Perbezaan Pandangan Dalam Isu Vaksin Dan Perubatan

Perbezaan Pandangan Dalam Isu Vaksin Dan Perubatan

Pertama sekali, ulama khilaf pendapat tentang kewajipan berubat ketika sakit. Ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Sekiranya seseorang itu sakit, adakah dia wajib berubat atau tidak? Sekiranya dia memilih untuk tidak berubat dan reda serta tidak mengeluh terhadap ketentuan Tuhan, adakah dia berdosa atau tidak? Ini adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama.

Allah Ta’ala lebih mengetahui, namun jika tindakan tidak berubat itu tidak menyebabkan dia mengeluh terhadap Tuhan atau menyusahkan orang lain, hanya melibatkan dirinya sendiri, maka sebahagian ulama mentarjihkan bahawa dia mempunyai pilihan. Jika dia berubat, dia mendapat pahala kerana menjaga dirinya, sesuai dengan sabda Nabi, *”Wa inna linafsika alaika haqqan,”* yang bermaksud bahawa diri kamu itu mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan, iaitu menjaga diri.

Namun, apabila kita melihat orang lain sakit, kita disuruh untuk menyelamatkannya, terutamanya orang yang di bawah tanggungan kita seperti anak-anak. Jika pakar mendapati bahawa vaksin adalah sesuatu yang menyelamatkan, tetapi kita enggan memberikannya tanpa sebab yang munasabah, melainkan berdasarkan sangkaan yang tidak berasas seperti konspirasi Yahudi atau sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penyakit menimpa orang di bawah tanggungan kita, maka itu boleh membawa kepada dosa.

Islam Membolehkan Perubatan Cara Islam

Islam Membolehkan Perubatan Cara Islam

Saya tak nafikan tadi ada dalam Islam perubatan yang menggunakan ayat Quran. Apa saya tak nafikan ada, tapi itu bukan segala-galanya. Nabi jampi, bukan tak jampi, “Bismillah, arqiqullah yasfi munkuli dai”. Nabi jampi, tapi nabi juga menggunakan perubatan yang menggunakan bahan.

Sekarang ni ada orang bedah-bedah tak pakai doktor semua. Kan tak? Jap eh, tak, tak bedah ajaib, tak pakai ubat kebas, tak pakai apa. Sebenarnya, Eco Pancha pun dulu telah buat. Cina dah buat. Tapi you jangan namakan itulah perubatan Islam. Sebab saya jampi dulu, no. Nanti you bedah gagal, orang kait-kait dengan Islam. You kata ini salah satu daripada perubatan yang syarak izinkan atau tak apa.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak