Kebaikan Sekularisma Dalam Perkembangan Islam
Pada waktu pagi tadi, saya ada menyatakan bahawa saya mungkin akan menulis tentang kebaikan sekularisme. Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sesuatu yang sesat, tetapi saya katakan bahawa sekularisme yang memisahkan agama daripada pentadbiran negara adalah rahmat kepada orang Islam di Eropah dan juga kepada orang Kristian.
Jika Revolusi Perancis tidak berlaku dan sekularisme tidak diamalkan di Barat, mungkin tiada masjid atau peluang bagi orang Islam berdakwah di negara-negara Barat. Islam mungkin tidak akan menjadi agama kedua terbesar di UK dan Perancis, dan kemungkinan besar ia tidak akan menjadi agama yang lebih besar daripada Kristian. Kesemuanya berlaku kerana kuasa agama telah dipisahkan daripada negara, yang memberi ruang kepada setiap orang untuk mengamalkan agama mereka dengan bebas dan menzahirkan perasaan mereka di atas lunas-lunas keadilan yang dipercayai oleh sistem mereka.
Ini menyebabkan banyak masjid, pusat Islamik, dan pendakwah yang boleh berdakwah di Eropah. Jika mereka mengamalkan kekerasan beragama, seperti mana yang pernah dilakukan oleh gereja terhadap agama selain Kristian, maka orang di sana tidak akan berpeluang mendengar Islam. Sebab itu saya selalu berkata, berhati-hatilah dengan orang-orang yang cuba berkeras untuk mengamalkan sistem yang sama dalam negara orang Islam. Jika tindak balas yang sama dilakukan di negara-negara bukan Islam, ia akan mengundang masalah yang besar.
Peranan Lidah
Muaz bertanya, “Ya Rasulullah, wa inna lamu’akhazuna bima natakallamu bihi?” Wahai Rasulullah, adakah kita akan diambil tindakan atas apa yang kita bercakap? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, “Sakilatka ummuka ya Muaz.” Ini adalah bahasa Arab, terjemahannya dalam bahasa Melayu lebih kurang seperti, “Ibumu kehilanganmu.” Maksudnya, ini adalah satu ungkapan yang bermakna, “tidak betullah” atau “alangkah ruginya.” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyambung, “Wahal yakubbu an-nasu ‘ala wujuhihim fin-Nar illa hasa’id alsinatihim?” Tidakkah manusia itu disembam mukanya ke dalam neraka disebabkan oleh hasil ucapan lidah mereka?
Inilah pesanan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Kita ada satu krisis yang sukar, iaitu kita perlu menggunakan lidah, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu mengawal lidah. Ini memang sukar. Semua orang akan sukar. Cakap salah, tak cakap pun salah. Kadang-kadang, cakap jadi salah, tak cakap pun jadi salah.
Peranan Masjid Menggemilangkan Islam
Hadirin Mukminin sekalian, maksud mesej saya adalah kita selalu salah kemukakan Islam. Masjid ni pun saya tegur banyak kali dah masalah sah kanak-kanak ni. Tak sat saya mai duduk belakang tu tak usahlah kita tak mesra remaja, kita tidak mesra kanak-kanak. Kalau kita dah berhimpun macam ni tak apalah orang tua-tua duk di depan, berdasarkan dada itu tak apa. Yang mana budak duduk belakang elok-elok dia, tapi dan dia masuk dalam saf kita, tak usah bawa keluar dia duduk di belakang.
Nabi kata, nabi tak kata kanak-kanak duk belakang. Nabi kata, “sumalal zina ya Luna home,” kemudian orang yang selepas mereka, kemudian selepas mereka, maksud orang alim, orang yang tahu hukum hakam sembahyang duk depan. Pas tu belakang tu kita aturlah. Bukan kita asingkan saf kanak-kanak jauh ke belakang. Tak dak dalam Islam ni beratur satu budak batal satu saf. Tak dak ni elektrik apa punya dahsyat sampai tua ni. Ha, tak dak benda ni semua. Bawa mereka dalam suasana supaya semua orang minat, minat, minat mai ke masjid. Jadikan masjid ni tempat masjid, masih jadi masjid, masih jadi semua tempat yang selesa orang datang.
Tandasnya bersih, suasananya bersih, sembangnya berhubung dengan kasih sayang. Kaum muslimin menolong yang miskin datang kawasan masjid. Tak boleh mukanya ganas dan garang. Tak boleh. Mesti mukanya friendly, mesti bertanya khabar. Cik daripada mana? Aa dia kata kami ni rombongan nak sembahyang. Sila sembahyang dengan kita, jangan buat solat yang lain. Ada orang ni, dia mai hari tu, dia mai apa dia nak mai sembahyang, singgah orang sembahyang dah berjemaah, dia sembahyang belakang dia pak. Dia sendiri tak bolehlah masjid satu saja jemaah. Habis, kami nak kasar.
Kalau anda ikut imam yang tamam, hendak anda tamam bersama dengan imam. Tambah dua sama dengan imam. Demikian hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas daripada Imam Ahmad. Imam Ahmad riwayat daripada Ibnu Abbas. Kalau kita berjumpa, kalau kita tahu ada orang yang ni kita nak suruh dia jadi imam, tak apa. Aa siapa-siapa yang musafir tuan syeikh nak jadi imam, sila. Ha boleh. Imam pelawa dia, dia sembahyang dua rakaat, kita bangun, kita sambungkan sembahyang kita lagi dua kerana dia orang musafir. Ha, hatimu solat takum faidna kaum musafir, kata nabi. Sempurnakan sembahyang kamu, kami ini kaum yang bermusafir. Boleh. Aa Islam cantik, ha cantik.
Mari satu orang mari dalam masjid, dia pakai seluar, dia pakai apa, dia tak pakai baju Melayu. Kita dan biasa saja. Mari remaja sebab tu kalau boleh masjid ni, macam saya kata ha ni duduk di sini ni. Saya mengajar boleh, malam lain juga tak dak kelas apa, suruh guru matematik pun duk tang ni juga. Mai bubuh papan hitam tu, dia ajar budak-budak. Dia pun ajarlah juga. Esok guru sains ini semua ilmu Islam. Jadi ada alasan mak bapa kena hantar depa mai ke masjid untuk belajar. Dan kita tak mahu menjuzuk-juzukkan ilmu. Masjid mesti menjadi maju pusat ilmu. Aa perasaan dan mesti dilarang daripada masjid semua kuliah yang merapu, cerita-cerita dongeng mesti diharamkan dari masjid. Zaman Umar Abdul Aziz, dan ditangkap orang-orang yang buat cerita dongeng dalam masjid ni. Sebab tu insyaAllah di Perlis ni kita akan cuba usaha pantau siapa saja lepas ceramah jual barang. Jaga, ada penceramah ni, dia jual barang. Saya doktor apa, apa, apa tu, dia jual barang dia. Saya jadi cerdik ni pun kerana makan barang sekian-sekian. Ya, ha, tuan-tuan beli ada di belakang kereta saya, ha, penuh dah berjual. Cerdik tolong jual barang je lah.