ramai rakyat, ni politik. Maka lebih-lebih lagi agama suruh jaga.
Asingkan Politik dengan Agama
Tak betul. Sebab Islam ini dia segala-galanya. Dia tak macam agama lain. Islam agama yang sumur. Sumur ni bahasa Arab Melayu tak reti. Melayu makna segala-galanya. Ada tu orang panggil Islam negaramu.