Perihal Anas bin Malik
Hadirin Mukminin sekalian,
Hadis ini daripada Anas radhiallahu anhu. Anas ini terkenal sebagai khadim Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Anas berkhidmat dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam semasa beliau berusia 10 tahun. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tiba di Madinah, dan ibu Anas menyerahkan Anas kepada Nabi supaya Anas dapat berkhidmat dengan baginda. Ibu Anas bernama Ummu Sulaim. Ummu Sulaim adalah seorang wanita yang hebat; beliau menghantar anaknya kepada Nabi agar Anas dapat berkhidmat dengan baginda.
Kerana Anas berkhidmat dengan Nabi, beliau memperoleh banyak ilmu, hadis, pergerakan, dan ucapan Nabi. Anas sering melihat, membantu, dan berkhidmat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Banyak hadis diriwayatkan oleh Anas, dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, pada suatu hari, diminta oleh ibu Anas untuk mendoakan Anas. Nabi kemudian mendoakan Anas dengan doa yang terkenal: “Allahumma akthir maalahu wa waladahu wa barik lahu fima a’taytahu,” yang bermaksud, “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anak pinaknya serta berkatilah mereka.”
Anas menjadi seorang sahabat yang kaya selepas daripada itu. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat ketika Anas masih muda, berusia lebih kurang 23 tahun, dan kemudian beliau menjadi seorang sahabat yang banyak hartanya.